Bab 01 pengenalan & latar belakang organisasi

5,378 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
5,378
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 01 pengenalan & latar belakang organisasi

  1. 1. BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Pada era globalisasi ini, ilmu pengetahuan ialah satu aset yang amat penting bagi seseorang individu dimana ia perlu diselaraskan dengan perkembangan yang terjadi disekelilingnya. Ilmu yang dipelajari secara teori perlu dipraktikkan agar individu itu mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai pembelajarannya. Oleh yang demikian, Latihan industri yang diwujudkan oleh Politeknik di Malaysia ini adalah satu cara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan secara teori dan kemahiran dalam bidang yang dipelajarinya. Latihan industri merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum pembelajaran yang ditetapkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dimana pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Melalui situasi ini juga, pelajar akan dapat melatih diri mereka untuk menjadi lebih komited dalam menghadapi segala cabaran bersesuaian dengan peluang pekerjaan yang telah ditawarkan di Malaysia. 1
  2. 2. Dalam pada itu, konsep latihan industri ini sebenarnya diasaskan kepada tiga keyakinan yang secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Antaranya ialah: i. Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar. ii. Bahawa pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan penting dalam mengubah status sosial ekonomi. iii. Bahawa sesuatu kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya. Berdasarkan falsafah diatas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk melahirkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam teknologi, mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Konsep Latihan Industri ini juga bertujuan untuk membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat sederhana selain menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh berdikari. 1.1.1 PENDAHULUAN Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, setiap pelajar Diploma Kejuruteraan Awam wajib menjalani Latihan Industri sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan Industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang kejuruteraan awam dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi Julai 2011, latihan ini berjalan selama 22 minggu iaitu bermula pada 3 Julai sehingga 1 Disember 2011. Saya Mohammad Hafiz Bin Nurahim, 04DKA09F1167 telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di firma HC Hidayah Construction. Menjalani latihan industri di firma ini, saya telah ditempatkan di beberapa tapak 2
  3. 3. pembinaan dibawah HC Hidayah Construction. Antaranya termasuklah pembinaan bangunan tambahan bagi Masjid Ar-Rahman yang bertempat di Kok Lanas, Bangunan Hidayah Futsal Centre yang bertempat di Pangkal Kalong dan beberapa projek perumahan lain yang dibina dibawah HC Hidayah Construction. Sepanjang latihan ini juga, saya diberi peluang untuk mengikuti kontraktor yang terlibat ke tapak-tapak projek yang berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam. 1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan peranannya dalam masyarakat. Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut: i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar. ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya. iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri. v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri. vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik vii. Memberi peluang kepada agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun dalam mencari tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan kehendak agensi masing-masing viii. Menimbulkan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar tentang pentingnya menambah minat belajar ditingkatkan supaya lebih cemerlang. ix. Menanam sikap amanah, tanggungjawab dan berkeyakinan diri. x. Meluaskan pergaulan di antara pelajar dengan pekerja-pekerja lain, majikan dan masyarakat sekeliling di mana tempat mereka bekerja. xi. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar. 3
  4. 4. xii. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di politeknik 1.1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDSUTRI Laporan Latihan Industri menceritakan secara ringkas mengenai kerja-kerja yang telah saya lakukan semasa menjalani Latihan Industri di firma HC Hidayah Construction. Dengan adanya laporan ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada para pembaca mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang latihan ini bermula daripada awal latihan sehingga tamatnya latihan yang dijalankan. Laporan ini juga turut menguji sikap keprihatinan pelajar seperti saya mengenai kerja-kerja yang dijalankan sepanjang latihan diadakan. Seperti yang telah ditetapkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Awam (KPTM), setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri wajib menyediakan satu laporan Latihan Industri yang lengkap dimana laporan terbabit hendaklah menerangkan secara jelas mengenai kerja-kerja amali dan teori yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri. Berikut adalah objektif penyediaan Laporan Latihan Industri: i. Menjadi bukti kepada latihan yang dijalankan oleh pelajar. Dengan ini, pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya ponteng dari menjalani Latihan Industri dan seterusnya menjejaskan penyiapan buku Laporan Latihan Industri. ii. Untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan terutamanya ketika berada di alam pekerjaan suatu hari nanti. iii. Sebagai dokumen sokongan dalam temuduga pekerjaan sekiranya buku laporan ini dilengkapkan dengan baik 4
  5. 5. 1.1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Latihan Industri merupakan tulang belakang kepada kejayaan seseorang pelajar yang mengambil jurusan Diploma di Politeknik tempatan. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peranan Subjek Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM yang dijalankan untuk pelajar Tingkatan Lima di sekolah-sekolah menengah tempatan dimana kegagalan dalam subjek Bahasa Malaysia boleh menyebabkan kegagalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil oleh pelajar itu sendiri. Begitu juga dengan peranan Latihan Industri dalam pelajar yang mengambil jurusan Diploma Politeknik, kegagalan Latihan Indsutri akan membawa kepada beberapa kesulitan atau lebih teruk lagi, ia akan menjejaskan penganugerahan diploma terhadap pelajar. Seperti yang pernah dikatakan oleh salah seorang pensyarah yang mengajar di tempat politeknik saya, Politeknik Kota Bharu iaitu En Saupi Bin Mohamed Noor bahawa kegagalan Latihan Indsutri bermakna gagal dalam jurusan diploma bagi Politeknik tempatan. Hal ini menjelaskan betapa pentingnya Latihan Industri kepada pelajar. Bagi pelajar kursus Kejuruteraan Awam, latihan yang dijalankan adalah bergantung kepada skop kerja yang dilakukan di firma atau jabatan terbabit. Latihan Industri ini banyak mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja teknikal dan juga kerjakerja yang dilakukan di pejabat dimana kerja-kerja teknikal meliputi kerja-kerja yang telah dipelajari semasa di Politeknik seperti kerja bata, kerja konkrit dan lain-lain lagi. Ia juga turut merangkumi kerja melawat tapak projek pembinaan yang sedang dijalankan dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat penilaian terhadap kemajuan kerja di tapak bina. Kerja-kerja pejabat pula lebih kepada kerja-kerja menyusun fail, mengecop lukisan pelan, kemahiran menggunakan peralatan pejabat, menaip dan lain-lain lagi. Selain itu, Latihan Industri bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan yang sebenar bahkan mengukuhkan lagi minat pelajar terhadap dunia perkerjaan yang diceburi berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar yang diperolehi sepanjang menjalani latihan industri ini. 5
  6. 6. Jika sebelum ini, para pelajar hanya didedahkan kepada asas pengetahuan mengenai kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di dalam politeknik sedangkan di dalam alam pekerjaan, maklumat mengenai bidang Kejuruteraan Awam begitu meluas malahan apa yang dipelajari di politeknik hanyalah peratusan yang sedikit daripada maklumat yang diperolehi dalam bidang pekerjaan. Sebagai contoh, pembelajaran bidang Kejuruteraan Awam di politeknik sekadar mendedahkan pelajar kepada pengenalan mengenai jenis-jenis asas dalam pembinaan bangunan sedangkan dalam dunia pekerjaan, pembinaan asas sesuatu bangunan mengambilkira keadaan tanah di tapak bina, bilangan dan jenis bar tetulang yang digunakan, pemasangan kotak bentuk yang bersesuaian dengan tapak asas dan kualiti konkrit yang akan dituang ke dalam kotak bentuk. Oleh itu, kita hendaklah mencari atau menyelongkar sebanyak mana maklumat yang mungkin mengenai bidang berkaitan kerana di dalam Latihan Industri ini sahaja yang menjadi peluang untuk kita mendalami ilmu secara meluas mengenai bidang berkaitan bagi mempersiapkan diri kita apabila melangkah kaki ke dalam dunia pekerjaan suatu hari nanti. Selain itu, Latihan Industri ini juga penting dalam membina hubungan komunikasi dengan dunia luar terutamanya dalam aspek yang melibatkan penggunaan bahan binaan seperti simbol kompenan binaan dalam lukisan pelan dan sebagainya. Secara umumnya, simbol bagi kompenan bahan binaan dalam lukisan pelan bangunan sentiasa menunjukkan perubahan dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan. Jika dahulu, arkitek melukis pelan bangunan melalui lukisan papan, tetapi hari ini teknologi berkembang dengan pesat dimana arkitek hanya melukis pelan bangunan melalui AUTO-CADD. Maka jelaslah bahawa hubungan komunikasi dengan dunia luar begitu penting agar kita tidak melakukan perkara yang sia-sia yang hanya membuang masa kita sendiri apabila melangkah ke dalam alam pekerjaan kelak dimana kita lebih tertumpu kepada penggunaaan bahan binaan yang sudah tidak selari dengan kehendak zaman. Kesimpulannya, Latihan Industri kebanyakannya lebih mirip kepada alam pekerjaan yang sebenar cuma adakalanya pelajar tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi atas faktor keselamatan. Apa yang penting, latihan industri ini dapat menghilangkan perasaan negatif dalam diri kita sendiri. 6
  7. 7. 1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.2.1 Pengenalan Organisasi HC Hidayah Construction merupakan syarikat kontraktor binaan am yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dimana syarikat ini telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2006 dan merupakan syarikat milik perkongsian oleh dua kontraktor utama syarikat iaitu En Mohd Azam B Muhammad dan En Syamsul Bahri Bin Hj Hamzah. Peranan syarikat ini adalah lebih kepada perunding pemasaran hartanah dan pemaju perumahan. 1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi Rajah 1.2.2 : Logo Syarikat Penubuhan syarikat ini diilhamkan oleh ayah kepada En Syamsul sendiri iaitu Tuan Hj Hamzah B Zakaria atau lebih dikenali dengan gelaran “Pak Su” dalam kalangan masyarakat yang mengenalinya. Tuan Haji Hamzah merupakan seorang pemasar hartanah yang berjaya. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang hartanah, beliau telah mengorak langkah untuk menceburi bidang pembinaan dengan menubuhkan syarikat binaan yang berindentitikan syarikat 100% bumiputra. Perkataan “Hidayah” dalam nama syarikat HC Hidayah Construction diambil daripada nama syarikat utama yang diterajui oleh Tuan Hj Hamzah sendiri iaitu syarikat Hidayah Group yang mempunyai rangkaian perniagaan yang luas di sekitar Kok Lanas seperti Hidayah Internet Cafe, Hidayah Cafe, Hidayah Dobi, Hidayah Sewa Kereta dan Asrama Hidayah. Perkataan “Hidayah” dalam nama “Hidayah 7
  8. 8. Group” sebenarnya lebih merujuk kepada aspek kerohanian dimana hidayah dapat ditakrifkan sebagai petunjuk kepada kebenaran yang menjadi milik Allah swt. Hidayah juga merujuk kepada perubahan yang berlaku dimana manusia akan menunjukkan perubahan sikap bergantung kepada hidayah yang diberikan oleh Allah swt. Walaupun masih baru dalam industri pembinaan, HC Hidayah Construction telah banyak membuat beberapa projek pembinaan di sekitar negeri Kelantan. Hal ini menjadikan HC Hidayah Construction sebagai syarikat yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam bidang pembinaan. Kebanyakan projek pembinaan yang dijalankan di bawah firma ini lebih terarah kepada pembinaan rumah kediaman untuk orang awam melalui kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan selaras dengan peranan syarikat sebagai pemaju perumahan. HC Hidayah Construction juga turut terlibat dalam pembinaan bangunan awam walaupun syarikat ini lebih sinonim dengan pembinaan rumah-rumah kediaman. Satu-satunya projek pembinaan bangunan dibawah syarikat ini ialah pembinaan bangunan Hidayah Futsal Centre yang menempatkan 2 gelanggang Futsal pada asalnya. Pembinaan bangunan tambahan bagi Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas turut dijalankan oleh syarikat ini. Walaubagaimanapun, Masjid Ar-Rahman bukanlah projek utama yang dijalankan syarikat ini sebaliknya HC Hidayah Construction hanya berfungsi sebagai kontraktor untuk menyiapkan bangunan tambahan Masjid Ar-Rahman melalui sumbangan duit daripada tabung Masjid ArRahman sendiri. 8
  9. 9. 1.2.3 Ahli lembaga pengarah SYAMSUL BAHRI BIN HJ HAMZAH (Pengarah Pengurusan) Nama : Syamsul Bahri Bin Hj Hamzah No IC : 750615035385 Jawatan : Pengarah Pengurusan Tarikh Lahir : 15 Jun 1975 Alamat Kediaman : Lot 1246, Depan Politeknik Kota Bharu 16450 Ketereh Kelantan Kelulusan Profesional : Pendawaian Tiga Fasa (PW4) Juruteknik Pendidikan : Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu Pengalaman Kerja : Kontraktor dibawah syarikat utama milik keluarga, Hidayah Group (1995-2005) 9
  10. 10. MOHD AZAM BIN MUHAMMAD (Pengarah Projek) Nama : Mohd Azam Bin Muhammad No IC : 650726035099 Jawatan : Pengarah Projek Tarikh Lahir : 26 Julai 1965 Alamat Kediaman : No 72, Kampung Hutan Puteh 18500 Machang, Kelantan Kelulusan Profesional : Pendawaian Tiga Fasa (PW4) Penjaga Jentera (AO) Pendidikan : Sijil Kemahiran Malaysia Institut Kemahiran Belia dan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu Pengalaman Kerja : Kontraktor dibawah syarikat Kembang Maju Sdn Bhd (1987-1991) dan Kompleks Pam Kemubu (1991-2006) 10
  11. 11. 1.2.4 Aktiviti Organisasi Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, HC Hidayah Construction merupakan firma yang memainkan peranan sebagai perunding pemasaran hartanah dimana firma ini mengatur penjualan, pembelian, penyewaan dan pajak hartanah. Berikut adalah merupakan peranan-peranan HC Hidayah Construction sebagai perunding pemasaran hartanah dalam aspek ini; Mendapatkan maklumat tentang harta yang hendak dijual atau dipajak, status pemilik dan syarat pemilikan dan keperluan bakal pembeli atau penyewa; Mengatur prosedur tandatangan perjanjian pajak dan pemindahan hak harta; Mengutip sewa dan deposit bagi pihak pemilik serta memeriksa harta sebelum, semasa dan selepas penghunian. Menunjukkan harta yang hendak dijual atau dipajak kepada bakal pembeli atau penyewa dan menerangkan terma penjualan dan syarat sewa atau pajak; HC Hidayah Construction juga bertanggungjawab dalam pembinaan beberapa projek rumah kediaman untuk orang tempatan dimana orang tempatan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pelanggan yang membeli hartanah atau perumahan melalui surat perjanjian yang dipersetujui selaras dengan peranan HC Hidayah Construction sebagai pemaju perumahan. Berikut adalah senarai aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh firma HC Hidayah Construction sepanjang 6 tahun penubuhannya: 11
  12. 12. NO. PROJEK PEMBINAAN KELULUSAN PBT KOS (RM) TARIKH MULA/ SIAP MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDT/B 1 TINGKAT DI LOT PT 1018, 1 1/0315/2007 RM156000.00 19/03/2007 20/09/2008 MUKIM MORAK, TUMPAT, KELANTAN MEMBINA RUMAH MDT/B KEDIAMAN 1 TINGKAT DI 2 1/009/2008 RM120000.00 31/01/2008 19/07/2009 LOT PT 1019, MUKIM MORAK, TUMPAT, KELANTAN MEMBINA RUMAH MDT/B KEDIAMAN 1 TINGKAT DI 3 1/2/017/2008 RM82446.00 25/03/2008 01/10/2009 LOT PT 1020, MUKIM MORAK, TUMPAT, KELANTAN MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDPP KN DI LOT PT 3119, MUKIM 4 4/3509/08 RM135000.00 18/03/2007 12/12/2008 PADANG PAK AMAT, PASIT PUTEH, KELANTAN 5 MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDPP KN DI LOT PT 2651, MUKIM 4/3317/07 RM160000.00 26/08/2007 12/12/2008 PADANG PAK AMAT, PASIR PUTEH, KELANTAN 12
  13. 13. MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDT/B DI LOT PT 738, MUKIM 6 1/1/138/08 RM210000.00 05/05/2008 – 20/10/2009 CHENDERONG BATU, TUMPAT, KELANTAN MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDT/D SETINGKAT DI LOT PT 740, 7 1/1/269/09 155000.00 27/04/2010 SEKARANG MUKIM CHENDERONG, BATU TUMPAT, KELANTAN MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDPP KN SETINGKAT DI LOT PT 8 4/3645/09 RM150000.00 18/09/2008 – SEKARANG 2648, MUKIM PADANG P, PASIR PUTEH, KELANTAN MEMBINA DAN MDT/D MENYIAPKAN 1 UNIT 9 1/1/014/2010 RM130000.00 01/08/2010 – SEKARANG RUMAH KEDIAMAN BATU (KEKAL) 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 736 10 MEMBINA DAN MDT/B MENYIAPKAN SEBUAH 1/1/068/09 RM 165000.00 24/06/2010 – SEKARANG RUMAH KEDIAMAN (BATU) DI ATAS LOT PT 739, MUKIM CHENDERONG, WAKAF BHARU, TUMPAT, KELANTAN 13
  14. 14. MEMBINA DAN MDT/B MENYIAPKAN SEBUAH 11 1/146/2007 RM120000.00 12/08/2007 – 11/08/1008 RUMAH KEDIAMAN (BATU) DI ATAS LOT PT 1022, MUKIM MORAK, KEBAKAT, TUMPAT, KELANTAN MEMBINA DAN MDM MENYIAPKAN SEBUAH 12 431/141/05/06 RM110000.00 13/03/2006 – | 12/03/2007 RUMAH KEDIAMAN (BATU) 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 698, MUKIM BAKAR, ULU SAT MACHANG MEMBINA DAN MDPP KN MENYIAPKAN SEBUAH 13 4/3070/06 RM180000.00 03/11/2006 – 02/11/2007 RUMAH KEDIAMAN (BATU) 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 2519, MUKIM PASIR PUTEH, LIMBONGAN PASIR PUTEH, KELANTAN 14 MEMBINA 1 UNIT RUMAH MDK/B TERES BATU (KEKAL) 2 40/10 RM180000.00 22/02/2010 TINGKAT DI ATAS LOT PT 2195, MUKIM MAHANG WEST, PANGKAL KALONG, KOTA BHARU, KELANTAN 14
  15. 15. MEMBINA DAN MDPP MENYIAPKAN 2 UNIT 15 431/77/2010 RM320000.00 01/06/2010 – SEKARANG RUMAH KEDIAMAN BERKEMBAR BATU KEKAL 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 258 DAN LOT PT 259, MUKIM TELIAR, BUNUT SUSU, PASIR MAS, KELANTAN MEMBINA DAN MDPP MENYIAPKAN 2 UNIT 16 431/268/2009 RM320000.00 01/06/2010 – SEKARANG RUMAH KEDIAMAN BERKEMBAR BATU KEKAL 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 262 DAN LOT PT 263, MUKIM TELIAR, BUNUT SUSU, PASIR MAS, KELANTAN 17 MENYIAPKAN BANGUNAN MDK/B FUTSAL YANG 40/2010 RM500000.00 01/01/2010 – 01/07/2010 MENEMPATKAN DUA GELANGGANG FUTSAL DI JALAN PANGKAL KALONG, KOK LANAS, KOTA BHARU, KELANTAN 15
  16. 16. MEMBINA DAN MDK/B MENYIAPKAN 1 UNIT 18 109/10 RM230000.00 17/04/2010 – SEKARANG RUMAH KEDIAMAN 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 414, MUKIM BULOH POH, KADOK, KOTA BHARU, KELANTAN MEMBINA DAN MDM MENYIAPKAN SEBUAH 19 431/77/09/05 RM185000.00 01/09/2009 – 09/09/2010 RUMAH KEDIAMAN (BATU) 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 2196, MUKIM DEWAN LABOK, MACHANG, KELANTAN MEMBINA DAN MDPP KN MENYIAPKAN SEBUAH 20 4/3370/07 RM120000.00 01/04/2007 – 02/07/2008 RUMAH KEDIAMAN (BATU) 1 TINGKAT DI ATAS LOT PT 2649, PADANG PAK AMAT, PASIR PUTEH, KELANTAN 21 MEMBINA DAN MDM MENYIAPKAN 1 UNIT 431/152/06/06 RM180000.00 22/01/2007 – 21/01/2008 RUMAH KEDIAMAN (BATU) DI ATAS LOT PT 2947, MUKIM MACHANG, ULU SAT, MACHANG, KELANTAN 16
  17. 17. 1.2.5 Carta Organisasi HC Hidayah Construction MOHD AZAM B MUHAMMAD SYAMSUL BAHRI B HJ HAMZAH PENGARAH PROJEK PENGARAH PENGURUSAN BAHAGIAN PROJEK PEMBINAAN BAHAGIAN PENGURUSAN ZAIMIL HAKIM B HJ HAMZAH SHAHRULNIZAM BIN HANAFI MOHD SUKRI B ARIFFIN BAHAGIAN AWAM BAHAGIAN ELEKTRIK PENGARAH PEMASARAN MARTINIE MOHD DAUD WAN MOHD FADHIL WAN JAAFAR MOHD IZANI B MAT ZIN PENYELIA TAPAK KAKITANGAN EKSEKUTIF PERAKAUNAN PENYELIA TAPAK ALLIAS BIN OMAR ZAIDI B MUHAMAD EKEKUTIF PERAKAUNAN EKSEKUTIF JUALAN 17

×