Tugasan 3 kajian tinjauan

958 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
958
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3 kajian tinjauan

  1. 1. KOD KURSUS KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Tajuk: TUGASAN 3- KAJIAN TINJAUAN ASPEK PENGURUSAN,PENGGUNAAN, KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN TAJUK KAJIAN: KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Disediakan oleh: NOR HIDAYU BINTI JAMALI (M20121000512) Disemak oleh : PROFESOR MADYA DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR PENSYARAH KPT 6044 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI
  2. 2. TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN PENGURUSAN, PENGGUNAAN,KEMAHIRAN PROFESSIONAL ATAU PSIKOLOGI DALAM AMALAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK/WEB DI INSTITUSI PENDIDIKAN TAJUK 1.0 : KAJIAN TERHADAP PERANAN GURU MENGINTEGRASIKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Pendidikan membawa maksud proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Ledakan ICT masa kini telah menyebabkan kualiti perkhidmatan dan peranan guru berubah. Guru bertangggungjawab dalam memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku kepada pelajarnya dalam mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perubahan peranan guru yang memberikan kesan kepada integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Guru perlu peka dengan perubahan dengan ICT yang memberi kesan kepada budaya pendidikan. Maka secara tidak langsung keadaan ini mendesak perubahan peranan guru. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang guru yang mengajar di sekolah rendah di luar bandar. Data daripada guru diperoleh diperolehi dengan mengedarkan set soalan soal selidik yang perlu dijawab secara bertulis. Antara perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp ialah peranan guru yang lebih besar seperti keperluan menggunakan kemahiran dan pengetahuan ICT dalam pdp, keperluan menguasai dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan ICT dalam pdp dan, merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. 2.0 LATAR BELAKANG Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah membawa perubahan dalam budaya, sosial dan politik ini. Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku(Nesbit & Adesope 2006). Justeru, ICT telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi
  3. 3. Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele- komunikasi. ICT juga membawa maksud pelbagai bentuk alat dan sistem yang digunakan dalam memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. ICT kini digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang. Maksud integrasi ICT dalam pdp ialah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi ICT dalam pdp dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang bermaksud guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran bermaksud murid menggunakan ICT. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), manfaat yang diperolehi daripada ICT dalam pembelajaran adalah seperti berikut: a. guru berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran; b. maklumat pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dapat diberikan dengan peluang pembelajaran yang sama; c. motivasi murid-murid dapat ditingkatkan lagi; d. penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; e. daya kreativiti dan imaginasi murid dapat dipertingkatkan lagi; f. murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum; dan g. kemahiran ICT murid-murid dapat dipertingkatkan lagi. Manakala dalam konteks ICT dalam pengajaran, ICT digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi serta menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) tetapi tiada cara tertentu yang boleh dikatakan sebagai cara terbaik dan mesti digunakan dalam penggunaan ICT dalam p & p. Malah, pendekatan yang terbaik ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan teknologi hendaklah digabung jalinkan bersama pedagogi tertentu. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pdp. ICT dalam pdp akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Holmes (1999) memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam p & p memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah
  4. 4. pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Pada tahun 2001, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting berkaitan pengunaan ICT. Dasar ini melibatkan (i) kepentingan literasi ICT untuk semua pelajar, (ii) keutamaan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat pdp dan (iii) kegunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Dasar - dasar ini menunjukkan sistem pendidikan negara ini mengutamakan pengunaan ICT dalam pdp di sekolah - sekolah. Oleh sebab ini, guru terlibat secara langsung dengan dasar bagi mencapai tujuan dasar. Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru. (Abd. Aziz 2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum mestilah seorang yang bersifat positif dalam segala hal. Mereka perlu mempunyai kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pdp serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah. Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Guru - guru perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor faktor memerlukan guru agar berubah mengikut perkembangan semasa. Guru - guru perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999) Guru berperanan dalam mewujudkan persekitaran ICT yang kondusif untuk semua pelajar, dimana ICT diintegrasikan menjadi sebahagian proses pdp di sekolah sebagaimana teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada pengalaman pelajar di luar sekolah. (Norton & Wiburg 2003). Guru juga perlu mengatasi pelbagai cabaran antaranya dari segi perubahan peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta kemahirankemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan inovasi dalam pendidikan bergantung kepada
  5. 5. kemampuan guru-guru menumpukan peranan mereka dan menguasai pengetahuan serta lainlain kemahiran. 3.0 PENYATAAN MASALAH Cabaran mengintegrasi ICT di bilik darjah merupakan cabaran kemanusiaan berbanding mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan dan kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran bukan hanya berkaitan dengan membantu guru mengoperasi alat teknologi tetapi membantu guru-guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi mengintegrasi teknologi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, peranan guru juga mengalami transformasi. Guru- guru memainkan peranan penting dalam bilik darjah yang mana guru memerlukan tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Guru - guru perlu mengatasi pelbagai cabaran terutama dari segi perubahan dari segi peranan guru, amalan-amalan pengajaran, penguasaan pengetahuan serta kemahiran ICT. Kejayaan pelaksanaan sebarang perubahan dan inovasi dalam pendidikan sangat bergantung kepada kemampuan guru - guru untuk memfokuskan semula peranan mereka serta menguasai pengetahuan dan kemahiran baru. Justeru fokus kajian untuk melihat jawapan kepada persoalan-persoalan berikut : 1) Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran guru ICT dalam pdp ? 2) Apakah pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp ? 3) Apakah perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp ? 4) Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp ? 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi persoalan ini ialah : 1) Melihat tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk integrasi ICT dalam pdp. 2) Mengetahui pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp. 3) Mengetahui perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp. 4) Mengenalpasti cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp. 5.0 METODOLOGI KAJIAN Responden bagi kajian ini terdiri dari guru-guru mengajar di sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering Perak. Seramai 10 orang responden terlibat yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah tersebut. Enam orang responden ialah perempuan manakala 4 lain ialah lelaki. Senarai responden
  6. 6. mengikut kod, jantina, mata pelajaran yang diajar dan tempoh mengajar di lampirakan di dalam jadual 1. Kod Jantina Mata Pelajaran yang diajar Tempoh Mengajar ( tahun) R1 Lelaki Bahasa Melayu 25 R2 Lelaki Kajian Tempatan 30 R3 Lelaki Bahasa Inggeris 30 R4 Lelaki Pendidikan Seni 21 R5 Perempuan Bahasa Inggeris 15 R6 Perempuan Sains 3 R7 Perempuan Matematik 13 R8 Perempuan Bahasa Melayu 18 R9 Perempuan Bahasa Melayu 3 R10 Perempuan Matematik 15 JADUAL 1: Kod, Jantina, Mata Pelajaran yang diajar dan Tempoh Mengajar Responden 6.0 DATA ANALISIS Kajian ini dilakukan secara kualitatif untuk memberi peluang luas kepada responden memberi pengalaman dan pendapat mereka. Satu borang kaji selidik telah disediakan sebagai kerangka untuk jawapan responden. Tujuannya adalah untuk menggalakkan responden memberi respon akan isu-isu yang dibangkitkan dalam soalan soal selidik. Borang kaji selidik disediakan berdasarkan rujukan perpustakaan mengenai perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengumpul maklumat demografi para responden seperti jantina, umur, bangsa, status pendidikan, tempoh mengajar dan mata pelajaran yang diajar. Bahagian B pula mengumpul maklumat mengenai pengetahuan dan kemahiran guru mengenai ICT, pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp, integrasi ICT dalam pdp, halangan mengitegrasi iCT dan perubahan peranan guru. Semua responden menjawab soalan secara bertulis.
  7. 7. 7.0 DAPATAN KAJIAN Respon dikumpulkan secara bertulis dan disusun mengikut kategori. Antara kategori yang didapati dalam kajian ini ialah tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk integrasi ICT dalam pdp, pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pdp, perubahan peranan guru kesan integrasi ICT dalam pdp dan cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pdp. 7.1 Pengetahuan dan kemahiran guru dalam ICT Semua responden menpunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan perisianperisian pemprosesan perkataan iaitu Microsof Office terutama Words, Power Point, Excel dan lain-lain. Begitu juga dengan kemahiran menggunakan peralatan ICT seperti slaid dan LCD di dalam bilik darjah. Hanya seorang seorang responden iaitu R9 mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Photoshop, Movie Maker dan Express. R6 mempunyai pengetahuan dan kemahiran menghasilkan video dan audio. 7.2 Pandangan guru mengenai integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Semua responden bersetuju tentang keperluan menggunakan ICT dalam pdp. Kajian mendapati semua responden memberikan pandangan tentang bagaiman ICT memberikan faedah dalam pdp. R1 mengatakan pengunaan ICT dalam p & p mengikut topik yang diajar dapat mengekalkan minat pelajar dalam pdp. Pelajar didapati memberi perhatian lebih lama semasa proses pdp dijalankan. Malah, pandangan ini disokong oleh pandangan oleh R4 dan R10 yang menyatakan pengunaan ICT dalam pdp dapat menarik pdp dan menjadikan proses pdp menarik dan menyeronokkan. R6 menyatakan bahawa integrasi ICT akan memantapkan proses pdp. ICT juga perlu diintegrasi kerana dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam bidang ICT. 7.2 Dalam Integrasi ICT dalam p & p aspek aplikasi, semua responden mengitegrasi ICT dalam pdp. Responden menggunakan powerpoint, video, laptop dan LCD semasa pdp mereka. Para responden juga gemar memilih kaedah pengajaran yang mengintegrasikan ICT dalam p dp berserta kaedah konvesional seperti “talk and chalk”. Walau bagaimanapun, R7 tidak bersetuju integrasi ICT dalam pdp. Beliau lebih gemar menjalankan pdp tanpa integrasi kerana beliau mengajar mata pelajaran matematik dikatakan berkesan secara terus kepada
  8. 8. pelajar. R10 pula mengatakan integrasi ICT hendaklah bersesuaian dengan subjek dan topik yang diajar kepada pelajar. 7.3 Perubahan peranan guru 7.3.1 Perubahan peranan guru kesan integrasi ICT 6 responden mengatakan terdapat perubahan peranan guru kesan perkembangan ICT dari segi pedagogi. R8 berpendapat bahawa guru perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam proses pdp. 4 responden yang tidak bersetuju kerana peranan guru tetap sama, yang berubah hanyalah cara penyampaian ilmu kepada pelajar. 7.3.2 Kerelevenan tugas guru Integrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana pelajar kini dapat belajar dimana sahaja. Namun begitu, ICT tidak dapat mengantikan tugas guru. Semua responden tidak bersetuju dan mengatakan guru tetap diperlukan dalam pdp. R9 mengatakan integrasi ICT dalam pdp hanya berfungsi membantu guru dalam memudahkan lagi pemahaman seorang pelajar terhadap sesuatu pdp. Pengunaan ICT tidak boleh dilakukan tanpa kehadiran guru. R6 dalam pdp guru adalah pembimbing dan dapat berinteraksi secara terus dengan pelajar. R4 mengatakan pelajar memerlukan guru jika tidak memahami sesuatu dalam kandungan pdp. Sebarang permasalahan yang timbul boleh diselesaikan oleh guru. Kenyataan ini disokong R7 bahawa integrasi ICT tidak memadai kerana tidak semua pelajar dapat memahami apa yang disampaikan dalam pdp. R5 pula menyatakan guru adalah penyumbang ilmu sebenar serta mampu mengawal pelajar dengan berkesan. 7.3.3 Merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar Semua responden bersetuju bahawa guru bertanggungjawab merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Semua responden bersetuju dengan item ini. R8 menyatakan dunia semakin memerlukan teknologi dalam menguruskan kehidupan yang semakin canggih. Maka disini adalah perlu bagi guru memastikan pelajar-pelajar disekolah tersebut yang berada luar bandar mendapat pendedahan dan tahu menggunakan ICT. R9 pula mengatakan guru merupakan contoh dan menjadi rujukan kepada para pelajar. Guru juga bertanggungjawab dalam merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar memandangkan pelajar menghabiskan lebih banyak masa bersama guru mereka dan peluang ini haruslah digunakan dengan mendedahkan pelajar mengenai ICT.
  9. 9. 7.3.4 Kelancaran tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran Seterusnya apabila ditanya bagaimana pengunaan ICT semasa proses pdp dilihat membantu guru, responden mengatakan integrasi ICT membantu tugas mereka semasa pdp dan keadaan ini dapat dibuktikan R1 mengatakan ICT membantunya menarik minta pelajar agar dapat memberi tumpuan lebih lama sekaligus melancarkan pdp. Selain itu, integrasi ICT juga dapat menjimatkan masa responden dalam penyediaan bbm serta masa pdp dari perlu menulis di papan hitam atau putih. Hal ini, disokong dengan kenyataan R3 yang menyatakan ICT membantu dari segi persembahan kandungan pengajaran. Begitu juga dengan R8 yang mengatakan ICT membantunya memberikan pengajaran yang kreatif dan menarik. Oleh itu, pelajar memberi tumpuan dan melancarkan proses pdp. Selain itu, responden mengatakan bahawa integrasi ICT memudahkan proses pembelajaran, menjimatkan masa dan mengelakkan pelajar bosan. 7.3.5 Beban tugas Guru mempunyai banyak tugas dan peranan di sekolah. 8 responden mengatakan integrasi ICT tidak membebankan mereka. Hanya dua responden mengatakan beban guru bertambah. R6 mengatakan dengan integrasi ICT dia perlu belajar lebih banyak mengenai ICT untuk membolehkannya mengaplikasi ICT dengan lebih baik dalam pdp. Manakala R8 mengatakan bahawa beban tugas semakin meningkat kerana perlu membawa sendiri alatan ICT seperti komputer riba ke sekolah disebabkan kekurangan kemudahan ICT di sekolah. R6 mengatakan disebabkan perkembangan ICT tugas guru bertambah kerana perlu mempelajari ICT. 7.3.6 Tindakan yang perlu dilakukan guru mengenai ICT Oleh sebab ICT sudah menjadi sebahagian daripada pdp, guru perlu meningkatkan diri agar tidak ketinggalan dari teknologi. Bagi item tindakan yang perlu dilakukan oleh guru dalam menghadapi ICT, semua responden memberi mengatakan mereka perlu meningkatkan diri dengan mempelajari meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT, guru juga perlu menunjukkan minat menggunakan ICT. Selain itu, guru hendaklah bijak memilih strategi yang sesuai bagi topik-topik dalam mata pelajaran sama ada menggunakan kaedah konvesional atau integrasi ICT dalam dpp malah guru perlu kreatif semasa dalam mengintegrasi ICT. R9 mengatakan bahawa guru hendaklah diberi pendedahan mengenai ICT dan diberi latihan ssecukupnya.
  10. 10. 7.4 Halangan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Halangan yang timbul untuk mengitegrasi ICT dalam pdp oleh para responden ialah dari aspek kemudahan untuk mendapatkan peralatan dan tempat yang sesuai (seramai 7 orang responden menyuarakan masalah ini). Kemudahan tersebut ialah seperti komputer riba dan alatan lain-lain. Tiga orang responden pula mengatakan mereka berhadapan dengan masalah teknikal yang berlaku semasa dalam melaksanakan pdp yang mengintergrasikan ICT. Di samping masalah teknikal dan kemudahan yang dihadapi oleh para responden, terdapat juga beberapa cabaran lain yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan penggunaan ICT dalam bilik darjah. Antaranya ialah dari aspek penerimaan pelajar terhadap penggunaan ICT, prasarana, pengetahuan dan kemahiran yang kurang, sentiasa perlu peka dengan perkembangan teknologi, kekangan masa dan sikap pelajar. 8.0 PERBINCANGAN Hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar bandar saya mendapati bahawa kebanyakan guru mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian pemprosesan perkataan. Selain itu, mereka juga mempunyai pandangan yang positif terhadap integrasi ICT semasa proses pdp. Hal ini demikian kerana integrasi ICT dalam proses pdp membawa banyak manfaat kepada guru. Kajian mendapati bahawa pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap positif pelajar dalam pembelajaran tetapi kemahiran menggunakan komputer dan perisian asas sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan strategi pengajaran yang berkesan. Maka guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat mengintegrasi ICT dengan lebih cekap dan berkesan . Holmes (1999), memberi pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pdp memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam pengajaran harian bagi mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum mencukupi bagi membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam pdp. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasinya dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam pdp memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu daripada persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses pdp. Kegagalan guru dalam membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pdp kurang berkesan.
  11. 11. Walaupun integrasi ICT dapat membantu proses pdp, namun 2 daripada responden kami berpendapat bahawa perkara ini meningkatkan beban kerja guru. Peranan guru dalam era ini bukan sahaja sekadar menjadi pendidik malah mengalas tanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pengkeranian, menyediakan bahan bantu mengajar, menguruskan kokurikulum dan melayan karenah ibu bapa, pihak pentadbir dan masyarakat. Penggunaan ICT dalam pdp dianggap sebagai membebankan mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu sikap guru itu sendiri ataupun kekangan untuk menghabiskan silibus. Daripada kajian lepas, terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instructional (Becker & Watt, 1996). Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah mengatasi sebahagian besar masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan pengajaran tradisional. Guru bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar malah turut menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk menyampaikan isi kandungan matapelajaran bukan alat yang mengantikan peranan guru dalam mendidik pelajar. Anggapan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya menyediakan sesi pdp yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran memerlukan interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong, dan pemberi motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. Namun dalam zaman ledakan ICT guru tidak boleh mengenepikan ICT dalam pdp mereka. Seperti yang kita sedia maklum sistem pendidikan di Malaysia menekankan tentang peperiksaan. Oleh hal yang demikian tuntutan terhadap penguasaan silibus oleh pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri adalah tinggi. Penggunaan teknologi dalam pdp memakan masa yang lama untuk disediakan. Di sini kita dapat melihat perubahan peranan guru pada zaman dahulu yang hanya menfokuskan isi kandungan pengajaran menggunakan kaedah tradisional berbanding tuntutan terhadap penggunaan teknologi dan pada masa yang sama untu menghabiskan silibus. Oleh itu, guru perlu proaktif dan bijak menyeimbangkan integrasi ICT dalam pdp disamping menghabiskan sukatan kurikulum. Bagi guru-guru diluar bandar, mereka secara tidak langsung bertanggungjawab dalam merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Maka dapat disimpulkan guru-guru berperanan menyokong usaha kerajaan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendidikan. Jurang digital amat nyata di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat dalam kalangan pelbagai kumpulan
  12. 12. masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman. Kajian mendapati para responden menganggap bahawa pelajar di luar bandar perlu didedahkan pengetahuan dan kemahiran ICT supaya dapat bersaing dalam zaman yang ledakan ICT. Oleh itu, guru-guru kini telah mempunyai perubahan peranan kesan perkembangan ICT terhadap dunia. Dua jurang digital tersebut ialah jurang teknologi iaitu menyediakan infrastruktur komunikasi melalui pelbagai teknologi yang kos efektif dan boleh dicapai. Kedua ialah jurang minda iaitu merapatkan jurang minda, masyarakat luar bandar dengan latihan ICT dan kemahiran iCT melalui program kesedaran, penglibatan, pengunaan dan memperkasa komuniti. Maka, perubahan peranan guru ialah untuk membantu meningkatkan jurang minda dalam kalangan pelajarnya sama ada integrasi ICT dalam pdp atau di luar bilik darjah. Jurang digital berlaku disebabkan oleh perbezaan pengetahuan dan kemahiran sesuatu kelompok masyarakat. Justeru, guru-guru perlu memastikan diri mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan menggunakan ICT dan mempunyai kemahiran untuk mengintergarsikan ICT dalam proses pdp. Bagi tujuan melaksanakan pdp dengan integrasi ICT , para guru perlu melengkapkan diri mereka dengan perkembangan terkini. Kajian mendapati bahawa guru-guru bersetuju bahawa mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT agar dapat mengintegrasikan peralatan dan kemudahan ICT dalam pdp. Tuntutan profesionalisme perguruan kini memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik dan berkemahiran menggunakan ICT untuk meneroka, mencari serta mengakses maklumat seterusnya memanfaatkan semula dalam bilik darjah. Oleh sebab ini, peranan guru berubah dalam memastikan diri mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dapat memenuhi keperluan mengintegrasi ICT dalam pdp sekaligus mencapai objektif pengajaran. 9.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat dan “computerisation”. ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam proses pdp. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi penerangan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat,
  13. 13. menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian sekolah. Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.
  14. 14. RUJUKAN Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. 2001. Pembelajaran fizik secara kolaboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal,1-1 Becker,W.E & Watts, M. 1996. Chalk and Talk: A National Survey on Teaching Undergraduate Economics. American Economic Review, 86(2) 448-453 Chung, M.H.C & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru bahasa melayu terhadap pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bitulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1): 59-65. Engkizar Maritas. 2010. Pentingnya integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. P51186. Tesis Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia. Holmes, W. 1999. The transforming Power of Information Technology. Community College Journal, 70(2): 10-15 Janudin Awang. 2008. Siri Penerbitan Aliran Terkini Sumber dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Saipo Ayub. 2005. Guru Menghadapi perubahan. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pendidikan Islam. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf. [ 19 November 2013]. Aspirasi Digital Online. 2012. Inisiatif kerajaan dalam usaha merapatkan jurang digital.http://www.aspirasidigital.net.my/maintemplate02.asp?contentid=1. [19 Novenber 2013]
  15. 15. BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINJAUAN KPT 6044 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Assalamualaikum/Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama kepada penyelidikan ini. 1. Sila jawab semua soalan di Bahagian A, data mengenai latar belakang responden dan Bahagian B berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda sendiri. Untuk setiap item, sila pilih satu jawapan dan tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan . 2. Semua jawapan anda adalah dianggap sebagai rahsia dan tidak mungkin dikesan. Data hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam usaha bagi meningkatkan profesionalisme perguruan. 3. Kerjasama anda amatlah saya hargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. ******************************* BAHAGIAN A - MAKLUMAT DEMOGRAFI Latar belakang Responden: A1. Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan A2. Bangsa 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain
  16. 16. A3. Umur 1. 24-30 tahun 2. 31-40 tahun 3. 40-50 tahun 4. 50 tahun dan ke atas A4.Status Pendidikan 1. Diploma Pendidikan 2. Sarjana Muda 3. Sarjana 4. PHD A5. Nyatakan Mata Pelajaran yang diajar 1. _________________________________ A6. Nyatakan tempoh pengalaman mengajar 1. ______________________________________
  17. 17. Sila tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruangan yang disediakan. BAHAGIAN B Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Untuk Intergrasi ICT Dalam pdp 1. Adakah anda mempunyai komputer peribadi / komputer riba? ( ) Ya ( ) Tidak 2. Komputer ialah alat yang mudah dikendalikan? ( ) Ya ( ) Tidak 3. Adakah anda mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT? ( ) Ya ( ) Tidak 4. Adakah anda membuat rujukan buku sekiranya menghadapi masalah ICT? ( 5. Adakah ) Ya anda biasa ( menggunakan ) Tidak program selain Microsoft Office untuk menyempurnakan tugasan? ( ) Ya ( ) Tidak 6. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Powr Point secara interaktif? ( ) Ya ( ) Tidak 7. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Excel secara interaktif? ( ) Ya ( ) Tidak 8. Adakah anda berpengalaman mengendalikan peralatan ICT (Projektor LCD) semasa pdp? ( ) Ya ( ) Tidak 9. Adakah anda mahir menggunakan perisian yang lain. Jika Ya, senaraikan peralatan yang anda tahu. Jika tidak, abaikan soalan 10. ( ) Ya ( ) Tidak
  18. 18. 10. Senaraikan perisian yang anda tahu. i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ Pandangan Guru Mengenai Intergrasi ICT 1. Adakah anda bersetuju menggunakan keperluan ICT dalam pdp? ( ) Ya ( ) Tidak 2. Apakah pandangan anda tentang bagaimana ICT dapat memberikan faedah dalam pdp? Mengekalkan minat pelajar dalam topik yang diajar Murid dapat memberi perhatian lebih lama dalam pdp Aplikasi Dan Peralatan ICT Yang Anda Gunakan Semasa pdp 1. Apakah aplikasi dan peralatan ICT yang anda gunakan semasa pdp? Powerpoint Video Laptop LCD Talk And Chalk 2. Adakah anda bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp anda? Jika ya sila abaikan soalan 3.Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak
  19. 19. 3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju mengintergrasikan ICT dalam pdp anda? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ Perubahan Peranan Guru Kesan Integrasi ICT Dalam PdP. 1. Apakah perubahan peranan guru yang dapat memberi kesan perkembangan ICT? pedagogi proses pengajaran dan pembelajaran 2. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Jika ya sila abaikan soalan 3. Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak 3. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ 4. Adakah intergrasi ICT dalam pdp memudahkan tugas guru kerana murid dapat belajar di mana sahaja? Jika ya sila abaikan soalan 5. Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak 5. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________
  20. 20. 6. Adakah guru tidak lagi diperlukan dalam pdp apabila intergrasi ICT ini diimplementasikan? Jika ya sila abaikan soalan 7. Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak 7. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ 8. Adakah melalui intergrasi ini dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar? Jika ya sila abaikan soalan 9. Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak 9. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ 10. Bagaimana penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru di dalam kelas? Dapat menarik minat pelajar Dapat menjimatkan masa guru dalam penyediaan BBM Mengelakkan pelajar bosan Lain-lain. Sila nyatakan. ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________
  21. 21. 11. Adakah intergrasi ICT ini membebankan guru? Jika ya sila abaikan soalan 12. Jika tidak nyatakan sebabnya. ( ) Ya ( ) Tidak 12. Senaraikan sebab mengapa anda tidak bersetuju? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ 13. Apakah tindakan anda sebagai guru untuk meneruskan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ini? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 14. Senaraikan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ini? i. ___________________________________________________ ii.___________________________________________________ iii. __________________________________________________ iv. __________________________________________________ —————————————–SOAL SELIDIK TAMAT—————————————“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji selidik ini. Salam penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Sekian.”

×