Your SlideShare is downloading. ×
SULIT*                                                                 STPM 2012    940/2                                 ...
1. Huraikan struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan   British.A. Pengenalan ( 3 Markah )a. Sebelu...
3. Golongan Pembesar   a. Golongan pembesar berada di kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu      sebelum ...
2. Hamba a. Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu    sebelum tahun 1874 ialah hamb...
2. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British.A. Pengenalan ( 2/3 markah )    a. Adat ial...
c. Mengikut adat Temenggung apabila seseorang lelaki berkahwin,isterinya dikehendaki      mengikut keluarga suami dan ting...
Ekonomi/Perwarisan Harta.   a. Dalam aspek ekonomi,Adat Temenggung menuntut keadilan kepada semua pihak      mengikut unda...
Hampar.Perkahwinan semenda ini mengkehendaki suami tinggal atau membuat      rumah di tempat isteri.Orang Semenda berkuasa...
a. Harta bukan kepunyaan perseorangan tetapi adalah hak milik bersama kelompok      kekeluargaan/suku.Harta dalam masyarak...
e. Keunikan adat resam kaum Murut Timogun dapat dilihat melalui aktiviti penuaian      padi,di mana sebelum memulakan upac...
3.     Johor ialah negeri Melayu yang paling lewat menerima campur tangan British.       Bincangkan.A.     Pengenalan (3 m...
lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telahmemperkenalkan sebuah perlembagaan baru bag...
melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor.(iv)   Dato’ Muhamad Ibrahim b. Munsyi       ...
Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914       Hubungan Johor dengan British mulai renggang pada zaman pemerintahan Sulta...
4. Penentangan masyarakat tempatan di Perak dan Pahang disebabkan perasaan tidak   puas hati golongan pemerintah terhadap ...
baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai     dengan nilai yang tinggi di daerah masing-...
Di Pahang   1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah      Pengenalan sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat ...
Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris      kemana sahaja mereka pergi.      Kehadir...
5. Bincangkan kesan sosioekonomi di negeri-negeri Melayu akibat campur tangan   British dari tahun 1874 hingga Perang Duni...
sepanjang 13 km dibina dari Taiping ke Port Weld, manakala bandar-bandar      pelabuhan pula seperti Port Weld, Telok Anso...
Industri membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah seperti      Syarikat United Engineers turut berkemban...
6. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting yang mempengaruhi   kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu ...
Melayu.Selain itu Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako turut membangkitkan      kesedaran di kalangan orang Melayu.Agama   a....
e. Wartawan juga tidak kurang pentingnya berperanan dalam menaikkan semangat      nasionalisme di kalangan orang Melayu an...
f. Guru-guru MPSI telah menubuhkan parti-parti politk seperti Ikatan Semenanjung      Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar mem...
Kesimpulan ( 2 markah )   a. Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan penting dalam membangkitkan      kesedaran nasiona...
7.     Bandingkan sistem beraja di China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.A.     Pengenalan (3 markah)       Sistem b...
7.      Dalam bidang ekonomi, baginda juga menguasai segala hal-ehwal ekonomi dankekayaaan negara, malahan semua tanah per...
6.      Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap meletakkan maharaja sebagai"penguasa kedua" selepas golongan pembesa...
8. Bincangkan dasar pemencilan yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada   abad ke-19.   A. . Pengenalan ( 3 markah ) ...
Namun baginda telah melonggarkan dasar luarnya supaya sesuai dengan permintaan   barat. Satu dasar hubungan yang terhad te...
k. Pada tahun 1855, Mongkut telah menandatangani perjanjian persahabatan dan      perdagangan dengan Inggeris yang dikenal...
h. Pada tahun 1825 Minh Mang mengeluarkan satu dikri yang melarang kemasukan   mubaligh-mubaligh kristian dan baginda bert...
tumpuan terhadap Vietnam serta memandang serius dasar agresif Vietnam. Justeru itu   Perancis telah menghantar wakil diket...
9. Sejauh manakah faktor politik menjadi sebab terpenting campur tangan   Barat di Myanmar dan China pada awal abad ke-19....
mengawal sempadan antara India dan Myanmar. Untuk menyelesaikan   masalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten...
tetapi dapat dirampas kembali kemudiannnya oleh British. Selepas peristiwa           itu, Jeneral Bandula telah menyiapkan...
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Rashman skema sejarah 2 perlis 2012

2,604

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,604
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Rashman skema sejarah 2 perlis 2012"

  1. 1. SULIT* STPM 2012 940/2 SEJARAH KERTAS 2 (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800 1800-1963) SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012 ANJURAN BERSAMA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA PENGETUA PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS) DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS© Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2012 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  2. 2. 1. Huraikan struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.A. Pengenalan ( 3 Markah )a. Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal.Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.b. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama.c. Golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.B. Struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu I. Golongan Pemerintah ( 10 Markah )1. Sultan atau raja.a. Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .b. Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.c. Sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa seperti penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alat kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah.d. Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki baginda.e. Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanandi negeri-negeri Melayu.2. Kerabat diraja.a. Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja atau tengku.b. Kerabat diraja mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.c. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya memerintah di daerah atau mukim tertentu.d. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan.Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda. 2 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  3. 3. 3. Golongan Pembesar a. Golongan pembesar berada di kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik. b. Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. c. Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan. d. Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di kwasan atau daerah masing-masing. e. Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil. f. Pembesar juga bertanggungjawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah. g. Terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana, iaitu penghulu dan ulama. h. Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan, membekalkan tenaga buruh, mengutip cukai dan memastikan rakyat pada peringkat kampung taat setia terhadap Sultan. i. Ulama merupakan golongan cerdik pandai dalam bidang agama Islam .Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib atau guru agama. Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam. Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat India dan Pulau Jawa. Mereka menggunakan gelaran tertentu seperti maulana. II. Golongan Yang Diperintah ( 10 Markah ) 1. Golongan merdeheka. a. Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing. b. Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri tertentu . c. Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. d. Rakyat biasa merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. e. Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negera asal mereka. f. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. g. Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. h. Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu.Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu. 3 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  4. 4. 2. Hamba a. Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba. b. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. c. Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. d. Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong. e. Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang. f. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba. C. Kesimpulan ( 2 Markah ) a. Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik yang terdiri daripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah. b. Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masing-masing. c. Setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British. 4 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  5. 5. 2. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British.A. Pengenalan ( 2/3 markah ) a. Adat ialah istilah yang dikutip dari bahasa Arab yang beerti kebiasaan.Menurut Sorojo adat adalah pencerminan dari keperibadian sesuatu bangsa di mana adat merupakan unsur terpenting yang memberikan identiti kepada bangsa. b. Masyarakat di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak telahpun mempunyai hukum adat mereka yang tersendiri sebelum kedatangan kuasa barat.Hukum adat merupakan peraturan yang diamalkan secara turun temurun dan sesiapa yang melanggarnya akan dihukum. c. Hukum adat dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat dan memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan selesa.Masyarakat di negeri-negeri Melayu mengamalkan dua jenis adat iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih manakala bagi Sabah dan Sarawak hukum adat yang diamalkan ialah adat Tenom,adat Dusun,adat Temogun dan adat Dusun Tunggu. B. Isi –isi ( 20 markah ) Adat Temenggung Asal-usul a. Adat ini diperkenalkan oleh Dato Temenggung di Palembang,Sumatera Selatan oleh Sutan Paduka Basa ( Dato Ketemenggungan ).Adat ini diamalkan di kawasan pesisiran pantai dan dibawa ke Tanah Melayu pada kurun ke 13 dan 14 melalui Parameswara dari Palembang. b. Adat ini diamalkan di semua Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan,Naning dan Alor Gajah. Jurai Keturunan/Salasilah Keluarga/Masyarakat a. Adat ini bersifat patrilineal iaitu susur galur keturunan berasaskan nasab sebelah bapa. Penekanan ini berlaku kerana kaum lelaki dianggap penting dalam Islam dalam melanjutkan keturunan sesebuah keluarga dan sejajar dengan hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga. b. Masyarakatnya juga tidak wujud suku kerana perkahwinan adalah berbentuk dalaman atau endogami.Walau bagaimanapun terdapat masyarakat berkelas yang dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Perkahwinan/Perceraian a. Daripada aspek perkahwinan,hukum adat juga menentukan kedudukan kaum lelaki dan perempuan dalam masyarakat.Mengikut Adat Temenggung,undang-undang keluarga adalah bersifat Patrilineal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. b. Golongan bapa dianggap sebagai ketua keluarga sebagaimana yang telah ditentukan oleh hukum syarak.Meskipun begitu,pihak keluarga di sebelah bapa dan ibu juga dianggap sama penting. 5 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  6. 6. c. Mengikut adat Temenggung apabila seseorang lelaki berkahwin,isterinya dikehendaki mengikut keluarga suami dan tinggal bersama-sama dengan keluarga ibubapa suaminya.Isteri akan menjadi ahli keluarga suaminya. d. Perkahwinan dengan sesiapa sahaja dibenarkan selagi tidak mempunyai pertalian darah dengan pasangan.Peraturan ini bermakna perkahwinan antara saudara seibu dan sebapa adalah dilarang.Perkahwinan atas dasar perbezaan agama juga dilarang oleh hukum syarak. e. Perceraian ditegah dalam Islam tapi dibenarkan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama.Sistem Pemerintahan/Pentadbiran a. Sistem pemerintahannya menekankan kuasa dan kedudukan istimewa pemerintah iaitu bersifat autokratik dan raja berkuasa mutlak. b. Puncak sistem pemerintahan ialah raja/sultan diikuti oleh Raja Muda dan seterusnya pembesar-pembesar yang memegang jawatan-jawatan tertentu,diikuti oleh pembesar wilayah,jajahan dan kampung.Mereka dilantik oleh raja yang bertauliah serta memerintah atas nama atau sebagai wakil sultan/raja. c. Sultan/raja merupakan ketua negara,lambang penyatuan dan perpaduan rakyat.Apabila raja/sultan mangkat baginda akan digantikan oleh putera sulung baginda.Sekiranya tiada anak lelaki,adik sultan akan mewarisi takhta.Keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar.Sistem Perundangan/Kehakiman a. Hukum adat juga menjelaskan undang-undang dan peraturan yang menjadi panduan dalam pentadbiran,undang-undang jenayah,atau undang-undang awam. b. Adat Temenggung menetapkan hukuman yang lebih keras ke atas kesalahan jenayah.Sistem perundangan dalam adat ini bersifat pengajaran dan berpegang kepada prinsip pembalasan contohnya pembunuh mesti dihukum bunuh. c. Rakyat yang melakukan kesalahan kepada pembesar akan menerima hukuman yang lebih berat berbanding kesalahan yang dilakukan terhadap orang yang sama taraf.Hukuman yang dilakukan ke atas rakyat biasa adalah lebih berat jika dibandingkan hukuman yang dikenakan ke atas golongan pemerintah. d. Hukuman yang dikenakan selaras dengan undang-undang Islam atau disesuaikan mengikut undang-undang negeri.Dalam Undang-undang Pahang dan Kedah juga menyentuh tentang hukum hudud.Dalam Undang-undang Kedah mengikut Fasa 23 kesalahan membunuh dianggap berat kerana nyawa manusia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan hukumannya bunuh kembali. e. Bagi kesalahan mencuri pula akan dipotong tangan .Bagi kesalahan pertama dipotong tangan kanan,diikuti oleh kaki kiri dan tangan kiri.Bagi kesalahan zina pula contohnya Undang-undang Pahang,sesiapa yang belum berkahwin akan dikenakan 100 sebatan dan bagi pasangan yang sudah berkahwin akan direjam/disula sampai mati. 6 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  7. 7. Ekonomi/Perwarisan Harta. a. Dalam aspek ekonomi,Adat Temenggung menuntut keadilan kepada semua pihak mengikut undang-undang Islam.Mengikut adat Temenggung harta adalah kepunyaan individu/orang perseorangan.Sistem pewarisan ialah hak milik tetap bagi seseorang atau individu. b. Adat Temenggung menetapkan anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka dengan kadar dua pertiga berbanding anak perempuan.Ianya berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding anak perempuan. c. Keadaan ini bermakna anak perempuan juga berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka keluarga iaitu sebanyak satu pertiga bahagian berbanding anak lelaki.Walau bagaimanapun jika berlaku perceraian harta sepencarian akan dibahagi sama rata jika isteri bekerja tetapi jika isteri tidak bekerja hanya dapat satu pertiga sahaja daripada harta.Adat PerpatihAsal-usul a. Adat ini diasaskan oleh Dato Perpatih Nan Sebatang dari Minangkabau Sumatera Tengah.Pusat pemerintahannya ialah Pagar Ruyong dan digunakan di kawasan pedalaman. b. Dibawa ke Negeri Sembilan,Naning dan Alor Gajah pada kurun ke 17 oleh peneroka suku bangsa Minangkabau iaitu Luak Paya Kumbuh,Seri Lemak,Mungkal dan Tanah Datar.Jurai Keturunan/Susunan Masyarakat. a. Adat ini bersifat matrilineal iaitu kaum wanita mempunyai kedudukan utama atau susur galur keturunan berasaskan nasab sebelah ibu. b. Anak perempuan menjadi asas wujudnya suku dan penerus kepada suku dan ianya dikenali sebagai unilateral ( susur galur satu pihak ). c. Dengan ini masyarakatnya adalah bersuku-suku.Terdapat 12 suku iaitu Biduanda,Batu Hampar,Seri Lemak,Paya Kumbuh,Mungkal,Tiga Nenek,Tiga Batu,Tanah Datar,Seri Melenggang,Batu Belang,Anak Acheh dan Anak Melaka. d. Suku Biduanda mempunyai kedudukan istimewa iaitu merupakan suku asal di Negeri Sembilan.Hubungan antara suku yang mengikut nasab ibu amat rapat seperti adik beradik. e. Hubungan anggota seperut itu mempunyai tanggungjawab dan hak yang sama iaitu Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing,Dapat Sama Dilaba,Cicir Sama Rugi.Perkahwinan/Perceraian a. Sistem perkahwinan dalam adat ini dipanggil perkahwinan semenda iaitu suami kepada perempuan dalam adat ini digelar Orang Semenda.Perkahwinan dipengaruhi oleh hukum syarak iaitu berkait dengan nikah dan talak. b. Sistem berbentuk eksogami iaitu tidak boleh berkahwin dengan suku yang sama contohnya suku Batu Hampar tidak boleh berkahwin dengan suku Batu 7 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  8. 8. Hampar.Perkahwinan semenda ini mengkehendaki suami tinggal atau membuat rumah di tempat isteri.Orang Semenda berkuasa ke atas isteri dan anak-anaknya dan wajib mendirikan rumah di tapak tanah isteri dan dengan demikian rumah akan menjadi hak milik isteri. c. Seorang lelaki dilarang juga berkahwin dengan dua atau lebih perempuan yang datang dari suku yang sama.Kahwin lari dilarang dalam adat ini dan hukumannya tidak boleh balik kampung,hilang hak ahli suku,hilang hak waris harta. d. Dari segi perceraian selain dari mengikut hukum syarak,menurut adat Perpatih perceraian mempunyai upacara tersendiri kerana ia berkaitan dengan suku.Jika seorang suami berhajat untuk menceraikan isterinya mestilah melalui satu timbang tara yang dipanggil bersuarang iaitu jamuan kecil diadakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.Keputusan akhir menjatuhkan talak adalah langkah terakhir iaitu jika perdamaian tidak dapat dicapai.Pemerintahan/Pentadbiran a. Sistem pemerintahannya bersifat demokrasi dan disahkan oleh RJ Wilkinson yang mengatakan “ The Adat Perpatih is Democratic ". b. Kuasa pemerintahan bukan di tangan seorang sahaja tetapi dibahagikan di antara pemerintah iaitu Yang Dipertuan Besar,Undang,Lembaga,Buapak dan Perut.Tiada pemusatan kuasa kepada seorang raja atau pembesar.Ianya dinyatakan seperti raja memerintah alam,undang memerintah luak,lembaga memerintah suku dan buapak memerintah anak buah. c. Konsepnya ialah orang ramai atau saudara lelaki tertua sebelah ibu akan memilih Buapak,Buapak memilih Lembaga,Lembaga memilih Undang dan Undang melatik Yang Dipertuan Besar.Hukuman Adat Perpatih a. Sistem bersifat pemulihan,berperikemanusian dan bertimbang rasa.Kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahan dan mangsa dibayar gantirugi.Contohnya seseorang yang terluka atau cedera akan diberi gantirugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada lukanya. Mangsa kecurian pula boleh mendapat balik barang-barangnya. b. Sekiranya berlaku pembunuhan orang yang bersalah tidak perlu dijatuhkan hukuman yang keras,apabila mangsa mati,suku akan bayar gantirugi atau memaksa suku yang membunuhnya menyuruh seseorang dari kalangannya mengambil tempat orang yang mati. c. Hukuman bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan dan hanya boleh dijatuhkan oleh Undang atau Yang Dipertuan Besar sahaja.Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.Pewarisan Harta Adat Perpatih 8 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  9. 9. a. Harta bukan kepunyaan perseorangan tetapi adalah hak milik bersama kelompok kekeluargaan/suku.Harta dalam masyarakat tidak boleh dijual kepada keluarga lain dengan syarat-syarat tertentu. b. Perut menjadi wakil keluarga dan menjaga harta supaya tidak berpindah ke tangan orang lain.Terdapat beberapa jenis harta dalam adat ini iaitu : i. Pusaka Benar - harta kepunyaan suku seperti tanah-tanah kampung,dusun buah-buahan dan rumah yang terletak di tanah pusaka dan tidak boleh dijual ii. Pusaka sendiri - barang kemas dan harta carian iii. Harta sepencarian - harta semasa perkahwinan iv. Harta dapatan - hadiah/harta isteri sebelum berkahwin v. Harta bawaan – hadiah/harta yang diperolehi suami sebelum kahwin c. Jika berlaku perceraian harta sepencarian akan dibahagi sama rata jika isteri bekerja dan sekiranya isteri tidak bekerja akan hanya mendapat 1/3.Sekiranya isteri meninggal dunia harta ini akan jatuh ke tangan anak perempuan sesuai dengan sistem kekeluargaan yang berbentuk unilateral.Hukum Adat di Sabah dan Sarawak. a. Di Sarawak mengamalkan adat-adat tertentu.Bagi kaum Malanau yang ingin mendirikan rumah terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah,caranya dengan menggali sebuah lubang dan dimasukkan seorang perempuan serta hiasan manik yang berharga untuk dijadikan korban.Barulah boleh ditanam tiang yang bertujuan untuk menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya. b. Bagi kaum Iban seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan pekerjaan sebelum masuk meminang.Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala tersebut diberi kepada bakal mertua ataupun bakal isteri,barulah pinangan akan diterima.Tujuan adat ini adalah untuk menunjukkan keberanian dan kegagahan seorang pemuda.Ia sangat penting bagi kaum Iban sebagai jaminan kaum lelaki dapat menjaga keselamatan keluarganya nanti. c. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban.Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat.Semua penduduk dalam rumah panjang tersebut berhak bercucuk tanam, memburu dan mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka.Antara kesalahan yang dikenakan hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarang bencana,kecemasan, tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang diersetujui,dan pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parangnya. d. Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua- Tua. Dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya Pengeran Temenggung atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku yang akan bertindak sebagai hakim.Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun,Adat Tenom,dan Adat Timogun.Hukum adat ini dikendalikan oleh “ Orang Tua ". 9 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  10. 10. e. Keunikan adat resam kaum Murut Timogun dapat dilihat melalui aktiviti penuaian padi,di mana sebelum memulakan upacara tersebut,pemilik padi terlebih dahulu perlu mengambil sedikit buah padi yang mengguning untuk dibuat “ Mamata ".Tugas itu meliputi memasukkan buah padi mentah ke dalam kuali untuk dikeringkan dengan menggunakan kayu api sehingga kering bagi proses memudahkan menjadi beras,kemudian direndam dalam besen menggunakan air kelapa muda untuk melembutkan beras itu selama 12 jam.Selepas itu nasi mentah yang bercampur dengan isi kelapa muda kemudiannya dimasukkan ke dalam tempurung kelapa untuk dipacakkan di tengah-tengah sawah sebagai menandakan sawah mereka tiada lagi pantang larang dan bebas membawa makanan di situ. f. Masyarakat Iban di Sarawak meletakkan nilai yang tinggi ke atas keberanian dan kejayaan individu.Maka itu satu ketika dulu memburu kepala atau “ head hunting " menjadi penting dalam masyarakat ini.Mereka juga memastikan kesejahteraan kelompok mereka dan dimanifestasikan dalam tradisi hidup di rumah panjang dan upacara-upacara bermacam jenis gawai yang mereka lakukan.I Jun telah ditetapkan sebagai Hari perayaan Gawai untuk masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak dan telah dijadikan sebagai cuti umum bagi kedua-dua negeri itu. g. Seperti masyarakat Iban,masyarakat orang Dusun dan Kadazan masih berpegang kepada adat resam,undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang yang dipusakai dari nenek moyang mereka.Meraka masih mengutamakan ajaran Kinoroh Igan hukuman Sogit hingga hari ini.Bagi hukum adat orang Kadazan,mereka mempunyai tujuan untuk wujudkan ketenteraman dan suasana harmonis dalam masyarakat.Kesalahan akan dikenakan Sogit.Sogit seumpama undang-undang di dalam kaum Kadazan Dusun di Penampang.Sogit bertindak sebagai saman yang meminta pampasan daripada pihak yang bersalah.Pampasan biasanya dalam bentuk haiwan ternakan seperti khinzir,kerbau,sapi,kambing,ayam.Sogit juga merupakan denda ke atas seseorang atas sebab-sebab kesalahan yang agak kecil atau ringan.Contoh situasi “ sogit " jika seseorang perempuan mengandung sebelum berkahwin,lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa ketua kampung dan keluarganya untuk membincangkan persetujuan sekiranya pihak lelaki mahu berkahwin dengan perempuan tersebut atau tidak.Jika tidak pihak lelaki perlu membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan yang terlibat.C. Kesimpulan ( 2 markah ) a. Hukum adat memakan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup.Ia dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam masyarakat.Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang adat semakin dipinggirkan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat. b. Undang-undang barat mula menggantikan peraturan-peraturan adat di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.Hanya bahagian-bahagian tertentu undang-undang adat dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati penduduk tempatan dan menggelakkan penetangan daripada penduduk tempatan. 10 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  11. 11. 3. Johor ialah negeri Melayu yang paling lewat menerima campur tangan British. Bincangkan.A. Pengenalan (3 markah) Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungandengan British. Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles danpembukaan Singapura pada tahun 1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan negeri yangpaling akhir menerima Penasihat British. Dengan ini, Johor dianggap sebagai negeri yangpaling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yanglain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima campur tangan British mulai 1874.Mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning, kemerdekaan Johor pada umumnya adalahdisebabkan dua faktor, iaitu hubungan berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaanpemerintah-pemerintah Johor terutama Temenggung Daeng Ibrahim dan Maharaja AbuBakar.B. ISI-ISI (20 markah)Faktor kelewatan Johor menerima campur tangan British1. Hubungan berbaik-baik dengan British Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggungmengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negeri-negeri Selatdan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh Temenggung AbdulRahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan oleh pengganti-penggantinyaseperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Disamping mengekalkan kebebasan Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amatmenguntungkan Johor. Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya keatas Johor menerusi satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali, putera SultanHussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan penuh ke atas Johor. Tuntutantakhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan kestabilan politik Johor kerana tuntutan itudapat dielakkan oleh pihak British dengan sokongan pihak British terhadap keluargaTemenggung. Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah mengeratkan hubungan mesra Johordengan British. Gelaran Maharaja dan gelaran sultan telah diiktirafkan oleh pihak British.British juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani padatahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah mengukuhkan kedudukanSultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat.2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebihcekap dan sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang 11 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  12. 12. lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telahmemperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Undang-undang Tubuh ini menjamin pemerintah yang teraturdan kuasa sultan diperkukuh. Perlembagaan bertulis ini merupakan yang pertama di TanahMelayu berdasarkan sistem perlembagaan di Britain. Ia menjamin sistem pentadbiran yangteratur. Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa sultan dapat diperkukuhkan. Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada orangMelayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati sultan. Majlis Negeri yang didirikan terdiridaripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh sultan untuk membuatundang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk mengambilalihpentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah wujud di Johor. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila bagindamenandatangani perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantikseorang wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaanbaginda turut terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat diJohor. Di samping memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yanglebih kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat.Baginda mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan danMajlis Mesyuarat Negeri. Negeri Johor dibahagi kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan pentadbiran.Menjadikan Johor Bharu (Tanjung Puteri) sebagai ibu negeri dan tempat semayamraja/sultan. Golongan birokrasi Johor terdiri daripada kaum elit Melayu yang taat setia dantaat. Pembesar-pembesar menggabungkan ciri-ciri moden dan ciri-ciri pemerintahan Melayutradisional. Pentadbiran Johor dibahagi kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah danKerja Raya, Sistem Kehakiman, Pasukan Polis, Jabatan Pendidikan Sekular, dan JabatanKhazanah. Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri dan Majlis Negeri.3. Kewibawaan dan kebijaksanaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Johor membantu mengekalkan kemerdekaan Johor seperti:(i) Dato’ Jaafar bin Haji Muhamad mengadakan beberapa pembaharuan: Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Mengarah bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu.(ii) Dato’ Abdul Rahman b. Andak Mengawal hal ehwal luar negeri Johor untuk menghalang British menjajah Johor. Menghalang pembinaan landasan kereta api merentasi Johor ke Singapura. Memastikan hubungan persahabatan terus terjalin dengan pegawai-pegawai British.(iii) Dato ’ Muhamad Salleh b. Perang Bertanggungjawab membuat perancangan pembangunan negeri Johor. Beliau telah 12 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  13. 13. melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor.(iv) Dato’ Muhamad Ibrahim b. Munsyi Bertanggungjawab memajukan pendidikan moden di Johor.- Usaha gigih pemimpin-pemimpin kanan membantu mengekalkan kedaulatan Johor.4. Tidak berlaku kekacauan di Johor Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya menggunakankebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk orang Cina ke Johor dalampertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagaisatu kaedah yang tersusun untuk mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu. Melalui sistem Kangcu, orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor danmembuka ladang-ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliahyang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang Cina. Surat inimenentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini membolehkan kemasukan orang Cina secaraberamai-ramai ke Johor. Pada awal tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor.Mereka menjadi buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka padapertengahan abad ke-19. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain seperti di Perak danSelangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh kongsi gelap di Negeri Johor.Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu GheeHin untuk masuk ke Johor. Malah baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasukiJohor. Dengan cara pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cinaterkawal. Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar seperti yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain juga tidak berlaku di Johor.Pemindahan kuasa dari keluarga sultan kepada keluarga Temenggung terutamanya selepaskemangkatan Sultan Hussein telah berlaku secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yangtidak diingini. Oleh sebab tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa dikalangan pembesar atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, makaBritish tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingga tahun 1914.5. Kurang potensi ekonomiWalaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi tumpuanyang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai sumber alam yang kayaseperti bijih timah. Johor hanya mempunyai keluaran bijih timah dan gambir, itu pun dalamskala yang tidak begitu besar dan tidak memberi keuntungan lumayan seperti di Perak danSelangor yang kaya dengan sumber galian bijih timah. Oleh itu, Kekurangan kepentinganekonomi British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri tersebut. 13 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  14. 14. Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914 Hubungan Johor dengan British mulai renggang pada zaman pemerintahan SultanIbrahim (1895-1959). Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat TanahJajahan. Sebaliknya baginda menentang kuasa pihak British. Baginda memerintah secarabebas dan sering mengabaikan nasihat British. Malah baginda mengambil beberapa tindakanyang mengecewakan pihak British.Pada tahun 1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasankeretapi dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapimengikut syarat-syarat sendiri dengan mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera sendiri.Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British. Namun demikian, pada 11 Julai 1904, SultanIbrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi Johor setelah A. Lyttleton,Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil tindakan yang tegas ke atas baginda.Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus mengancam kepentingan-kepentingan British diJohor. Pada tahun 1905, baginda memberikan satu konsesi yang luas kepada PerbadananNegeri Johor yang disokong oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hakmonopoli selama 20 tahun. Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan JohorBharu sebagai sebuah pelabuhan supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segiekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Tindakan baginda mengancam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusatperdagangan. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat Britishmenyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor untukmemaksa baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya pada tahun 1914,Sultan Ibrahim menandatangani satu perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawaiBritish yang nasihatnya mesti diminta dan dijalankan dalam semua perkara yang adahubungan dengan pentadbiran umum negeri dan mengenai semua perkara selain daripadayang menyentuh agama dan adat resam orang Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskankuasanya ke Johor.C. Kesimpulan (2 markah) Johor merupakan negeri terakhir yang dikuasai oleh Inggeris melalui perlantikanseorang penasihat British pada tahun 1914. Kerajaan Johor berjaya mengekalkankemerdekaannya kerana bergantung kepada kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahnyaiaitu Temenggung Ibrahim (1825 -1862), Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim(1895-1959). Pemerintah Johor dapat memelihara kemerdekaan dengan melaksanakan dasarpemodenan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi mengikut ala Barat. Pemodenan inidibantu oleh pegawai kanan kerajaan Namun, hubungan baik dengan Barat tidak dapatbertahan apabila Sultan Ibrahim (1895-1959) mulai mengubah dasarnya membelakangkanBritish sehingga memaksa baginda menandatangani perjanjian penerimaan penasihat Britishpada tahun 1914. Melalui perjanjian ini, maka lengkaplah perluasan imperialisme British diTanah Melayu. 14 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  15. 15. 4. Penentangan masyarakat tempatan di Perak dan Pahang disebabkan perasaan tidak puas hati golongan pemerintah terhadap pentadbiran British. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini.A. Pengenalan ( 3 markah ) a. British mula melaksanakan sistem pentadbiranya di Perak setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger sebagai residen. b. Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisional tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintahan di kedua-dua negeri.B. Isi-isi ( 20 markah )Penentangan di Perak 1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintahan Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Pangkor ditandatanagni dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara . Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan. Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg. Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdulah tidak diberi gantirugi yang setimpal. Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah. Penghapusan sistem perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar. Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy. Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya. 2. Kelemahan pemerintahan Raja Abdullah Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Kerian untuk menbayar hutang. Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg. Perak kepada Lee Cheng Tee. Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas hati dengan perlantikan 15 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  16. 16. baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing.3. Kelemahan keperibadian Birch Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza. Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan. Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehingga mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu. Beliau juga besikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai.4. Pembaharuan-pembaharuan Birch Sistem pungutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari. Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan taat setia. Birch juga telah menghapuskan sistem amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.5. Penentangan oleh golongan rakyat kerana beberapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat. JWW Birch memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah. Beliau juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi. 6. Kesilapan Sir William Jervois Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan. Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran. Pada 11 September, 1875 beliau mendesak Raja Ismali supaya menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf. 16 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  17. 17. Di Pahang 1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah Pengenalan sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistimewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat pemerintahan sahaja. Sultan juga tidak puas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun. Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik pureta sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah. Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889. Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah. Tindakan residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai penasihat sultan dalam majlis penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri. Tok Gajah, Temenggung Dato Shahbandar, Maharaja Perba Jelai,Orang kaya Chenor dan Orang kaya Temerloh ditawarkan RM1200 setahun menyebabkan mereka tidak puas hati Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanayk RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000 setahun tetapi tidak dihiraukan oleh British. Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa mematuhi Undang-Undang British. Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak. 2. Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap: Undang-undang baru, iaitu cukai tanah sebanyak 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah. Sistem lesen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu. Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua tahun dalam setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan jika enggan akan didenda atau penjara. 17 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  18. 18. Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi. Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi. Kehadiran pelombong Eropah dan China juga menyebabkan kebencian masyarakat tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu. Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang. 3. Kelemahan peribadi J.P Rodger Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang. Pemberian elaun yang tidak dipersetujui oleh pembesar dan mengancam untuk tidak mematuhi keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan Roger member amaran untuk mengambil tindakan undang- undang. Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan.C. Kesimpulan ( 2 markah ) a. Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Perak dan Pahang adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru. b. Penentangan masyarakat di kedua-dua buah negeri menyebabkan British lebih berhati-hati dalam melaksanakan pembaharuan. 18 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  19. 19. 5. Bincangkan kesan sosioekonomi di negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga Perang Dunia Kedua. A. Pengenalan ( 3 Markah) a. Tanah Melayu mula menerima campur tangan British setelah termeterainya Perjanjian Pangkor antara Raja Abdullah dengan Sir Andrew Clarke pada tahun 1874. Selepas itu satu demi satu negeri-negeri Melayu menerima campur tangan British. b. British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat di negeri-negeri Melayu melalui sistem residen atau sistem penasihat British sehinggalah berlakunya Perang Dunia Kedua. c. Campur tangan British di negeri-negeri Melayu telah meninggalkan kesan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. B. Kesan dalam bidang sosial ( 10 Markah ) a. Campur tangan British di Tanah Malayu telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk. British telah membawa masuk orang Cina dan India untuk menjadi buruh dalam kegiatan perlombongan bijih timah dan perusahaan getah. Orang Cina mendiami kawasan perusahaan bijih timah, orang India mendiami kawasan perusahaan getah dan orang Melayu mendiami kawasan-kawasan kampung menjadi petani. Keadaan ini mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu apabila ketiga-tiga kaum ini tidak pernah berintraksi antara satu sama lain. b. Pentadbiran British di Tanah Melayu juga menyebabkan perkembangan bandar-bandar baharu. Bandar-bandar ini berkembang akibat perkembangan kegiatan ekonomi British seperti perusahaan bijih timah, getah dan pusat pentadbiran British. Bandar-bandar yang muncul pada masa ini seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Johor Bahru, Sungai Petani dan lain-lain. c. Dasar British yang kurang memberi penekanan kepada pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu. Orang Melayu, Cina dan India memajukan pendidikan berdasarkan bahasa ibunda masing- masing. Orang Melayu mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama, orang Cina dan India memajukan pendidikan kaum masing-masing menggunakan sumber yang diperoleh dari negara asal masing-masing. Ketiga-tiga kaum ini menggunakan bahasa yang berbeza-beza iaitu bahasa Melayu, Tamil dan Hokkien atau Kantonis. Pada masa yang sama British memperkenalkan pendidikan Inggeris kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu. Perkembangan pendidikan sebegini menambahkan lagi perkembangan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. d. Pentadbiran British di Tanah Melayu juga membawa perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan. Jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhan diwujudkan bagi memudahkan pihak British untuk mengangkut bijih timah, getah dan beberapa tanaman lain ke pelabuhan. Jalan kerata api yang pertama 19 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  20. 20. sepanjang 13 km dibina dari Taiping ke Port Weld, manakala bandar-bandar pelabuhan pula seperti Port Weld, Telok Anson, Seremban dan Port Swettenham.B. Perkembangan dalam bidang ekonomi ( 10 Markah ) a. Perkembangan perusahaan bijih timah. British telah membawa masuk pelombong-pelombong dan pekerja dari China untuk memajukan perusahaan bijih timah. Banyak syarikat perlombongan dari Barat melabur di Tanah Melayu seperti Syarikat Australian Malaya yang merupakan syarikat utama melabur di Tanah Melayu. Untuk meningkatkan hasil pengeluaran Syarikat Malayan Tin Dredging memperkenalkan kapal korek sebagai kaedah perlombongan yang baru. Akhirnya Tanah Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah di dunia. b. Campur tangan British juga menyebabkan perkembangan tanaman komersil di Tanah Melayu. Tananam utama di Tanah Melayu pada waktu ini ialah getah. Banyak syarikat dari Barat datang melabur di Tanah Melayu seperti Syarikat Dunlop, Goodyear dan Harrisson and Crosfield. Tanah Melayu kemudiannya menjadi pengeluar getah utama di dunia.British turut membawa masuk orang India untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Selain daripada getah British turut memajukan tanaman-tanaman lain seperti tebu, ubi kayu, kopi, gambir dan lada hitam. c. Campur tangan British di Tanah Melayu telah membawa kemunculan sistem dwiekonomi. Sektor pertanian tradisional seperti tanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yang diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar terus ketinggalan. Kemunculan dwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada ekonomi moden yang berlandaskan eskport di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan ekonomi sara diri di kawasan luar bandar. British memberi tumpuan yang lebih kepada perusahaan bijih timah dan getah yang membawa keuntungan kepada mereka. d. Campur tangan British menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Negeri-negeri yang mengalami perubahan paling besar ialah Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah. Di negeri-negeri tersebut, British telah membina infrastruktur yang lengkap. Keadaan di negeri-negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan terus merosot. Keadaan geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur dan kekurangan galian berharga menyumbang kepada pembangunan yang lembab. e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut. Antara perusahaan yang wujud ialah industri bijih timah di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Industri berasaskan getah seperti membuat kasut dan barangan berasaskan getah berkembang di Tanah Melayu. 20 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  21. 21. Industri membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah seperti Syarikat United Engineers turut berkembang di Tanah Melayu. f. Perkembangan kegiatan ekonomi akibat campur tangan British terutama perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan penghijrahan beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Pada masa yang sama, tumpuan penduduk lebih kepada kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Klang dan beberapa bandar besar yang lain.C. Kesimpulan ( 2 markah ) a. Campur tangan British di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan yang besar di Tanah Melayu dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. b. Perkembangan dalam bidang sosial dan ekonomi memberikan kesan yang positif dan negatif kepada Tanah Melayu. c. Perkembangan dalam bidang sosial dan ekonomi telah terjejas apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. 21 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  22. 22. 6. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting yang mempengaruhi kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.Bincangkan.A. Pengenalan ( 2/3 markah ) a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan salah satu faktor yang penting menyatukan orang Melayu untuk menentang penjajahan British. Penggunaan bahasa Melayu sebagai media perhubungan dan hasil sastera yang berunsur nasionalisme menjadi pemangkin terhadap kesedaran sosioekonomi dan politik orang Melayu. b. Walau bagaimanapun bahasa dan kesusateraan bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terdapat juga faktor-faktor lain seperti agama,kewartawanan,golongan intelektual, sistem pendidikan dan juga pengaruh luar.B.Isi-isi ( 20 markah )Bahasa dan Kesusasteraan a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting dalam membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu tentang kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. b. Bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan ialah Bahasa Melayu yang menjadi bahasa utama di Tanah Melayu. c. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) sebagai pusat latihan untuk guru- guru di sekolah Melayu memberi sumbangan yang besar dalam kebangkitan kesedaran nasionalisme.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di MPSI telah memperkayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seterusnya menaikkan semnagat perpaduan di kalangan orang Melayu.Lepasan maktab ini telah mendorong pelajar bertindak sebagai pelopor dalam menyedarkan masyarakat mencapai kemajuan. d. Golongan nasionalis lulusan MPSI yang banyak membaca buku-buku dari Indonesia telah menyuarakan rasa tidak puashati terhadap dasar pemerintahan British dengan menulis di akhbar dan majalah.Mereka menulis rencana untuk menyedarkan orang Melayu untuk berusaha mencapai kemajuan.Antara tokoh yang menulis ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( ZAABA ) yang mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu memajukan diri. e. Selain bahasa,idea kesedaran dan kemunduran bangsa disebarkan melalui hasil kesusasteraan seperti novel,cerpen,dan puisi.Melalui Hikayat Faridah Hanum karya Syed Syeikh Al Hadi ( 1925 ) menekankan kepentingan pendidikan serta emansipasi wanita. f. Harun Aminurrashid pula menulis novel Melur Kuala Lumpur yang bertemakan kemunduran orang Melayu yang memerlukan perubahan bagi mencapai kemajuan turut berperanan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang 22 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  23. 23. Melayu.Selain itu Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako turut membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu.Agama a. Selain daripada bahasa dan kesusasteraan golongan agama juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme di kalangan orang Melayu.Terdapat dua golongan agama iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda.Kaum Tua merupakan golongan ulama yang berpegang kepada idea-idea lama dan bersifat konservatif yang menolak sistem pendidikan moden. b. Manakala Kaum Muda yang menerima pengaruh daripada reformis Islam di Timur Tengah yang menuntut masyarakat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al Quran dan hadis.Di antara mereka yang giat ialah Syed Syeikh Al Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. c. Kemunduran orang Melayu kerana tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.Mereka mengamalkan ajaran Islam yang bercampur aduk dengan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan Islam.Kaum Muda menggesa orang Islam menggunakan akal dalam menentukan kebenaran dan memberi kebebasan kepada wanita dalam pendidikan. d. Kaum Muda menyampaikan idea-idea ini melalui akhbar,novel dan majalah contohnya Al Imam yang menyeru umat Islam di timur supaya membebaskan diri dari belenggu penjajahan.Mereka turut mendirikan madrasah untuk menyerbarkan Islam dan sebagai pusat pendidikan bagi orang Melayu antaranya Madrasah Al Hadi di Melaka,Madrasah Al Mashyur di Pulau Pinang dan Muhamaddiyah di Kota Bharu.Khutbah dan ceramah dan pendidikan yang diadakan di madrasah tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk membebaskan tanah air daripada penjajah. e. Pandangan dan pendapat Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang tidak bersetuju terhadap sebarang perubahan terhadap agama Islam.Golongan ini berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.Penentangan mereka disuarakan melalui Suara Benar,Lidah Benar dan Pengasuh.Kewartawanan a. Mereka yang menulis memaparkan dan memuatkan tulisan dalam pelbagai penerbitan memberi kesedaran sama ada sosial dan politik kepada pambaca yang menerima maklumat. b. Akhbar Ikhwan yang diterbitkan di Pulau Pinang misalnya menyedarkan masyarakat akan kepentingan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi. c. Akhbar Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1928 menonjolkan isu- isu agama.Ia mengkritik orang Melayu yang tidak mahu menerima perubahan dan menyeru orang Melayu supaya menjaga negeri daripada dikusai oleh orang asing. d. Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura menyiarkan tentang kemunduran sosio ekonomi orang Melayu yang memerlukan pembelaan.Akhbar turut menyeru supaya kerajaan British memberi peluang dalam pentadbiran kerajaan kepada orang Melayu. 23 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  24. 24. e. Wartawan juga tidak kurang pentingnya berperanan dalam menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu antaranya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Mohamad yang sering menyebarkan semangat anti British dalam Warta Malaya dan Majlis.Abdul Rahim Kajai pula mengutarakan beberapa isu kerakyatan,ancaman komunis,perjuangan kemerdekaan dan sebagainya melalui akhbar Utusan Melayu.Pendidikan a. Penubuhan sekolah menyebabkan ramai yang boleh membaca dan merasai kegelisahan yang disuarakan oleh akhbar.Pada tahun 1920 terdapat kira-kira 757 buah Sekolah Melayu di Tanah Melayu dan sudah terdapat Sekolah Inggeris,Arab dan pondok. b. Pada tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idirs ( MPSI ) ditubuhkan di Tanjung Malim Perak.Kemudiannya lahir golongan rakyat yang menjadi pemimpin mengambil alih beberapa peranan yang sebelum ini dipegang oleh golongan bangsawan. c. Muncul lepasan sekolah Melayu,Arab,Inggeris yang ramai di antara mereka yang menjadi pendidik.Kegiatan mereka ini melahirkan Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Persatuan Guru-guru Melayu Melaka, Persatuan Guru-guru Melayu Negeri Sembilan. d. Seterusnya lahir pula Majalah Guru yang kandungannya banyak menanam semangat mencapai kemajuan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat Melayu.Golongan Intelektual a. Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang seterusnya bergiat dalam penulisan dan pertubuhan menanam semangat kesedaran sosial dan politik di kalangan orang Melayu f. Tokoh-tokoh Kaum Muda seperti Syed Syeikh Al Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha memainkan peranan penting dalam menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. b. Selain itu Kadir Adabi di Kelantan membawa kepada penubuhan Kelab Putera (1929 ), c. Tengku Ahmad ( Persatuan Melayu Pahang ),Tengku Ismail ( Persatuan Melayu Selangor ),dan Ibrahim Haji Yaakob ( Kesatuan Melayu Muda ). d. Golongan intelektual di Tanah Melayu dipengaruhi oleh idea-idea barat seperti demokrasi, sosialisme,liberalisme,nasionalisme dan sebagainya telah menyedarkan golongan ini untuk membebaskan tanah air daripada penjajah. e. Golongan intelektual yang mendapat pendidikan Inggeris di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan MPSI membantu dalam meningkatkan kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu.Antara mereka seperti Raja Chulan,Mohd Eunos Abdullah dan Dato Onn Jaafar yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan telah memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu termasuklah dalam pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. 24 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  25. 25. f. Guru-guru MPSI telah menubuhkan parti-parti politk seperti Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan pelajar. g. Penubuhan Kesatuan Melayu Muda oleh Ibrahim Haji Yaakob pula berjuang untuk menyatukan semua orang Melayu tanpa mengira negeri membimbangkan Britsh yang akhirnya membawa kepada penangkapan beliau dan pengharaman Kesatuan Melayu Muda.Pengaruh Luar a. Pengaruh perkembangan di Timur Tengah iaitu dari pengaruh Gerakan Pembaharuan Islam di Mesir terutamanya di bawah Syeikh Muhammad Abduh mendokong perjuangan Pan Islamisme iaitu kesatuan dunia Islam mempengaruhi Kaum Muda seperti Syed Syeikh Al Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. a. Pengaruh Gerakan Turki moden memunculkan gerakan pemulihan Islam iaitu mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam dan menyatukan umat Islam di bawah empayar Turki mempengaruhi Syeikh Wan Ahmad bin Haji Wan Muhammad Zain menganjurkan penyatuan Kelantan dan Pattani untuk menentang kekuasaan Siam dan membentuk negara Islam di bawah naungan Turki. b. Pada Februari 1915,pejuang gerakan pemulihan Islam di Singapura seperti Kassim Ismail Mansor dan Nur Alam Syah menganjurkan supaya askar India yang beragama Islam bersatu dan bangkit melancarkan dahagi menentang British. c. Pengaruh dari Indonesia pula melalui Pertubuhan Sarekat Dagang Islam dan Sarekat Islam yang mempengaruhi Haji Haji Ibrahim Sidin menubuhkan cawangannya di Johor tetapi kurang mendapat sambutan. d. Pari Komunis Indonesia pula cuba menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan orang Melayu melalui kunjungan Alimin dan Tan Malaka yang berkunjung ke Tanah Melayu tetapi gagal kerana fahaman ini bertentangan dengan agama Islam. e. Muncul pula Parti Nasional Indonesia yang cuba mempengaruhi pelajar MPSI dengan slogannya “ Satu bangsa,Satu bahasa,Satu tanah air " yang menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah.Ia menarik minat Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1937 ). f. Pengaruh China melalui Revolusi 1911 yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen yang berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu di China. g. Pengaruh India pula melalui gerakan yang dipelopori oleh Mahatma Ghandi melalui Parti Kongres akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 mendorong nasionalis Melayu bergiat membebaskan negara dari penjajahan. h. Pengaruh gerakan kemerdekaan di Filipina di bawah Jose Rizal turut mempengaruhi perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu. i. Perang Rusia-Jepun 1905 yang dimenangi oleh Jepun menguatkan lagi kepercayaan mereka bahawa barat tidak sekuat yang dijangkakan. 25 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  26. 26. Kesimpulan ( 2 markah ) a. Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.Melalui bahasa sebagai alat penyatuan dan karya sastera yang dihasilkan maka idea perjuangan nasionalisme dapat disebarkan dengan meluas. b. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang memberi sumbangan.Gabungan faktor ini telah menimbulkan kesedaran nasional dan politik yang membuktikan menjelang Perang Dunia Kedua telah wujud kesedaran kebangsaan di kalangan orang 26 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  27. 27. 7. Bandingkan sistem beraja di China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.A. Pengenalan (3 markah) Sistem beraja/maharaja merupakan satu bentuk pemerintahan yang wujud di Asiayang menjadi kuasa penentu dalam perjalanan pentadbiran kerajaan. Kedudukan merekasangat dipentingkan kerana maharaja dikatakan hampir dengan Tuhan. Pemerintahan yang diamalkan di negara China dan Jepun ialah sistem Maharaja.Maharaja menduduki lapisan teratas dalam hirarki sosial masyarakat di China dan Jepunnamun kuasanya dalam sistem pemerintahan berbeza antara kedua-dua negara. Maharajadibantu oleh pembesar atau Hulubalang. Kewujudan sistem maharaja di negara Chinadikatakan sejak zaman Dinasti Hsia.B. ISI-ISI (20 markah) Sistem Pemerintahan Beraja di China.1. Sistem pemerintahan yang wujud di negara China ialah "Sistem Maharaja". Dalamsistem Maharaja, seseorang Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakatdan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Dalam diri Maharaja: harusdilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius dan kepercayaanmasyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.2. Kedudukan politik seseorang Maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep "mandatdaripada syurga". Konsep ini meletakkan mereka sebagai "wakil syurga" atau "anak syurga"dan ia memberi kuasa "spiritual" yang tidak terhingga kepada seseorang Maharaja. Oleh ituMaharaja akan mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat.3. Mandat daripada syurga membawa maksud bahawa Tuhan telah menganugerahkanke atas Maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah; tidak ada kuasa lain yang bolehmendakwa baginda atas segala tindakan baginda kecuali kuasa tersebut ditarik balik. Dalamhal ini, ajaran Confucius menyatakan bahawa "sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurgaakan berjaya menjadi Maharaja sementara sesiapa yang gagal akan dianggap penjenayah ".4. Sebagai menghargai kuasa autokratik yang diberikan, maka Maharaja akanmenentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan makmur. Bencana alamatau kebuluran secara langsung menunjukkan bahawa Maharaja tidak lagi mendapat mandatdaripada syurga untuk memerintah dan baginda harus diganti dengan Maharaja yang lain.Dengan kata lain Maharaja ini harus digulingkan. Oleh yang demikian didapati seringterdapat penggantian dinasti dalam masyarakat China. Keadaan ini tidak beriaku di Jepun.5. Kekuasaan maharaja boleh dilihat berdasarkan kedudukannya sebagai ketua dalamstruktur pemerintahan negara di mana baginda mempunyai kuasa autoktratik dalam membuatkeputusan dan juga penggubal dasar yang tidak boleh dipersoalkan lagi oleh rakyat.6. Selain itu, maharaja juga bertindak sebagai ketua hakim, terutama yang melibatkanhukuman mati, ketua tentera dan ketua agama, iaitu mengetuai upacara keagamaan selarasdengan mandat yang diberikan sebagai anak Tuhan. 27 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  28. 28. 7. Dalam bidang ekonomi, baginda juga menguasai segala hal-ehwal ekonomi dankekayaaan negara, malahan semua tanah pertanian merupakan hak raja yang diusahakan olehrakyat. Kadar kutipan cukai juga ditentukan oleh raja dan biasanya dilaksanakan oleh parapembesar.8. Pada abad ke 19 berlaku gerakan dalaman di China. Ia berlaku kerana kebangkitanpara pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaanpusat. Contohnya pembesar-pembesar wilayah mula membebaskan diri daripada kerajaanpusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengankerajaan pusat. Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepadapembesar dan pegawai-pegawai wilayah. Akhirnya sistem kemaharajaan China ditamatkanmelalui Revolusi 1911. Sistem Pemerintahan Beraja di Jepun1. Pemerintahan di Jepun turut diketuai oleh maharaja. Baginda dipercayai berasal dariAmeterasu (Dewa Matahari). Baginda adalah "pemerintah keduniaan" dan "duniakerohanian". Kuasa pemerintahan sebenarnya berada dalam tangan Shogun yang memerintahatas nama maharaja. Sebaliknya Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengandikelilingi oleh pegawai-pegawai istana atau kuge. Maharaja hanya boneka kepada golonganbangsawan. Keadaan ini berbeza dengan maharaja di negara China yang berkuasa mutlak.2. Pemerintahan Jepun bercorak tentera (sistem pemerintahan Bakufu), yakni kuasadipegang oleh golongan Shogun. Shogun sangat berpengaruh dan memonopoli jawatan tinggidalam kerajaan. Shogun tinggal di Yedo (Tokyo) dengan mendirikan pusat pemerintahannyasendiri atau menjalankan pentadbiran atas nama maharaja. Walaupun maharaja masihdianggap sebagai ketua negara, kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasapemerintahan (boneka).3. Kekuasaan sebenar kerajaan-kerajaan di Jepun berada di bawah para pembesarterutamanya golongan pahlawan (shogun). Pemerintahan secara tidak langsung oleh shogunialah melalui daimyo atau pembesar-pembesar feudal. Keadaan ini berterusan sehingga tahun1867 apabila kuasa maharaja dipulihkan.4. Jika di negara China, menyaksikan kuasa maharaja semakin terhakis dengan perananyang dimainkan oleh golongan pembesar wilayah, keadaan ini berbeza dengan negara Jepunyang menyaksikan usaha-usaha mengembalikan kekuasaan serta kedudukan Maharaja yangselama ini berada di bawah penguasaan golongan Shogun. Wujud perbezaaan yang ketaradalam institusi Maharaja Jepun berbanding dengan China.5. Pada abad ke-19 penghormatan terhadap Shogun berkurangan sebaliknyapenghormatan kepada maharaja semakin meningkat. Maharaja Meiji menjadi pemegangkuasa di Jepun dan ia menjadi asas kepada pengekalan institusi kemaharajaan di Jepunhingga kini. Maharaja kembali kepada kedudukannya yang sebenar. 28 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  29. 29. 6. Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap meletakkan maharaja sebagai"penguasa kedua" selepas golongan pembesar. Maharaja menjadi simbol ketua negara. Kuasapolitik sebenar terletak di tangan beberapa orang pemimpin. Ini bermakna kuasa politik Jepuntidak berada di tangan maharaja sebagaimana yang disangkakan.7. Pada tahun 1889 pemerintahan bercorak perlembagaan diperkenalkan. Ini memberikesan besar kepada institusi kemaharajaan di Jepun kerana Perlembagaan Meiji antara lainmenyatakan bahawa maharaja adalah pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahannegara. Maharaja adalah suci dan mengatasi undang-undang, pemerintah utama tentera lautdan darat, mempunyai kuasa mengisytiharkan perang dan berkuasa penuh dalammenandatangani segala bentuk persetiaan sebelum disahkan oleh Parlimen. Malah kedudukanmaharaja adalah seolah-olah seperti Tuhan yang memegang segala kuasa. Secara praktikal,keunggulan kuasa baginda hanyalah daripada segi adat istiadat sahaja, tidak banyakmenyentuh soal-soal dasar dalam pemerintahan.8. Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi maharaja yang berada dikemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi pembesar sepertiDaimyo dan Samurai. Di Jepun, kedudukan pembesar sangat penting. Sesuatu kerajaan dandinasti tidak akan bertahan lama tanpa sokongan pembesar. Mereka berperanan sebagaipelaksana pemerintahan.C. Kesimpulan (2 markah) Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sistem pemerintahan beraja di Chinadan Jepun. Di China, maharaja mempunyai kuasa yang jelas. Manakala di Jepun pulawalaupun mengamalkan sistem pemerintahan maharaja tetapi yang berkuasa ialah golonganpembesar. Pemerintahan bercorak maharaja berakhir di China setelah berlaku Revolusi 1911tetapi di Jepun sistem pemerintahan maharaja wujud hingga hari ini. 29 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  30. 30. 8. Bincangkan dasar pemencilan yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19. A. . Pengenalan ( 3 markah ) a. Beberapa buah negara di Asia menjalankan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu. Dasar ini menghadkan sebarang bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat. b. Thailand dan Vietnam adalah antara negara yang menjalankan dasar ini kerana beranggapan barat akan campur tangan dalam politik tempatan, mengembangkan agama Kristian dan akan memberi kesan kepada kebudayaan tradisi dan agama/kepercayaan yang mereka anuti. c. Mereka juga bimbang akan menjatuhkan imej mereka kerana barat mengamalkan konsep persamaan taraf yang dianggap menjatuhkan imej negara mereka sebagai negara bertamadun. Selain itu, negara-negara ini juga mampu berdikari dan tidak perlu bergantung hidup kepada orang-orang barat untuk mendapatkan segala keperluan yang dikehendaki. B. . Isi-isi ( 20 markah ) Dasar-dasar pemencilan Thailand a. Thailand telah mengamalkan dasar pemencilan sejak pemerintahan Dinasti Chakri iaitu Raja Rama 1 pada tahun 1782. Dasar ini diteruskan sehingga pemerintahan Rama III yang akhirnya terpaksa membuka pintunya secara terhad kepada barat. b. Semasa pemerintahannya Raja Rama I enggan mengadakan hubungan persahabatan dengan kuasa-kuasa barat adalah kerana: i. Bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk mencampuri dalam politik tempatan ii. Mampu berdikari tanpa memerlukan sebarang bantuan asing kerana ia adalah sebuah negara pertanian iii. Tidak memerlukan barangan dari negara barat. c. Dasar pemencilan Siam diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Pada masa pemerintahan kedua-dua raja ini, mereka mewujudkan hubungan perdagangan yang terhad dengan pihak Inggeris. d. Apabila Burma ditawan oleh British, Raja Rama III mulai bimbang kemungkinan Siam akan menerina nasib yang sama dengan Burma, jika dasar ini diteruskan. 30 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  31. 31. Namun baginda telah melonggarkan dasar luarnya supaya sesuai dengan permintaan barat. Satu dasar hubungan yang terhad telah diadakan.e. Baginda telah menandatangani Perjanian Burney pada tahun 1826. Antara butir-butir perjanjian ini ialah: a) Inggeris dibenarkan berdagang dengan bebas di Siam b) Inggeris tidak dibenarkan mengeksport candu ke Siam dan mengimport beras dari Siam c) Kedah kekal sebagai naungan Siam. Akan tetapi Inggeris boleh berdagang dengan bebas di Kedah d) Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di mana-mana wilayah Inggeris e) Kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin dan Siam tidak boleh memaksa Perak menghantar ufti kepadanya f) Siam mengakui pendudukan Inggeris di Pulau Pinang g) Inggeris mengakui Pertuanan Siam ke atas Kelantan dan Terangganuf. Langkah yang dibuat oleh Rama III jelas menunjukkan sikap terbuka baginda terhadap kuasa-kuasa barat dan telah berjaya menyelamatkan Siam daripada menerima tekanan Inggeris yang ingin mengadakan hubungan perdagangan terutamanya dengan Siam dan negeri-negeri Melayu utara.g. Selain British, Rama III juga turut menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan senjata api serta berusaha menghapuskan monopoli perdagangan oleh kuasa British. Walau bagaimanapun baginda telah menolak hasrat Amerika untuk mendirikan konsul di Thailand.h. Walau bagaimanapun dasar-dasar ini bersifat sementara kerana menjelang tahun 1840an, Rama III telah menghadkan semula hubungannya dengan kuasa barat. Baginda mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas barangan dari luar dan mengawal eksport barangannya. Keadaan ini menyebabkan hubungan Siam dengan kuasa barat mula renggang.i. Bagi memulihkan hubungan Inggeris telah menghantar utusan iaitu James Brooke dan Amerika Syarikat diwakili oleh Joseph Ballestier ke Siam tetapi mereka dihiraukan oleh Siam. Baginda berpendapat berperang dengan barat tidak mendatangkan masalah serius jika dibandingkan dengan tergugatnya adat resam dan kebudayaan Thailand.j. Apabila Raja Rama IV iaitu raja Mongkut menggantikan Rama III pada tahum 1851, baginda melihat sikap agresif barat terutamanya Inggeris ke atas Burma dan China. Akibat keangkuhan dan kedegilan pemerintah kedua-dua negara menamatkan dasar tutup pintu menyebabkan mereka jatuh ke tangan barat. Mongkut menjadikan peristiwa itu sebagai ikhtibar dan dijadikan alasan untuk mengubah dasar luarnya dari tutup pintu kepada dasar buka pintu. 31 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  32. 32. k. Pada tahun 1855, Mongkut telah menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Inggeris yang dikenali sebagai perjanjian Bowring. Melalui perjanjian ini soerang konsul British dilantik dan ditempatkan di Bangkok bagi menguruskan segala hal ehwal dan mengendalikan kes2 jenayah yang melibatkan rakyat British di Thailand l. Perjanjian ini juga telah membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati. m. Dasar ini diteruskan oleh puteranya raja Chulalongkorn. Pada masa pemerintahan Chulalongkorn, Siam telah muncul sebagai sebuah negara yang termoden di Asia tenggara. Dasar mongkut menamatkan dasar pemencilan ini telah menjadikan Siam sebuah negara yang bebas dari tekanan dan tindakan agresif kuasa barat.Dasar-dasar pemencilan Vietnam a. Pada abad ke-19, Vietnam mengamalkan dasar pemencilan dan mengasingkan diri dari pengaruh barat terutama Perancis. b. Perancis tidak ketinggalan dalam usaha mendapatkan kawasan baru dan menguasai perdagangan di China dengan cuba menguasai Vietnam. Perancis berhasrat memasuki perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking. c. Bermula pada abad ke-17 kuasa Perancis telah mengembangkan pengaruh di Vietnam. Hubungan Perancis-Vietnam bermula apabila seorang Paderi Perancis iaitu Pigneau de Behaine memberi bantuan senjata, wang dan ketenteraan kepada Nguyen Anh dalam pemberontakan Tay Son dan berjaya mengambil alih wilayah Hue serta Hanoi. d. Bantuan tersebut membolehkan Nguyen Ang berjaya menaiki tahta Vietnam dengan menggunakan gelaran maharaja Gia Long. Dasar tolak ansur antara Perancis dengan. Sebagai membalas jasa paderi tersebut Vietnam telah memberi kebebasan kepada mubaligh-mubaligh Kristian Perancis mengembangkan ajaran agama Kristian di Vietnam. e. Selain itu baginda juga menaikan pangkat beberapa pegawai Perancis ke pangkat mandarin. Namun baginda tetap enggan memberikan kemudahan perdagangan kepada barat. f. Pada tahun 1820-1840, maharaja Gia Long digantikan oleh Minh Mang yang bersikap anti barat dan berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme. Semasa pemerintahan baginda Vietnam telah mengamalkan dasar tutup pintu. g. Kuasa-kuasa barat seperti Britain telah menghantar utusan pada tahun 1822 yang diketuai oleh John Crawford untuk mendapatkan kemudahan perdagangan dari baginda telah gagal. 32 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  33. 33. h. Pada tahun 1825 Minh Mang mengeluarkan satu dikri yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh kristian dan baginda bertindak keras dengan merobohkan gereja- gereja serta menindas penganut-penganut Kristian dan sesiapa yang memeluk agama Kristian akan dihukum bunuh. Kerajaan Vietnam marah dengan penganut kristian Vietnam kerana meninggalkan tradisi mereka.i. Kegagalan British mewujudkan hubungan perdagangan dengan British tidak mematahkan niat Perancis untuk terus meluaskan pengaruh mereka dinegara itu dengan tujuan utama untuk kepentingan perdagangan.j. Perancis berhasrat menjadikan Vietnam sebagai pengkalan perdagangan, pusat pasaran barang serta pengumpulan bahan mentah di timur. Perancis terus menghantar beberapa atau utusan ke Vietnam untuk mewujudkan hubungan perdagangan contohnya pada tahun 1825 Perancis menghantar utusan diketuai oleh Baron de Bouganville, utusan de Kergariou 1827 dan laksamana Laplace pada tahun 1831. Walau bagaimanapun semua utusan tersebut gagal memujuk Vietnam.k. Hubungan Perancis Vietnam menjadi tegang dibawah pemerintahan Maharaja Thieu Tri (1840-1847) dan maharaja Tu Duc (1848-1883). Thieu Tri bertindak tegas terhadap hubungnnya dengan kuasa-kuasa barat dan penganut-penganut Kristian dengan menghalau paderi-paderi tersebut.l. Tu Duc telah menjalankan dasar yang lebih keras. Pada bulan Mac 1851, baginda telah meluluskan undang-undang anti Kristian iaitu: a) Semua orang Kristian Vietnam dibuang negeri b) Sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh c) Paderi-paderi Perancis mesti ditenggelamkan di laut atau sungaim. Sehubungan dengan itu antara tahun 1851-1852, dua orang paderi Perancis iaitu Father Augustin Schoeffler dan Father Jean Louis Bonnard dikenakan hukuman bunuh. Ianya diikuti dengan pembunuhan kejam seorang mubaligh Katolik Perancis pada tahun 1856.n. Pada tahun 1857 Tu Duc telah mengenakan hukuman bunuh ke atas Bishop Sepanyol Mgr Diaz di Tongking. Selain itu, petempatan orang Kristian dibakar,tanah mereka dirampas. Selain dihukum bunuh mereka yang menganut Kristian ditandakan dengan perkataan Ta Dao pada pipi kiri dan nama tempat pembuangan di pipi kanan. Peristiwa tersebut jelas menunjukkan sikap anti barat semakin ketara dan menebal di Vietnam.o. Di Perancis telah berlaku kebangkitan kuasa Napolean lll yang berusaha mengembalikan kegemilangan negara tersebut. Napoleon mulai mengalihkan 33 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  34. 34. tumpuan terhadap Vietnam serta memandang serius dasar agresif Vietnam. Justeru itu Perancis telah menghantar wakil diketuai oleh de Montiguy ke Vietnam untuk memulakan rundingan.p. De Montiguy wakil Perancis telah dihantar ke Hue dan telah mengemukakan beberapa tuntutan iaitu menjamin kebebasan beragama di Vietnam, menerima seorang konsul Perancis dan member kebenaran kepada Perancis menubuhkan sebuah syarikat perdagangan di Hue. Walau bagaimanapun semua tuntutan Perancis ditolak di Vietnam.q. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menggunakan kekerasan ke atas Vietnam. Sepanyol turut berdendam terhadap pembunuhan Mgr Diaz telah membuat pakatan dengan Perancis untuk bertindak terhadap Vietnam. Dengan bantuan Sepanyol, Perancis telah menghantar satu angkatan perang di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouilly ke Vietnam.r. Angkatan tersebut telah melancarkan serangan dan berjaya menduduki Tongking pada tahun 1858. Akhirnya hampir keseluruhan wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis. Maharaja Tu Duc akhirnya mengaku kalah dan menandatangani perjanjian dengan Perancis di Saigon pada jun 1862.s. Kesan daripada itu dasar pemencilan Vietnam ditamatkan dan Vietnam telah hilang kemerdekaan.C. Kesimpulan ( 2 Markah )Kedua-dua negara ini tidak dapat mempertahankan dasar pemencilan ini kerana dasaragresif British yang berjaya memaksa Thailand untuk melaksanakan dasar buka pintumanakala Vietnam akhirnya jatuh ke tangan Perancis. 34 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  35. 35. 9. Sejauh manakah faktor politik menjadi sebab terpenting campur tangan Barat di Myanmar dan China pada awal abad ke-19.A. Pengenalan ( 3 Markah) a. Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorong kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia. b. Pada abad ke-19 British berusaha meluaskan pengaruhnya untuk membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan mentah yang diperlukan di kilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang negara tersebut. c. Pada masa ini British berusaha meluaskan pengaruhnya di Myanmar dan China tetapi menghadapi pelbagai halangan daripada pemerintah di negara-negara tersebut.B. Perluasan Kuasa British di Myanmar ( 10 Markah ) Perluasan kuasa British ke Myanmar bermula melalui Peperangan Inggeris- Myanmar Pertama ( 1824-1826 ). Antara faktor-faktor perluasan kuasa Barat ke Myanmar ialah: 1) Faktor politik a. Dasar meluaskan wilayah Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam. b. Masalah orang pelarian Arakan Apabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Myanmar maka penindasan- penindasan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan telah dikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam perkhidmatan kerajaan Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan tetapi gagal menyebabkan mencurah-curah orang pelarian Arakan memasuki Chittagong. Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam pemerintah Myanmar di Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakan atas nama Kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan orang-orang pelarian Arakan kepada Kerajaan Myanmar. Myanmar juga menggugut akan menyerang India sekiranya tuntutan itu tidak ditunaikan. Dengan adanya ancaman tersebut, maka British menyerahkan pasukan tenteranya untuk 35 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  36. 36. mengawal sempadan antara India dan Myanmar. Untuk menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten Syemes ke Myanmar pada Mei 1802 bagi mengadakan perdamaian.c. Masalah orang-orang Arakan menjadi kemuncak, apabila pada tahun 1811 satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah meletus. Chin Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di wilayah British lalu menyerang Myanmar dengan menawan Miohaung. Chin Byan telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan wilayah di bawah tadbirnya di bawah kedaulatan British. Hal ini telah meruncingkan hubungan antara British dengan Myanmar. Untuk menyakinkan Kerajaan Myanmar bahawa British tidak terlibat dalam tindakan Chin Byan itu maka dalam September 1811, Kapten Canning diutus ke negeri Myanmar. Pemerintah Arakan telah mengancam untuk menyerang Chittagong jika orang- orang pelarian tidak diserahkan. Peperangan dapat dielakkan apabila tentera Myanmar yang berada di sempadan terpaksa ditarik balik pada musim tengkujuh. Untuk mendapatkan kepercayaan Myanmar maka pada akhir tahun 1812, Inggeris berjaya melumpuhkan sebahagian besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan lumpuh sama sekali apabila Chin Byan meninggal dunia pada tahun 1815. Sungguhpun pergerakan Chin Byan dapat diatasi oleh British, tetapi hubungan baik antara British dengan Myanmar masih tidak terjamin.d. Dasar Imperialisme Myanmar Raja Bagyidaw meneruskan dasar perluasan wilayah Myanmar. Beliau dibantu oleh Jeneral Maha Bandula. Keadaan yang tidak aman di Assam menyebabkan Raja Bagyidaw yang menjadi raja pada tahun 1819 melantik Maha Bandula menjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya. Selepas itu, Myanmar meneruskan perluasan wilayahnya ke Manipur. Raja Myanmar telah menggunakan peristiwa kegagalan Raja Manipur menghadiri pertabalan Bagyidaw menjadi raja sebagai alasan untuk menguasai kawasan itu. Oleh sebab ketakutan, maka raja dan pengikutnya melarikan diri ke Cachar. Raja Cachar yang negerinya dirempuh oleh orang-orang pelarian Manipur dan takutkan ancaman Myanmar telah melarikan diri ke India. Kemaraan tentera Myanmar yang begitu jauh telah membimbangkan British. British sedar jika kemaraan Myanmar tidak dihalang bermakna wilayah Benggala yang terletak di bawah kekuasaan British akan terancam. British terpaksa mengambil satu tindakan yang tegas dengan mengisytiharkan wilayah Cacar dan wilayah kecil lainnya seperti Jaintia terletak di bawah pengaruh British. Ketegangan menjalar pula ke sempadan Arakan apabila Jeneral Bandula mengalihkan pandangannya ke wilayah itu. Jeneral Bandula sememangnya ingin menguasai wilayah Benggala. Tentera Myanmar telah memasuki kawasan Ramu lalu menangkap pemburu gajah dari pihak kompeni. Peristiwa itu menyebabkan British menguatkan pertahanannya di Tek Naaf dan di Pulau Shahpuri yang terletak di muara sungai berhampiran dengan Chittagong. Tentera Myanmar telah menawan pulau tersebut dalam bulan September 1823 36 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  37. 37. tetapi dapat dirampas kembali kemudiannnya oleh British. Selepas peristiwa itu, Jeneral Bandula telah menyiapkan angkatan secara besar-besaran untuk menyerang Chittagong. Menggunakan peristiwa itu pada 5 Mac 1824, Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Myanmar. e. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik. British ingin mengadakan hubungan yang baik dengan Myanmar kerana ingin menyekat pengaruh Perancis di Myanmar. Selain itu British ingin mengadakan hubungan dengan Myanmar kerana faktor ekonomi seperti: i. Mendapatkan kayu balak dari Myanmar untuk membuat kapal. ii. Menjadi Myanmar sebagai pasaran bagi barang British. iii. Menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke negeri China dengan melalui Sungai Irrawaddy. 2) Faktor perbezaan kebudayaan Orang Myanmar mempunyai sikap bongkak dengan anggapan bahawa mereka mempunyai darjat tinggi. Oleh itu, mereka merasa bahawa taraf mereka akan jatuh jika mereka mengadakan hubungan yang sama taraf dengan British, lebih-lebih lagi pihak kompeni bukan mewakili Kerajaan British. Oleh sebab sikap pemerintah dan pegawai Myanmar sedemikian rupa, wakil-wakil British gagal untuk mengadakan perhubungan sama taraf dengan Myanmar. Kebanyakan dari mereka terpaksa meninggalkan Myanmar kerana merasakan kecewa atas tindakan pemerintah Myanmar. British berasa terhina dengan layanan Myanmar yang menganggap mereka sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menyembah raja Myanmar seperti menanggalkan kasut dan duduk bersila di lantai sebelum menghadap raja. Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar.Pertentangan kebudayaan ini membawa kepada ketegangan dan terputusnya hubungan diplomatik antara British dan Myanmar.C. Perluasan Kuasa British di China ( 10 Markah ) Perluasan kuasa British di China dimulai dengan Perang Candu ( 1839 - 1842 ). Antara faktor-faktor berlaku Perang Candu ialah:1. Faktor Politik a. China enggan menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Edgar Holt dan Soothills menganggap keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa Barat menjadi sebab utama berlakunya Perang Candu Pertama. Orang-orang Cina menganggap China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun. Maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Orang-orang asing dianggap sebagai orang gasar atau barbarian atau fan kwae, iaitu hantu-hantu 37 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

×