Falsafah pendidikan kebangsaan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Falsafah pendidikan kebangsaan

on

  • 1,086 views

pengenalan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

pengenalan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

Statistics

Views

Total Views
1,086
Views on SlideShare
1,086
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
36
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan Document Transcript

    • PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang amat saya hormati Professor Madya Mohd Noor Azhar Bin Yusof, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menyiapkan menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. 1
    • PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha kerajaan untuk membangunkan lagi taraf pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk rukun Negara.falsafah pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang member pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan tau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan ini falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluankeperluan individu masyarakat dan Negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas laporan Akta pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideolgi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Negara yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara meneyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan Negara. Falsafah pendidikan kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Falsafah pendidikan Negara. Falsafah pendidikan kebangsaan digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah pendidikan kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. 2
    • MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri berikut : 1. Percaya dan patuh kepada Tuhan. 2. Berilmu pengetahuan . 3. Berakhlak mulia. 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyrakat ,agama dan negara. 5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum. Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah Negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina warganegara Malaysia Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksankan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi Negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada Negara. Taat setia kepada raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan dicerboh kerana penghianatan rakyatya. 3
    • Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum.rakyat yang seniasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk Negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai lima pinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu, kepercayaan kepada Tuhan keprcayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluan diantara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum melayu,cina dan india. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. 4
    • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBAGSAAN Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara. Sehubungan ini, falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakarpakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu masyarakat dan Negara.untuk menggubal falsafah pendidikan kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor berkaitan hendaklah dipertimbangkan dahulu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal falsafah pendidikan kebangsaan ialah, faktor agama,politik,ekonomi,sosial,individu dan sejagat. Faktor pertama ialah faktor Agama, agama Islam merupakan agama rasmi bagi Negara Malaysia. Di samping itu agama kristian, agama budha, agama hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang Negara. Agama-agama ini khasnya agama islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam prosese penggubalan falsafah pendidikan Negara. Unsure agama ini dapat dihayati daripada penyataan iaitu “mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.” Faktor seterusnya ialah faktor politik, sebagaimana yang telah diketahui umum Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi Negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha memebentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan Negara sehubungan ini matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada penyataan Falsafah Pendidikan Negara. 5
    • Selain itu, ekonomi juga adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pegeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertangungjawab,dan bekeupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. “melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.” Seterusnya ialah faktor sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi,berkerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu : “melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri” Faktor individu juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan Falasfah Pendidikan Kebangsaan. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insane yang seimbang dan harmnis. insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor sejagat adalah faktor yang terakhir sekali yang termaktub dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan Falsafah Pendidkan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contohnya, program pendemokrsian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan 6
    • pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia merupakan usaha yanga berterusan. Hal ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Warganegara yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sisitem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan Negara maju yang lain. 7
    • PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Terdapat beberapa peranan yang digariskan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan antaranya ialah, peranan FPK di sekolah. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang sekolah merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas, sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Peranan seterusnya ialah peranan FPK dalam aspek kepimpinan. Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepimpinan, pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubung dengan guru dan juga murid, mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Selain itu pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya disekolah aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat fpk dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah- sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk 8
    • menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap..sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid..(Rutter..et..al,1979). Peranan FPK dalam aspek budaya sekolah juga penting aspek kedua ini perlu diberi penekanan. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkam murid bebas berinterkasi diantara murid dengan murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelabagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan. 9
    • Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat..membaca..yang..berterusan. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Aspek terakhir ialah disiplin, sekolah sebagai egen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras maslah disiplin sehingga keperingkat akar umbi. Aklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek 10
    • jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kemahuan FPK. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. 11
    • ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNS12-UR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Antara elemen-elemen dan unsure-unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan ialah pendidikan ialah satu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlaku secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanakyang berda dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh perseklahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelabagi perubahan. Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi,seelok-elknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui interaksi sosial denagan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya member peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat poten dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkait atau diselarsakan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Seterusnya elemen yang keempat ialah insane yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi individu, memiliki ilmu,(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percya kepada tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani), keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonisa dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masaalah yang timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek, unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M, membaca, menulis dan mengira,ianya berkemahiranuntuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif, implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen keenam.implikasinya, individuakan menyedari dan percaya pada tuhan pada tuha selain bersyukur dengan pemberian tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai 12
    • emosi yang matang dan stabil, individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Elemen kelapan ialah unsur jasmani, individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ialah elemen kesembilan, elemen ini membantu individu untuk mengakui tentang kewujudan tuhan dan menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakanperaturan yang ditetapkan oleh tuhan, mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca, mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah elemen yang kesebelas ia mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna, individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih,dan cekap, mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Elemen yang ketiga belas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri berfikiran waras dan berjiwa tenang, mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen yang keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan kemakmuran masyarakat dan Negara, individu akan berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi,bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara, mematuhi paerlembagaan dan peraturan Negara. Meampertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan Negara. Elemen yang keliam belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat,dan Negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan Negara. 13
    • IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Elemen-elemen dan unsur penting dalam FPK ini member implikasi terhadap sisitem pendidikan Negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan yang jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para pendidikan juga hendaklah memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka hendaklah, bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknlogi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu, mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang di ajar. Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan Negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecermelangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecermelangan bagi setiap pelajar. 14
    • STRATEGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha daripada kementerian pendidikan dan kaum guru. Peranan kementeriaan pelajaran ialah, pendekatan strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan, strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembagunan sumber pendidikan dan penyelidikan dan pembangunan. Pembangunan insan. Matlamat pembangunan insan ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini memberi penekananpenekanan berikut:  Penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut keperluan semasa.  Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang canggih seperti ICT.  Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilainilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran.  Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang ini.  Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidangdan pendekatan alternatif,misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.  Pemupukan semanagat patriotisme melalaui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat. Peranan seterusnya ialah pembangunan sumber pendidikan. Tujuan utama pembangunan sumber pendidikan ialah menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pembangunan sumber pendidikan ini memberi penekanan-penekanan seperti, penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa. 15
    • Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancanagan dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai. Dan yang terakhir, peningkatan keberkesanan proses pengajaryang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif,termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia. Peranan yang terakhir ialah, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Tujuan ialah menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan adalah mengemas ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Sehubungan ini, strategi menggalakkan penyelidikan dan pembagunan adalah memberi tumpuan kepada, penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan dengan mengajar program latihan bagi guru pakardan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Selain itu, mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan. Seterusnyanya ialah merangka dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan pendidikan. 16
    • PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN STRATEGI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sewajarya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi kementerian pelajaran Malaysia, demi dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadinya sebagai pusat kecermelangan pendidikan di serantau. Sehubungan ini, usaha guru dalam merelisasikan strategi kementeriaan pelajaran adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan seperti, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani,emosi,rohani,dan intelek (JERI) secara keseluruhan.dan bersepadu. Selain itu, pelaksaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pemabangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Sesungguhnya misi kementerian pelajaran malaysia selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecermalangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut :  Prasarana yang berkualiti.  Aplikasi teknologi yang canggih (ICT)  Warga pendidikan yang proaktif.  Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan terkini.  Peluang diadakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)  Ada dasar pendidikan terbuka. 17
    • Konklusinya, untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi kementeriaan pelajaran Malaysia, guru memainkan pearanan penting dalam perlaksanaan strategi-strategiyang ditentukan seperti dihuraikan di atas. 18
    • RUMUSAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat dan misi kementerian pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang. Penyataan-penyataan ini juga menggambarkan hasrat negara untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua golongan pendidik harus berfokus kearah merealisasikan kehendak negara ini. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi petunjuk kepada kejayaan ataut kegagalan pendidikan kebangsaan. 19
    • RUJUKAN Falsafah pendidikan di Malaysia (mok soon sang) http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/faktor-faktor-dalam-pembentukan.html http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html 20
    • LAMPIRAN 21
    • 22