Teks ucapan pengetua

19,456 views
19,035 views

Published on

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
19,456
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
212
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks ucapan pengetua

  1. 1. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Tingkatan Enam kerana telahmemberi peluang kepada saya, untuk menitipkan kata-kata aluan sempenaMajlis Konvokesyen Pra-U 2012. Terima kasih juga saya ucapkan kepada....................................................................dari PPD Kota Marudu kerana dapatmeluangkan masa untuk menjayakan majlis kita pada malam ini. Syabas dantahniah juga saya ucapkan buat AJK Pengelola Majlis Konvokesyen Pra-U,kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang. Untukpengetahuan , majlis kita pada malam ini merupakan majlis yang ke-duasetelah buat pertama kalinya telah diadakan pada tahun lepas. Sebenarnya majlis konvokesyen ini dan peperiksaan STPM yang bakalditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakalan diterokai. Dihadapan anda sekalian nanti, terbentang pelbagai ranjau duri dan rintangan kearah pencapaian sebenar dalam kehidupan.Semangat perjuangan yang murnidan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan siswa-siswi Pra-USMK Kota Marudu meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah.Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua. SMK Kota Marudu telah membuktikan bahawa, sekolah pedalamanyang pastinya mempunyai dalam serba kekurangan prasarana masih mampuuntuk melahirkan pelajar terbaik. Buktinya dua tahun berturut- turut , SMKKota Marudu telah berjaya melahirkan pelajar berCGPA 4.0 . Kejayaan manisAdik Syivero Patrick dan Adik Siti Norsheida Affendi tetap terpahat di hatikita. Tahniah sekali lagi kepada guru-guru tingkatan enam yang telahbertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar.Oleh sebab itu, sayaingin memberikan cabaran ini kepada calon-calon STPM 2012, agarmeneruskan kecemerlangan ini. Buktikan anda mampu untuk meneruskankejayaan ini. Siapa tahu, mungkin kejayaan yang digapai lebih gemilang.Berusahalah dengani ltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmuyang dicurahkan oleh guru-guru anda untuk memperoleh kejayaan danseterusnya memartabatkan Pra-U SMK Kota Marudu di persada daerah, negeridan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.Bagi mengakhiri kata-kata aluan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabasdan tahniah kepada para graduan pra-U kerana telah menunjukkan satu usahayang berdedikasi sepanjang menduduki alam Pra-U di SMK. Kota Marudu.
  2. 2. Saya juga mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua pelajar tersebut.Ucapan syabas dan terima kasih kepada semua ketua unit, tenaga pengajar, dansemua pihak yang telah menjayakan Majlis Konvokesyen Pra-U Sesi 2012. Jasabakti mereka telah memungkinkan para graduan pra-U menamatkan pengajianmereka hingga ke hari ini. Semoga sumbangan kita ini mendapat keredhaanAllah Subhanahuwata’ala. Dengan penuh rasa syukur kepada Tuhan, saya mengisytiharkan MajlisKonvokesyen Pra-U SMK Kota Marudu 2012, bermula.Sekian dan terimakasih.
  3. 3. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan barisanAJK pelaksana majlis konvokesyen Pra-U 2012 yang sudi menjemput PPDuntuk sama-sama memeriahkan majlis kita pada malam ini.Majlis Konvokesyen Pra-U Sesi 2012, merupakan sebuah majlis yang agakbaharu dalam takwim pendidikan khususnya bagi daerah Kota Marudu. Sayarasa amat berbangga kerana Unit Pengurusan Tingkatan Enam sekolah ini telahmenganjurkan majlis sebegini, yang pastinya akan memberi impak besar dalamdiri pelajar Pra-U, serta pihak sekolah.Syabas kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan Majlis KonvokesyenPra-U ini. Saya amat gembira kerana majlis sebegini dapat diadakan di dalamdaerah Kota Marudu. Program ini secara tidak langsung akan membuka matapara pelajar untuk mengorak langkah membangunkan diri dan keluarga kearah masyarakat berpendidikan. Majlis sebegini juga akan menjadi landasankepada sekolah-sekolah lain untuk turut serta mengadakan aktiviti sedemikian.Walaupun majlis konvokesyen pra-U ini hanya diadakan di sekolah, namunsaya pasti aura bergraduasi dalam kalangan pelajar pra-U semakin dirasai danbahang tersebut seharusnya dikekalkan sehingga para pelajar mendudukipeperiksaan sebenar.Saya berharap dengan adanya majlis penghargaan ini, ia akan menjadi satuinsentif dalam mengerakkan motivasi para pelajar ke arah kecemerlanganpendidikan. Semoga usaha ini akan membantu merealisasikan hasrat murnipihak sekolah dan JPN untuk melahirkan pelajar tingkatan enam yangcemerlang dalam semua aspek kehidupan termasuk pendidikan. Pelajar Pra-Uharus berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dankerohanian agar tidak ketinggalan dalam semua bidang. Kemampuanmenguasai ilmu yang tinggi akan melahirkan sebuah masyarakat yang bijakpandai dan berkeperibadian mulia serta dapat menyahut cabaran, danwawasan negara pada masa akan datang.Saya juga berharap pada tahun ini SMK. Kota Marudu sekali lagi akanmelahirkan pelajar yang akan mengharumkan nama baik sekolah dan daerahKota Marudu ke seluruh Malaysia. Kejayaan yang berterusan tersebut perludiwarisi oleh generasi pra-U seterusnya. Adalah menjadi harapan semoga
  4. 4. semua pelajar pra-U SMK. Kota Marudu sesi 2012 akan dapat membuatkejutan-kejutan terhebat apabila keputusan diumumkan pada tahun hadapan.Akhir kata setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, ketua-ketua unit, guru-guru serta para pelajar yang telah berjaya menganjurkanMajlis Konvokesyen ini. Kepada para guru dan ibu bapa, saya berharap agarkerjasama yang sedia ada dapat dikekalkan dan seterusnya memupukusahasama dalam menangani apa jua masalah anak-anak kita di sekolah ini.Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis KonvokesyenPra-U Sesi 2012. Semoga usaha gigih ini akan diteruskan dengan jayanya demiagama, bangsa dan negara.Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim/ syukur...saya dengan ini merasmikanmajlis konvokesyen pra-U SMK Kota Marudu bagi sesi 2012.Sekian, Terima Kasih.

×