Bahan bantu mengajar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bahan bantu mengajar

on

  • 24,132 views

 

Statistics

Views

Total Views
24,132
Views on SlideShare
24,132
Embed Views
0

Actions

Likes
9
Downloads
1,248
Comments
13

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

110 of 13 Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mhn save ye.t.ksh byk
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon share
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Tq share..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon save... :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • @HananieHalim
    slm, terima kasih atas perkongsian, boleh mintak power point utk kendali kursus kreativiti dalam penghasilan BBM ke
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…

110 of 13

Post Comment
Edit your comment

    Bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar Document Transcript

    • BAHAN BANTU MENGAJARPENGENALAN Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu - bahan bantu mengajar bukan elektronik - bahan bantu mengajar elektronik - bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk - memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik - mengatasi keterbatasan ruang - mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan - mempersamakan pengalaman - membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
    • menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatudan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembangdengan pesat dalam dunia pendidikan.Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalambidang sains dan teknologi.Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakansecara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam menciptaperalatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyatadalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan olehguru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan parapelajar.Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihanbahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannyaberdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungansesuatu mata pelajaran.Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantumengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaranmenjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaranseluruhnya.Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik, gurujuga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yangdipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
    • KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para pelajar Seterusnya beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.
    • Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemarioleh para pelajar.Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal,guru meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, disamping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikanpengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedahkonvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan danbuku teks.Dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, pengajaranpendidikan moral akan memberikan keseronokan kepada para pelajar.Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guruyang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalancerita juga tidak membosankan.Para pelajar juga boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsungpembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan.Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan diaatas sahaja, malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan,membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajarmenyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaanmereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaranlebih mendalam dan beragam.
    • SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MENGAJAR NILAI 4.3 PEKATERHADAP ISU ALAM SEKITAR (TAHUN 5). Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Lima, bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar, kandungan akademiknya memfokuskan kepada - hidup sihat tanpa pencemara - merangkumi kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar, - penjagaan alam sekitar secara bijaksana dapat mengelakkan kesan pencemaran seperti jerebu, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan hujan asid. Hasil pembelajaran bagi nilai tersebut ialah melibatkan diri dalam usaha- usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar. Bagi mengajar tajuk ini, guru memerlukan satu bahan bantu mengajar yang sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum kepada para pelajar. Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta kandungan pelajaran yang akan disampaikan. Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk diperolehi oleh para pelajar. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-mata, tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video. Gambar-gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan mampu membantu daya ingatan para pelajar.
    • INTERNET Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan sebagainya. Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000 kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Pertama, internet hanya akan bertindak sebagai sumber alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Kedua, komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketiga, penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik keempat, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan ibu bapa. Menurut Ryder dan Hughes dalam Hassan Mohd Ghazali (2006), terdapat tiga bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama Web Course, iaitu penggunaan internet untuk
    • keperluan pembelajaran, di mana seluruh bahan belajar, diskusi, konsultasi,tugasan dan ujian sepenuhnya disampaikan melalui internet. Guru dan pelajarsepenuhnya terpisah, namun komunikasi antara kedua-dua pihak bolehdilakukan pada setiap saat, secara ansynchronous atau synchronous. Kedua,Web Centric Course, iaitu sebahagian bahan belajar, disukusi, konsultasi,tugasan dan latihan disampaikan melalui internet, sedangkan sebahagian lagiamalan tersebut berlaku secara bersemuka atau secara trsdisi. Ketiga WebEnhanced Course, iaitu pemanfaatan internet dalam pendidikan hanya untukmembantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran dikelas. Peranan internet adalah untuk menyediakan sumber-sumber yangsangat kaya dengan memberi alamat-alamat atau membuat hubungan (link)ke pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai yang boleh diakseskan secaraonline.Proses pengajaran dan pembelajaran bagi nilai peka terhadap isu alam sekitartersebut menggunakan teknik inkuiri penemuan, yakni satu teknik yangmemberi peluang kepada para pelajar dalam mencerna serta mencanai dayapemikiran mereka. Bagi tujuan penyatuan idea serta perkongsian maklumatyang lebih mantap, guru telah menetapkan bahawa pembelajaran inidijalankan dalam bentuk kumpulan. Berkenaan nilai dan tajuk pelajaran yanghendak disampaikan guru akan memberikan arahan yang jelas tentangsesuatu projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan. Berdasarkan projek inisetiap kumpulan diharap dapat membuat pemerhatian atau penyelesaian.Teknik inkuiri penemuan ini akan dapat membina daya pemikiran para pelajardalam menyelesaikan masalah, meransang perasaan ingin tahu, memberikebebasan dalam membuat keputusan dan sangat mencabar.Untuk mengajar nilai 4.3 Peka kepada isu alam sekitar, guru perlu merancangpembelajaran dengan teliti supaya proses pembelajaran menggunakaninternet dapat berjalan lancar, berkesan, menarik, meransang dan tidakmembazir masa. Berikut adalah beberapa langkah pembelajaran yangdirancang oleh guru tentang penggunaan internet dalam proses pengajarandan pembelajaran tersebut :
    • 1. Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiridaripada 3 hingga 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Setiap kumpulanditentukan tugas masing-masing untuk mendapat maklumat dengan melayarilaman-laman web tertentu. Sebagai contoh Kumpulan A : jenis-jenispencemaran, Kumpulan B : Punca-punca pencemaran air, Kumpulan C :punca-punca pencemaran udara, Kumpulan D : punca-punca pencemaranalam sekitar, Kumpulan E : langkah-langkah mengurangkan pencemaran alamsekitar, Kumpuylan F : kesan pencemaran alam.2. Seterusnya guru akan mencadangkan beberapa laman web yang bolehdiakseskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.3. Pelajar juga boleh mengakses maklumat tambahan yang diperlukan melaluiengin carian google, yahoo atau Lycos dengan menaip kata kunci yangsesuai, seperti punca pencemaran, jenis pencemaran,pencemaran udara,langkah pencegahan pencemaran, kesan pencemaran dan seumpamanyamelalui engin carian tersebut :http://www.google.comhttp://www.yahoo.comhttp://www.lycos.com4. Setiap kumpulan diberikan masa selama 30 minit untuk mendapatkanmaklumat mengenai tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Guru sentisasamemantau dan memberikan bantuan bagi kumpulan yang menghadapimasalah. Maklumat yang telah diperolehi boleh dicetak, kemudian disalindalam bentuk peta minda pada kad manila.5. Setiap kumpulan akan membentangkan maklumat yang telah diperolehiberdasarkan peta minda yang dipamerkan kepada kelas. Semasa sesiperbentangan, pelajar lain dibenarkan berinteraksi dengan kumpulanperbentangan supaya semua pelajar dapat maklumat yang jelas.
    • 6. Lanjutan daripada pembelajaran tersebut dan sebagai langkah pengukuhan, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Folio yang berkaitan dengan pelajaran yang telah disampaikan. Guru boleh memberi sedikit kelonggaran masa supaya tugasan tersebut dapat dihasilkan dengan baik tetapi tidak membebankan para pelajar.KEBAIKAN INTERNET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAntara kebaikan yang mungkin dikecapi oleh para pelajar melalui penggunaaninternet dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kebebasan belajar. Parapelajar diberi peluang untuk belajar atau memilih maklumat dengan cara yangdisukai, di samping dapat melatih para pelajar untuk berdikari. Kebaikan yangseterusnya ialah penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapatmenyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat secara pantas. Para pelajarberupaya memperolehi input yang begitu banyak, relevan dan berkesan.Penggunaan komputer juga akan menggalakkan minat para pelajar terhadap aplikasikomputer, yakni berpotensi mengurangkan jurang fobia penggunaan komputer dikalangan para pelajar terutamanya pelajar yang kurang berinteraksi dengankomputer. Selain itu, penggunaan internet juga menyediakan kesempatan belajaryang baik kepada pelajar. Proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana tanpamengira waktu, tiada had waktu belajar seperti di bilik darjah biasa. Penggunaanmedium internet sebagai bilik darjah maya mampu membekalkan pengajaran danpembelajaran secara interaktif walaupun tidak bersemuka.
    • KESIMPULANBahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatupengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guruyang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guruyang menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yangmengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segipenerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran danpembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yangdedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan bahanbantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripadagurunya.Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentangpenyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. MengikutTaksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baikperlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengankemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuansesuatu soalan tersebut dikemukakan.Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yangsewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapaimatlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran PendidikanMoral tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagaimata pelajaran suka-suka sahaja.