Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Demokrasi di Malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Demokrasi di Malaysia

  • 13,416 views
Published

Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi, …

Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi,
huraikan sejauh mana demokrasi di Malaysia
berjalan sesuai dengan ciri-ciri demokrasi.

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
13,416
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
217
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SKSP1033EVOLUSI POLITIK MALAYSIA Soalan 10Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi,huraikan sejauh mana demokrasi di Malaysia berjalan sesuai dengan cirri-ciri demokrasi. NURUL AFIFAH BINTI RIDZUAN A140686 JAM 10-11
  • 2. KANDUNGAN HALAMAN 1. Definisi 2. Prinsip-prinsip Demokrasi 3. Demokrasi di Malaysia 4. Rujukan 5. Lampiran
  • 3. 1.0 DefinisiIstilah demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu δημοκρατία – (dēmokratía), yangbermaksud “kekuatan rakyat”. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan berlainan, iaituδῆ μος (dêmos) “rakyat” dan κράτος (Kratos) “kekuasaan” (Rapar 1988, 50). “Democracy means popular power, rule by the demos.” (Ake, 1992) Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara demokratik.Pemerintahan yang dimaksudkan ialah pemerintahan yang menggariskan bahawa kekuasaanberada di tangan rakyat. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tanganrakyat, kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahansesebuah negara. Dalam Ucapan Gettysburg (Gettysburg Address) pada tahun 1863,Abraham Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai; “...and that government of the people, by the people, for the people...”William Godwin dalam bukunya, An Enquiry Concerning Democracy menyatakan bahawa; “Democracy is a system of government according to which every member of a societyis considered as a man and nothing more.” (Pickles 1970) Melalui demokrasi, keputusan yang diambil adalah berdasarkan suara terbanyak.Sistem demokrasi memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat sesebuah negarademokratik. Namun pada awal terbentuknya sistem ini di Athens, hanya lelaki sahaja yangdibenarkan mengambil bahagian untuk bersuara di dewan.Demokrasi merupakan sebuah bentuk kerajaan di mana kuasa tertinggi dilaburkan padarakyat dan dilaksanakan oleh mereka secara langsung atau tidak langsung melalui sistem
  • 4. perwakilan yang biasanya melibatkan pilihanraya yang bebas secara berkala. Dalamdemokrasi langsung, orang ramai mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung.Contohnya, seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah Bandar Yunani kuno danmesyuarat bandar di New England. Namun, kebanyakan demokrasi hari ini diamalkan secaratidak langsung, iaitu secara perwakilan. Konsep demokrasi secara perwakilan wujudsebahagian besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman PertengahanEropah dan Zaman Pencerahannya dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasimelambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan bersuara dan akhbar, dankedaulatan undang-undang. Contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalahseperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan negara kita sendiri, Malaysia.
  • 5. 2.0 Prinsip-prinsip Demokrasi 2.1 PerlembagaanPerlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara danmemperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yangmengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul ConstitutionalLaw pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsikepada prinsip-prinsip bahagian tertentu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan ataubadan yang dikenali sebagai rakyat. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern PoliticalAnalysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks danseimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksipentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untukmenggunakan sistem ini. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasarpenting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama adadibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikianpandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics.
  • 6. 2.2 Pengasingan kuasaPerlembagaan merupakan medium yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formalkerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya,Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan satu cabangkerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Struktur pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan bagi menjaminpemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif),Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Pengasingan kuasa dalamsesebuah pemerintahan ini dikenali sebagai “Doktrin Pengasingan Kuasa1”. Doktrin ini muladiperkenalkan oleh Montesquieu, pemikir daripada Perancis pada abad ke-18 ketika negaraPerancis diperintah oleh Louis XIV, yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya.Montesquieu berusaha untuk merangka satu doktrin supaya rakyat dapat menjalani kehidupanyang lebih terjamin dan selamat daripada kezaliman pemerintah. Pengasingan kuasa inibertujuan untuk mengelakkan kewujudan sebarang permuafakatan atau komplot antara badanperundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman. Selain itu, menjadi kepentingankuasa-kuasa ini diasingkan supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badantersebut, di samping memainkan peranan sebagai “Sistem Semak dan Seimbang2” (check andbalance) dalam pemerintahan negara.1 Doktrin pengasingan kuasa bermaksud setiap badan memiliki bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab khususserta tidak bertindih di antara satu sama lain.2 Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan kuasa cabangkerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalampentadbiran sesebuah negara.
  • 7. 2.3 Pilihan Raya Bebas / Pemerintahan mengikut majoritiMenurut D. Robertson, pilihan raya merupakan satu kaedah untuk memilih calon bagijawatan atau kerusi tertentu (Asnarulkhadi 1997, 92). Pilihan raya juga merupakan satukaedah berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruhdunia. Malah, negara yang dipimpin oleh dictator atau rejim tentera juga kerap menggunakanpilihan raya yang penuh dengan tipu muslihat dalam usaha melindungi mekanisme pemilihanpolitik mereka yang sebenar (Asnarulkhadi 1997, 92). Ini kerana, pilihan raya boleh diadakandengan pelbagai kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan sepertidalam kebanyakan pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia (Asnarulkhadi 1997, 92). A. Rashid Rahaman pula menghuraikan dengan lebih lanjut definisi pilihan raya, iaitupemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuatmenerusi undi sesebuah perkumpulan (Asnarulkhadi 1997, 92). Dalam pilihan raya,pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam pilihanraya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akanmewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasaorganisasi tertentu, di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas(Asnarulkhadi 1997, 92).
  • 8. 2.4 Kebebasan bersuaraKebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campurtangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya,suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang manusia itu mempunyaihak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka diajuga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalambentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan. Seperti dikatakan olehOnkar Ghate: “Kebebasan berfikir adalah aspek kerohanian (mental) kepada hak terhadapkebebasan, kebebasan bersuara ialah aspek fizikalnya; satu mewakili minda, satu lagimewakili jasad”.
  • 9. 2.5 Perwakilan Berinstitusi / Politik KepartianParti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untukmemilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Parti politikpula ialah satu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yangtersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka dapatdijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu, ahli-ahli politik biasanyaakan bertanding di adalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak berpengaruhakan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisanparti politik. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telahberkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yangsemakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar danmampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapatdibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yangmenyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (BarisanAlternatif iaitu PAS, DAPdan keADILan). K. Ramanathan (1992) pula menyatakan bahawa secara umumnya, partipolitik boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabunguntuk menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.
  • 10. 2.6 Kebebasan Mengkritik (media massa dan elektronik)Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar.Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu negara dengan negara yang lain mengikutkeadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbardi Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara danmasyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara. Muammar Al-Qathafi menyifatkan media sebagai; “The press is a means of expression of the society and is not a means of expression ofa natural or coporate person. Logically and democratically, the press, therefore, cannot beowned by either of these. Any newspaper owned by an individual is his own and expressesonly his point of view. Any claim that a newspaper represents public opinion is groundlessbecause it actually expresses the viewpoints of a natural person... The democratic press is thatwhich is issued by a popular committee comprising all the various categories of society. Inthis case only, and not otherwise, will the press or any information medium be an expressionof the whole society and a bearer of the viewpoint of its categories and thereby the press orinformation medium will be indeed democratic”. (Al-Qathafi)
  • 11. 2.7 Persamaan dan keadilan dalam semua aspekSistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiridaripada pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistemdemokrasi tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat perselisihan dalammasyarakat majmuk, yang kemudian mampu melahirkan golongan yang suka menimbulkanmasalah. Malah, lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan sistemdemokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi kepentingan kepada sesebuah kerajaanuntuk memberi kesamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara demokratik itusentiasa aman dan sejahtera.
  • 12. 2.8 Hak asasi manusia terjaminPerhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana kehendakrakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untukmenjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan denganpembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslahmengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuahperlembagaan demokrasi.
  • 13. 3.0 Demokrasi di MalaysiaMalaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen semenjak dari permulaankemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Menurut D. Robertson, kerajaan berparlimen ialahsatu sistem kerajaan dengan eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen yang wujud hasildari satu pilihan raya umum, ataupun satu sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badanyang lebih luas (Asnarulkhadi 1997, 91). Parlimen berfungsi untuk membuat undang-undangatau akta, dan juga mengawasi serta mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan(Asnarulkhadi 1997,91). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini di bawah pentadbiran RajaBerperlemabagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturanperlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia (Asnarulkhadi 1997, 81). Yang di-Pertuan Agongsebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalamPerlembagaan Malaysia ialah Ketua Utama Negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong jugamerupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai kuasa ke atassistem perundangan, ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya.Peruntukan ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak iamula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
  • 14. Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, di kawasan Tanah Melayu telah adanyasistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di Tanah Melayu diberisepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dancampurtangan British di dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu, raja ataupun sultan baginegeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultanhanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih darihal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatanmenguntungkan kerajaan tanah melayu, namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun rajaterikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residenInggeris. Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalamikekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusatiaitu kesemua kerajaan Melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagaiMalayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatansebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai Tanah Melayu, rakyat Tanah Melayuyang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusanpenubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah dua tahun dilancarkan, persekutuan MalayanUnion ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayukepada kedudukan asal mereka. Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telahmendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yangdipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harusmenerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang,sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenaisesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
  • 15. harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia. Institusi berajakini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberibeberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yangada. Terdapat tiga asas institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu: i) Sistem berajadiwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilihtelah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan, ii) Dalam perlaksanaannya di dalamfungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yangdi-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarangmenteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet. Yang di-Pertuan Agong hanya bolehbertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri danpembubaran Parlimen, dan iii) Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua MajlisParlimen menjadi badan perundangan Persekutuan.
  • 16. Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumenundang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaituPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telahmelakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepaskemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripadaPersekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua MenteriPersekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga PesuruhjayaTinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satumajoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuanpada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad SaleemFaruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaansehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliaumenganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliaumenjelaskan bahawa „semangat dokumen sebenar telah dicairkan‟. Sidang parlimen dansidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga berada di bawah daripada ketinggianperlembagaan itu sendiri. Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak bolehmembuat undangundang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan denganperlembagaan Malaysia.
  • 17. Sesebuah negara demokratik mempunyai perlembagaan mereka sendiri dalammenentukan undang-undang dan keputusan kehakiman serta untuk mengetahui halatujusesebuah Negara. Malahan, perlembagaan secara tidak langsung dapat menjamin hak asasimanusia, yang merupakan salah satu lagi ciri negara demokratik. Elemen pertama yang akandibincangkan ialah agama. Menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan, Islam ialah agama bagiPersekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertingginegara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yangdominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagaimengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islamsewaktu negara ini dibentuk. Agama Islam merupakan satu unsur penting dalamPerlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarahkonsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif „Melayu‟ mempunyai kaitan rapat dengan„Islam‟. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yangditakrifkan sebagai „Melayu‟ ialah seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalambahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan, i) Lahir sebelum Hari Merdeka, diPersekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau diSingapura, atau pada hari Merdeka itu, adalah berdomisil3 di Persekutuan atau di Singapura ;atau ii) Dia adalah keturunan seorang yang tersebut. Agama Islam telah menjadi agamaanutan orang Melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buahkuasa besar bukan beragama Islam, masyarakat Melayu masih mengekalkan dan berpegangteguh kepada ajaran Islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayutelah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan. Selepaskemerdekaan, agama Islam masih terpelihara.3 Berdomisil bermaksud tempat tinggal yang sah dari seseorang atau tempat kediaman rasmi.
  • 18. Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara ini ialah tuntutan penganut Kristian terhadappenggunaan kalimah Allah. Presiden Pertubuhan Pembela Islam, Yusri Mohamad berkata,“Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes kemahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama adapenggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.” (Rahim 2011). KataYusri lagi, usaha halus untuk memurtadkan umat Islam bermula dengan „mengelirukan‟mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam (Rahim 2011). Yusrijuga menerangkan bahawa tuntutan penganut Kristian ini mempunyai agenda tersendiri,“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umatumat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesadigunakan orang Islam,” (Rahim 2011). “Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untukmenyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” (Rahim 2011). Bukan itu sahaja, Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA), Ann WanSeng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untukmemurtadkan umat Islam di negara ini. Kata Ann Wan Seng lagi, “Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya,rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” (Rahim 2011) Kenyataan beliau disokong dengan maklumat yang diberi Mufti Perak, bahawasanyabilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau beranibertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu(Rahim 2011). Menurutnya, angkatersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunyamaklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih(Rahim 2011). Menurut beliau lagi,angka itu mungkin bertambah kerana angka yang diberikan merupakan maklumat tiga tahun
  • 19. yang lalu. (Rahim 2011). Keputusan tuntutan penganut Kristian ini, nyata tidak memihakkepada mereka. Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal EhwalUgama Islam Malaysia bukan secara semberono. Malah, mereka mengambil kira faktorsensitiviti keagamaan dan dalam pada masa yang sama menghormati PerlembagaanPersekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Walaupun terdapat kebebasanberagama di Malaysia namun, ia tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam bolehmenyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam, menurut Perkara 11 (4)Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agamatertinggi dalam negara. Di sini dapat kita lihat, Malaysia berjaya mengamalkan salah satuprinsip sebuah negara demokratik di mana perlembagaan menjadi tonggak sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya,penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agamamereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagidalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa, Tiap-tiap orang adalah
  • 20. berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkan agamanya. Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepadapenganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanyasendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dankhairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikutundang-undang (Musa Awang, 2011). Selain daripada itu, elemen kedua yang akan dibincangkan ialah bahasa. Perkara 152Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaanbahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi4. Tulisan rasmi bahasa melayu jugadinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun,penggunaan jawi tidak dilarang. Menelusuri sejarah, bahasa melayu telah digunakan sebagaibahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayutelah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan danempayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesarpertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakansecara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat pegawai Inggeris yangingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa Melayu. Namun selepas perangdunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakindilupuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi.Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayusebagai bahasa rasmi. Contohnya, hal-hal berkaitan dengan urusan istana, maka bahasamelayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adatistiadat melayu. Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan4 Tujuan-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosidingmahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa Melayu.
  • 21. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu kembali mendapat mandat yangsebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Dibawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisansebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen pemberian taraf„kebangsaan‟ kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dansecara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusanrasmi kerajaan.” Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara di atas ialah pengenalan Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang telah termaktubsebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteripada 19 Julai 2002 (Anon). Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula padasesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkatSekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat SekolahMenengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat SekolahMenengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008 (Anon). Namun, dasarini dikecam hebat oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Kontroversi yang menyelubungi isupenggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, mencerminkanbahawa Umno telah tergelincir daripada matlamat parti itu yang selama ini berjuang untukmengutamakan penggunaan bahasa Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, KhalidJaafar (Anon, 2002). Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratuspenguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari duasubjek tersebut (Jimadie 2009). Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian
  • 22. pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam (Jimadie2009). Memetik ucapan seorang sasterawan yang tersohor, Dr. Anwar Ridhwan, “Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuahnegara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya,sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara,” (Jimadie 2009) Memetik kata-kata seorang lagi sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, “Jikademonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa InggerisMac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang bolehdijadikan penentuan akhirnya,” (Jimadie 2009). Katanya lagi, “Jika masih gagal, ia perluditerjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secarabijaksana.” (Jimadie 2009). Isu ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila bekas Perdana Menteri TunAbdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihakagar tidak mengundang masalah di kemudian hari (Anon 2011). Pengumuman pemansuhanPPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri MuhyiddinYassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidakmelaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran duasubjek itu (Anon 2011). Keputusan ini adalah berdasarkan Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan, yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
  • 23. Keputusan yang diambil kerajaan untuk memansuhkan Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dapat mencerminkan bahawaMalaysia sekali lagi berjaya mengamalkan prinsip demokrasi bertunjangkan Perlembagaannegara ini sendiri. Walaupun terdapat „ketergelinciran‟ kerana dasar PPSMI ini diluluskanpada awalnya, namun isu ini dapat diselesaikan apabila kita selidiki dan menjadikanperlembagaan sebagai fokus utama dan panduan selaku undang-undang tertinggi negara. Kesimpulannya, Malaysia berjalan sesuai dengan ciri-ciri demokrasi, berdasarkan isu-isu serta penyelesaian yang telah dijalankan dalam menentukan sesuatu keputusan.Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai satu garis panduan untuk pemerintahannegara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan.Perlembagaan, sebagai salah satu ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan sistemdemokrasi, berjaya mengawal rakyat Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum danbangsa.
  • 24. 4.0 RujukanAnon. 2002. Umno didakwa tergelincir dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/12572. [8 Disember 2012].Anon. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI). http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai- pendidikan/4255-pengajaran-dan-pembelajaran-sains-dan-matematik-dalam-bahasa- inggeris-ppsmi-.html [8 Disember 2012].Anon. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Portal Rasmi Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan- penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah [8 Disember 2012].Anon. 2011. Pak Lah harap pemansuhan PPSMI diterima semua. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/180651 [8 Disember 2012].Abdul Rahim Sabri. 2011. PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/163512 [8 Disember 2012].Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.James W. Prothro and Charles M. Grigg. 1960. Fundamental Principles of Democracy: Bases of Agreement and Disagreement. The Journal of Politics, 22, pp 276-294 doi:10.2307/2127359Dahl, R. A. Modern Political Analysis. 1963. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.
  • 25. Dalton, P. J. & Dexter, R. S. Constitutional Law. 1976.Diamond, L. & Plattner, M. F. 1992. Capitalism, Socialism and Democracy Revisited. Baltimore and London:The John Hopkins University Press.Hasnah Hussiin & Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani. 2010. Pengajian Malaysia. Open University Malaysia: Pearson Prentice Hall.Intan. Malaysia Kita. t.th. Kuala Lumpur: International Law Book ServicesJefferson, T. 1969. Democracy. New York: Greenwood Press, Publishers.Jimadie Shah Othman. 2009. Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/100432 [8 Disember 2012].Jimadie Shah Othman. 2009. Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97289 [8 Disember 2012].Jimadie Shah Othman. 2009. Lagi tokoh sastera tolak PPSMI. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/104965 [8 Disember 2012].Muammar Al-Qathafi. t.th. The Green Book. t.tp.: Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis Arab Libya.Pickles, D. 1970. Democracy. London: Methuen & Co Ltd.Rapar, J. H. 1988. Filsafat Politik: Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers.Perlembagaan. Federal Constitution 2010.