Your SlideShare is downloading. ×
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Kajian tindakan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kajian tindakan

3,482

Published on

1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
3,482
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
266
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALAN Seperti yang diketahui umum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang berkesan merupakan sesuatu perkara yang penting.Hal ini dapat diukur dari segi tindakbalas pelajar contohnya melalui peperiksaan awam ataupun ujian yang diadakan oleh guru bagi sesuatu matapelajaran tersebut.Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran yang berkesan seharusnya ada dalam diri setiap warga pendidik.Hal ini dimana,setiap guru haruslah menguasai kaedah pengajaran yang berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar serta memberi impak yang positif kepada para pelajar.Terdapat pelabagai kaedah pengajaran yang dapat dilaksanakan oleh sesorang guru semasa proses P&P iaitu kaedah perbincangan,simulasi,projek,modul,main peranan,kuliah,demonstrasi dan sebagainya. Menurut Mclntosh (1996),menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara satu hala kurang berkesan jika dibandingkan dengan proses pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk diskusi,soalan ataupun latihan di dalam kelas.Hal ini kerana,dengan adanya penglibatan pelajar dalam proses P&P ini akan meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu subjek yang dipelajari.Selain itu jua,penglibatan secara aktif oleh para pelajar ini akan menyebabkan mereka lebih tertarik ataupun lebih berminat akan apa topik yang ingin mereka pelajari pada hari tersebut.Justeru itu,guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan kaedah yang terbaik dalam memastikan pelajar sentiasa berminat tentang apa yang dipelajari serta dapat meningkatkan kefahaman dan juga memberi pengukuhan terhadap maklumat ataupun isi pelajaran yang telah dipelajari. Bagi pelajar yang lemah yang matapelajaran yang melibatkan kemahiran mereka akan kurang berminat terhadap apa yang dipelajari apabila mereka kurang memahami tentang sesuatu kemahiran yang telah di pelajari.Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran lebih mudah bagi pelajar merasa bosan.Hal ini kerana,ini telah membuktikan bahawa guru tersebut tidak kreatif dalam mempelbagaikan kaedah mengajar dan dalam menimbulkan suasana gembira bagi para pelajar untuk menuntut ilmu.Selain itu juga,fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.Terdapat guru yang seringkali hanya menggunakan kaedah yang sama dalam proses 1
  • 2. pengajaran dan pembelajaran,ini telah menyebabkan minda pelajar tidak kreatif dan beradapada tahap yang sama tanpa berlaku sebarang pengembangan. Penggunaan kaeadah tunjuk cara ataupun pengulangan semula boleh meningkatkan masabagi proses pengajaran dan pembelajaran (Halina Hamid,2004).Hal ini adalah bagi memberipengukuhan kepada para pelajar akan apa isi pelajaran pada hari tersebut.Selainitu,penggunaan kaeadah ini juga dalah bagi meningkatkan kefahaman pelajar.Demonstrasimerupakan kaedah guru dijadikan sebagai panduan kepada seseorang pelajar ataupun dalamsekelompok pelajar.Dalam kaedah demonstrasi ini juga,guru seharusnya memberi peluangkepada para pelajar untuk melakukannya.Selain itu,guru yang menerapkan kaedah ini dalamproses pengajaran dan pembelajaran seharusnya memberi penerangan yangtepat,menarik,mudah dan juga jelas. 1.1 OBJEKTIF KAJIAN 1.1.1 Mengetahui kaedah yang terbaik dalam meningkatkan kefahaman para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1.2 Mengetahui teknik ataupun kaedah sebenar yang perlu diterapkan dalam kalangan pelajar semasa menjalankan kaedah demonstrasi semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1.3 Megetahui kelebihan ataupun kekuatan apabila menjalankan teknik demonstrasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1.4 Mengetahui prinsip-prinsip semasa menjalankan proses tunjuk cara ataupun demonstrasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1.2 PERSOALAN KAJIAN 1.2.1Apakah kaedah terbaik yang dapat digunakan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 1.2.2Apakah teknik demonstrasi terbaik yang dapat para pelajar laksanakan bagi meningkatlan kefahaman dalam kalangan pelajar? 1.2.3 Apakah kelebihan ataupun kekuatan apabila seseorang guru menggunakan kaedah demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 1.2.4 Adakah prinsip demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif? 2
  • 3. 2.0 TINJAUAN LITERATUR Seperti yang diketahui umum bahawa matlamat Negara adalah untuk menuju Wawasan 2020.Hal ini dimana segala langkah perlu diambil bagi memastikan matlamat yang ingin dituju dapat dicapai dengan jayanya.Antara langkah tersebut adalah meningkatkan mutu pendidikan Negara dan juga kemahiran di Institusi-institusi latihan.Oleh yang demikan langkah yang strategik seharusnya di ambil bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai tepat pada masa yang telah ditetapkan.Kemahiran merupakan suatu perkara yang amat penting kerana pelajar yang mempunyai kemahiran mempunyai kelebihan berbanding dengan pelajar lain. Tunjukcara ataupun demonstrasi merupakan salah satu dari kaedah yang dapat digunakan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses P&P.Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru menunjukcara ataupun langkah bagi melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid. Menurut Thomas F.Green tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan ataupun kepercayaan baru.Hal ini kerana,melalui ilmu yang telah disampaikan pelajar memperolehi sesuatu yang baru dan pelajar juga dapat meniru tingkah laku guru tersebut mengikut kaedah tunjuk cara yang telah dilaksanakan. Menurut Ng Ying (2004), menyatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan apabila guru tersebut bijak dalam menyesuaikan dan mengatur suasana pembelajaran yang bertepatan dengan kehendak pelajar. Oleh yang demikian,penggunaan kaedah demonstrasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah untuk menyebarkan ilmu serta menyampaikan sesuatu kepercayaan yang baru.Hal ini kerana berdasarkan prinsip dalam melaksanakan kaedah demonstrasi para pelajar melihat setiap apa yang telah dilakukan oleh guru tersebut mengikut prinsip yang telah ditetapkan.Keberkesanan bagi sesuatu yang dipelajari juga dapat dilihat dari segi seseorang pelajar itu mampu untuk mengaplikasikan sesuatu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.Guru juga seharusnya menggunakan kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini adalah bagi meningkatkan kepuasan pelajar dalam mempelajari sesuatu perkara. 3
  • 4. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran gurumempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi bagi seseorang pelajar.Oleh yang demikianguru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kaedah pengajaran yangdigunakan bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar serta dapat meningkatkan kefahamandalam kalangan pelajar.Selain itu apabila pelajar memahami akan apa yang dipelajari merekadapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.Menurut Abu Saleh (1988),mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu memepunyai kemahiran yangterancang.Sebagai kesimpulannya guru seharusnya memiliki kemahiran dalam melaksanakankaedah pengajaran berdasarkan kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi.Hal inikerana,melalui kemahiran yang diperoleh segala aktiviti semasa proses pengajaran dapatberlaku dengan baik. Menurut Zaiton Hamid (2000),kaedah demonstrasi yang telah dipelopori oleh JohnDewey merupakan satu kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar untuk mempelajarisesuatu yang baru melalui pengalaman,pemerhatian tindakan guru dan jugapercubaan.Pelajar akan lebih memahami dan juga berasa lebih teruja apabila mengalamipengalaman secara tersendiri iaitu melalui aktiviti demonstrasi yang telah dilaksanakan olehguru terbabit.Hal ini kerana,kebiasaannya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untukmenggunakan segala peralatan ataupun deria yang terdapat pada diri mereka untuk membuatpengamatan dan juga penanggapan secara berkesan.Meniru atau melakukan semulamerupakan salah satu kaedah belajar yang berlaku samada secara sengaja atau tidak disedari. Pembelajaran yang melibatkan amali contohnya bagi matapelajaran penyediaanmakanan,kaedah belajar yang berkesan adalah melalui kaedah pemerhatian.Oleh keranaitu,guru perlu melaksanakan demonstrasi sebagai salah satu aktiviti.Melalui kaedahpemerhatian ini pelajar dapat memahami perkembangan,kejadian,perubahan,kesan,prosesdan sebagainya.Terdapat banyak perkara yang berlaku perlu dikonsepsualisasikan dalamminda dan ingatan seseorang melalui pemerhatian.Dalam konteks yang tidak formal pelajardapat mempelajari dan mendapat maklumat melalui proses pemerhatian.Daya intelektualyang tinggi amat diperlukan bagi seseorang pelajar bagi membolehkan mereka dapatmenyerap maklumat yang telah diberi dengan sebaik mungkin melalui kaedah pemerhatian. 4
  • 5. Kemahiran guru dalam mengurus dan mengajar adalah termasuk kemahiran dalammenguruskan perancangan pengajaran yang efektif,penggunaan masa yang efektif dansebagainya.Guru seharusnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran danpembelajaran.Ini adalah bagi meransang minda yang mempunyai keperluan dan minat yangberbeza.Hasil penulisan Sharifah Md Nor iaitu Pendidikan Berbilang Budaya interaksi antaraguru dan pelajar merupakan interaksi dua hala contohnya kaedah pengajaran secara demonstrasiyang akan memberi pelbagai impak yang positif.Antara impak tersebut adalah sepertimeningkatkan keyakinan dlam diri pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru,menggalakkanpelajar untuk mencuba sesuatu yang baru dan seterusnya memberi fokus kepada tugas setiapindividu.Selain itu,juga pelajar akan diberi tunjuk ajar mengenai langkah yang sistematik danjuga jelas setiap apa yang dilakukan.Selain itu juga,penggunaan kaedah demonstrasi ini jugamenggalakkan pelajar belajar dengan mencontohi dan modelling. Pembelajaran dan juga pengalaman yang diperoleh pelajar semasa proses pengajaran danpembelajaran merupakan sesuatu yang bermakna.Menurut Ng Ying(2004), melalui deria kitasendiri iaitu deria penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa dan juga bau pelbagai jenispembelajaran dan juga pengalaman baru dapat diperolehi.Menurut beliau juga,kaedahdemonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat mempelajari melalui pengalaman danianya dapat digunakan untuk kehidupan seharian dalam jangka masa yang panjang.Oleh itu,gurumemainkan peranan yang penting iaitu sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentangkaedah mengajar.Guru juga seharusnya sentiasa memperbaharui kaedah mengajar agar ianyabersesuian dengan keadaan semasa bagi menarik minat pelajar.Hal ini kerana,kepelbagaiankaedah mengajar ini contohnya pengajaran menggunakan kaedah peniruan dan juga demonstrasiini memberi kesan yang positif berbanding kaedah pengajaran yang hanya menggunakan bukuteks. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakansemakin berkesan pembelajaran itu.Hal ini kerana setiap pancaindera yang berlainanmenghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan.Setiap pancaindera saling melengkapi antarasatu sama lain iaitu memberi penanggapan sesuatu pancaindera yang lain.Oleh yangdemikian,proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yangmelibatkan pancaindera akan memberi peratus keberkesanan yang lebih tinggi kepada 5
  • 6. pelajar.Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) menyatakan bahawa proses pembelajaranakan menjadi lebih menari jika kurikulum yang digubal dan juga guru bijak dalam melaksanakanaktiviti yang bertepatan dengan kehendak dan juga minat pelajar.Dalam dapatan kajian Indrawati(2003), beliau mendapati bahawa pendekatan yang digunakan oleh seseorang guru sebagaikaedah pengajaran semasa berlakunya proses pembelajaran mempengaruhi tahap prestasiseseorang pelajar.Menurut Paul Ramsden (1994),dalam Esah (2003) bagi menghasilkan sesutaupengajaran dan pembelajaran yang berkualiti faktor utama yang perlu dititikberatkan adalahkesedaran pada diri pelajar itu sendiri untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalamtugasan mereka.Penglibatan mereka secara aktif dapat diklasifikasikan sebagai mereka sedangmemahami akan apa yang sedang mereka pelajari. Menurut Mok Soon Sang (2001), kepelabagaian dalam kaedah pengajaran diperlukanbagi seseorang guru.Ini adalah bagi proses pengajaran dapat dilaksanakan denganlancar,menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran agar ianya lebih menarikdan meningkatkan kefahaman kepada pelajar terhadap apa yang dipelajari.Guru memainkanperanan yang penting iaitu guru seharusnya memperbanyakkan lagi penggunaan kaedahdemonstrasi ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebihberminat memepalajari sesuatu matapelajaran dengan menggunakan kaedah ini.Oleh yangdemikian,peralatan dan juga kelengkapan yang bersesuian seharusnya mencukupi bagimemudahkan proses pengajaran dan juga pembelajaran berjalan dengan lancar. Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan terhadap pencapaianakedemik pelajar (Mahzan Arshad,2004 ).Proses pengajaran dan juga pembelajaran akanterganggu apabila gaya pengajaran yang digunakan tidak selaras dengan gaya pembelajaranpelajar.Hal ini akan memberi kesan kepada negatif kepada pelajar contohnya hilang minatbelajar dalam kalangan pelajar.Guru memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhikeberkesanan pembelajaran pelajar.Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri penting demonstrasiadalah ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendakdipelajari setelah melakukkan prosedur yang telah ditunjukkan oleh guru.Ia juga akan membuatpelajar menguasai setiap konsep dan juga prinsip dengan mudah serta meningkatkan dayaingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan bagi sesuatu aktiviti. 6
  • 7. 3.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini disasarkan pada pelajar dan itu sendiri,dimana pelajar telah dijadikan sebagai penilai untuk menilai hasil pengajaran guru. Selain itu,aspek kajian adalah melibatkan kaedah pengajaran guru tersebut samada kaedah yang digunakan iaitu kaedah demonstrasi itu memberi peratusan kefahaman yang tinggi kepada para pelajar ataupun berlaku sebaliknya.Hal ini kerana,kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu golongan pelajar mengetahui apakah kaedah yang terbaik bagi mereka dalam meningkatkan kefahaman mereka semasa proses pengajaran dan juga pembelajaran bagi subjek yang mempunyai amali.Melalui kajian ini juga pelajar dapat menegetahui samada kaedah yang telah digunakan oleh guru yang terlibat adalah memberi kesan yang positif pada mereka serta kaedah yang digunakan berkesan. Kajian yang dihasilkan ini adalah untuk mengenalpasti adakah dengan menggunakan kaedah demonstrasi dalam subjek memasak bagi matapalejaran ekonomi rumahtangga ini memberi kesan yang positif serta dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar.Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada guru matapelajaran bagi subjek yang mengandungi kelas amali seperti subjek masakan dalam matapelajaran Ekonomi Rumahtangga.Manakala bagi guru pula apabila mereka dapat mengetahui kaedah ataupun teknik pengajaran yang berkesan ataupun yang memberi peratusan pemahaman bagi sesuatu matapelajaran yang di ajar ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran bagi seseorang guru tersebut. Selain itu,kajian yang dijalankan ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar lebih memberi perhatian semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran apabila guru menggunakan kaedah demonstrasi bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar.Selain itu juga,penggunaan kaedah ini juga membolehkan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang.Bagi guru pula,mereka boleh mengaplikasikan beberapa kaedah tunjukcara ataupun demonstrasi.Melalui penggunaan kepelbagaian kaedah ini guru dapat mengenalpasti kaedah tunjukcara yang terbaik bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar.Antara kaedah tersebut seperti menggunakan kaedah model hidup,model simbolik dan juga model persepsi. 7
  • 8. 4.0 PELAKSANAAN KAJIAN Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan dalam memastikan kajian tindakan yang ingin dilaksanakan berjalan dengan lancar.Selain itu pelbagai aspek perlu di ambil kira bagi mendapat ketelusan dalam setiap kaijan yang dijalankan.Antara aspek tersebut adalah dari segi kaedah pengumpulan data itu sendiri dan juga kaedah bagi data yang telah dikumpul itu dianalisa.Segala kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan kajian ini seharusnya dilaksanakan dengan baik bagi menghasilkan kajian yang bermutu tinggi. 4.1 Perancangan Langkah Tindakan Dalam pelaksanaan kajian tindakan beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi mendapat hasil kajian tindakan yang baik.Perancangan langkah tindakan yang seharusnya dilakukan perlu dirancang dengan sebaik mungkin dalam penghasilan kajian tindakan.Antara langkah tersebut adalah seperti pemerhatian,refleksi pelajar,temubual kumpulan dan juga ujian bulanan yang dilakukan ke atas setiap pelajar yang terlibat.Langkah pertama yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan kajian tindakan ini adalah seperti pemerhatian.Pemerhatian ini melibatkan tindakan mengambil nota dan juga merakan setaip peristiwa,perkara yang berlaku dan juga setiap perlakuan yang dilaksanakan secara sistematik pada situasi persekitaran yang terlibat dengan kajian yang ingin dilaksanakan. Antara perancangan bagi melaksanakan kajian tindakan yang seterusnya ialah melalui refleksi pelajar.Refleksi pelajar ini merupakan bahan yang dihasilkan oleh pelajar dengan cara penulisan.Melalui refleksi yang telah ditulis oleh pelajar tersebut guru dapat mengetahui hasil tindakbalas pelajar terbabit contohnya samada tindakbalas yang positif ataupun hasil tindakbalas negatif.Langkah perancangan kajian tindakan yang seterusnya adalah temubual secara berkumpulan.Penggunaan kaedah ini merupakan teknik pengumpulan data yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik kepada individu dalam latar belakang formal dan juga tidak formal.Tujuan temubual yang dilakukan ini adalah bagi mendapatkan hasil kajian ataupun pendapat dalam kelompok yang ramai.Namun terdapat beberapa aturan dalam melaksanakan langkah ini seperti salah satu darinya soalan kajian yang ditanya. 8
  • 9. 4.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Dalam kajian tindakan daripada bilik darjah ataupun dari persekitaran.Data yang diperolehi dari bilik darjah contohnya hasil ujian yang dilakukan ke atas pelajar itu sendiri.Manakala bagi data yang diperolehi dari persekitaran adalah hasil soal selidik dari individu lain yang berada di kawasan persekitaran yang terbabit.Seperti yang diketahui umum juga,data diperolehi daripada pemerhatian,skor ujian di dalam kelas,artifak pelajar,skor ujian yang ditetapkan,respon perbincangan atau perbualan secara tidak formal dengan apa yang telah di amalkan. Terdapat beberapa aspek yang perlu di ambil kira bagi seseorang guru dalam menjalankan kajian tindakan.Antara aspek tersebut adalah seperti menyesuaikan data dengan setiap persoalan yang dikemukakan,mengetahui data yang menarik,mengenalpasti kaeadah yang terbaik dalam melakukan analisis bagi setiap data yang diperoleh serta mempertimbangkan setiap data yang diperoleh sebagai sumber maklumat. Menurut Majid(2000),penggunaan soal selidik sebagai salah satu dari kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah yang bersesuaian dalam pengumpulan maklumat.4.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Terdapat beberapa kaedah dalalm menganalisis data bagi sesuatu kajian tindakan.Antara kaedah tersebut adalah seperti penggunaan kaedah kuantitatif ataupun kaedah kualitatif ataupuan gabungan bagi kedua-dua kaedah ini.Kebiasaannya bagi menganalisis data bagi kajian tindakan adalah menganalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif.Namun terdapat juga penggunaan kaedah kuantitatif iaitu gabungan beberapa nombor secara asasnya.Manakala bagi kualitatif pula contohnya sampel bertulis,respon temuduga,video dan audio gambar ataupun hasil kerja pelajar. Menganalisis data menggunakan kaedah kuantitatif adalah melibatkan nombor iaitu nominal,interval ataupun ratio.Penggunaan kaedah ini juga memerlukan perisian tertentu contohnya SPSS.Contoh bagi kaeadah yang dapat dilaksanakan dalam menganalisis data bagi kuantitatif adalah seperti markah ujian piawaian,markah ujian 9
  • 10. dalam bilik darjah,skor rawak,skor berskala,maklumat statistik dan juga skorperatusan.Segala maklumat ataupun data yang telah diperoleh dapat danalisis denganmenggunakan kuantitatif apabila pengumpulan maklumat dilakukan dengan kaedahini. Bagi kaedah kualitatif pula ianya dijadikan sebagai asas ataupun sampingandalam proses menyediakan ataupun mengumpul maklumat secara biasa merujukkepada kajian,interaksi dan juga aktiviti lain.Bagi mengganalisis data menggunakankaedah ini terdapat dua sumber iaitu sumber primer dan juga sumbersekunder.Contoh bagi sumber primer yang dapat digunakan adalah seperti transkriprakaman video dan audio,nota lapangan pengkaji,jurnalpeserta,gambar,temuduga.Manakala bagi sumber kedua adalah seperti respon kajianyang telah dilakukan,soal selidik,memo dan nota,lukisan dan juga carta.Secarakesimpulannya penggunaan kedua-dua kedah iaitu gabungan kuantitatif dan jugakualitatif adalah yang terbaik.Hal ini kerana,hasil dari gabungan ini mutu bagi hasilkajian akan menjadi lebih baik kerana masing-masing memberi kesan yang tersendiridalam hasil kajian. 10
  • 11. 4.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Penyelidik berjumpa dengan Pengetua,Guru sekolah dan pelajar iaitu sebagai responden di sebuah Sekolah membincangkan tentang masalah dan beberapa perkara yang perlu diselidiki dan memberikan boring soal selidik kepada responden untuk dijawab dan diberikan tempoh masa yang bersesuaian untuk menjawab soalan yang telah disediakan. JADUAL KERJA.Tarikh/Masa Perkara CatatanMac 2012 Pencarian tajuk latihan ilmiah Perbincangan di dalam kelas yang sesuai. dan mendapatkan pandangan daripada pensyarah.Mac 2012 Pemurnian tajuk yang dipilih.Perbincangn dengan pensyarah.April 2012 Pencarian bahan dan sumber Pencarian dilakukan di yang berkaitan dengan tajuk. beberapa institusi seperti: -Sumber primer 1. Perpustakaan Tuanku -Buku-buku Bainun UPSI.April 2012 Pencarian bahan dan sumber Pencarian dilakukan di yang berkaitan dengan tajuk. beberapa institusi seperti: -Kajian ilmiah 1. Perpustakaan Tuanku -Buku-buku Bainun UPSIApril 2012 Pencarian bahan dan sumber Pencarian dilakukan di yang berkaitan dengan tajuk. beberapa institusi seperti: -Kajian Ilmiah 1. Perpustakaan Tuanku - Sumber primer Bainun UPSIMei 2012 Menyiapkan kertas cadangan Perbincangan bersama pensyarah.Mei 2012 Menghantar kertas cadangan 11
  • 12. CARTA GANTPerkara/Bulan Mac April MeiPencarian tajuk latihanilmiah yang sesuai.Pemurnian tajuk yangdipilih.Pencarian bahan dansumber yang berkaitandengan tajuk.Menyiapkan kertascadanganMenghantar kertascadangan5.0 KOS KAJIAN PERBELANJAANPERKARA JUMLAH (RM)Alat tulis RM 30.00Fotostat RM 30.00 1. Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI = RM 20.00JUMLAH (RM) RM 60.00 12

×