• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kod etika profesion keguruan
 

Kod etika profesion keguruan

on

  • 18,045 views

 

Statistics

Views

Total Views
18,045
Views on SlideShare
18,043
Embed Views
2

Actions

Likes
22
Downloads
0
Comments
2

1 Embed 2

https://twitter.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kod etika profesion keguruan Kod etika profesion keguruan Presentation Transcript

    • KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN DAN BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAAN PERKHIMATAN GURU YANG KOMPETEN DAN BERKESAN Oleh : Khairul Amin Bin Mohd Sham Izzat Najmi Bin Ibrahim Syakir Maarif Bin Mastor Rosalina Zafirah Binti
    • PENGENALAN• Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. “ Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)”
    • KONSEP ETIKA• Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan• Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.
    • KONSEP PROFESION• Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.• Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan
    • KOD ETIKAPROFESIONKEGURUAN
    • KOD ETIKA KEGURUAN• Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya
    • TATASUSILA PROFESION KEGURUAN : IKRAR“Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. “
    • “dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya : – Tanggungjawab terhadap pelajar – Tanggungjawab terhadap ibu bapa – Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara – Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
    • Tanggungiawab terhadap pelaiar• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
    • • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.• Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
    • Tanggungjawab terhadap ibu bapa• Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepacla mereka yang berhak mengetahuinya.
    • • Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
    • Tanggungiawab terhadap masyarakat dan negara• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara‘, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
    • • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.• Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
    • Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
    • • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak rnencemarkan nama baik profesion perguruan.• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
    • KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN• Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.• Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Dalam kata lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekan kan dua amana hpenting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.
    • • Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.• Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etika nya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
    • • Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.• Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
    • BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAANPERKHIMATAN GURU YANG KOMPETEN DAN BERKESAN
    • • Umum mengetahui bahawa kod etika profesion keguruan ini merupakan satu wadah yang mampu menjadi landasan terbaik bagi menyediakan guru yang cemerlang daripada semua aspek sesuai dengan falfasah pendidikan guru iaitu: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
    • • Antara perkara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru yang cemerlang ialah : 1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang 2. Mempertingkatkan Profesionalisme 3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif 4. Mahir Menggunakan IT 5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak
    • Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjangmenerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang Guru juga mesti mengetahuai bertauliah, contonhya Sijil mempunyai pengetahuan yang keadah atau cara penyampaianPerguruan atau Diploma Pendidikandan Ijazah sarjana muda perguruan mendalam tentang mata dalam pengajarannya supaya yang diiktiraf oleh kerajaan pelajaran yang hendak diajarnya. murid-murid dapat memahami Malaysia sebelum dia boleh apa yang disampaikan olehnya. mengajar di sekolah Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang guru haruslah mempunyai diharapkan oleh masyarakat. Misalnya sahsiah yang baik dan dapat guru diharapkan menjadi pengganti dihormati serta dicontohi oleh ibubapa, menjadi penasihat dan murid. Sahsiah ini termasuklah pembimbing di dalam pembentukkan tingkah laku dan sikap yang elok, sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada bersabar, bermurah hati dan murid-murid, menjadi pengamal dan sentiasa bersifat tenang. penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
    • Mempertingkatkan Profesionalisme guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
    • Berupaya Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untukmenguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
    • Mahir Menggunakan IT Ilmu dan kemahiran Sebagai pemangkin, guru IT merubah dunia pembelajaran dalam teknologi menggunakan teknologi info- umpamanya muncul pembelajaran info-komunikasi komunikasi bukan hanyamelalui ‘online’. Para guru pada hari yang dikuasai guru untuk menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif, proaktif dapat digunakan dunia semata-mata tetapi dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk meraih perkembangan kecanggihan kearah kepentingan ilmu akhirat teknologi yang telah banyak menghasilkan kerana pendidikan berkualiti mengajar anak bangsa kita supaya pendidikan yang hanya akan dapat dicapai menjadi satu bangsa yang maju. cemerlang dan melalui keseimbangan dalam berkualiti kedua-dua ilmu tersebut. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa Penubuhan sekolah bestari yang satu reformasi serta perkembangan baru dalam berteraskan penggunaan komputer pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam merupakan salah satu bentuk teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori kurikulum yang memerlukan pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, profesion keguruan tahu dan sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan menguasai teknologi maklumat. latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).
    • Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas Melalui pembacaan, guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.
    • Rujukan• Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Subki Miskon. ( 2011 ). Pengantar Pendidikan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.• Etika dan profesion perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_ED U3001.pdf• Etika perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76 0392/1/