Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959

15,300 views
15,041 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,300
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
288
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959

  1. 1. 0 SEMESTER 1 SESI 2010/2011KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK REFLEKSI UNIT PELAJARAN KUMPULAN EL-B36 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON HAMIDAH BINTI ASBULLEH D20102045949 019-5385962 EL-B36NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MOHD UZI BIN DOLLAHTARIKH SERAH: 13 NOVEMBER 2011
  2. 2. 1REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan diMalaysia. Dalam bahagian pertama, unit ini memberi fokus kepada latar belakangperkembangan pendidikan di Malaysia iaitu pendidikan yang hanya bercorak warisan danberlangsung secara tidak formal. Selepas kedatangan pihak Inggeris pelaksanaan pentadbiranmula berubah kerana pihak Inggeris melaksanakan dasar pecah dan perintah. Inimenyebabkan kaum yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat. PihakInggeris juga memperkenalkan sekolah vernakular dalam perkembangan pendidikanpenduduk tempatan. Walaubagaimana pun, sistem pendidikan yang dibawa oleh pentadbiranInggeris ini bermatlamat untuk memecah belahkan kaum, iaitu pendidikan antara kaum dibeza-bezakan. Menyedari hal tersebut, selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah mengkajisemula pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan era kemerdekaan menitik beratkanpendidikan sebagai jentera perpaduan kaum di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysiaberkembang berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Seterusnya kini, penyusunan semulasistem pendidikan telah membawa kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FalsafahPendidikan Kebangsaan adalah teras utama sistem pendidikan di Malaysia. Melaluipenyusunan semula sistem pendidikan ini, pihak kerajaan telah mensasarkan pendidikansebagai salah satu cara untuk memperkembangkan pembangunan negara disampingpembangunan insan ketahap yang lebih tinggi dengan mengambil kira perpaduan kaum dinegara ini. Mampukah pendidikan menyatu padukan masyarakat yang terdiri dari pelbagai rasdan bangsa ini dan sejauh manakah matlamat pendidikan mengubah nilai hidup sesuatumasyarakat. Sesungguhnya, kemajuan sesuatu bangsa itu mengambarkan ketulusankepimpinan dalam sesebuah negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Pendidikan Pendidikan yang berlangsung secara tradisional dalam institusi tradisional keluarga dan masyarakat. Bercorak warisan turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain.2. Dasar pecah dan Satu corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris perintah di Tanah Melayu. Pentadbiran ini telah mewujudkan polarisasi kaum. Setiap kaum yang terdapat di Tanah Melayu bebas mengamalkan dan mengekalkan budaya dan warisan kaum masing-masing.3. Sekolah Vernakular Sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran Inggeris. Sekolah ini adalah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Semua pentadbiran persekolahan diuruskan oleh kaum masing-masing. Bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru adalah tanggungjawab kaum masing-masing. Pihak
  3. 3. 2 Inggeris tidak masuk campur dalam urusan dan pentadbiran sekolah mengikut etnik ini.4. Falsafah Pendidikan Mendasari sistem pendidikan pada masa kini. Falsafah Kebangsaan Pendidikan Kebangsaan ini ialah hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Ketrampilan individu dalam semua aspek akan dapat dibentuk melalui pendidikan.5. Modal insan Merujuk kepada pembangunan insan. Pembentukan modal insan yang cemerlang adalah hasil daripada pendidikan yang seimbang dan harmonis meliputi unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesempurnaan diri individu dalam aspek kehidupan berlandaskan agama dan nilai moral akan membantu pembangunan negara dan modal insan yang terdiri daripada individu yang bermutu tinggi dalam semua bidang. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak memberi saya pengetahuan mengenai latar belakang sistempendidikan yang digunakan sekarang. Dari pembacaan unit ini, saya dapat memahamikepentingan pendidikan kepada pembentukan individu. Ini dapat meningkatkan lagiprofesionalisme keguruan saya dalam alam pendidikan. Saya dapat memahami sejarahpendidikan di Malaysia. Contohnya, bermula dari corak pentadbiran Inggeris yang tidakmementingkan kewujudan masyarakat yang bersatu padu, namun mereka telahmembangkitkan semangat penduduk tempatan mengenai kepentingan pendidikan.Maksudnya, kesedaran kepentingan pendidikan telah wujud semasa sistem pemerintahanInggeris. Perkembangan sistem pendidikan telah menjadi salah satu jentera perpaduan kaumdi Malaysia. Pendidikan yang telah disusun adalah bermatlamatkan kepada pembentukkanmodal insan yang akan membangunkan negara. Walaubagaimana pun, Pada pendapat saya,sasaran negara dalam menerajui pendidikan yang bertaraf dunia masih sangat jauh untukdicapai sekiranya, metaliti dan sikap masyarakat yang terlalu mudah terpengaruh denganbudaya luar dan masih mengalami kejutan budaya ini. Pembentukan semula masyarakatseharusnya masih perlu dilaksanakan, memandangkan cabaran arus pembangunan kinisemakin tinggi nilainya. Hanya masyarakat dan individu yang berilmu dan berpendidikantinggi disamping pegangan agama yang kukuh, mampu untuk mengikut rentak dunia yangsemakin berkembang pesat kini.
  4. 4. 3REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HURAIAN DAN PENGHAYATAN 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Dalam fokus pertama ialah mengenai definisi falsafah dan falsafah pendidikan. Terdapatberbagai pendapat yang berkaitan falsafah. Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu usahayang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Oleh itu,falsafah pendidikan merupakan satu usaha yang dilaksanakan agar pendidikan memberimanfaat kepada rakyat dan negara. Yang kedua mengenai cabang falsafah. Terdapat empatcabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Secara jelasnya cabang-cabang falsafah ini membawa maksud yang berbeza. Antaranya, berkaitan kepercayaan, ilmupengetahuan, pemikiran dan nilai etika dan estetika. Manakalah fokus yang ketiga ialahmengenai falsafah dari pandangan Barat dan Islam. Barat menjelaskan bahawa falsafahpendidikan terbahagi kepada dua iaitu secara tradisional dan moden kontemporari .Manakalah dari pandangan Islam, falsafah pendidikan yang dilaksanakan adalah meliputiakal, rohani, jasmani dan nilai yang ditetapkan dengan berlandaskan kepada al-Quran. Fokusyang keempat ialah mengenai kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek yangtersurat dan tersirat. Aspek yang dititik beratkan dalam falsafah pendidikan di Malaysiaadalah meliputi kedua-dua falsafah Barat dan Islam. Kepentingan pendidikan adalah untukmelahirkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmoniankeluarga, masyarakat dan negara. Fokus seterusnya, ialah mengenai huraian kandunganFalsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah disusun bagi memenuhi keperluan dan kehendakpendidikan kepada masyarakat. Seterusnya, fokus yang terakhir adalah analisis pendidikannegara dari segi bentuk, proses dan kesannya kepada masyarakat serta negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Falsafah Bermaksud kebijaksanaan dan kehikmahan. Manusia memerlukan falsafah untuk mencari kebenaran. Bagi mendapatkan kebenaran, manusia perlulah mempunyai akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan dan nilai kehidupan yang teguh.2. Mazhab Falsafah Menerangkan kepada pencarian kebenaran yang berfokuskan idealisme dan akal, jiwa dan kerohanian. Mengikut mazhab ini, kebenaran itu realisme boleh dibuktikan melalui penaakulan. Sesuatu realiti dapat ditranformasikan ke dalam fikiran. Keupayaan berfikir melalui celik akal dan intuiti akan dapat membentuk pengetahuan.3. Falsafah Pendidikan Merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara yang berhubung kait dengan pendidikan. Melalui penetapan falsafah pendidikan, perancangan dan penetapan dasar, pengisian program, penentuan isi kandungan kurikulum dan aspek
  5. 5. 4 pelaksanaan kurikulum akan dapat disusun mengikut kepentingannya.4. Falsafah Pendidikan Menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dari Kebangsaan peringkat awal, sekolah dan selepas sekolah. Proses pendidikan ialah melibatkan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran individu. Melalui pendidikan, individu dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu. Pendidikan juga akan membentuk insan yang seimbang dan harmonis serta percaya dan patuh kepada Tuhan. Secara keseluruhannya, pendidikan yang dilaksanakan adalah bagi membentuk modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.5. Potensi individu Merupakan salah satu aspek yang dititik beratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Keupayaan dan kebolehan ini tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh yang demikian, potensi individu ini hendaklah diperkembangkan dengan optimum. Melalui pendidikan, individu dapat memperkembangkan potensi diri dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya mengenal pasti kandungan Falsafah PendidikanKebangsaan dalam aspek keperluan pendidikan terutamanya. Selain itu, saya juga dapatmemahami konsep falsafah terhadap pendidikan. Sebagai seorang guru, kefahaman danpenghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendaklah mantap bagimerealisasikan apa yang telah dirancanakan oleh kerajaan dan membentuk individu yangbernilai tinggi di dunia dan di akhirat. Konsep falsafah yang dihuraikan dalam unit inimembantu saya dalam mengetahui kenapa pendidikan amat perlu dan diperkembangkan.Walaubagaimana pun, masih terdapat kelemahan yang perlu ditambah baik dalam unit ini.Penyampaian maklumat mengenai falsafah terlalu panjang lebar dan mengelirukan. Padapendapat saya, huraian mengenai falsafah Barat dan Islam perlu diringkaskan dan fokuskepada perkaitannyanya kepada pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sahaja.
  6. 6. 5REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan profesion keguruan. Dalambahagian yang pertama, berfokuskan kepada perbandingan konsep perguruan dan keguruan.Aspek ini dikupas bagi memperbetulkan kekeliruan yang sering dialami oleh masyarakatterutamanya guru itu sendiri dalam pendidikan. Bahagian yang kedua pula ialah mengenaipembinaan dan perkembangan profesionalisme perguruan dari aspek pengetahuan, kemahirandan nilai yang perlu ada pada seorang guru yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru.Bahagian ketiga pula, mengupas mengenai isi kandungan Falsafah Pendidikan Guru dalampembentukan guru yang berpotensi tinggi dalam profesionnya. Malah, Standard GuruMalaysia merupakan satu lagi garis kompetensi yang harus dicapai oleh guru dalam duniapendidikan turut dibincangkan dalam bahagian keempat unit ini. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Perguruan Satu institusi yang menyediakan guru bagi menampung proses pendidikan. Institusi perguruan berperanan dalam mencari dan memilih guru dengan kelayakan yang rasional dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam profesion keguruan. Kurikulum yang diajar dalam institusi perguran adalah berkaitan dengan ilmu-ilmu dan latihan-latihan pendidikan guru.2. Keguruan Kerjaya sebagai guru dalam intitusi pendidikan yang mempunyai ciri-ciri profesional tertentu. Seorang guru itu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan, berkemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam bidangnya. Ciri profesional dalam diri seorang guru itu hendaklah menjurus kepada pengetahuan tentang pedagogi umum, pengetahuan tentang kandungan sesuatu mata pelajaran, pengetahuan tentang pedagogi kandungan mata pelajaran, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar, berpengetahuan tentang konteks pendidikan dan berpengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan.3. Falsafah Pendidikan Merupakan panduan, amalan dan wawasan semua institusi yang Guru Malaysia melahirkan guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan iaitu berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif
  7. 7. 6 dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.4. Model Konseptual Merupakan satu rangka pelaksanaan dan matlamat berdasarkan Pendidikan Guru kepada Falsafah Pendidikan Guru. Dalam Model ini guru boleh memahami akauntabiliti diri sebagai seorang guru. Konseptual ini mengandungi tiga dimensi utama iaitu Ketuhanan, Kemasyarakatan dan Kendiri. Jelas bahawa tanggungjawab seorang guru itu adalah menjurus kepada tiga dimensi ini dan seharusnya guru menjadikan Model Konseptual ini sebagai satu garis panduan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.5. Standard Guru Merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi Malaysia profesional yang patut dicapai oleh guru-guru di Malaysia. Tujuan utama kompetensi profesional guru ini ialah bagi memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Justeru, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam meningkatkan profesionalime keguruanyang saya ceburi ini. Hal ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya bagimeningkatkan kualiti dan kompetensi dalam persediaan proses pengajaran dan pembelajaran.Penerangan dan penjelasan yang sangat tersusun mengenai SGM juga dapat membantu sayamenjalankan tugas keguruan dengan lebih bersistematik dan tersusun. Walaubagaimana pun,saya berpendapat unit ini masih perlukan penambah baikan dengan memberi kupasan yanglebih jelas mengenai pelaksanaan SGM mengikut peringkat. Secara umumnya SGM hanyaditerangkan mengenai konsep dan pengertian sahaja. Saya cadangkan agar SGM lebihmendapat tumpuan dan perlu penjelasan dengan skop yang lebih luas seperi perananpentadbiran dan pengurusan yang bertanggungjawab.
  8. 8. 7REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 4 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju pendidikan diMalaysia. Bahagian yang pertama memberi fokus kepada pengertian dasar dan konteksnyadengan pendidikan yang menjadi satu garis panduan dan pembentuk disiplin keguruanpendidik itu sendiri. Dalam bahagian kedua pula, unit ini membincangkan tentang dasardalam perkembangan pendidikan di Malaysia yang menjadi kata kunci kepada sistempendidikan yang diguna pakai kini. Selain itu, dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysiajuga dikupas dengan menekankan ciri dan nilai yang diterapkan mengikut era pentadbiran diMalaysia. Seterusnya, unit ini juga memberi kupasan kepada penggubalan dasar pendidikandi Malaysia yang membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Dasar Dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yag bertujuan untuk mengukuhkan sesuatu perkara. Peringkat pengubalan dasar ialah bermula dengan falsafah yang membawa kepada pembentukan dasar dan seterusnya pembentukan sistem.2. Dasar pendidikan Dalam konteks pendidikan, dasar merupakan sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan oleh penggubal. Tujuan utama pembentukan dasar pendidikan ialah memberi kawalan, solusi atau penyelesaian masalah, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi. Dasar kawalan ialah dasar yang mendisiplinkan warga pendidik. Dasar solusi pula merupakan dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Manakalah dasar kebajikan pula bertujuan menjadikan pendidikan sebagai satu perkhidmatan yang merupakan agen perubahan dan sosialisasi kepada masyarakat. Bagi Dasar Inovasi pula adalah merangkumi pembawaan pembaharuan dalam masyarakat, iaitu melibatkan perkara yang bersifat futuristik-pragmatik dan cuba untuk membawa masyarakat kepada keadaan yang ebih baik dari yang sedia ada.3. Dasar Pengekalan Malaysia menetapkan agar pendidikan yang dilaksanakan Warisan adalah dengan mengekalkan warisan dan kebudayaan masyarakat yang sedia ada. Oleh itu, masyarakat Malaysia dikatakan maju dengan acuan sendiri. Penerapan pendidikan informal merupakan antara cabang pendidikan yang membentuk keharmonian masyarakat dan bertujuan untuk menembangkan Warisan Melayu.4. Holistik Pendidikan holistik adalah satu falsafah pendidikan yang berdasarkan premis bahawa setiap orang mendapati identiti, makna, dan tujuan dalam hidup melalui sambungan kepada masyarakat, alam semula jadi, dan nilai-nilai kemanusiaan
  9. 9. 8 seperti kasih sayang dan keamanan. Pendidikan holistik bertujuan untuk memanggil keluar dari orang menghormati intrinsik untuk hidup dan cinta ghairah pembelajaran. Konsep holistik merujuk kepada idea bahawa semua sifat-sifat sistem yang diberikan dalam mana-mana bidang pengajian tidak boleh ditentukan atau diterangkan oleh jumlah bahagian-bahagian komponen. Sebaliknya, sistem secara keseluruhannya menentukan bagaimana bahagian bahagian yang berkelakuan. Pemikiran holistik cuba untuk merangkumi dan mengintegrasikan pelbagai lapisan makna dan pengalaman bukannya mendefinisikan kemungkinan manusia.5. Demokrasi Merupakan satu budaya dalam masyarakat. Budaya demokrasi adalah kemampuan manusia yang berupa sikap dan kegiatan mengharagai persamaan, kebebasan dan peraturan. Dengan demikian, secara bahasa demokrasi adalah keadaan negara di mana kedaulatan atau kekuasaan tertingginya berada di tangan rakyat. Dalam pendidikan, Demokrasi pada dasarnya mengakui setiap warga negara mempunysi peribadi yang unik, berbeza satu sama lain dengan kelebihan dan kekurangan masing- masing. Demokrasi memberikan kesempatan yang luas bagi pelaksanaan dan pengembangan potensi masing-masing individu tersebut, baik secara fizik mahupun mental spiritual. Demokrasi juga mengakui bahwa setiap individu mempunyai hak dan kewajiban yang sama. Oleh itu, pendidikan yang demokrasi adalah pendidikan yang menempatkan pelajar sebagai individu yng unik berbeza satu sama lain dan mempunyai potensi yang perlu diwujudkan dan dikembangkan semaksima mungkin. Untuk itu pendidikan yang demokrasi harus memberikan treatmen berbeza kepada sasaran pelajar yang berbesa sesuai dengan krakteristik masing-masing. Pendidikan yang demokrasi juga menuntut partisipasi aktif pelajar bersama guru dalam merencanakan, mengembangkan dan melaksanakan proses pengajaan dan pembelajaran. Partisipasi orang tua dan masyarakat juga amat penting dalam merancang, mengembangkan dan melaksanakan proses pendidikan tersebut.3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalismekeguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenaidasar-dasar pendidikan yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaiseorang guru seharusnya kita perlu lebih tahu mengenai rasional pengubalan dasar-dasardalam pendidikan. Pemahaman dan pengetahuan mengenai dasar pendidikan ini akan dapatmembantu saya memahami lebih banyak tugas dan peranan saya dalam keguruan. Kupasantopik yang jelas dan tersusun dalam unit ini membolehkan saya mudah faham dan tahu tajukyang berkaitan. Walaubagaimana pun saya ingin memberi sedikit cadangan berkaitan unit ini,saya cadangkan agar peringkat penggubalan dasar dapat dijelaskan dan disusun secaraterperinci. Hal ini bagi memudahkan lagi rujukan dilaksanakan.
  10. 10. 9REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 5 RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 2 bahagian yang berkaitan dengan Rancangan PembangunanPendidikan di Malaysia. Bahagian pertama unit ini menjelaskan mengenai Penyata Razak1956 yang menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistempendidikan. Usaha kerajaan dengan menyediakan Rancangan Pembangunan Pendidikanmenerusi Rancangan Malaysia adalah antara langkah pertama kerajaan menganjakkan sistempendidikan ke arah kestabilan negara. Perkembangan sistem pendidikan semakin rancak danmendapat perhatian dalam pentadbiran dan membawa kepada pembentukkan Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Rancangan Malaysia Merupakan rancangan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun yang meliputi semua aspek pembangunan negara seperti ekonomi, pentadbiran dan sosialisasi.2. Laporan Razak Menteri Pelajaran Y.B. Dato Tun Abdul Razak Hussein (1956) menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah, Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah, Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu, Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan, Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif, Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan, Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif dan Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.3. Sekolah Bestari Merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.Pada peringkat
  11. 11. 10 permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.4. Pelan Induk Merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang Pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan Pendidikan tenaga manusia. Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan yang dibawa oleh PIPP ialah menyelesaikan tugas yang belum selesai an kesamarataan peluang pendidikan iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan dengan adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan kaum minoriti yang lain. Memastikan semua pelajara menguasai kemahiran 3M dan tidak ada pelajar yang tercicir dari pendidikan akibat kemiskinan berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untk memastikan semua pelajart mendapat akses ICT khususnya capaian internet. Pendekatan yang kedua ialah kecemerlangan institusi pendidikan iaitu peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberi perhatian khuss keada sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang agar dapat dikekalkan, mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Berasramah Penuh, Sekolah Primeir, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah 100 Tahun, Sekolah Bestari, Sekolah-sekolah Putrajaya dan Sekolah Cyberjaya.5. Perpaduan Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
  12. 12. 11 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak menjelaskan mengenai strategi kerajaan dalam membangunkanpendidikan negara. Dalam unit ini saya dapat mengetahui langkah dan usaha kerajaan bagimemajukan lagi sistem pendidikan agar selaras dengan usaha pembangunan yang lain.Berdasarkan langkah dan usaha kerajaan ini, sebagai seorang guru saya dapat merasakandimana tanggungjawab dan peranan saya perlu diletakkan. Pada pendapat saya, bukan sahajapihak kerajaan yang perlu berusaha dalam merealisasikan apa yang diimpikan malah wargapendidik seharusnya memberi lebih banyak komitmen dalam kerjayanya. Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit penambah baikan dalam unit ini. Saya mencadangkan agarhuraian mengenai peranan dan tanggungjawab guru itu sendiri dapat ditonjolkan sebagairujukan dan menambahkan pengetahuan guru mengenai tanggungjawab yang perlu dipikulbagi merealisasikan apa yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.
  13. 13. 12REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 6 KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 5 bahagian yang dihuraikan dengan jelas mengenai Kurikulum dalamPendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian yang pertama, konsep dan definisi korikulum cubaditerangkan dengan mengkaitkan isi kurikulum sesuai dengan Falsafah PendidikanKebangsaan. Fokus yang kedua pula, memberi penjelasan mengenai jenis kurikulum dalamsistem Pendidikan di Malaysia yang membawakan konsep Kurikulum Formal dan KurikulumTidak Formal sebagai satu wahana penyampaian pendidikan kepada masyarakat sejagat.Pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada satuStruktur dan Prinsip Kurikulum Kebangsaan yang berperanan sebagai penterjemah kepadaFalsafah Pendidikan Kebangsaan turut dibentangkan dalam bahagian yang ketiga unit ini.Strategi pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan adalah melalui Kurikulum StandardSekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang masih lagi bersandarkepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dikupas dengan jelas dalam bahagian yangkeempat dan kelima. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Kurikulum Didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi matlamat dan objektif mata pelajaran, senarai kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran, penentuan kaedah dan aktiviti, penetapan kaedah dan instrumen yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif. Kurikulum hendaklah dirancang dan didokumentasikan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya dalam bilik darjah menerusi Rancangan Pengajaran Harian.2. Kurikulum Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan Kebangsaan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.3. Kurikulum Standard Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Menuntut supaya Sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada Pembangunan modal insan, Penghasilan,
  14. 14. 13 pelajar celik minda, Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan merupakan satu Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al- bab.4. Kurikulum Formal Kurikulum yang telah disediakan, dirancang dan berturutan. Kurikulum Formal terkandung dalam silibus yang berfokus kepada matlamat, objektif, subject matter dan susunan pengajaran. Jenis kurikulum Formal ialah seperti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Pendidikan Khas.5. Kurikulum Tidak Merupakan kurikulum yang melibatkan interaksi sosial- Formal psikologikal antara guru dan murid. Terbahagi kepada dua iaitu Ko-kurikulum dan Kurikulum tersembunyi. KoKurikulum merupakan penglibatan luar bilik darjah oleh murid bertujuan untuk membentuk sahsiah dan persenoliti murid. Misalnya, aktiviti sukan dan bepersatuan. Manakalah Kurikulum Tersembunyi pula ialah sesuatu yang dipelajari murid secara tersirat. Contohnya pembelajaran wujud dari pengalaman sendiri murid. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami isi kurikulum yang digunakandalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Unit ini juga menerangkan mengenai isikandungan dokumen rasmi kurikulum dan menghuraikan dengan jelas perkaitan antaraKurikulum Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada pendapat saya,huraian dan isi kandungan unit ini sangat sesuai dijadikan rujukan para guru bagi mengenalpasti strategi pengajaran yang sesuai dengan murid. Namun, masih terdapat sedikit penambahbaikan yang perlu dalam unit ini. Saya berpendapat huraian mengenai KSSR perlu lebih luasdengan menyentuh peranan guru dalam pelaksanaan KSSR agar maklumat lebih jelas dandifahami oleh semua warga pendidik. Setakat ini KSSR adalah satu kurikulum baru dalamsistem pendidikan dan pelaksanaannya masih kabur terutamanya di pentadbiran sekolah.
  15. 15. 14REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 7 REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 3 bahagian yang berfokus dengan reka bentuk kurikulum di Malaysia.Bahagian pertama unit ini mengupas mengenai peranan dan tanggungjawab pendidik dalamperkembangan kurikulum iaitu sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Fokus yang keduaialah mengenai perkembangan kurikulum yang berperingkat dalam satu implimentasi.Prinsip dan model perkembangan kurikulum disusun dengan lebih releven dan berbantukankepada Model Tyler (1949) yang menjawab segala persoalan yang berkaitan denganperancangan Pendidikan Kurikulum di Malaysia. Seterusnya, ialah berkaitan dengan pola danOrientasi Reka Bentuk Kurikulum yang diguna pakai dalam Kurikulum Kebangsaan jugaditerangkan dengan lebih fokus kepada perspektif ilmu yang mencakupi piawaian pendidikanselaras dengan hala tuju pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Prinsip reka bentuk Prinsip penyusunan kurikulum adalah panduan dalam kurikulum di menentukan tujuan pendidikan, isi kandungan, proses Malaysia pelaksanaan, aktiviti dan penilaian kurikulum. Di Malaysia prinsip reka bentuk kurikulum adalah bermula pada peringkat rendah iaitu Pendidikan Pra Sekolah yang menjadi asas perkembangan sosial, Pendidikan Sekolah Rendah bagi menguasai kemahiran utama, Pendidikan Sekolah Menengah yang memperkembangan potensi diri, dan Pendidikan Lepas Menengah serta Pengajian Tinggi sebagai institusi pengkhususan ilmu yang merupakan peringkat terakhir dalam reka bentuk kurikulum.2. Orientasi Kurikulum Merupakan corak kurikulum yang digunakan dalam perkembangan kurikulum. Di Malaysia, orientasi kurikulum yang digunakan ialah berpusatkan akademik, berpusatkan murid dan berpusatkan masalah. Ciri-ciri orientasi berpusatkan akademik ialah menekankan pengetahuan, nilai dan warisan. Fokus kepada subjek dan pengetahuan bagi membangunkan intelektual. Orientasi berpusatkan murid pula ialah fokus kepada potensi individu murid, minat dan bakat, bersifat terbuka dan murid boleh belajar deri pengalaman dan beraktiviti sendiri. Bagi orientasi berpusatkan masalah pula ialah lebih kepada fokus kepada penyelesaian masalah dalam skop kehidupan masyarakat.3. Perspektif Merupakan satu pandangan atau teori yang mempengeruhi Objektifvisme pembentukkan kurikulum yang diguna pakai sekarang. Kurikulum yang dibina hendaklah menggunakan kaedah
  16. 16. 15 deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan memulakan pengajaran dengan definisi, diikuti pembentukan konsep dan diakhiri dengan penerokaan. Berdasarkan perspektif ini, pengajaran yang dilaksanakan adalah mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahan pembelajaran. Guru hendaklah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set pembelajaran dan memastikan murid menguasai apa yang diajar.4. Perspektif Merupakan satu pandangan atau teori yang mempengeruhi Konstruktivisme pembentukan kurikulum yang dilaksana menggunakan kaedah induktif. Pelaksanaan kurikulum adalah memerlukan pengajaran yang tertumpu kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan. Strategi pengajaran bersifat inkuiri seperti penggunaan kaedah pengajaran berasaskan masalah dan lawatan sambil belajar oleh murid. Guru hanya sebagai penyemak dan pembimbing atau pemudah cara.5. Penilaian Bagi menentukan pencapaian objektif yang dibentuk. Tujuan penilaian adalah untuk memastikan kurikulum yang dibentuk sentiasa kemaskini. Penilaian boleh dilakukan secara Formatif dan Sumatif. Penilaian Formatif dilakukan secara berterusan, berubah dan boleh ditambah baik mengikut kesesuaian. Manakalah, penilaian Sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambaikan seterusnya. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya memahami dan mengetahui peranan guru dalamperkembangan kurikulum yang dirancang dan disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru merupakan agen utama bagi menyebarkan kurikulum kepada masyarakat. Ketelitiandan kualiti guru amatlah dititik beratkan bagi mencapai objektif kurikulum. Melaluimaklumat dari unit ini saya juga dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam dirimengenai profesion keguruan. Pengetahuan konkrit mengenai Prinsip dan ModelPerkembangan Kurikulum yang dihuraikan dalam unit adalah menjurus kepada matlamatkurikulum yang saya sampaikan. Pada pendapat saya, unit ini masih terdapat kelemahandalam menghuraikan perkaitan Model Tyler (1949). Saya cadangkan agar huraian yang lebihfokus kepada pembentukan kurikulum yang berdasarkan kepada Model Tyler (1949).Contohnya, dengan memberi huraian penggunaan Model Tyler menjurus kepada kaitannyadengan Pembentukan Kurikulum di Malaysia.
  17. 17. 16REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 8 PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 3 bahagian yang menyentuh tentang penterjemahan dan pentafsiranKurikulum Kebangasaan. Fokus pertama unit ini ialah berkenaan penggunaan sukatanpelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang merupakan terjemahan utama kepadaKurikulum Kebangsaan. Seterusnya, ialah Kurikulum Sekolah yang dijadikan sebagaistrategi pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan kupasan tentang Penterjemahan KurikulumKebangsaan bermula dengan asas, peringkat, amalan, hasil yang disasarkan berdasarkankepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Kurikulum Satu program pendidikan yang mencakupi kurikulum dan Kebangsaan kegiatan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan secara seragam dan ditadbir urus secara ”top down”. Kurikulum Kebangsaan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada dua iaitu Kurikulum formal dan Kurikulum tidak formal. Kurikulum formal menitik beratkan kepada mata pelajaran dan pelaksanaan pengajaran dan pebelajaran berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Manakalah Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum tersembunyi.2. Kurikulum Sekolah Kurikulum yang dikendalikan di sekolah. Merupakan pelaksanaan kepada apa yang dimenefestasikan dalam Kurikulum Kebangsaan. Terbahagi kepada dua iaitu penggunaan sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta semua kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti ko- kurikulum. Guru mempunyai autonomi dalam merancang, melaksana dan menilai kurikulum yang dilaksanakan.3. Sukatan Pelajaran Dokumen tentang suatu pernyataan mengenai perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan. Kandungai dokumen ini ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif dan skop/ litupan sesuatu mata pelajaran.4. Huraian Sukatan Perincian kepada Sukatan Pelajaran mengikut unit kecil mata Pelajaran pelajaran. Perlu dimuatkan untuk proses pengajaran dan
  18. 18. 17 pembelajaran mengikut tahap persekolahan. Antara kandungan yang terdapat dala Huraian Sukatan Pelajaran ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan objektif mata pelajaran mengikut tahap persekolahan, organisasi kandungan, kemahiran, nilai dan sebagainya.5. Rancangan Merupakan satu set item yang digunakan oleh guru untuk Pengajaran Harian membuat perancangan dan persediaan yang teratur, membantu dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid yang disasarkan, membantu guru agar lebih memahami isi kandungan pengajaran, membantu guru agar sentiasa fokus kepada objektif pengajaran, memudahkan guru untuk mengingat semula apa yang hendak diajar, meningkatkan keyakinan diri, membantu guru menggunakan kaedah pengajaran yang betul, sebagai panduan kepada guru pengganti, sebagai rujukan dalam pemantauan dan penelahan kesilapan serta sebagai sumber bimbingan dan refleksi kepada guru. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam meningkatkan profesionalisme keguruankerana huraian dan penerangan mengenai konsep Kurikulum Kebangsaan yang sangat sesuaisebagai bahan rujukan. Melalui unit ini saya dapat memahami peringkat dan prosedurpemilihan isi kandungan dalam Kurikulum Kebangsaan yang merupakan strategi sistempendidikan. Penyusunan isi kandungan dalam unit ini juga dapat memudahkan saya membuatrujukan berkaitan dengan isu dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan.Walaubagaimana pun, masih terdapat kelemahan berkaitan dengan unit ini. Saya cadangkanagar contoh penulisan rancangan pengajaran berkaitan mata pelajaran dapat dihuraikan danpenerangan mengenai rancangan pengajaran mengikut keperluannya dapat dijelaskan denganlebih terperinci. Hal ini kerana masih terdapat guru yang belum menguasai sepenuhnyaformat penulisan rancangan pengajaran yang sebenar dan kepentingan ketelitian penulisanrancangan pengajaran bagi mengangkat lagi prioriti profesion keguruan ketahap yang lebihprofesional.
  19. 19. 18REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 9 ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 3 bahagian yang fokus kepada etika dan peraturan pendidikan diMalaysia. Bahagian satu unit ini menghujahkan mengenai ciri guru yang bersikap profesionaldalam menjalankan tugasnya sebagai guru. Sebagai seorang guru kita bukan sahaja perluberpengetahuan malah profesion ini juga menuntut individu guru akur pada etikaprofesionalisme keguruan yang merupakan satu garis panduan yang bertujuan untukmeningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberipenekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, nilai sertatingkah laku profesion kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Peranan dantanggngjawab guru dalam menyandang profesionnya dapat dihuraikan dengan memberikanjustifikasi yang mendalam mengikut maksud keguruan. Seterusnya peraturan dan tatatertibyang merangkumi kakitangan awam juga turut ditonjolkan dengan contoh dan tindakankepada kesalahan yang akan diambil dalam bahagian 3 unit ini. Penyusunan maklumat danrujukan yang ringkas dan padat merupakan kekuatan utama unit ini dihuraikan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Etika Tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Menjurus kepada maksud moral dan akhlak manusia dalam kehidupan. Oleh yang demikian, etika ialah suatu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku dan kesusilaan.2. Etika Keguruan Sebagai garis panduan kepada penjawat awam yang bergelar guru. Profesion keguruan dianggap profesion yang mempunyai etika profesional. Sikap profesional inilah yang menjadikan keguruan menjadi profesion yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Guru seharusnya menguasai etika keguruan kerana tanggungjawab guru itu besar dan merangkumi pembentukan manusia dalam kehidupan.3. Etika Profesionalisme Bermaksud satu garis panduan yang bertujuan untuk Keguruan menigkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai dan tingkah laku dalam msyarakat.4. Akauntabiliti Bermaksud tanggungajawab kepada seseorang atau sesuatu perkara. Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Dalam konsep keguruan,
  20. 20. 19 akauntabiliti guru adalah merangkumi tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap sekolah, tanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan diri sendiri serta tanggungjawab terhadap profesion keguruan itu sendiri.5. Tonggak Dua Belas Merupakan satu set panduan etika untuk kakitangan awam. Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas perlu menjadi amalan semua peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan dan , contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif. Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ianya didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalismekeguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami ciri-ciri seorang guru yangbersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab keguruan. Pembentukanjati diri dalam diri seorang guru dalam memikul tugas sebagai pendidikan amat besar danmembawa pengertian yang sangat luas. Pemahaman dalam unit ini membantu sayamerancang pelaksanaan dan pembentukkan genasi yang aktif dan progresif dalam semuabidang yang terdapat di dunia ini. Huraian yang padat dan terperinci mengenai peraturankelakuan dan tatatertib sebagai penjawat awam dalam unit ini juga memberi saya panduanbagi membimbing diri dari melakukan sesuatu kesalahan yang tidak munasabah. Seharusnyasemua warga pendidik maklum dengan hukuman dan tindakan yang akan dikenakansekiranya terlibat dengan sebarang kemungkinan jenayah dan kesalahan sosial.Keseluruhannya, unit ini memang banyak memberi maklumat dan panduan kepada wargapendidik agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan mengikut garispanduan yang betul.
  21. 21. 20REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK 10 AKTA PENDIDIKAN 19961. Ringkasan Isi Kandungan UnitUnit ini mengandungi 2 bahagian yang fokus kepada Akta Pendidikan Kebangsaan. Bahagianpertama lebih kepada kupasan mengenai peningkatan taraf hidup seluruh masyarakatMalaysia lantaran rusuhan kaum 1969. Cetusan idea pentadbiran Malaysia bagi mengatasimasalah utama kalangan masyarakat dengan membangunkan negara melalui Dasar EkonomiBaru yang bertunjangkan kepada sektor pendidikan sebagai agenda utama pembangunannegara dan masyarakat Malaysia. Perkembangan pendidikan bertitik tolak daripada PenyataRazak 1956, diikuti oleh Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 danmembawa kepada Akta Pendidikan 1961 merupakan satu langkah kerajaan bagi membentuksatu sistem pendidikan yang lebih praktikal dan tersusun. Seterusnya, implikasi AktaPendidikan 1996 lantas membawa kepada penyusunan sistem pendidikan yang menjadilandasan kepada hala tuju Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kewujudan pendidikanPrasekolah pada tahun 1992 yang menjurus kepada pendedahan pendidikan secara formalkepada seluruh masyarakat bermula dari umur yang sangat rendah dan sesuai denganperkembangan umur manusia menerima pendidikan mengikut perkembangan usia. Agihankuasa pentadbiran dalam sistem pendidikan juga dapat disusun mengikut peringkat yangteratur iaitu melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbagai fungsi pendidikan telahditerapkan melalui Kementerian ini antaranya, memartabatkan bahasa Melayu sebagaiBahasa Kebangsaan melalui pendidikan.2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan1. Akta Pendidikan Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi 1996 pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Menjadi garis panduan dalam pelaksaan pendidikan di Malaysia. Melalui Akta Pendidikan 1996, tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global.2. Ordinan Pelajaran Merupakan undang-undang dalam sistem pendidikan selepas 1957 Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembentukan Ordinan Pelajaran 1957 telah digubal berasaskan kepada Penyata Razak 1956 . Antara isi kandungan Ordinan Pelajaran 1957 ini ialah membuka satu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk, Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan, Sekolah umum(rendah) menggunakan penghantar bahasa Melayu, Sekolah jenis umum(rendah) menggunakan bahasa inggeris,cina dan tamil sebagai bahasa penghantar, Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa penghantar bahasa Melayu, Sekolah menengah inggeris menggunakan penghantar bahasa inggeris dan bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan disemua sekolah3. Pendidikan Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan Prasekolah pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun
  22. 22. 21 dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Objektif pendidikan Prasekolah ialah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah4. Pendidikan Rendah Pendidikan yang diberikan kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun. Salah satu pendekatan pendidikan yang berlangsung secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 januari 2003. Penyertaan murid dalam persekolahan dapat ditingkatkan dengan mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan, mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah, meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak dan melaksanakan pendidikan wajib dari tahun 1 hingga 6.5. Kementerian Merupakan satu agensi yang menguruskan semua hal berkaitan Pelajaran Malaysia pendidikan dan persekolahan di Malaysia. Visi Kementerian pelajaran ialah Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang Manakalah Misi Kementerian Pelajaran ialah Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Matlamat yang terkandung dalam kementerian Pelajaran Malaysia pula ialah Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalismekeguruan anda.Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami kandungan Akta Pendidikan1996 dan kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemahaman mengenai unit inidapat menambahkan profesionalisme keguruan dalam diri saya dengan mengenal pasti halatuju pendidikan yang akan saya sampaikan kepada murid. Walaubagaimana pun, unit inimasih perlukan penambah baikan. Pada pendapat saya, bahagian peranan Akta Pendidikan1996 perlu dihuraikan dengan memberi kaitannya menjurus kepada peranan keguruan. Inibertujuan untuk memberi kesedaran kepada pendidik mengenai peranan dan tanggungjawabkepada tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mencapai objektif pendidikan sebenarnya.

×