Sjh1106

2,900 views
2,731 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,900
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
59
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sjh1106

  1. 1. ILYA ADIRA BINTI JAININHAINI SHAFIKAH1) Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara Nasionalsime ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan ataswujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Nasionalisme juga ditakrifkan satugerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik ekonomidan sosial . Faktor-faktor kemunculan nasionalisme adalah antaranya dasar penjajahan barat,pengaruh agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golonganintelektual, pengaruh media massa, sisitem pengangkutan dan perhubungan dan pengaruhluar. Dasar-dasar kuasa barat yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telahmenimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. Rakyattempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat. Merekaterus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. Ini dapat dilihatdi Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalansistem Tanaman paksa dan Sistem polo. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosialdengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaulsesama mereka sendiri sahaja. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiridaripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yangberpendidikan barat. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telahmenimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaanekonomi oleh golongan imigran terbabit. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskannasionalisme di Asia Tenggara. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambangagama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhanPersatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906. Agama telah dijadikan sebagai alatperpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia
  2. 2. Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme. Gerakan Islah di Tanah Melayu danIndonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentangpenjajah Barat. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untukmenentang kuasa Sepanyol. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelaskedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranandalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. Ia merupakan mediabagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. DiFilipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telahmencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalismedi Asia Tenggara. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam danKe Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangatnasionalisme. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalammelahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Sikap penjajah yang mengamalkan dasarpilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puashati dikalangan rakyat tempatan. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaankepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.Pendidikanhanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan pendudukBandar. Ini dapat dilihat di Indonesia, Anak-anak golongan berkedudukan di Jawa (Priyayi )diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. DiNegara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendajiancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukarmendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris. Sikap pilih kasih penjajah ini adalahbertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme. Merekaberpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat danIslam. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkannasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yangmengamalkan dasar diskriminasi. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidupbangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.
  3. 3. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaransemangat nasionalisme di Asia Tenggara. Idea-idea nasionalisme dan perasaan antipenjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada. Peranan akhbardan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme telah dilaksanakan hampir kesemuanegara di Asia Tenggara seperti di Vietnam dengan akhbarnya yang berjudul Tribune Indigenedan Cloche Felee, Tanah Melayu iaitu Al-ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis. Indonesiaialah Medan Priyayi, Kaum Sunda serta Utusan Hindi manakala di Filipina ialah La Solidaridad. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkanperanan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kemunculan alat sebaranam seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis. Kewujudanjalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh dipendalaman. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggaraialah pengaruh luar. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan PerangChina 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentangkeupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar. Perjuangan tokoh luarseperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepadanasionalis di Negara-negara Asia Tenggara. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yangbersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan. Beliau engganberkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.2) Faktor Pendudukan Jepun Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang TanahMelayu pada 8 Disember 1941. Desakan ekonomi Jepun merupakan faktor utama Jepunmenduduki Tanah Melayu kerana tindakan Amarika Syaraikat yang mengenakan sekatanekonomi terhadap negara Jepun diatas kengganan Jepun berundur dari negara China.Seterusnya, penduduk Jepun pada masa itu semakin bertambah dan keluasan tanah tidakmampu menampung penduduk Jepun yang semakin padat. Oleh yang demikian Jepun cubaberalih ke sektor perindustrian tetepi tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi. Untukmemasarkan hasil perindustrian, Jepun memerlukan kawasan pasaran baru, maka untuk
  4. 4. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawapenaklukan adalah jalan yang terbaik. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga untukmeluaskan kuasa terhadap orang Asia dengan cara menyebarkan slogan yang mempu menarikkepercayaan orang Melayu iaitu “Asia untuk Orang Asia”. Jepun bahkan bertujuan untukmengiksplotasi ekonomi Tanah Melayu untuk tujuan perindustrian dan peperanagan serta inginmengawal kekayaan bahan mentah negara Asia Tenggara daripada jatuh di tanagan penjajahlain. Tambahan lagi, pertahanan negara Asia Tenggara pada masa itu sangat lemahdisebabkan Britain memfokuskan peperangan dengan Eropah. Di Indionesia, pendudukan Jepun adalah untuk menghapuskan pengaruh Barat dalamkalangan penduduk serta untuk menyebarkan fahaman fasis negara Jepun di Indonesia.Bahkan meraka turut menggunakan cogan kata seperti “Pemimpin Asia” untuk mencairkan haripenduduk Indonesia agar menerima pendudukan Jepun di Indonesia. Jepun juga memberkebebasan berpolitik kepada semua penduduk Indonesia untuk meraih sokongan rakyatIndonesia, bahkan untuk mengiksploitasi suber kekayaan ekonomi di Indonesia untukmemperluaskan lagi pasaran perindustrian negara Jepun. Tambahan lagi,sebagai strategimenyerang Austrian melalui kepulauan Indonesia. Seterusnya di Myanmar, disebabkan sikap British yang tidak menyusun pentadbiranMyanmar dengan tersusun menjadi salah satu cara Jepun mengalihkan kepercayaan pendudukMyanmar agar mempercayaai keupayaan Jepun mampu membantu Myanmar dalammenyusun sistem pentadbiran di Myanmar dengan lebih sistematik. Bahkan, sikap GabenorBritish di Myanmar yang masih enggan mengistiharkan darurat mendesak pendudukan Jepun diMyanmar serta permintaan bantuan golongan Tahkin terhadap Jepun agar mengalahkan Britishyang tetap berkeras untuk mentadbir Burma. Setelah kemasukan Jepun di Myanmar, PerdanaMenteri Burma iaitu Dr Ba Maw sanggup memberi taat setia kepada Jepun disebabkan beliaumenganggap bahawa perjuangan Jepun bersifat anti-Barat. Disamping itu, penduduk Burmaturut beranggapan bahawa imperialisme Jepun di Myanmar bersifat sementara dan sekadaruntuk memerdekaakan Myanmar dari penjajahan British. Pendudukan Jepun di Vietnam pula adalah agar Perancis menurut kehendak Jepununtuk menguasai ekonomi Vietnam, di samping memenuhi keperluan ketenteraan negaraJepun. Manakala di Kemboja, Jepun ingin membantu Kemboja menentang Prancis yangbersikap pro-Jepun di negara itu malah ingin memenuhi keinginan Son Ngoc yang inginmenyusun semula Kampuchea sesuai dengan matlamat order baru Jepun di Asia. Laos yang
  5. 5. bertindak menjalinkan kerjasama Jepun dalam usaha mendapat perlindungan daripadaKemboja kerana Laos bimbang akan tarap pegawai Vietnam akan semakin penting selepaspegawai Prancis ditangkap oleh Jepun. Ini secara tidak langsung menjadi faktor pendudukanJepun di Laos. Keseluruhannya, hampir semua negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh Jepundengan cara yang sama iaitu mereka menganggap kedatangan Jepun di negara-negara Asiaadalah sebagai penyelamat negara mereka.3) Reaksi Penduduk terhadap penjajahan Jepun. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berlaku serentak dan sejajar dengan zaman PerangDunia Kedua, iaitu antara tahun 1939-1945. Perang yang bermula di Eropah pada tahun 1939itu merebak ke Asia apabila Jepun menyerang beberapa buah negara seperti Korea, China,Laos , dan seterusnya ke Tanah Melayu dan Singapura serta Sabah dan Sarawak pada tahun1941. Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu . malah berjayamenguasai tanah Melayu pada 15 Februari 1942, iaitu dalam tempoh masa yang sesingkat 55hari sahaja. Rentetan itu, terdapat rencaman reaksi penduduk tempatan terhadap kehadiran tenterajepun di Tanah Melayu. Ada yang menentang, dan ada pula yang menyokong kehadiranmereka ini. Namun walau apa pun pendirian mereka, nescaya ada sebab dan alasan-alasannya tersendiri. Selain itu ,sebahagian besar orang Melayu tidak menentang sama sekali padaawalnya, malah ada yang mengalu-alukan kehadiran jepun. Mereka berpendirian begini pada awalnya tidak lain tidak bukan hanyalah keranaterpengaruh dengan slogan-slogan yang disebar Jepun seperti, “asia untuk orang asia” dan“lingkungan kesemakmuran bersama asia timur raya”. Selain itu, Kesatuan Melayu Muda(KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan pihak jepun.Kmm adalah di bawah pimpinanIbrahim Bin Yaakob merupakan pertubuhan radikal anti British. Seterusnya, KMM telahmengerakkan inisiatif untuk menyebarkan propaganda pro jepun. Selain itu jepun telahbertindak memberi bantuan kewangan sebanyak $40000 kepada KMM untuk membeli akhbarWarta Malaya dan sebagai balasan pertolongan KMM itu tadi, tentera Jepun menjanjikankemerdekaan Tanah Melayu. Namun setelah menduduki Tanah Melayu ,tentera jepun mewujudkan satupemerintahan baharu, Dasar-dasar pemerintahan yang diperkenalkan jepun juga rata-ratamenyusahkan rakyat. Dengan itu, barulah orang Melayu sedar bahawa slogan-slogan yangmereka percaya dan sanjung pada awal nya itu hanyalah muslihat pihak jepun semata-mata.Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti apa yang dijanjikan. Janji-janji manis ituhanyalah sekadar janji sahaja. Malangnya, status tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan.Selain itu, yang membangkitkan kebencian masyarakat juga adalah kerana Jepun tidak
  6. 6. mengiktiraf kedudukan Raja-Raja Melayu. Jadi di sebab kan itu lah, sokongan orang Melayutidak bertahan lama dan semakin berkurangan dari masa ke masa. Yang teruknya lagi, selepasjepun berjaya menipu penduduk , KMM jua telah dibubarkan oleh Jepun. Tidak boleh disangkaljuga ,sikap orang Melayu berubah menjadi membenci jepun apabila jepun bersikap zalimterhadap mereka seperti merampas harta benda, memaksa mereka menjadi buruh paksa bagimembina Jalan Kereta Api Maut di sempada Thailand dan Burma serta tindakan perisikantentera jepun yang kejam. Manakala reaksi orang cina pula jelas dipengaruhi oleh Perang China-epun pada tahun1937.Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Selain itu, mereka telahmemulaukan barangan jepun dan menjalankan pungutan derma untuk membantu negara Chinayang diserang Jepun. Tanpa boleh disangkal lagi,dasar jepun yang keras terhadap kaum Chinadi Tanah Melayu telah membantu perjuangan kerajaan nasionalis china untuk menentang jepunsejak tahun 1937 apabila jepun mula memasuki Tanah Besar Asia bermula di China, sebelumke Asia Tenggara.Orang china mendapat layanan yang buruk seperti ditindas dan dihantaruntuk bekerja sebagai pembina Jalan Kereta Api Maut. Malah jepun semakin bertindak kejamapabila mendapati orang Cina menubuhkan MPAJA dengan sokong an kuat Parti KomunisMalaya yang begitu giat menentang pemerintahan Jepun. Terdapat juga dikalangan pemuda cina yang pulang ke negara china untuk melibatkandiri dalam gerakan menentang jepun..justeru itu, setelah jepun menjajah tanah Melayu,orangcina telah menjadi mangsa balas dendam tentera jepun . kendatipun begitu, terdapatsegolongan orang cina yang menyokong jepun demi menjaga perniagaan dan keselamatannyawa mereka. Selain itu, dasar jepun terhadap orang india hampir sama dengan dasar jepun terhadaporang Melayu.seperti orang Melayu, jepun juga memerlukan sokongan orang india bagimengusir Inggeris di India . untuk tujuan itu, jepun menggalakkan orang india menganggotaiLiga Kemerdekaan India yang ditubuhkan di Thailand untuk menentang Inggeris.Jepun jugatelah mempengaruhi orang india yang berkhidmat dalam angkatan tentera British supayabekerjasama dengan pihak jepun .

×