Penerbitan video pendidikan

  • 1,023 views
Uploaded on

kursus teknologi pendidikan topik 10

kursus teknologi pendidikan topik 10

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,023
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. ‘Izzat Najmi Bin Ibrahim Chen Swee Fong Siti Aisah Binti Ruzelan Syakir Maarif Bin Mastor
  • 2.  Video adalah merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.  Video merupakan elemen yang penting dalam multimedia kerana ia dapat memberi impak kepada aplikasi multimedia.  Video seperti filem membentuk ilusi kepada penonton.
  • 3.  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan;  Keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak  Mempercepatkan dan melambatkan masa.  Pergerakan itu boleh dibekukan  Membawa peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah  Membawa peristiwa-peristiwa berbahaya  Boleh memanipulasi ruang.
  • 4.  Klip video adalah terdiri daripada urutan imej yang berasingan yang digelar sebagai bingkai (frame) yang diprojeksikan atau dipaparkan pada skrin.  Projeksi beberapa bingkai sesaat membentuk ilustrasi pergerakan di mana lebih tinggi kadar bingkai nya, lebih realistik dan licin pergerakannya.
  • 5.  Setiap paparan isyarat video terdiri daripada elemen-elemen yang halus digelar piksel.  Piksel ini membentuk warna dan kejelasan imej sesuatu video.  Kualiti gambar bertambah jika bilangan piksel ditambah daripada 24 atau 30 bingkai sesaat.
  • 6.  Terdapat dua jenis format utama pada kamera video.  Format Analog - Telah lama berada di pasaran sejak awal tahun 80-an.  Format Digital - Mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 90-an
  • 7.  Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.  Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.
  • 8.  Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.  Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).  Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire.  Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan perisian suntingan yang sesuai
  • 9. 1. Penutup lensa 2. Layar LCD 3. Tombol pembuka layar LCD 4. Tombol volume 5. Bateri 6. Pengunci bateri 7. Tombol power 8. Tombol start/stop perakam 9. Jek memasukan listrik dari adaptor 10. Tempat memasang tali handy camera Lensa
  • 10. 11. Informasi bateri 12. Tombol lampu 13. Tombol untuk memilih kualiti warna 14. Lensa 15. Mikrofon 16. Lampu tanda perakam 17. Infrared (perakam di tempat gelap) 18. Tombol control video 19. Tombol penggunaan lampu 20. Tombol FADER 21. Tombol BACK LIGHT 22. Tombol FOCUS 23. Lampu sensor remote
  • 11.  Jarak di antara subjek yang kelihatan jelas  Bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus  Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya
  • 12.  Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang pandangan yang sangat luas.  Kamera mengambil keseluruhan pandangan.  Objek lain dan objek lainnya nampak sangat kecil dalam hubungannya dengan latar belakang
  • 13.  Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang pandangan yang lebih dekat berbanding ELS.
  • 14.  Shot yang menampakkan bidang pandangan yang lebih dekat berbanding LS.  Objek manusia biasanya ditampilkan dari atas lutut sehingga atas kepala.
  • 15.  Objek menjadi lebih besar dan dominan.  Objek manusia ditampakkan dari atas pinggang sampai atas kepala.  Latar belakang masih nampak sebanding dengan objek utama.
  • 16.  Shot amat dekat dan objek diperlihatkan dari bahagian dada sampai atas kepala.
  • 17. Close up shot (C/UP)  Memberikan tumpuan kepada muka atau perincian objek rakaman.
  • 18. Big Close up (BC/U)  Lebih terperinci. Objek mengisi seluruh layar.
  • 19.  Panning ialah satu pergerakan kamera yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.  Panning shot yang berkesan adalah tidak melebihi sudut 90 darjah. Jika melebihi boleh menyebabkan pergerakan kamera bergoyang dan hilang keseimbangan.
  • 20.  TILTING ialah pergerakan kamera secara 'vertical' yang licin dan berterusan.  Kamera berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand held).
  • 21.  Dolly adalah roda yang dipasangkan pada kaki tripod, sehingga kamera dapat didorong mendekati atau menjauhi objek.  Kamera mendekati objek (kamera maju) disebut dolly in,  kamera menjauhi objek (kamera mundur) disebut dolly out.
  • 22.  Crab adalah pergerakan kamera ke kiri atau ke kanan.  Seperti teknik dolly, anda dinasihatkan membuat tanda pita di atas lantai.
  • 23.  Papan cerita merupakan sebahagian besar daripada fasa permulaan dalam penghasilan sebuah filem.  Ia membantu anda untuk menyusun filem anda dalam cara yang lebih profesional agar lebih menarik dan membangkitkan minat.  Misalnya teknik imbasan (flashbacks) merupakan kesan daripada penyusunan papan cerita luar daripada susunan kronologi untuk membantu membina jalan cerita yang suspen dan menarik.
  • 24. Disambung menggunakan AV cable Pemain video Perakam video 2 buah televisyen Menyunting video
  • 25. 3 sistem asas penyuntingan video Menyunting dalam kamera Menyunting cara assemble Melakukan sisipan mudah
  • 26.  Shot dan panjang shot ditentukan semasa rakaman dibuat.  Tidak memerlukan peralatan menyunting  Shot baharu yang dirancang terlebih dahulu atau berdasarkan skrip di bingkai 2-3, 7 dan 10.  Shot dirancang terlebih dahulu dengan menggunakan kemudahan butang pause di camcorder.
  • 27.  Shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yang dikehendaki, bukan mengikut susunan semasa dirakam.  VCR diperlukan.
  • 28.  Rakaman baharu dilakukan pada pita rakaman asal.  Rakaman baharu ditindih di atas rakaman asal.  Tidak memerlukan peralatan khas atau tambahan  Teliti mengenai panjang shot yang akan ditindih supaya tidak memadamkan rakaman yang diperlukan.
  • 29.  Windows Movie Maker – Windows XP dan Vista  Mempunyai tools asas
  • 30.  Boleh muat turun video dan audio ke dalam cakera keras  Peralatan merakam mesti disambung dan dikesan di komputer oleh program WMM.  Perakam audio dan video yang serasi dengan WMM: Video digital (DV), kamera analog (VCR), kemera web, kad tuner TV, mikrofon
  • 31.  Jika merakamkan audio dan video dari pita dengan menggunakan kamera DV atau DV VCR, tentukan cara merakam seluruh pita secara automatik atau sebahagian pita secara manual.  Pilih secara manual jika mahu merakam dan berhenti (stop atau pause) berkali-kali.
  • 32.  Import video  Import picture  Import audio or music  Boleh import fail media digital yang serasi dengan WMM  Fail yang hendak diimport mungkin disimpan dalam cakera keras, CD, web atau media lain yang boleh alih.
  • 33.  Boleh import fail-fail lain yang mempunyai extension ke dalam WMM  Fail audio : .aif, .aifc, .aiff, .asf, .au, .mp2, .mp3, .mpa, .snd, .wav, .wma  Fail gambar : .bmp, .dib, .emf, .jfif, .jpe, .jpg, .png, .tif, .tiff, .wmf  Fail video : .asf, .avi, .m1v, .mp2, .mp2v, .mpe, .mpeg, .mpg, .mpv2, .wm, .wmv
  • 34.  Klik file  import videos  Pilih fail video yang ingin disunting. File video tersebut akan terpapar pada ruangan collection.  Klik pada klip video yang hendak disunting dan seret kan ke dalam Timeline / Storyboard.  Klik pada menu View  Timeline atau dengan butang Timeline / Storyboard untuk melihat masa yang digunakan oleh klip video tadi.  Boleh mainkan video dengan klik ikon Play.
  • 35.  Untuk memulakan bahagian yang hendak disunting, seretkan mouse pada seek bar.  Klik Clip  Trim beginning bagi bingkai mula yang kita kehendaki.  Kaedah yang sama anda lakukan bagi mencari bingkai penamat bagi video tersebut.  Klik Clip  Trim end
  • 36.  Boleh mengimport gambar-gambar dari fail dengan menggunakan kaedah yang hampir sama, iaitu dengan klik import pictures ke ruangan.  Kemudian, gambar-gambar itu diseret kan ke Timeline.  Lagu yang hendak dijadikan bunyi latar boleh diimport ke ruangan dengan klik import audio or music, dan kemudian seret ke ruangan audio / music di timeline / storyboard.
  • 37.  Show collections : Memaparkan klik video, gambar, muzik yang telah diimport.  View video effects: melihat kesan khas kepada video  View video transitions : melihat transisi video  Make titles or credits : masukkan tajuk atau kredit  Make an AutoMove : membiarkan VMM menyelaraskan pergerakan secara automatik
  • 38.  Pilihan yang mengandungi koleksi-koleksi klip video, audio dan gambar yang terdapat dalam Windows Movie Maker akan keluar apabila butang show collections diklik.
  • 39.  Kategori Video Effects mengandungi efek- efek (kesan –kesan) visual yang dimiliki Windows Movie Maker.  Membolehkan anda mencipta kesan khas terhadap klik video atau gambar atau tajuk apabila ditayangkan.  Kesan khas akan kekal apabila anda mencerai, memotong, menyalin atau mengubah klip video atau gambar.
  • 40.  Paparan yang keluar apabila butang video effects diklik
  • 41.  Memberi kesinambungan antara dua klip video atau gambar apabila dimainkan.  Pelbagai transisi disediakan dalam WMM yang boleh dipilih dan digunakan oleh pengguna WMM mengikut cita rasa sendiri.
  • 42.  Paparan video transisi yang keluar apabila butang video transitions di klik
  • 43.  Add titles at the beginning of the movie : memuatkan tajuk pada permulaan movie bagi memperkenalkan tajuk movie anda kepada penonton  Add titles before the selected clip on the story board : memuatkan tajuk sebelum klip video yang dipilih di papan cerita  Add title on the selected clip : memuatkan tajuk di atas klip terpilih
  • 44.  Add title after the selected clip : memuatkan tajuk selepas klip dipilih.  Add credits at the end of the movie : memuatkan kredit pada akhir movie. *** apabila link tersebut diklik, anda akan dibawa ke template untuk memasukkan tajuk. Warna huruf dan jenis tulisan untuk tajuk juga dapat ditukar mengikut cita rasa anda.
  • 45.  Untuk menyimpan video yang telah selesai disunting.  Setelah disimpan, video yang telah dihasilkan sudah boleh digunakan.  Anda boleh memilih untuk menyimpan video yang dihasilkan dalam komputer mahupun CD atau mana – mana alat lain yang sesuai digunakan.
  • 46. VCD Cutter  Boleh digunakan untuk menyunting sesuatu babak tayangan video daripada sesuatu VCD bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran.  Babak – babak tertentu mengikut kesesuaian persembahan anda dapat dipilih.
  • 47.  Masukkan VCD yang ingin disunting  Klik menu file dan open movies  Satu kekotak bertajuk open files akan muncul  Klik butang segi tiga di sebelah hujung kanan look in dan pilih CD Drive E atau drive di mana CD anda berada.  Dwi klik folder bernama MPEGAV
  • 48.  Fail .dat akan kelihatan.  Pilih fail .dat yang hendak disuting  Bawa seek bar ke titik permulaan babak yang ingin disunting.  klik butang Mark In  Bawa seek bar ke titik penamat babak yang ingin disunting.  Klik butang Mark out
  • 49.  Klik butang Add to Clip List  Klip butang Make Clip  Satu kotak Save As akan muncul. Kenal pasti folder mana yang anda hendak simpan video tersebut.  Nama fail adalah babak1  Klik butang save  Apabila rakaman menunjukkan status 100%, ini bermakna klip video telah selesai dirakam.  Klip video telah siap untuk digunakan.
  • 50. 1. Imej sekuntum bunga yang terperinci perlu dirakamkan dengan menggunakan shot A. Jarak jauh (long shot) B. Paras pinggang (waist shot) C. Jarak dekat (close-up shot) D. Paling dekat (extra big close-up shot)
  • 51. 2. Apabila anda hendak merakamkan pergerakan penunggang basikal yang bergerak laju, teknik yang sesuai digunakan adalah A. Tilt B. Pan C. Dolly D. truck
  • 52. 3. Extension bagi fail video ialah A. Xxx.mp3 B. Yyy.wmf C. Zzz.mpeg D. Aaa.wav
  • 53. 4. Teknik sisipan dalam kerja akhir menyunting video ialah A. Rakaman bahari ditindih di atas rakaman asal B. Rakaman asal disisipkan muzik dan suara pengulas di dalam studio C. Menggunting dan menyambung kembali beberapa pita imej video menjadi sebuah pita sahaja D. Shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yang anda kehendaki bukan mengikut susunan semasa dirakam
  • 54. 5. Antara langkah yang perlu diikuti bagi menghasilkan sebuah penerbitan video ialah I. Prebiu II. Menulis skrip III. Membuat rakaman IV. Pernyataan objektif V. Melakukan suntingan A. II, III, IV dan V B. II, III, IV, V, dan I C. II, III, I, V dan IV D. IV, II, III, V, dan I
  • 55. 1. Bagi menjalanakn penyuntingan yang murah dan mudah, anda boleh menggunakan sebuah _________ video dan sebuah ________ video serta dua buah __________ 2. Camcorder ialah cantuman dua perkataan, iaitu __________ dan __________ yang berperanan untuk merakamkan __________
  • 56.  Anda mahu menyunting sebuah rancangan daripada beberapa sumber seperti berita, dokumentari atau drama untuk satu tajuk pengajaran yang sesuai dengan mata pelajaran opsyen anda. Jelaskan langkah- langkah yang akan anda lakukan bagi menyiapkan tugasan ini dari awal sehingga siap untuk digunakan di dalam sesi pengajaran anda