SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 
1.0 Pendahuluan 
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk 
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan 
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah 
Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan 
mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan 
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program 
Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ 
supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat 
persekolahan menengah rendah. 
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid 
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai 
sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi 
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu 
dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, 
keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. 
Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas 
khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran 
mereka seperti murid-murid biasa. 
1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah 
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan 
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi 
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta 
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan 
negara. 
2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 
2.1 Pendidikan Pemulihan 
Definisi 
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan 
bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu 
yang tidak betul. 
Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi 
keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik 
darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa 
dan diajar oleh guru pemulihan. 
2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan
Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi 
intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh 
yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah 
kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat 
diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan 
sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas 
dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai 
kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, 
murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran 
asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk 
mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak 
berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 
2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan 
Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi 
masalah pembelajaran supaya: 
i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran; 
ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif 
mereka; 
iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh 
murid; 
iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu 
mengikut kebolehannya; 
v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka; 
vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang 
memuaskan;
vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari 
apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan 
viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya 
mengurangkan masalah keciciran. 
2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan 
a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka 
b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka 
c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif 
d. Menilai kejayaan program pemulihan 
3.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran 
Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah 
pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah. 
Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut. 
3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran 
Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut: 
1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. 
2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid. 
3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid. 
Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang 
minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga 
keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran
dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam 
pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru. 
a. Faktor Peribadi 
Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan 
masalah sosial. 
b. Faktor Kurang Kecerdasan 
Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang lambat berfikir, 
cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan 
sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami 
masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, 
bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam 
sebuah kelas khas. 
c. Faktor Fizikal 
Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat 
dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut: 
i. Kekurangan makanan yang berzat. 
ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja 
sambilan untuk menolong ibu bapa. 
iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang 
dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti 
terganggu. 
iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang 
pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu 
ditempatkan di sekolah khas. 
d. Faktor Psikologi
Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid yang menghadapi 
masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak 
berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. 
4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran 
Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran 
membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut: 
i. Pemerhatian 
ii. Pentaksiran Rekod Prestasi 
iii. Profil 
iv. Ujian kertas dan pensel 
v. Latihan harian 
vi. Soal jawab/kuiz 
5.0 Pendidikan Pengayaan 
Definisi Pengayaan 
Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur 
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran 
yang sedang dipelajari. 
Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid 
mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti 
yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini 
juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana 
program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran 
mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.
Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih 
mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid 
menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata. 
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada 
guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti 
secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang 
menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan 
tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat 
memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan 
pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid. 
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan 
sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan 
menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan 
dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali 
dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) 
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) 
yang menyatakan 
‘...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja 
untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan 
murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan 
melaksanakan program pengayaan KBSR’. 
5.1 Konsep Pengayaan 
Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti 
asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan 
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti 
ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin 
tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam 
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 
5.2 Rasional Pengayaan 
Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan 
aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu 
kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan 
mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. 
Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah 
diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan 
perkembangan mental mereka. 
Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga 
kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam 
kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah 
pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang 
saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan 
terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak 
setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi 
keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru 
menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan 
mencabar kepada murid-murid. 
Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka 
juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai 
pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti 
pembelajaran. 
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid 
bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan 
menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, 
daya cita dan bakat individusecara menyeluruh. 
5.3 Objektif Pengayaan 
Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid: 
i. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi 
memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. 
ii. Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. 
iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat. 
iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai 
bahan dan sumber pengetahuan. 
v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan 
mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. 
vi. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk 
menilai sesuatu hasil kerja sendiri. 
vii. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk 
pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. 
viii. Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja 
mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan 
dan sebagainya.
ix. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih 
tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. 
5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 ) 
5.3 Kumpulan Sasar 
Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua 
murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. 
Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman 
pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam 
menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat 
dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti 
pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah. 
5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah 
5.5 Prinsip Program Pengayaan 
Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan 
aktiviti pengayaan.Antaranya ialah: 
i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. 
ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. 
iii. Menggunakan daya usaha sendiri. 
iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial. 
v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.
vi. Melibatkan pembacaan luas. 
5.6 Aktiviti Pengayaan 
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada: 
1. Bacaan ( membaca ) 
2. Tulisan ( menulis ) 
3. Kiraan ( mengira ) 
Program Pengayaan 
ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti 
pengayaan yg dirancang untuk 
kumpulan mengikut kebolehan. 
iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti 
pengayaan yg dirancang untuk 
kumpulan pelajar yg ce 
Posted by NABILAH ABD HAMID at 06:45 
KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN 
PENILAIAN(“5P”) 
Penggabungjalinan 
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. 
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku 
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan 
kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, 
kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu 
dihuraikan seperti yang berikut: 
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh 
digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua 
kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan 
kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil 
pembelajaran. 
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran 
mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang 
dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca 
teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui 
latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. 
Prinsip-prinsip penggabungjalinan 
• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai 
• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan 
• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik 
• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid 
Bentuk-bentuk penggabungjalinan 
Ada 3 bentuk penggabungjalinan 
1. Penggabungjalinan kemahiran 
2. Penggabungjalinan bahan 
3. Penggabungjalinan aktiviti 
1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. 
K1: Kemahiran mendengar 
K2: Kemahiran bertutur 
K3: Kemahiran membaca 
K4: Kemahiran menulis 
Sila rujuk rajah di bawah: 
2. Penggabungjalinan Aktiviti 
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan 
kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 
3.Penggabungjalinan Bahan 
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan 
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan 
harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan 
tahap pencapaian murid. 
Penyerapan 
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai 
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini 
dihuraikan seperti yang berikut: 
i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang 
mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. 
ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan 
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan 
pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang 
namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar 
dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran 
dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: 
• Mencirikan 
• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan 
• Membuat kaitan dan perhubungan 
• Membanding dan membeza 
• Menyusun atur 
• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu 
• Membezakan fakta dengan pendapat 
• Menganalisis 
• Mengesan kecondongan pendapat 
• Mengenal pasti sebab akibat 
• Meramal 
• Mensintesis 
• Mengitlak 
• Membuat analogi 
• Membuat inferens 
• Membuat kesimpulan 
• Menginterpretasi, mentafsir 
• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan 
• Menilai 
• Menjana idea 
• Merumus, meringkas 
• Membuat keputusan 
• Menyelesaikan masalah 
Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir 
tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan 
bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran. 
iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, 
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran 
konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira 
kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber 
yang ada. 
Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata 
pelajaran lain. 
KB: Kemahiran bahasa 
KS: Kemahiran Pendidikan Seni 
KM: Kemahiran muzik
Penilaian 
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan 
pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua 
jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). 
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu 
1. Penilaian mengesan penguasaan 
2. Penilaian mengesan kemajuan 
3. Penilaian mengesan pencapaian 
Aktiviti Penilaian 
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: 
i. Penilaian formatif 
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran 
secara formal dan tidak formal dengan tujuan: 
• Mengesan kemajuan pelajar 
• Melihat keberkesanan pengajaran guru 
• Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif 
pengajaran 
• Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru 
ii. Penilaian Sumatif 
Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau 
semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan 
mengandungi semua aras kemahiran. 
Penilaian ini bertujuan: 
• Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran 
• Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid 
• Membuat perbandingan pencapaian antara murid 
Pemulihan 
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak 
yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya 
berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan 
merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah 
pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka 
masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang 
memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi 
masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan 
dalam pelajaran. 
Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang 
dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk 
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang 
dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, 
minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan 
serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan 
masyarakat. 
Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti 
pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: 
a. Menggunakan daya usaha sendiri 
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri 
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. 
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah 
e. Melibatkan pembacaan luas dan 
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial 
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: 
• Pembelajaran akses kendiri 
• Kerja projek 
• Bacaan tambahan 
• Permainan dan rekreasi da 
• Pembelajaran berbentuk komputer 
Latihan 
1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :
2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami. 
3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain. 
4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui. 
5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan. 
6. Apakah tujuan penilaian? 
7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu? 
8. Nyatakan objektif pemulihan. 
9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti 
pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran. 
. 
Posted 21st May 2011 by gassi kekcok

More Related Content

What's hot

Kajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baKajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baLuqmanZaaba
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaranpidiani
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Rendahnya prestasi belajar siswa
Rendahnya prestasi belajar siswaRendahnya prestasi belajar siswa
Rendahnya prestasi belajar siswaDina_Marhami
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnalMohd Hilmi
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANshi3yda
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHananie Halim
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifZauhari Hussein
 
konsep-pemulihan
konsep-pemulihankonsep-pemulihan
konsep-pemulihanAna Humaira
 
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen Kurikulum
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen KurikulumMakalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen Kurikulum
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen KurikulumDedy Wiranto
 
Kelas intervensi awal membaca & menulis
Kelas intervensi awal membaca & menulisKelas intervensi awal membaca & menulis
Kelas intervensi awal membaca & menulisAslah Zakadi
 
Kurikulum pkbp dan p&p
Kurikulum pkbp dan p&pKurikulum pkbp dan p&p
Kurikulum pkbp dan p&pAzali Jumaren
 
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususMakalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususDedy Wiranto
 

What's hot (17)

Kia2 m
Kia2 mKia2 m
Kia2 m
 
Resos
ResosResos
Resos
 
Kajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'baKajian kes luqman bin zaa'ba
Kajian kes luqman bin zaa'ba
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
 
pendidikan
pendidikanpendidikan
pendidikan
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Rendahnya prestasi belajar siswa
Rendahnya prestasi belajar siswaRendahnya prestasi belajar siswa
Rendahnya prestasi belajar siswa
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnal
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsr
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
 
konsep-pemulihan
konsep-pemulihankonsep-pemulihan
konsep-pemulihan
 
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen Kurikulum
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen KurikulumMakalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen Kurikulum
Makalah Standar Kompetensi Pendidikan Kelas Khusus dan Komponen Kurikulum
 
Kelas intervensi awal membaca & menulis
Kelas intervensi awal membaca & menulisKelas intervensi awal membaca & menulis
Kelas intervensi awal membaca & menulis
 
Kurikulum pkbp dan p&p
Kurikulum pkbp dan p&pKurikulum pkbp dan p&p
Kurikulum pkbp dan p&p
 
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususMakalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
 

Viewers also liked

Presentasi web calendar
Presentasi web calendarPresentasi web calendar
Presentasi web calendardnovia
 
Minit mesyuarat 1 geologi
Minit mesyuarat 1 geologiMinit mesyuarat 1 geologi
Minit mesyuarat 1 geologiazman94
 
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-docAlawiyah A Aziz
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10Aminah Rahmat
 
Mengenal kraf tradisional ragam hias wau
Mengenal kraf tradisional   ragam hias wauMengenal kraf tradisional   ragam hias wau
Mengenal kraf tradisional ragam hias wauAzie Zainal
 
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)gpbsmkjk
 
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuPendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuAfaf CyNofa
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiRosfadilah Khalid
 
English Year 1 - Band 5 ( language arts )
English Year 1 - Band 5 ( language arts )English Year 1 - Band 5 ( language arts )
English Year 1 - Band 5 ( language arts )PAKLONG CIKGU
 
Minit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat keduaMinit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat keduaazman94
 
Panduan ibu bapa vle frog
Panduan ibu bapa vle frogPanduan ibu bapa vle frog
Panduan ibu bapa vle froggpbsmkjk
 
Pemetaaan maths kssr tahun 2
Pemetaaan maths kssr tahun 2Pemetaaan maths kssr tahun 2
Pemetaaan maths kssr tahun 2Eja Jaafar
 

Viewers also liked (20)

Presentasi web calendar
Presentasi web calendarPresentasi web calendar
Presentasi web calendar
 
Minit mesyuarat 1 geologi
Minit mesyuarat 1 geologiMinit mesyuarat 1 geologi
Minit mesyuarat 1 geologi
 
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc
196516756 rancangan-tahunan-bi-tahun-2-2014-doc
 
Bab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeriBab 3 perniagaan dalam negeri
Bab 3 perniagaan dalam negeri
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
 
Blog guia
Blog guiaBlog guia
Blog guia
 
Bil astrojun2013
Bil astrojun2013Bil astrojun2013
Bil astrojun2013
 
Chapter3
Chapter3Chapter3
Chapter3
 
Mengenal kraf tradisional ragam hias wau
Mengenal kraf tradisional   ragam hias wauMengenal kraf tradisional   ragam hias wau
Mengenal kraf tradisional ragam hias wau
 
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
IKLAN : URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE DG44 (mengikut bidang)
 
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan IsuPendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
Pendekatan Pengajaran - Penulisan Isu
 
1 wira 1murid dan 1sukan
1 wira 1murid dan 1sukan1 wira 1murid dan 1sukan
1 wira 1murid dan 1sukan
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasi
 
English Year 1 - Band 5 ( language arts )
English Year 1 - Band 5 ( language arts )English Year 1 - Band 5 ( language arts )
English Year 1 - Band 5 ( language arts )
 
Minit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat keduaMinit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat kedua
 
Chapter4
Chapter4Chapter4
Chapter4
 
Rpt m3 thn 2 kssr
Rpt m3 thn 2 kssrRpt m3 thn 2 kssr
Rpt m3 thn 2 kssr
 
Panduan ibu bapa vle frog
Panduan ibu bapa vle frogPanduan ibu bapa vle frog
Panduan ibu bapa vle frog
 
Pemetaaan maths kssr tahun 2
Pemetaaan maths kssr tahun 2Pemetaaan maths kssr tahun 2
Pemetaaan maths kssr tahun 2
 
Unit1b
Unit1bUnit1b
Unit1b
 

Similar to Pemulihan dan pengayaan

Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)PuputPamela
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitaTjoetnyak Izzatie
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajareka noviana
 
Latar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahLatar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahmustazie
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abkAiyUis NuriEanty
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan sintaroyani
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028devi34
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 

Similar to Pemulihan dan pengayaan (20)

Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
 
Bam
BamBam
Bam
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
 
Pengurusan Murid
Pengurusan MuridPengurusan Murid
Pengurusan Murid
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajar
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Latar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahLatar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolah
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Tesis bab 1
Tesis bab 1Tesis bab 1
Tesis bab 1
 
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028
Devi lusiana pend.ekonomi 2011031028
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Belajar Resume Buku
Belajar Resume BukuBelajar Resume Buku
Belajar Resume Buku
 
Bab 1 3
Bab 1 3Bab 1 3
Bab 1 3
 

More from Habibah Abdullah

Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingHabibah Abdullah
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Habibah Abdullah
 
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )Habibah Abdullah
 
Sekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangSekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangHabibah Abdullah
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Habibah Abdullah
 

More from Habibah Abdullah (20)

Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
Aktiviti ujian mendengar
Aktiviti ujian mendengarAktiviti ujian mendengar
Aktiviti ujian mendengar
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
 
Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
 
Draf bm dan bi
Draf bm dan biDraf bm dan bi
Draf bm dan bi
 
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
 
Sekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangSekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awang
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Mesyuarat pss kali ke 3
Mesyuarat pss kali ke 3Mesyuarat pss kali ke 3
Mesyuarat pss kali ke 3
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Refleksi bib
Refleksi bibRefleksi bib
Refleksi bib
 
Minit pss kali 2 (2014)
Minit pss kali 2 (2014)Minit pss kali 2 (2014)
Minit pss kali 2 (2014)
 
Rescued document
Rescued documentRescued document
Rescued document
 
Pemetaan mt thn. 2 baru
Pemetaan mt thn. 2 baruPemetaan mt thn. 2 baru
Pemetaan mt thn. 2 baru
 
Lembaran kerja
Lembaran kerjaLembaran kerja
Lembaran kerja
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 

Pemulihan dan pengayaan

  • 1. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 Pendahuluan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa. 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • 2. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 2.1 Pendidikan Pemulihan Definisi “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan. 2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan
  • 3. Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya: i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran; ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka; iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh murid; iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut kebolehannya; v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka; vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan;
  • 4. vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran. 2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif d. Menilai kejayaan program pemulihan 3.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut. 3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut: 1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. 2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid. 3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid. Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran
  • 5. dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru. a. Faktor Peribadi Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan masalah sosial. b. Faktor Kurang Kecerdasan Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas. c. Faktor Fizikal Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut: i. Kekurangan makanan yang berzat. ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu. iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah khas. d. Faktor Psikologi
  • 6. Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. 4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut: i. Pemerhatian ii. Pentaksiran Rekod Prestasi iii. Profil iv. Ujian kertas dan pensel v. Latihan harian vi. Soal jawab/kuiz 5.0 Pendidikan Pengayaan Definisi Pengayaan Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.
  • 7. Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata. Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan ‘...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR’. 5.1 Konsep Pengayaan Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
  • 8. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 5.2 Rasional Pengayaan Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental mereka. Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid. Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
  • 9. Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat individusecara menyeluruh. 5.3 Objektif Pengayaan Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid: i. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. ii. Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat. iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai bahan dan sumber pengetahuan. v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. vi. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. vii. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. viii. Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
  • 10. ix. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. 5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 ) 5.3 Kumpulan Sasar Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah. 5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah 5.5 Prinsip Program Pengayaan Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti pengayaan.Antaranya ialah: i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. iii. Menggunakan daya usaha sendiri. iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial. v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.
  • 11. vi. Melibatkan pembacaan luas. 5.6 Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada: 1. Bacaan ( membaca ) 2. Tulisan ( menulis ) 3. Kiraan ( mengira ) Program Pengayaan ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan pelajar yg ce Posted by NABILAH ABD HAMID at 06:45 KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(“5P”) Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.
  • 12. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip-prinsip penggabungjalinan • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai • Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan • Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik • Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti 1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: Kemahiran membaca K4: Kemahiran menulis Sila rujuk rajah di bawah: 2. Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut: i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
  • 13. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: • Mencirikan • Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan • Membuat kaitan dan perhubungan • Membanding dan membeza • Menyusun atur • Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu • Membezakan fakta dengan pendapat • Menganalisis • Mengesan kecondongan pendapat • Mengenal pasti sebab akibat • Meramal • Mensintesis • Mengitlak • Membuat analogi • Membuat inferens • Membuat kesimpulan • Menginterpretasi, mentafsir • Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan • Menilai • Menjana idea • Merumus, meringkas • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. KB: Kemahiran bahasa KS: Kemahiran Pendidikan Seni KM: Kemahiran muzik
  • 14. Penilaian Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu 1. Penilaian mengesan penguasaan 2. Penilaian mengesan kemajuan 3. Penilaian mengesan pencapaian Aktiviti Penilaian Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Penilaian formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: • Mengesan kemajuan pelajar • Melihat keberkesanan pengajaran guru • Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran • Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru ii. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: • Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran • Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid • Membuat perbandingan pencapaian antara murid Pemulihan Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Pengayaan
  • 15. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: • Pembelajaran akses kendiri • Kerja projek • Bacaan tambahan • Permainan dan rekreasi da • Pembelajaran berbentuk komputer Latihan 1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :
  • 16. 2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami. 3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain. 4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui. 5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan. 6. Apakah tujuan penilaian? 7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu? 8. Nyatakan objektif pemulihan. 9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran. . Posted 21st May 2011 by gassi kekcok