21 November 2013

KAUNSELING DARI
PERSPEKTIF ISLAM
Oleh:
Hafiah Yusof
Jabatan Sains Sosial
Fakulti Pengajian Kontemporari ...
21 November 2013

2

Secara disedari atau tidak , secara formal
atau tidak formal, sama ada mahu atau
tidak mahu , proses ...
21 November 2013

3

Kaunseling Menurut Islam
• “Suatu proses hubungan yang berlaku secara

bersemuka antara seorang kauns...
21 November 2013

4

Profesional dalam definisi di atas
menekankan tentang kemahiran dan
ilmu pengetahuan yang dimilikinya...
5

21 November 2013

Konsep Kaunseling Islam
• Bagi

masyarakat Islam, agama dan
dunia , kedua-duanya untuk Allah s.w.t.
I...
6

Konsep Kaunseling Islam
• Islam adalah agama rahmat.

• Di antara kerahmatan : menggesa umatnya

agar suka memberi pert...
21 November 2013

7

Konsep Kaunseling Islam
• Seseorang

kaunselor harus mempunyai latihan
profesional , harus lebih baik...
21 November 2013

8

Konsep Kaunseling Islam
• „(Al Quran) ini adalah penjelasan yang cukup bagi

manusia dan supaya merek...
9

21 November 2013

Konsep Kaunseling Islam
• „Dan orang yang beriman , lelaki dan perempuan,

sebahagian mereka adalah m...
10

21 November 2013

Konsep Kaunseling Islam
• Bimbingan

dan Kaunseling Islam adalah satu
perkhidmatan untuk kebajikan m...
11

21 November 2013

Individu berhak diberi:
• Peluang

menyedari dan mengenali
seterusnya mengenali Tuhannya

• Peluang
...
21 November 2013

12

Individu berhak diberi:
• Peluang menentukan arah hidupnya supaya bahagia

dunia dan akhirat
• Pelua...
21 November 2013

13

Peranan Kaunselor Muslim
• Allah s.w.t berfirman bermaksud:

„sesungguhnya telah kami terangkan semu...
21 November 2013

14

1. Redha & Rasional
• Mendorong klien menginsafi bahawa setiap perkara atau

masalah yang dihadapi a...
21 November 2013

15

1. Redha & Rasional
• Manusia tidak dapat lari dari menghadapi masalah.

Kebanyakan manusia akan mer...
21 November 2013

16

2. Doa & Sokongan

• Rasulullah s.a.w. bersabda:

„Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ...
21 November 2013

2.

17

Doa & Sokongan

• „Apapun

yang menimpa diri seorang mukmin dari
kepayahan , kesakitan, kesusaha...
21 November 2013

2.

18

Doa & Sokongan

• „ Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki

dan perempuan, y...
21 November 2013

19

3. Pegangan dan Pengertian
• Apa jua teknik dan cara yang digunakan dalam sesi

kaunseling hanyalah ...
20

21 November 2013

TUGAS SEORANG KAUNSELOR MUSLIM
Melatih klien membuat keputusan
dalam batasan syarak

Merealisasikan ...
21 November 2013

21
21 November 2013

22

Rujukan:
•
•
•

Ishammudin Hj. Ismail.2000. Panduan Asas Kaunselor
Muslim. Kajang: Aras Mega (M) Sdn...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kaunseling dari perspektif Islam

1,565

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,565
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
83
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kaunseling dari perspektif Islam

  1. 1. 21 November 2013 KAUNSELING DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hafiah Yusof Jabatan Sains Sosial Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak hafiah@unisza.edu.my 09 6688802 1
  2. 2. 21 November 2013 2 Secara disedari atau tidak , secara formal atau tidak formal, sama ada mahu atau tidak mahu , proses kaunseling tetap berlaku dalam komuniti. Ini disebabkan tolong-menolong, nasihat menasihati , bantu membantu dan bimbing-membimbing pasti wujud di kalangan manusia bermasyarakat.
  3. 3. 21 November 2013 3 Kaunseling Menurut Islam • “Suatu proses hubungan yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang profesional dengan seorang yang memerlukan bantuan(klien) sehingga terjadi hubunganhubungan keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan untuk menerima kebenaran ( al Haq) dan bertanggungjawab pada diri sendiri ke arah keredhaan Allah”. Ishamuddin Hj. Ismail 2000
  4. 4. 21 November 2013 4 Profesional dalam definisi di atas menekankan tentang kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya hendaklah bersifat „pakar‟ dalam psikologi kaunseling, dalam bidang Ulumuddin ( ilmu Agama) dan Ulum Insaniyyah ( Ilmu Insan).
  5. 5. 5 21 November 2013 Konsep Kaunseling Islam • Bagi masyarakat Islam, agama dan dunia , kedua-duanya untuk Allah s.w.t. Islam itu agama dan negara, aqidah dan syariah dalam kehidupan, ibadat dan muamalat, iman dan sistem sosial, ekonomi dan politik ( Ibnu Taimiyah 1976, al Ghazali 1976)
  6. 6. 6 Konsep Kaunseling Islam • Islam adalah agama rahmat. • Di antara kerahmatan : menggesa umatnya agar suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan dalam semua aspek kehidupan. • Aspek kejiwaan- membimbing, menasihati, membantu melerai kekusutan, memberi motivasi. • Sejahtera di dunia dan di akhirat. 21 November 2013
  7. 7. 21 November 2013 7 Konsep Kaunseling Islam • Seseorang kaunselor harus mempunyai latihan profesional , harus lebih baik daripada kliennya kerana mereka merupakan tempat rujuk dan model .Sabda Rasulallah s.a.w: „Sebaik-baik manusia ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia.‟ H.R Thabrani • Rujuk Al Quran dan al- hadis - terdapat segala nasihat, panduan, teguran, suruhan, amaran, bimbingan dan contoh teladan
  8. 8. 21 November 2013 8 Konsep Kaunseling Islam • „(Al Quran) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran.‟ Ibrahim:52 • „Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.‟ al- Maidah:2
  9. 9. 9 21 November 2013 Konsep Kaunseling Islam • „Dan orang yang beriman , lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.‟ • „Aku diutus untuk menjadi rahmat dan aku bukan diutus untuk membawa laknat.‟ H.R Muslim • Contoh kaunselor Islam yang paling baik , paling ideal dan paling sempurna dan memenuhi ciri-ciri personalisi seorang kaunselor ialah Nabi Muhammad s.a.w
  10. 10. 10 21 November 2013 Konsep Kaunseling Islam • Bimbingan dan Kaunseling Islam adalah satu perkhidmatan untuk kebajikan manusia yang dijalankan secara profesional. • Ia memang dituntut oleh Allah S.w.t. Setiap manusia bertanggungjawab membimbing di antara satu sama lain.
  11. 11. 11 21 November 2013 Individu berhak diberi: • Peluang menyedari dan mengenali seterusnya mengenali Tuhannya • Peluang dirinya dan berfikir , menjelmakan pemikirannya dan memupuk kebolehan istimewanya untuk dapat keredhaan Allah
  12. 12. 21 November 2013 12 Individu berhak diberi: • Peluang menentukan arah hidupnya supaya bahagia dunia dan akhirat • Peluang melakukan tugas sebagai khalifah Allah untuk mengimarahkan dunia ini.
  13. 13. 21 November 2013 13 Peranan Kaunselor Muslim • Allah s.w.t berfirman bermaksud: „sesungguhnya telah kami terangkan semuanya di dalam Al –Quraan ini, supaya mereka dapat pelajaran.‟Surah AlIsra‟:41 • Kaunselor Muslim perlu menimba ilmu dengan menggunakan Al Quran . • Untuk berperanan dengan baik dan berkesan: 3 perkara perlu dipertimbangkan
  14. 14. 21 November 2013 14 1. Redha & Rasional • Mendorong klien menginsafi bahawa setiap perkara atau masalah yang dihadapi adalah salah satu ujian Allah ke atas dirinya. „ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”., sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinyaNya tentang orang-orang yang berdusta.‟ .Surah Al-Ankabut :2-3
  15. 15. 21 November 2013 15 1. Redha & Rasional • Manusia tidak dapat lari dari menghadapi masalah. Kebanyakan manusia akan merasakan masalah hanya membebankan diri tanpa melihat hikmah di sebalik masalah itu menyebabkan manusia semakin tertekan dan hilang rasa redha dengan ujian Allah. „Manusia memusuhi apa yang mereka tidak tahu‟ – ulama • Menjadi tanggungjawab kaunselor meyakinkan klien apa yang dihadapinya itu adalah ujian Allah dan setiap ujian itu mampu dihadapi dengan redha dan takwa kepada Allah.
  16. 16. 21 November 2013 16 2. Doa & Sokongan • Rasulullah s.a.w. bersabda: „Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ia tidak bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.‟- (bimbingan Mu‟min , Imam al- Ghazali) • Firman Allah yang bermaksud: „Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: „sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhanya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.‟‟ Al Baqarah: 156-157
  17. 17. 21 November 2013 2. 17 Doa & Sokongan • „Apapun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan , kesakitan, kesusahan dan apapun keresahan yang dirasakanya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahgian dari keburukankeburukannya.‟ H.R Muslim • Abu Salamah temui Rasulullah: Tidak ada musibah apapun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja‟: „ Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkannya doanya. ( Kasmuri Selamat:1998).
  18. 18. 21 November 2013 2. 18 Doa & Sokongan • „ Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.‟ HR Tirmizi • „Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepad aagamanya. Demikianlah ujian itu sntiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa‟. HR Tirmizi.
  19. 19. 21 November 2013 19 3. Pegangan dan Pengertian • Apa jua teknik dan cara yang digunakan dalam sesi kaunseling hanyalah sebagai medium dalam mencari penyelesaian. • Ini perlu supaya klien tidak terlalu bergantung harap kepda kaunselor dengan membelakangkan ketentuan Allah dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kaunselor seperti riak dan takabbur, bila dapat bantu seorang klien • Kaunseling tidak akan memberi apa jua kesan tanpa usaha klien sendiri dan dengan izin Allah.
  20. 20. 20 21 November 2013 TUGAS SEORANG KAUNSELOR MUSLIM Melatih klien membuat keputusan dalam batasan syarak Merealisasikan diri klien dengan tujuan-tujuan yang halal dan berguna untuk diri dan sekeliling. Menghalatuju klien kepada kesempurnaan kendirimelakukan tanggungjawab fardhu ain & fardhu kifayah
  21. 21. 21 November 2013 21
  22. 22. 21 November 2013 22 Rujukan: • • • Ishammudin Hj. Ismail.2000. Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd. Kasmuri Selamat. 1998. Rahmat Di Sebalik Dugaan. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man Siri Kemahiran Kaunseling Kaunseling Organisasi: Satu Pengenalan. 1998.. Bahagian Perkhidmatan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam , Malaysia
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×