• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Metodologi syariah slide
 

Metodologi syariah slide

on

  • 1,624 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,624
Views on SlideShare
1,624
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
26
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Metodologi syariah slide Metodologi syariah slide Presentation Transcript

    • Bincangkan tentang kepentingan QawaidFiqhiyyah dan kehujahannya dalam perundangan Islam. Perbicangan ini hendaklah merujuk kepada persoalan isu-isu tentang kewangan semasa.
    • • Qawaid ialah bahasa Arab kata jama’ dari Qa`idah yang memberi erti asas rumah dan sebagainya sepertimana firman Allah S.W.T. “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu.” (Al-Baqarah : 127)Qaidah menurut para fuqaha’ ialah :• Hukum kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah (detail).• Hukum yang terpakai ke atas kebanyakan masalah-masalah juziyyah (detail).• QAWAID FIQHIYYAH prinsip-prinsip umum dalam fiqh islami yang merangkumi hukum-hukum syara’ yang umum,selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan baru muncul yang termasuk dibawah tajuk prinsip berkenaan.
    •  Al–Sayuti mendefinisikan qawaid sebagai peraturan yang diaplikasikan kepada semua yang tertentu. Al-Burnu mendefinisikan sebagai satu peraturan undang-undang yang universal atau usul daripada peraturan tertentu yang difahami Sheikh Mustafa Al Zarqa mendefinisikan qawaid sebagai pepatah akar fiqh yang khusus dalam teks yang ringkas lagi padat dengan ciri-ciri kawal selia, yang mengandungi kaedah-kaedah am undang- undang ke atas isu-isu yang menjadi termasyhur di bawah tema.
    • Terdapat nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagaiKaedah fiqhiyyah muncul ekoran dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fuqaha‟Terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi ke generasi lain untuk disesuaikan dengan masalah-masalah furu‟
    • • Peringkat pertama Iaitu zaman Rasulullah s.a.w• Peringkat kedua:Zaman sahabat• Peringkat ketiga:Zaman Tabi‟in dan tabi‟ al tabi‟in
    • • Qawaid ini bersifat aghlabiyyah tidaklah bererti ia akan mengurangkan nilai ilmiyyahnya,menurunkan kedudukannya yang tinggi dalam fiqh dan kesannya yang besar dalam pemahaman fiqh• Qaidah-Qaidah itu suatu gambaran yang menarik terhadap prinsip-prinsip fiqh yang umum,membuka ufuk- ufuk dan landasan prinsip itu dari segi teorinya.seterusnya ia memantapkan hukum-hukum furu‟ yang amali• Kalau tidak wujud qawaid ini maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu yang terpisah-pisah dan kadang kala pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran yang menerangkan alasan - alasan konkrit yang menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan membandingkannya.
    •  Disepakati sebagai dalil syarak jika bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah Diperselisihkan jika ia hasil daripada istiqra fuqaha kepada masalah-masalah fiqh yang hampir sama Rumusan : tidak harus berhujah dengan kaedah fiqh semata-mata jika terdapat nas yang berkaitan tetapi diharuskan jika keadaan sebaliknya.
    • • Pemahamannya terbentuk berupa teks atau nas-nasnya yang digubal secara beransur-ansur• Para fuqaha yang menggubal kaedah fiqh kadangkala mengambil teks hadith sendiri dijadikan qaidah fiqhiyyah seperti qaidah dan ada juga teks yang dipetik dari kalam atau ungkapan-ungakapan sebahagian imam mazhab• Menurut Mustafa Ahmad Al Zarqa mazhab hanafi merupakan mazhab pertama yang mendahului mazhab besar yang lain dalam menggubal prinsip-prinsip fiqh yang „am (kulliy)• Al Imam Abu Tahir Al Dabbas yang hidup dalam kurun ketiga dan keempat hijrah telah mengumpul beberapa kaedah mazhab abu hanifah dan disimpulkan dalam tujuh belas kaedah• Qadi Abu ‘Ali Al-husayn Bin Muhammad Bi Ahmad Al-maruzi ,beliau mengembalikan seluruh mazhab syafi‟i kepada empat kaedah• Sesetengah Ulama mutakhir syafi’iyyah mengatakan ada lima kaedah ,maka kelima-lima itu dikira sebagai ibu segala kaedah fiqh
    •  Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya ( Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan Kemudaratan hendaklah disingkirkan Adat dijadikan sebagai rujukan hukum
    • • TA`WIDH DAN GHARAMAH• QABADH• PENGGUNAAN PRINSIP “SUBSTANCE OVER FORM“ DALAM KEWANGAN ISLAM• TAWARRUQ• ISU UKUR RUJUK ELEMEN HARAM DALAM SYARIKAT BERCAMPUR
    • Asas Pertimbangan Keharusan mengenakan ta`widh ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan pertimbangan ke atas dalil-dalil dan pandangan berikut: Hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman, sebagaimana sabda baginda: “Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kemungkiran orang yang kaya (dalam membayar hutang) adalah satu kezaliman.”140 Terdapat juga kaedah fiqah yang dipetik daripada hadis yang menyentuh hal ini, iaitu: “Tiada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan (dalam Islam). Kelewatan membayar hutang boleh diqiyaskan dengan rampasan harta secara tidak sah . Kaedah fiqah: “Sebarang kemudaratan hendaklah dihilangkan.”
    • • Qabadh menurut fukaha bermaksud penguasaan dan pemilikan terhadap sesuatu perkara yang kebiasaannya merujuk kepada sesuatu uqud mu‟awadat (akad pertukaran).• qabadh bergantung kepada tanggapan `urf atau pemakaian kebiasaan masyarakat setempat tentang cara bagaimana sesuatu penguasaan dan pemilikan telah sempurna berlaku.KEPUTUSAN Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII), dalam mesyuarat kelapan pada 25 Januari 1996, memutuskan bahawa `urf setempat menjadi asas dan garis panduan untuk menentukan status qabadh dalam sesuatu urus niaga. Justeru, apa sahaja yang diterima pakai oleh `urf sebagai qabadh dapat dijadikan garis panduan untuk urus niaga yang dilakukan dalam pasaran modal di Malaysia.
    • • Dalam konteks kewangan Islam semasa, kebanyakan akad yang mendasari produk kewangan terutamanya produk pembiayaan adalah akad daripada kategori `uqud mustajiddah (akad-akad baharu). Dalam kontrak-kontrak baharu tersebut, terhimpun elemen-elemen daripada akad-akad tradisional (`uqud musamma) yang berlainan dan elemen-elemen tersebut saling mengikat dalam bentuk tertentu.• Jika salah satu elemen tersebut tidak wujud, ia menyebabkan tujuan perjanjian tersebut tidak dapat disempurnakan. Dengan mencatatkan siri urus niaga berasaskan kontrak baharu secara berasingan, ia akan menyebabkan gambaran keseluruhan urus niaga menjadi kurang jelas. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mencatatkan urus niaga bersiri seperti kontrak-kontrak baharu sebagai satu urus niaga sahaja. Ini dilakukan berasaskan prinsip “substance over form”.• Pertimbangan ini turut selari dengan kaedah fiqah dan pendekatan hukum Syarak yang berikut: “Setiap perkara dinilai berdasarkan niat.” “Pertimbangan dalam akad ialah pada tujuan dan makna bukan pada lafaz dan bentuk.”
    • • Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada produk deposit berasaskan konsep tawarruq dibenarkan. “...padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...” Kaedah fiqah: “Menurut kaedah asal hukum, mua`malah adalah harus, kecuali ada dalil yang mengharamkannya.” Pandangan ulama semasa telah mengharuskan penggunaan tawarruq berdasarkan pandangan dalam kalangan mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafii yang mengharuskan penggunaan tawarruq
    • • Keputusan MPS SS, dalam mesyuarat kedua pada 21 Ogos 1996, ketika membincangkan isu ukur rujuk elemen haram dalam syarikat bercampur, telah memutuskan bahawa situasi „umum balwa perlu diambil kira dalam menentukan status syarikat bercampur.• Antara kaedah fikah yang menyentuh situasi „umum balwa adalah seperti berikut: Maksudnya: Kesusahan mengharuskan kemudahan Maksudnya: Sesuatu perkara yang dilarang berlaku secara meluas (dan sukar dielakkan) Syarak mengizinkan keringanan kepada yang terkena. Maksudnya: Sesuatu perkara apabila ada kesukaran maka Syarak mengizinkan kelapangan sebagai jalan keluar.• kaedah-kaedah fiqh tersebut digunakan sebagai pengukuh kepada prinsip ʿumum balwa yang membuktikan bahawa SyariʿatIslam adalah Syariʿatyang bersifat anjal dan mudah yang tidak menyusahkan umatnya dalam kehidupan seharian
    • • Qawaid fiqhiyyah penting dalam perundangan Islam dalam mengeluarkan hukum-hukum baru terutamanya persoalan isu kewangan semasa yang memerlukan ijtihad fuqaha‟.Namun dalam mengeluarkan hukum perlulah merujuk banyak sumber nas Al-Quran dan Al sunnah untuk menjadikan penghasilan ijtihad dan fatwa itu benar2kukuh disamping mempertimbangkan kemaslahatan umum.• Pengkategorikan(qawaidfiqhiyyah)adalah bagi memudahkan ulama dan masyarakat membuat rujukan dan memahami nas.• Qawaid Fiqhiyyah- kesimpulan yang bersumberkan al quran dan sunnah sebagai asas.