Amalan membaca
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Amalan membaca

on

  • 13,330 views

 

Statistics

Views

Total Views
13,330
Views on SlideShare
13,330
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
91
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Amalan membaca Amalan membaca Document Transcript

  • 1. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu. Isi-isi penting : Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan koleksi buku Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan seterusnya menyumbangkan idea dengan menulis buku- buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa: gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa) Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dapat mengenali
  • dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu pelita hidup.KEPENTINGAN MEMBACA Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisadpembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yangsemakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyutseiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidakmempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmupengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yangmemerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak.Anak-anak ini bolehdianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpinnegara sehingga ke persada dunia.Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundursesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negaramelahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akanmengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetussatu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalammembina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yangpenting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.Hal inidisebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anakmelangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membacatersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalammemupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalammerealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmupengetahuan.Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yangdinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan denganmendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar,ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya denganorang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Disamping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yanglebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpamengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikanmasalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialahkuasa.Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perluditerokai dan dicari.Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualitiwacana nasional dapat dilestarikan.
  • Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalampenguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Kebanyakkanpelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka keranaterpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapanmereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahamiperbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan merekadalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasaInggeris.Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini.Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudahbelajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlubanyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi denganbaik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu,kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa denganbaik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkanbahasa kita kepada bahasa asing yang lain. Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanandalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersematdengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untukmenghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnyadaripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akanmemberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus.Sebenarnya, masyarakat telah punmendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi.Jadi,masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapatmembantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka.Hal ini bertepatan denganperibahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini,hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbangkemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkanmasyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju.Misalnya, negara Chinayang kian maju berasaskan pendidikan industri.Menurut kajian, statistik menunjukkankebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untukmenghasilkan perkara baru.Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untukmenghasilkan sesuatu yang baru.Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasikini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskanmembaca.Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itukerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang bergunakepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semuapihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan matamereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalammengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalanini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalamdiri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan merekamengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.Oleh itu, kita perlu bergandingbahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arahpembentukan negara maju.
  • Menggorak langkah berjalan pulang,Mawar disisip hiasan dara,Membaca amalan cemerlang terbilang,Mencorak ke arah kemajuan negara.Tema : membaca Arah : usaha Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca buku-buku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dantokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kitasering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karyapara ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian .Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurungyakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca jugadapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu ,ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapatmelatih anak – anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlahdari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha – usaha yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini bolehdibasmi hingga ke akar umbi . Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaanyang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapatmenggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalamkonteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak – anakuntuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan membaca sekurang –kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak – anak supaya merekaturut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkangenerasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjangkekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj,pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-manapun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkansesuatu yang berharga.Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yangberbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapatmengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa sertatempat. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaanawam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan
  • usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negarakita.Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku diperpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam dirimereka.Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusanapabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan.Oleh itu, situasi ini bolehmenyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yangmemuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga bolehdijayakan melalui program ‘Perpustakaan Bergerak’ dari sekolah ke sekolah oleh pihakKementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-bukuilmiah secara berkala dan mudah.Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkalasejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yangpragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak. Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialahibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah sepertidiskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anakberpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan.Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini.Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayumereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian PelajaranMalaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi bukumurid-murid dan guru.Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilahsikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka,bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu. Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan.Dalamkonteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiatmembaca dalam diri anak-anak.Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagimemastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengansebaik-baiknya.Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahanbacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak-anak.Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik.Hal ini dapatmenggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang merekamembazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luarrumah.Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas.Selain itu, penubuhanperpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal inikerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkankos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa denganmenyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anak-anak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawahtempurung.
  • Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkananak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usahaseterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku.Dalam konteks ini, ibu bapa dapatmenarik minat anak-anak untuk membaca buku.Selain itu, anak-anak dapat menambahilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu,anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu,situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibubapa kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada NabiMuhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umatIslam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang ituakan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kitadiwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq.Sesungguhnyaterbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satuusaha untuk menanam sikap minat membaca. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-bukuilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkanlagi.Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahumengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remajagemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang memberikan keuntangan kepadamereka.Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan.Lantaran itu, sudahtentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yangdapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu kehadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri samatinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyakmaslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.USAHA-USAHA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENJADIKAN MEMBACAAMALAN HIDUPDasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkanremaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemarmelakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli danvandalisme.Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkansebarang keuntungan kepada mereka?Tidak pernahkah terdetik dalam sanubarimereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh merekakhususnya dengan membaca?Apakah yang dimaksudkan dengan membaca danapakah kepentingannya?Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yangtertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandunganya.Kepentingannyapula adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan.Hal ini kerana,membacalah yang menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan.
  • Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hal iniamat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan bilangan buku yangdibaca oleh rakyat Jepun .Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiarayang buruk dibuang, denganrunding yang baik ditarik dengan muafakat untukmenjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arahorang lain kerana dikhuatiri bagaimenepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri,sebagai seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektifuntuk menjadikan membaca itu amalan hidup.Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau NadiIlmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat parapelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlumembaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannyadirekodkan di dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyakakan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam.Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaituperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang.Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawaremaja ke arah negatif.Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitusahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana Masa itu emas. MarcusAurelis pernah berkata,“jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadiorang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu” . Di sini jelaslahbahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yangbaik.Dengan itu, remaja perlulah sentiasa menggalakkan diri sendiri agar sentiasamembaca ketika waktu senggang.Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku-buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapijuga bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Dimanakah remaja boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannyadi kedai-kedai buku , internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan.Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dandapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan.Remaja perlulah sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan caramelanggan buku pada setiap bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekatdengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengankarya puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-bukusejarahnya dan penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikanmereka sebagai idola, remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadiseperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagaihala tuju. Hal ini kerana, ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis bukuuntuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan pendorong . Walaupun kini
  • maklumat di hujung jari tetapi tidak mungkin maklumat yang diperoleh itu menyamaisecara total seperti yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana, hanya jauhari yangmengenal manikam .Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh tersohor inisebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka.Prakarsa seterusnya ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membacaatau lebih dikenali sebagai ulat buku.Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebayaamat kuat semasa peringkat remaja. Malah, Saidina Ali bin Abi Talib juga adamengatakan,“selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakandan orang yang lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yangdicari”. Melalui kata-kata ini, dapatlah disimpulkan bahawa rakan itu amat besar nilainyadan rakanlah yang dapat memberi kita pelbagai faedah. Dengan itu , remaja perlulaharif memilih rakan seperti rakan yang rajin membaca. Jika remaja tersilap langkahdalam memilih rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalamhidup kita.Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diriuntuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampukkepimpinan negara.Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia.Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah sepertiamalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan “Membacaitu Jambatan Ilmu”< dan “Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya” seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita , Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak “generasiberpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikanMalaysia sebagai sebuah negara maju”.[971 patah kata]Khutbah jumaatMembaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumatdengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetakatau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yangdicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupanmanusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit ilmu yang diperolehi akanmerangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuanyang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalanganmasyarakat.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Melahirkan mayarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membacabukanlah suatu yang mudah. Tahap pembacaan masyarakat Malaysia masih lagirendah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakatberilmu dan bermaklumat. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun,kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan
  • menyedarkan masyarakat agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terussebati pada setiap masa dan keadaan. Budaya membaca adalah titik tolakkepada kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, budaya membaca menjadikan kitamasyarakat yang berilmu.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 3Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuantelah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuantelah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya imam-imammazhab, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi, al-Khawarizmi. Di nusantaraini juga tidak ketinggalan dalam melahirkan para ilmuan seperti Tok Kenali, alMarbawi, SheikhDaud Fatani dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telahmewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti danmotivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harusdigerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagaipendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:-Pertama, usaha menyedarkan masyarakat dan memperbetulkan sikappengabaian minat membaca, wajar digerakkan. Usaha utama yang perludilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membacakepada cintakan ilmu pengetahuan. Kempen kesedaran membaca perludiadakan secara lebih sistematik dan meluas termasuk mengadakannya ditempat awam seperti di pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam dan ditempat-tempat lain. Para pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula,perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh mencerna diripelajar antuk membudayakan tabiat membaca seperti kempen selangkah keperpustakaan, sejuta pengetahuan.Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejakmereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek ini.Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakandengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secarabercerita. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaankeluaga dengan membeli buku-buku ilmiah.Kedua, mewujudkan suasana yang boleh mendorong tabiat membaca. Bagimewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluargaperlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih 4banyak aktiviti pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian sertaperlu dijadikan aktiviti bersama seperti makan dan solat berjemaah.Ketiga, menggerakkan penulisan buku-buku ilmiah yang bermutu dan berkualiti.Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam
  • menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-bukudari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilaiilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukanmasyarakat. Di samping itu, pihak kerajaan disarankan perlu memberipenghargaan tertinggi kepada para ilmuan dan cendikiawan yang berjayamelahirkan karya-karya ilmiah seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Harunal-Rashid yang menimbang kitab yang dihasilkan oleh para cendikiawan danmemberi ganjaran emas seberat kitab yang dihasilkan. Secara tidak langsungianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali bin Abi Talibpernah mengatakan: Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang merekadapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakahkamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?Keempat, penerbit-penerbit buku perlu meningkatkan promosi buku-buku ilmiah.Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit bukujuga bertanggungjawab mengetengahkan buku-buku mereka dengan potongandan tawaran harga yang menarik. Penerbit buku juga perlu memastikan bahanbahan atau buku-buku yang dijual mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Akhirnya, mimbar jumaat hari ini menyeru kepada hadirin sekalian agar terusmenjadikan membaca sebagai satu budaya untuk kita menambah ilmu dandengannya kita dapat beramal seterusnya membina tamudun yang gemilang.ENGAJA ditulis pada ruangan ini berkenaan dengan kepentingan membaca.Mudah-mudahan masyarakat Malaysia membudayakan budaya iqra’ dalam kehidupan harianmereka.Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaandengan menuntut ilmu dan membaca.Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentangperasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya:“Ambil buku lalu baca!”Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: “Kenapakamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?” Lalu dia berkata kepadamereka: “Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan parasahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul didalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain.”Abdullah bin al-Amri berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku”.Al-Ma’mun berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan dialam fikiran orang-orang berilmu”.Al-Jahiz berkata: “Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dansebaik-baik kawan di kala menyendiri”.Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkanair mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah
  • terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanahkecerdikan dan petikan-petikan genius.Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akalyang waras.Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyaiperasaan bosan, jemu, muak dan kebencian.Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang,ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilihdan eksperimen yang hidup.Dr. Aidh al-Qarni berkata: “Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-bukupemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nasagama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang”.Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup parasahabat, tabi’in, para ulama besar dan orang soleh.Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras.Francis Bacon berkata: “Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat andamenjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akanberiman kepada Tuhan”.Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah danmanfaatnya.Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya BeginilahZaman Memotivasikan Kita.Antara lain, beliau berkata: “Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan danmeluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karyaorang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan danwawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang,terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat.“Saya dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak, keranatidak lain adalah dari membaca buku.“Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik danmenakjubkan.“Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpaumat manusia.“Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapansaya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah laludikumpulkan di hadapan saya.“Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukakan baginya pintupengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamubersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana.“Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atauorang yang pemarah.“Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yangbermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupakerajaan Kisra dan Kaisar.