Senarai Kandungan
No. Senarai - Senarai Muka Surat
1. Pendahuluan 3
2. Pengertian Solat 4 & 5
3. Syarat Wajib Solat 6
4. S...
Pendahuluan
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan kepada saya, topik tugasan
yang ingin dibincangkan adalah mengenai pe...
Pengertian Solat
Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram
dan diakhiri de...
Solat Waktu Masuk Waktu Akhir
Zohor Gelincir matahari di arah barat
dan bayangan sesuatu benda
berarah ke timur .
Bayangan...
Syarat Wajib Solat
Syarat Wajib Solat ini bermaksud apabila cukup syarat bagi seseorang itu,
maka dengan itu dia diwajibka...
Syarat Sah Solat
Syarat Sah Solat ini adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum
menunaikan solat tersebut. Seandainya sa...
Rukun Solat
Rukun Solat adalah perkara yang dilakukan dalam solat, iaitu bermula
dari takbiratul ihram hingga salam. Sekir...
1. Berdiri – Sebelum takbiratul ihram, hendaklah seorang itu Qiam @ berdiri
dengan tegak dan betul. Sekiranya seseorang ma...
4. Al-Fatihah – Membaca surah Al-Fatihah merupakan rukun solat. Bacaan
tersebut hendaklah dilafazkan kira kira kedengaran ...
8. Duduk Antara 2 Sujud & Toma’ninah - Dilakukan sekali selepas sujud yang
pertama. Bacaan merupakan sunat.
9. Tahiyat Akh...
11. Selawat Ke Atas Rasul - Selawat ini dibaca ketika dalam bacaan tahiyat akhir.
12. Salam - Salam yang menjadi rukun ada...
Cara Mengerjakan
Solat
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan salah satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar....
Perkara Sunat Dalam Solat
1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika
melakukannya. Jika te...
2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika
melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalka...
Solat Jenazah
Solat Jenazah ini juga merupakan solat yang wajib dilakukan . Cuma ia
adalah Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah ...
Syarat Sah Solat Jenazah
Sama seperti Solat Fardhu biasa :
 Suci dari hadas besar dan kecil
 Menghadap Kiblat
 Menutup ...
Rukun Solat Jenazah
Solat Jenazah tidak memakai Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud
dan Duduk Tahiyat Akhir. Solat...
Cara Cara Solat Jenazah
1. Lafaz Niat Solat Jenazah (Bagi Jenazah Lelaki)
(Aku solat atas mayat ini empat takbir fardu kif...
3. Takbir Kedua
- Membaca Selawat Ibrahimiah
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana
Eng...
4. Takbir Ketiga
- Doa (Bagi Jenazah Lelaki)
“Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah
d...
(Doa Bagi Jenazah Perempuan)
5. Takbir Keempat dan Terakhir
- Doa (Bagi Jenazah Lelaki)
(Bagi Jenazah Perempuan)
Maksudnya :
“Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan
janganlah Engkau memberi mendahului kami ...
Perkara – Perkara di atas menerangkan tentang Solat Jenazah secara
sempurna ataupun secara panjangnya . Bagaimanapun, Sola...
Solat Musafir
1. SOLAT JAMAK
Jamak itu bermaksud Himpun. Solat Jamak itu adalah menghimpunkan dua
solat fardhu ke dalam sa...
Syarat Sah Jamak Takdim
 Hendaklah dikerjakan dengan tertib iaitu mendahulukan solat fardhu yang
pertama diikuti solat fa...
Jamak Takhir
Jamak Takhir adalah menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu yang
kedua. Contohnya :
 Solat Zohor dihimpunka...
SOLAT QASAR
Qasar bermaksud memendekkan . Solat Qasar adalah memendekkan
solat yang 4 rakaat menjadi hanya 2 rakaat. Oleh ...
Cara Mengerjakan Solat Jamak Qasar
Jamak dan Qasar ( Jamak Takdim)
 Niat (Fardhu Zohor dan Asar)
(Sahaja aku solat Fardhu...
(Fardhu Maghrib dan Isyak)
(Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak takdim kerana Allah
Taala)
(Sahaja aku solat...
Jamak dan Qasar ( Jamak Takhir)
(Fardhu Zohor dan Asar)
(Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir serta qasa...
(Fardhu Maghrib dan Isyak)
( Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah
Taala)
(Sahaja aku sol...
Kesimpulan
Kesimpulannya, Solat ini merupakan suatu ibadah yang penting bagi
seorang Islam. Dengan itu, usaha untuk belaja...
Sumber Sumber
 http//www.panduansolatkhas.blogspot.com
 www.wikipedia/rukunsolat.com
 www.youtube.com
 http://munimont...
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Pengajian islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pengajian islam

938

Published on

Assignment Sem 3

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
938
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
28
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengajian islam

  1. 1. Senarai Kandungan No. Senarai - Senarai Muka Surat 1. Pendahuluan 3 2. Pengertian Solat 4 & 5 3. Syarat Wajib Solat 6 4. Syarat Sah Solat 7 5. Rukun Solat 8 – 12 6. Cara Mengerjakan Solat 13 – 29 7. Perkara Yang Membatalkan Solat 30 8. Perkara Sunat Dalam Solat 31 & 32 9. Solat Jenazah 33 – 42 10. Solat Khas ( Jamak & Qasar) 43 – 50 11. Kesimpulan 51 12. Sumber 52
  2. 2. Pendahuluan Berdasarkan tugasan yang telah diberikan kepada saya, topik tugasan yang ingin dibincangkan adalah mengenai perkara dalam “SOLAT” . Perkara- perkara tersebut bukan sahaja membincangkan tentang Solat Wajib (Fardhu Ain & Fardhu Kifayah), tetapi juga tentang Solat Khas. Dalam menyempurnakan tugasan ini , saya telah mencari ilmu-ilmu dari pelbagai sumber di internet serta di dalam buku-buku agama, dimana sumber sumber tersebut membincangkan khususnya tentang bab solat ini .
  3. 3. Pengertian Solat Bahasa : Doa Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Waktu Solat Allah mewajibkan (Fardhu Ain) setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan firman Allah SWT : Yang Bermaksud : Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya – Surah An-Nisa’ (103)
  4. 4. Solat Waktu Masuk Waktu Akhir Zohor Gelincir matahari di arah barat dan bayangan sesuatu benda berarah ke timur . Bayangan sesuatu benda itu lebih sedikit panjangnya dari ia sendiri. Asar Bayangan sesuatu benda itu lebih sedikit panjangnya dari ia sendiri. Terbenamnya seluruh bulatan matahari. Maghrib Terbenamnya seluruh bulatan matahari. Hilang cahaya merah matahari di kaki langit. Isyak Hilang cahaya merah matahari di kaki langit. Terbit Fajar Sadiq Subuh Terbit Fajar Sadiq Terbit Matahari
  5. 5. Syarat Wajib Solat Syarat Wajib Solat ini bermaksud apabila cukup syarat bagi seseorang itu, maka dengan itu dia diwajibkan untuk solat melainkan mempunyai perkara atau halangan yang menyebabkan dia tidak mampu menunaikan solat tersebut. Syaratnya ialah :  Islam - Tidak wajib bagi orang yang bukan muslim atau orang yang telah murtad.  Berakal – Tidak wajib bagi orang yang dilahirkan dengan akal yang tidak sempurna seperti gila, kecacatan otak, orang yang sedang pengsan atau koma.  Suci – Iaitu orang yang suci contohnya dari haid dan nifas, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat.  Baligh - Mencapai had umur di mana dia dapat membezakan yang baik dan buruk serta buku amalannya mula dicatat oleh malaikat.
  6. 6. Syarat Sah Solat Syarat Sah Solat ini adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat tersebut. Seandainya salah satu dari syarat ini tidak dilakukan maka solat yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sah. Syarat tersebut ialah :  Yakin masuk waktu - Tidak sah solat jika tidak yakin masuk waktu. Sekiranya seseorang itu yakin sudah masuk waktu, walaupun belum masuk waktunya, solatnya tetap sah.  Suci - Iaitu suci daripada hadas besar dan hadas kecil.  Bersih – Anggota badan, pakaian, serta tempat solat tersebut adalah bersih dari najis.  Aurat - Menutup aurat dengan sempurna sebagai mana diwajibkan menutup aurat terhadap yang bukan mahram.  Kiblat - Berdiri menghadap kiblat untuk menunaikan solat. Sekiranya arah kiblat itu tidak diketahui dan tidak ada sumber untuk ditanyakan, maka arah kiblat itu hendaklah di hadapkan ke arah di mana yakin adalah betul.
  7. 7. Rukun Solat Rukun Solat adalah perkara yang dilakukan dalam solat, iaitu bermula dari takbiratul ihram hingga salam. Sekiranya salah satu rukun ini ditinggalkan dengan sengaja maka solat nya tidak sah. Rukun dibahagikan kepada 3 bahagian dan tiap tiap rukun mempunyai makna ia sendiri.  Rukun qalbi ( - iaitu berasal daripada perkataan - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.  Rukun fi'li ( - iaitu berasal daripada perkataan - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.  Rukun qauli ( - iaitu berasal daripada perkataan - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
  8. 8. 1. Berdiri – Sebelum takbiratul ihram, hendaklah seorang itu Qiam @ berdiri dengan tegak dan betul. Sekiranya seseorang makmum itu memasuki saf dan terus mengangkat takbir maka solatnya itu tidak sah. 2. Niat - Niat yang dilafazkan dalam bahasa arab tidak diamalkan oleh Rasulullah namun, Imam Nawawi mengatakan bahawa lafaz niat tersebut adalah sunat bagi memperingatkan tentang solat yang hendak dilakukan serta untuk melancarkan niat yang kemudiannya dilakukan pada takbiratul ihram. Niat dalam hati pada takbiratul ihram Itu merupakan Rukun Solat. 3. Takbiratul Ihram – Lafaz takbiratul ihram iaitu ‘ALLAHU AKBAR’ merupakan salah satu rukun solat pada rakaat yang pertama. Mengangkat tangan semasa takbiratul ihram adalah sunat.
  9. 9. 4. Al-Fatihah – Membaca surah Al-Fatihah merupakan rukun solat. Bacaan tersebut hendaklah dilafazkan kira kira kedengaran pada telinga sendiri. Ulama’ mengatakan tidak sah solat jika membaca Al-Fatihah dalam hati tanpa melafazkannya. 5. Rukuk & Toma’ninah – Melakukan rukuk adalah rukun solat. Bacaan dalam rukuk merupakan sunat. Toma’ninah adalah berhenti sementara antara rukun iaitu cukup dengan kadar ‘Subhanallah’. 6. Iktidal & Toma’ninah - Iktidal adalah berdiri tegak selepas rukuk yang juga merupakan rukun solat. 7. Sujud & Toma’ninah – Sujud dilakukan sekali selepas iktidal dan toma’ninah, kemudiannya lagi sekali selepas duduk antara dua sujud. Bacaan dalam sujud adalah sunat.
  10. 10. 8. Duduk Antara 2 Sujud & Toma’ninah - Dilakukan sekali selepas sujud yang pertama. Bacaan merupakan sunat. 9. Tahiyat Akhir dan Toma’ninah - Tahiyat Akhir ini dilakukan pada rakaat yang terakhir. Perlakuan duduk tahiyat akhir ini adalah rukun dalam solat. 10. Membaca Tahiyat Akhir - Bacaan Tahiyat Akhir juga merupakan rukun solat.
  11. 11. 11. Selawat Ke Atas Rasul - Selawat ini dibaca ketika dalam bacaan tahiyat akhir. 12. Salam - Salam yang menjadi rukun adalah salam yang pertama sahaja. Salam kedua adalah bukan rukun. 13. Tertib - Tertib bermaksud rukun rukun di atas haruslah dilakukan secara mengikut turutan . Misalnya tidak boleh melakukan sujud dahulu kemudiannya rukuk.
  12. 12. Cara Mengerjakan Solat
  13. 13. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1. Meninggalkan salah satu rukun solat. 2. Bercakap dgn sengaja. 3. Berhadas kecil @ besar. 4. Terkena najis pada pakaian @ badan. 5. Terbuka aurat dgn sengaja. 6. Ketawa mengeluarkan suara. 7. Berubah niat. 8. Makan @ minum dgn sengaja. 9. Bergerak 3 kali berturut-turut. 10. Berpaling dada dari arah kiblat. 11. Murtad.
  14. 14. Perkara Sunat Dalam Solat 1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia terdiri drp ; a) Membaca tasyahud awal b) Duduk membaca tasyahud awal c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal d) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir e) Membaca Qunut f) Berdiri ketika membaca Qunut g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut h) Selawat ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
  15. 15. 2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia terdiri drp ; a) Membaca doa Iftitah b) Membaca Ta’awuz c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
  16. 16. Solat Jenazah Solat Jenazah ini juga merupakan solat yang wajib dilakukan . Cuma ia adalah Fardhu Kifayah. Fardhu Kifayah ini bermakna tidak wajib ke atas semua umat Islam, tetapi wajib dilakukan oleh segelintir umat Islam. Contohnya jika berlaku suatu kematian di suatu taman, maka di wajibkan untuk Jemaah di kawasan taman itu untuk menguruskan jenazah tersebut, tetapi tidak diwajibkan untuk semua penduduk menguruskan jenazah. Namun begitu, Solat Jenazah boleh berubah hukumnya menjadi Fardhu Ain. Contohnya jika 2 orang yang tersesat di hutan, kemudian salah seorangnya meninggal, maka menjadi WAJIB ke atas seorang lagi itu untuk menguruskan jenazah tersebut. Dengan itu, menjadi fardhu ke atas kita semua untuk belajar cara untuk menguruskan jenazah, bukan sahaja dari cara Menyembahyangkan jenazah, tetapi menguruskan jenazah secara sempurna.
  17. 17. Syarat Sah Solat Jenazah Sama seperti Solat Fardhu biasa :  Suci dari hadas besar dan kecil  Menghadap Kiblat  Menutup Aurat dengan sempurna  Bersih dari segala najis Syarat berlainan :  Jenazah yang hendak disolatkan itu hendaklah sekurangnya dimandikan  Jenazah hendaklah berada didepan makmum dan imam, kecuali jika dilakukan di atas kubur atau mayat Ghoib.  Jenazah hendaklah diletakkan menghadap Kiblat.
  18. 18. Rukun Solat Jenazah Solat Jenazah tidak memakai Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud dan Duduk Tahiyat Akhir. Solat Jenazah juga tidak perlu Azan dan juga Iqamah. Hanya mempunyai 4 takbir dan 1 salam. Rukunnya Adalah : 1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Qiam 4. Salam 5. Tertib
  19. 19. Cara Cara Solat Jenazah 1. Lafaz Niat Solat Jenazah (Bagi Jenazah Lelaki) (Aku solat atas mayat ini empat takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah taala) (Bagi Jenazah Perempuan) (Aku solat atas mayat ini empat takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah taala) Lafaznya dibaca sebelum solat, dan Niat di hati di baca ketika Takbiratul Ihram 2. Takbir Pertama - Membaca Al – Fatihah
  20. 20. 3. Takbir Kedua - Membaca Selawat Ibrahimiah “Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”
  21. 21. 4. Takbir Ketiga - Doa (Bagi Jenazah Lelaki) “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.
  22. 22. (Doa Bagi Jenazah Perempuan)
  23. 23. 5. Takbir Keempat dan Terakhir - Doa (Bagi Jenazah Lelaki) (Bagi Jenazah Perempuan)
  24. 24. Maksudnya : “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 5. Salam - Sama Seperti Solat Fardhu.
  25. 25. Perkara – Perkara di atas menerangkan tentang Solat Jenazah secara sempurna ataupun secara panjangnya . Bagaimanapun, Solat Jenazah itu adalah Fardhu Kifayah, tetapi bacaan bacaan di dalam Solat Jenazah itu adalah Sunat sahaja. Bagi orang yang baru hendak belajar tentang ilmu ini, atau mungkin kekurangan ilmu tentang bab Solat Jenazah, video di bawah akan menerangkan cara yang paling ringkas bagi melakukan Solat Jenazah .
  26. 26. Solat Musafir 1. SOLAT JAMAK Jamak itu bermaksud Himpun. Solat Jamak itu adalah menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu solat. Solat yang boleh dijamakkan ialah: i. Zohor dengan Asar, dan ii. Maghrib dengan Isyak. Solat Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : Jamak Takdim Jamak Takdim adalah menghimpunkan 2 solat fardhu pada waktu yang pertama. Contohnya :  Solat Zohor dihimpunkan dengan Asar pada waktu Zohor  Solat Maghrib dihimpunkan dengan Isyak pada waktu Maghrib
  27. 27. Syarat Sah Jamak Takdim  Hendaklah dikerjakan dengan tertib iaitu mendahulukan solat fardhu yang pertama diikuti solat fardhu yang kedua. Contohnya, solat Fardhu Maghrib kemudian diikuti dengan solat Fardhu Isyak.  Berniat untuk menjamak kan solat pada waktu yang pertama.  Hendaklah melakukan kedua solat itu secara berturut, dan tidak diselangi dengan perkara lain contohnya makan atau minum dahulu sebelum memulakan solat yang kedua. Mengambil air wudhuk adalah dikecualikan.
  28. 28. Jamak Takhir Jamak Takhir adalah menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu yang kedua. Contohnya :  Solat Zohor dihimpunkan dengan Asar pada waktu Asar  Solat Maghrib dihimpunkan dengan Isyak pada waktu Isyak Syarat Sah Jamak Takhir  Berniat dalam waktu solat fardhu yang pertama untuk menangguhkan solat fardhu yang pertama tersebut ke dalam solat fardhu waktu kedua.  Masih dalam keadaan musafir sehingga kedua dua solat ini selesai. Contohnya seseorang yang hendak pulang ke rumah, mestilah mengerjakan kedua dua solat yang hendak dihimpunkan sebelum dia tiba destinasinya.
  29. 29. SOLAT QASAR Qasar bermaksud memendekkan . Solat Qasar adalah memendekkan solat yang 4 rakaat menjadi hanya 2 rakaat. Oleh itu solat yang boleh di Qasarkan adalah Zohor, Asar dan Isyak. Manakala Subuh dan Maghrib kekal dengan rakaatnya iaitu 2 rakaat dan 3 rakaat. Syarat Sah Solat Qasar  Mengetahui tempat yang hendak dituju dan perjalanan tersebut bukan kerana maksiat  Perjalanan itu melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 92 km  Berniat solat qasar ketika takbiratul ihram.  Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna. Tetapi orang yang solat fardhu boleh menjadi makmum kepada orang yang sedang Solat Qasar.  Masih dalam keadaan musafir sehingga selesai solatnya.
  30. 30. Cara Mengerjakan Solat Jamak Qasar Jamak dan Qasar ( Jamak Takdim)  Niat (Fardhu Zohor dan Asar) (Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala) (Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala)
  31. 31. (Fardhu Maghrib dan Isyak) (Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala) (Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak takdim serta qasar kerana Allah Taala)
  32. 32. Jamak dan Qasar ( Jamak Takhir) (Fardhu Zohor dan Asar) (Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala) (Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala.)
  33. 33. (Fardhu Maghrib dan Isyak) ( Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala) (Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala)
  34. 34. Kesimpulan Kesimpulannya, Solat ini merupakan suatu ibadah yang penting bagi seorang Islam. Dengan itu, usaha untuk belajar dan mengambil tahu ilmu tentang Solat ini adalah merupakan Wajib dan Fardhu Ain bagi setiap Muslim. Dalam bab Jamak dan Qasar pula, menunjukkan bahawa Allah meringankan solat bagi hamba-hambanya yang sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang jauh dengan memendekkan atau menghimpunkan. Malah orang yang bermusafir dapat melakukan pemendekan dalam solat serta dihimpunkan sekali dengan 2 solat fardhu. Ini menunjukkan bahawa Islam itu agama yang mudah dan tidak keras, serta menunjukkan kepentingan solat yang amat sangat sehingga dijaga dengan terperinci sebegini.
  35. 35. Sumber Sumber  http//www.panduansolatkhas.blogspot.com  www.wikipedia/rukunsolat.com  www.youtube.com  http://munimontel.blogspot.com/2010/12/jom-solat-1-solat- fardhu.html  Buku Agama – Akhlak dan Adab Remaja  Buku Agama – Solat Tiang Agama
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×