• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah
 

Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah

on

  • 13,828 views

Kepimpinan adalah amat penting bermula daripada sekolah lagi. Atas aspirasi ini, Talent Development Consulting mempersembahkan Eksplorasi Bakat Kepimpinan. ...

Kepimpinan adalah amat penting bermula daripada sekolah lagi. Atas aspirasi ini, Talent Development Consulting mempersembahkan Eksplorasi Bakat Kepimpinan.

Boleh dianjurkan di tempat anda. Hubungi 012 6672143 atau helmisuhaimi@gmail.com untuk maklumat lanjut

Statistics

Views

Total Views
13,828
Views on SlideShare
13,748
Embed Views
80

Actions

Likes
21
Downloads
72
Comments
1

7 Embeds 80

http://sekolahtamillanadron.blogspot.com 69
http://neetadizrin.blogspot.com 4
http://www.slashdocs.com 2
http://www.docshut.com 2
http://www.neetadizrin.blogspot.com 1
http://wildfire.gigya.com 1
http://www.slideshare.net 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Kertas Kerja Seminar Apa Bakat Saya
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah Kertas Kerja Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan Sekolah Document Transcript

    • Seminar Motivasi Kepimpinan “Oasis Kepimpinan Hebat Masa Hadapan” Disediakan Oleh:
    • 1.0 RASIONAL "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." --Falsafah Pendidikan Kebangsaan— Secara dasarnya, kepimpinan ialah suatu seni untuk mendorong dan menghala seseorang atau sesuatu kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami bersama dalam suasana kerjasama dan rangsangan untuk terus mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam hidup. Kepimpinan, sama ada terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar, memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan, agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai. Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam falsafah pendidikan negara, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan program Eksplorasi Bakat Kepimpinan untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Program ini akan menitikberatkan keperluan kepimpinan di kalangan pelajar melalui penerapan keupayaan dan bakat kepimpinan sebenar pelajar yang tersembunyi dalam diri mereka. Pelajar akan diberikan pendedahan secara langsung dan tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan keterampilan diri sebagai pemimpin hebat. Mereka akan berkomunikasi dan menyatakan idea mereka dengan lebih terbuka menggunakan pendekatan yang akan mengasah bakat mereka dalam segala aspek berkaitan seperti kepimpinan, kerjasama dan kesungguhan.
    • Pelajar akan lebih yakin dan percaya kepada diri mereka sendiri dengan berteraskan kepada bakat kepimpinan masing-masing. Setiap perkara yang mereka akan lakukan adalah berdasarkan kepada ketetapan yang lahir dalam diri mereka. Dengan itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan lebih berdisiplin. Impak yang positif dibina melalui kaedah eksplorasi bakat kepimpinan serta memacu masa hadapan cemerlang. 2.0 OBJEKTIF Objektif seminar ini adalah seperti berikut: 2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat kepimpinan peribadi. 2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi dari segi aspek kempimpinan 2.3 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya NILAI KEPIMPINAN dalam diri terhadap diri sendiri, individu, agama, masyarakat dan negara. 2.4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat. 2.5 Membentuk jati diri pelajar untuk lebih berketrampilan dan bertanggungjawab serta mengaplikasikan peranan sebagai seorang pemimpin ulung. 2.6 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang CABARAN MINDA seorang pemimpin mengikut perspektif Islam dan globalisasi.
    • 3.0 KANDUNGAN SEMINAR? 3.1 Pengenalan Bakat Kepimpinan Sinopsis Ia suatu ceramah perkongsian mengenali proses pembangunan bakat kepimpinan sebagai suatu usaha mencipta masa hadapan yang gemilang. Slot interaktif ini dikendalikan oleh Encik Mohd Helmi Md Suhaimi, Perunding Utama, Talent Development Consulting. 3.2 Membina Karisma Pemimpin Sinopsis Slot ini mengupas pembinaan karisma hebat kepimpinan untuk menyerlahkan ketokohan dan keterampilan diri. Ia penting untuk mengenal pasti faktor kekuatan setiap bakat kendiri individu di samping menanamkan motivasi ke dalam diri peserta. Ceramah interaktif akan disertai dengan kisah bagaimana tokoh dan pemimpin hebat dalam mempamerkan karisma diri. 3.3 Kriteria Pemimpin Hebat Sinopsis Slot ini menjawab persoalan? • Adakah saya berbakat kepimpinan? • Apakah erti kata memimpin dan juga dipimpin? • Adakah saya mampu manjadi seorang pemimpin? • Bagaimana membangunkan elemen kepimpinan hebat dalam diri? Slot ini juga akan mengetengahkan tentang: 1.Mitos Kepimpinan Mitos 1 : Hanya yang ada kuasa sahaja dianggap pemimpin Mitos 2 : Pemimpin boleh mengarahkan sesuka hati sahaja Mitos 3 : Seorang pemalu tidak boleh jadi pemimpin kerana tiada bakat
    • Mitos 4 :Pemimpin tidak boleh ditegur kerana semuanya betul daripadanya Mitos 5 :Kepimpinan adalah anugerah sahaja dan tidak boleh dilatih Mitos 6 :Pemimpin adalah orang yang berada di atas tampuk pemerintahan Mitos 7: Kita tidak layak untuk menjadi pemimpin 2.Kecenderungan Membongkar rahsia memaksimumkan penggunaan potensi bakat dan kelebihan semula jadi peserta menjadi seorang pemimpin. 3.Menggunakan Kepintaran pelbagai (Multiple intelligence) Setiap daripada memiliki kebijaksanaan dan proses pembelajaran yang sesuai dengan kebijaksanaan kita yang dapat memberikan keputusan yang terbaik sebagai pemimpin hebat. 4.Mendefinisikan semula maksud kepimpinan Semua orang mampu menjadi pemimpin berdasarkan peribadi masing- masing. Kenal pasti watak kepimpinan itu dan kembangkan demi kecemerlangan yang maksimum dan bermanfaat. 4.0 BAHAN-BAHAN SEMINAR 4.1 Buku kerja seminar ‘Eksplorasi Bakat Kepimpinan’ 4.2 Bantuan alatan untuk pembentangan 4.3 Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat 4.4 Banner, Bunting dan Backdrop stand 5.0 SASARAN Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah 6.0 TARIKH 6.1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah. 6.2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.
    • 7.0 MASA* 8.30 pagi sehingga 5 petang *Bergantung kepada perbincangan (Boleh diadakan untuk 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam) 8.0 LOKASI Bergantung kepada perbincangan dengan pihak sekolah 9.0 METODOLOGI SEMINAR Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut: o Ceramah berpandukan modul ‘Eksplorasi Bakat Kepimpinan’ o Aktiviti berpasangan o Permainan kumpulan o Simulasi o Tayangan video o Refleksi mengenai bakat kepimpinan diri o Aktiviti rawak untuk pengukuhan pemahaman mengenai bakat 10.0 PAKEJ SEMINAR 10.1 Pakej 1 Bayaran Individu peserta • Ceramah ‘Eksplorasi Bakat Kepimpinan’ • Membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat sehingga berjaya. • Jamuan disediakan oleh pihak sekolah • Consultancy fees RM 20 untuk seorang • Minimum 100 pelajar
    • 11.0 TENTATIF SEMINAR 8.30Pagi :Pendaftaran 9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking 9.30 Pagi :Pengenalan Bakat Kepimpinan • Apa itu bakat kepimpinan? • Mengapa perlu eksplorasi bakat kepimpinan? 10.30 Pagi :Jamuan Pagi (jika perlu) 11.00 Pagi :Membina Karisma Pemimpin • Apa itu karisma pemimpin? • Tokoh-Tokoh Pemimpin Berkarisma 12.30 Tghari : Makan tengahari dan Solat Zohor 2.00 Petang : Kriteria Pemimpin Hebat • Mitos Kepimpinan: perkara tentang mitos kepimpinan yang perlu anda tahu. • Kecenderungan Otak kanan VS Otak kiri • Apa itu kepintaran pelbagai? • Mendefinisikan kepimpinan masa hadapan 3.30 Petang : Aktiviti Rawak & Perlaksanaan Teknik Kepimpinan 4.30 Petang : Jamuan Petang dan Solat Asar 5.00 Petang : Bersurai
    • 12.0 PENUTUP Kesedaran tentang bakat kempimpinan amat penting dalam proses membentuk sebuah masyarakat yang mampu memimpin diri sendiri dan seterusnya dapat menyumbang kepada komuniti masyarakat mahupun negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada tempat yang betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan hari ini dan juga masa hadapan. Seminar ini meluaskan pemikiran dan juga menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai bakat kepimpinan yang besar. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba melihat pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses pembangunan bakat kepimpinan pada diri seseorang. Tambahan, seminar ini diharap meletakkan pembangunan bakat kepimpinan sebagai satu yang boleh dilatih. Menggambarkan kejayaan dalam hidup adalah apabila mampu tampil sebagai pemimpin bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran. Tiada apa yang paling bermakna melainkan anugerah yang diberi digunakan pada tempatnya. Marilah bersama-sama meraikan bakat kepimpinan yang ada pada diri. Seminar ‘Eksplorasi Bakat Kepimpinan?’ adalah oasis untuk meraikan bakat pelajar sejurus mengetahui bakat diri sendiri dalam seminar ‘Apa Bakat Saya?”. Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha membangun bakat kepimpinan pelajar serta dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras membangun modal insan.
    • Lampiran 1 PROFIL PENGASAS & PENCERAMAH UTAMA Pengasas & Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting Ahmad Naim Jaafar adalah pengasas Program Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang perundangan korporat. Memiliki Pengalaman luas dalam bidang latihan modal insan di seluruh Malaysia melalui kursus, seminar dan persidangan. Beliau menghasilkan 10 buah buku dalam bidang pengurusan, kecantikan dan ketampanan sosial dan kepimpinan organisasi. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep latihan pembangunan bakat ke Malaysia melalui kerjasama dengan organisasi korporat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). Beliau adalah ahli The Goerge Lucas Educational Foundation yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat.
    • Pengarah Eksekutif Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir adalah Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan sejak beliau menyertai Kumpulan PTS. Menjadi ketua unit penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku popular pelbagai judul dan siri seperti buku motivasi, kepimpinan, pengurusan, kesihatan, kecantikan, perhubungan, biografi, isu semasa, Islam kontemporari dan langkah demi langkah. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi jurulatih dan penceramah dalam bidang pembangunan diri khususnya dalam bidang kepimpinan, pengucapan awam dan kecantikan dan ketampanan sosial sejak tahun 2000 sehingga kini.Beliau terlibat secara langsung daripada awal lagi dengan pengasas Program Sekolah Bakat iaitu Tuan Ahmad Naim Jaafar. Beliau bertanggungjawab bersama-sama membangunkan konsep latihan pembangunan bakat di bawah Talent Development Consulting.
    • Perunding Utama Mohd Helmi Md Suhaimi Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent Development Consulting khusus untuk pembangunan diri serta motivasi. Pemfokusan beliau adalah kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini. Berpengalaman luas memberikan ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian beliau menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama. Beliau merupakan antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000. Kini merupakan Personaliti slot motivasi Radio SALAM FM kelolaan JAKIM dan juga personaliti rancangan Motivasi Pagi TV3.