RPH dan Kajian Tindakan

6,101 views
5,931 views

Published on

1 Comment
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
6,101
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
333
Comments
1
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

RPH dan Kajian Tindakan

  1. 1. 1Lampiran 1FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNANSEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIAKPF 3026NAMA NO. MATRIKMALIA BTE HJ.LATIP D20121061619PUSAT PEMBELAJARAN EL-S01(A122PJJ)NAMA TUTOR E – LEARNING:Dr. Zahari Bin HashimFakulti Pengurusan & Ekonomi,Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900 Tanjong Malim, Perak Darul RidzuanTARIKH SERAH : 05.05.2013PEMARKAHANPENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
  2. 2. 2KANDUNGANTajuk Muka suratRancangan Pengajaran Harian 3 – 9Refleksi 10 - 14Kajian Tindakan 15 - 28
  3. 3. 3RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3Tarikh : 23.4.2013Masa : 3.25 – 4.25Tahun : 3 BestariMata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3Tema : TEMA 3 – KESIHATAN DAN KEBERSIHANTajuk : Aktiviti di Padang SekolahObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan.2. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis.Standard kandungan :2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengansebutan yang betul.3.4. Menulis imlak dengan tepat.Standard pelajaran :2.2.1. Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhirandalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.3.4.2. Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan dengan tandabaca dan ejaan yang tepat.Sistem bahasa : Imbuhan.Penerapan ilmu : Kbt :- KB – Mengenal pastiKontekstual - MenghubungkaitkanNilai : KesihatanBBM : Power point, LCD, Lembaran kerja.
  4. 4. 4Masa /LangkahIsi Pelajaran Aktiviti P& P CatatanSetInduksi(5 minit)Power point, LCd 1.Guru menayangkan slaid1 murid 1 sukan dangambar murid sedangbersenam di padang.2 . Murid berceritamengenai slaid dangambar yang ditanyangkanoleh guru.BBMPower point dan LCD.Kbt :- KB – MengenalpastiKontekstual -MenghubungkaitkanNilai : KesihatanLangkah1(10minit)Power point. LCD1. Guru mengaitkan setinduksi dengan tajuk padahari ini.1. Murid diperlihatkangambar-gambar kegiatanaktiviti di padang sekolah.2. Murid berceritamengenai gambar yangmereka lihat.Kemahiran LisanKbt: Menjana ideaLangkah2(10minit)Power point, LCD,teks.1.Murid membaca teksyang ditayangkan.2. Murid mengenal pastiperkataan berimbuhanawalan dan akhiran yangterdapat dalam petikan.Kemahiran menaakulBBM : LCD dan powerpointNilai: Kesihatan
  5. 5. 5Langkah3(15minit)ImbuhanAyat tunggal dan ayatmajmuk.1 Guru menerangkan danmemberikan contoh-contohimbuhan.2.Murid menyebutperkataan berimbuhandalam petikan seterusnyamenyatakan imbuhan dankata akarnya.3.Murid melengkapkanteks dengan perkataanberimbuhan awalan danakhiran.4. Murid membaca petikanyang telah dilengkapkan.5. Murid diminta membinaayat dengan menggunakanperkataan berimbuhankemudian membacanya.BBM : LCD dan powerpointKbt :- KB – MengenalpastiSistem bahasa:ImbuhanKemahiran mendengar.Menjana idea( 5 minit) Frasa dan ayat 1. Murid mengambil imlakfrasa dan ayat yangdibacakan oleh guru dalambuku tulis.2. Murid membaca frasadan ayat yang telahdiimlakkan.Kemahiran mendengarPenutup(5 minit)Rumusan isi 1.Guru merumuskan P&Pdengan sesisoal jawab bersama muridtentang aktiviti yang telahdipelajari.BBM: LCD dan powerpoint.Nilai : Kesihatan
  6. 6. 6
  7. 7. 7
  8. 8. 8
  9. 9. 9
  10. 10. 10REFLEKSISyukur Alhamdulillah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3berjalan lancar seperti yang telah pun dirancang. Murid-murid menunjukkan minat yangmendalam terhadap tajuk pembelajaran iaitu ‘Aktiviti di Padang Sekolah’. Setiap rangsanganminda yang saya curahkan kepada murid dibalas dengan baik dan aktif. Murid sepanjangrancangan pengajaran ini berlangsung dapat menguasai objektif pembelajaran dengan baikdan cemerlang. Kawalan disiplin murid pada awalnya sedikit longgar di mana murid didapatilambat masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini keranamasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selesai sahaja waktu rehat sekolah. Inimenyebabkan sesi pembelajaran lewat 2 minit daripada yang sepatutnya seperti yangdirancang. Keadaan ini diperbaiki dengan memberi nasihat tegas tetapi berhemah kepadamurid akan peri pentingnya menepati waktu. Kemudian, murid juga didapati masuk kedalam kelas dengan tidak beratur. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan agar muridberatur semasa masuk dan keluar dari kelas pada mula dan akhir sesi persekolahan. Berbicaratentang keadaan kelas semasa pembelajaran berlangsung, murid didapati menyediakanpersekitaran kelas yang bersih dan kemas. Suasana pembelajaran yang kondusif ini sedikitsebanyak membantu saya dan murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa. Sedikitgangguan apabila tidak semua kipas berfungsi lantas menyebabkan murid di bahagianhadapan kelas kurang selesa. Kekurangan ini tidak dapat dielakkan memandangkanmasalah ini bersifat teknikal. Namun, keadaan ini menyebabkan murid beralih ke kawasanyang lebih sejuk, menyebabkan taburan tempat duduk di dalam kelas tertumpu ke kawasanyang lebih sejuk.Set induksi saya mulakan dengan paparan multimedia PowerPoint berkenaan slaid muridsedang bersenam di padang dan melaksanakan program kebangsaan iaitu ‘1M1S’. Sayamenjana idea murid dengan bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Murid didapatimemberi respons yang tepat (pengetahuan sedia ada) dan jawapan yang diberikan adalahbernas dan ringkas. Kontak mata dilaksanakan dengan baik, media pandang dengar jugadidapati banyak membantu pemahaman murid. Murid dapat menyatakan bahawa amalankesihatan adalah penting dalam kehidupan. Rangsangan berbentuk ingin tahu inimenunjukkan murid menguasai Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) topik ini iaitu‘menghubungkaitkan’. Tahniah!
  11. 11. 11Aktiviti 1 adalah kesinambungan daripada set induksi yang berlangsung sebelumnya.Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit. Terkandung di dalam aktiviti ini adalah menjanaidea dan menaakul. Teknik pengajaran adalah berasaskan lisan. Dalam aktiviti ini, muriddisajikan dengan tayangan slaid PowerPoint berkenaan gambar-gambar aktiviti yangdiadakan di padang sekolah. Saya mengaplikasikan gerak geri semula jadi guru dan bentukpenglibatan lisan murid untuk membincangkan gambar yang ditunjukkan. Didapati muridboleh menerangkan aktiviti yang dipaparkan dengan baik. Murid dapat bercerita denganringkas akan gambar yang dipaparkan terutama berkenaan program 1M1S.Aktiviti 2 merupakan fokus utama pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menaakul.Aktiviti ini sepatutnya mengambil masa 10 minit di mana murid membaca teks yangdipaparkan pada pemancar skrin (perancangan asal). Semasa aktiviti ini dilaksanakan,didapati murid membaca dengan pantas, kurang daripada 8 minit sahaja aktiviti ini selesaidilaksanakan. Murid menunjukkan gaya bacaan baik berserta sebutan yang jelas dan intonasiyang sesuai. Dengan itu, aktiviti ini singkat berbanding yang dirancang. Murid kemudiannyamengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan yangtelah dibaca. Teknik menyoal ‘membantu dengan memberi petunjuk’ saya guna pakai.Teknik ‘hentian’ juga saya guna pakai dengan menghentikan imbuhan awalan denganimbuhan akhiran.Pada Aktiviti 3 pula, saya menjalankan tugas sebagai fasilitator (pemudah cara) yang baik.Sesi pertama ini yang sepatutnya mengambil masa 10 minit namun hanya berlangsung selama8 minit. Saya berjaya menerangkan imbuhan berserta contoh dengan menggunakan kaedahmenerang. Arah permulaan yang menarik dan mengajak perhatian murid turut saya gunakanpada aktiviti 3 ini. Berbantukan paparan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar, sayamengarahkan murid untuk melengkapkan teks dengan perkataan yang berimbuhan awalandan akhiran secara berperingkat-peringkat, secara inklusif iaitu dari yang mudah kepadayang lebih susah. Selepas itu murid juga telah berjaya membina ayat dengan menggunakanperkataan berimbuhan kemudian membacanya untuk diperdengarkan kepada rakan lain.Berdasarkan pemerhatian kasar, didapati murid menguasai kemahiran bernilai tambah yangsaya rancang iaitu Kemahiran Berfikir – mengenal pasti.Turut dilakukan pada Aktiviti 3 adalah sesi kedua iaitu bahagian frasa dan ayat. Sesi
  12. 12. 12‘Frasa dan Ayat’ ini memakan masa selama 5 minit sahaja. Masa yang terhad ini sayaluangkan sepenuhnya bersama murid dengan mengguna pakai Kemahiran Ilustrasi iaitu‘media pandang-dengar yang merangsang pembelajaran murid’. Murid menggunakanpaparan slaid PowerPoint untuk mempelajari hukum imbuhan. Dalam sesi kedua ini, sayadapati mampu membaca petikan yang telah dilengkapkan (berserta imbuhan) dengan sebutanyang jelas dan intonasi yang sesuai. Fokus pembelajaran murid pada sesi ini dapatdisimpulkan secara purata sebagai tertumpu pada lisan positif.Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid melibatkan dirisecara kolektif dan aktif. Murid berjaya mengambil imlak frasa dan ayat yang saya bacakanke dalam buku tulis. Sedikit arahan penegasan saya segarkan kepada murid memandangkankawalan kelas semakin longgar pada kala murid menulis ayat yang saya bacakan kepadamereka. Murid yang lemah pula saya dampingi dan ajari dengan lisan positif, penuhkelembutan dan kasih sayang. Alhamdulillah saya berjaya membimbing murid lemah untukmengikuti pembelajaran ini.Pada sesi Penutup, saya menjalankan perbincangan rumusan bersama murid denganmenggunakan teknik soal jawab. Saya menanyakan soalan berkaitan susunan topik yangdipelajari hari ini kepada murid-murid. Secara keseluruhan, saya dapati murid mengikutisetiap aktiviti yang saya anjurkan dengan baik. Teknik-teknik pengajaran yang pelbagaimenunjukkan kesan yang positif kepada mereka. Nampaknya murid memberi respons yangbaik dengan menyatakan isi-isi penting . Dapat saya simpulkan bahawa objektif pengajarandan pembelajaran saya pada hari ini tercapai dengan jayanya. Selesai sesi pengajaran danpembelajaran hari ini. Alhamdulillah!Penilaian KendiriKelebihan (Strengths)Suara yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan.Nada yang lembut tetapi tegas ketika mengajar dapat membantu murid fokus terhadappelajaran dan keprihatinan guru pada situasi sekelilingnya dapat memastikan murid-muridtidak alpa dan bermain di dalam kelas. Guru juga dilihat sentiasa berinteraksi dengan
  13. 13. 13murid dan sentiasa mendapat maklum balas yang cepat daripada murid. Selain itu, murid-murid kelihatan seronok dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaranberlangsung. Murid-murid di kelas ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali dandapat memberi respons yang baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang muridberikan kepada saya.Alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan amat jelas, mudah dilihat dan dibaca sertatidak melupakan aspek penonjolan bagi mencapai maksud dan tujuan. Penyediaan slaidPowerPoint yang saya siapkan lebih awal telah memberi kesan kepada penjimatan masa yangkritikal dan memudahkan murid menggunakan kemahiran visual bagi niat memahami isipembelajaran yang dipaparkan. Jenis tulisan dan warna amat saya titik beratkan dalam setiapslaid yang dibina agar bersifat lebih menarik dan efektif.Duduk secara berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama,bertolak ansur dan boleh menerima pendapat orang lain. Melalui cara ini dapat dilihatdengan jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan relamenerima pendapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam masayang singkat. Persaingan untuk menjadi yang pertama telah menguatkan lagi semangatmereka.Kelemahan (Weaknesses)Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaranini adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah jika dipenghujung sesi pengajaran dan pembelajaran ada murid yang agak keliru apabila ditanyatentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. Tiada penglibatan secara individu dalambacaan dilakukan. Murid hanya diminta membaca secara beramai-ramai. Kadangkala gurulupa menyebut nama murid ketika meminta murid menjawab soalan. Soal jawab antara gurudengan murid secara individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawabsecara beramai-ramai.Peluang (Opportunities)Setiap kelemahan-kelemahan yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan
  14. 14. 14melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sayaseharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di papan tulis sebagai langkah awaluntuk murid mengetahui apa yang bakal dipelajarinya nanti. Saya juga harus memberipeluang kepada beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini sayaboleh mengesan kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga haruslebih prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan murid terutamanyapenyoalan secara individu. Saya seharusnya ingat nama semua murid.Walaupun kaedah yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai,saya bercadang untuk mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatanpembelajaran yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik denganlebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai akanmenjadikan pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkanpelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan di sampingboleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
  15. 15. 15KAJIAN TINDAKAN MENGENAI PENGUNAAN KOMPUTER SEMASA PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SK PENGALAT BESAROleh:MALIA HJ LATIPD20121061619AbstrakKajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information CommunicationTechnology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di kalangan guru SekolahRendah di SK Pengalat Besar. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitukelebihan menggunakan ICT dalam P&P Sains, kelemahan penggunaan ICT dalam P&PSains dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam P&PMatematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih yang menjalani latihanmengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitutemubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakananalisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru kurang meggunakan ICT dalam P&PMatematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yangtidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telahdikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru dan pihak sekolah bagimemantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Sains1. PengenalanTeknologi yang berkembang dengan semakin pesat dan pantas telah mewujudkanpersekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksible dari segi masa, tempat, kaedah dan bahanpembelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapaperubahan dan membina banyak Makmal Komputer di sekolah-sekolah. HarapanKementerian Pelajaran bila adanya Makmal Komputer ini ialah, guru dapat menggunakanKomputer bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Makmal komputer ini akandibekalkan capaian internet yang meluas dan kemudahan yang lebih banyak berbandingsebelum ini.
  16. 16. 16Di negara maju, penggunaan pengajaran berbantukan komputer telah diterima olehguru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaanpengajaran berkomputer ini telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guruSains dan Matematik. Pengajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalahmiskonsepsi pelajar. Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajaruntuk mempelajari sains dan membantu mereka mempelajari Sains melalui pengalaman yangmenyeronokkan.2. Latarbelakang MasalahBagi kebanyakan pelajar, Sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajariserta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlubagi meningkatkan pengetahun dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatukonsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.Pengenalan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan menyebabkan kurikulumpendidikan berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untukmembentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar danguru. Pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudanteknologi. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar.Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yangsangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Padadasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliransastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepadaguru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untukmerangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yangdigunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkanilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.
  17. 17. 173. Pernyataan MasalahPerubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan denganpengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam moddigital dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemenmultimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yanglebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadisatu trend yang global serta mendapat sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia. Sepertikenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satupersidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akanmenjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikannegara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahanpembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapatmengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataantersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Berdasarkan hal itu, kajiandilakukan untuk mengenalpasti penggunaan komputer dalam P&P mata pelajaran sains dikalangan guru sains di Sebuah Sekolah Rendah di Papar, Sabah.4. Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk:a) Mengenalpasti penggunaan komputer di kalangan guru semasa proses pengajarandilaksanakan.b) Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin timbul terhadap penggunaankomputer untuk pelaksanaan proses pengajaran.5. Hipotesis KajianSecara khususnya, skop kajian adalah menjurus hipotesis seperti berikut:a) Apakah perisian komputer yang digunakan oleh guru sains dalam melaksanakanproses pengajaran?b) Bagaimanakah guru sains mengatasi halangan penggunaan komputer yang mungkintimbul semasa melaksanakan proses pengajaran?
  18. 18. 186. Kepentingan KajianKajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Guru Besar sekolahrendah yang dikaji khususnya dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar amnya untukmengenalpasti sejauh mana kemahiran komputer membantu guru sains semasa prosespengajaran. Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang mungkin timbul semasa penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah.Ianya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalammenggunakan komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untukmengatasinya.7. Kekangan KajianKajian ini terbatas kepada 2 orang guru sains di salah sebuah sekolah rendah di Papar sahaja.Kajian ini dikaji melalui 3 kali temubual dengan guru berkenaan. Temubual dilaksanakanuntuk mengetahui jenis perisian komputer yang digunakan semasa proses pengajaran sainsserta halangan yang dihadapi oleh guru berkenaan dalam menggunakan komputer semasaproses pengajaran.Guru sains yang terlibat dalam kajian juga hanyalah guru sains tahap 1 sahaja. Justeruitu, kajian ini tidak boleh disamakan dengan kemahiran penggunaan komputer guru sains ditahap lain atau di sekolah yang terletak di kawasan bandar.8. Definisi IstilahIstilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini bolehlah ditakrifkan seperti berikut:a) PenggunaanPerihal (perbuatan, kegiatan) menggunakan sesuatu.b) PengajaranPerkataan “pengajaran” itu asalnya daripada perkataan “ajar” yang bermaksudmenyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Iajuga bermaksud mendidik, memberi petunjuk dan melatih.
  19. 19. 199. Metodologi KajianKajian ini adalah berbentuk kajian kes dan ianya adalah berbentuk jenis temubual yangseparuh berstruktur . Soalan yang dibangunkan adalah bertujuan untuk mendapat responsyang terbuka daripada guru – guru yang ditemubual.Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji telah memilih populasi guru – guru Sainsdi sekolah – sekolah rendah di daerah Papar dan sampel adalah terdiri daripada kalanganguru-guru Sains di sebuah sekolah rendah di daerah Papar. Dalam pemilihan sampel kajian,terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah persampelan yang sepatutnya digunakan olehpara pengkaji. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelah bertujuan dan pensampelanberkriteria. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual secara individu danterperinci, jadi hanya dua orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Responden yangdipilih adalah guru-guru dari sebuah sekolah di daerah Papar yang mengajar Sains.Instrumen kajian adalah soalan temubual. Pengkaji memilih kaedah temubual keranaianya sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci.Temubual adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenaikelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputerdalam pengajaran dan pembelajaran Sains.Temubual adalah kaedah di mana responden dan pengkaji hadir bersama dalam prosesmemperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorangresponden. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam,terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalantemubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianyadigunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji menyokonghasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untukmemperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih olehresponden. Terdapat tiga jenis temubual, iaitu temubual berstruktur. Temubual tidakberstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalam kajian ini pengkaji hanyamenggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubual yang melibatkansoalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada responden untukmengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinanjawapan daripada responden diterima.
  20. 20. 20Pengkaji memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksibel. (Azizi, 2007 ).Penemubual berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikanjawapan. Melalui kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebihdaripada responden apabila jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan.Ini akan memudahkan pengkaji untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihandan kelemahan penggunaan komputer serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalammenggunakan komputer dalam pengajaran Sains.Kajian rintis merupakan kaedah yang dilakukan untuk menilai kebolehpercayaan dankesahan soalan yang dibina. Ia bertujuan untuk memeriksa sejauh mana respondenmemahami soalan yang dikemukakan. Ia juga untuk mengelak timbulnya masalah darisegibahasa, struktur ayat dan maksud ayat tersebut.Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 2 orang guru yang dipilih di salah sebuahsekolah rendah kebangsaan di sekitar Daerah Papar, Sabah. Item-item yang dianggap tidaksesuai digunakan dalam soalan temu bual akan diperbetulkan oleh penyelidik sebelum kajiansebenar dijalankan.Kajian ini akan dijalankan dengan berpandukan kepada kerangka kajian kualitatifjenis kajian kes (Gerring, et al 2007). Teknik yang digunakan bagi mengumpulkan data-datakajian merangkumi temu bual separuh berstruktur.Penggunaan teknik temubual separuh berstruktur bagi proses pengumpulan datadalam kajian ini adalah bertujuan untuk membolehkan sebarang perubahan terhadap bentuksoalan, urutan soalan dan cara soalan diajukan kepada peserta kajian dilakukan setelahmendapat maklum balas dan reaksi daripada peserta kajian (Merriam, 2009).10. Analisis DataSemua data daripada rakaman temubual ditranskripsikan untuk di analisis. Transkrip datadigunakan untuk mencirikan cara-cara responden menggunakan komputer. Seterusnyapengkaji menganalisis satu persatu hasil rakaman temubual tersebut.
  21. 21. 21Menurut responden A contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupanharian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer, LCD dan CD courseware. Jadi,pelajar boleh mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Denganmenggunakan pengajaran berbantukan komputer, responden dapat melaksanakan prosespengajaran Sains dengan lebih berkesan. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkarayang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. RespondenA juga mengatakan bahawa terdapat banyak kebaikan penggunan pembelajaran berbantukankomputer ini.Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yangbermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isipengajaran dan akan merasakan keseronokan mempelajari Sains. Tetapi terdapat jugakekangan yang dinyatakan oleh Responden A iaitu masalah ketiadaan elektrik semasa prosespengajaran dan pembelajan berlaku, yang mana masalah ini akan menyebabkan respondenmengajar secara tradisional atau konvensional semula.Untuk memberi respon terhadap petikan di atas (Ittigson et al, 2004), mengatakankomputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikanpengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenispembelajaran Matematik yang bermakna. Penggunaan teknologi dalam kelas Sainsmembantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar.Responden B mengatakan bahawa kemahiran komputer perlu ada pada masa sekarangkerana guru – guru perlu mengubah cara pembelajaran tradisional yang lebih kreatif.Contohnya penggunaan cd perisian pelajar dan menggunakan perisian power point.Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sangat membantuterutamanya dalam tajuk pembentukan fotosintesis. Ini kerana penggunaan komputer akanmemudahkan untuk menunjukkan proses pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkanpemahaman pelajar untuk memahami sesuatu konsep. Penggunaan komputer mampumeningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains.Ini kerana menurut responden A dan B, penggunaan alat multimedia seperti CD Romdan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk
  22. 22. 22belajar. Dengan menggunakan alat multimedia pelajar-pelajar sangat-sangat memberiperhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan.Responden B menyatakan terdapat juga masalah yang wujud iaitu kekurangkan peralatanmultimedia seperti LCD. Responden turut berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dapat membekalkan lebih banyak kemudahan kepada sekolah beliau.ANALISIS DATAResponden (R) Soalan/Jawapan Temubual TEMASoalan Apakah yang anda faham tentang komputerdan multimedia?Responden A Komputer dan multimedia adalah salingberkait rapat komputer adalah alat ataumesin untuk memainkan multimedia.Contoh multimedia adalah sepertipenggunaan perisian Courseware yangmana ianya merupakan contoh multimediayang baik kerana ia adalah penghasilanbunyi dan animasi.Responden B Komputer adalah alat yang menerima inputdan kemudiannya memprosesnya sebagaioutput dengan menggunakan printer.Multimedia pula adalah penggunaankomputer untuk menyajikan danmenggabungkan teks, suara, gambar,animasi dan video dengan alat bantusehingga pengguna dapat bernavigasi,berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi.
  23. 23. 23Analisis Kedua-dua responden faham maksudkomputer dan multimedia.KEFAHAMANSoalan Apakah anda pernah menghadiri kursusatau latihan kemahiran komputer sebelumini?Responden A Ya. Saya pernah menghadiri kursuskomputer iaitu dalam 3 kali setahun dan kosadalah tanggungan sendiri kerana sayamemang minat menggunakan komputersejak di bangku sekolah lagiResponden B Tidak pernah. Selalunya kursus komputerini akan dihadiri oleh guru penyelaras ICTsekolah dan selalunya guru-guru lain akanberkursus berbayar. Saya memang minatmengikuti kursus komputer ini tapi adasahaja halangan untuk saya menghadirinya.Analisis Kedua-dua responden berminat denganmenggunakan komputer dan telahmengetahui kemahiran komputer .MINATSoalan Berapa kali anda pernah menggunakankomputer semasa proses pengajaran danpembelajaran sains?Responden A Lebih dari lima kali seminggu . SubjekSains merupakan subjek major saya dansaya memang akan menggunakan komputerdan lcd semasa mengajar kecuali semasakelas yang ada satu masa sahaja.Responden B Dalam seminggu ada lebih daripada 5 kali.Ini kerana saya mengajar empat buah kelassains dan semuanya memerlukanpenerangan untuk menerangkan proses dan
  24. 24. 24tindak balas . Contoh proses pembentukanhujan, para pelajar selalunya tidak dapatmembayangkan sekiranya tiada paparanyang jelas ditunjukkan oleh guru.Analisis Berdasarkan respon kedua – dua orangresponden didapati penggunaan komputeradalah sangat kerap kerana menurutresponden mereka sukar mengajar jika tidakmenggunakan pengajaran berbantukankomputer untuk menerangkan sesuatuproses atau fenomena.KEKERAPAN PENGGUNAANKOMPUTERSoalan Apa pandangan anda dalam melaksanakanproses pengajaran dan pembelajaran denganmenggunakan komputer?Responden A Saya sangat setuju kerana Penggunaankomputer dalam proses pengajaran danpembelajaran dapat meningkatkankecekapan dan keberkesanan hasilpembelajaran.Hal ini kerana guru dapatmembuat persiapan dan bersedia denganlebih awal dalam menjalankan prosespengajaran dan pembelajaran.Melalui caraini guru dapat mencari maklumat-maklumatberkenaan dengan pengajaran dengan lebihbaik seterusnya dapat menyampaikankepada pelajar secara berkesanResponden B Saya amat bersetuju terutamanya subjekSains kerana subjek seperti ini kita tidakboleh diajar secara chalk and talk sahaja.Sekurang – kurangnya pelajar dapatmenerima input yang diberikan oleh guruwalaupun sedikit. Kebiasaannya pelajarakan merasa cepat bosan dan akan membuathal sendiri jika pembelajaran itu tidakmenarik mereka. Dengan adanyapenggunaan pembelajaran berbantukankomputer ini pembelajaran akan lebihmenarik dan berkesan di hati pelajar.
  25. 25. 25ANALISIS Kedua – dua orang responden sangatbersetuju untuk menggunakan pembelajaranberbantukan komputer semasa prosespengajaran Sains dan mereka bersetujubahawa penggunaan komputer lebihberkesan semasa pengajaran.SETUJU TERHADAPPENGAJARAN BERBANTUKANKOMPUTERSoalan Adakah anda merasakan pelaksanaanpembelajaran menggunakan ICT dankomputer ini berjaya dalam meningkatkankualiti pelajar?Responden A Ya. Kita boleh lihat sendiri dan bandingkanapabila saya mengajar secara tradisionaltiada seorang pun pelajar yang beranibertanya tapi apabila saya menggunakanalat bantu mengajar seperti ini mereka dapatmelaksanakan tugasan dengan baik danrajin bertanya guru.Responden B Saya rasa sangat berjaya. Ini kerana pelajarselalunya lebih tertarik untuk mendengarpengajaran guru jika guru menggunakanalat bantu mengajar seperti ini. Kita dapatlihat mereka menunjukkan semangat belajaryang tinggi kerana pelajar sekolah rendahsangat sukar dikawal tetapi oleh keranaguru menayangkan animasi-animasi yangmenarik dan hanya digunaka semasa subjekSains, maka mereka akan sentiasa tertunggu– tunggu supaya mereka mendapat inputyang berguna.Analisis Kedua – dua orang responden bersetujupembelajaran dengan berbantukankomputer lebih berjaya berbandingpembelajaran secara tradisional.PEMBELAJARANBERBANTUKAN KOMPUTERVS TRADISIONALSoalan Apakah contoh – contoh perisian yang andagunakan semasa proses pengajaran danpembelajaran?Responden A Perisian yang selalu saya gunakan ialah I-teach , power point, dan CD courswareResponden B Selalunya saya akan menayang CdCourseware dan menunjukkan video yangmenerangkan satu proses atau fenomena.
  26. 26. 26Analisis Kedua – dua orang respondenmenggunakan perisian yang sama untukmemerangkan satu proses atau fenomenaPERISIANSoalan Apakah masalah-masalah yang seringtimbul dalam melaksanakan pembelajaranberbantukan komputer?Responden A Selalunya masalah yang timbul adalahapabila berlaku ketiadaa elektrik. Guruterpaksa mengajar secaraa tradisional dantidak dapat memberi gambaran jelasmengenai konsep yang diajar.Responden B Masalah yang berlaku adalah kekuranganLCD , guru terpaksa berebut-rebut denganguru lain kerana LCD yang berfungsi hanya3 sahaja.Analisis Masalah yang dihadapi semasa mengajarmenggunakan komputer adalah diluarkawalan guruKEKANGANSoalan Bagaimanakah anda mengatasi masalahtersebut?Responden A Kami meminta supa JPN menyediakangenerator setiap sekolah dan ini tidak akanmembimbangkan guru kerana elektrik adapada setiap masaResponden B Diharap supaya KPM membekalkan LCDyang baru kerana LCD yang lamakebanyakkannya rosakAnalisis Kedua – dua orang responden berharapmasalah – masalah yang berlaku dapatdiatasi oleh KPM dan JPN.HARAPAN
  27. 27. 2711. KesimpulanPenggunaan komputer dalam penyampaian bahan pembelajaran semasa prosespengajaran lebih menarik minat para pelajar serta menyenangkan guru. Oleh itu sepatutnyaguru-guru telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi komputer untukmelaksanakan pengajaran. Komputer dapat memudahkan proses pengajaran guru danmembantu pembelajaran pelajar. Pengetahuan teknologi komputer adalah amat penting untukmemastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berjalan lancar. Melaluipenganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawapenggunaan IC Tdi kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains semasamenjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yangdisediakan disekolah. Guru-guru didapati kurang menggemari kaedah pengajaranmenggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekanganmasa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untukmemulakan P&P serta kekurangan bahan- bahan ICT menyebabkan guru-guru kurangbermotivasi untuk menggunnakan ICT dalam pengajaran.
  28. 28. 28BilbiografiAzizi Yahaya et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. BhdGerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices. Cambridge UniversityPressHannafin, R., & Foshay, W. R. (2008). Computer-based instructions (CBI) rediscovered rolein K-12: An evaluation case study of one high schools use of CBI to improve passrates on high-stakes tests. Educational Technology Research & Development, 56(2),147-160Jensen, E. (2006) “The Social Context of Learning” In: The Praeger Handbook of Learningand the Brain, Sheryl Feinstein, ed. pgs. 452-456. Praeger, Westport, CN.Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan PembelajaranBerbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP, 2003Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation.Jossey-Bass Higher & Adult Education SeriesPatton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA:Sage.Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe (2004). Challenges of Teaching with Technologyacross the Curriculum .GI Publishing Hershey, PA, USA ©2003Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru diDaerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia

×