Gaya hidup sihat

36,084
-1

Published on

3 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
36,084
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
1,001
Comments
3
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Gaya hidup sihat

  1. 1. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.0 GAYA HIDUP SIHAT 1.1 PengenalanSetiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang tersendiri kerana manusiadibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidupdalam keadaan selesa dan sempurna dan ada pula di sebaliknya. Jika diperhatikan manusia disekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat dan ada yang kurangsihat.. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yangsihat pastinya dapat memainkan peranan yang aktif terhadap pembangunan agama , bangsa dannegara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO , 1948 ) mendefinasikan gaya hidup sihatsebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarangpenyakit. Berlandaskan keadaan sosial masyarakat , definisi ini menegaskan bahawa status gayahidup yang sihat ditunjangi faktor fizikal dan mental yang sihat, berfungsi serta cergas dan tidakdiancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Konsep gaya hidup sihat menjadi sumber aspirasi kerajaan mahupun pihak swasta bagimelahirkan masyarakat yang sihat, cergas , sejahtera dan bebas dari penyakit disebabkan gayahidup seharian . Antara contoh kempen yang telah dijalankan oleh Kementerian KesihatanMalaysia adalan Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat. Kempen ini menekankan kepada amalan‘ mencegah lebih baik daripada mengubati ‘. 1
  2. 2. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Gaya hidup sihat melibatkan enam komponen seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 dibawah. Kebersihan diri Tidak menyalah Makanan seimbang gunakan bahan Rehat yang cukup Berat badan senaman Rajah 1: Komponen Gaya Hidup Sihat Setiap komponen ini merangsang untuk manusia berada dalam keadaan sihat fizikal danmental di samping mempunyai semangat dan keyakinan dalam melakukan setiap aktiviti dalamkehidupan seharian .Sesungguhnya banyak perkara yang perlu diambil diberi perhatian untukhidup dalam keadaan yang sihat . Hampir semua perkara tersebut berpunca daripada dirisendiri. Berdasarkan Waltes H. Cottingham , dalam buku Pengenalan Pendidikan Kesihatan:pg 165 menyatakan seseorang yang telah dapat membahagikan masa yang baik untuk bekerja,berehat , tidur, bergaul dan sebahagiannya telah menemui jalan untuk melakukan sesuatu yangterbaik untuk dirinya. 2
  3. 3. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Berdasarkan kenyataan tersebut bolehlah disimpulkan bahawa dalam menentukan gayahidup sihat, kita seharusnya memilih, merancang, melaksanakan program atau penjadualanaktiviti dan menggunakan masa rehat, reakreasi serta kesenggangan dengan bijak dan berkesan. 1.2 Komponen Gaya Hidup SihatSepertimana yang telah dibincangkan di dalam pengenalan sebelum ini , nyata bahawapengetahuan tentang bagaimana menentukan gaya hidup seharian perlu ada dalam memastikanaktiviti yang dilakukan adalah sesuai dan berada di landasan amalan gaya hidup sihat yangsebenar. Sebagaimana yang diketahui terdapat enam komponen penting yang menjadi panduanamalan gaya hidup sihat dalam modul Pengenalan Pendidikan Kesihatan , ( Zarina LawAbdullah et. al, 2011 : pg 161 ). Komponen tersebut adalah pengetahuan tentang makananseimbang, mengamalkan penjagaan kebersihan diri, tidak menyalahgunakan bahan seperti rokok,dadah dan minuman alkohol , mendapat rehat yang cukup, melakukan senaman dan mengawalberat badan. ( rujuk Rajah 1 ) 3
  4. 4. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.2.1 Makanan seimbang Cara pemakanan yang sihat adalah penting untuk membekalkan nutrien danmengurangkan risiko penyakit kepada badan. Tabiat makan yang seimbang memberikan tenagadan nutrient yang diperlukan oleh b adan dan mengelakkan Anemia atau masalah kurangdarah. ‘ Garis panduan Pemakanan Malaysia 1999, mencadangkan tiga pertimbangan yangpenting apabila merancang pemakanan yang sihat iaitu , makan makanan yang seimbang,makan pelbagai jenis makanan dan makan secara sederhana ‘ , ( Majalah Generasi Pengguna ,edisi November 2011 : pg 9 ). Ia adalah amat penting untuk memastikan individu mendapat makanan yang sesuai danmenggabungkan prinsip pemakanan yang baik seperti kepelbagaian, pengambilan nutrien yangseimbang dan sederhana . Cara terbaik untuk memenuhi keperluan harian ialah makanmakanan berbeza-beza yang menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran , daging,ikan , ayam, kekacang dan hasil tenusu. Pemakanan yang seimbang mampu menyediakan tubuhbadan dengan pelbagai vitamin , protin dan mineral. Untuk memenuhi keperluan tubuh kita sertamengekalkan kesihatan yang optimum, tubuh kita memerlukan 46 nutrien setiap hari untukpertumbuhan , pembangunan, pemulihan dan fungsi-fungsi tubuh kita seharian. Selain itu , sewajarnya kurangkan pengambilan gula dan garam, serta mengurangkanpengambilan makanan bergoreng , membanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan juga dari makan berlebihan samada dari segi makanan atau kekerapan. Amalanpemakanan yang berlebihan atau kandungan yang tidak seimbang sering menyumbang kepadapelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buahpinggang, kanser dan sebagainya. 4
  5. 5. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut Profesor Dr. Faridah Haji Abdul Rashid , seorang pensyarah Bio Kilia di PusatPengajian Sains Perubatan USM dalam bukunya yang bertajuk “ Makanan Seimbang UntukRemaja “ menyatakan pemakanan yang perlu mengikut diet yang sihat ialah 55 % karbohidrat,155% protin dan 30% lemak. Oleh itu kita disarankan agar membuat pilihan makanan yangtepat dan sentiasa memberi perhatian terhadap jumlah nutrien yang diperlukan oleh tubuh setiaphari. Elakkan dari menahan makan untuk kelihatan langsing kerana ia menyebabkan indeksjisim badan menjadi kurang dari 17 kg/m2. Ia boleh menyebabkan badan akan kekurangan airseterusnya menyebabkan kekurangan kalium dalam darah serta mendatangkan penyakit-penyakitlain seperti pembengkakan kelenjar air liur. Rajah 2: Akibat mengambil pemakanan yang tidak seimbang Sumber : tafahnasroom.blogsport.com Berdasarkan Rajah 2 pengambilan pemakanan yang tidak seimbang dalam diet seharianberkemungkinan mendapat risiko penyakit seperti yang tersebut dan beberapa penyakit lain lagi. 5
  6. 6. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Justeru itu , mengambil makanan piramid makanan adalah penting. Piramid MakananMalaysia bertindak sebagai panduan untuk mengenalpasti jenis dan jumlah makanan yang bolehdalam kombinasi untuk menyediakan pemakanan yang sihat. Seseorang individu perlumelebihkan pengambilan kumpulan makanan yang disenaraikan di dasar piramid danmengurangkan pengambilan makanan yang disenaraikan di bahagian atas piramid. Rajah 3 : Piramid Makanan Sumber : tafahnasroom.blogspot.com 6
  7. 7. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Berdasarkan Rajah 3 , Piramid makanan : Aras 1 yang paling bawahmerangkumi makanan yang terdiri daripada bijirin, produk bijirin dan ubi dan perlu dimakandalam kuantiti yang paling banyak. Seterusnya Aras 2 pula meliputi makanan yang terdiridaripada buah-buahan dan sayuran yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakalaAras 3 pula merangkumi makanan seperti susu, dadih dan keju, ikan, ayam, daging dankekacang. Akhirnya Aras 4 makanan yang seharusnya diambil dalam kuantiti yang palingsedikit merupakan makanan dari jenis berlemak,berminyak , garam dan gula. Menurut Nurazizan & Wan Norsaedah dalam buku mereka , “ Makanan Yang Sihat ,Fakta dan Cerita “, pg 7 , menyatakan sumber makanan seimbang ,yang diambilmembekalkan keperluan zat makanan mengikut kelas-kelas makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan pelawas i) Karbohidrat  makanan yang memberi tenaga .  Sumber-sumbernya seperti beras, mee, roti, biskut, gula, ubi kayu , keledek dan lain-lain. Mee Bijirin roti nasi 7
  8. 8. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 )HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN ii) Protein  Diperlukan untuk pertumbuhan serta menggantikan tisu-tisu yang mati atau rosak.  Sumber-sumbernya seperti susu , keju , ikan, ayam , telur, jagung , tauhu dan lain-lain. ayam daging iii) Lemak  Makanan pemberi tenaga  Lemak yang tersimpan di dalam kulit juga membantu mencegah kehilangan haba yang berlebihan daripada badan.  Sumber-sumbernya seperti marjerin, kacang tanah, minyak masak, keju dan lain-lain. Minyak masak 8
  9. 9. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 )HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN iv) Vitamin  Mengekalkan kesihatan tubuh  Kuantiti yang diperlukan sedikit tetapi masih sangat penting mengambilnya setiap hari.  Sumber-sumbernya seperti buah-buahan , sayur-sayuran hijau, susu, telur dan mentega. v) Garam mineral  Membentuk gigi dan tulang yang kuat di samping dapat membentuk sel darah merah.  Sumber-sumbernya seperti hati, susu, kuning telur dan makanan laut vi) Pelawas  Membantu otot menolak makanan menerusi salur pencernaan.  Sumber-sumbernya seperti bijirin, roti mil penuh, kacang hijau, kacang tanah dan sayur-sayuran hijau. 9
  10. 10. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Bilangan hidangan yang disarankan adalah berbeza untuk individu pada peringkat-peringkat umur dan jantina yang berbeza. Berikut adalah contoh saranan bilangan hidanganharian mengikut kumpulan makanan . Kumpulan Makanan Bilangan Hidangan Harian Bijirin,produk bijirin dan ubi 8- 12 * Buah-buahan dan sayur-sayuran 5 Daging, ayam, ikan, kekacang 2-3 Susu dan produk tenusu 1- 2 * 15 g karbohidrat / hidangan Jadual 1 : Jadual saranan hidangan makanan yang perlu diambil dalam sehari Sumber : Garis Panduan Pemakanan Malaysia 2010 Selain makanan , air juga penting kerana ia mempunyai banyak fungsi dalam badan,misalnya mengawal suhu badan dan penghadaman. Mengurangkan kadar pengambilan air yangmanis dengan menggantikan dengan air masak putih adalah langkah yang baik bagi memastikantubuh badan mendapat bekalan air yang mencukupi. Ini kerana makanan ruji yang biasa kitamakan seperti nasi dan roti telah megandungi kadar gula yang mencukupi untuk keperluan tubuhbadan kita. Mengambil gula tambahan secara berlebihan akan mudah mengundang penyakitkencing manis. Berdasarkan kajian “ Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia2002 / 2003 “ , oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan pengambilan gula yangditambah dalam minuman ialah sebanyak tujuh sudu teh sehari ( 51g ) iaitu empat sudu teh ( 21 g) gula pasir dan tiga sudu the ) 30 g ) susu pekat manis. Pengambilan gula yang berlebihan bolehmengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan . Ini boleh mengundang peningkatanberat badan dan menyebabkan obesiti. Oleh yang demikian, untuk mengawal keseimbangankeperluan air di dalam badan digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya enam hingga 10
  11. 11. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANlapan gelas sehari. Amalan minum air masak yang banyak bukan sahaja apabila melakukanaktiviti fizikal bahkan jika berada dalam keadaan bekerja di dalam bilik berhawa dinginsekalipun digalakan minum air yang banyak walaupun tidak terasa dahaga. Setelah dihuraikan berkaitan kepentingan mengamalkan makanan seimbang dalamgaya hidup sihat , makanan yang diambil oleh seseorang individu boleh mempengaruhi aktivitiyang dilakukan setiap hari. Kekurangan zat makanan yang seimbang boleh memudaratkan diriindividu dalam jangka masa pendek dan panjang. Dalam jangka pendeknya individu akanmenjadi lemah , tidak bermaya, pucat dan membantutkan aktiviti manakala bagi jangka panjangseseorang individu itu akan mendapat penyakit kronik malahan boleh membawa kehilangannyawa. Justeru itu amalan gaya hidup sihatyang merujuk kepada pemakanan seseorang itu sangatpenting dan perlu dalam kehidupan kita. 1.2.2 Kebersihan DiriKebersihan diri penting kerana kebersihan diri merupakah langkah awal mewujudkan kesihatandiri. Dengan tubuh yang bersih dapat meminimumkan risiko seseorang terhadap kemungkinanterjangkitnya sesuatu penyakit terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri.Dalam hal pengurusan kebersihan diri, fokus utama adalah merujuk kepada penjagaan anggotabadan sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat, pakaian dan sebagainya. Anggotabadan yang dimaksudkan termasuklah keseluruhan tubuh badan dari hujung rambut hingga kehujung kaki seperti rambut, kulit kepala , mata , telinga , hidung, gigi, mulut , badan serta kukutangan dan kaki. Tanda-tanda seseorang kurang menjaga kebersihan diri seperti penampilan yang kurangkemas dan tidak rapi, badan berbau kurang menyenangkan, rambut kusut-masai tidak disikat, 11
  12. 12. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANkotor dan berkutu, kuku panjang, kotor dan bardaki dan badan dipenuhi dengan penyakit kulityang merengsakan. Selain dari individu itu kurang disenagi rakan-rakan dan keluarga , merekajuga berkemungkinan untuk dijangkiti oleh penyakit-penyakit yang berkaitan seperti kudis,kurap, sakit perut, sakit gigi dan lain-lain lagi. Dewasa ini terdapat pelabagai jenama dan alatan penjagaan dijual di pasaran. Untukmemastikan kebersihan diri di tahap memuaskan tidak dinafikan segala keperluan ini telahpundiatasi. Individu yang sentiasa menjaga kebersihan diri akan lebih berkeyakinan, mudah mesradan bergaul dengan masyarakat sekitar dan mudah diterima oleh umum. Ketrampilan diri jugaagak menyerlah. Sebenarnya setiap komponen dalam gaya hidup sihat ini saling berkait dan diperlukanantara satu sama lain. Contohnya dalam hal menjaga kebersihan diri ini juga, pemakanan yangdiambil oleh seseorang juga memberi kesan terhadap penampilan seseorang. Jika seseorang itugemar makan makanan ringan dan ‘fast food ‘ seperti magi, mereka boleh menghadapi masalahrambut gugur ,rosak dan agak rapuh. 1.2.3 Tidak menyalahgunakan bahan ( dadah, alkohol , rokok )Gaya hidup yang sihat juga termasuklah cara pergaulan dengan manusia di sekeliling kita.Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur denganmasyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan kitaseharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh danterjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam jenayah atau penyalahgunaandadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik pula dapatdijadikan tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan masa depan. 12
  13. 13. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Cara berfikir dan menyelesaikan masalah juga menentukan amalan gaya hidup kitasamada sihat atau tidak.. Seharusnya seseorang individu sentiasa bersikap optimis dan terbukatentang diri dan masa depan . Apabila usaha yang dibuat bertemu kegagalan, seringkaliseseorang individu itu cepat mengaku kalah dan hilang akal dengan memilih cara penyelesaianyang mudah tetapi memudaratkan diri sendiri, keluarga , masyarakat dan Negara. Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah mendatangkan banyakkeburukan . Antara kesan penyalahgunaan bahan ini menyebabkan kebakaran di mana perokoksering membuang puntung rokok yang masih menyala ke merata tempat tanpa menghiraukannyalaan tersebut berkemungkinan menjadi punca kepada merebaknya kebakaran terutamanya dikawasan belukar yang kering. Selain itu perbuatan perokok ini telah mencemarkan kebersihansekitar . Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok, dadah dan alkohol bolehmenjejaskan kesihatan kepada diri, keluarga , masyarakat sekeliling dan Negara terlibat juga. 1.2.3.1 Bahan yang membahayakan kesihatan i) Dadah Dadah wujud dalam bentuk pil, serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal, Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan seseorang serta mengakibatkan kematian. Oleh itu , kita perlu mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan dadah supaya hidup kita bahagia. Kesan pengambilan dadah merujuk kepada 4 sudut iaitu pada diri penangih sendiri, keluarga , masyarakat dan Negara. Apa yang jelas mereka yang telah terlibat dengan penagihan dadah akan merudum kesihatannya sehinggakan mereka tidak punyai rasa untuk hidup seperti sediakala dan malangnya ada yang telah hilang kawalan diri 13
  14. 14. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 )HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN sehingga kan tidak kenal talian darah sendiri seperti anak, emak, isteri malahan apa yang lebih buruk lagi ada yang sanggup melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan . Mereka diibaratkan sampah masyarakat. Nama dan maruah keluarga juga tercemar dan masyarakat juga bakal menyisih mereka dan yang lebih buruk lagi ada di antara ahli kelurga mereka yang terkena tempias anggapan buruk masyarakat terhadap keluarga si penagih dan tidak kurang umpat dan keji. Negara juga turut merasai bahang kesan daripada penagihan dadah ini kerana terdapatnya aktiviti jenayah, kurang keupayaan melaukan kerja , keharmonian tergugat dan kos perbelanjaan juga meningkat. Gambar menunjukkan aktiviti menagih dadah dan kesan terhadap si penagih. 14
  15. 15. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN ii ) menghisap rokok Amalan merokok sebenarnya menymbang pelbagai masalah kesihatan dalam kalanganpenduduk Malaysia . Merokok penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian sebelumsamai masanya. Statistik telah menunjukkan bahawa bilangan kematian yang berpunca daripadabarah paru-paru dianggarkan sebanyak 14733 orang bagi tempoh antara tahun 1995 hingga tahun2000. Hakikatnya , perokok akan diserang pelbagai penyakit penyakit berpunca daripadatembakau. Mereka akan mengalami penyakit seperti pulmonary kronik ( COPD ) yang bolehmenyebabkan pesakit sukar bernafas, batuk berkahak dan memberi kesan pada jantung. Hal yang demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asapdalamn jantung mereka dan menggandakan risiko mati. Selain memberikan kesan kepadaperokok itu sendiri , merokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidakmerokok juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluaroleh perokok. Kandungan asap tembakau ini mengandungi bahan kimia yang beracun jua.Perokok di kalangan perempuan yang mengandung boleh mencacatkan proses pembesaran bayidalam rahim. Bahan kimi yang terkandung dalam asap rokok boleh memberi kesan kepadakesihatan bayi dalam kandungan yang kurang daya tahan. Akibatnya bayi yang dikandungberkemungkinan dilahirkan cacat. 15
  16. 16. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok Memandangkan jika dilihat dari rajah di atas jelas menunjukan bahawa sebatang rokokitu sendiri telah membawa pelbagai bahan kimia ke dalam badan seseorang perokok. Oleh itujangan menjerat diri atau cuba mati sebelum waktunya. Hargai diri dan waktu yang diberikanuntuk bergelar seorang yang sihat. Bersesuaian dengan itu amalan menjauhi rokok sangatbertepatan dengan amalan gaya hidup sihat. iii ) minum arak Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan tetapi juga mampu memudaratkan kesihatandiri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.Hampir setia amalan agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan parapenganutnya . Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenisalkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. 16
  17. 17. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Banyak kajian menunjukkan banyak kes-kes jenayah berpunca dari gejala arak.Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum,keluarga dan mastyarakat. Kesan yang sangat jelas dan cepat adalah hilang kewarasan berfikir .Selain itu peminum arak yang mabuk yang membawa kenderaan boleh mengakibatkankemalanagan di jalanraya. Kemalangan sebegini akan menyebabkan orang lain yang tidakbersalah mengalami penderitaan . Selain itu , kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak sepertimelibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku huru-hara dalam sesebuah negara. Olehyang demikian dapat kita lihat kesan yang sangat memudaratkan bukan sahaja kepada kesihatantubuh badan malahan mengheret orang lain sekali dalam dilema huru-hara, ketakutan,kebencian dan lain-lain lagi. Amalan meminum arak bukan gaya hidup sihat, oleh yang demkianjauhi amalan meminum arak untuk kesejaheraan diri dan semua. Berdasarkan huraian jelas menunjukkan aktiviti penyalahgunaan bahan yang terlarangseperti rokok, arak dan dadah boleh menyebabkan kesihatan diri menjadi kurang, masyarakatmenjadi agak huru-hara, banyak kejadian tidak diingini berlaku dan suasana persekitarankejiranan menjadi kurang harmoni. Jadi dengan mengelakkan daripada diri terjebak denganpenyalahgunaan bahan-bahan tersebut kita telah menyempurnakan amalan gaya hidup sihat yanglebih beerti untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara. 17
  18. 18. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.2.4 Rehat Yang CukupSebagai seorang manusia , rehat yang cukup adalah perkara yang sangat diperlukan di dalamsetiap perkara. Aktiviti ini dapat memulihkan semula tenaga yang telah digunakan sewaktubekerja atau berurusan dengan segala perkara. Ibarat sebuah mesin yang sentiasa bekerja , mesinitu perlu juga direhatkan untuk kerja selanjutnya, jika tidak hayat mesin itu tidak panjang. Begitujugalah dengan manusia , jika kita mengabaikan waktu rehat dan asyik memikirkan kerja danmengutamakan kerja tanpa ada istilah rehat dalam diri maka pluang kita diserang penyakitadalah tinggi. Apa yang jelas , kebanyakan orang yang bekerja menjadi letih , lesu, sakit kepaladan produk yang dihasilkan akan menjadi tidak berkualiti. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Kita sering menganggaptidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyakdefinasi tentang beberapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari . Sebenarnyaapabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan tiduryang berkualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat apabila kita benar-benar terasa bahawa kitaperlu tidur. Kadang-kanag kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur petangselama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. 18
  19. 19. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Seorang kanak-kanak perlu tidur lebih masa berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak melalui fasa sangat aktif dan perlukan rehat yang cukup untuk mengumpul semula tenagadan melalu proses tumbesaran yang aktif , Sebagai contoh : seseorang yang berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuanmenyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Padamalamnya pula tidur umpamanya pada waktu 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dansetelah itu menunuaikan solat subuh khususnya bagi seorang muslim , maka seseorang itumempunyai masa sekurang 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran ( bagi seorang pelajar), atau boleh juga membuat senaman-senaman ringan sebelum bersiap-siap untuk urusanselanjutnya di waktu pagi. Dengan itu waktu rehat yang diambil menjadi lebih berkualiti danpengurusan diri lebih teratur dan sempurna. Berdasarkan perbincangan tadi dapatlah dirumuskan bahawa rehat yang cukup bukanbermakna rehat yang terlalu panjang dan membazirkan waktu tetapi rehat yang diambil cukulahuntuk mencari kesegaran diri, mengendurkan kembali urat-urat badan yang tegang dan stress,dan memulihkan pening kepala akibat bebanan kerja yang dilakukan sebelumnya. Seperti yangdikatakan oleh pakar motivasi , Dr. Fadilah Kamsah, “ Biar tidur 5 minit tetapi tidur itu benar-benar tidur dan tiada gangguan daripada tidur seharian tetapi kepala sarat dengan masalah danbeban kerja dan menjadi igauan ketika tidur “. 19
  20. 20. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.2.5 SenamanMenurut teks Ayuvedik, Charaka Samhita ( 600-1000 BC ), karya besar perubatan India lamaAyurveda menyatakan senaman membantu membersihkan saluran tubuh supaya semua tisudibersihkan sepenuhnya melalui perpeluhan. Berdasarkan kajian Universiti Washington yang diterbitkan dalam Anals of InternalMedicine ,( dipetik dari artikel BBC News , 17.01.2006) mendapati orang yang bersenam 3kali seminggu dapat mengurangkan 40 % risiko mendapat penyakit Alzhemier dan dementia.Oleh itu wajarlah senaman menjadi aktiviti fizikal yang seharusnya menyeronokkan danbukannya yang menyeksakan. Rajah 5 : Aktiviti berjogging merupakan salah satu daripada senaman Senaman bukan hanya merujuk aktiviti pergerakkan fizikal yang hanya boleh dilakukandi tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi senaman yang dimaksudkan boleh jugamenjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan satu pergerakkan anggota badan danmengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti rutin harian yang biasa dilakukan seharian. 20
  21. 21. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANDalam kehidupan seharian, aktiviti kecergasan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu kegymnasium atu tempat-tempat riadah yang jauh. Apa yang perlu kita lakukan ialah mengubahgaya hidup kita. Contohnya apabila di tempat kerja, elakkan menggunakan lif sebaliknyasebaliknya menggunkan tangga untuk ke satu tempat. Begitu juga apabila hendak keluar makanbersama rakan-rakan elakkan menaiki kereta, bahkan lebih baik dan seronok jika kita sama-samarakan-rakan atau keluarga berjalan kaki ke tempat tujuan tersebut. Selain daripada itu wakturehat boleh digantikan dengan berjalan-jalan selama 15 minit dan bukan hanya makan-makansahaja. Bagi ibu bapa pula sewajarnya mendidik anak-anak untuk pergi beriadah di waktu petangdengan membawa anak-anak ke taman permainan, berbasikal, bermain bola atau sebagainyayang sesuai setiap hari. Apabila aktiviti ini menjadi rutin harian , lama-kelamaan ia akan menjadikebiasaan. Aktiviti sebegini dapat menghindari anak-anak melakukan aktiviti yang tidak aktifseperti menonton televisyen, bermain komputer atau ‘game’. Mengamalkan gaya hidup yangtidak aktif seperti menonton television atau duduk sahaja bermain ‘game’ atau internet ( melayarifacebook, twitter ,email dan lain-lain ) adalah gaya hidup yang tidak sihat , Ekoran daripadaaktiviti yang tidak aktif dari segi fizikal ini akan membawa masalah bagi jangka panjang sepertikegemukan hipertensi dan sakit jantung. Bagi individu wanita pula senaman juga wujud apabila melakukan aktiviti membersihkanrumah seperti menyapu, mengelap lantai , membasuh lantai bilik ai, membasuh kain, menyidaikain, menyiram pokok bunga, membersihkan longkang rumah dan apa sahaja aktiviti yangsesuai. Hatta ketika menonton televisyen juga kita boleh melakukan aktiviti kecergasan sepertimenggunakan pemberat tangan atau mengayuh basikal setempat, melakukan regangan sepertiaktiviti Rajah 4 : 21
  22. 22. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Rajah 4 : contoh aktiviti regangan Sumber : lifestyles2u.blogspot.com Di sekolah pula , sejak sekian lama telah diwujudkan mata pelajaran Pendidikan Jasmanidan Kesihatan di sekolah- sekolah bagi memberi peluang kepada murid untuk melakukanaktiviti pergerakan anggota badan secara bebas dengan di bombing dan dipantau oleh guru.Begitu juga mulai tahun 2011 Negeri Sembilan telah melancarkan Program 1 Murid 1 Sukanyang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah pada waktu Ko-kurikulum. Tujuan program iniadalah untuk memastikan dan memperi peluang setiap murid melibatkan diri sekurang-kurannyasatu jenis sukan di sekolah. Program ini didapati berkesan kerana minat murid untuk menghadiriaktiviti ko-kurikulum semakin meningkat. Berdasarkan tajuk senaman yang dihuraikan ini, dapatlah disimpulkan di sini bahawadalam melaksanakan aktiviti dan amalan gaya hidup sihat ini , pucuk pangkalnya terletak padadiri kita sendiri. Segala panduan telah tersedia. Aktiviti senaman dipelbagaikan dan menjadisangat mudah, santai dan tidak membuang masa kerana adakalanya aktiviti senaman dilakukansewaktu kita melakukan aktiviti seharian yang telah pun menjadi rutin. Sememangnya semuaperkara pada awalnya memang sukar dilakukan tetapi jika sudah biasa ianya menjadikeseronokan bahkan kita akan menjadi gelisah dan rasa ekurangan jika tidak melakukannyaibarat ‘alah bisa tegal biasa ‘. 22
  23. 23. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.2.6 Berat BadanBerat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur tahap kesihatan seseorangindividu. Hari ini , kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung , diabetis , obesiti, strok ,tekanan, kanser dan mandul berpunca dari berat badan yang berlebihan manakala kekuranganberat badan pula menunjukkan individu tersebut malnutrisi. Merujuk kepada kesan tidak mengawal berat badan dan mengamalkan cara pengambilanmakanan yang tidak seimbang , seseorang akan mengalami masalah obesiti. Kes obesity telahmenjadi bualan hangat seluruh dunia dan kajian-kajian demi kajian telah dibuat untuk melihatsejauhmana masalah ini diperolehi dan cara mengatasinnya. 2. 0 ObesitiObesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan diseluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yangtidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dandarah tinggi. Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggangyang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yangmempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil. Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard danInstitut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggangbesar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser,walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka. 23
  24. 24. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yangmengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka. BMI antara 18.5dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.Saizukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagiandepan perut, istilah ini dipanggil ‘abdominal obesity’. Menurut kajian Panduan Klinikal UntukMengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti diKalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat. Penyelidik daripada Sistem Kesihatan Universiti Loyola, Chicago, Amerika Syarikat(AS) dan beberapa pusat berkaitan, membandingkan wanita Afrika-Amerika di kota metropolitanChicago dengan wanita di pedalaman Nigeria. Secara purata, wanita Chicago mempunyai beratkira-kira 83 kilogram (kg) dan wanita Nigeria sekitar 58kg. Masalah obesiti kian melanda kanak-kanak di negara Malaysia. Salah satu puncanya menurut Harian Metro, adalah iklan makanansegera.Tubuh montok atau ‘bulat’ ketika kanak-kanak memang comel dipandang walaupunsebenarnya ia petanda kurang baik kepada bentuk fizikal yang kurang menarik apabilamenjangkau dewasa. Kanak-kanak ‘montel’ ini dalam kategori obesKementerian Kesihatan pada 2009 menerusi Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga dipetiksebagai berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengawal aktiviti 24
  25. 25. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANpemasaran dan promosi makanan segera bagi mendidik masyarakat mengamalkan pemakanansihat.Beliau berkata, antara langkah yang akan diambil ialah memperkukuhkan pengawalan iklanmakanan segera menerusi televisyen selain menambah slot dan kekerapan penyebaran mesejpemakanan sihat menerusi radio, televisyen, surat khabar serta majalah tempatan. Apa pun jugapenyebab berlakunya masalah obesiti di kalangan kanak-kanak negara ini, peranan utama dalammembentuk mereka ke arah kehidupan yang sihat adalah bermula daripada amalan pemakanankeluarga dan pemakanan harian mereka di rumah. Amalan pemakanan yang betul sertamelakukan aktiviti senaman secara berkala dengan betul dapat mengelakkan seseorang daripadamengalami masalah obesiti yang turut menyumbang kepada punca pelbagai penyakit berbahayayang boleh membawa maut seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis. Statistik menunjukkan kadar obesiti mengikut kaum di Malaysia Berdasarkan dapatan statistik pada carta pai ini menunjukkan kaum India mencatatkanbilangan yang paling banyak iaitu 25.6 % manakala kaum Melayu 22.1 %, kaum Cina 19.5 %dan lain-lain 32. 5 %. 25
  26. 26. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 jutarakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yangtidak sihat.Ketua Pegawai Eksekutif LPKM Dr Yahya Baba berkata angka itu menunjukkanpeningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainyatidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu."Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduknegara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun."Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006," katanya kepada pemberita selepasmerasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi NegeriKelantan di Pantai Sri Tujuh di sini pada Jumaat. 26
  27. 27. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3.0 PenutupSetelah meneliti dengan panjang lebar dan hasil daripada dapatan yang diperolehi daripadapembacaan dan kerja-kerja menyiapkan dokumen tugasan ini , jelaslah di sini bahawa amalangaya hidup sihat sangat penting dalam memastikan kehidupan menjadi lebih sihat , sejahtera danharmoni. Melalui komponen-komponen yang terkandung dalam gaya hidup sihat menjadi garispanduan kepada semua tentang amalan yang dianggap remeh seperti mengambil makananseimbang, mendapat rehat yang cukup , melakukan senaman ringan setiap hari, mengawalpemakanan dan berat badan boleh menjadikan kehidupan yang kita lalui setiap hari lebih selesadan sempurna. Bukan itu sahaja pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan seperti menghisaprokok, menagih dadah dan meminum arak juga telah membangkitkan kesedaran bahawa jangansesekali cuba mendekatkan diri dengan bahan tersebut kerana sekali terjerumus dalam keadaanketagihan dadah, arak dan keasyikan menghisap rokok akan mengundang padah bukan sahajakepada diri sendiri bahkan keluarga, masyarakat dan Negara juga. Walaupun usaha untuk cuba mendapatkan data statistik yang sahih tidak diperolehi,namun dapatan daripada kajian dan laporan yang didapati jelas menunjukkan kadar obesiti diMalaysia kian meningkat berbanding Negara maju yang lain contohnya seperti Amerika Syarikatkhususnya Chicago. Faktor yang diperolehi pelbagai di antaranya baka, pemakanan, kemiskinan,promosi jualan makanan ‘fast food’ dan lain;lain lagi. Apa yang nyata amalan pemakanan darimakanan yang seimbang , melakukan senaman , sentiasa memantau berat badan boleh mengatasikes dan maslah obesiti di kalangan individu di Malaysia khususnya. ( 4741 patah perkataan ) 27
  28. 28. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 4.0 Bibilografi Dr. Hajah Faridah Hj Abdul Rashid, ( 2009 ), Pemakanan Seimbang Untuk Remaja ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah Generasi Pengguna , ( 2011 ), Garis Panduan Pemakanan Malaysia 1999 ( edisiNovember ), Majalah Generasi Pengguna , (2011), Amalan Makanan Seimbang ,(edisi November ):kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA Nurazizan , Wan Norsaedah , (1994 ), Makanan Yang Sihat , Fakta dan Cerita , PetalingJaya : Vital Star Sdn. Bhd. Open Universiti Malaysia ( 2012 ) HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan (2nd) ,Selangor :Meteor Persatuan Pengguna Pulau Pinang , ( 2009 ) , Buku Panduan Senaman Sebagai Ubat :Pulau Pinang. Sulaiman Salleh & Mohd Azhar Zakaria (2001), Makanan Untuk Kesihatan & Tenaga,Selangor : Mega Setia Emas Sdn. Bhd. Gambar Gaya Hidup Sihat , [online ], Available :http://www.geogle.com.my/imgres?imgurl=http://pakarcinta.com/blog/wp_content/uploads/2011/gayahidp_sihat acssed : ( 2012/3/5) Gaya Hidup Sihat ,[online], Available :http://pakarcinta.com/blog/wp_content/upload/2011/05/gaya_hidup_ihat.jpg acessed at : (2012/3/6) Gaya Hidup Sihat, [online], Available :http://anizyn.blogspot.com/2008/09/gaya_hidup_sihat.html. acsses at : ( 2012/3/6 ) Jurnal Obesiti di Malaysia ,http://anizyn.blogspot.com/2009/02/mengelak-obesiti.htmlaccessed at : ( 2012/3/5) Jurnal Obesiti di Negara Maju : [ online ] , Available :http://www.communityhealthjournal.org/pdf/Vol6-02zaini.pdf acessed at : ( 2012/3/9) 28
  29. 29. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 ) HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Jurnal Statistik Obesiti di Malaysia : [ online ] Available : http://jurnal-kesihatan.blogspot.com/2008/10/obesiti-dan-kesannya.html acssed at : ( 2012/3/8) Jurnal Statistik obesiti di Malysia :[online] Available :http://www.nature.com/ijo/journal/v36/n2/full/ijo201184a.html acssed at : ( 2012/3/7) Masalah Obesiti di Malaysia : [ online ] , Available :http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=611295 acsessed at : ( 20120308) Statistik obesiti di Malaysia :[ online ] , Available :http://anizyn.blogspot.com/2011/03/30-peratus-rakyat-malaysia-dijangka.html : acssed at :( 2012/3/2) 29
  30. 30. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 )HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Lampiran Bahan Cetakan ‘power point’ 30
  31. 31. FAZILAH SELIMAN ( 750725016556001 )HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 31

×