• Save
Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya

on

  • 9,445 views

Program Apa Bakat Saya yang diadakan di sekolah seluruh Malaysia. Hubungi helmisuhaimi@gmail.com atau 019 6672143 untuk maklumat lanjut.

Program Apa Bakat Saya yang diadakan di sekolah seluruh Malaysia. Hubungi helmisuhaimi@gmail.com atau 019 6672143 untuk maklumat lanjut.

Statistics

Views

Total Views
9,445
Views on SlideShare
9,445
Embed Views
0

Actions

Likes
12
Downloads
88
Comments
3

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya Document Transcript

  • 1. Seminar Pembangunan Bakat APA BAKAT SAYA? “Bakat anda adalah masa hadapan anda” Disediakan Oleh: 1
  • 2. 1.0 RASIONAL "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." --Falsafah Pendidikan Kebangsaan-- Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan. Tambahan pula ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor bakat individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk 2
  • 3. memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat mereka secara maksimum. Disamping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan pelajar. Di bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan akan dikurangkan sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang bersepadu melalui penaksiran personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya. Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pembangunan Bakat ‘APA BakAT SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba menanam keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan kisah- kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba membawa pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang berbeza diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara sahaja untuk berjaya. Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan daripada perspektif bakat. Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan dengan pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri. Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka merasakan bahawa wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan 3
  • 4. dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Selain daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru bahawa kejayaan adalah subjektif mempunyai maksud yang luas. 2.0 OBJEKTIF Objektif seminar ini adalah seperti berikut: 2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi. 2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi. 2.3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran. 2.4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat. 2.5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik. 3.0 KANDUNGAN SEMINAR APA BAKAT SAYA? 3.1 Ceramah ‘Saya adalah unik’ Sinopsis 4
  • 5. Ia suatu ceramah perkongsian mengenali proses pembangunan bakat sebagai suatu usaha mencipta masa hadapan yang gemilang. Slot interaktif ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Naim Jaafar, pengasas Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif, Talent Development Consulting. 3.2 Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya. Sinopsis Slot ini mengupas resipi kejayaan tokoh hebat pelbagai bidang. Ia penting untuk mengenal pasti faktor kekuatan setiap bakat kendiri individu di samping menanamkan motivasi ke dalam diri peserta. Berikut adalah tokoh pilihan Sekolah Bakat: -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun Dr. Mahathir Mohamad - Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David -Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay -Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary -Prof. Dr.Sidek Baba 5
  • 6. 3.3 Apa itu ‘Sekolah Bakat’? Sinopsis Slot ini menjawab persoalan? • Adakah saya berbakat? • Apa bakat saya? • Bagaimana sekolah bakat dapat membantu dalam membangunkan bakat saya? • Adakah saya mampu berjaya dengan bakat? Slot ini juga akan mengetengahkan tentang: 1.Mitos Kejayaan Mitos 1 : Sama ada saudara pandai ataupun tidak pandai,itu sahaja Mitos 2 : Jika saudara gagal dalam peperiksaan,saudara gagal dalam hidup Mitos 3 : Seseorang dianggap pandai jika IQ tinggi Mitos 4 :Sudah ditakdirkan ada pelajar genius dan pelajar lembap Mitos 5 :Skor A sebagai lesen agung kejayaan Mitos 6 :Jika saudara dapat nombor 34 di dalam kelas, maknanya saudara tidak mempunyai motivasi, bermasalah dan tidak ada masa hadapan 2.Kecenderungan Membongkar rahsia memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan kiri sesuai dengan bakat dan kelebihan semula jadi peserta. 3.Kepintaran pelbagai (Multiple intelligence) Setiap daripada memiliki kebijaksanaan dan proses pembelajaran yang sesuai dengan kebijaksanaan kita yang dapat memberikan keputusan yang terbaik. 4.Mendefinisikan semula maksud kepintaran Semua orang mampu cemerlang sesuai dengan kepintaran peribadi masing-masing. Kenal pasti kepintaran itu dan kembangkan demi kecemerlangan yang maksimum dan menggembirakan. 6
  • 7. 4.0 BAHAN-BAHAN SEMINAR 4.1 Buku ‘Apa bakat Saya?’ 4.2 Bantuan alatan untuk pembentangan 4.3 Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat 4.4 Banner, Bunting dan Backdrop stand 5.0 SASARAN • Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah • Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan). 6.0 TARIKH 6.1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah. 6.2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu. 7.0 MASA* Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari) * Bergantung kepada pihak sekolah 8.0 LOKASI Berdasarkan perbincangan dengan Pihak Sekolah. 9.0 METODOLOGI SEMINAR 7
  • 8. Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut: o Ceramah berpandukan modul ‘Apa Bakat Saya?’ o Aktiviti berpasangan o Permainan kumpulan o Simulasi o Tayangan video o Refleksi mengenai bakat diri o Aktiviti rawak untuk pengukuhan pemahaman mengenai bakat 10.0 PAKEJ SEMINAR 10.1 Pakej 1 Bayaran Individu peserta • Ceramah ‘Apa Bakat Saya?’ • Setiap pelajar diberi senaskhah buku ‘Apa Bakat Saya?’ • Buku ini membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan membangun bakat sehingga berjaya. • Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat (Laporan ini akan diserahkan kepada pihak sekolah seminggu selepas seminar) • Jamuan disediakan oleh pihak sekolah • Harga adalah RM50 bagi setiap peserta yang menyertai –(minimum 100 orang peserta) • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG dengan bayaran dikenakan sebanyak RM50 bagi setiap pelajar yang menyertai. • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG iaitu RM30. Baki 8
  • 9. sebanyak RM20/orang ditanggung oleh pelajar yang menyertai. 11.0 TENTATIF SEMINAR 8.30Pagi :Pendaftaran 9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking 9.30 Pagi :Ceramah ‘Saya adalah unik’ “Mencipta Masa Hadapan” Oleh : Saudara Ahmad Naim Jaafar Pengarah Eksekutif Pengasas Sekolah Bakat 10.30 Pagi :Jamuan Pagi (jika perlu) 11.00 Pagi :Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya -Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun Dr. Mahathir Mohamad -Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David -Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim 9
  • 10. -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay -Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary -Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran) -Prof Sidek Baba . 12.30 Tghari : Makan tengahari 2.00 Petang : Apa itu ‘Sekolah Bakat’? • Mitos kejayaan.1001 perkara tentang mitos kejayaan yang perlu anda tahu. • Kecenderungan Otak kanan VS Otak kiri • Apa itu kepintaran pelbagai? • Mendefinisikan kejayaan masa hadapan 3.30 Petang : Aktiviti berkumpulan 4.30 Petang : Jamuan Petang 5.30 Petang : Bersurai 10
  • 11. 12.0 PENUTUP Kesedaran tentang bakat penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat yang yakin terhadap diri dan seterusnya dapat menyumbang terhadap kemajuan negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada tempat yang betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan. Seminar ini menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang besar. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba melihat pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses pembangunan bakat pada diri seseorang. Tambahan, seminar ini diharap memberi kesedaran pada ibu bapa tentang kepentingan pembangunan bakat. Membuat mereka sedar dan mula melihat anak mereka daripada perspektif bakat dan bukannya keputusan peperiksaan semata- mata. Tiada apa yang paling bermakna melainkan anugerah yang diberi digunakan pada tempatnya. Marilah bersama-sama meraikan bakat yang ada pada diri. Seminar ‘Apa Bakat Saya?’ adalah oasis untuk meraikan bakat pelajar. 11
  • 12. Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha membangun bakat, dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras membangun modal insan. Disediakan Oleh Talent Development Consulting Lampiran 1 PROFIL PENGASAS & PENCERAMAH UTAMA Pengasas & Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting Ahmad Naim Jaafar adalah pengasas Program Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang perundangan korporat. Memiliki Pengalaman luas dalam bidang latihan modal insan di seluruh Malaysia melalui kursus, seminar dan persidangan. Beliau menghasilkan 10 buah buku dalam bidang pengurusan, kecantikan dan ketampanan sosial dan kepimpinan organisasi. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep latihan pembangunan bakat ke Malaysia melalui 12
  • 13. kerjasama dengan organisasi korporat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). Beliau adalah ahli The Goerge Lucas Educational Foundation yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat. Pengarah Eksekutif Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir adalah Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan sejak beliau menyertai Kumpulan PTS. Menjadi ketua unit penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku popular pelbagai judul dan siri seperti buku motivasi, kepimpinan, pengurusan, kesihatan, kecantikan, perhubungan, biografi, isu semasa, Islam kontemporari dan langkah demi langkah. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi jurulatih dan penceramah dalam bidang pembangunan diri khususnya dalam bidang kepimpinan, pengucapan awam dan kecantikan dan ketampanan sosial sejak tahun 2000 sehingga kini.Beliau terlibat secara langsung daripada awal lagi 13
  • 14. dengan pengasas Program Sekolah Bakat iaitu Tuan Ahmad Naim Jaafar. Beliau bertanggungjawab bersama-sama membangunkan konsep latihan pembangunan bakat di bawah Talent Development Consulting. Pengarah Projek & Perunding Utama Mohd Helmi Md Suhaimi Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent Development Consulting khusus untuk pembangunan diri serta motivasi. Pemfokusan beliau adalah kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini. Berpengalaman luas memberikan ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian beliau menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama. Beliau merupakan 14
  • 15. antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000. Kini merupakan Personaliti slot motivasi Radio SALAM FM kelolaan JAKIM dan juga personaliti rancangan Motivasi Pagi TV3. Lampiran 2 Sekilas pandang mengenai Sekolah Bakat Web:www.sekolahbakat.com SELAMAT DATANG KE SEKOLAH BAKAT DI SINI, BAKAT DAN KELEBIHAN SEMULAJADI ANDA DIRAIKAN Sekolah Bakat adalah salah satu cabang program pembangunan bakat di bawah kelolaan Talent Development Consulting. Sekolah bakat adalah sekolah yang mana pelajar dihargai dan dinilai berdasarkan bakat dan kelebihan semula jadi mereka. melalui siri pembangunan bakat, peserta melalui pengalaman belajar secara menyeluruh mengenai kelebihan dan bakat semula jadi dan proses pembangunan dan pengembangan bakat mereka. Sekolah bakat diasas berteraskan kepada prinsip bahawa setiap individu mempunyai bakat dan kelebihan semula jadi dan menjadi tugas sekolah bakat bagi menjadi platform 15
  • 16. dalam memberikan pengalaman belajar praktikal, ‘tiada peperiksaan standard’, interaktif dan beronrientasikan masa hadapan. Di sekolah bakat, tiada pelajar yang terasing dan tersisih kerana setiap daripada mereka dinilai berdasarkan bakat. 16