MLH2 SOALAN SASTERA (KERTAS 2) (MY 2007)
NOVEL RESTU oleh Ismail Kassan
1. Kisah cinta antara Ikram dan Hasnah seakan-seak...
Berdasarkan tukilan di atas, pada pandangan kamu, sejauhmanakah penulis berjaya
mengetengahkan perutusan tersebut? ( 20 m)...
(tpj
cmy07)
25. Mesej adalah suatu amanat yang hendak disampaikan oleh penulis kepada khalayaknya.
Sejauh manakah Ismail K...
dengan berkesan? (20 markah)
(tpjc prelim07)
38. Terdapat beberapa peristiwa yang mendebarkan hati pembaca di dalam novel ...
b. Cerpen ini juga berjaya mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Buktikan. [10m]
9. Cerpen Gajah Putih ka...
5 Osman Ayob telah menggunakan cara yang kreatif namun sangat berkesan untuk
menyorotkan isu-isu yang berkaitan dgn kemanu...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Mlh2 soalan sastera restu

732 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
732
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Mlh2 soalan sastera restu

  1. 1. MLH2 SOALAN SASTERA (KERTAS 2) (MY 2007) NOVEL RESTU oleh Ismail Kassan 1. Kisah cinta antara Ikram dan Hasnah seakan-seakan cinta khayalan yang wujud dalam buku-buku dongeng. Setujukah kamu? (cjcppt06) 2. Sejauh manakah kemiskinan hidup mendorong dan menggerak seseorang itu untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Beri pendapat kamu berdasarkan novel „Restu‟.(20m) (ajc _j2ct07) 3. Penggunaan latar yang baik membantu pengarang menyampaikan tema sesebuah novel itu dengan berkesan. Bincangkan kenyataan ini berdasarkan novel „Restu‟. (20m) (ajc _j2ct07) 4. “Ini dia budaknya, cikgu. Dahlah malas belajar, susah nak bayar yuran dan sekarang ni ponteng sekolah pulak.” Cikgu Hamzah memberikan laporan kpd Cikgu Rahman,guru bsr sekolah. (ms. 58) Berdasarkan petikan di atas, setujukah anda dgn pandangan Cikgu Hamzah terhadap wtk Ikram? Berikan alasan-alasan yg munasabah bagi menyokong pandangan anda. (m20) (acjc_j1 ct07) 5. “Saya ni dah uzur,Tok! Entah esok entah lusa saya akan kembali kepada Tuhan. Saya tak mau bila saya dah tak ada nanti, anak isteri saya cuma mempusakai masalah dan terpaku hidup merempat. Tanah itu amat penting kepada saya sekeluarga. Itu sahaja harta saya yang ada dalam dunia ini.” Suara ayah perlahan, tenang dan mengharap. (ms. 48) Berdasarkan Bab 4 dan 5, bincang teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dan sejauh manakah kebenaran kata-kata tersebut. (markah 20) (acjc j1ct07) 6. Ikram boleh dijadikan contoh sebagai seorang pemuda yang cekal menghadapi cabaran. Setujukah kamu? (20 markah) (cjcj 1my07) 7. Novel Restu menonjolkan idea-idea yang positif. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan penyataan ini? (20 markah) (cjcj 1my07) 8. Watak-watak sampingan dalam Novel Restu menguatkan lagi watak utamanya, Ikram. Buktikan penyataan ini dengan contoh-contoh yang sesuai. (20m) (cjcj 2my07) 9. Kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan dalam Novel Restu menjadikan plotnya istimewa. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan penyataan ini? (20m) (cjcj 2my07) 10. Sejauh manakah novel Restu mampu untuk memenuhi matlamat untuk mendidik pembacanya? (20m) (cjcj 2my07) 11. Ikram digambarkan sebagai seorang anak kampung yang telah mencapai kejayaan dalam hidup. Sejauh manakah kejayaannya itu boleh dijadikan contoh bagi anak-anak muda di Kampung Penarik? (20markah) (mij 2my07) 12. “Novel RESTU memaparkan perjuangan yang beriring air mata dan kecekalan sebelum mengecap kejayaan yang diidamkan.”- Panel Penilai
  2. 2. Berdasarkan tukilan di atas, pada pandangan kamu, sejauhmanakah penulis berjaya mengetengahkan perutusan tersebut? ( 20 m) (njcj 2ct07) 13. Novel Restu mengetengahkan pelbagai nilai murni yg dpt dimanfaatkan pelajar dan disampaikan melalui beberapa persoalan utama. Berikan pandangan kamu berkenaan cara sedemikian. ( 20 m) (njcj 2ct07) 14. Pengolahan plot jika tidak disertakan dengan penggunaan bahasa yang baik akan menjadikan sesuatu hasil penulisan itu agak membosankan. Bincangkan dan sertakan contoh-contoh yang bersesuian. (20 m) (njcj 2ct07) 15. Dengan berbekalkan kecekalan dan kegigihan, Ikram berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya. Menurut pandangan kamu, bagaimanakah penulis mengukuhkan persoalan ini di dalam perkembangan plotnya?(20 markah) (nyj cmy07) 16. Novel Restu boleh dianggap sebagai novel yang berjaya kerana penggunaan bahasa yang berkesan. Setujukah kamu dga pernyataan ini?(20 markah) (nyj cmy07) 17. Novel Restu dengan secara tidak langsung menunjukkan bagaimana ketidaksediaan seseorang atau kumpulan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab telah meninggalkan kesan yang pahit kepada kehidupan orang lain.(20 markah) (nyj cmy07) 18. Kisah cinta antara Ikram dan Hasnah seakan-seakan cinta khayalan yang wujud dlm buku- buku dongeng. Setujukah kamu?(20 markah) (srjcj2ct07) 19. PUsop merupakan watak penyelamat dlm novel Restu. Huraikan peranan watak PUsop dlm novel tersebut.(20 markah) (srjcj2ct07) 20. Jelaskan faktor yang melambatkan pembangunan yang sedang dijlnkan di Kampung Penarik dan terangkan langkah-langkah yang dijlnkan utk mengatasi masalah itu. (20 markah) (srjcj2ct07) 21. a) Melalui novel Restu, Ismail Kassan ingin mengetengahkan kemiskinan bukanlah penghalang utk mencapai kejayaan dlm hidup. Buktikan kenyataan ini berdsrkan novel tersebut. (10 m) b) Jelaskan empat pengajaran yang boleh ditimba daripada novel tersebut. Sertakan dengan contoh-contoh yang relevan.(10 markah) (srj cj2my07) 22. Latar masyarakat yang dipaparkan oleh Ismail Kassan dalam novel Restu, menjadikan cerita ini lebih menarik di samping membantu pembaca menghayati ceritanya dengan lebih bermakna. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Buktikan.(20 markah) (srj cj2my07) 23. Sikap Rozali yang pendendam dan tidak bertanggungjawab itu telah membawa padah kepada dirinya sendiri. Dengan mengambil bukti-bukti daripada novel tersebut jelaskan pernyataan ini.(20 markah) (srj cj2my07) 24 Novel Restu banyak mengetengahkan citra masyarakat yang masih berpegang teguh kepada adat orang Melayu tradisional. Bincangkan pernyataan ini? (20m)
  3. 3. (tpj cmy07) 25. Mesej adalah suatu amanat yang hendak disampaikan oleh penulis kepada khalayaknya. Sejauh manakah Ismail Kassan telah berjaya menyampaikan mesej dengan berkesan melalui teknik penulisannya dalam novel Restu? (20m) (tpj cmy07) 26. Jalinan plot yang kemas dapat dilihat pada hubungan peristiwa berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Sejauh manakah plot novel Restu berjaya dijalin dengan kemas? (20m) (tpjcmy07) 27. Plot novel RESTU karya Ismail Kassan menepati konsep „poetic justice‟, iaitu, setiap perbuatan ada balasan yang setimpal. Huraikan. (20 m) (yjc my07) 28. Dalam novel RESTU tulisan Ismail Kassan, kecekalan dan kekentalan semangat Ikram untuk menakat dalam kehidupan diwarisi daripada orang tuanya. Bincangkan pernyataan ini (20 m) (yjc my07) 29. Sejak kematian ayahnya sehinggalah dia berjaya menjadi ADO, kehidupan Ikram penuh dengan cubaan dan dugaan. Sejauh manakah kamu bersetuju dengan pernyataan di atas ini. (20 m) (yjc my07) 30 “Walaupun seseorang itu gigih berusaha dan punyai azam yang kuat untuk mencapai kejayaan, dia masih perlukan sokongan dan bimbingan yang betul.” Sejauh manakah kamu bersetuju dengan pendapat ini? Berikan jawapan kamu berdasarkan novel Restu. (ajcPrelim07) 31 Melalui penggunaan gaya bahasa yang baik serta perlukisan peristiwa-peristiwa penting, pembaca boleh membuat penilaian tentang watak-watak dalam sesebuah karya itu. Dengan merujuk pada novel Restu, huraikan kenyataan ini. (ajcPrelim07) 32 Penggunaan pelbagai teknik untuk mengembangkan plot menjadikan novel Restu ini lebih mengesankan. Jelaskan dgn memberi contoh-contoh yg sesuai dari novel Restu. (20m) (ajcPrelim07) 33 Kecelakalan dan kegigihan membawa kejayaan dalam kehidupan merupakan tema yang telah digarap dengan begitu terperinci dan meyakinkan dalam novel Restu oleh Ismail Kassan. Buktikan kebenaran pernyataan ini. (acjc Prelim07) 34 Pelbagai teknik digunakan oleh Ismail Kassan untuk mengembangkan plot novel Restu. Pada pendapat kamu, sejauh manakah penggunaan teknik plot dalam novel Restu telah menjadikan novel ini lebih menarik. (acjc Prelim07) 35 Hukum „poetic justice‟ yang digunakan oleh Ismail Kassan dalam novel Restu menjadikan ceritanya lebih berkesan dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu. Huraikan. (acjc Prelim07) 36. Novel RESTU karya Ismail Kassan mempaparkan kehidupan masyarakat di Kampung Penarik. Bincangkan nilai-nilai masyarakat itu yang telah mempengaruhi sikap dan tindakan Ikram sehingga dia berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi akhirnya terpaksa meninggalkan kampung tersebut. (20 markah) (tpjc prelim07) 37. Kematangan Ikram terserlah dalam gerak-geri dan cara penuturannya meskipun dia masih remaja. Pada pendapat kamu, adakah Ismail Kassan telah berjaya melukiskan watak Ikram
  4. 4. dengan berkesan? (20 markah) (tpjc prelim07) 38. Terdapat beberapa peristiwa yang mendebarkan hati pembaca di dalam novel RESTU tulisan Ismail Kassan. Jelaskan pengajaran-pengajaran di sebailk peristiwa-peristiwa tersebut yang mendokong tema novel ini. (20 markah) (tpjc prelim07) 39 Tunjukkan sejauh mana peranan plot dapat mengekalkan minat pembaca terhadap novel RESTU karya Ismail Kassan. (20m) (pjc prelim07) 40 “Pengalaman hidup mendewasakan seseorang.” Merujuk kepada watak Ikram dalam novel RESTU tulisan Ismail Kassan, jelaskan pernyataan ini. (20m) (pjc prelim07) 41. Pendidikan merupakan di antara isu utama yang ingin diketengahkan oleh Ismail Kassan dalam novel RESTU. Sejauh manakah kamu bersetuju?(20m) (pjc prelim07) CERPEN: GAJAH PUTIH 1. Bincangkan tiga pengajaran yang terkandung dalam cerpen „Gajah Putih‟. Pada pendapat kamu adakah pengajaran yang disampaikan penulis itu masih lagi relevan dalam konteks masyarakat hari ini?(25m) (ijcp pt06) 2. Berjayakah Zakaria Ali melalui cerpennya, Gajah Putih mengajak masyarakat mencari penyelesaian secara positif? Beri pendapat kamu. ( 20 markah ) (pjc ppt06) 3.. Jelaskan latar yang dipaparkan dalam cerpen „Gajah Putih‟. Sejauh manakah pemilihan latar itu berjaya dalam menjadikan cerpen tersebut menarik? (25m) (ijcp pt06) 4. a) Huraikan tiga persoalan yang terkandung dalam cerpen „Gajah Putih‟.dan terangkan pengajaran yang boleh ditimba daripada persoalan-persoalan tersebut. (12m) b) Pada pendapat kamu apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelamatkan gajah putih?(08m) (srjcct06) 5. Sikap dan pandangan seseorang banyak dipengaruhi oleh latar belakang dan kerjaya masing-masing. Berdasarkan cerpen Gajah Putih bincangkan sejauh manakah kamu setuju dengan kebenaran kenyataan tersebut?(20M) (srjcct06) 6. Sejauh manakah kamu bersetuju bahawa watak gajah putih dalam cerpen Gajah Putih melambangkan kekuasaan? (20m) (cjcj2my07) 7. Huraikan tema cerpen Gajah Putih. Pada pendapat kamu adakah pemilihan tajuk cerpen Gajah Putih itu bersesuaian dengan temanya? .(20 markah) (ijcj 1my07) 8. Dengan merujuk kepada cerpen „Gajah Putih‟ karya Zakariah Ali, (jjcj 1my07) a. Bincangkan beberapa unsur perlambangan yang dikemukakan dalam cerpen ini. [10m]
  5. 5. b. Cerpen ini juga berjaya mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Buktikan. [10m] 9. Cerpen Gajah Putih karya Zakaria Ali dan Detik Yang Tegugat karya Osman Ayob sama- sama mengetengahkan watak binatang. Pada pandangan kamu, penulis manakah yang telah berjaya menggunakan watak binatang dengan berkesan dan mengapa? ( 20 markah) (njcj 2ct07) 10. Dengan berbekalkan kecekalan dan kegigihan, Ikram berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya. Menurut pandangan kamu, bagaimanakah penulis mengukuhkan persoalan ini di dalam perkembangan plotnya?(20 markah) nyjc my07 11. Novel Restu boleh dianggap sebagai novel yang berjaya kerana penggunaan bahasa yang berkesan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?(20 markah) nyjc my07 12. Novel Restu dengan secara tidak langsung menunjukkan bagaimana ketidaksediaan seseorang atau kumpulan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab telah meninggalkan kesan yang pahit kepada kehidupan orang lain.(20 markah) nyjc my07 13. Latar belakang dan kerjaya seseorang mempunyai pengaruh yang besar terhadap sikap, pandangan dan tindak tanduk yang diambilnya. Berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dalam cerpen Gajah Putih karya Zakariah Ali bincangkan sejauh manakah kamu setuju dengan kebenaran kenyataan tersebut?(20 markah) (srjcj1my 07) 14. a) Berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dalam cerpen Gajah Putih karya Zakariah Ali, terangkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat di Taman Tiga Warna.(10 m) b) Huraikan 4 pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui cerpen tersebut dan sertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.(10 markah) (srjcj1my 07) 15 Cerpen “Gajah Putih”, tulisan Zakaria Ali merupakan satu cerpen yang menarik dan baik mutunya. Buktikan kenyataan ini. (ajc prelim07) 16. Sudut pandangan merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengarang bagi memperlihatkan kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya. Nilaikan keberkesanan penggunaan sudut pandangan ‟Gajah Putih‟ dalam menyampaikan persoalan cerpen tersebut. (20 m) (tpjc prelim07) 17. Penyelesaian yang diambil dalam cerpen GAJAH PUTIH karya Zakaria Ali ini mungkin berbeza jika sistem kepimpinannya jelas. Bincangkan. (20m) (pjcprelim07) Detik Yang Tergugat 1. Osman Ayob berjaya menyindir akhlak manusia menerusi cerpen DYTergugat. (20m) (cjcj2my07) 2. Cerpen ‟Detik Yang Tergugat‟ mengajak pembaca memikirkan kesan perkembangan teknologi terhadap alam sekitar. Sejauh manakah watak-watak binatang yang ditampilkan oleh penulis berjaya mengetengahkan isu ini?(20 markah) (mij2my07) 3. Selain daripada manusia, haiwan juga telah digunakan oleh penulis sebagai watak untuk menyampaikan perutusannya. Merujuk kepada cerpen Detik Yang Tergugat oleh Osman Ayob bincangkan perutusan-perutusan yang ingin disampaikan oleh penulis melalui watak- wataknya.(20 markah) nyjcmy07 4. Soal penakatan hidup haiwan menjadi semakin genting akibat kemajuan hidup manusia. Bincangkan kenyataan ini berdasarkan cerpen DYT karya Osman Ayob. (20 m) (srjcmy07)
  6. 6. 5 Osman Ayob telah menggunakan cara yang kreatif namun sangat berkesan untuk menyorotkan isu-isu yang berkaitan dgn kemanusiaan dalam cerpen Detik Yang Tergugat. Huraikan. (acjc Prelim07) 6. Terdapat beberapa persoalan penting yang berkaitan dengan kehidupan manusia yang diketengahkan oleh Osman Ayob dalam cerpen beliau, “Detik Yang Tergugat”. Bagaimanakah persoalan-persoalan tersebut dapat disampaikan dengan jelas. Huraikan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai dari cerpen tersebut. (ajc prelim07) 7. “Aku mahu bersama anak kita. Biarlah aku mati bersama mereka!” Buktikan sejauh mana benarnya mesej daripada kata-kata penutur di atas berdasarkan cerpen DETIK YANG TERGUGAT oleh Osman Ayob. (20m)

×