B&k
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

B&k

on

  • 2,822 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,822
Views on SlideShare
2,822
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
146
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

B&k B&k Document Transcript

  • 1.0 Pengenalan Perkhidmatan Bimbiangan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang amat penting di sekolah rendah mahupun institut-institut Pengajian Tinggi. Ianya bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, malah, ia juga dapat menolong pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekolah yang dipilh untuk ditinjau oleh kumpulan kami dalam menjayakan kerja kursus ialah SJK ( C ) Desa Jaya, Kepong. Sekolah ini dipilh kerana dijangka Unit B&K di sekolah ini aktif disebabkan bilangan muridnya yang ramai. Seramai 4432 murid yang belajar di sekolah ini, 2247 murid dari sesi pagi dan 2185 dari sesi petang. Terdapat 185 orang guru yang bertugas di sekolah ini termasuklah 3 orang guru kaunseling dimana 2 orang guru ditugaskan di sesi pagi dan seorang lagi guru kaunseling ditempatkan di sesi petang. Ini disebabkan murid tahap 1 lebih jarang mengalami masalah disiplin berbanding dengan murid tahap 2. Dari sesi temu bual yang dijalankan, didapati bahawa guru-guru kaunseling di sekolah ini menggunakan buku panduan yang disediakan dengan sepenuhnya dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran.2.1 Matlamat Unit B&K Menurut Puan Lim Sok Chuang, Ketua Unit B&K , matlamat unit B&K adalah seperti berikut: 1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. 1
  • 3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain. 4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu manghadapi dan mengatasi masalah sendiri. 5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. 6. Memberikan perkhidmatan kea rah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. 7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.2.2 Peranan Guru Kaunseling Menurut beliau, peranan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa termasuklah : 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 2. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid. 3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid. 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar ( instructional ) yang merangsang perkembangan murid secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling individu secara professional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid. 2
  • 8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR.9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, dan alkohol.10. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pendidikan selepas UPSR.11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.13. Membuat penilaian aktiviti, modu, instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.15. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.16. Menjadi Penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.17. Mengenalpasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis di sekolah.18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. 3
  • 21. Menjadi perancang dan pelaksna dalam program PRS, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Program Kaunseling Berfokus, Program Kepimpinan Pengawas, Program Keibubapaan, Program Orientasi Murid dan Program Mentor-mentee di sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan seumpamanya. 23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat/ Program Peningkatan Keselamatan Sekolah, Dasar Pendidikan Wajib dan Penempatan (kemasukan) murid di sekolah. 24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid di Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 25. Melaksanankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.2.3 Bidang Perkhidmatan B&K 1. Inventori Individu Dan Rekod a. Fail bimbingan untuk setiap orang pelajar dikendali dengan teratur dan selamat dalam bidang perkhidmatan ini. b. Butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar juga dikumpul dan direkod dengan teliti. c. Perangkaan dan corak kehadiran pelajar diawasi untuk tujuan rujukan kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar diselaras, dijaga dan dikemaskini dari masa ke semasa. e. Pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah diberi maklumat objektif untuk tujuan pemulihan. f. Guru kaunseling juga akan menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar. 4
  • 2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.Dalam perkhidmatan ini, ketua dan guru kaunseling akan:a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolahb.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling KelompokKetua Unit B&K dan guru-guru kaunseling bertanggungjawab untuk:a. Memberi bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain- lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.b.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.c.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.4. Perkhidmatan KaunselingGuru B&K akan mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar secara individu ataukelompok mengenai:(a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. 5
  • (b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.(c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi.(d) Tidak turut serta dalam aktiviti kokurikulum.(e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.Selain itu, kelas kaunseling tunjuk ajar juga diadakan untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiranberkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diridari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.5. Perkhidmatan PenempatanPerkhidmatan ini bertujuan membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulumberdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan mereka.Tugas Guru B&K :a. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).b. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).c. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan InhalenPerkhidmatannya termasuklah:(a) Bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.(b) Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. 6
  • (c) Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerianatau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk:(a) Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.(b)Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.(c)Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.(d)Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.(e) Merancang tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.(f) Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos(a) Penyelarasan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain dijalankan dalam bidang perkhidmatan ini.(b) Ia juga menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.(c) Penyelaraan penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah juga diadakan.(d) Guru B&K juga merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. 7
  • 9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa Guru B&K bertanggungjawab: (a) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran dalam bidang perkhidmatan ini.. (b) Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. (c) Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. (d) Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. (e) Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga. 10. Perkhidmatan Penilaian Dalam bidang perkhidmatan ini pula, guru B&K akan: (a) Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. (b) Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.2.4 Teknik Pengumpulan Inventori Rekod 1) Mengumpul Data Murid Perkhidmatan mengumpul data pelajar dipanggil sebagai perkhidmatan inventori individu. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah biodata kesihatan, pencapaian akademik, bakat penyesuaian peribadi, minat rancangan masa depan dan latar belakang keluarga pelajar itu. Kaedah Perkhidmatan: a) Rekod Himpunan Sulit 001/M/77 Mengandungi butir-butir keluarga pelajar, rekod kedatangan sekolah, gerak kerja kokurikulum, keputusan ujian dan peperiksaan. Himpunan sulit pelajar termasuklah sifat diri pelajar, minat dan kecenderungan pelajar mengikut pandangan guru dan diri pelajar. 8
  • b) Temu duga ibubapa diadakan untuk mendapatkan maklumat tentang pelajar.Mengendalikan temuduga dengan berkesan dapat mewujudkan hubungan (tidak terlalu formal dan stereotaip), ingatan yang kuat (tidak digalakkan mencatat semasa sesi berlangsung), sabar dan ramah, rancang masa temu duga, merekod data. c) Borang soal selidik dijawab responden (ibu bapa & pelajar). Aquino&Alviar (1980) kebolehpercayaan borang ini boleh ditingkatkan dengan pengawasan teliti oleh kaunselor. Lebih paktikal dan responden bebas menjawab menurut nilai-nilai kepercayaan dan budaya masing-masing. d) Kaedah perkhimatan sebaran secara tidak langsung. Contohnya : poster, risalah, pameran, majalah sekolah dan radio sekolah. 2) Perkhidmatan Kaunseling dan KerjayaKaunselor perlu mempunyai pengetahuan asas tentang keperluan murid danmemahami tingkah laku murid dan sahsiah mereka. Mempunyai kemahiran mendengar,komunikasi, mengenal pasti masalah dan kemahiran membuat keputusan juga adalahcirri-ciri yang perlu ada pada seorang kaunselor yang professional. 3) Perkhidmatan Mencari Klien.Menurut Mohd Fadzil Jamaluddin (1992), perkhidmatan mencari klien ialahperkhidmatan sebaran iaitu tindakan mengiklankan kaunseling di sekolah. KaedahPerkhidmatannya termasuklah kaedah perkhidmatan secara langsung contohnya,memberi ceramah kepada pelajar, Persatuan Ibu Bapa & Guru(PIBG), kelab bimbingandan kaunseling sekolah dan mengadakan aktiviti kelab. 9
  • 2.5 Program Perkhidmatan B&K Terdapat 8 bidang tugas dalam Perkhidmatan B&K. Bidang Bimbingan dan Kaunseling merupakan bidang yang paling umum. Antara perkhidmatan yang terdapat dalam bidang ini termasuklah: (i) Kaunseling individu (ii) Kaunseling kelompok (iii) Bimbingan individu (iv) Bimbingan kelompok (v) Konsultasi Di SJK ( C ) Desa Jaya, kaunseling individu adalah cara yang biasa digunakan. Menurut Encik Kho, guru kaunseling sekolah tersebut, masalah yang biasanya dihadapi oleh murid yang memerlukan kaunseling ialah masalah disiplin dan masalah keluarga. Dalam bidang akademik pula, perkhidmatan yang dibekal adalah seperti berikut: (i) Bimbingan kelompok (ii) Bimbingan individu (iii) Bengkel (iv) Seminar (v) Mentor Mentee dan lain-lain lagi Kaedah yang dipilih oleh guru B&K di sekolah ini termasuklah seminar, ceramah, bengkel dan lawatan. Menurut Encik Kho, kaedah-kaedah tersebut dapat meningkatkan minat dan keyakinan diri murid terhadap pelajaran. Program Mentor Mentee juga dijalankan pada murid tahun 6 dan murid dari kelas tegak Tahun 1 di sekolah ini. Murid yang terlibat dalam program ini perlu mendapatkan bimbingan dari guru pembimbing mereka 30minit seminggu. Guru pembimbing perlu memberi dan menyemak tugasan murid mereka. Selain itu, bagi murid sesi petang, guru-guru akan menyediakan tayangan video, lagu, lagu sifir, pantun, puisi untuk murid-murid sebelum waktu persekolahan 10
  • bermulai iaitu dari pukul 12.30 hingga pukull 1.00 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Matematik. Dalam bidang Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan dan HIV/AIDS pula, Unit B&K pernah mengadakan ceramah dan pertandingan melukis poster. Ini dapat memupuk sikap benci kepada dadah di samping mendidik murid kita kemahiran menghindar jangkitan HIV/AIDS.3.0 Langkah-langkah Perkhidmatan B&K Memperkembangkan Prestasi dan Diri Murid Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah perkhidmatan yang disediakan khususnya untuk membimbing dan menolong para pelajar dan warga sekolah yang mengalami kekeliruan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri untuk mencapai matlamat hidup. Dari segi perkembangan diri dan prestasi pelajar, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah memainkan pelbagai peranan seperti seorang kawan,ibu bapa, cikgu dan sebagainya. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menolong pelajar dengan membantu perubahan tingkah laku sesetengah pelajar akibat tempoh pertumbuhan. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga membantu pelajar semasa membuat pelbagai keputusan seperti seseorang pelajar telah diajak oleh kawan untuk berjudi tetapi dia tidak megetahui bahawa sama ada perlu mengikuti kawan tersebut atau tidak mengikutinya tetapi akan kehilangan seorang kawan. Maka, kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan menjelaskan pelbagai akibat yang akan dialami olehnya seperti ditangkap oleh pihak polis jika mengikuti kawan tersebut untuk berjudi dan mempercepatkan pelajar tersebut menjadi rasional semasa mengalami masalah. Selain itu, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti kem motivasi untuk membantu pelajar berkembang dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan ko-kurikulum semasa belajar di sekolah. Perkhidmatan 11
  • Bimbingan dan Kaunseling akan membantu pelajar untuk memahami diri dankebolehan sendiri. Dengan itu,pelajar akan memilih pekerjaan yang sesuai dengankebolehan mereka dan diminati oleh mereka. Maka, pelajar akan lebih maju selepasmendapat pekerjaan. Selepas itu,pelajar akan membuat penyesuaian yang paling baikdalam tempoh yang paling singkat. Kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa berhubungdengan guru kelas untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan pertolongan khasseperti didera oleh ibu bapa atau dibudi oleh pihak luar menyebabkan pelajar tersebutponteng sekolah atau enggan balik ke rumah. Kemerosotan disiplin yang semakin terukbaru-baru ini perlu dikenalpasti dan mendapat penyelesaian paling berkesan dan cepatoleh pihak sekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jika pihaksekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak mengambil perhatian,maka masalah disiplin di sekolah tidak akan selesai dan menjejaskan masyarakatselepas pelajar bekerja di masyarakat. Dengan ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menekankankepentingan peraturan-peraturan sekolah , sentiasa mengadakan ceramah-ceramahyang memberi pengertian akan falsafah hidup. Untuk mengatasi masalah disiplin, pihakPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu memahami sesetengah pelajar tidakboleh didenda, sebaliknya pelajar tersebut bersedia berubah apabila kaunselormenjalankan proses rundingan mengenai masalah yang mereka hadapi. Kaedah inilebih sesuai kerana kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilihat sebagaiorang yang lebih rapat dengan pelajar tersebut . Selain berunding dengan pelajar, pihakPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menyerabkan pembinaan nilai-nilai ,tingkahlaku dan tatasusila secara beransur-ansur dan bukannya secara paksaan.Ini boleh membawa kepada keupayaan pelajar-pelajar mendisiplinkan diri mereka tanpatekanan dari mana-mana pihak. Program bimbingan yang dicadangkan oleh Unit Bahagian Sekolah-sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia yang bersifat menyeluruh dan pelbagai mobiliti iaitukhidmat bimbingan untuk semua kelompok di sekolah tanpa mengira latar belakangkaum, agama atau kepercayaan dalam aspek perkembangan individu seperti kognitif, 12
  • psikomoto, afektif, jasmani, moral atau agama, kejantinaan , vokasional atau kerjaya.Bersepadu dengan cadangan Unit Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian PendidikanMalaysia, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah menyediakanperkhidmatan yang mengandungi 10 aspek. Pertama sekali, Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod. Pihak PerkhidmatanBimbingan dan Kaunseling perlu mengendalikan fail bimbingan bagi setiap pelajar.Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiranminat pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga perlumengawasi corak kehadiran dan memberi maklumat tentang pencapaian dankemajuan pelajar tertentu untuk bimbingan atau pendidikan pemulihan. Tugasanmenyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod adalah untuk menjalankan kaji selidikdan membuat tafsiran tentang pelajar yang tertentu. Perkhidmatan Memberi maklumat disediakan oleh pihak PerkhidmatanBimbingan dan Kaunseling untuk mengumpul dan menyebar maklumat pelajaran,vokasional , latihan dan kerjaya kepada pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling akan merancang,melaksanakan , mengawal aktiviti kemahiran belajaruntuk semua pelajar melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil,poster, bulletindan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya. Selain itu, pihak pihakPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sesetengah sekolah juga mewujudkan lamanweb untuk memberi maklumat tentang kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.Dalam tajuk tersebut, ia akan mengajar pelajar tentang langkah persediaan, teknikpembelajaran, kesungguhan belajar,punca lupaan dan cara menguatkan ingatan. Ketiga, Perkhidmatan Bimbingan Secara Kelompok. Aktiviti yang dijalankan olehpihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tunjuk ajar yang bolehmenggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif,psikososial, jasmani,kejantinaan, vokasional moral atau agama. Bimbingan ini bertujuanuntuk perkembangan diri. Bimbingan yang bersifat penyesuaian akan mengadakanbimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik.Seterusnya, Perkhidmatan Kaunseling yang dilakukan secara individu atau kelompokuntuk menyelesaikan rujukan yang dibuat oleh guru dan ibu bapa, ketidakhadiran 13
  • kegiatan kokurikulum, masalah disiplin dan sebagainya. Kaunseling keluarga mungkinakan diadakan untuk memahami masalah pelajar jika masalah pelajar serius. Seperti mana yang disebut sebelum ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling akan memberi Perkhidmatan Penempatan untuk membantu pelajar memilihkegiatan bidang kokurikulum semasa di sekolah atau pekerjaan selepas lepasansekolah. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan membantu pelajarmemilih bidang yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuan pelajar.Perkhidmatan yang keenam adalah Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah.Perkhidmatan ini diadakan untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah.Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan bekerjasama dengan JabatanPendidikan Negeri untuk merancang, melaksanakan tentang aktiviti pencegahan dadah,inhalan, rokok dan alkohol. Jika terdapat pelajar yang terambil dadah,pihakPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan memberi bantuan pemulihan ataurawatan dan memberi maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Dalam Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan, pihak Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling akan menolong pelajar lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya,pelajaran dan sebagainya.Perkhidmatan ini juga akan merancang bersama gurutentang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan pelajar. PerkhidmatanPenyelaras Sumber yang disediakan adalah untuk menjadi penyelaras bagi aktiviti yangberkaitan dengan kebajikan pelajar dan menjadi pakar rujuk dalam kegiatankokurikulum. Perkhidmatan Perbincangan dengan ibu bapa adalah disediakan untukberhubung dengan ibu bapa pelajar untuk mengawasi kemajuan pelajar terutamanyapelajaran dan disiplin.Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga akan menghubungi ibu bapapelajar jika kemajuan disiplin pelajar tidak memuaskan. Perkhidmatan yang kesepuluhadalah Perkhidmatan Penilaian. Penilaian yang dibuat adalah untuk meningkat mutuprogram bimbingan, menilai model bimbingan sebelum pelaksanaan. 14
  • Semua perkhidmatan ini adalah disediakan demi kebaikan pelajar dari pelbagaiaspek. Tidak dapat dinafikan,Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telahmemainkan peranan yang penting untuk menolong pelajar dalam perkembangan diridan prestasi.4.0 Penghargaan Ketiga-tiga ahli kumpulan kami berasa amat gembira kerana dapat bekerjasamadalam menjayakan tugasan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadatiga orang guru kaunseling dari SJK (c) Desa Jaya kerana sudi membantu membermaklumat kepada kami walaupun sebahagian daripada maklumat yang diberi adalahsulit. Selain memberi maklumat, mereka juga memperkenalkan beberapa buah bukuyang dapat membantu kami dalam tugasan ini. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadapensyarah kami, Ms. Teh Chiew Lan keranan memberi kami tugasan ini. Beliaumemberi banyak bimbingan dan cadangan supaya kami dapat menyelaesaikan tugasanini dengan lebih senang. Sebelum membuat tugasan ini, kami cuma tahu adanya Unit B&K di sekolahtetapi tidak sedar tentang tugasnya, peranannya dan bidang perkhidmatan yang diberioleh unit tersebut. Selepas membuat tugasan ini, barulah kami sedar bahawakepentingan Unit B&K. Tugas dan peranan guru B&K amat sukar dan beban merekajuga amtat berat. Akan tetapi, jasa mereka sangat besar kerana dengan adanya guru-guru kaunseling, barulah organisasi sekolah dapat berfungsi dengan baik. Kami berharap semua Unit B&K di sekolah ataupun di institut di Negara kitadapat berfungsi dengan sempurna dan guru-guru kaunseling dapat menjalankan tugasmereka tanpa halangan kerana ianya amat penting dalam memastikan kebaikan semuapihak. 15
  • Akhir kata, kami juga berharap agar tugasan ini mematuhi garis panduan tugasan yang diberi pensyarah dan kami mengucapkan ribuan maafan sekiranya terdapat kesilapan dalam tugasan ataupun pengguanaan istilah kami kurang memuaskan. Sekian terima kasih. JADUAL PELAKSANAAN TUGAS TARIKH AKTIVITI 6 Julai 2011 Temu bual dengan ketua unit B&K tentang matlamat Unit B&K dan peranan guru kaunseling 20 Julai 2011 Temubual kali dengan guru kaunseling, Kho Pu Soon tentang Bidang Perkhidamatan B&K 21 Julai 2011 Perbincangan antara ahli kumpulan 23 Julai 2011 Temubual dengan Joo Choon Heong, guru B&K sesi petang mengenai teknik pengumpulan inventori rekod 5 Ogos 2011 Pengumpulan maklumat tentang program yang dijalankan dalam tahun 2010 dan 2011 8 Ogos 2011 Mengambil gambar bilik kaunseling dan sesi kaunseling7 September 2011 Cari maklumat tentang langkah-langkah B & K memperkembangkan diri dan prestasi pelajar24 September 2011 Perbincangan ahli kumpulan untuk menjayakan laporan dan esei.17 September 2011 Membuat bibliografi, penghargaan dan menaip jadual pelaksanaan tugas 16
  • 17