SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
1.0    PENGENALAN


Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan satu dokumen tentang Pembangunan
Pendidikan pada tahun 2001-2010. Dokumen ini penting sebagai satu titik rujukan bagi
mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan di Malaysia. Pembentukkan pembangunan ini
bermatlamat agar semua warganegara Malaysia memperoleh peluang pendidikan dari segi akses,
ekuiti dan kualiti. Dengan memberi peluang pendidikan yang sama rata dari semua segi, ini akan
dapat memperkembangkan potensi individu atau pelajar secara menyeluruh dengan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, melalui pembangunan ini pelajar dapat
meningkatkan kreativiti dan inovasi serta budaya ilmu dalam kehidupan seharian mereka.
Membudayakan sains dan teknologi serta pembelajaran sepanjang hayat juga dapat dipraktikkan
oleh pelajar. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan
dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan. Pengkhususan rangka pembangunan ini adalah
kepada pembangunan pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tertiari. Tambahan pula,
rangka ini akan diperkukuhkan dan diperlengkapkan dengan pembangunan program sokongan,
pembiayaan, pengurusan pendidikan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


       Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
menyatakan bahawa pembangunan pendidikan yang dilaksanakan telah berjaya mencapai banyak
kemajuan dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Akan
tetapi, apa yang dilihat pada masa kini masih terdapat banyak isu yang diutarakan berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antara isu yang diketengahkan adalah
berkaitan dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar,
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, pelaksanaan program PPSMI dan kurikulum yang
relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat isu pendidikan
yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,
organisasi sekolah dan keguruan.


       Bagi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula, pihak mereka telah mengubal
satu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi
tujuan memertabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam

1|Page
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan ini digubal dengan mengambil kira dasar-
dasar kerajaan terkini seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), Model Baharu
Ekonomi Untuk Malaysia, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP) : Hala Tuju Untk Malaysia. Selain itu, pelan ini akan dilaksanakan
berdasarkan empat fasa. Fasa pertama dikenali sebagai peletakan asas yang bermula pada tahun
2007-2010. Fasa kedua dikenali sebagai peningkataan dan pemerkasaan bermula dari 2011-2015.
Fasa ketiga pula kecemerlangan dari tahun 2016-2020 dan fasa yang terakhir adalah
kegemilangan dan kelestarian yang dilaksanakan melangkaui tahun 2020. Pelan strategik ini
telah menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,
menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi,
memperkasakan institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT.


       Dalam tempoh pelaksanaan PSPTN Fasa 1, setiap institusi telah menetapkan sasaran
masing-masing berdasarkan jangkaan kemampuan yang mereka boleh capai. Kini, dalam
pelaksanaan Fasa 2, pihak KPT menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada
peringkat Fasa 1 akan diagihkan kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting
untuk memastikan bahawa sasaran negara dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan
dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam pelaksanaan pelan ini, pasukan Projek Agenda
Kritikal (CAP) memainkan peranan yang amat penting dalam memacu tindakan-tindakan dalam
melaksanakan perkara yang dirancang. Selain itu, CAP juga berperanan sebagai pemudah cara
kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan sasaran yang diagihkan kepada institusi
berjaya dicapai dan seterusnya akan menyumbang kepada pencapaian sasaran nasional serta
membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan.


       Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya PSPTN Fasa 1, 22 CAP telah
dilaksanakan dalam usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi
pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2011 telah mengumumkan penambahan satu CAP iaitu
Program Pemindahan Pengetahuan. Penambahan ini menjadikan bilangan CAP PSPTN Fasa 2
berjumlah 23 kesemuanya. Antara 23 CAP, terdapat lima yang merupakan projek-projek yang
berpusatkan lima tonggak institusi iaitu tadbir urus, kepimpinan, akademik, pengajaran dan

2|Page
pembelajaran, secara penyelidikan dan pembangunan. Kelima-lima tonggak ini diberi penekanan
dalam pelaksanaan PSPTN Fasa 2 dan diperhalusi dari aspek objektif strategik, pencetus
transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting untuk
memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang
dihasilkan. Selain dari lima CAP, 18 CAP lagi akan berperanan sebagai pemangkin transformasi
bagi PSPTN Fasa 2.


2.0    AKSES DAN EKUITI


Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau
memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh dikatakan sebagai satu capaian. Bagi
ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah organisasi atau saksama dan
adil. Jadi, akses dan ekuiti ini berkait antara satu sama lain dan amat penting dalam menaikkan
tahap pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, dalam pembentukan Pembangunan Pendidikan
serta Pelan Strategik, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai matlamat atau objektif yang sama
iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar semua warganegara memperoleh peluang
pendidikan secara keseluruhannya.


       Bagi meluaskan akses, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi
aspek prasarana, pengisian dan latihan guru serta membekalkan komputer yang menjadi asas
kepada penyediaan infrastruktur dan pengenalan dalam ICT. Namun beberapa isu dan
permasalahan telah timbul yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan
komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar, perisian komputer untuk
P&P yang sesuai sukar diperoleh, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem
komputer di sekolah yang kurang berkesan, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan
di sekolah dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru itu, KPM perlu
memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap
murid dan guru celik ICT.




3|Page
Selain itu, bagi meningkatkan ekuiti, dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-
2010, setiap institusi pendidikan di bawah KPM akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang
mencukupi dan berkualiti bagi pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu,
input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran
serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan
ketidaksamaan. (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih
kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di
Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya
beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM. Sebagai
contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah
yang mempunyai kemudahan khusus dan bekalan elektrik, terutamanya di sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran
dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.


3.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MENGIKUT BANGSA : ISU KELEMAHAN
PELAJAR MELAYU DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR BUKAN
MELAYU.

       Menurut Arlene Hambrick, Ph.d, National Louis University dan Asta Syedkauskaite,
North Central Eisenhower Mathematics and Science Consortium (2005), menjelaskan bahawa
walaupun orang kulit putih, orang kulit hitam dan Hispanik mendapat pelajaran matematik sejak
tahun 1990, masih ada jurang yang besar antara bangsa-bangsa ini. Isu pertama yang kami ingin
bincangkan ialah seperti yang berkaitan di atas iaitu perbezaan pencapaian mengikut bangsa di
Malaysia. Menurut Abdul Rahman Embong (2001), bangsa ialah satu komuniti politik yang
terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama
serta mempunyai unsur-unsur subjektif yang sama merangkumi bahasa, budaya, sastera dan
nama bersama yang dikongsi. Namun, masih terdapat perbezaan atau jurang dalam kalangan
bangsa di Malaysia iaitu perbezaan pencapaian dalam pendidikan. Di manakah tahap jurang
tersebut?.Kami akan mengupas lebih lanjut tentang isu ini.

       Terdahulu, kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2003 telah
menunjukkan 5 negara yang menduduki tangga teratas dalam nilai purata antarabangsa


4|Page
pencapaian matematik adalah negara Singapura, Republik Korea, Hongkong, China Taipei dan
Jepun. Kelima-lima negara ini adalah negara yang rakyatnya berbangsa China, Korea dan Jepun.
Oleh itu, jelas sekali bahawa, bangsa cina memang menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam
matematik di dunia dan juga di Malaysia (TIMSS).

3.1    Punca kepada perbezaan pencapaian Matematik antara           pelajar melayu dan bukan
melayu.


       Pepatah melayu ada menyebut kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang yang
bermaksud sesuatu masalah itu berlaku pasti ada puncanya. Begitu juga isu kelemahan pelajar
melayu dalam matematik ini pasti ada puncanya. Faktor utama ialah kurangnya motivasi
daripada dalaman dan luaran. Pelajar melayu kurangnya dorongan untuk belajar sama ada di
sekolah mahupun di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti tidak
berfaedah. Pelajar melayu akan belajar jika mereka terdesak. Kita dapat lihat perkara ini lebih-
lebih lagi menjelang peperikasaan ataupun ujian. Pelajar melayu akan memberikan sepenuh
perhatian dan tenaga untuk fokus dalam pembelajaran. Ketika ini, tahap motivasi diri pelajar
melayu akan meningkat. Berbeza dengan pelajar cina, mereka menerapkan suasana sekolah.
Walaupun mereka berada di mana sahaja, mereka akan sentiasa belajar sama ada bersama rakan
mahupun bersama keluarga.


       Selain itu, pelajar melayu kurang mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian
walaupun dengan membuat latihan. Kebanyakan pelajar melayu mempunyai masalah sukar
untuk memahami dan tidak tahu tentang penggunaan ilmu matematik dalam kehidupan seharian.
Bagi mereka, matapelajaran        Matematik sering dianggap matapelajaran yang sukar.
Diperkukuhkan lagi dengan kegagalan ramai pelajar melayu dalam peperiksaan bulanan serta
peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM. Kebanyakan pelajar melayu bukan sahaja
lemah dari segi kerja-kerja manipulatif, tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep-
konsep utama dalam matematik. Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall da Mohamad
Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar kurang
kebolehan (koordinasi proses mental) adalahlebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan
(manipulasi konsep mental).


5|Page
Kebanyakan pelajar ingin menghabiskan sesuatu bab dengan segera dan lompat ke bab-
bab yang lain tanpa memahami konsep dan kemahiran asas. Hal ini akan mengakibatkan mereka
panik dan lupa perkara asas sedangkan menurut Liew Su Tim dan Wan Muhamad Saridan Wan
Hassan, (Julai 1989) proses pembelajaran boleh dianggap berperingkat atau berheraki terutama
bagi matapelajaran Matematik.


       Tanggapan negatif juga menjadi punca isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik.
Mereka mengganggap bahawa pelajar cina lebih pintar dari mereka sedangkan pelajar cina
memberikan seratus peratus dalam sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, tiada sikap persaingan
secara sihat dengan kaum lain yang akhirnya membawa kepada kemerosotan pelajar melayu .
Tanggapan negatif guru juga menjadi penyebab pelajar melayu lemah dalam matematik. Mereka
mengganggap pelajar melayu lambat dan selalu membuat bising ketika di dalam kelas. Lebih
lebih lagi, pelajar melayu yang terlibat dengan masalah disiplin yang berterusan. Masalah
disiplin ini juga boleh menjadi alasan mengapa pelajar melayu lemah. Masalah ponteng yang
sering berlaku hampir kebanyakan sekolah di Malaysia telah mendatangkan impak yang negatif
terutamanya pelajar melayu. Masa yang sepatutnya dihabiskan bersama guru dan rakan-rakan
telah dihabiskan dengan sia-sia . Pengisian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
kurang berkesan boleh juga menjadi faktor masalah ponteng dan gangsterisme dalam kalangan
pelajar melayu tidak kira jantina.


3.2 cara mengatasi jurang antara pelajar melayu dan bukan melayu.


       Kerajaan telah memulakan langkah untuk mengatasi masalah ini. Antara langkah yang
diambil oleh kerajaan adalah memasukkan model pembelajaran sekolah jenis kebangsaan
(SJKC) ke sekolah kebangsaan (SK). Langkah ini diambil berikutan kerana keputusan dalam
UPSR pada tahun 2009 yang cemerlang oleh sekolah yang majoritinya berbangsa cina tersebut.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model SJKC ini akan
digunapakai di SK yang mana dilihat ada jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini.
(Berita Harian Online, 2009).




6|Page
Selain itu, peranan guru amat penting dalam menarik perhatian pelajar untuk memahami
apa yang hendak disampaikannya. Guru haruslah memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) supaya berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan mengurangkan
jurang antara kaum yang terdapat di dalam kelas. Para guru juga harus memberi tanggapan yang
positif dan motivasi yang tinggi kepada setiap pelajar tidak kira kaum supaya mereka memiliki
semangat untuk belajar dan mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Pelajar
bukanlah hanya sekadar pelajar, mereka adalah manusia yang memerlukan perhatian. Oleh itu,
apabila berurusan dengan manusia, mereka bukanlah makhluk yang mempunyai logik tetapi juga
makhluk yang beremosi di mana makhluk yang penuh dengan prasangka dan dimotivasikan oleh
kebanggaan dan kemegahan.


       Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah membawa kepada pekerjaan yang memerlukan
masa panjang akan mendatangkan kesan kepada anak-anak. Jadi ibu bapa perlulah memberi
perhatian kepada anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu memberi perhatian
tentang pelajaran anak-anak dan menggalakkan mereka dengan pembelajaran mereka. Menurut
bekas Ketua Pengarah Institu Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim, ibu
bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan minat pelajar terhadap
matematik (Utusan Malaysia,23 November 1994)




4.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MEGIKUT JANTINA : ISU PELAJAR PEREMPUAN
LEBIH CEMERLANG DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR LELAKI.

       Hubungan di antara jantina dan prestasi dalam Matematik telah diberi perhatian yang
serius dalam bidang pendidikan. Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam
penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses,
prestasi, dan pencapaian serta penglibatan dalam matematik (Gallaher & Kaufmann, 2005).

       Salah satu perkara yang perlu dicapai dalam gagasan Malaysia Education for All sebelum
2015 adalah untuk mengurangkan jurang jantina pada peringkat pendidikan menengah dan
rendah sebelum 2005 dan untuk mencapai kesaksaamaan jantina dalam pendidikan dengan
memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pencapaian yang adil dan berkualiti.


7|Page
Adakah masih ada jurang di antara pencapaian pelajar lelaki dan peremuan di Malaysia?
Jawapan mudah adalah masih ada lagi perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan
perempuan samada di peringkat pendidikan tinggi atau rendah. Kebanyakan kajian telah
menunjukkan bahawa masih terdapat jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana
pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki.




4.1 Faktor pelajar perempuan lebih cemerlang dalam matematik berbanding pelajar lelaki.

       Terdapat beberapa faktor antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berat sebelah kerana guru tidak bersikap adil dalam membuat keputusan. Sikap guru yang
hanya memilih pelajar pintar akan menyebabkan pelajar lain akan merasakan bahawa mereka
tidak wujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang
selalu membuat bising di dalam kelas dan juga pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin di
sekolah. Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan diabaikan oleh guru kerana
guru menganggap bahawa pelajar tersebut tidak berminat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Akibatnya, ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki menamatkan
zaman sekolah sebelum waktunya.

       Faktor lain pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki ialah motivasi yang
tinggi. Tanggapan masyarakat dahulu bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan tinggi telah
mendorong wanita untuk menafikan tanggapan itu. Pelajar perempuan zaman kini telah maju dan
menganggap bahawa diri mereka boleh menguasai kemahiran yang sinonimnya dengan jantina
lelaki. Akibatnya, ramai perempuan di peringkat tinggi seperti universiti dan kolej-kolej seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan membawa kepada kekurangan lelaki dalam bidang
profesional. Buktinya kita dapat lihat bahawa kurangnya guru lelaki dalam organisasi sekolah.
Kelak, negara kita akan bergantung sepenuhnya kepada wanita jika perkara ini tidak diberi
perhatian oleh semua pihak.

4.2 Cara mengatasi isu pelajar lelaki lemah dalam matematik.

       Guru adalah antara golongan yang bertanggungjawab untuk memastikan jurang
pencapaian dalam Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan dikecilkan. Ini kerana guru


8|Page
adalah golongan yang rapat dengan pelajar selepas ibu bapa. Guru yang cemerlang haruslah
mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Berikut adalah lankah-langkah yang boleh
diambil oleh guru-guru bagi memastikan keadilan antara pelajar lelaki dan perempuan yang
berdasarkan artikel yang ditulis oleh Karen Zitlleman (2010).

       Seorang guru tidak seharusnya memiliki perasaan pilih kasih kepada para pelajar.
Seorang guru yang ikhlas seharusnya mndahului pelajar. Guru seharusnya memanggil pelajar
yang berbeza setiap kali pertanyaan dilontarkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak sepatutnya hanya memilih pelajar yang bijak sahaja untuk menjawab soalan.

       Selain itu, guru haruslah memberi masa menunggu dengan sebaiknya apabila
bertanyakan soalan. Sekiranya guru memberikan masa menunggu yang sepatutnya, para pelajar
sebenarnya akan memberikan jawapan dengan lebih baik. Guru juga memainkan peranan yang
penting bagi menunjukkan kepelbagaian kaum, budaya dan perbezaan jantina dalam pendidikan
matematik agar matapelajaran ini kelihatan terbuka kepada semua golongan. Sebagai contoh,
sekiranya guru memberikan contoh soalan jangan hanya memberikan contoh yag berkaitan
dengan satu jantina sahaja. Guru haruslah bijak dalam memberikan sontoh-contoh yang
melibatkan kedua-dua jantina dan kehidupan bangsa-bangsa lain.

       Kerja berkumpulan juga sangat penting dalam kelas. pelajar perempuan dikatakan lebih
pemalu daripada pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula sering mendominasi perbincangan kumpulan.
Maka sekiranya seorang guru ingin membuat kumpulan campuran untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, seorang guru haruslah bijak mengawal kumpulan-kumpulan tersabut. Guru hanya
mengumpulkan kedua-dua jantina ini dalam kumpulan yang kecil agar pelajar perempuan tidak
terlalu malu untuk mengeluarkan pandangan dan idea mereka.

       Semua aktiviti hands-on dalam pendidikan matematik yang ingin guru praktik di dalam
kelas haruslah mengambil kira perbezaan sosial kedua-dua jantina. Sebagai contoh, aktiviti yang
terlalu lasak mungkin menghalang pelajar perempuan daripada mengambil bahagian dan
seterusnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan Matematik sepertimana rakan
sekelas lelaki mereka. Kesimpulannya, jurang antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan
berterusan jika tidak diberi perhatian secukupnya.



9|Page
3.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MENGIKUT BANGSA : ISU KELEMAHAN
PELAJAR MELAYU DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR BUKAN
MELAYU.

        Menurut Arlene Hambrick, Ph.d, National Louis University dan Asta Syedkauskaite,
North Central Eisenhower Mathematics and Science Consortium (2005), menjelaskan bahawa
walaupun orang kulit putih, orang kulit hitam dan Hispanik mendapat pelajaran matematik sejak
tahun 1990, masih ada jurang yang besar antara bangsa-bangsa ini. Isu pertama yang kami ingin
bincangkan ialah seperti yang berkaitan di atas iaitu perbezaan pencapaian mengikut bangsa di
Malaysia. Menurut Abdul Rahman Embong (2001), bangsa ialah satu komuniti politik yang
terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama
serta mempunyai unsur-unsur subjektif yang sama merangkumi bahasa, budaya, sastera dan
nama bersama yang dikongsi. Namun, masih terdapat perbezaan atau jurang dalam kalangan
bangsa di Malaysia iaitu perbezaan pencapaian dalam pendidikan. Di manakah tahap jurang
tersebut?.Kami akan mengupas lebih lanjut tentang isu ini.

        Terdahulu, kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2003 telah
menunjukkan 5 negara yang menduduki tangga teratas dalam nilai purata antarabangsa
pencapaian matematik adalah negara Singapura, Republik Korea, Hongkong, China Taipei dan
Jepun. Kelima-lima negara ini adalah negara yang rakyatnya berbangsa China, Korea dan Jepun.
Oleh itu, jelas sekali bahawa, bangsa cina memang menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam
matematik di dunia dan juga di Malaysia (TIMSS).

3.1     Punca kepada perbezaan pencapaian Matematik antara          pelajar melayu dan bukan
melayu.


        Pepatah melayu ada menyebut kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang yang
bermaksud sesuatu masalah itu berlaku pasti ada puncanya. Begitu juga isu kelemahan pelajar
melayu dalam matematik ini pasti ada puncanya. Faktor utama ialah kurangnya motivasi
daripada dalaman dan luaran. Pelajar melayu kurangnya dorongan untuk belajar sama ada di
sekolah mahupun di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti tidak
berfaedah. Pelajar melayu akan belajar jika mereka terdesak. Kita dapat lihat perkara ini lebih-
lebih lagi menjelang peperikasaan ataupun ujian. Pelajar melayu akan memberikan sepenuh

10 | P a g e
perhatian dan tenaga untuk fokus dalam pembelajaran. Ketika ini, tahap motivasi diri pelajar
melayu akan meningkat. Berbeza dengan pelajar cina, mereka menerapkan suasana sekolah.
Walaupun mereka berada di mana sahaja, mereka akan sentiasa belajar sama ada bersama rakan
mahupun bersama keluarga.


        Selain itu, pelajar melayu kurang mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian
walaupun dengan membuat latihan. Kebanyakan pelajar melayu mempunyai masalah sukar
untuk memahami dan tidak tahu tentang penggunaan ilmu matematik dalam kehidupan seharian.
Bagi mereka, matapelajaran        Matematik sering dianggap matapelajaran yang sukar.
Diperkukuhkan lagi dengan kegagalan ramai pelajar melayu dalam peperiksaan bulanan serta
peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM. Kebanyakan pelajar melayu bukan sahaja
lemah dari segi kerja-kerja manipulatif, tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep-
konsep utama dalam matematik. Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall da Mohamad
Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar kurang
kebolehan (koordinasi proses mental) adalahlebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan
(manipulasi konsep mental).


        Kebanyakan pelajar ingin menghabiskan sesuatu bab dengan segera dan lompat ke bab-
bab yang lain tanpa memahami konsep dan kemahiran asas. Hal ini akan mengakibatkan mereka
panik dan lupa perkara asas sedangkan menurut Liew Su Tim dan Wan Muhamad Saridan Wan
Hassan, (Julai 1989) proses pembelajaran boleh dianggap berperingkat atau berheraki terutama
bagi matapelajaran Matematik.


        Tanggapan negatif juga menjadi punca isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik.
Mereka mengganggap bahawa pelajar cina lebih pintar dari mereka sedangkan pelajar cina
memberikan seratus peratus dalam sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, tiada sikap persaingan
secara sihat dengan kaum lain yang akhirnya membawa kepada kemerosotan pelajar melayu .
Tanggapan negatif guru juga menjadi penyebab pelajar melayu lemah dalam matematik. Mereka
mengganggap pelajar melayu lambat dan selalu membuat bising ketika di dalam kelas. Lebih
lebih lagi, pelajar melayu yang terlibat dengan masalah disiplin yang berterusan. Masalah
disiplin ini juga boleh menjadi alasan mengapa pelajar melayu lemah. Masalah ponteng yang

11 | P a g e
sering berlaku hampir kebanyakan sekolah di Malaysia telah mendatangkan impak yang negatif
terutamanya pelajar melayu. Masa yang sepatutnya dihabiskan bersama guru dan rakan-rakan
telah dihabiskan dengan sia-sia . Pengisian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
kurang berkesan boleh juga menjadi faktor masalah ponteng dan gangsterisme dalam kalangan
pelajar melayu tidak kira jantina.


3.2 cara mengatasi jurang antara pelajar melayu dan bukan melayu.


        Kerajaan telah memulakan langkah untuk mengatasi masalah ini. Antara langkah yang
diambil oleh kerajaan adalah memasukkan model pembelajaran sekolah jenis kebangsaan
(SJKC) ke sekolah kebangsaan (SK). Langkah ini diambil berikutan kerana keputusan dalam
UPSR pada tahun 2009 yang cemerlang oleh sekolah yang majoritinya berbangsa cina tersebut.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model SJKC ini akan
digunapakai di SK yang mana dilihat ada jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini.
(Berita Harian Online, 2009).


        Selain itu, peranan guru amat penting dalam menarik perhatian pelajar untuk memahami
apa yang hendak disampaikannya. Guru haruslah memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) supaya berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan mengurangkan
jurang antara kaum yang terdapat di dalam kelas. Para guru juga harus memberi tanggapan yang
positif dan motivasi yang tinggi kepada setiap pelajar tidak kira kaum supaya mereka memiliki
semangat untuk belajar dan mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Pelajar
bukanlah hanya sekadar pelajar, mereka adalah manusia yang memerlukan perhatian. Oleh itu,
apabila berurusan dengan manusia, mereka bukanlah makhluk yang mempunyai logik tetapi juga
makhluk yang beremosi di mana makhluk yang penuh dengan prasangka dan dimotivasikan oleh
kebanggaan dan kemegahan.


        Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah membawa kepada pekerjaan yang memerlukan
masa panjang akan mendatangkan kesan kepada anak-anak. Jadi ibu bapa perlulah memberi
perhatian kepada anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu memberi perhatian
tentang pelajaran anak-anak dan menggalakkan mereka dengan pembelajaran mereka. Menurut

12 | P a g e
bekas Ketua Pengarah Institu Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim, ibu
bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan minat pelajar terhadap
matematik (Utusan Malaysia,23 November 1994)




4.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MEGIKUT JANTINA : ISU PELAJAR PEREMPUAN
LEBIH CEMERLANG DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR LELAKI.

        Hubungan di antara jantina dan prestasi dalam Matematik telah diberi perhatian yang
serius dalam bidang pendidikan. Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam
penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses,
prestasi, dan pencapaian serta penglibatan dalam matematik (Gallaher & Kaufmann, 2005).

        Salah satu perkara yang perlu dicapai dalam gagasan Malaysia Education for All sebelum
2015 adalah untuk mengurangkan jurang jantina pada peringkat pendidikan menengah dan
rendah sebelum 2005 dan untuk mencapai kesaksaamaan jantina dalam pendidikan dengan
memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pencapaian yang adil dan berkualiti.

        Adakah masih ada jurang di antara pencapaian pelajar lelaki dan peremuan di Malaysia?
Jawapan mudah adalah masih ada lagi perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan
perempuan samada di peringkat pendidikan tinggi atau rendah. Kebanyakan kajian telah
menunjukkan bahawa masih terdapat jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana
pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki.




4.1 Faktor pelajar perempuan lebih cemerlang dalam matematik berbanding pelajar lelaki.

        Terdapat beberapa faktor antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berat sebelah kerana guru tidak bersikap adil dalam membuat keputusan. Sikap guru yang
hanya memilih pelajar pintar akan menyebabkan pelajar lain akan merasakan bahawa mereka
tidak wujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang
selalu membuat bising di dalam kelas dan juga pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin di
sekolah. Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan diabaikan oleh guru kerana


13 | P a g e
guru menganggap bahawa pelajar tersebut tidak berminat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Akibatnya, ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki menamatkan
zaman sekolah sebelum waktunya.

        Faktor lain pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki ialah motivasi yang
tinggi. Tanggapan masyarakat dahulu bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan tinggi telah
mendorong wanita untuk menafikan tanggapan itu. Pelajar perempuan zaman kini telah maju dan
menganggap bahawa diri mereka boleh menguasai kemahiran yang sinonimnya dengan jantina
lelaki. Akibatnya, ramai perempuan di peringkat tinggi seperti universiti dan kolej-kolej seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan membawa kepada kekurangan lelaki dalam bidang
profesional. Buktinya kita dapat lihat bahawa kurangnya guru lelaki dalam organisasi sekolah.
Kelak, negara kita akan bergantung sepenuhnya kepada wanita jika perkara ini tidak diberi
perhatian oleh semua pihak.

4.2 Cara mengatasi isu pelajar lelaki lemah dalam matematik.

        Guru adalah antara golongan yang bertanggungjawab untuk memastikan jurang
pencapaian dalam Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan dikecilkan. Ini kerana guru
adalah golongan yang rapat dengan pelajar selepas ibu bapa. Guru yang cemerlang haruslah
mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Berikut adalah lankah-langkah yang boleh
diambil oleh guru-guru bagi memastikan keadilan antara pelajar lelaki dan perempuan yang
berdasarkan artikel yang ditulis oleh Karen Zitlleman (2010).

        Seorang guru tidak seharusnya memiliki perasaan pilih kasih kepada para pelajar.
Seorang guru yang ikhlas seharusnya mndahului pelajar. Guru seharusnya memanggil pelajar
yang berbeza setiap kali pertanyaan dilontarkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak sepatutnya hanya memilih pelajar yang bijak sahaja untuk menjawab soalan.

        Selain itu, guru haruslah memberi masa menunggu dengan sebaiknya apabila
bertanyakan soalan. Sekiranya guru memberikan masa menunggu yang sepatutnya, para pelajar
sebenarnya akan memberikan jawapan dengan lebih baik. Guru juga memainkan peranan yang
penting bagi menunjukkan kepelbagaian kaum, budaya dan perbezaan jantina dalam pendidikan
matematik agar matapelajaran ini kelihatan terbuka kepada semua golongan. Sebagai contoh,
sekiranya guru memberikan contoh soalan jangan hanya memberikan contoh yag berkaitan

14 | P a g e
dengan satu jantina sahaja. Guru haruslah bijak dalam memberikan sontoh-contoh yang
melibatkan kedua-dua jantina dan kehidupan bangsa-bangsa lain.

        Kerja berkumpulan juga sangat penting dalam kelas. pelajar perempuan dikatakan lebih
pemalu daripada pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula sering mendominasi perbincangan kumpulan.
Maka sekiranya seorang guru ingin membuat kumpulan campuran untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, seorang guru haruslah bijak mengawal kumpulan-kumpulan tersabut. Guru hanya
mengumpulkan kedua-dua jantina ini dalam kumpulan yang kecil agar pelajar perempuan tidak
terlalu malu untuk mengeluarkan pandangan dan idea mereka.

        Semua aktiviti hands-on dalam pendidikan matematik yang ingin guru praktik di dalam
kelas haruslah mengambil kira perbezaan sosial kedua-dua jantina. Sebagai contoh, aktiviti yang
terlalu lasak mungkin menghalang pelajar perempuan daripada mengambil bahagian dan
seterusnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan Matematik sepertimana rakan
sekelas lelaki mereka. Kesimpulannya, jurang antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan
berterusan jika tidak diberi perhatian secukupnya.




15 | P a g e
6.0     KURIKULUM


        Kurikulum adalah peringkat mata pelajaran yang diberikan oleh suatu lembaga
penyelenggara pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta
pelajaran dalam satu jangka masa pendidikan. Penyusunan peringkat mata pelajaran ini
disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap pendidikan dalam penyelenggaraan
pendidikan tersebut. Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua
pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan
bilik darjah. Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:

        1.      Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah
        2.     Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di
        dalam kelas
        3.     Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
        pengalaman individu ataupun berkumpulan.


       Yusu Hashim (2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi
sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang
berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa
Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini
menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

6.1     Isi Kandungan Kurikulum

        Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat
yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak
semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia
dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan
supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Kurikulum
pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir
secara kritis dan kreatif.




16 | P a g e
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai
moral dan agama merentasi kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di
Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di
Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu
dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.. Hal ini kerana, kurikulum sentiasa mengalami
perubahan walaupun dalam sela masa yang lama tetapi ia memberi impak kepada pelajar, guru
dan pihak pengurusan sekolah dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
tidak lansung ia juga memberi kesan kepada ibu bapa atau penjaga, kerana pada zaman
persekolahan ibu bapa atau penjaga, kurikulum mereka berlainan dengan sekarang dan mereka
tidak dapat membantu anak-anak mereka dalam proses pembelajaran atau ulang kaji di rumah.



        Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.
Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989.
Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu
program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) Pendidikan 1997. Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai
segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran
bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani,
2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat
pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah
sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu
memenuhi tuntutan asalnya.




17 | P a g e
Pada tahun lapan puluhan 80-an, kandungan pengalaman kurikulum matematik
mengharungi perubahan lain iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan ini dikatakan sesuai dengan
falsafah dan matlamat pendidikan matematik di peringkat rendah dan menengah. Sukatan
tersebut adalah bertujuan untuk mengimbangi antara kemahiran dan pemahaman. Menyelesaikan
masalah tertentu yang berkaitan dengan pengalaman harian pelajar telah diberi penekanan
khusus. Kemunculan teknologi terutama dalam bidang teknologi maklumat, memerlukan pelajar
mempunyai kemahiran tidak terhad kepada kebolehan untuk menjalankan prosedur seperti yang
terkandung dalam matematik tradisional tetapi kemahiran berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya. Melihat pada perubahan kurikulum matematik adalah sejajar dengan peredaran
masa. Para pelajar harus didedahkan kepada pemahaman matematik yang lebih tinggi daripada
melihat matematik sekadar penggiraan nombor.


        Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran
asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar
terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama
Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri
daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.
Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3
manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan
diperingkat ini adalah merupakan pelajaran teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh
pelajar pada tahap I dan II.

        Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah
berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan
secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini juga dibentuk
berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
menyatakan “adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah
berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi
pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek
pendidikan pra vokasional.


18 | P a g e
Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia.
Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada
kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh
semua pelajar.

        Dalam Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang
membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang
terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi
memenuhi keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu
secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan,
keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua
warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat
dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab
memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat
kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan.

6.2     Pelaksanaan Kurikulum


        Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah
Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan
sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu
dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada
sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak
sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai
dari segi objektif, skop, mutu seseorang guru itu, kebolehan para pelajar, kepentingan setiap
mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya.


19 | P a g e
Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan. Dalam
program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan
kepada tiga aspek iaitu prodesional guru, sokongan pihak atasan dan yang paling penting,
sokongan dari ibu bapa. Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-
objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami
pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh
menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam aspek
profesional guru, seseorang guru itu mestilah bersikap profesional dan tidak memilih bulu
diantara pelajar – pelajar mereka. Selain tiu juga, kita boleh lihat, segelintir guru yang mengajar
di sekolah merupakan guru yang bukan dari opsyen mereka. Jadi, masalah mungkin banyak yang
akan timbul untuk seseorang guru itu menyesuaikan diri mereka dalam seseuatu topik
pembelajaran mereka. Sebagai contoh, pada masa sekarang, ramai guru tidak mempunyai
komitmen yang kuat dalam mendidik murid mengaplikasikan matematik dalam kehidupan
seharian, malah murid diajar matematik hanya bagi meluluskan diri dalam peperiksaan besar dan
peperiksaan akhir tahun. Selain daripada sikap professional guru, pihak pengurusan sekolah turut
terlibat sama dalam perlaksanaan kurikulum, kebanyakan kes guru matematik di sekolah
bukanlah dari opsyen matematik tetapi perlu mengajar matematik kerana terpaksa memenuhi
kekosongan jawatan guru di sekolah. Dengan itu, penyampaian guru yang bukan opsyen
matematik hanya bergantung pada buku teks dan rujukan sahaja, maka pemahaman murid
terhadap matematik juga terhad mengikut buku teks sahaja. Manakala guru opsyen matematik,
mereka mengetahui ilmu matematik melebihi kandungan buku teks dan buku rujukan, maka
penyampaian mereka tentang sesuatu topik akan menjadi lebih jelas. Bukan hanya penyediaan
guru matematik, malah pihak pengurusan sekolah juga mempunyai masalah dalam penyediaan
infrastruktur yang baik bagi pembelajaran matematik di sekolah. Hal ini amat perlu
dititikberatkan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar, sebagai contoh kelas
tidak mempunyai papan hitam atau papan putih untuk guru menulis, maka para pelajar tidak
dapat gambaran yang jelas mengenai jalan kira atau penerangan guru terhadap sesuatu topik.



20 | P a g e
Selain daripada itu, ibu bapa atau penjaga perlu memberi sokongan dalam menyampaikan dan
mengaplikasikan ilmu matematik dalam kehidupan seharian.


        Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah,
panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan
sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam
memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia,
memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru,
menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan
sebagainya.


        Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu
bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran.
Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan
penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah
supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua
aspek. Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah
dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat
bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan.
Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar
berinteraksi dengan guru.
        .
        Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan
bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran
serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui
penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang
perlaksaan program jangka panjang dan jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi
menentukan pencapaian kurikulum serta mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah
perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah
jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan.

21 | P a g e
Selain daripada isi kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum turut menjadi isu bagi
akses dan ekuiti. Pelaksanaan kurikulum yang tidak sejajar dengan matlamat kurikulum
menimbulkan banyak kekangan kepada pelajar dan pihak pendidikan.


7.0     KELAINAN UPAYA (DISABILITY) YANG MEMBAWA JURANG DALAM
        PENCAPAIAN MATEMATIK



        Isu seterusnya ialah isu mengenai murid yang kelainan upaya atau dikenali sebagai murid
pendidikan khas. Kalau kita lihat dari aspek negara kita, isu ini kelihatan tidak mendapat
perhatian daripada orang awam mahupun pihak kerajaan. Kemungkinan ini isu tidak terlalu
ketara kelihatan dalam permasalahan jurang dan ketidakadilan dalam pendidikan. Tetapi, apabila
kita kupas secara mendalam lagi, isu murid kelainan upaya ini adalah isu yang sangat serius
dalam Negara.

        Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak ,
bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah
masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang
layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU.
Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi,
masalah pembelajaran dan lain-lain.



        Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang
mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang
berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan
hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga
kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain itu
masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan

22 | P a g e
membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas.
Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti
pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu,
lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas. Ramai
pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering
gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang
beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka
malas dan tidak minat belajar.

        Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru
pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti
pelajar lain.Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan
sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru
ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan
hasil. Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri
untuk penilaian seterusnya.

Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada
pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental.
Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.

        Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia
ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun.Jika 10 peratus
seperti yang di laporkan oleh PBB, Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28 juta pada 2010,
maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10%
daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita.

        Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang
menawarkan program -program pengayaan yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak
dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga
mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat


23 | P a g e
dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -
lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan
menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh
meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi
intelek kanak -kanak.

        Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak
cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep bagaimana cara untuk
mendekatkan diri dengan plejar tersebut , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -
kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya ,
seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -
kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota
kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.

        Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak
teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi
perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -
kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah.

        Program Pendidikan Prasekolah Khas dieujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Pada
tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah
pembelajaran siwujudkan si dekolah harian biasa. Kanak- kanak kurang upaya yang berusia
kurang daripada 4 thaun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian
Kesihatan atau di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat atau di pusat-pusat kelolaan
badan sukarela. PDK juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih
daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi
pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh menguruskan diri seperti yang
tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995. KPM akan berusaha
menyediakan kemudahan yang sesuai agar lebih ramai pelajar kurang upaya yang kini
sitempatkan di PDK mendapat pendidikan formal si sekolah-sekolah anjuran KPM.



24 | P a g e
Menurut Lenner (2003), The child with Learning Disability has difficulty with processing
skills such as memory, visual perception, auditory perception, or thinking; and as a result has
trouble achieving in at least one subject such as reading, mathematics, or writing. Kami boleh
simpulkan bahawa pelajar kurang upaya ini mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan
mengira kerana dengan mereka tidak mempunyai kelebihan seperti pelajar normal. Oleh itu kami
dapat meyatakan beberapa factor atau punca yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan
diantara pelajar kurang upaya dengan pelajar normal iaitu segelintir guru menganggap pelajar
kurang upaya hanya sebagai pelajar yang lemah dan tidak lagi boleh meningkatkan nprestasinya
dalam masa yang singkat. Seperti yang kita tahu, setiap insane mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing – masing. Jadi kita sebagai guru tidak harus memandang kelemahan
seseorang pelajar iaitu dari segi difikal kerana setiap pelajar mempunyai kelebihannya yang
tersendiri. Selain itu juga, kebanyakan guru menganggap jika seseorang pelajar kurang upaya itu
mempunyai satu kelebihan contohnya melukis, guru tidak akan lagi memberi perhatian kepada
pelajar tersebut dalam subjek – subjek lain. Selain itu juga, masalah yang berlaku di dalam isu
pendidikan adalah masalah infrastruktur yang tidak mencukupi disekolah terutamanya bagi
pelajar kuirang upya. Disini, kita dapat lihat bahawa pelajar – pelajar kurang upaya kurang
mendapat perhatian daripada pihak atasan kerana masalah infrastruktur untuk pelajar kurang
upaya adalah tinggi . Perkara ini tidak harus berlaku kerana mereka bukannya minta untuk
dijadikan begitu. Oleh itu, kita sebagai guru dan sebagai rakyat yang prihatin, mestilah member
sumbangan yang besar dan sewajarnya agar nasib mereka terpelihara.


        Diantara alat bantu mengajar yang penting bagi pelajar kurang upaya dari segi
penglihatan adalah tulisan Braille. Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan
oleh orang buta . Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta
disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan
tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem
Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri daripada sel yang
mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama
dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal),
beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang
dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.

25 | P a g e
Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu
pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned ear untuk mengesan bunyi dan
menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran
dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat bantu dengar yang
lebih baik ialah alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti
diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk
belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, peralatan ini
mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos peralatan tersebut yang terlalu mahal.


        Sebagai alternatif, guru boleh menggunakan peralatan teknologi sedia ada di sekolah
seperti televisyen, komputer dan alat pemain cakera padat/radio kaset. Misalnya, guru
menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentul visual menggunakan televisyen dan
komputer bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan
mereka mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual. Manakala bagi pelajar-pelajar yang
hanya mengalami kekurangan pendengaran (masih boleh mendengar tetapi kurang jelas),
peralatan seperti pembesar suara (microphone) dan alat pendengar di telinga (headphone)pula
boleh digunakan. Oleh sebab kanak-Kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting,
maka guru-guru memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan
sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-
kanak tersebut. Antara bahan sokongan yang digunakan khusus untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM bagi deria
penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria sentuh).
        Selain daripada itu, peruntukkan kemudahan dan dana untuk murid-murid pendidikan
khas juga sangat kurang dalam pendidikan kita. Sebenarnya, kemudahan komputer untuk murid-
murid pendidikan khas ini sangat membantu mereka dalam pendidikan terutamanya dalam
subjek matematik. Kebiasaannya, prasarana computer ini boleh membantu murid yang masalah
pembelajaran seperti disleksia, sindrom down, hiperaktif, murid lembam dan sebagainya. Pihak
kerajaan lebih tertumpu dengan memperuntukkan prasana computer ini kepada sekolah-sekolah
yang bestari dan sekolah berprestasi tinggi kerana bagi mereka, murid ini lebih banyak
memerlukan kemudahan-kemudahan ini semua, padahal murid-murid masalah pembelajaran ini


26 | P a g e
lebih memerlukan alat bantu mengajar (ABM) seperti computer ini dalam pendidikan bagi
meningkatkan lagi kefahaman murid-murid ini terutamanya subjek matematik. Kalau kita lihat
dari mata kasar, peruntukkan komputer ini kepada sekolah bestari pun agak kurang
memberansangkan dengan menyediakan di makmal sekolah bukannya untuk seorang pelajar,
satu komputer. Jadi kita lihat peruntukkannya sangat kurang ini apatah lagi untuk kelas
pendidikan khas lagilah kurang. Oleh itu, para guru atau pihak sekolah pendidikan khas perlu
mencari inisiatif lain bagi mendapatkan dana dalam menyediakan kemudahan komputer ini
dalam menjayakan pengajaran yang lebih efektif untuk murid-murid masalah pembelajaran

8.0     KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, faktor-faktor seperti bangsa, kurikulum, profesional guru dan kelainan
upaya mempunyai jurang dalam pencapaian matematik. Perbezaan dalam isu-isu ini perlu
ditangani dengan langkah yang efektif oleh semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah dan
pihak kerajaan.

        Sebagai seorang guru kita harus mengambil berat dalam isu ini. Langkah-langkah bijak
haruslah diambil dengan penuh perancangan. Bagi faktor yang pertama iaitu perbezaan bangsa,
Guru tidak harus membezakan asal bangsa murid-muridnya dengan melayan semua murid sama
rata. Manakala, bagi faktor kedua, guru seharusnya menyediakan pengajaran yang berkesan
supaya pengajaran kita menyeluruh dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Seterusnya, bagi faktor ketiga pula, guru haruslah mempunyai pengetahuan dalam bidang
matematik iaitu mempunyai kepakaran dalam konten dan pedagogi sebelum diarahkan oleh
pihak sekolah bagi mengajar matapelajaran ini. Dari segi faktor kelainan upaya pula, setiap guru
dan ahli pakar metematik perlu mempunyai kesedaran bahawa golongan ini juga perlu diberi
pengetahuan dalam matematik kerana mereka juga manusia seperti kita.

        Manakala, pihak kerajaan juga tidak terlepas dalam bekerjasama menangani isu ini.
Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan adalah menyumbangkan dana untuk
menambahkan alat bantu mengajar kepada guru dan kelainan upaya yang lain. Alat bantu
mengajar ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek
matematik.


27 | P a g e
BIBIOGRAFI


BUKU

Aulia Fadhli (2006) . Buku Pintar Kesehatan Anak. Yoyagkarta : Pustaka Anggrek.

Carl, R. (1994). Freedom to learn (3rd ed.) New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS
       Professional.

Kamus Dewan edisi ke-4. (2010). Akses. m/s 26. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Kamus Dewan edisi ke-4. (2010). Ekuiti. m/s 383. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sabri Ahmad et al. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan
      Publication and Distribution Sdn Bhd.

Sabri Ahmad, Tengku Azwawi dan Aziz Omar (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik.
       Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shulman, L.S. (1986). Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A
      Contemporary Perspective. In M. C. Wittrock (Ed), Handbook of Research on Teaching
      (3rd Edition). New York: McMillian Publishing Company.

JURNAL

Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru
      Matematik bagi tajuk pecahan: kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia
      34(1): 131 – 153.

INTERNET

Berita Harian Online (2009). Model pembelajaran SJKC ke sekolah kebangsaan. Diperoleh pada
       September 29, 2011 daripada http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/11/model-
       pembelajaran-sjkc-ke- sekolah.html.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
     Perancangan          Bersepadu        Penjana       Kecemerlangan        Pendidikan.
     http://satusekolahuntuksemua.files.wordpress.com/2009/07/746_ringkasan pembangunan-
     pendidikan-2001-2010.pdf.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2011). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011-2015:
     Fasa 2. http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/bitara_jun_2011.pdf.



28 | P a g e

More Related Content

What's hot

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Melah Melia
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalismeZul Isa
 

What's hot (20)

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 

Similar to Akses dan ekuiti

Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmsedihnya
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmnyat Nhk
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmazlinasaleh
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmsylew
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Nurul Atiyah
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxPERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxKrishnan Rau
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikanmat Kelate
 

Similar to Akses dan ekuiti (20)

Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Ppp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasanPpp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasan
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Laporan eksekutif
Laporan eksekutifLaporan eksekutif
Laporan eksekutif
 
Psptn fasa2
Psptn fasa2Psptn fasa2
Psptn fasa2
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docxPERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKAS.docx
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikan
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 

More from Eli Lilly and Company (20)

Slide subtopic 2
Slide subtopic 2Slide subtopic 2
Slide subtopic 2
 
Slide subtopic 3
Slide subtopic 3Slide subtopic 3
Slide subtopic 3
 
Slide subtopic 2
Slide subtopic 2Slide subtopic 2
Slide subtopic 2
 
Slide subtopic 1
Slide subtopic 1Slide subtopic 1
Slide subtopic 1
 
Slide subtopic 4
Slide subtopic 4Slide subtopic 4
Slide subtopic 4
 
Slide subtopic 5
Slide subtopic 5Slide subtopic 5
Slide subtopic 5
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
Chapter 4
Chapter 4Chapter 4
Chapter 4
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
Chapter 5
Chapter 5Chapter 5
Chapter 5
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
 
kurikulum dan kelainan upaya
kurikulum dan kelainan upayakurikulum dan kelainan upaya
kurikulum dan kelainan upaya
 
jantina dan bangsa
jantina dan bangsajantina dan bangsa
jantina dan bangsa
 
jantina dan bangsa
jantina dan bangsajantina dan bangsa
jantina dan bangsa
 
Jantina dan bangsa
Jantina dan bangsaJantina dan bangsa
Jantina dan bangsa
 
ISU JANTINA
ISU JANTINAISU JANTINA
ISU JANTINA
 
Qayyum
QayyumQayyum
Qayyum
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
 

Akses dan ekuiti

  • 1. 1.0 PENGENALAN Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menghasilkan satu dokumen tentang Pembangunan Pendidikan pada tahun 2001-2010. Dokumen ini penting sebagai satu titik rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan di Malaysia. Pembentukkan pembangunan ini bermatlamat agar semua warganegara Malaysia memperoleh peluang pendidikan dari segi akses, ekuiti dan kualiti. Dengan memberi peluang pendidikan yang sama rata dari semua segi, ini akan dapat memperkembangkan potensi individu atau pelajar secara menyeluruh dengan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, melalui pembangunan ini pelajar dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi serta budaya ilmu dalam kehidupan seharian mereka. Membudayakan sains dan teknologi serta pembelajaran sepanjang hayat juga dapat dipraktikkan oleh pelajar. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan. Pengkhususan rangka pembangunan ini adalah kepada pembangunan pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tertiari. Tambahan pula, rangka ini akan diperkukuhkan dan diperlengkapkan dengan pembangunan program sokongan, pembiayaan, pengurusan pendidikan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan yang dilaksanakan telah berjaya mencapai banyak kemajuan dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Akan tetapi, apa yang dilihat pada masa kini masih terdapat banyak isu yang diutarakan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antara isu yang diketengahkan adalah berkaitan dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, pelaksanaan program PPSMI dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Bagi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula, pihak mereka telah mengubal satu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuan memertabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam 1|Page
  • 2. kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan ini digubal dengan mengambil kira dasar- dasar kerajaan terkini seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) : Hala Tuju Untk Malaysia. Selain itu, pelan ini akan dilaksanakan berdasarkan empat fasa. Fasa pertama dikenali sebagai peletakan asas yang bermula pada tahun 2007-2010. Fasa kedua dikenali sebagai peningkataan dan pemerkasaan bermula dari 2011-2015. Fasa ketiga pula kecemerlangan dari tahun 2016-2020 dan fasa yang terakhir adalah kegemilangan dan kelestarian yang dilaksanakan melangkaui tahun 2020. Pelan strategik ini telah menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT. Dalam tempoh pelaksanaan PSPTN Fasa 1, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing berdasarkan jangkaan kemampuan yang mereka boleh capai. Kini, dalam pelaksanaan Fasa 2, pihak KPT menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat Fasa 1 akan diagihkan kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran negara dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam pelaksanaan pelan ini, pasukan Projek Agenda Kritikal (CAP) memainkan peranan yang amat penting dalam memacu tindakan-tindakan dalam melaksanakan perkara yang dirancang. Selain itu, CAP juga berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai dan seterusnya akan menyumbang kepada pencapaian sasaran nasional serta membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan. Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya PSPTN Fasa 1, 22 CAP telah dilaksanakan dalam usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2011 telah mengumumkan penambahan satu CAP iaitu Program Pemindahan Pengetahuan. Penambahan ini menjadikan bilangan CAP PSPTN Fasa 2 berjumlah 23 kesemuanya. Antara 23 CAP, terdapat lima yang merupakan projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi iaitu tadbir urus, kepimpinan, akademik, pengajaran dan 2|Page
  • 3. pembelajaran, secara penyelidikan dan pembangunan. Kelima-lima tonggak ini diberi penekanan dalam pelaksanaan PSPTN Fasa 2 dan diperhalusi dari aspek objektif strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting untuk memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang dihasilkan. Selain dari lima CAP, 18 CAP lagi akan berperanan sebagai pemangkin transformasi bagi PSPTN Fasa 2. 2.0 AKSES DAN EKUITI Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh dikatakan sebagai satu capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah organisasi atau saksama dan adil. Jadi, akses dan ekuiti ini berkait antara satu sama lain dan amat penting dalam menaikkan tahap pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, dalam pembentukan Pembangunan Pendidikan serta Pelan Strategik, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai matlamat atau objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar semua warganegara memperoleh peluang pendidikan secara keseluruhannya. Bagi meluaskan akses, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru serta membekalkan komputer yang menjadi asas kepada penyediaan infrastruktur dan pengenalan dalam ICT. Namun beberapa isu dan permasalahan telah timbul yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar, perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru itu, KPM perlu memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. 3|Page
  • 4. Selain itu, bagi meningkatkan ekuiti, dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001- 2010, setiap institusi pendidikan di bawah KPM akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan berkualiti bagi pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan ketidaksamaan. (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus dan bekalan elektrik, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. 3.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MENGIKUT BANGSA : ISU KELEMAHAN PELAJAR MELAYU DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR BUKAN MELAYU. Menurut Arlene Hambrick, Ph.d, National Louis University dan Asta Syedkauskaite, North Central Eisenhower Mathematics and Science Consortium (2005), menjelaskan bahawa walaupun orang kulit putih, orang kulit hitam dan Hispanik mendapat pelajaran matematik sejak tahun 1990, masih ada jurang yang besar antara bangsa-bangsa ini. Isu pertama yang kami ingin bincangkan ialah seperti yang berkaitan di atas iaitu perbezaan pencapaian mengikut bangsa di Malaysia. Menurut Abdul Rahman Embong (2001), bangsa ialah satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama serta mempunyai unsur-unsur subjektif yang sama merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi. Namun, masih terdapat perbezaan atau jurang dalam kalangan bangsa di Malaysia iaitu perbezaan pencapaian dalam pendidikan. Di manakah tahap jurang tersebut?.Kami akan mengupas lebih lanjut tentang isu ini. Terdahulu, kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2003 telah menunjukkan 5 negara yang menduduki tangga teratas dalam nilai purata antarabangsa 4|Page
  • 5. pencapaian matematik adalah negara Singapura, Republik Korea, Hongkong, China Taipei dan Jepun. Kelima-lima negara ini adalah negara yang rakyatnya berbangsa China, Korea dan Jepun. Oleh itu, jelas sekali bahawa, bangsa cina memang menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik di dunia dan juga di Malaysia (TIMSS). 3.1 Punca kepada perbezaan pencapaian Matematik antara pelajar melayu dan bukan melayu. Pepatah melayu ada menyebut kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang yang bermaksud sesuatu masalah itu berlaku pasti ada puncanya. Begitu juga isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik ini pasti ada puncanya. Faktor utama ialah kurangnya motivasi daripada dalaman dan luaran. Pelajar melayu kurangnya dorongan untuk belajar sama ada di sekolah mahupun di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar melayu akan belajar jika mereka terdesak. Kita dapat lihat perkara ini lebih- lebih lagi menjelang peperikasaan ataupun ujian. Pelajar melayu akan memberikan sepenuh perhatian dan tenaga untuk fokus dalam pembelajaran. Ketika ini, tahap motivasi diri pelajar melayu akan meningkat. Berbeza dengan pelajar cina, mereka menerapkan suasana sekolah. Walaupun mereka berada di mana sahaja, mereka akan sentiasa belajar sama ada bersama rakan mahupun bersama keluarga. Selain itu, pelajar melayu kurang mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian walaupun dengan membuat latihan. Kebanyakan pelajar melayu mempunyai masalah sukar untuk memahami dan tidak tahu tentang penggunaan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Bagi mereka, matapelajaran Matematik sering dianggap matapelajaran yang sukar. Diperkukuhkan lagi dengan kegagalan ramai pelajar melayu dalam peperiksaan bulanan serta peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM. Kebanyakan pelajar melayu bukan sahaja lemah dari segi kerja-kerja manipulatif, tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep- konsep utama dalam matematik. Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall da Mohamad Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar kurang kebolehan (koordinasi proses mental) adalahlebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental). 5|Page
  • 6. Kebanyakan pelajar ingin menghabiskan sesuatu bab dengan segera dan lompat ke bab- bab yang lain tanpa memahami konsep dan kemahiran asas. Hal ini akan mengakibatkan mereka panik dan lupa perkara asas sedangkan menurut Liew Su Tim dan Wan Muhamad Saridan Wan Hassan, (Julai 1989) proses pembelajaran boleh dianggap berperingkat atau berheraki terutama bagi matapelajaran Matematik. Tanggapan negatif juga menjadi punca isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik. Mereka mengganggap bahawa pelajar cina lebih pintar dari mereka sedangkan pelajar cina memberikan seratus peratus dalam sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, tiada sikap persaingan secara sihat dengan kaum lain yang akhirnya membawa kepada kemerosotan pelajar melayu . Tanggapan negatif guru juga menjadi penyebab pelajar melayu lemah dalam matematik. Mereka mengganggap pelajar melayu lambat dan selalu membuat bising ketika di dalam kelas. Lebih lebih lagi, pelajar melayu yang terlibat dengan masalah disiplin yang berterusan. Masalah disiplin ini juga boleh menjadi alasan mengapa pelajar melayu lemah. Masalah ponteng yang sering berlaku hampir kebanyakan sekolah di Malaysia telah mendatangkan impak yang negatif terutamanya pelajar melayu. Masa yang sepatutnya dihabiskan bersama guru dan rakan-rakan telah dihabiskan dengan sia-sia . Pengisian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan boleh juga menjadi faktor masalah ponteng dan gangsterisme dalam kalangan pelajar melayu tidak kira jantina. 3.2 cara mengatasi jurang antara pelajar melayu dan bukan melayu. Kerajaan telah memulakan langkah untuk mengatasi masalah ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah memasukkan model pembelajaran sekolah jenis kebangsaan (SJKC) ke sekolah kebangsaan (SK). Langkah ini diambil berikutan kerana keputusan dalam UPSR pada tahun 2009 yang cemerlang oleh sekolah yang majoritinya berbangsa cina tersebut. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model SJKC ini akan digunapakai di SK yang mana dilihat ada jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini. (Berita Harian Online, 2009). 6|Page
  • 7. Selain itu, peranan guru amat penting dalam menarik perhatian pelajar untuk memahami apa yang hendak disampaikannya. Guru haruslah memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan mengurangkan jurang antara kaum yang terdapat di dalam kelas. Para guru juga harus memberi tanggapan yang positif dan motivasi yang tinggi kepada setiap pelajar tidak kira kaum supaya mereka memiliki semangat untuk belajar dan mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Pelajar bukanlah hanya sekadar pelajar, mereka adalah manusia yang memerlukan perhatian. Oleh itu, apabila berurusan dengan manusia, mereka bukanlah makhluk yang mempunyai logik tetapi juga makhluk yang beremosi di mana makhluk yang penuh dengan prasangka dan dimotivasikan oleh kebanggaan dan kemegahan. Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah membawa kepada pekerjaan yang memerlukan masa panjang akan mendatangkan kesan kepada anak-anak. Jadi ibu bapa perlulah memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu memberi perhatian tentang pelajaran anak-anak dan menggalakkan mereka dengan pembelajaran mereka. Menurut bekas Ketua Pengarah Institu Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan minat pelajar terhadap matematik (Utusan Malaysia,23 November 1994) 4.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MEGIKUT JANTINA : ISU PELAJAR PEREMPUAN LEBIH CEMERLANG DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR LELAKI. Hubungan di antara jantina dan prestasi dalam Matematik telah diberi perhatian yang serius dalam bidang pendidikan. Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses, prestasi, dan pencapaian serta penglibatan dalam matematik (Gallaher & Kaufmann, 2005). Salah satu perkara yang perlu dicapai dalam gagasan Malaysia Education for All sebelum 2015 adalah untuk mengurangkan jurang jantina pada peringkat pendidikan menengah dan rendah sebelum 2005 dan untuk mencapai kesaksaamaan jantina dalam pendidikan dengan memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pencapaian yang adil dan berkualiti. 7|Page
  • 8. Adakah masih ada jurang di antara pencapaian pelajar lelaki dan peremuan di Malaysia? Jawapan mudah adalah masih ada lagi perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan perempuan samada di peringkat pendidikan tinggi atau rendah. Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa masih terdapat jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki. 4.1 Faktor pelajar perempuan lebih cemerlang dalam matematik berbanding pelajar lelaki. Terdapat beberapa faktor antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berat sebelah kerana guru tidak bersikap adil dalam membuat keputusan. Sikap guru yang hanya memilih pelajar pintar akan menyebabkan pelajar lain akan merasakan bahawa mereka tidak wujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang selalu membuat bising di dalam kelas dan juga pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan diabaikan oleh guru kerana guru menganggap bahawa pelajar tersebut tidak berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibatnya, ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki menamatkan zaman sekolah sebelum waktunya. Faktor lain pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki ialah motivasi yang tinggi. Tanggapan masyarakat dahulu bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan tinggi telah mendorong wanita untuk menafikan tanggapan itu. Pelajar perempuan zaman kini telah maju dan menganggap bahawa diri mereka boleh menguasai kemahiran yang sinonimnya dengan jantina lelaki. Akibatnya, ramai perempuan di peringkat tinggi seperti universiti dan kolej-kolej seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan membawa kepada kekurangan lelaki dalam bidang profesional. Buktinya kita dapat lihat bahawa kurangnya guru lelaki dalam organisasi sekolah. Kelak, negara kita akan bergantung sepenuhnya kepada wanita jika perkara ini tidak diberi perhatian oleh semua pihak. 4.2 Cara mengatasi isu pelajar lelaki lemah dalam matematik. Guru adalah antara golongan yang bertanggungjawab untuk memastikan jurang pencapaian dalam Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan dikecilkan. Ini kerana guru 8|Page
  • 9. adalah golongan yang rapat dengan pelajar selepas ibu bapa. Guru yang cemerlang haruslah mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Berikut adalah lankah-langkah yang boleh diambil oleh guru-guru bagi memastikan keadilan antara pelajar lelaki dan perempuan yang berdasarkan artikel yang ditulis oleh Karen Zitlleman (2010). Seorang guru tidak seharusnya memiliki perasaan pilih kasih kepada para pelajar. Seorang guru yang ikhlas seharusnya mndahului pelajar. Guru seharusnya memanggil pelajar yang berbeza setiap kali pertanyaan dilontarkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak sepatutnya hanya memilih pelajar yang bijak sahaja untuk menjawab soalan. Selain itu, guru haruslah memberi masa menunggu dengan sebaiknya apabila bertanyakan soalan. Sekiranya guru memberikan masa menunggu yang sepatutnya, para pelajar sebenarnya akan memberikan jawapan dengan lebih baik. Guru juga memainkan peranan yang penting bagi menunjukkan kepelbagaian kaum, budaya dan perbezaan jantina dalam pendidikan matematik agar matapelajaran ini kelihatan terbuka kepada semua golongan. Sebagai contoh, sekiranya guru memberikan contoh soalan jangan hanya memberikan contoh yag berkaitan dengan satu jantina sahaja. Guru haruslah bijak dalam memberikan sontoh-contoh yang melibatkan kedua-dua jantina dan kehidupan bangsa-bangsa lain. Kerja berkumpulan juga sangat penting dalam kelas. pelajar perempuan dikatakan lebih pemalu daripada pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula sering mendominasi perbincangan kumpulan. Maka sekiranya seorang guru ingin membuat kumpulan campuran untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seorang guru haruslah bijak mengawal kumpulan-kumpulan tersabut. Guru hanya mengumpulkan kedua-dua jantina ini dalam kumpulan yang kecil agar pelajar perempuan tidak terlalu malu untuk mengeluarkan pandangan dan idea mereka. Semua aktiviti hands-on dalam pendidikan matematik yang ingin guru praktik di dalam kelas haruslah mengambil kira perbezaan sosial kedua-dua jantina. Sebagai contoh, aktiviti yang terlalu lasak mungkin menghalang pelajar perempuan daripada mengambil bahagian dan seterusnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan Matematik sepertimana rakan sekelas lelaki mereka. Kesimpulannya, jurang antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan berterusan jika tidak diberi perhatian secukupnya. 9|Page
  • 10. 3.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MENGIKUT BANGSA : ISU KELEMAHAN PELAJAR MELAYU DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR BUKAN MELAYU. Menurut Arlene Hambrick, Ph.d, National Louis University dan Asta Syedkauskaite, North Central Eisenhower Mathematics and Science Consortium (2005), menjelaskan bahawa walaupun orang kulit putih, orang kulit hitam dan Hispanik mendapat pelajaran matematik sejak tahun 1990, masih ada jurang yang besar antara bangsa-bangsa ini. Isu pertama yang kami ingin bincangkan ialah seperti yang berkaitan di atas iaitu perbezaan pencapaian mengikut bangsa di Malaysia. Menurut Abdul Rahman Embong (2001), bangsa ialah satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama serta mempunyai unsur-unsur subjektif yang sama merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi. Namun, masih terdapat perbezaan atau jurang dalam kalangan bangsa di Malaysia iaitu perbezaan pencapaian dalam pendidikan. Di manakah tahap jurang tersebut?.Kami akan mengupas lebih lanjut tentang isu ini. Terdahulu, kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2003 telah menunjukkan 5 negara yang menduduki tangga teratas dalam nilai purata antarabangsa pencapaian matematik adalah negara Singapura, Republik Korea, Hongkong, China Taipei dan Jepun. Kelima-lima negara ini adalah negara yang rakyatnya berbangsa China, Korea dan Jepun. Oleh itu, jelas sekali bahawa, bangsa cina memang menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam matematik di dunia dan juga di Malaysia (TIMSS). 3.1 Punca kepada perbezaan pencapaian Matematik antara pelajar melayu dan bukan melayu. Pepatah melayu ada menyebut kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang yang bermaksud sesuatu masalah itu berlaku pasti ada puncanya. Begitu juga isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik ini pasti ada puncanya. Faktor utama ialah kurangnya motivasi daripada dalaman dan luaran. Pelajar melayu kurangnya dorongan untuk belajar sama ada di sekolah mahupun di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar melayu akan belajar jika mereka terdesak. Kita dapat lihat perkara ini lebih- lebih lagi menjelang peperikasaan ataupun ujian. Pelajar melayu akan memberikan sepenuh 10 | P a g e
  • 11. perhatian dan tenaga untuk fokus dalam pembelajaran. Ketika ini, tahap motivasi diri pelajar melayu akan meningkat. Berbeza dengan pelajar cina, mereka menerapkan suasana sekolah. Walaupun mereka berada di mana sahaja, mereka akan sentiasa belajar sama ada bersama rakan mahupun bersama keluarga. Selain itu, pelajar melayu kurang mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian walaupun dengan membuat latihan. Kebanyakan pelajar melayu mempunyai masalah sukar untuk memahami dan tidak tahu tentang penggunaan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Bagi mereka, matapelajaran Matematik sering dianggap matapelajaran yang sukar. Diperkukuhkan lagi dengan kegagalan ramai pelajar melayu dalam peperiksaan bulanan serta peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM. Kebanyakan pelajar melayu bukan sahaja lemah dari segi kerja-kerja manipulatif, tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep- konsep utama dalam matematik. Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall da Mohamad Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar kurang kebolehan (koordinasi proses mental) adalahlebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental). Kebanyakan pelajar ingin menghabiskan sesuatu bab dengan segera dan lompat ke bab- bab yang lain tanpa memahami konsep dan kemahiran asas. Hal ini akan mengakibatkan mereka panik dan lupa perkara asas sedangkan menurut Liew Su Tim dan Wan Muhamad Saridan Wan Hassan, (Julai 1989) proses pembelajaran boleh dianggap berperingkat atau berheraki terutama bagi matapelajaran Matematik. Tanggapan negatif juga menjadi punca isu kelemahan pelajar melayu dalam matematik. Mereka mengganggap bahawa pelajar cina lebih pintar dari mereka sedangkan pelajar cina memberikan seratus peratus dalam sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, tiada sikap persaingan secara sihat dengan kaum lain yang akhirnya membawa kepada kemerosotan pelajar melayu . Tanggapan negatif guru juga menjadi penyebab pelajar melayu lemah dalam matematik. Mereka mengganggap pelajar melayu lambat dan selalu membuat bising ketika di dalam kelas. Lebih lebih lagi, pelajar melayu yang terlibat dengan masalah disiplin yang berterusan. Masalah disiplin ini juga boleh menjadi alasan mengapa pelajar melayu lemah. Masalah ponteng yang 11 | P a g e
  • 12. sering berlaku hampir kebanyakan sekolah di Malaysia telah mendatangkan impak yang negatif terutamanya pelajar melayu. Masa yang sepatutnya dihabiskan bersama guru dan rakan-rakan telah dihabiskan dengan sia-sia . Pengisian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan boleh juga menjadi faktor masalah ponteng dan gangsterisme dalam kalangan pelajar melayu tidak kira jantina. 3.2 cara mengatasi jurang antara pelajar melayu dan bukan melayu. Kerajaan telah memulakan langkah untuk mengatasi masalah ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah memasukkan model pembelajaran sekolah jenis kebangsaan (SJKC) ke sekolah kebangsaan (SK). Langkah ini diambil berikutan kerana keputusan dalam UPSR pada tahun 2009 yang cemerlang oleh sekolah yang majoritinya berbangsa cina tersebut. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model SJKC ini akan digunapakai di SK yang mana dilihat ada jurang pencapaian antara kedua-dua jenis sekolah ini. (Berita Harian Online, 2009). Selain itu, peranan guru amat penting dalam menarik perhatian pelajar untuk memahami apa yang hendak disampaikannya. Guru haruslah memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan mengurangkan jurang antara kaum yang terdapat di dalam kelas. Para guru juga harus memberi tanggapan yang positif dan motivasi yang tinggi kepada setiap pelajar tidak kira kaum supaya mereka memiliki semangat untuk belajar dan mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Pelajar bukanlah hanya sekadar pelajar, mereka adalah manusia yang memerlukan perhatian. Oleh itu, apabila berurusan dengan manusia, mereka bukanlah makhluk yang mempunyai logik tetapi juga makhluk yang beremosi di mana makhluk yang penuh dengan prasangka dan dimotivasikan oleh kebanggaan dan kemegahan. Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah membawa kepada pekerjaan yang memerlukan masa panjang akan mendatangkan kesan kepada anak-anak. Jadi ibu bapa perlulah memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Sekurang-kurangnya, mereka perlu memberi perhatian tentang pelajaran anak-anak dan menggalakkan mereka dengan pembelajaran mereka. Menurut 12 | P a g e
  • 13. bekas Ketua Pengarah Institu Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan minat pelajar terhadap matematik (Utusan Malaysia,23 November 1994) 4.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN MEGIKUT JANTINA : ISU PELAJAR PEREMPUAN LEBIH CEMERLANG DALAM MATEMATIK BERBANDING PELAJAR LELAKI. Hubungan di antara jantina dan prestasi dalam Matematik telah diberi perhatian yang serius dalam bidang pendidikan. Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses, prestasi, dan pencapaian serta penglibatan dalam matematik (Gallaher & Kaufmann, 2005). Salah satu perkara yang perlu dicapai dalam gagasan Malaysia Education for All sebelum 2015 adalah untuk mengurangkan jurang jantina pada peringkat pendidikan menengah dan rendah sebelum 2005 dan untuk mencapai kesaksaamaan jantina dalam pendidikan dengan memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pencapaian yang adil dan berkualiti. Adakah masih ada jurang di antara pencapaian pelajar lelaki dan peremuan di Malaysia? Jawapan mudah adalah masih ada lagi perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan perempuan samada di peringkat pendidikan tinggi atau rendah. Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa masih terdapat jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki. 4.1 Faktor pelajar perempuan lebih cemerlang dalam matematik berbanding pelajar lelaki. Terdapat beberapa faktor antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berat sebelah kerana guru tidak bersikap adil dalam membuat keputusan. Sikap guru yang hanya memilih pelajar pintar akan menyebabkan pelajar lain akan merasakan bahawa mereka tidak wujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang selalu membuat bising di dalam kelas dan juga pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah. Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan diabaikan oleh guru kerana 13 | P a g e
  • 14. guru menganggap bahawa pelajar tersebut tidak berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibatnya, ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki menamatkan zaman sekolah sebelum waktunya. Faktor lain pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki ialah motivasi yang tinggi. Tanggapan masyarakat dahulu bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan tinggi telah mendorong wanita untuk menafikan tanggapan itu. Pelajar perempuan zaman kini telah maju dan menganggap bahawa diri mereka boleh menguasai kemahiran yang sinonimnya dengan jantina lelaki. Akibatnya, ramai perempuan di peringkat tinggi seperti universiti dan kolej-kolej seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan membawa kepada kekurangan lelaki dalam bidang profesional. Buktinya kita dapat lihat bahawa kurangnya guru lelaki dalam organisasi sekolah. Kelak, negara kita akan bergantung sepenuhnya kepada wanita jika perkara ini tidak diberi perhatian oleh semua pihak. 4.2 Cara mengatasi isu pelajar lelaki lemah dalam matematik. Guru adalah antara golongan yang bertanggungjawab untuk memastikan jurang pencapaian dalam Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan dikecilkan. Ini kerana guru adalah golongan yang rapat dengan pelajar selepas ibu bapa. Guru yang cemerlang haruslah mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Berikut adalah lankah-langkah yang boleh diambil oleh guru-guru bagi memastikan keadilan antara pelajar lelaki dan perempuan yang berdasarkan artikel yang ditulis oleh Karen Zitlleman (2010). Seorang guru tidak seharusnya memiliki perasaan pilih kasih kepada para pelajar. Seorang guru yang ikhlas seharusnya mndahului pelajar. Guru seharusnya memanggil pelajar yang berbeza setiap kali pertanyaan dilontarkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak sepatutnya hanya memilih pelajar yang bijak sahaja untuk menjawab soalan. Selain itu, guru haruslah memberi masa menunggu dengan sebaiknya apabila bertanyakan soalan. Sekiranya guru memberikan masa menunggu yang sepatutnya, para pelajar sebenarnya akan memberikan jawapan dengan lebih baik. Guru juga memainkan peranan yang penting bagi menunjukkan kepelbagaian kaum, budaya dan perbezaan jantina dalam pendidikan matematik agar matapelajaran ini kelihatan terbuka kepada semua golongan. Sebagai contoh, sekiranya guru memberikan contoh soalan jangan hanya memberikan contoh yag berkaitan 14 | P a g e
  • 15. dengan satu jantina sahaja. Guru haruslah bijak dalam memberikan sontoh-contoh yang melibatkan kedua-dua jantina dan kehidupan bangsa-bangsa lain. Kerja berkumpulan juga sangat penting dalam kelas. pelajar perempuan dikatakan lebih pemalu daripada pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula sering mendominasi perbincangan kumpulan. Maka sekiranya seorang guru ingin membuat kumpulan campuran untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seorang guru haruslah bijak mengawal kumpulan-kumpulan tersabut. Guru hanya mengumpulkan kedua-dua jantina ini dalam kumpulan yang kecil agar pelajar perempuan tidak terlalu malu untuk mengeluarkan pandangan dan idea mereka. Semua aktiviti hands-on dalam pendidikan matematik yang ingin guru praktik di dalam kelas haruslah mengambil kira perbezaan sosial kedua-dua jantina. Sebagai contoh, aktiviti yang terlalu lasak mungkin menghalang pelajar perempuan daripada mengambil bahagian dan seterusnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan Matematik sepertimana rakan sekelas lelaki mereka. Kesimpulannya, jurang antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan berterusan jika tidak diberi perhatian secukupnya. 15 | P a g e
  • 16. 6.0 KURIKULUM Kurikulum adalah peringkat mata pelajaran yang diberikan oleh suatu lembaga penyelenggara pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu jangka masa pendidikan. Penyusunan peringkat mata pelajaran ini disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan setiap pendidikan dalam penyelenggaraan pendidikan tersebut. Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu: 1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah 2. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas 3. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. Yusu Hashim (2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. 6.1 Isi Kandungan Kurikulum Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. 16 | P a g e
  • 17. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.. Hal ini kerana, kurikulum sentiasa mengalami perubahan walaupun dalam sela masa yang lama tetapi ia memberi impak kepada pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak lansung ia juga memberi kesan kepada ibu bapa atau penjaga, kerana pada zaman persekolahan ibu bapa atau penjaga, kurikulum mereka berlainan dengan sekarang dan mereka tidak dapat membantu anak-anak mereka dalam proses pembelajaran atau ulang kaji di rumah. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997. Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya. 17 | P a g e
  • 18. Pada tahun lapan puluhan 80-an, kandungan pengalaman kurikulum matematik mengharungi perubahan lain iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan ini dikatakan sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan matematik di peringkat rendah dan menengah. Sukatan tersebut adalah bertujuan untuk mengimbangi antara kemahiran dan pemahaman. Menyelesaikan masalah tertentu yang berkaitan dengan pengalaman harian pelajar telah diberi penekanan khusus. Kemunculan teknologi terutama dalam bidang teknologi maklumat, memerlukan pelajar mempunyai kemahiran tidak terhad kepada kebolehan untuk menjalankan prosedur seperti yang terkandung dalam matematik tradisional tetapi kemahiran berfikir yang lebih tinggi peringkatnya. Melihat pada perubahan kurikulum matematik adalah sejajar dengan peredaran masa. Para pelajar harus didedahkan kepada pemahaman matematik yang lebih tinggi daripada melihat matematik sekadar penggiraan nombor. Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran teras iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan “adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional. 18 | P a g e
  • 19. Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar. Dalam Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan. 6.2 Pelaksanaan Kurikulum Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu seseorang guru itu, kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. 19 | P a g e
  • 20. Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan. Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada tiga aspek iaitu prodesional guru, sokongan pihak atasan dan yang paling penting, sokongan dari ibu bapa. Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif- objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam aspek profesional guru, seseorang guru itu mestilah bersikap profesional dan tidak memilih bulu diantara pelajar – pelajar mereka. Selain tiu juga, kita boleh lihat, segelintir guru yang mengajar di sekolah merupakan guru yang bukan dari opsyen mereka. Jadi, masalah mungkin banyak yang akan timbul untuk seseorang guru itu menyesuaikan diri mereka dalam seseuatu topik pembelajaran mereka. Sebagai contoh, pada masa sekarang, ramai guru tidak mempunyai komitmen yang kuat dalam mendidik murid mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian, malah murid diajar matematik hanya bagi meluluskan diri dalam peperiksaan besar dan peperiksaan akhir tahun. Selain daripada sikap professional guru, pihak pengurusan sekolah turut terlibat sama dalam perlaksanaan kurikulum, kebanyakan kes guru matematik di sekolah bukanlah dari opsyen matematik tetapi perlu mengajar matematik kerana terpaksa memenuhi kekosongan jawatan guru di sekolah. Dengan itu, penyampaian guru yang bukan opsyen matematik hanya bergantung pada buku teks dan rujukan sahaja, maka pemahaman murid terhadap matematik juga terhad mengikut buku teks sahaja. Manakala guru opsyen matematik, mereka mengetahui ilmu matematik melebihi kandungan buku teks dan buku rujukan, maka penyampaian mereka tentang sesuatu topik akan menjadi lebih jelas. Bukan hanya penyediaan guru matematik, malah pihak pengurusan sekolah juga mempunyai masalah dalam penyediaan infrastruktur yang baik bagi pembelajaran matematik di sekolah. Hal ini amat perlu dititikberatkan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar, sebagai contoh kelas tidak mempunyai papan hitam atau papan putih untuk guru menulis, maka para pelajar tidak dapat gambaran yang jelas mengenai jalan kira atau penerangan guru terhadap sesuatu topik. 20 | P a g e
  • 21. Selain daripada itu, ibu bapa atau penjaga perlu memberi sokongan dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru. . Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan. 21 | P a g e
  • 22. Selain daripada isi kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum turut menjadi isu bagi akses dan ekuiti. Pelaksanaan kurikulum yang tidak sejajar dengan matlamat kurikulum menimbulkan banyak kekangan kepada pelajar dan pihak pendidikan. 7.0 KELAINAN UPAYA (DISABILITY) YANG MEMBAWA JURANG DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK Isu seterusnya ialah isu mengenai murid yang kelainan upaya atau dikenali sebagai murid pendidikan khas. Kalau kita lihat dari aspek negara kita, isu ini kelihatan tidak mendapat perhatian daripada orang awam mahupun pihak kerajaan. Kemungkinan ini isu tidak terlalu ketara kelihatan dalam permasalahan jurang dan ketidakadilan dalam pendidikan. Tetapi, apabila kita kupas secara mendalam lagi, isu murid kelainan upaya ini adalah isu yang sangat serius dalam Negara. Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain. Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan 22 | P a g e
  • 23. membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas. Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar. Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil. Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya. Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun.Jika 10 peratus seperti yang di laporkan oleh PBB, Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28 juta pada 2010, maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10% daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita. Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat 23 | P a g e
  • 24. dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba - lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak. Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep bagaimana cara untuk mendekatkan diri dengan plejar tersebut , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak - kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak - kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis. Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak - kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Program Pendidikan Prasekolah Khas dieujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Pada tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran siwujudkan si dekolah harian biasa. Kanak- kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 thaun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. PDK juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh menguruskan diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995. KPM akan berusaha menyediakan kemudahan yang sesuai agar lebih ramai pelajar kurang upaya yang kini sitempatkan di PDK mendapat pendidikan formal si sekolah-sekolah anjuran KPM. 24 | P a g e
  • 25. Menurut Lenner (2003), The child with Learning Disability has difficulty with processing skills such as memory, visual perception, auditory perception, or thinking; and as a result has trouble achieving in at least one subject such as reading, mathematics, or writing. Kami boleh simpulkan bahawa pelajar kurang upaya ini mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira kerana dengan mereka tidak mempunyai kelebihan seperti pelajar normal. Oleh itu kami dapat meyatakan beberapa factor atau punca yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan diantara pelajar kurang upaya dengan pelajar normal iaitu segelintir guru menganggap pelajar kurang upaya hanya sebagai pelajar yang lemah dan tidak lagi boleh meningkatkan nprestasinya dalam masa yang singkat. Seperti yang kita tahu, setiap insane mempunyai kelebihan dan kelemahan masing – masing. Jadi kita sebagai guru tidak harus memandang kelemahan seseorang pelajar iaitu dari segi difikal kerana setiap pelajar mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu juga, kebanyakan guru menganggap jika seseorang pelajar kurang upaya itu mempunyai satu kelebihan contohnya melukis, guru tidak akan lagi memberi perhatian kepada pelajar tersebut dalam subjek – subjek lain. Selain itu juga, masalah yang berlaku di dalam isu pendidikan adalah masalah infrastruktur yang tidak mencukupi disekolah terutamanya bagi pelajar kuirang upya. Disini, kita dapat lihat bahawa pelajar – pelajar kurang upaya kurang mendapat perhatian daripada pihak atasan kerana masalah infrastruktur untuk pelajar kurang upaya adalah tinggi . Perkara ini tidak harus berlaku kerana mereka bukannya minta untuk dijadikan begitu. Oleh itu, kita sebagai guru dan sebagai rakyat yang prihatin, mestilah member sumbangan yang besar dan sewajarnya agar nasib mereka terpelihara. Diantara alat bantu mengajar yang penting bagi pelajar kurang upaya dari segi penglihatan adalah tulisan Braille. Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta . Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak. 25 | P a g e
  • 26. Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned ear untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik ialah alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, peralatan ini mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos peralatan tersebut yang terlalu mahal. Sebagai alternatif, guru boleh menggunakan peralatan teknologi sedia ada di sekolah seperti televisyen, komputer dan alat pemain cakera padat/radio kaset. Misalnya, guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentul visual menggunakan televisyen dan komputer bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan mereka mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual. Manakala bagi pelajar-pelajar yang hanya mengalami kekurangan pendengaran (masih boleh mendengar tetapi kurang jelas), peralatan seperti pembesar suara (microphone) dan alat pendengar di telinga (headphone)pula boleh digunakan. Oleh sebab kanak-Kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting, maka guru-guru memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak- kanak tersebut. Antara bahan sokongan yang digunakan khusus untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM bagi deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria sentuh). Selain daripada itu, peruntukkan kemudahan dan dana untuk murid-murid pendidikan khas juga sangat kurang dalam pendidikan kita. Sebenarnya, kemudahan komputer untuk murid- murid pendidikan khas ini sangat membantu mereka dalam pendidikan terutamanya dalam subjek matematik. Kebiasaannya, prasarana computer ini boleh membantu murid yang masalah pembelajaran seperti disleksia, sindrom down, hiperaktif, murid lembam dan sebagainya. Pihak kerajaan lebih tertumpu dengan memperuntukkan prasana computer ini kepada sekolah-sekolah yang bestari dan sekolah berprestasi tinggi kerana bagi mereka, murid ini lebih banyak memerlukan kemudahan-kemudahan ini semua, padahal murid-murid masalah pembelajaran ini 26 | P a g e
  • 27. lebih memerlukan alat bantu mengajar (ABM) seperti computer ini dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kefahaman murid-murid ini terutamanya subjek matematik. Kalau kita lihat dari mata kasar, peruntukkan komputer ini kepada sekolah bestari pun agak kurang memberansangkan dengan menyediakan di makmal sekolah bukannya untuk seorang pelajar, satu komputer. Jadi kita lihat peruntukkannya sangat kurang ini apatah lagi untuk kelas pendidikan khas lagilah kurang. Oleh itu, para guru atau pihak sekolah pendidikan khas perlu mencari inisiatif lain bagi mendapatkan dana dalam menyediakan kemudahan komputer ini dalam menjayakan pengajaran yang lebih efektif untuk murid-murid masalah pembelajaran 8.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, faktor-faktor seperti bangsa, kurikulum, profesional guru dan kelainan upaya mempunyai jurang dalam pencapaian matematik. Perbezaan dalam isu-isu ini perlu ditangani dengan langkah yang efektif oleh semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah dan pihak kerajaan. Sebagai seorang guru kita harus mengambil berat dalam isu ini. Langkah-langkah bijak haruslah diambil dengan penuh perancangan. Bagi faktor yang pertama iaitu perbezaan bangsa, Guru tidak harus membezakan asal bangsa murid-muridnya dengan melayan semua murid sama rata. Manakala, bagi faktor kedua, guru seharusnya menyediakan pengajaran yang berkesan supaya pengajaran kita menyeluruh dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor. Seterusnya, bagi faktor ketiga pula, guru haruslah mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik iaitu mempunyai kepakaran dalam konten dan pedagogi sebelum diarahkan oleh pihak sekolah bagi mengajar matapelajaran ini. Dari segi faktor kelainan upaya pula, setiap guru dan ahli pakar metematik perlu mempunyai kesedaran bahawa golongan ini juga perlu diberi pengetahuan dalam matematik kerana mereka juga manusia seperti kita. Manakala, pihak kerajaan juga tidak terlepas dalam bekerjasama menangani isu ini. Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan adalah menyumbangkan dana untuk menambahkan alat bantu mengajar kepada guru dan kelainan upaya yang lain. Alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik. 27 | P a g e
  • 28. BIBIOGRAFI BUKU Aulia Fadhli (2006) . Buku Pintar Kesehatan Anak. Yoyagkarta : Pustaka Anggrek. Carl, R. (1994). Freedom to learn (3rd ed.) New Jersey: Prentice Hall, Inc. Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional. Kamus Dewan edisi ke-4. (2010). Akses. m/s 26. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan edisi ke-4. (2010). Ekuiti. m/s 383. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Sabri Ahmad et al. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. Sabri Ahmad, Tengku Azwawi dan Aziz Omar (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shulman, L.S. (1986). Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A Contemporary Perspective. In M. C. Wittrock (Ed), Handbook of Research on Teaching (3rd Edition). New York: McMillian Publishing Company. JURNAL Tengku Zawawi Tengku Zainal et al. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Matematik bagi tajuk pecahan: kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 131 – 153. INTERNET Berita Harian Online (2009). Model pembelajaran SJKC ke sekolah kebangsaan. Diperoleh pada September 29, 2011 daripada http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/11/model- pembelajaran-sjkc-ke- sekolah.html. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. http://satusekolahuntuksemua.files.wordpress.com/2009/07/746_ringkasan pembangunan- pendidikan-2001-2010.pdf. Kementerian Pengajian Tinggi. (2011). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011-2015: Fasa 2. http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/bitara_jun_2011.pdf. 28 | P a g e