Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Syura vs demokrasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Syura vs demokrasi

  • 3,544 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,544
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
128
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Syura Vs DemokrasiPengenalanAntara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan danperundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politikdan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafahkekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebihterperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Perbezaandari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan IslamSeperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalahkerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalanterletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhakmenentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undangyang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula.Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyaiprinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T, mengasaskan sesebuah negara itu adalahberdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itusegala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagidemokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakalasebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkansarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoritipentadbir menghormati hak minoriti.PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASIDari segi definisi :Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Iniadalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnyadalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kitamerujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa rakyat.Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator.Idea demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusankehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketikaberlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya mencetuskan revolusi dan antararevolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasidemokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkanbahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata
  • 2. lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.Sehubungan itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allahs.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosialatau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskansyariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatusistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkanoleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” berertimengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapatadalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islamadalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan,mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagaikhalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagidemokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasarmanakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitukebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasinganyang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengansistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negaraadalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau punkriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T,mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negaraserta dalam konteks ekonomi dan sosial.Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik,serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskankebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dankeperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supayamengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadapsuara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihanpemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud :“Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.”
  • 3. Dalam ayat yang sama Allah S.W.T berfirman:“Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidakdapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?”Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihanpemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkanseseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat makaterlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinanjelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan.Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinantetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentuterutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengansogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkankebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu bolehdicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segiakademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalamsebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yangberasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhanyang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalampermesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat danrakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyatdapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti berikut :"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baikdi antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku,benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga akumengambil hak daripadanya insya`Allah ...."Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaituperkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk memilihketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini menunjukkanketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut.Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulahsaya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuahpemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnyakamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorangpemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagimengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi pemimpin, iaperlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan.
  • 4. Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi iamemegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya bolehmempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.Dari segi bidang kuasa:Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifahterhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifahitu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifahdalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitumemperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklahdalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui olehmajoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasaseseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain,bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akalmanusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garispanduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifahadalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah darisegi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yangberfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubalyang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagairujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan ataumenggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistemdemokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyatbiarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran.Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasadi kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistemsyura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilandimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkanbersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnyahukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalamsistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkanbersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranyadiluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku diMalaysia.Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangkamengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada
  • 5. zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan padazaman sekarang.Dari Segi Perundangan :Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah dari segi sistemperundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah berdasarkan permesyuaratan yangbersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem demokrasi pula sistem perundangan adalahberdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan bolehberubah dari semasa ke semasa.Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yangtidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undangperlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepadamajlis ummah dan pimpinan. Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan inisetelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialahperaturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlisummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yangmempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara.Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiranundang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaanini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikanpandangan mengenai pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teoridemokrasi dan sosialisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara kedua-duanya sebagaimanayang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan Islam yang tertentu.Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.Tadalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syari’at yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidakada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syari’at dalam sitemIslam walaupun Nabi S.A.W sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tundukkepada perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem demokrasi dan sosialisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apayang dimaksudkandengan majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satuperdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehinggasampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu dengan sistemdemokrasi dan sosialisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnyaatau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoritiyang di terima oleh Islam. Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan didalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam menekankankepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yangberubah daripada sistem, bukannya menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalampemerintahan Islam.
  • 6. Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyatdan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawabpersoalan ini eloklah kita merujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasaiprinsip negara Islam iaitu: "Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhananyang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris".Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islambukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zamanEropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalahkerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukanoleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalamsesebuah negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yangmenangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan.Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya.Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalahmiliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak bolehmengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetujumahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islammestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya.Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badanpolitik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undangyang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islamhanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidakmelaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah.Ini adalahberbeza dengan demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yangdipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara.Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam demokrasi barat apa-apaundang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang burukdan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melaluiundian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilangpertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkandan kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititikberatkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan danmenguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islamatau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan Sunnah.Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkongmanusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelekmanusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud
  • 7. untuk menyekat kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbezadengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktubdalam Al-Quran dan Sunnah.Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimananmembebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsuyang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah sebabnya Allah mewujudkan had-hadseperti menurut Istilah Islamnya adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalamekonomi Allah telah menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat harta benda,zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan demokrasi liberal keatas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam yang dibina oleh fahaman taqwa dankeutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan kebenaran dan pembaikan sosial.Ini adalah selarasdengan ayat al-Quran surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud:"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman danberamal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran."Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia tidak akanmembawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak mendatangkan kekecuaian kepada ummahsendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran danSunnah.Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan danpersamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralahumat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telahberjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundanganyang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupunmenghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukanIslam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telahdibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orangIslam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalambidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yangberasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negarakita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya.Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeilikikecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya yangbernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyaitanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam.Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka.Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnyamenjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golonganini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingankaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang
  • 8. dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh memintaperuntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syurameluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum. Dengan ini,jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islamjuga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupunmereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk sertapatuh dibawah pemerintahan IslamDalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yangsama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistempentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidangpentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syuradimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malahmereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan,ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi.Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil danmenjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat padazaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidakdibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga bolehmengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy.Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.KesimpulanKesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yangberbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihankhalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islamkebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melaluipersetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melaluiperbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklahmengenai kedaulatan rakyat.Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undangyang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negaraIslam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuahnegara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasiIslam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undangyang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaandan agama dua sistem yang diasingkan.