Sumbangan Shahnon Ahmad

3,936 views

Published on

sumbangan Shahnon Ahmad

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,936
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
69
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sumbangan Shahnon Ahmad

  1. 1. BSS3013:SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN KUMPULAN Semester 1 Sesi 2013/2014 PENSYARAH: DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SOALAN: 1(d) TAJUK TUGASAN: SUMBANGAN TOKOH:SHAHNON AHMAD NAMA: NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ (D20131063136) NURUL SALWANA BINTI SARIR( D20131063097 ) AMIRAH IZZATI BINTI SALLEH (D20131063095) NUR SYALIMATUL AZIRAH BINTI KAMARULZAMAN (D20131063100)
  2. 2. 1.0 PENGENALAN Shahnon Ahmad atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Juwahir dan Tutang. Beliau telah dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung BanggulDerdap , di daerah Sik , Kedah Darul Aman .Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik.Bapanya bernama Haji Ahmad Bin Haji Abu Bakar.BapaShahnon berasal daripada Medan Sumatera . Bapanya telah meninggal dunia pada tahun 1981 .Semasa muda , bapanya telah mengembara dari tempat asalnya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon dan telah menetap di Sik .Ibunya bernama Hajah KalsumBt Haji Mohd Saman yang berasal dari Kampung Poseng , Pattani , Thailand . Pada awalnya ,bapa Shahnon bekerja di Jabatan Ukur dan kemudiannya telah menjadi seorang posmen .Semasa Perang Dunia Kedua , bapanya telah menjadi perisik kepada pihak British untuk mencari maklumat rahsia mengenai gerakan pihak Jepun .Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Mat seorang yang sedar akan kepentingan pendidikan kepada anaknya .Anaknya yang pertama bernama Mohd Noh .Beliau telah menyekolahkan kedua anaknya di Sekolah Inggeris di Alor Setar. Kedua ibu bapa Shahnon merupakan orang yang tabah , gigih , dan cekal dalam hidup . Ibunya juga banyak mendorong dalam pendidikan awal Shahnon .Kehidupan Shahnon terbahagi kepada tiga zaman yang mempengaruhi hidupnya sebagai seorang penulis.
  3. 3. Zaman tersebut adalah zaman kanak –kanak , zaman remaja dan zaman dewasa.Semasa zaman kanak-kanak , Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam,pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Kehidupannya banyak diluangkan dengan mengikut ibunya ke sawah . Beliau rajin membantu ibunya mencabut rumput disamping gemar mencari ikan dan bermain-main dengan air.Pada tahun 1940,Shahnon telah bersekolah di sekolah Melayu Sik.Disebabkanitu,Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang penuh keriuhan , perlumbaan dan cabaran.Manakala pada zaman remajanya pula , Shahnon telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1945-1953).Selepas tamat persekolahan, Shahnon mula menunjukkan bakatnya dalam bidang penulisan.Sifatnya yang sensetif serta keadaan keluarganya yang menjadi pendorong besar kepadanya untuk mencuburi bidang penulisan. Shahnon turut menunjukkan bakatnya dalam seni lakonan yang berunsur jenaka yang telah membawanya kepada pemupukan bakat seni sastera.Setelah tamat KolejSultan Abdul Hamid, beliau telah bekerja sebagai guru sementara dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Inggeris Grammar School,Kuala Terengganu.Selainitu,setelah setahun berada di negeri Pantai Timur , Shahnon kemudiannya telah memasuki Askar Melayu di Port Dickson,NegeriSembilan.Namunbegitu,akibat kemalangan yang Berlaku, beliau telah meletak jawatan dan telah pulang semula ke Kedah.Dalam tahun 1956 Sehingga1959 Shahnon telah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah Melayu Gunung Bukit Besar di AlorSetar.Pada tahun 1960 pula, beliau
  4. 4. telah ditukar ke sekolah lamanya iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.Semasa berada di Jitra,Shahnon telah bergiat aktif dalam politik dan telah menjadi Ketua Penerangan UMNO di Kubang Pasu. Shahnon juga bersama-sama rakan penulisnya telah menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA) pada tahun 1956.Pada pertengahan tahun 1968 pula, Shahnon telah bertugas sebagai pembantu penyelidik,Projek Perkamusan Bahasa Inggeris-Malaysia di Department of Indonesia Languages and Literatures ,Australian National University (ANU) Canberra ,Australia, di bawah Prof A.H.Johns ketua jabatannya.Di samping bekerja, Shahnon juga turut menyambung pelajarannya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam bidang Pengajian Melayu.Shahnon juga pernah bertugas sebagai seorang pesyarah setelah pulang ke tanah air di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjung Malim,Perak.Pada tahun 1974, Shahnon Ahmad telah dianugerahkan bintang Kesasteria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di Pertuan Agung dan pada tahun 1980 telah dianugerahi Dato‟ Setia Diraja Kedah (DSDK) , dengan gelaran Dato‟ .Akhirnya beliau telah dilantik sebagai sasterawan negara yang kedua pada tahun 1982. Shahnon Ahmad pada asalnya hanyalah seorang anak kampung, telah berjaya dalam bidang penulisan dengan hasil usahanserta dorongan ahli keluarganya.
  5. 5. 2.0 SUMBANGAN SHAHNON AHMAD Shahnon Ahmad menulis sejak tahun 1954.Hingga kini,beliau telah menghasilkan 18 cerpen terjemahan,4 drama,80 cerpen dan 16 novel.PenulisanShahnon Ahmad berkembang selaras dengan perkembangan peribadi dan perkembangan zamanya.Menurut pandangan Prof. Dr. A. Wahab Ali seorang penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Shahnon Ahmad adalah seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis apa yang terlintas di benaknya.Terdapat beberapa tahap perkembangan karya Shahnon Ahmad seperti tahap kampungan,tahap luar negara,tahapislam,tahap pengaruh Marquez,tahap carut mencarut dan tahap usia lanjut.Terdapat pelbagai karya kreatif hasil nukilan ShahnonAhmad,antaranya ialah cerpen,antalogi dan juga novel. 2.1 Novel Karya novel Shahnon Ahmad memberi penumpuan kepada kehidupan masyarakat desa .Beliau menekankan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk desa yang hanya bergantung kepada hasil cucuk tanam yang tidak seberapa.Beliau menganalisis kemiskinan yang dihadapi masyarakat yang miskin dalam novel pertamanya „Rentong‟(1965) dan juga „Ranjau Sepanjang Jalan‟.Beliau melahirkan rasa simpati terhadap masyarakat miskin yang memerlukan pembangunan melalui novel tersebut.Kedua-dua karya ini berjaya membuka mata pemimpin dan golongan atasan mengenai kemiskinanyang dihadapi golongan bawahan seraya menaikkan nama Shahnon Ahmad sebagai seorang penulis novel yang berani menyuarakan pendapat diri.
  6. 6. Contoh 1:Novel „Rentong‟ Novel ini mengisahkan pembangunan desa yang ingin dilaksanakan oleh ketua kampung bernama Pak Senik.Namun pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi membebaskan penduduk desa daripada belenggu kemiskinan dihalang oleh manusia yang tamak seperti watak Dogol. Contoh 2 :Novel „Ranjau Sepanjang Jalan‟ Novel ini mengisahkan tentang kemiskinan yang dialami oleh keluarga Lahuma,Jeha dan 7 orang anak mereka.Mereka selalu berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk mengubah nasib mengikut cara yang bersesuaian seiring dengan zaman yang berubah berubah. Selain daripada tema kemiskinan,Shahnon Ahmad juga menulis novel yang bertemakan keagamaan dan ketuhanan.Melalui tema berat seperti ini Shahnon Ahmad cuba menyeru masyarakat agar mengamalkan orentasi pendidikan yang bersifat keagamaan.Contoh novel yang membawa teori islam ialah Al-Syiqaq I, Tok Guru dan Tivi. Contoh 1 : Novel „Tok Guru‟ Novel ini mengisahkan Tok Guru yang bukan benar ajaranya tetapi kebuasan nafsunya. Tema berkaitan soal politik orang Melayu selepas merdeka turut diketengahkan dalam karya novel Shahnon Ahmad .
  7. 7. Contoh 2 : Novel „Menteri‟ Memaparkan konflik yang dihadapi masyarakat Melayu dalam bidang politik.Hal ini dapat dilihat dalam watak Bahadur sebagai seorang Menteri Kabinet yang resah dengan perkembangan politik dalam masyarakat Melayu..Para menteri Melayu pada tahun 60-an resah mengenangkan orang Melayu yang makin menderita dan kebanyakkan daripada orang Melayu tidak boleh diharapkan. Contoh 3:Novel „Srengenge‟ Novel terbaik pada tahun 1973 ini mengetengahkan konflik antara manusia dengan unsurunsur aminismedisebuah kampong terpencil di Kaki Bukit Srengenge.Masyarakat di kawasan tersebut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Bukit Srengenge.Konflik timbul apabila Cik Teh cuba memperkenalkan pemodenan kepada mereka.Masyarakat Bukit Srengenge menolak kemajuan seperti rawatan kesihatan moden yang dianggap bertentangan dengan nilai kepercayaan yang menjadi amalan tradisi nenek moyang mereka. 2.2Teknik Penulisan Novel Latar : Masyarakat Melayu Mayarakat desa yang terdiri daripada petani miskin dan juga nelayan .Latar yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan,Rentong dan Srengenge adalah latar zaman selepas Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 60-an.Shahnon Ahmad mengambil latar-latar semasa dalam menghasilkan karya novel beliau.
  8. 8. Watak dan Perwatakan Shahnon Ahmad mengambil watak-watak dari kalangan orang Melayu terutamanya golongan bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani Melayu.Terdapat juga watak-watak daripada golongan intelek Melayu,ahli politik dan juga golongan bangsawan.Beliau mendalami perasaan setiap watak yang ditulisnya. Gaya Bahasa Beliau banyak menggunakan bahasa daerah dalam penulisan novelnya.Penggunaan bahasa daerah bagi mewujudkan suasana masyarakat dalam novel yang ditulisnya.Shahnon Ahmad menyelitkan teknik-teknik seperti monolog dalaman,imbas kembali bagi menghasilkan penulisan yang dapat memberi impak kepada golongan pembaca. 3.0 ESEI DAN KRITIKAN Shahnon Ahmad telah berjaya menghasilkan sebanyak 44 buah esei dan kritikan dari tahun 1962 hingga 1975 yang meliputi soal penulis dan karya termasuk menyentuh isu-isu semasa mengenai sastera .Shahnon memilih Islam sebagai unsur terpenting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan dalam penciptaan karya melalui penulisannya.Shahnon juga telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik 1973 dalam pemilihan Panel Hadiah Karya Sastera melalui novel Srengenge.Beliau juga merupakan seorang tokoh penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel , cerpen , rencana , esei , dan kritikan.
  9. 9. 3.1 Esei dan kritikan ialah : Pengarang yang amat mahir dengan permasalahan masyarakat desa.Shahnon Ahmad seorang tokoh yang dapat menghayati bersungguh-sungguh setiap denyut nadi kehidupan masyarakat desa.DisebabkanShahnon memberikan pemerhatian yang rapi terhadap permasalahan , penderitaan , dan kemiskinan masyarakat desa , beliau telah dikurniakan gelaran „Victor Hugo Melayu‟ oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. 3.2 Seorang penulis esei dan kritikan yang berjaya Shahnon telah menghasilkan 44 buah esei dan kritikan yang membincangkan tentang penulis dan karya serta isu-isu semasa mengenai sastera. Dari hasil penulisan tersebut , Shahnon telah berjaya menonjolkan ketajaman pengetahuannya dan kepekaan terhadap pengalamn yang telah dilaluinya.Shahnon juga telah menulis menurut perspektif Islam semenjak kebelakangan ini.
  10. 10. 4.0 CERPEN-CERPEN SHAHNON AHMAD Shahnon banyak menghasilkan cerpen -cerpen yang turut mengambil desanya sebagai latar penceritaan.Melalui penghasilan cerpen ini jelas ditonjolkan unsur pembelaan terhadap masyarakatnya.Disamping itu , Shahnon juga turut menterjemahkan cerpen-cerpen dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Usahanya ini dapat mengkayakan khazanah sastera Melayu dan dapat mendedahkan kepada umum mengenai nilai , ciri , dan persoalan hidup masyarakat asing. Shahnon Ahmad mula menulis cerpen pada tahun 1956.Cerpen pertamanya iaitu “Bingung” telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mei pada tahun 1956. Cerpen ini mengisahkan tentang kebingungan watak utamanya dalam menghadapi dunia orang dewasa. Namun demikian, penulisan cerpenya tidak hanya terhenti setakat itu kerana selepas cerpen pertamanya itu, Shahnon Ahmad terus menghasilkan cerpen-cerpen lain antaranya , “Tiga Kali Gagal” , “Ayam dan Manusia dan “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Bercuti di kampung” pada tahun 1959, serta “Tua” dan “Di Tengah Keluarga” pada tahun 1960.Penulisan cerpen oleh Shahnon Ahmad membawa pelbagai jenis tema iaitu dapat dilihat melalui Cerpen “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Tiga Kali Gagal” pada tahun 1958, “Ayam dan Manusia” pada tahun 1958. “Nasib Seorang Buruh” pada tahun 1958, “Kisah Malam Lustrum” pada tahun 1959 dan “Sesudah Merdeka” pada tahun 1959 yang membawa tema tentang isu-isu masyarakat dan penyalahgunaan kuasa. Selain itu,cerpen –cerpen yang mengungkap persoalan seperti membawa unsur seks,mempersoalkan mengenai cinta,perbuatanzina,gejalapelacuran,perbuatan kecurangan suami isteri dan keruntuhan rumah tangga telah dimuatkan oleh Shahnon Ahmad dalam Antologi Anjing-Anjing pada tahun 1964. Seterusnya,cerpenShahnon Ahmad yang ditulis sekitar tahun 1960 hingga 1965 iaitu cerpen–cerpen yang dikumpulkan dalam Antologi Debu
  11. 11. Merah berlatarkan kepada desa dan kota. Antara cerpen-cerpen yang berlatarkan desa misalnya, “GelungnyaTerpokah”, “ Pak Utih”, “Nadinya Masih Berdenyut” dan “Babi Hutan”. Manakala,contoh-contoh cerpen yang berlatarkan kota pula seperti “Doktor Zaqlul”, “Borang G 147”, dan “Jangan Beritahu Orang Lain”. Di samping itu,penulisanShahnon Ahmad juga dapat dilihat melalui cerpen-cerpen Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan desa kelahirannya iaitu BanggulDedap.CerpenShahnon Ahmad yang lain iaitu GelungnyaTerpokah pula cuba menyingkap konflik yang dihadapi olehnya petani-petni yang mengerjakan sawah.DiceritakanJusoh amat marah kepada kerbau Berahim kerana telah memokahgelungnya menyebabkan tanah sawahnya menjadi kering kontang.Jusoh menuntut bela dengan mencuka belakang kerbau itu.
  12. 12. 5.0 KESIMPULAN Ketokohan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel,cerpen,rencana,esei dan kritikan tidak dapat disangkal lagi kerana beliau merupakan penulis kedua yang diangkat menjadi Sasterawan Negara pada tahun 1982.Pengalaman hidup dalam suasana kampung membolehkan beliau berupaya mengarang karya kreatif yang berkaitan dengan isu kemiskinan.Sehingga kini tiada lagi penulis-penulis yang mampu mengangkat isu kemiskinan setaraf dengan karya Shahnon Ahmad.Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang berjiwa kemiskinan atau memertabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena. Istilah mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang memperlihatkan ketajaman isu kemiskinan dan kesusahan serta kesakitan yang dialami oleh masyarakat desa sedikit sebanyak terluah dan dimuntahkan dalam karya Shahnon Ahmad. Beliau berjaya menangkap segala konflik jiwa orang kampung melalui kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai pengarang kreatif.SumbanganShahnon ini sebenarnya telah berjaya meringgankan beban yang membelenggu naluri dan jiwa masyarakat desa yang tidak mampu bersuara. Hanya mata pena Shahnon Ahmad yang mampu membela nasib golongan miskin.Selainitu,beliau juga mengetengahkan tema berat mengenai ketuhanan,soal politik orang Melayu dan juga hal-hal lainya.
  13. 13. BIBLIOGRAFI HamdanHamdani,ZetiAktarJaafar (2007). “SHAHNON AHMAD DALAM ESEI DAN KRITIKAN”.Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. ZainonS.Ahmad (2007). “SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA”.Selangor:Ilmu Media Trade. http://www.scribd.com/doc/38365821/Huraikan-Kedudukan-Dan-Sumbangan-Tokoh http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.html http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/penilaian-karya-sumbangan-fikiran-dan.html LAMPIRAN

×