Your SlideShare is downloading. ×
Kerja kursus geografi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kerja kursus geografi

16,651
views

Published on

I hope it wll help you in the future.

I hope it wll help you in the future.

Published in: Education

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • tq......boleh buat rujukan kerja kursus geo for my daughter.........
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
16,651
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
139
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAMPUNG PULAI SEBATANG , 82100, AYER BALOI,PONTIAN JOHOR,MALAYSIA.NAMA : MUHAMMAD FAHMI AZIZI BIN NORIZAMKELAS : PRA PMR DELIMANAMA GURU : CIK NORHASLIZA BTE AWANG
  • 2.  Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi, saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi yang bertajuk “ Kepentingan Sistem Pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang” dengan jayanya. Semoga usaha saya ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan kepada diri saya dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Mohamad bin Haji Mahadi, kerana memberi kebenaran kepada semua pelajar tingkatan dua dalam pembikinan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga, Cik Norhasliza bte Awang, selaku guru subjek Geografi atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan khas buat kepada kedua-dua ibu bapa saya, Tuan Norizam bin Dadak dan Puan Aslinah bte Ismail serta rakan-rakan yang turut membantu dari segi bimbingan,dorongan mahupun kewangan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua penduduk Kampung Pulai Sebatang yang turut membantu saya dari segi informasi yang tepat lagi berguna terutamanya Ketua Kampung mahupun Penghulu Mukim.
  • 3. TAJUK KECIL MUKA SURAT PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKIF KAJIANKAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN
  • 4.
  • 5.  Kampung Pulai Sebatang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Pontian dan 70.3 km daripada Bandaraya Johor Bahru. Kampung ini berlatitud 1.5666667 dan berlongitud 103.35 di permukaan bumi. Kampung Pulai Sebatang dipercayai telah wujud pada zaman kegemilangan Johor lagi pada tahun 1850-an. Nama „Pulai Sebatang‟ diambil sempena nama sebatang pokok PULAI yang hanya sebatang di kampung ini dan saiznya amat besar terletak berhampiran dengan laut. Pokok ini juga berperanan sebagai petunjuk kepada para nelayan untuk pulang ke jeti. Pokok ini juga dikatakan mempunyai „ penunggu‟. Namun pokok telah tumbang akibat hakisan laut pada tahun
  • 6. TEMU BUAL Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Ketua Kampung, Encik Azman bin Kamar dan lain-lain bagi memperoleh maklumat yang berguna untuk diguna pakai dalam pembikinan kerja kursus ini.PEMERHATIANSaya telah meninjau sendiri tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh para penduduk Kampung Pulai Sebatang seperti Pekan Kampung Jawa untuk mendapatkan gambaran secara lebih jelas akan situasi sebenar kampung ini.INTERNET Saya juga telah melayari beberapa laman sesawang bagi mendapatkan lagi maklumat secara lebih terperinci dan tepat seperti nama syarikat kenderaan awam yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti ( ting- tong) di sepanjang laluan Mukim Benut ke Mukim Kukup sepanjang 45 kilometer.
  • 7. 4 KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAMPUNG PULAI SEBATANG1.MEMBAWA ANAK PERGI KE SEKOLAH Para penjaga menghantar anak mereka ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.Terdapat juga segelintir pelajar yang hanya mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.Hal ini demikian membuktikan bahawa jalan raya merupakan suatu medium yang penting kepada masyarakat di kampung ini.
  • 8.  2.PENGANGKUTAN KE TEMPAT KERJA. - 25 peratus belia Kg. Pulai Sebatang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang swasta yang terdapat di Bandar Pontian.Para guru juga menggunakan jalan raya untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan mahupun ke Sekolah Agama untuk mendidik permata berlian Kampung Pulai Sebatang.3. MEDIUM UNTUK PENGELUARAN HASIL PERTANIAN -Lorong-lorong yang terdapat di Kg. Pulai Sebatang juga memainkan peranan sebagai laluan lori muatan 5 tan untuk mengangkut hasil pertanian seperti kelapa sawit,kelapa matak,kelapa pandan dan lain-lain.
  • 9. 4. MENJANA EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT -Terdapat segelintir penduduk kampung yang mengambil inisiatif dengan membuka restoran atau kedai runcit bagi menambahkan pendapatan.Tambahan pula, semakin hari,semakin banyak jumlah kenderaan yang melalui jalan persekutuan yang menganjur di pantai barat daya semenanjung Malaysia .Hal ini selaras dengan peribahasa “ di mana ada semut, di situ ada gula”.
  • 10.  BUKU TEKS GEOGRAFI, TINGKATAN DUA. CIK NORHASLIZA BTE AWANG, GURU GEOGRAFI TINGKATAN DUA DELIMA. ENCIK AZMAN BIN KAMAR, KETUA KAMPUNG PULAI SEBATANG. RAKAN-RAKAN KELAS DUA DELIMA. Sekian, Terima Kasih,.......
  • 11.  PENGENALAN JENIS JARINGAN PENGANGKUTAN PENGANGKUTAN AWAM-Pengangkutan awam bermaksud pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, atau definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan yang berjadual.
  • 12.  Contohnya:
  • 13.  PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN- Pengangkutan persendirian terdiri daripada kenderaan yang dimiliki dan dibeli sendiri secara individu dan didaftarkan di bawah naungan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya.Contohnya:-
  • 14.  PENGANGKUTAN PERINDUSTRIAN- Pengangkutan dalam perindustrian merupakan satu elemen penting dalam memastikan kelangsungan suatu perniagaan berjalan dengan lancar contohnya, penghantaran minyak ke stesen minyak dengan menggunakan lori minyak.Hal ini menunjukkan bahawa peri pentingnya pengangkutan dalam perindustrian. Contohnya:-
  • 15. 4 MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN1.STRUKTUR PERMUKAAN JALAN MENJADI TIDAK STABIL.-Permukaan jalan menjadi mendap kerana tekanan yang diterima daripada berat bahan muatan yang berlebihan.Hal ini demikian kerana risiko untuk berlakunya kemalangan akan menjadi tinggi terutamanya golongan penunggang motosikal.2.KUALITI UDARA MEROSOT.- Kualiti udara di Kg. Pulai Sebatang kian merosot lantaran daripada pertambahan bilangan kenderaan yang melalui jalan utama.Hal ini menyebabkan komposisi karbon dioksida meniingkat berbanding oksigen. Oleh yang demikian, ramai penduduk kampung ini menghidapi simptom batuk-batuk mahupun asthma.
  • 16.  3. PENINGKATAN KEMASUKAN PEKERJA ASING SECARA MENDADAK - Hal ini demikian kerana jalan utama Kg .Pulai Sebatang telah dijadikan suatu medium bagi golongan ini untuk mencari pekerjaan. Kesannya, ramai golongan belia yang terpaksa “ makan gaji” bekerja dengan syarikat swasta di Bandar Pontian walhal terdapat pelbagai pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan di kampung seperti sektor pertanian. 4. KESESAKAN LALU LINTAS YANG SERIUS PADA WAKTU GENTING. -Kampung Pulai Sebatang juga tidak ketinggalan daripada menghadapi masalah yang sama oleh warga kota iaitu kesesakan jalan raya. Hal ini selalunya berlaku pada waktu petang, cuti umum mahupun hujung minggu.Hal ini menyebabkan penduduk kampung sukar untuk bergerak ke satu-satu tempat.
  • 17.  4 CADANGAN MENGATASI MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN 1.MENANAM LEBIH BANYAK POKOK UNTUK MENSTABILKAN KEMBALI SUHU DAN OKSIGEN. -Pihak berkuasa setempat seharusnya memainkan peranan dengan menanam lebih banyak pokok di kawasan sekitar kampung ini.Hal ini demikian kerana keadaan di Kampung Pulai Sebatang seperti peribahasa “ bagai retak, menanti belah”.Oleh yang demikian, tindakan yang proaktif harus dijalankan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk. 2. KEMPEN MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM - Pihak berkuasa juga sepatutnya menjalankan kempen menggunakan kenderaan awam. Hal ini demikian kerana masyarakat akan sedar akan kekhilafan mereka sebelum ini.Tambahan pula, bayaran atau tambang yang dikenakan amat berpatutan. Kesimpulannya,penggunaan kenderaan awam mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara sekaligus mencapai misi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  • 18.  3.RONDAAN MAHUPUN PEMANTAUAN YANG PROGRESIF DARIPADA PIHAK BERKUASA. - Pihak bertanggungjawab sepatutnya memainkan peranan dengan merpergiat operasi atau pemantauan terhadap warga asing yang bekerja di negara ini.Hal ini demikian kerana ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan membahayakan orang awam atau masuk ke negara ini secara haram.Oleh yang demikian, keamanan negara dapat diwujudkan d samping kemajuan yang berterusan.4 NAIK TARAF JALAN RAYA. - Pihak berkuasa setempat seharusnya menaik taraf jalan utama Kg. Pulai Sebatang. Hal ini demikian kerana lubang- lubang atau lekuk-lekuk yang terdapat pada permukaan jalan raya membahayakan pengguna jalan ini terutamanya penunggang motosikal. Oleh yang demikian, tindakan yang sepatutnya seperti penurapan jalan mampu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

×