Pendidikan seni @ corak dan rekaan

39,403 views

Published on

Published in: Design
3 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
39,403
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
943
Comments
3
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pendidikan seni @ corak dan rekaan

  1. 1. PENGHARGAANAlhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala diatas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khususberasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek PendidikanSeni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya.Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepadaibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupakepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberidorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjangmenyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkanamat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelassahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalammelengkapkan kerja khusus ini.
  2. 2. Halaman Pengakuan“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiapsatunya telah saya jelaskan sumbernya”.Tandatangan : ………………………………………………………………….Nama Penulis : ………………………………………………………………….Tarikh : ……………………………….
  3. 3. 1.0 PENGENALAN Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuatcorak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkanaspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melaluipenajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkandapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadipengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawabersama nilai yang disebutkan. Bidang mcbuat corak dan rekaan ini membolehkanmurid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidakterancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini bolehdilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
  4. 4. 2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkansesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yangtradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak danrekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domainkognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secarateratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepadadua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga bolehterbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang.Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza danmemerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada muridmemahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadisuatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corakterhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidakterancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalamsusunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenissusunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala coraktidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia bolehdihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
  5. 5. 3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN3.1 Susunan Ulang SekataMotif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagimenghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisangrid sebagai panduan.3.2 Susunan Berselang SeliMotif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antararuangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corakyang menarik.
  6. 6. 3.3 Susunan Batu BataMotif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnyadisusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.3.4 Susunan Bertimbal/cerminanMotif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yangbertentangan.3.5 Susunan BertindihMotif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehinggamembentuk corak yang menarik.
  7. 7. 3.6 Susunan BerpusatMotif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motifini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dansebagainya.3.7 Susunan sisik ikan3.8 Susunan Orgee
  8. 8. 3.9 Susunan turun separa3.10 Susunan Berpusat
  9. 9. 3.11 Susunan Berombak3.12 Susunan Jidar3.13 Susunan Pucuk Rebung
  10. 10. 3.14 Susunan Siku Keluang4.0 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAANReka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialahsama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiridaripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif di dalam membuat corak danrekaan boleh didapati daripada:a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahib) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusiad) Rupa atau bentuk angka dan hurufe) Rupa atau bentuk kraf tradisional.
  11. 11. 5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAANMencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asasseni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangatpenting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baikmemerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsiprekaan.5.1 Unsur seni terdiri daripada:(a) Garisan(b) Warna-Warna terdiri daripada;1. Warna asas - biru, merah dan kuning2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuningdicampur merah = oren3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama adakasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatanmanusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiridari ciptaan Yang Maha Kuasa.Jalinan terbahagi dua jenis:(i) Jalinan tampak(ii) Jalinan sentuh(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk
  12. 12. yang khusus)(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua dimensi(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang(f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek.5.2 Prinsip rekaan terdiri daripada:a) Harmoni- situasi yang selesab) Penegasan- menarik perhatian si pemerhatic) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannyad) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-cirie) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar ituf) Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapatg) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan6.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN6.1 Perlakuana) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
  13. 13. d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkangubahan seni.e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.i) Membezakan jenis corak tertentu.j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.k) Mengatur corak.l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dantangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secaraterperinci terhadap ciptaan tersebut.6.2 Persepsia) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
  14. 14. g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannyadengan kehidupan mereka.m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkankarya yang berharmoni dan bermakna.n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.6.3 Pengetahuan Budayaa) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional.c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alatkegunaan harian.d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraftradisional.e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaankebangsaan.
  15. 15. 7.0 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAANa) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objekb) Corak sebagai elemen hiasanc) Corak sebagai nilai estetik8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG)Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melaluikegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan danpercikan.8.1 PualamanPualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keataskertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terncang.8.2 TiupanTeknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkanangin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidakterancang).
  16. 16. 8.3 TitisanTitisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan caramenitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.8.4 Ikatan dan celupanTeknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelupcetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
  17. 17. 8.5 Renjisan dan percikanReka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corakterancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentukkreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbezatetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untukmenghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yangberhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.9.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TERANCANG)Kegiatan corak tidak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan danguntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.9.1 LukisanLukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisanLukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.
  18. 18. Contoh lukisan9.2 CatanCatan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya,membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai ataudilihatnya dalam bentuk imej visual.Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corakdalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.Contoh catan
  19. 19. 9.3 CapanSecaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capanialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukanwarna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkandengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahanContoh capan9.4 CetakanSatu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahandakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yangdisediakan ke atas sesuatu permukaan lain.Contoh cetakan
  20. 20. 9.5 Lipatan dan guntinganMenghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan danguntingan.Contoh lipatan dan guntingan9.6 ResisReka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapatdengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis bolehmenghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resismemerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung denganasas rekaan dan prinsip rekaan. Contoh resis
  21. 21. 9.7 KolajIa juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampalsebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindihuntuk menghasilkan sesuatu corak.Contoh kolaj9.8 Teknik KaligrafiDi dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yangdigunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran. Motif yangdilukiskan kemudian diwarnakan. Contoh Teknik Kaligrafi
  22. 22. 10.0 KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( CORAK TIDAK TERANCANG)JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG10.1 TEKNIK : TITISAN Penerangan Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang melibatkan titisan dengan menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Alatan dan bahan Kertas lukisan, palet, warna poster, straw dan berus Langkah-langkah 1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan.
  23. 23. 2. Celupkan berus atau straw didalam warna yang dikehendaki dan mulakan titisan pada kertas lukisan.3. Titiskan secara berulang-ulang warna lain sehingga dapat membentuk corak titisan.
  24. 24. 4. Lukisan yang telah siap Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Rupa - rupa organik  Bentuk – Ilusi.  Jalinan –Tampak.  Ruang - Terdapat pada titisan yang berulang- ulang.  Warna - Menggunakan warna sekunder (jingga, hijau) dan warna asas (biru). Prinsip Rekaan  Kontra- Terdapat pada warna jingga,biru dan hijau.  Imbangan- Tidak simetri.  Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. Organisasi Rekaan  Komposisi- Susunan corak titisan berkenaan yang berulang-ulang.
  25. 25. JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG 10.2 TEKNIK : RENJISAN DAN PERCIKANPeneranganTeknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkanrenjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairanyang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas,kain dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang menarik melalui teknikrenjisan dan percikan.Alatan dan bahanKertas lukisan, warna poster, palet, berus dan berus gigiLangkah-langkah1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan (biru, hijau, jingga).
  26. 26. 2. Celupkan berus gigi didalam warna yang dikehendaki dan mulakan percikan pada kertas lukisan.3. Percikan pula warna kedua iaitu warna kuning.
  27. 27. 4. Percikan pula warna ketiga iaitu warna merah pada kertas lukisan.5. Lukisan yang telah siap Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Bentuk – Ilusi.  Jalinan –Tampak.  Ruang - Terdapat pada percikan yang berulang- ulang.  Warna - Menggunakan warna asas ( biru). Warna sekunder ( hijau dan jingga).
  28. 28. Prinsip Rekaan  Kontra- Jingga, biru dan hijau  Imbangan- Tidak simetri.  Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.10.3 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG TEKNIK : CERMINANPeneranganSatu aktiviti mencorak yang dihasilkan dari warna basah yang dititiskan satu persatudengan warna yang berbeza-beza pada satu bahagian kertas lukisan. Kertas lukisanitu kemudian dilipat kepada dua bahagian dan digosok-gosok sehingga warnatersebut tersebar pada bahagian kertas lukisan sebelahnya. Teknik ini dapatmenghasilkan corak tidak terancang cerminan.Alatan dan bahanKertas lukisan, warna poster, palet dan berus.
  29. 29. Langkah-langkah1. Lipat kertas kepada dua bahagian untuk mendapatkan garisan tengah.2. Buka balik kertas lukisan tersebut.3. Titiskan warna satu persatu pada sebelah bahagian kertas lukisan sahaja.
  30. 30. 4. Lipat kepada dua bahagian kertas lukisan tersebut, kemudian gosokkan kertas lukisan tersebut bagi memastikan warna tersebar.5. Buka kertas lukisan tersebut. Dapat dilihat hasil yang telah siap kesan daripada gosokan pada kertas lukisan tersebut.
  31. 31. Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni Bentuk – Ilusi. Jalinan –Tampak. Ruang – Terdapat pada warna lipatan dan latar Warna - Menggunakan warna asas (merah) dan warna sekunder (jingga).Prinsip Rekaan Kontra- Jingga, hitam, merah Imbangan- Simetri. Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat. Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.Organisasi Rekaan Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada lipatan tersebut.
  32. 32. 10.4 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG TEKNIK : TIUPANPeneranganTeknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkanangin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidakterancang). Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakanasalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yangdiletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Hasil corak tidakterancang ini menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warnadan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Corak tiupan diaplikasikan denganmedia serta proses dan teknik secara kreatif dan membuat apresiasi terhadap karya. Bahan/alatan: kertas lukisan warna poster @ buncho
  33. 33. bekas pembancuh warna berus warna straw @ penyedut minuman Langkah 1 1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan. 2. Mulakan dengan warna yang cerah. 3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas. Langkah 21. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman. 2. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang. Langkah 3
  34. 34. 1. Tambahkan warna-warna yang lain dan ulang seperti di langkah 2. Langkah 4 Hasil yang telah siap. Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Garidan – Pelbagai jenis garisan  Warna – Asas dan sekunder  Jalinan- tampak Prinsip Rekaan
  35. 35.  Ritma dan pergerakan- garisan pelbagai arah Kepelbagaian- warna, garisan dan jalinan Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat. Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.Organisasi Rekaan Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada tiupan tersebut.
  36. 36. 11.0 PEMINDAHAN ILMU (LAWATAN) TEMPAT : EENA BATIK SUTERA, TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. TARIKH : 19 April 2012 JAM : 2.45 Petang hingga 5.00 petangBagi memantapkan lagi tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya telah membuattemujanji dan mengadakan lawatan ke Eena Batik Sutera di Kampung Tok Jembal,Kuala Terengganu 19 April 2012 yang lalu. Kami bertolak ke sana pada jam 2.45petang. Setibanya disana saya dan rakan-rakan disambut mesra oleh pengusahabatik tersebut iaitu Puan Rohaina binti Talib. Kami telah menemuramah danbertanya tentang perusahaan batik yang dijalankan oleh beliau di Kampung itu. Beliau yang juga ahli Persatuan Pengusaha Batik Terengganu dan Malaysiamemaklumkan, batik yang dihasilkan di kilang beliau ini telah dipasarkan di KualaLumpur, Terengganu, Selangor dan juga negeri-negeri lain. Bagi memperluaskanlagi perusahaan batiknya kepada pengunjung luar, beliau telah mempamerkan batikbeliau di Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Saya juga telahbertanyakan kepada beliau tentang penghasilan batikdaripada awal sehingga batik berkenaan siap. Saya juga berkesempatan mengambilgambar ketika pekerja Eena Batik Sutera sedang melakukan aktiviti mencanting danmewarna batik berkenaan. Puan Rohaina juga telah mengajar saya dan rakan-rakan cara mencantingdan mewarna batik dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat agar batik
  37. 37. yang dihasilkan tidak rosak atau cacat. Kami semua telah diberikan kain Fuji sebanyak setengah meter dan dibahagi kepada empat bahagian untuk kami hasilkan corak rekaan kami sendiri pada kain berkenaan. Bagi saya, pengalaman melukis dan mewarna batik dengan menggunakan kreativiti sendiri ini sangat mencabar, tetapi menyeronokkan kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah saya cuba sebelum ini. Selain itu, beliau juga menunjukkan kepada kami alatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memulakan dan menghasilkan batik. Menurut beliau, batik biasanya diwarnakan beberapa lapis bagi menghasilkan batik yang cantik dan berkualiti. Akhir sekali, temuramah selama dua jam itu telah memberikan saya maklumat yang sangat berguna yang dapat saya aplikasikannya apabila saya telah mengajar kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Rohaina diatas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.12.0 SEJARAH BATIK MALAYSIA Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarahperkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu,Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa. Kain batikMalaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yangdigunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yangbermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong
  38. 38. Gajah Mati, Kota Bharu. Seterusnya, perkembangan pembuatan batikdiperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam prosesmelukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentukutama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alamsemulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. 13.0 BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN BATIK  Warna yang digunakan untuk mewarnakan batikBerus untuk mmewarna
  39. 39.  Kain yang digunakan untuk menghasilkan batik Pemidang digunakan untuk meletakkan batik yang hendak dilukis. Kekuda digunakan untuk meletakkan pemidang.
  40. 40.  Canting digunakan untuk membuat lakaran pada batik Pencedok Lilin digunakan untuk mencedok lilin.
  41. 41.  Sodium Silicate digunakan untuk mematikan warna pada kain. Supaya warna kekal dan tidak luntur. Soda (untuk menanggalkan lilin pada kain). Lilin (putih) dan ‘Diamond’ (Kuning).
  42. 42. 14.0 PROSES PENGHASILAN BATIK 1. Kain batik direntangkan pada pemidang. 2. Corak yang sesuai dilukis dan diwarnakan pada kain berkenaan.
  43. 43. 3. Batik yang telah dilukis dan diwarna itu di kemaskan dengan lilin untuk bahagian yang lain pula. Teknik ini dipanggil ‘canting’.4. Batik diletakkan pada pemidang dan diwarnakan pula bahagian latar pada kain berkenaan.5. Batik yang telah diwarnakan akan direndam dalam sodium silicate selama beberapa jam mengikut jenis kain untuk mematikan warna.6. Selepas itu kain hendaklah dibilas sehingga bersih dan jemur.7. Kemudian rebus air sehingga mengelegak, masukkan soda untuk menanggalkan lilin dan rebus kain selama beberapa minit.8. Angkat kain tersebut dan jemur batik ditempat yang panas.
  44. 44. 15.0 PENUTUP Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapatmemenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancangdan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untukmenghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihanberfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amatdiperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorangitu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visualmenjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni danberbudaya. Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah.Secara tidak langsung, tugasan ini memberi tambahan ilmu dan kemahiran kepadasaya nanti apabila bergelar sebagai seorang guru kelak. Pendidikan Seni jugamemainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melaluipersepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan danreka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea danekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada muridamnya dan kepada guru khasnya.
  45. 45. BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN NO. MATRIK : 124953 KUMPULAN : DPLI – SR (PSV 1) SEMESTER : 1 / 2012 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL (SVC2103) PENSYARAH : PN.MARINI BT. MOHAMED SALIHINBil PERKARA YANG TARIKH CATATAN T/TANGAN . DIBINCANGKAN1. 20.02.12 Menerima soalan tugasan - Taklimat diadakan di dan taklimat daripada kelas PSV 1. pensyarah mata pelajaran - Tugasan perlu (Pn. Marini bt – Pn. Marini dihantar pada Mohamed Salihin) 22.4.20122. 28.02.12 Memahami kehendak - Merangka sub topik soalan tugasan - Membuat jadual Kerja3. 15.03.12 Mencari maklumat soalan - Membuat pinjaman tugasan dari Pusat sebanyak 2 buah Sumber . buku Menyediakan draf tugasan - menyusun maklumat4. 20.03.12 individu. mengikut keutamaan - menganalisis
  46. 46. maklumat berdasarkan kehendak soalan5. 24.03.12 Mencari maklumat soalan - membuat pinjaman tugasan dari Pusat lagi 2 buah buku Sumber. - mencari isi-isi Penting6. 03.04.12 Menaip tugasan. - memperincikan tugasan huraian dan contoh - membaiki cara penulisan7. 19.04.12 Lawatan Pemerolehan - melihat sendiri Ilmu ke Perusahan Batik proses penghasilan batik Eenaa Batik Sutera, Tok Jembal. -mendokumentasikan proses yang terlibat.8. 21.04.12 Menyemak dan - membuat memperbaiki tugasan penambahan huraian dan maklumat9. 21.04.12 Menyempurnakan dan - melengkapkan mengedit tugasan segala maklumat - lampiran yang perlu dimasukkan10. 22.04.12 Menghantar tugasan diterima dan lengkap kepada direkodkan (Pn.Marini bt. pensyarah Mohamed Salihin)
  47. 47. REFLEKSI Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapatsaya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjekPendidikan Seni Visual (SVC2103). Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Pn.Marini bt Mohamed Salihin yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakantugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satucabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukanberkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untukmenyiapkan tajuk yang diberikan. Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupikonsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak dan rekaan yangterancang serta corak dan rekaan yang tidak terancang. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlumenyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuaibagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri.Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asasseni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guruseni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini keranakreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluandan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Selain itu, saya juga perlu mengatur satu sesi pemerolehan ilmu dengan caramembuat lawatan ke satu tempat pembuatan hasil batik iaitu batik sutera yang terletakdi Tok Jembal, berhampiran dengan IPG KDRI. Sesi temuramah dengan pengusaha
  48. 48. dan pekerja di tempat pembuatan batik adalah bagi menambah ilmu dan kemahirandalam penghasilan corak dan rekaan mereka. Bagi aktiviti ini saya bersama empatorang rakan lagi telah turut serta ke tempat perusahaan batik ini. Di sini, kami telahmengumpul hasil data dalam pemprosesan pembuatan hasil batik ini. Proses artistiknyajuga turut kami rakamkan. Selain itu juga, kami turut mengambil kesempatan dalammengembangkan bakat dan kemahiran dalam membuat satu hasil batik. Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah prosesmemulakan tugasan ini saya agak sukar kerana menjelaskan konsep corak dan rekaan,mempunyai pecahan-pecahan tajuk ini agak meluas. Keadaan ini memerlukan banyakpembacaan dan pemahaman terhadap tugasan ini. Huraian utama dinyatakan perlulahjelas dan tepat serta lengkap dengan contoh. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus inimempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami.Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk sayamelaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dankritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori corak dan rekaan perludifahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjangmelaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang corak dan rekaan.Merasakan bahawa Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalahpenambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mencorak dan rekaan. Sebelum ini sayatidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak.Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangatmenyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya
  49. 49. mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalambidang ini dari teknik susah kepada teknik senang. Bidang mencorak dan rekaan ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atausesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, sayamengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukanaktiviti seni di dalam kelas. Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akanmenyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakanalat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai sertarancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seniyang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, „Kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya‟ Selain itu juga, pemerolehan ilmu semasa mengadakan temuramah adalahcukup bermakna. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguhberharga. Sikap tidak lokek ilmu yang ada dalam diri pengusaha perusahaan batiktersebut haruslah ada juga di setiap masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Tugasan inijuga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah dimanipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidakada kesedaran tentang itu. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyakfaedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia iniserta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualitibagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visualdan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
  50. 50. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yangterlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus sayaini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datangsupaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya.Disediakan oleh,……………………………(RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN)NO.MATRIK :124953

×