Taktik Pemimpin Yang Efektif

16,922 views
16,665 views

Published on

TT01303 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN)

Published in: Education
0 Comments
38 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
16,922
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
38
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Taktik Pemimpin Yang Efektif

  1. 1. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanMendengar sahaja perkataan pemimpin pasti tergambar difikiran wajah-wajah tokohpemimpin negara Malaysia iaitu perdana menteri pertama hingga kini seperti Y.T.M.Tunkuabdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein, Tun Hussein bin Dato’Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd NajibAbdul Razak. Tokoh-tokoh pemimpin ini telah memberikan sumbangan yang besar kepadanegara. Negara Malaysia dulu hingga kini terkenal dengan sebuah negara yang aman. Halini kerana pemimpin-pemimpin ini mengamalkan cara pemimpin yang efektif. MenurutHersey dan Blanchard (1974) mengatakan bahawa stail atau cara kepimpinan adalah salahsatu cara yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi orang lain.1.2 Konsep KepimpinanSejarah kepemimpinan organisasi awam di Malaysia dalam era terkini, iaitu sejak tahun1980-an hingga sekarang kebanyakannya dipelopori oleh dasar-dasar yang disarankan olehbekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ini dapat dibuktikan melaluiusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran negara, pihak kerajaan telah melancarkandasar pandang ke timur, mewajibkan rakaman waktu kerja, mengadakan kempen dayapengeluaran, dan menganjurkan kempen kepimpinan melalui teladan (Mahathir, 1983). Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu,menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992). Mengikut pengertian yangmudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulanuntuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini dan Ahmad, 2011). MenurutYukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur, kuasa, mendorong,merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan tanggungjawabmemberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sejajar denganitu Morphet, Johns dan Reller seperti yang dilaporkan oleh Newell (1978 : 221) mengatakan: “ Leadership means the role of change agent; to others it means the influence which oneperson exerts on another”. Menurut Azahari (1998), konsep kepemimpinan melibatkanlapan dimensi nilai seperti agama, budaya, ekonomi, politik, estetika, teknologi, sosial, danpsikologi dalam diri seseorang pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepemimpinan menurut Nik Rashid (1993) akan melibatkan penggunaan pengaruh,komunikasi, dan matlamat. Kepemimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju 1
  2. 2. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifpencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagaiaktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektifsesuatu kumpulan (Jaafar, 1996). Takrif ini menyamai pendapat Abdullah (1998) bahawakepemimpinan sebagai sejenis tingkahlaku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lainsupaya mereka sanggup dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki olehorang yang memimpin. Sebagai suatu aktiviti dan tingkahlaku untuk mempengaruhi,kepemimpinan sering dikaitkan dengan kebolehan berkomunikasi yang berkesan. Ini sesuaidengan pendapat para sarjana yang menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh antaraperseorangan yang dilaksanakan dalam situasi menerusi proses komunikasi ke arahpencapaian matlamat khusus (Tannembaum dan Yulk, 1992).1.3 Kepimpinan di SekolahKepimpinan juga dapat dilihat dalam bidang pendidikan. Menurut Abdul Shukor Abdullah(1991) menegaskan bahawa pihak pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor utamayang menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan atau sebaliknya.Keadaan yang sama dipersetujui oleh Hussain Hj. Ahmad (1993) yang secara nyatamenjelaskan bahawa pemimpin sesebuah organisasi pendidikan merupakan aset yangpaling penting dan dapat menentukan ke arah mana organisasi pendidikan itu mahudibawanya. Kepimpinan di sekolah merujuk kepada stail kepimpinan pemimpin atasan iaitupengetua. Taktik yang digunakan oleh pengetua akan memberi kesan kepadakeberkesanan kepimpinanannya. Hari ini dapat dilihat, setiap sekolah mempunyai strategidalam pentadbiran dan pengurusannya kerana setiap pengetua menggunakan taktikkepimpinan yang berbeza. Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawakeberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan olehseseorang pengetua atau guru besarnya. Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994),pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuahorganisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangansesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dankecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawahpimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkansama ada kakitangan dibawah pimpinannya, komuniti di dalam atah di sekitar sekolah, ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah ( Azizi Yahya et al). Sweeney(1982) pula membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua sekolah merupakan satufaktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetualah yang menentukansuasana sekolah. 2
  3. 3. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif1.4 Kepimpinan yang BerkesanMenurut Stoghill (1974) pula menyatakan kepimpinan yang cekap dan berkesan akan dapatmeningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini disebabkan tingkah laku dangaya kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasanadan semangat kerja pekerja-pekerja di bawahnya. Selain itu, menurut Bennis (1985)pemimpin yang berkesan dikatakan dapat mengubah organisasi mereka daripada keadaanyang sedia ada kepada satu keadaan yang dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian.Manakala kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untukmenggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagimencapai objektif dan matlamat (Wan Zahiddalam Che Nor, 1995).2.0 Taktik Pimpinan yang EfektifUntuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik kepimpinan yangtelah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan keputusan,pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan, bermotivasi,bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu organisasibergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktikkepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untukdicapai.2.1 Komunikasi BerkesanSalah satu taktik kepimpinan yang efektif ialah komuniksai berkesan.Komunikasi merupakanelemen penting dalam sesebuah hubungan antara pekerja dan pemimpin. Komunikasi inimahupun secara verbal ataupun non-verbal adalah amat penting kerana ia dapatmemperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Hal ini kerana komunikasi yang wujudperlulah berkesan dan memberikan impak yang besar kepada orang bawahan pemimpintersebut.Maka dengan itu seseorang pemimpin itu haruslah memiliki kemahiranberkomunikasi dengan baik untuk mengawal semua orang bawahan untuk menjalankantugas dengan baik dan berkesan. Menurut Kamus Dewan 1989, m.s 648, komunikasi merujuk kepada perhubungansecara langsung atau dengan perantaraan. Dapat dijelaskan maksud komunikasi disini ialahkomunikasi merupakan satu kaedah yang dapat membolehkan seorang individu berhubung 3
  4. 4. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifsecara terus atau dengan menggunakan perantaraan dengan individu yang lain.Perantaraan yang dimaksudkan itu contohnya seperti menggunakan asap untuk memintapertolongan pada zaman dahulu. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yangmembolehkan masyarakat pada zaman dahulu berkomunikasi antara satu sama yang lain.Jika dilihat pada zaman sekarang, pelbagai medium perantaraan komunikasi yang dapatdilihat di sekeliling masyarakat. Dengan kecanggihan teknologi pada masa sekarang,pelbagai alat komunikasi dapat dilihat seperti telefon, surat, faks, emel dan sebagainya.Pada masa kini, komunikasi tanpa batasan merentasi dunia dapat memberikan banyakkelebihan kepada manusia dari segi perhubungan. Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian ataumaksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlulah bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf nombor, danperkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikanmaksud (James A.F Stoner & Charles Wankel 1989). Hal ini bermakna komunikasi ialahsuatu cara untuk manusia berhubung berdasarkan syarat bahawa menggunakan kaedahpertuturan ataupun isyarat yang difahami ramai dan dapat diterima umum. Kaedahpertuturan dan isyarat tersebut juga haruslah mengandungi atau dapat menyampaikan idea-idea yang ingin disampaikan kepada orang lain. Menurut Sulaiman Masri (1997), komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat)daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepadapenerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekoddan mentafsir) mesej tersebut. Komunikasi hanya akan dikatakan sebagai komunikasiapabila seseorang pengirim menghantar satu mesej kepada penerima menerusi satu alatatau kaedah tertentu atau suatu alat tertentu dan kemudiannya penerima memberikanmaklum balas mesej tersebut dengan mentafsir mesej tersebut. Terdapat dua jenis komunikasi yang dapat dikesan iaitu komunikasi sehala dankomunikasi dua hala. Komunikasi sehala yang dimaksudkan ialah pengirim berkomunikasitanpa memerlukan maklum balas penerima. Selain itu, ia juga memerlukan tindakan yangdilakukan terus oleh penerima. Komunikasi dua hala pula dapat dilihat sebagai penerimamemberikan maklum balas kepada pengirim. Selain itu, ia membolehkan pengirimmemperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat. Tambahan lagi, iamembolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul. 4
  5. 5. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif2.1.1 Elemen KomunikasiTerdapat beberapa elemen yang penting dalam komunikasi. Antaranya ialah pengirim,penerima, mesej, maklum balas, saluran, dan konteks. Pengirim atau penyampaimerupakan elemen yang pertama. Penyampai merupakan individu yang menunjukkanperlakuan komunikasi sama ada lisan mahupun bukan lisan. Seterusnya, elemen yangkedua ialah penerima mesej iaitu individu yang memahami maksud yang disampaikan olehpenyampai maklumat. Elemen yang ketiga ialah mesej. Mesej merupakan maklumat ataufakta yang difahami oleh penerima maklumat. Seterusnya elemen yang keempat ialah maklum balas.Maklum balas ialah perlakuanyang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yangdisampaikan oleh penyampai mesej. Elemen yang kelima ialah elemen saluran iaitu mediapenyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Antara saluran yangpaling asas yang kerap digunakan ialah melalui pendengaran dan penglihatan.Selain itu,wujud juga saluran-saluran tambahan seperti media elektronik, bahan cetakan dansebagainya. Elemen yang terakhir ialah konteks. Konteks merujuk kepada situasipenyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej contohnya sepertimasa, persekitaran fizikal dan sebagainya.2.1.2 Komunikasi Berkesan Seorang PemimpinMenurut Nik Rashid (1993), kepimpinan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, danmatlamat. Kepimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi,yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat ataubeberapa matlamat. Hal ini bermakna kepimpinan seorang pemimpin turut mengambil kirapengaruh, komunikasi dan matlamat untuk mempengaruhi orang bawahan agar dapatbekerjasama dengan pemimpin untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contohpengetua di sebuah sekolah. Pengetua disekolah perlu mempunyai pengaruh terhadapkakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan agar dapat bersatu-padu untuk mencapai visidan misi sekolah.Penglibatan semua pihak amatlah penting dalam usaha ini. Oleh yangdemikian, kepimpinan seorang pengetua melalui proses komunikasi yang berkesan dapatmenjadi titik tolak kepada usaha penyatupaduan dan proses pencapaian matlamat serta visidan misi sekolah. Pendapat ini juga disokong melalui kenyataan yang dipetik daripada (Jaafar, 1996)yang menyatakan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusahasecara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan. Kenyataan ini juga turutdisokong dalam pendapat (Abdullah, 1998) yang menyatakan bahawa kepimpinan sebagaisatu tingkah laku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup 5
  6. 6. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifdan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin.Sebagai contoh, seorang pemimpin didalam satu organisasi pendidikan seperti pegawaipendidikan di pejabat pelajaran.Kepimpinan seorang pegawai pendidikan di pejabatpelajaran mempengaruhi penjawat-penjawat lain untuk melakukan bahagian tugasanmasing-masing secara suka rela dan senang hati untuk mencapai matlamat yang telahditetapkan. Kepimpinan pegawai tersebut akan memberikan impak kepada prosespembangunan sistem pendidikan di kawasan tersebut. Maka dengan ini jelaslah bahawakepemimpinan seorang pemimpin amat penting dalam satu-satu organisasi yang dapatmemberikan impak positif kepada organisasi tersebut. Melalui komunikasi yang baik seorang pemimpin, ia dapat memberikan motivasikepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang bawahan untuk menjalankantugas dengan baik dan secara suka rela. Dapat dikenal pasti disini bahawa aspekkomunikasi sangat dititikberatkan dalam kepimpinan seorang pemimpin.Menurut (Zelco danDance, 1965) pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikatmenggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang berkaitandengan komunikasi. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa komunikasi merupakanelemen yang penting yang dititikberatkan bagi seorang pemimpin. Tambahan lagi, menurut Barnard (1938) juga menyatakan bahawa tugas pertamayang patut dilakukan oleh seorang eksekutif dalam organisasi ialah membentuk danmengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik.Ia juga patut berusaha mewujudkaniklim komunikasi yang baik dalam organisasinya disamping menggalakkan pertumbuhansatu sistem komunikasi tidak formal yang baik.Merujuk kepada kenyataan ini, komuikasiamatlah penting dalam satu-satu organisasi.Malahan komunikasi tidak formal juga amatlahdititikberatkan dalam sesebuah organisasi kerana ikilim komunikasi yang baik dapatmewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dengan orang bawahan. Menurut Jennings (1960) mendapati bahawa orang-orang yang dilantik menjadipresiden dalam organisasi adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasibersemuka yang baik.Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah amat penting kepadaseorang pemimpin bagi berhadapan dengan ahli-ahli dalam organisasi dan juga masyarakat.Dalam pada itu, Jennings (1960) dalam kajiannya yang lain mendapati jika seorang presidensebuah organisasi dipecat atas sebab utama tidak mempunyai kemahiran berkomunikasibersemuka yang baik. Kajian ini juga membuktikan kepentingan kemahiran berkomunikasiseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja menunjukkan kepentingannya yangtersendiri malahan juga menunjukkan impak yang positif dalam suasana ditempat 6
  7. 7. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifkerja.seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran berkomunikasi adalah pemimpin yangmudah didampingi dan dapat menceriakan perhubungan antara staf dan juga pemimpin. Halini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada pemimpin itu sendiri malahan seluruhorganisasi juga dapat merasai kelebihan memiliki pemimpin yang dapat berkomunikasidengan baik. Perhubungan yang baik antara staf dan pemimpin dapat memastikan matlamat yangingin dicapai akan dapat dicapai bersama-sama dan cepat. Hal ini kerana staf akanmemandang tinggi dan hormat kepada pemimpin yang mesra kepada mereka. Dalammemastikan hubungan mesra ini dapat berkekalan, pemimpin harus belajar untukmemastikan hubungan antara setiap staf sama ada masa bekerja ataupun diluar masabekerja adalah baik untuk mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara staf danpemimpin.2.2 Taktik Pembuatan KeputusanKejayaan dan keberkesanan sebuah organisasi mahupun sekolah adalah dipengaruhi olehkeputusan yang dibuat oleh pemimpinnya. Keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpinakan memberi kesan baik atau buruk kepada sebuah organisasi atau sekolah. Robiah Sidin(1988) menyatakan pembuatan keputusan merupakan proses berfikir dan membuatpertimbangan berasaskan penganalisian terperinci tentang sesuatu situasi. Pada masa yangsama, ia adalah proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam berkaitan urutanaktiviti atau cara yang dapat digunakan sebagai tindakan atau penyelesaian sesuatumasalah. Ainon Mohd (2003) menyatakan akal adalah fitrah manusia untuk berfikir danmenjadi lumrah jika keputusan yang dibuat salah kerana tidak menggunakan logik akal.Oleh itu, pemimpin yang efektif akan membuat keputusan melibatkan semua pihak diri.Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan yang diambil bergantungkepada situasi yang mengelilingi individu atau kumpulan dalam membuat keputusan dankeberkesanan sesuatu keputusan dilihat dari segi kejayaan pelaksanaan keputusantersebut. Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa sesuatu keputusan yang dibuatmelibatkan risiko yang melibatkan masa depan yang sukar untuk diramal. Keadaan risikoyang wujud apabila sesuatu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepadakemungkinan hasil yang akan diperolehi. Penyataan ini disokong oleh Ab. Aziz Yusof (2004)menyatakan kejayaan pemimpin tidak akan terperangkap dalam sistem dan prosedurkerana keberanian mereka untuk mengambil risiko dan keluar daripada kepompong 7
  8. 8. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifkeselesaan. Selain itu, pemimpin yang berani mengambil risiko adalah seorang pemimpinyang bersedia untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pencapaiankeseluruhan organisasi dengan bertindak secara proaktif terhadap perubahan. Ab. Aziz Yusof (2004) menyatakan proses membuat keputusan yang baikmemerlukan penelitian pelbagai alternatif. Setiap alternatif atau jalan tindakan mempunyaiberbagai kemungkinan yang timbul. Keputusan yang diambil berdasarkan pelbagai alternatifsupaya sesuatu keputusan dapat menepati situasi sebenar atau situasi yang dikehendaki.Oleh itu, membuat keputusan adalah satu proses pemilihan daripada beberapa alternatifyang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin. Manakala, Jaafar (2000) menyatakanalternatif yang dirangka dan dirumuskan perlu dikongsi kepada semua untuk tujuanperbincangan dan maklumbalas. Apabila persetujuan dicapai ia akan dimenterai dandiedarkan untuk pengumuman dan seterusnya dilaksanakan. Seorang pemimpin yangfleksibel akan memilih alternatif paling efektif. Secara realiti, amalan pembuatan keputusan adalah sebahagian dari kehidupansetiap pemimpin. Walaubagaimanapun, setiap pemimpin mempunyai pendekatan atau carayang berbeza dalam membuat keputusan untuk menghasilkan alternatif dan tanggunganrisiko. Perbezaan pendekatan dalam membuat keputusan menyebabkan sesuatu keputusanyang dibuat berkesan atau tidak. Oleh itu, taktik pemimpin yang efektif melibatkan taktikmembuat keputusan yang paling efektif terhadap organisasi. Dengan itu, pendekatan yangdigunakan oleh seorang pemimpin perlu menimbangkan kesan kepada semua pihak (Abd.Aziz Yusof, 2004).2.2.1 Jenis Cara Membuat Keputusan Empat jenis cara membuat keputusan dalam sesebuah organisasi iaitu gaya arahan,gaya analitikal, gaya konseptual dan gaya gelagat (Ab. Aziz Yusof, 2004); 1) Gaya arahan Gaya ini lazimnya digunakan apabila seorang ketua menggunakan sedikit maklumat sahaja dalam membuat keputusan. Cara ini paling mudah dan jelas kerana tidak perlu mencari banyak alternatif. Pemimpin hanya menggunakan kedudukan mereka untuk mengarahkan sumber manusia atau pekerja menyiapkan sesuatu tugasan dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, Guru besar atau pengetua mengarahkan guru dan stafnya untuk menjalankan audit disiplin berkaitan disiplin pelajar. 8
  9. 9. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif 2) Gaya Analitikal Gaya ini memerlukan pertimbangan semua alternatif dicadangkan untuk mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik. Gaya ini biasanya diaplikasikan semasa menyelesaikan masalah kompleks. Pemimpin akan mengatasi masalah atau konflik dengan cara menganalisis punca masalah secara berhati – hati bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Contohnya, pemimpin mengadakan mesyuarat dalam membincangkan masalah disiplin pelajar. Pengetua atau guru besar boleh meminta guru – guru memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah disiplin di sekolah. Hasil dari cadangan tersebut, pengetua akan menghasilkan satu idea baru hasil dari kombinasi cadangan- cadanagan yang diberikan. 3) Gaya konseptual Gaya konseptual berorentasikan sosial dan cenderung utnuk mencari penyelesaian secara kreatif. Sebagai contoh dalam pembangunan staf, strategi pembangunan staf, pemilihan staf dan sebagainya dengan mengambil pandangan pelbagai penyelesaian terbaik. Pengetua atau guru besar boleh membuat keputusan berdasarkan gaya konseptul dalam mengurus dan mentadbir sumber manusia di dalam sekolah. 4) Gaya Gelagat Gaya ini lebih mengutamakan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat. Setiap ahli diberi peluang untuk mengutarakan cadangan atau idea mereka. Selepas itu, alternatif akan dibuat berdasarkan keputusan majoriti. Misalnya, seorang pengetua atau guru besar mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan sesuatu masalah dan keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan majority. Pemimpin yang tidak efektif ialah pemimpin yang membuat keputusan dalamkeadaan tertekan dan melibatkan emosi. Kesanya, keputusan yang dibuat hanya memberikeuntunan kepada sesetengah pihak sahaja. Chek Mat (2003) menyatakan dalam membuatkeputusan, emosi akan dilibatkan secara langsung. Emosi memainkan peranan bagi memilihpertimbangan terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi. Kadangkalaemosi sering menggangu apabila seseorang mengambil tindakan untuk membuatkeputusan. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan 9
  10. 10. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifsesuatu perkara. Selaras dengan itu, pemimpin juga terlibat secara langsung menghadapigangguan emosi. Justeru apabila seorang pemimpin membuat keputusan dengan emosi,maka ini turut memberi kesan kepada individu dalam kumpulan organisasi. Abdul Aziz Yusof (2004) mengatakan guru besar membuat keputusan berasaskanandaian atau persepsi keputusan tanpa mengambil kira kepintaran emosi yang dimiliki.Kebanyakkan guru besar tidak akan mempertahankan keputusan apabila menerima kritikandari beberapa pihak. Situasi ini kerap berlaku dalam sebuah sekolah kerana guru besartidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mempertahankan keputusan yang telahdibuat. Kritikan ini menjadi beban dan tekanan kepada guru besar. Kenyataan inidiperkukuhkan oleh Fiedler (1967) dalam Lynne millward (2005) menyatakan bahawakebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah situasi tekanan danterdesak. Keadaan ini disebabkan oleh faktor masa yang menyebabkan keputusan yangdibuat dilakukan secara ad hoc.Justeru, pemimpin yang berkesan perlu menimbangkan risiko keputusan yang dibuat. Selainitu, punca masalah perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Selepasitu, alternatif dan cara yang sesuai perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan keputusanyang muktamad. Kepintaran emosi perlu dalam membuat keputusan kerana emosi akanmempengaruhi keputusan. Pada masa yang sama, tekanan perlu dielakkan dalam membuatkeputusan kerana keputusan yang dibuat dalam situasi tekanan adalah keputusan yangtidak efisyen.2.3 Taktik Pengawalan TekananPengawalan tekanan merupakan taktik kepimpinan efektif. Hal ini kerana kegagalanmengawal tekanan akan memberi kesan yang buruk kepada diri, staf dan organisasi.Pemimpin yang tertekan akan memberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasinya.Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan hubungan antara pemimpindan pekerja terjejas. Akibatnya, hubungan antara pemimpin dan pekerja rengang danmatlamat organisasi kurang tercapai. Namun begitu, setiap manusia termasuk pemimpinmahupun pekerja tidak akan terlepas dari tekanan. McGrath (1976) dalam Wanihim Othman(2002) menegaskan, tekanan yang berpatutan adalah perlu untuk meningkatkan prestasiorganisasi tetapi, tekanan yang tidak mampu dikawal akan menyebabkan seseorangmengalami gejala yang boleh mempengaruhi kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pemimpinyang efektif mampu mengawal tekanan. Hans Selye merupakan bapa pelopor kepada kajian tekanan. Beliau mengibaratkantekanan adalah serupa dengan mati. Kesan akibat terlalu banyak tekanan boleh 10
  11. 11. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifmenghasilkan pelbagai simptom negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasankerja. Hans Selye (1979) dalam Wanihim Othman (2002) menyatakan tekanan adalahtindakbalas yang spesifik oleh tubuh terhadap sebarang ransangan atau permintaan yangmelebihi tahap keupayaan. Tekanan juga melibatkan penggunaan semua sistem yang adadalam badan yang melebihi keupayaannya. Individu berkenaan mendapati sukarmenyesuaikan dengan keadaan dan memerlukan usaha lebih untuk mencapaikeseimbangan dalam dirinya dengan alam sekelilingnya. Menurut Sabitha Marican (1999)menyatakan tekanan adalah satu tindakbalas pada satu punca tekanan, rangsangan atausatu suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi seseorang individu. Tekanan merupakanlumrah kehidupan dan kenyataan hidup. Setiap insan akan menghadapi tekanan danmasalah dalam kehidupan. Punca tekanan di kalangan pemimpin disebabkan oleh tekanan kerja pengurusan.Tekanan kerja pengurusan merupakan satu keadaan di mana tuntutan dari persekitarankerja yang menjadi tinggi dan terlalu mendesak sehingga mengatasi paras kemampuanseseorang. Fenomena tekanan sering dilihat sebagai suatu reaksi individu terhadap ciri- ciripersekitaran kerja yang dianggap akan menggugat dirinya. Perkara ini berlaku kerana terjadisatu padanan antara keupayaan seseorang dengan beban kerja yang ditanggung tidakseimbang. Kurang upaya ini mungkin disebabkan oleh persekitaran kerja seperti beban kerjaberlebihan atau individu itu sendiri tidak mempunyai kebolehan atau kelengkapan dalammemikul tugas dan tanggungjawab tersebut (Maturi R, 1992 dalam Sabitha marican, 1999). Selain itu, faktor yang menyebabkan tekanan dikalangan guru dan pengetua adalahlebihan tugas, masalah kewangan, kekurangan peralatan sekolah dan kekurangankemudahan sekolah. Hal ini dijelaskan dalam kajian punca tekanan di kalangan pengetuasekolah bestari. Hasil kajian tersebut mendapati punca tekanan bermula dari pengurusansekolah. Tekanan pengurusan sekolah di kalangan pengetua sekolah bestari ialah lebihantugas, masalah kewangan, kekurangan infrastruktur sekolah mempengaruhi tekanan dikalangan pengetua. Namun, faktor demografi seperti jantina dan pengalaman bertugas tidakmempunyai kaitan dengan tahap tekanan di kalangan pengetua sekolah bestari (WanihimOthman, 2002). (Anthony Yeo dalam Abd. Malek Abd. Rahman, 2000). Rohaty (1988) dalam RajaAzrul Hisham (2000) memberi pengertian tekanan satu ketidakseimbangan dalam individuyang disebabkan oleh kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial danpsikologi. Jika kekecewaan, konflik dan tekanan daripada persekitaran sosial dan psikologitidak dikawal dengan baik akan memberi beberapa gejala seperti gejala fizikal, emosi,intelektual, dan gejala antara peribadi. Tanda-tanda fizikal bagi seseorang yang mengalami 11
  12. 12. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektiftekanan ialah sakit kepada, gangguan tidur, sakit belakang, dan pinggang, mengetap rahangatau mengisar gigi, sembelit, cirit-birit atau colitis, ruam kulit, sakit otot terutama leher dantidak bermaya . Hal ini disebabkan oleh gerakbalas fisiologi yang diwujudkan oleh agen-agen persekitaran. Pada masa yang sama, Gejala emosi seperti resah atau risau,kemurungan atau mudah menangis, pertukaran perasaan, mudah marah dan rasa rendahdiri turut dirasai. Hal ini disebabkan oleh kegagalan keupayaan mental dan emosi mengatasiancaman situasi menyebabkan ketegangan yang berpanjangan seterusnya mempengaruhipsikologi (Wanihim Othman, 2002). Tekanan boleh menyebabkan gejala Intelektual dari segi masalah penumpuanterhadap kerja, sukar buat keputusan, cepat lupa, keliru, ingatan lemah, angan-anganberlebihan, leka dengan sesuatu idea, hilang naluri humor, produktiviti berkurangan, kualitikerja menurun, peningkatan melakukan kesilapan dan pertimbangan yang lemah. Keadaanini boleh mengganggu prestasi kerja. Tambahan lagi gejala antara peribadi sepertimenunjukkan tanda-tanda tidak percaya kepada orang lain, menyalahkan orang lain, tidakmenghadiri temujanji atau mesyuarat atau membatalkan temujanji atau mesyuarat dalamtempoh yang singkat, mencari kesalahan atau serangan secara lisan, sikap terlalumempertahankan diri dan memberi layanan senyap kepada orang lain akan menggangguhubungan antara pekerja dan majikan. (Wanihim Othman, 2002). Tekanan tidak boleh dielakkan tetapi boleh diurus untuk mengurangkan risikonegatif. Pemantapan Kestabilan emosi dan meningkatkan keyakinan diri kearahkesejahteraan, kecemerlangan dan ketenangan hidup adalah merupakan cara yang perludibuat untuk mengurangkan tekanan (Abd, Malek Hj. Abd. Rahman, 2000). Antara cara yangboleh dipertimbangkan untuk mengawal tekanan oleh seorang pemimpin ialah mengurussumber manusia. Komunikasi berkesan amat penting dan perlu diamalkan oleh seorangpemimpin. Sebagai Pemimpin, persekitaran kerja yang adil, bebas, selamat dan selesakepada pekerja perlu disediakan. Persekitaran yang selesa akan mengurangkan tekanankepada pemimpin dan pekerja dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yangharmoni di tempat kerja. Apabila keselesaan wujud di tempat kerja, kakitangan akanmemberikan sokongan padu kepada pihak pentadbiran. Sebagai contoh pengetua bolehmenyediakan satu suasana sekolah yang kondusif bagi mewujudkan hubungan antara guru-guru, staf dan pelajar. Keadaan ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara pengetuadengan guru dan staf serta pelajar. (Wanihim Othman, 2002). Selain itu, bagi mengatasi masalah bebanan kerja berlebihan, seorang pemimpinperlu bijak mengagihkan tanggungjawab kepada pekerja. Keadaan boleh mengurangkantekanan bebanan kerja dialami oleh seorang pemimpin. Sebagai contoh pengetua yang 12
  13. 13. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifdibebani oleh pengurusan kewangan boleh mengagihkan kerja pengurusan kewangan.Pengetua boleh mengagihkan kerja kepada penolong kanan, ketua-ketua jabatan, gurukanan mata pelajaran dan kerani. Selain itu, pengetua perlu menyediakan senarai tugas danmenerangkan secara jelas kepada pihak berkenan dan memastikan semua pihka berkenaanmelaksanakan tugas mengikut strategi dan peraturan yang telah ditetapkan. Pada masayang sama, pengetua perlu memberikan bantuan dan bimbingan kepada pekerjanya(Wanihim Othman, 2002). Kesimpulanya, taktik mengawal tekanan perlu dalam sebuah organisasi. Pemimpinyang berkesan perlu bijak dalam mengawal tekanan agar tekanan yang dihadapinya tidakmemberikan tekanan kepada pekerja dalam organisasi. Selain itu, pemimpin perlumengawal tekanan dengan cara mencari punca kepada tekanan yang dihadapi. Selepas itu,perancangan seperti pengagihan tugas kepada pekerja boleh mengurangkan beban tugasanseorang pemimpin. Tambahan lagi, suasana harmoni perlu diwujudkan di dalam organisaisupaya hubungan antara pekerja dan pemimpin menjadi erat dan sekaligus mengurangkantekanan di tempat kerja.2.4 Taktik Pujukan RasionalSelain itu, taktik pujukan rasional juga merupakan salah satu taktik kepimpinan yang efektif.Menurut Asep Suryana (2010), taktik Pujukan Rasional adalah suatu taktik mempengaruhiorang bawahan dengan menggunakan alasan-alasan yang logik atau data-data faktualuntuk memujuk orang, yang mana permintaan atau keinginan yang dikehendaki akan dapatdilaksanakan dan menghasilkan keputusan yang diinginkan. Selain itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan dengan aspek komunikasi. Hal inidisokong oleh Miller, G.R. (1980) yang menyatakan maksud kepada taktik pujukan rasionaldari segi komunikasi adalah mana-mana mesej yang ingin disampaikan bertujuan untukmengukuhkan, membentuk, atau mengubah respon orang lain. Kadang-kadang mesejtersebut diubah melalui transaksi simbolik, yang dikaitkan dengan keadaan secara tidaklangsung dan memaksa kepada sebab dan emosi kepada matlamat. Secara umum, pujukanmerujuk kepada aktiviti komunikasi yang mempunyai perantaraan. Pemujukan dari segikomunikasi boleh disasarkan kepada: a) Kognisi – pujukan boleh digunakan untuk mengubah kepercayaan tentang sesuatu perkara atau isu, yang mana termasuk sifat, interpretasi, definisi, hasil dan lain-lain. 13
  14. 14. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif b) Sikap – pujukan boleh digunakan untuk mengubah sikap individu terhadap perkara atau isu, merujuk kepada mengkategorikan perkara atau isu bersama dengan menilai dimensi daripada negatif kepada positif c) Tingkah laku – pujukan boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku individu yang mana tindakan terang-terangan mengambil perhatian menangani isu atau perkara. Oleh sebab itu, bagi mewujudkan suatu situasi pujukan rasional ada individu yangmempunyai peranan sebagai pemujuk kepada individu lain. Menurut Maria Merry Marianti(2011) bahawa Hughes et al, (2009) menjelaskan situasi kepada pujukan rasional akanberlaku sekiranya ada individu yang memainkan peranan untuk mempengaruhi individu laindengan menggunakan alasan yang logik dan bukti-bukti yang nyata agar individu tersebutterpengaruh dan tertarik. Hal ini menunjukkan bahawa taktik Pujukan Rasional digunakan bertujuan untukmempengaruhi orang lain. Namun begitu, ia perlu memiliki ciri-ciri tertentu iaitu dari segihujah yang logik, fakta maklumat yang meyakinkan orang lain, dan memberi keyakinantindakan tertentu akan membawa hasil tertentu. Hujah-hujah yang logik adalah lebihcenderung bagi individu yang mempunyai tingkah laku yang mudah dipengaruhi olehpemikiran berbanding emosi (Grodnitzky, G. 2004). Cable D.M., Judge T.A. (2003) dan Wiggins (1996) menyatakan bahawa dari segiemosi merupakan suatu kenyataan bahawa emosi seseorang individu perlu tenang,terjamin, dan tidak gementar bagi mengukur tahap emosi yang stabil berdasarkan pujukanrasional. Kebiasaannya individu yang tenang, terjamin, dan stabil, akan lebih memilihkepada logik, seterusnya mampu melaksanakan pujukan rasional apabila inginmempengaruhi individu lain. Hal ini kerana dari segi emosi, individu perlu dalam keadaanstabil yang tinggi meliputi sikap tenang, yakin, dan tidak gementar. Sebaliknya, individu yangmenghadapi kestabilan emosi yang rendah lebih kepada keadaan yang risau, malu, dantertekan. Kajian yang dilakukan oleh Cable D.M, Judge T.A (2003) dalam “Manager’s UpwardInfluence Tactic Strategies” mengambil pendapat daripada Morelli dan Andrews (1980)bahawa rasa bimbang yang terlalu akan menyebabkan individu kurang minat untukmemegang pandangan rasional dalam bentuk nombor respek. Dalam erti kata lain, tingkatkerisauan dan bimbang serta negatif emosi yang dimiliki oleh seseorang individu akan dapatdikenal pasti. Oleh itu, individu lain perlu membantu mereka supaya dapat digalakkan dandiberikan inspirasi dan ilham bagi menghadapi rasa kebimbangan tersebut. 14
  15. 15. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif Di samping itu, taktik pujukan rasional dapat dikaitkan sebagai sebuah interaksi sosialantara individu. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Bruce Chapman (2000)bahawa pujukan rasional adalah suatu interaksi sosial dan pilihan sosial yang mana kedua-dua adalah munasabah dan sensitif terhadap isu-isu yang memisahkan antara dua pihaksama ada antara pihak atasan selaku ketua dan pihak bawahan. Pujukan tersebut dikatakansebagai suatu petunjuk kepada kerasionalan secara kolektif. Dalam isu mengenai sosialberbanding pilihan individu, idea mengenai munasabah dan sensitif berdasarkan pilihanadalah lebih baik digunakan. Sebagai seorang pemujuk rasional, pemilihan kepada caramunasabah dan sensitif adalah lebih baik dalam proses pujukan rasional. Dalam prosesmemberikan hujah secara pujukan rasional, ia menunjukkan masalah pilihan sosial yangsebenar di mana ia berlaku antara individu yang berbeza, dalam suatu keadaan sosialberbeza, kemudian mewujudkan suatu situasi konflik. Oleh sebab itu, dengan perkongsian sebab ia membolehkan wujudnya mekanismapenyelesaian terhadap keutamaan dalam perbezaan sosial. Pujukan rasional akan dapatdiwujudkan apabila kedua pihak mengambil langkah untuk “berfikir bersama”. Kedua pihakakan memilih jalan terbaik, skema konseptual secara bersama, bagi menimbulkan suatukeputusan yang boleh secara rasional dikongsikan bersama dalam keutamaan yang telahdimulakan (Bruce Chapman, 2000). Oleh itu, bagi mendapatkan hasil baik daripada proses pujukan ia melihat juga kepadakaedah atau cara seorang pemimpin untuk menggunakan taktik pujukan rasional secaraberkesan. Grodnitzky, G. (2004) ada menyenaraikan tentang tatacara bagaimana seseorangpemimpin menggunakan pujukan rasional: a) Pertama adalah dengan menerangkan mengapa objektif perlu dicapai. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan komitmen daripada individu yang dipujuk terhadap objektif. Individu perlu tahu mengapa ia perlu dicapai dan mengapa ia adalah penting. b) Kedua ialah menerangkan bagaimana pengikut akan mendapat manfaat daripada objektif yang dicapai. Ini dilakukan dengan mencuba untuk memikirkan pihak-pihak lain yang kerap bertanya soalan “apa yang ada untuk saya?” c) Ketiga, menyediakan bukti bahawa matlamat tersebut akan dapat dicapai. Seterusnya, mengingatkan bahawa dengan melihat akan boleh mewujudkan kepercayaan. Hal ini boleh dilaksanakan dengan memberikan butir-butir, sediakan pelan langkah, mengenai bagaimana yang lain telah mencapai objektif. 15
  16. 16. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif d) Keempat adalah menerangkan bagaimana masalah-masalah yang berpotensi, dan kekhuatiran akan dapat ditangani. Berfikir menerusi masalah yang berpotensi dan kekhuatiran yang mungkin timbul bersama mereka dalam pujukan rasional. Jangan hiraukan kekhuatiran lain atau gunakan pernyataan seperti; “perkara ini tidak akan berlaku” atau “kita tidak perlu risau mengenainya”. e) Terakhir adalah sekiranya ada yang bersaing untuk menemui objektif, terangkan mengapa cadangan anda lebih baik daripada yang lain. Buat sedikit pengkajian. Oleh itu, anda perlu mahir mengenai persaingan.2.5 Taktik Perundingan.Tambahan lagi, taktik perundingan juga merupakan taktik kepimpinan yang efektif. Dalamkajian Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan yangdilaksanakan oleh Jamaliah Ngah Dimin (1999) mengambil definisi perundingan daripadaLewicki R. J (1992) bahawa ia dianggap sebagai suatu proses yang formal dan berlakuapabila pihak yang terlibat cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara mereka.Penyelesaian yang perolehi perlu diterima kedua belah pihak dan mampu untuk mencarijalan kebaikan kepada masalah yang timbul sebagai contoh masalah konflik yang wujudantara pengurus dengan orang bawahannya. Individu-individu yang bekerja dalam bidangkewangan dan perakaunan adalah lebih cenderung untuk menggunakan taktik yangmenekankan perundingan (Cable D.M, Judge T.A, 2003). Jamaliah Ngah Dimin (1999) menyatakan bahawa Schoonmaker (1989)mendefinisikan perundingan sebagai suatu kaedah yang digunakan untuk membolehkanpersetujuan dapat dicapai dengan menggunakan elemen koperatif dan persaingan. Elemenkoperatif menurut Schoonmaker membawa maksud bahawa kedua belah pihakberkehendak yang sama iaitu ingin mencapai persetujuan. Bagi elemen persaingan pula,kedua belah pihak bersaing antara mereka bagi mencapai keputusan atau hasil yang baikuntuk diri mereka. Oleh itu, seharusnya dengan perundingan kedua-dua pihak yang terlibatperlu membuat keseimbangan bagi kedua-dua elemen supaya keputusan baik akan dapatdiperolehi. Sesuatu perundingan tidak wujud begitu sahaja. Akan tetapi ada beberapa keadaanyang membolehkan proses perundingan itu berlaku. Jamaliah Ngah Dimin (1999) 16
  17. 17. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifmenyatakan bahawa daripada Robin dan Brown (1975) dan Lewicki (1992) ada memberikanbeberapa keadaan yang perlu wujud sebelum proses perundingan berlaku, iaitu: a) Ia perlu melibatkan dua atau lebih pihak, sama ada individu, kumpulan atau organisasi yang wujudnya konflik kepentingan antara mereka sebagai contoh pemimpin dengan yang dipimpin. b) Pihak terlibat berunding untuk mencari “deal” yang lebih baik. c) Perundingan berlaku bila tiada peraturan atau prosedur yang tetap atau sistem sebagai contoh dalam mengatasi konflik yang berlaku antara dua pihak. d) Apabila berunding mesti ada jangkaan satu pihak memberi dan pihak lain menerima. Dalam proses memulakan perundingan, adalah lebih baik individu yang terlibatdalam proses tersebut memiliki aspek kemahiran yang amat penting bagi mencapai hasilbaik. Menurut Covey (1996) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999), Kemahiran yangdiambil kira ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini termasuklah kemahiranmendengar dan bertutur. Dalam perhubungan interpersonal, kegagalan muncul apabila tidakmempunyai masa yang mencukupi bagi mendiagnosis terhadap masalah yang dihadapiuntuk meningkatkan kefahaman kepada permasalahan tersebut. Prinsip ini adalah merujukkepada komunikasi interpersonal yang berkesan. Robinson (1995) menyatakan pulabahawa kemahiran berinteraksi di antara pihak yang terlibat adalah penting untuk perundingmencapai maksud kandungan yang akan dirundingkan (Jamaliah Ngah Dimin, 1999). Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Sheridan,S.M and Colton,D.L (1994)menunjukkan bahawa taktik perundingan digunakan dalam persekitaran sekolah. TaktikPerundingan yang dilakukan di sekolah lebih kepada bagaimana mewujudkan komunikasiantara ibu bapa, pelajar, dan pihak sekolah dalam membuat keputusan yang berkaitandengan pendidikan. Sebagai contoh, sebuah model dilaksanakan yang mana ia mempunyaiperkaitan dengan perundingan. Model tersebut adalah Perundingan bergabung Tingkahlaku (Conjoint BehavioralConsultation (CBC)) yang ditakrifkan sebagai satu bentuk yang sistematik, penyampaianperkhidmatan secara tidak langsung, yang mana ibu bapa dan guru bersama-samamenjalinkan kerjasama dalam menangani keperluan akademik, sosial, atau tingkah lakuseseorang individu yang mana kedua-dua pihak memikul beberapa tanggungjawab(Sheridan & Colton, 1994). Ia direka bentuk bagi membolehkan kerjasama antara ibu bapadan pihak guru dalam menyelesaikan permasalahan serta kerjasama dalam memprosesdengan bantuan seorang perunding. Melalui CBC, wujudnya pertalian/ perhubungan antara 17
  18. 18. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifsekolah dan rumah (pihak ibu bapa) adalah amat penting. Model perundingan ini akanmenyediakan perkhidmatan lebih awal dalam proses kerjasama dalam perundingan antaraibu bapa dan guru secara serentak. Di samping itu, terdapat elemen-elemen tertentu yang perlu ada dalam sesebuahperundingan. Elemen-elemen tersebut penting untuk diketahui supaya proses perundinganyang akan berlangsung akan dapat dikenal pasti dan mampu untuk mencapai persefahamankedua belah pihak seterusnya mencapai matlamat yang diingini. Hal ini dinyatakanThompson Leigh (1998) dalam kajian Jamaliah Ngah Dimin (1999) bahawa elemen-elemenberikut perlu dikenal pasti sebelum proses perundingan diadakan. Elemen tersebut ialah: a) Pihak yang terlibat b) Isu-isu yang akan dibincangkan c) Alternatif/ pilihan bagi setiap isu yang bakal diselesaikan d) Kepentingan iaitu keperluan asas yang dimiliki oleh perunding dan kedudukan iaitu kehendak yang dinyatakan oleh perunding dalam sesuatu isu. e) Proses perundingan f) Hasil perundingan2.6 BermotivasiTaktik kepimimpinan yang efektif juga berkait rapat dengan motivasi. Kepimpinan danmotivasi merupakan inti kepada keberkesanan sesebuah organisasi (Che Nor, 1995).Motivasi merujuk kepada memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat ataumelakukan sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki (Sonia dan Catherine, 2009). Seorangpemimpin perlu mengetahui dan memahami pekerja bawahan sebelum memberi sebarangtugasan. Tindakan ini dapat membantu pemimpin untuk mengetahui cara untukmembuatkan pekerja bawahannya dapat melakukan tugasan dengan bermakna. Dalam ertikata lain, pekerja bawahan dimotivasikan oleh pemimpin supaya mereka dapatmelaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih baik dan mencapai tahap yang telahditetapkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin juga terpaksa menghadapi cabaran dalammengenalpasti faktor-faktor motivasi pekerja bawahan berbanding menjalankan tugas dalampengurusan sesebuah organisasi. 18
  19. 19. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif Dalam model Sosial manusia dimotivasikan berdasarkan keperluan sosial,persahabatan dan penerimaan orang lain terhadap diri individu tersebut (Mayo, 1933). Padaasasnya, motivasi dapat diberikan melalui hubungan yang terjalin antara manusia. Kedua,manusia bersikap responsif terhadap penekanan yang diberikan kepada kumpulan atauindividu yang boleh dijadikan teladan. Ketiga, pekerja akan bersikap responsif terhadappihak pengurusan apabila pihak pengurusan iaitu pemimpin menghargai pekerja denganmenerima pandangan dan pendapat mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Sementara itu, model ekonomi rasional menurut Taylor (1947) menyatakan bahawamanusia akan bermotivasi dalam sesuatu kerja apabila mereka bertindak untukmemaksimumkan kedudukan kewangan atau dijanjikan sesuatu ganjaran. Manusia jugaakan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dalam menyelesaikan sesuatutugasan yang dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan. Di samping itu, Maslow (1943) mengaitkan motivasi dengan Hierarki KeperluanMaslow. Misalnya pekerja akan berusaha keras dalam mencapai kedudukan dan pangkatyang tinggi dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, mereka akan bekerja dan berusahamembangunkan kemahiran. Pekerja yang bermotivasi dan mempunyai kawalan diri dapatmencapai matlamat dan berjaya dalam kerjaya. Selain itu, kajian ke atas pembangunan manusia terutamanya rohani manusiamerupakan suatu bentuk yang boleh mewujudkan motivasi seterusnya menghasilkanperasaan yang membuatkan seorang manusia menzahirkannya dalam bentuk kelakuandan tindakan dalam mencapai sesuatu matlamat (Csikszentmihalyi, M ,1990). BagiMcGregor’s (1960) teori X dan teori Y yang dikemukakan oleh beliau berkaitan dengankepercayaan pemimpin terhadap motivasi yang ada pada pekerja bawahannya. Hal inikerana motivasi wujud pada pekerja yang dilabelkan sebagai pekerja Y manakala pekerjayang kurang atau tidak bermotivasi dilabelkan sebagai pekerja X. Motivasi dalaman jugawujud daripada pegangan atau kepercayaan pemimpin (Fry, 2003). Model yang dicipta olehFry mengandungi konsep yang membezakan antara harapan dengan kepercayaan serta visidengan misi. Tambahan pula McClelland (1961) menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang terdapatpada individu yang mempunyai motivasi yang mendorong kepada pencapaian yang tinggi.Antara ciri-ciri individu yang bermotivasi ialah sikap suka membuat kerja yang berkaitandengan pencapaian, pengambil risiko yang sederhana, bersikap lebih suka membuatsesuatu kerja dan bertanggungjawab terhadap pencapaian kejayaan kerja tersebut, sukamendapat maklum balas tentang sesuatu pencapaian, lebih mementingkan masa depan 19
  20. 20. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifdaripada masa sekaang dan masa yang telah berlalu serta tabah daalm menempuhkegagalan dalam kehidupan. Gaya kepimpinan pemimpin juga sering dikaitkan dengan motivasi pekerja pemimpinitu sendiri (Nickson 1982). Adair (1989) pula mengatakan bahawa gaya kepimpinan seorangpemimpin dapat menimbulkan motivasi orang bawahannya. Dalam bidang pendidikan,kajian yang telah dilakukan oleh Silver (1982) mendapati bahawa pengetua memainkanperanannya dalam memotivasikan guru-guru di sekolah. Kepimpinan yang baik dapatmelahirkan pekerja-pekerja yang bermotivasi seterusnya pemimpin dapat berusahabersama-sama dalam mencapai tujuan atau kejayaan sesuatu tugasan. Pekerja yangbermotivasi dapat memberi impak yang positif kepada rakan sekerja seterusnya membawakejayaan kepada organisasi itu sendiri. Sebaliknya, pemimpin yang kurang bermotivasi akanmemberi kesan langsung kepada organisasi terutama pekerja bawahannya. Pemimpinmerupakan cerminan kepada pekerja bawahannya. Segala tingkah laku dan sikap pemimpintersebut akan menjadi contoh dan teladan kepada pekerja bawahannya. Oleh itu, pemimpinharus sentiasa bermotivasi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai pendorongkepada motivasi pekerjanya. Motivasi pekerja sering dikaitan dengan gaya kepimpinan pemimpin yangbermotivasi dalam sesebuah organisasi. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dalam jurnal‘Hubungan di Antara Kepimpinan dengan Motivasi Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh diWilayah Persekutuan’ bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perkaitan di antaragaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru-guru di sekolah. Kajian yangdijalankan membuktikan bahawa pemimpin sekolah iaitu pengetua yang bermotivasi yangmengamalkan pendayautamaa struktur yang tinggi dan bermotivsi dapat mewujudkanmotivasi dalam kalangan guru-guru. Seterusnya, McGregor (1960) turut mengemukakan teori motivasi dan teori beliausangat popular dalam kalangan pengurus dan pentadbir dalam sesebuah organisasi. Dalamteori motivasi beliau, Teori X dan Teori Y diperkenalkan daalm melihat motivasi dankelakuan manusia dalam sesebuah organisasi. Pendekatan teori ini memberi penjelasanmengenai pandangan pihak pengurusan terhadap pekerja secara authoritarian ataidemokrasi. Dalam memotivasikan pekerja yang berpegang kepada Teori X, pemimpin perlumenggunakan gaya kepimpinan authoritarian. Hal ini kerana golongan pekerja tersebutmemerlukan pemimpin yang bersikap autokratik dengan cara paksaan dan pemberianhukuman. Manakala pemimpin yang membawa pendekatan Teori Y perlu menggunakanpendekatan berbentuk psikologi kerana pendekatan ini dapat meningkatkan motivasipekerja. Ini kerana pemimpin itu sendiri berpegang kepada Teori Y iaitu motivasi sesorang 20
  21. 21. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifindividu tersebut wujud daripada diri individu tersebut. Oleh itu, pemimpin dapatmenggunakan pendekatan psikologi sebagai satu platform untuk mewujudkan motivasipekerja bawahannya.2.7 BertanggungjawabTaktik lain yang diamalkan oleh seorang pemimpin untuk menghasilkan kepimpinan yangefektif ialah taktik bertanggungjawab. Seorang pemimpin bertanggungjawab ke atas pekerjabawahannya. Dalam situasi sebenar, pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasannyadengan memberi tunjuk ajar kepada pekerja bawahan dan pada masa yang sama menjalaniproses pembelajaran dari persekitaran serta bertanggungjawab menguruskan kesemuasumber seperti sumber manusia di sekolah. Pada masa yang sama, pemimpinbertanggungjawab untuk menglibatkan diri dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan olehketua atasan dalam membincangkan tugasan atasan seperti penetapan polisi kerajaan keatas institusi pendidikan (Sonia dan Catherine, 2009). Dalam bidang pendidikan, pengetua bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yangdijalankan di sekolah (Rosenblum, 1980). Tanggungjawab seseorang pengetua juga bukansahaja kepada kepimpinan kepada organisasi sekolah malahan merangkumi kepadaperubahan budaya dan iklim sekolah, tahap profesionalisme dan moral guru-guru, prestasidan pencapaian pelajar-pelajar sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sertakajayaan sesebuah sekolah tersebut di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerahdan negeri. Tambahan pula terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatankemajuan sekolah (Atan Long et al, 1991). Antara faktor yang disarankan oleh Atan Long etal (1991) ialah mengamalkan tanggungjawab bersama. pengetua dan kakitangan sekolahbertanggungjawab menjalankan tugas masing-masing berdasarkan bidang kuasa yang telahditetapkan. Pengetua juga perlu bersikap pragmatis dan pada masa yang sama semuakakitangan sekolah tanpa mengira pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlubertanggungjawan, berdedikasi, bermotivasi dan berketrampilan dalam melaksanakan tugasyang diberikan.Mekanisme penyeliaan berkesan juga perlu diwujudkan supaya pemantauanterhadap pencapaian sekolah dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Faktor terakhir ialahagihan kuasa yang baik iaitu setiap subordinat dalam organisasi sekolah memahami danmenjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa masing-masing. 21
  22. 22. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif Dalam Islam pula pemimpin yang bertanggungjawab ada disebut dalam hadis NabiMuhammad S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ‘Setiap kamua adalah pemimpin dan mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu. Seseorang pemimpin (ketua) yang memimpin orang ramai adaalh bertanggungjawab di atas kepimpinannya. Suami adalah pemimpin bagi setiap ahli keluarganya dan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya. Isteri adalah pemimpin dan bertanggunjawab daalm urusan rumahtangga suaminya. Hamba bertanggungjawab ke atas harta tuannya. Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinan kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan Riwayat Bukhari dan Muslim, setiap manusia yang ada di muka bumi inimerupakan pemimpin yang mempunyai tanggungjawab dan setiap pemimpin perlubertanggungjawab ke atas pimpinannya. Riwayat ini juga merujuk kepada manusia yangmenjadi pemimpin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul. Salah satutanggungjawab yang dimaksudkan ialah tanggungjawab pemimpin ke atas orang bawahanatau pekerja bawahannya. Pemimpin bukan sahaja perlu memimpin pekerja bawahannyamalahan pada masa yang sama pemimpin perlu menjaga kebajikan pekerja bawahannya.Oleh itu, pemimpin bukan sahaja perlu tanggung tetapi pemimpin juga perlu dapat jawabsegala persoalan sama ada berkaitan dengan organisasi atau pekerja yang dipimpinnya. Jurnal ‘Preparing Teacher Leaders: Perceptions of the Impact of a Cohort-based, JobEmbedded, Blended Teacher Leadership Program’ pula memperihalkan kajian ke atasimpak persepsi guru dan pengetua terhadap program kepimpinan yang dijalankan olehgolongan ini. Respondenden terdiri daripada 20 orang guru siswazah dan 6 orang pengetua.Hasil kajian mendapati pengetua bertanggungjawab sebagai pemimpin yang memimpin danmengurus organisasi sekolah manakala guru bertanggungjawab memberikan pengajarandan pembelajaran (P&P) yang berkesan kepada pelajar. Kajian yang dijalankan olehpenyelidik memperlihatkan bahawa pemimpin iaitu pengetua mempunyai tanggungajawabyang besar dalam memimpin dan menguruskan organisasi sekolah. Oleh itu, pengetuayang sedar akan tanggungjawabnya dapat menentukan hala tuju sekolah yang berada dibawah pimpinannya. 22
  23. 23. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektif3.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, pemimpin merupakan seseorang yang amat penting dalam dalamsesuatu kumpulan. Kepimpinan timbul dari perkataan ‘pimpin’ yang bermaksudmembimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992).Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individuatau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini danAhmad, 2011). Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur,kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dantanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.Dalam sekolah pemimpin utama ialah pengetua. Pengetua adalah orang yangbertanggungjawab dalam mengetuai pengurusan dan pentadbiran sekolah agar mencapaimatlamat dan objektif yang telah ditetapkan di sekolah. Gaya kepimpinan pengetua akanmempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah jugadipengaruhi oleh stail kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik dilaksanakan makakemungkinan besar para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu para guru tidak akanberasa senang hati dan ini memyebabkan matlamat sekolah tidak akan dapat dicapai. Olehitu, kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utamadalam sesebuah organisasi sekolah.Oleh itu, untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktikkepimpinan yang telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatankeputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan,bermotivasi, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatuorganisasi bergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktikkepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untukdicapai. 23
  24. 24. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifBibiografiAb. Aziz Yusof. (2004). Kepimpinan dalam mengurus Perubahan : dari Dimensi Kemanusian. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Abd. Malek Hj. Abd. Rahman (2000). Buletin Akademik Kongnitif: Manusia dan Stress. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Pulications & Distributors Sdn. BhdAinon Mohd (2003). Teori dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. BhdAsep Suryana, M.Pd. (2010), Kepimpinan Pendidikan. 24
  25. 25. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifAzahari Ismail (1998). Modul Kepemimpinan Iqra’. AA Consultant and TrainingAzizi Hj. Yahaya, Noordin Hj. Yahaya, Sharifudin Ismail. (2004). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Johor: Universiti Teknologi MaraBaharom bin Mohamad, Jamaludin bin Hashim, Ahmad Esa dan Rafiza binti Hassan.Universiti Hussein Onn Malaysia.Barnard, G. (1938). The function of executive. Cambridge: Harvard University, Bass, B.M. dan Avolio, B.J. (1990). Bass and Stogdill ’shandbook of leadership: Theory, research, and management application. New York: The Free Press.Bruce Chapman (2000), Leading You Down The Choice Path: Towards an Economics of Rational Persuasion, Faculty of Law, University of Toronto.Cable D.M, Judge T.A (2003), Manager’s Upward Influence Tactic Strategies : The Role Of Manager Personality and Supervisor Leardership Style, Journal of Organizational Behavior, J. Organiz. Behav. 24, 197-214.Che Noh Bin Muda. (1995). Hubungan Di Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru-Guru Sekolah Berasrama Penuh Di Wilayah Persekutuan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.Csikszentmihalyi, M. (1990). Flow: The psychology of optimal experience. New York7 Harper and Row.Dorene, Alyson, Elizabeth, Nancy, Stephanie & Colleen. 2010. Preparing Teacher Leaders: Perceptions of the Impact of a Cohort-based, Job Embedded, Blended Teacher Leadership Program. School of Teaching and Learning, PO Box 117048, University of Florida, Gainesville, FL 32605, USA.Earley & Evans. 2003. Leading and Managing School: A Comparison Between Independent and State School Leader. Managing In Education, Vol 17.Fry, L. W. (2003). Toward a theory of spiritual leadership. The Leadership Quarterly, 14(6), 693–728.Grodnitzky, G. (2004), Leaders, Teams, Profits, Insight Idea, Winston-Salem, NC 27114- 6411. 25
  26. 26. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifHersey. P.,Blanchard, K.H. (1974). “What’s missing in MBO?” Management Review, Vol. 10pp.25-32.Hussein Mahmod. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.Iskandar, Teuku (1989). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia 1989.Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur : Leed Puvlication Jablin, F. (1979). Superior-subordinate communication: the state of the art. Psycological Bulletin. 86 : 1208.Jaafar Muhammad. (2000). Kelakuan Organisasi. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Leeds PublicationsJamaliah Ngah Dimin (1999), Keberkesanan Amalan Pengurusan Perundingan dalam Organisasi Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.James A.F Stoner & Charles Wankel (1989). Management. Prentice Hall.Jennings, E.E (1960). An anatomy of leadership. New York: Mc Graw-Hill.Lisa. Stephen & Michelle. (2010). Jurnal ‘Propensity For Self-development of Leadership Attributes: Understanding, Predicting and Supporting Performance of Leader Self- development’. Department of Psychology, George Mason University, United States U.S. Army Research Institute, Arlington, Virginia, United States.Lynne Millward. (2005). Understanding Occupational and Organizational Psychology. London : sage Publications.Mahathir Mohammad (1982). The Impact Of Productivity On National Development. Ucapan Dasar di Seminar On Productivity,Kuala Lumpur.Maria Merry Marianti. (2011). Kekuasaan dan Taktik Mempengaruhi Orang Lain dalam Organisasi, Program Studi Manajemen, Fakultas Ekonomi, Universitas Katolik Parahyangan, Jurnal Administrasi Bisnis (2011), Vol.7, No.1: hal. 45-58, (ISSN:0216 1249), Center for Business Studies, FISIP.Maslow. A. H. (1943). A Theory of Human Motivation, Psycological Review, Vol 50.Mayo, E. 1933. The Human Problems of an Individual Civilisation. London: Macmillan. 26
  27. 27. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifMcGregor, D. (1960). The human side of enterprise. New York7 McGraw Hill.Miller, G.R. (1980). On being Persuaded: Some Basic Distinctions. In M. Roloff, & G.R.Miller (Eds), Persuasion: New Directions in theory and research, 11-28. Beverly Hills, CA: Sage.Monica, Jennifer, Emily, Cynthia & Kristi. (2010). Changing Leadership: Teacher Lead The Way For School That Learn. Montclair State University, Montclair, NJ, USA.Newell, CA. (1978). Human Behavior In Educational Administration. New Jersey : Prentice- Hall, Inc.Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia dalam Psikologi Melayu, Diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Noraini binti Musa, Ahmad bon Othman. (2011). Hubungan Ciri-ciri Kepimpinan Berorientasikan Pekerja Terhadap Kejayaan Projek Di Kalangan Kontraktor Dalam Industri Pembinaan. International Conference On Management (ICT 2011) Procedeeng (pp. 867-884). Universiti Malaysia Pahang .Raja Azrul Hisham Raja Ahmad. (2000). Stres di kalangan guru. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya: Pustaka CitaSabitha Marican. (1999). Program Pengurusan Tekanan Ke arah membentuk budaya kerja produktif. Kedah: Universiti Utara Malaysia.Sergiovanni T. J. (1984). The nrinckalshiu : A Reflective Practice Perspective. Boston : Allyn and Bacon.Sheridan S.M, Colton D.L. (1994), Conjoint Behavioral Consultation: A Review and Case Study, Journal of Educational and Psychological Consultation, 5(3), 211-228.Sonia Blandford & Catherine Knowles. (2009). Development Professional Practice 0- 7.London. Longman, Pearson.Stodgill, R. (1974). Handbook Of Leadership. New York : The Free Press.Sulaiman Masri (1997). Media dan komunikasi dalam bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn Bhd 1997. 27
  28. 28. (TT01303) Taktik Pemimpin yangEfektifSweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership, Educational Leadership 39 (5) : 346 - 352.Tannebaum, R. and Yulk. (1992). How to choose the leadership pattern. New York : McGraw-Hill.Taylor. F. W. (1947). Scientific Management. London: Harper dan Row.Wanihim binti Othman. (2002). Punca dan Tahap Tekanan Kerja Pengurusan di Kalangan pentadbir sekolah menengah di bahagian pantai barat selatan Sabah. Tesis Sarjana tidak diterbitkan UUM.Yukl, G. A. (2002). Leadership in organizations (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall Inc. 28

×