NORHISHAM ARIFFINM20111000144SOALAN 1               Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172PENGENALANKajian yang...
Selain itu, ianya juga telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk kitamenyemak hasil kajian dan dapatan ujian. Antar...
METODOLOGIDi dalam artikel yang diterbitkan, terdapat kaedah yang digunakan untuk kajian inidilakukan. Kajian yang dijalan...
DAPATANHasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali keranaterdapat banyak maklumat yang dikumpulka...
PERBINCANGANDaripada dapatan kajian, maka dapat dilihat hasil keputusan ujian yang dijalankanke atas atlet. Berdasarkan da...
KRITIKANDaripada pengkajian tersebut, dapatlah dilihat ianya disusun dan diatur dengansempurna. Struktur dan format kajian...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tugasan 1 jurnal

781

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
781
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
36
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 1 jurnal

  1. 1. NORHISHAM ARIFFINM20111000144SOALAN 1 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172PENGENALANKajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini dilakukan untukmengenalpasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalamkalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang membantudalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menerangkan bagaimanapendekatan ini dilakukan kepada pelajar dan data kuantitatif dikumpulkan melaluikaji selidik berasaskan Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ bagi mengenalpastitahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran.Dalam menentukan fokus kajian yang dijalankan oleh penyelidik, ianya hanyatertumpu kepada kaji selidik terhadap responden berkaitan dengan penerimaan e-pembelajaran di dalam proses pembelajaran dan mengenalpasti tahap kesedarandan penilaian yang dilakukan ke atas kemudahan e-pembelajaran. Penyelidik tidakmenyatakan secara terperinci berkaitan dengan persoalan kajian mahupunpernyataan masalah berhubung dengan tajuk yang dijalankan. Kajian yangdilakukan hanya membincangkan objektif kajian dalam menentukan fokus kajianyang dilakukan. Oleh itu, persoalan kajian dan juga pernyataan masalah tidakdinyatakan dalam abstrak.Kajian yang dijalankan juga menggunakan reka bentuk tinjauan dan ianya dilakukansecara deskriptif iaitu penyelidik mengambil gambaran awal terhadap kesediaanpenerimaan e-pembelajaran terhadap ahli akademik. Dilihat dari segi penulisanartikel, ianya ditulis dengan agak sempurna dan hasil kajian yang dihuraikan jugaamat jelas dengan bantuan pengiraan yang dilakukan.
  2. 2. Selain itu, ianya juga telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk kitamenyemak hasil kajian dan dapatan ujian. Antara langkah yang boleh diperbaikidalam tulisan artikel ini ialah dari aspek mengulas dengan lebih lanjut berkaitandengan fokus kajian iaitu menyatakan persoalan kajian dan permasalahannya,teknik pengumpulan data, teknik analisis data dan juga dapatan kajian.Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yanglepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dankukuh serta mempunyai rujukan bibliografi yang tepat.LATAR BELAKANG PESERTA KAJIANPeserta kajian yang terlibat terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajianUSM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran danpembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahliakademik di 15 pusat pengajian dan hanya 119 borang soal selidik telah berjayadikumpulkan mengikut pusat pengajian.
  3. 3. METODOLOGIDi dalam artikel yang diterbitkan, terdapat kaedah yang digunakan untuk kajian inidilakukan. Kajian yang dijalankan mengenalpasti satu bentuk instrumen kajian.Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai kaitan dengan kajian yang akandijalankan iaitu melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahliakademik USM.Pengumpulan data yang dilakukan dalam kajian ini berdasarkan kuantitatif. Datayang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubahsepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakankaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dankaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Sebanyak 19 soalan telahdiajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahapkefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyaihubungan yang berkait rapat.Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kuantitatif melalui borang soal selidik.Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakanStatistical Packages For Social Science (SPSS versi 14.0) telah digunakan bagimelihat signifikan jawapan yang diberikan oleh subjek. Untuk itu, segala prosedurdan juga method yang digunakan amat jelas dan ianya cukup untuk direplikasikan.
  4. 4. DAPATANHasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali keranaterdapat banyak maklumat yang dikumpulkan melalui graf, jadual, rajah dan jugadata juga mudah untuk dilihat dan di analisis. Terdapat empat analisis yangdilakukan untuk menentukan tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat.Berdasarkan dapatan yang diperoleh tentang tahap kefahaman responden terhadape-pembelajaran, majoriti bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yangdikemukakan oleh pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh jugamenunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap kefahaman yangtinggi terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di USM.Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahamanresponden bagi kelima-lima konsep yang diketengahkan adalah tinggi. Daripadadapatan kajian juga membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadapkonsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Iniadalah kerana usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untukmenggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran seharian.Hasil kajian ini disokong oleh Azwan dan Rozita (2002) yang mana, ahli akademikseharusnya bijak untuk menggunakan peluang yang ada pada masa kini keranakemahiran,
  5. 5. PERBINCANGANDaripada dapatan kajian, maka dapat dilihat hasil keputusan ujian yang dijalankanke atas atlet. Berdasarkan daripada kajian ini, ianya dijalankan iaitu mengenai tahapkecergasan yang diinginkan. Berdasarkan maklumat yang telah direkodkan, ujianyang dipilih adalah bertujuan untuk membuatkan fizikal atlet berada dalam tahapcergas untuk melakukan sukan bola tampar.Daripada perbincangan, dapat dilihat ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awalkajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USMterhadap e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiriahli akademik, sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.Dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa ahli akademik diUSM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalamsistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah respondentidak menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan.Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antarakefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahankendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyaikemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademikmenerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu prosespembelajaran dan pengajaran.Kajian yang dilakukan ini tidak menyatakan cadangan bagi tujuan penyelidikanlanjut. Oleh itu, ia hanya membincangkan berdasarkan dapatan dan juga hasil kajianyang dijalankan.
  6. 6. KRITIKANDaripada pengkajian tersebut, dapatlah dilihat ianya disusun dan diatur dengansempurna. Struktur dan format kajian yang digunakan amat kemas dan teratur sertasaling berkaitan dengan kajian yang dijalankan.Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah hasil pengumpulan data yang sistematik,hasil kajiannya juga disusun dan diaturkan dengan sempurna. Segala data yangberbentuk jadual, graf dan rajah juga dilihat teratur dan maklumat juga mudah untukdicapai. Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan interpretasi keputusan yangdilakukan pada jurnal tersebut dan ianya merupakan satu artikel yang sangatmenarik. Saya berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan dan ianya ditulisdengan amat baik.Ujian yang dijalankan berupaya membantu mengkaji berkaitan dengan e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran. e-pembelajaran secarakeseluruhannya tidak didefinisikan dengan terperinci dan tidak benar-benar difahamioleh sesetengah pihak. Setiap organisasi dan institusi mendefinisikan e-pembelajaran dengan cara mereka sendiri. e-pembelajaran merupakan inovasidalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistempendidikan yang sedia ada.Oleh itu, penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untukmenilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkanmelalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuahsistem sosial.

×