Your SlideShare is downloading. ×
Peranan seorang guru matematik di sekolah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Peranan seorang guru matematik di sekolah

4,644
views

Published on


0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,644
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
251
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Tugasan B : Tugasan Individu. 1. Tuliskan satu esei 600 – 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut. Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai seorang guru matematik di sekolah anda. Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikirsecara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama adakonkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat pentingdalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantinsekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itumelibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orangyang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah,menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkanperanan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yanghendak disampai kepada murid. Sebagai seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan Sebobok, Bau,peranan saya sebagai seorang guru matematik amatlah besar. Untuk memastikanperanan guru matematik dapat dijalankan, kita hendaklah memastikan segala yang kitarancang dapat dilaksanakan dengan baik. Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklahterlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjangtahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yangbersesuaian. Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran danpembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikanmurid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, bukudan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapatmenyalin nota dan latihan yang diberikan. Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktivitipembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan diawasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikanmurid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik. Untuk memastikanHak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 1
  • 2. keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orangmurid untuk membaca sifir. Selain daripada itu, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran matematikbermula, saya akan memanggil beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untukmenyelesaikan soalan yang melibatkan operasi matematik. Murid yang dapatmenyelesaikannya akan diberi ganjaran seperti tepukan tangan dan yang tidak dapatmenyelesaikannya akan dibimbing untuk mencari jawapan. Semasa mengajar pulasaya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendakdiajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakanadalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaranberpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan.Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antarasatu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedahini murid mudah untuk memahami apa yang diajar. Selain daripada itu saya jugamengajar dengan menggunakan benda yang konkrit dan maujud. seperti mengajartajuk masa dan waktu iaitu saya akan menggunakan jam dinding yang betul , tajukukuran panjang saya akan mengajar menggunakan pembaris dan pita ukur dansebagai. Jika kita menggunakan benda yang konkrit atau wujud, murid akan lebihmudah untuk memahami dan menguasai tajuk pelajaran. selain daripada kaedahkumpulan dan pengajaran yang melibat benda konkrit, saya juga menggunakan kaedahlakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian dengan tajuk wang. Untuk mengajartajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin atau koperasi sekolah untukmenjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kaedah lakonandan simulasi. Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akandiajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dankemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapacontoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilahyang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikansoalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Bukan itu sahaja, saya jugamemastikan agar murid saya dapat menukar unit dari kilogram ke gram danHak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 2
  • 3. sebaliknya hanya melalui pengaplikasian pengalaman sedia ada mereka dalamkehidupan seharian di dalam topik dan kemahiran yang saya ajari. Saya juga sentiasa memastikan perkembangan kognitif, psikomotor, emosi dansosial seimbang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan didalam kelas.Seandainya perkembangan kognitif dan psikomotor murid berjalan seiring, maka iaakan memudahkan proses pembelajaran berjalan. Dengan ini, untuk memainkanperanan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklahmenggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelassupaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik. Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan dan latihanmengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akanmemberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akandiberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untukmenyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauhmana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah sayajalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, sayajuga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual danpemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah,terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kebiasaannya,soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahirdalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikansoalan berbentuk ini juga saya gunakan untuk mengajar murid daripada kumpulansederhana dan kumpulan lemah. Sebagai seorang guru yang berkhidmat di bawah kementerian pelajaranMalaysia, kita hendaklah memastikan semua sukatan pelajaran yang disediakan olehpihak kementerian disampaikan kepada murid mengikut aras-aras yang tertentu.Sebagai contohnya, bagi murid yang lemah penekanan diberikan kepada kemahiranyang masih belum dikuasai sepenuhnya agar murid tersebut tidak ketinggalan daripadamurid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktivitiHak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 3
  • 4. pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yangdipelajari. Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan sayadirekodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topikyang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah. Sebagai seorang ahli panitia matematik, saya juga akan memastikan sayaberserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dansekaligusmenetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itusaya juga akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada darikursus atau media massa dengan guru matematik yang lain. Berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah saya tuliskan , makaperanan saya sebagai seorang guru matematik telah berfungsi dengan baik.Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 4
  • 5. RUJUKAN. 1. Peranan Guru : http://www.uns.ac.id/data/sp6.pdf 2. Peranan Guru matematik : http://imayu05.blogspot.com/2010/08/peranan-guru-matematik.html 3. Amalan Pembelajaran Kooperatif Oleh Guru matematik : http://www.my- rummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Guru_Matematik.html 4. Komunikasi Kanak-kanak melalui Interasi Sosial : http://www.my-rummy.com/Komunikasi_kanak- kanak_Melalui_Interaksi_Sosial.html 5. Pengajaran dan pembelajaran Matematik : http://cikgufarizal.com/category/dunia-perguruan/pembelajaran-dan- pengajaran/matematik/ 6. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden.Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 5