Your SlideShare is downloading. ×
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Terma Rujukan Pusat Sumber Pendidikan

3,500

Published on

Published in: Education
1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
3,500
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
147
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TERMA RUJUKAN (TERMS OF REFERENCE) PUSAT SUMBER PENDIDIKAN Disediakan oleh: Fadzliaton Zainudin Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Julai 2010
  • 2. Kandungan Bil. Perkara muka surat 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 2. Kurikulum Kebangsaan 3 3. Teknologi Pendidikan 3 3.1 Definisi 3.2 Prinsip Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 3.3 Ciri-Ciri Teknologi Pendidikan Yang Berkesan 3.4 Kepentingan Teknologi Pendidikan 4. Penubuhan Bahagian Teknologi Pendidikan 5 4.1 Visi 4.2 Misi 4.3 Moto 4.4 Falsafah 4.5 Objektif Organisasi 4.6 Fungsi 4.7 Piagam Pelanggan 5. Konsep Pendemokrasian Pendidikan 8 6. Konsep Rangkaian Dalam Pusat Sumber 8 Pendidikan 7. Penubuhan Sektor Pengurusan Sumber 8 Pendidikan 7.1 Visi 7.2 Misi 7.3 Objektif 7.4 Fungsi 8. Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri 10 (PSPN) kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) 8.1 Konsep 8.2 Matlamat 8.3 Objektif 8.4 Fungsi 9. Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) 13 9.1 Konsep 9.2 Matlamat 9.3 Objektif 9.4 Fungsi Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 2
  • 3. Bil. Perkara muka surat 10. Penubuhan Pusat Sumber Sekolah (PSS) 15 10.1 Konsep 10.2 Falsafah 10.3 Dasar 10.4 Strategi Pelaksanaan Dasar 10.5 Visi 10.6 Misi 10.7 Objektif 10.8 Fungsi 10.9 Hala Tuju 11. Rujukan 19 Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 3
  • 4. TERMA RUJUKAN (TERMS OF REFERENCE) PUSAT SUMBER _______________________________________________________________ 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2. Kurikulum Kebangsaan “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] 3. Teknologi Pendidikan Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut: • Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P • Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P • Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 4
  • 5. 3.1 Definisi • Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan. Laporan Tahunan 1991 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian pelajaran Malaysia • Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan. Roblyer, M.D. Integrating educational technology into teaching (3rd edition). New Jersey: Merril/Prentice Hall • Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai. AECT (Association of Educational Communication and Technology). The definition of educational technology. Washington DC: AECT, 2004. 3.2 Prinsip Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) • Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan. • Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu: o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan • Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah • Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 5
  • 6. • Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P 3.3 Ciri-Ciri Teknologi Pendidikan Yang Berkesan • Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran • Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid • Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid • Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan 3.4 Kepentingan Teknologi Pendidikan • Melancarkan proses P&P • Menjimatkan masa, tenaga dan kos • Mengekalkan minat dan perhatian murid • Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar • Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas • Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid • Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum • Memperkayakan pengalaman murid 4. Penubuhan Bahagian Teknologi Pendidikan Bagi memantapkan lagi penggunaan teknologi instruksional, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP) telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bermula pada 1 Januari 1988. Penukaran nama ini adalah bersesuaian dengan kedudukan dan peranannya sebagai satu badan yang menyelaras semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dari peringkat kementerian hingga ke peringkat sekolah (Utusan Malaysia, 9 Februari 1988). Pada tarikh yang sama juga, Unit Perpustakaan yang dahulunya terletak di Bahagian Sekolah telah diserapkan sebagai satu sektor di BTP, dikenali dengan nama Seksyen Penyelarasan Pusat Sumber Pendidikan. Ini dilakukan untuk memperluas dan memperkukuhkan lagi konsep teknologi instruksional yang juga merangkumi buku dan lain-lain bahan bercetak. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 6
  • 7. Pembudayaan dan penyerapan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid akan dapat memenuhi matlamat BTP untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Matlamat ini pula akan tercapai melalui asas-asas berikut: 4.1 Visi Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan. 4.2 Misi Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan. 4.3 Moto Teknologi Untuk Pendidikan Bestari 4.4 Falsafah Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. 4.5 Objektif Organisasi • Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan • Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan • Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru • Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 7
  • 8. 4.6 Fungsi • Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan • Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media • Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan program literasi maklumat • Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak • Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah • Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah 4.7 Piagam Pelanggan • Mengambil tindakan terhadap aduan masalah ICT KPM di sekolah dalam tempoh dua hari bekerja • Membangun dan membekalkan 100 judul bahan sokongan P & P ke sekolah dalam tempoh setahun • Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada 750 sekolah dalam tempoh setahun • Menjamin siaran Eduweb TV dapat ditonton pada bila-bila masa • Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh setahun Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 8
  • 9. 5. Konsep Pendemokrasian Pendidikan Melalui konsep Pendemokrasian Pendidikan, peluang-peluang pendidikan bermutu akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Pendemokrasian dalam konteks ini dapat dicapai apabila sekolah-sekolah menikmati peluang untuk meningkatkan mutu P&P. Pendemokrasia ini membolehkan setiap ahli masyarakat mendapat pendidikan yang sama rata tanpa jurang perbezaan. 6. Konsep Rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan Perkembangan teknologi instruksional yang memberi tumpuan kepada instruksi berasaskan sumber pendidikan dipergiatkan lagi dengan tertubuhnya rangkaian institusi sumber yang dinamakan pusat sumber pendidikan. Rangkaian pusat sumber telah ditubuhkan dari peringkat pusat (Bahagian Teknologi Pendidikan), negeri (Pusat Sumber Pendidikan Negeri), peringkat daerah (Pusat Kegiatan Guru), hingga ke peringkat sekolah (Pusat Sumber Sekolah). Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1983, penubuhan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) diberi penekanan semula dengan mengutamakan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan kaedah pengajaran yang sesuai. Guru dikehendaki mengintegrasikan pelbagai sumber pendidikan dalam kurikulum dan pengajaran. Pengajaran berasaskan sumber perlu dirancang secara sistematik. Pada masa yang sama Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) telah ditubuhkan untuk memberi kemudahan dalam penghasilan bahan bantu P&P, mengendalikan kursus-kursus penataran guru, memperoleh buku-buku dan bahan-bahan rujukan untuk kegunaan guru di peringkat negeri. Di peringkat setempat, kemudahan serupa disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dalam perancangan dan pengoperasian PSPN, PKG dan PSS, murid merupakan fokus utama. Konsep Rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan memperlihatkan jalinan hubungan antara PSS, PKG, BTPN dan BTP. Konsep ini juga menunjukkan betapa seriusnya Kementerian Pendidikan khususnya BTP untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini yang bertujuan menggalakkan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Penubuhan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Pada tarikh 1 Januari 1988, serentak dengan penukaran nama BPSP kepada BTP, Unit Perpustakaan yang dahulunya terletak di Bahagian Sekolah telah diserapkan ke dalam BTP dan dikenali dengan nama Seksyen Penyelarasan Pusat Sumber Pendidikan. Kini seksyen tersebut telah berubah nama kepada Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 9
  • 10. Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan. Ini dilakukan untuk memperluas dan memperkukuhkan lagi konsep teknologi instruksional yang juga merangkumi buku dan lain-lain bahan bercetak. Dengan wujudnya fungsi baru ini, BTP mula memainkan peranan yang lebih tegas dalam menerapkan tabiat gemar membaca, menekankan perlunya kemahiran pengendalian maklumat diajar dan latihan tentang penggunaan TV Pendidikan, Radio Pendidikan dan sumber pelbagai media bagi guru-guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang dibantu sumber dan berorientasikan aktiviti. Rangkaian Pusat Sumber Pendidikan memerlukan satu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan proses P&P. Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan menerajui rangkaian pusat sumber pendidikan yang terdiri daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang sejak 2006 dikenali dengan nama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Melalui pengurusan sektor ini, BTP memulakan usaha ke arah pembangunan PSS dengan lebih sistematis melalui geran permulaan pada tahun 1990 sebanyak RM20,000.00 untuk pembelian buku-buku rujukan dan berbagai jurnal untuk kegunaan pegawai. Mulai tahun 1991, BTP telah memberikan tumpuan kepada perkembangan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Melalui usaha ini, BTP telah memperluaskan rangkaiannya agar dapat menjalinkan hubungan lebih erat lagi dengan sekolah-sekolah dan guru-guru di seluruh negara. Dengan wujudnya rangkaian pusat sumber pendidikan BTP-BTPN-PKG, pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan sumber pendidikan menjadi lebih efisyen. 7.1 Visi Mewujudkan budaya cintakan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. 7.2 Misi Mempertingkatkan mutu pengurusan sumber pendidikan bagi memperkukuhkan amalan pengajaran pembelajaran berasaskan sumber dan kemahiran maklumat selaras dengan hasrat untuk melahirkan masyarakat berilmu dan beramal. 7.3 Objektif Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui kemudahan dan penggalakan penggunaan sumber pendidikan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 10
  • 11. 7.4 Fungsi • Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber Sekolah dari segi fizikal, koleksi bahan, sistem pengurusan dan sumber manusia sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program literasi maklumat dan galakan membaca di sekolah. • Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pengurusan Pusat Akses Sekolah dari segi pengisian dan penggunaan. • Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber BTP dan cawangan dari segi fizikal, koleksi bahan, sistem pengurusan dan sumber manusia sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. • Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan perhubungan awam dan maklumbalas pelanggan. 8. Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pada peringkat awal hanya empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) telah ditubuhkan iaitu di negeri Kedah (1982), Kelantan (1982), Pahang (1983) dan Terengganu (1984). Empat buah negeri ini dipilih kerana taraf sosio-ekonominya rendah. Penubuhan PSPN bertujuan meningkatkan mutu pendidikan dalam negeri-negeri tersebut. Selanjutnya, 11 buah lagi PSPN didirikan dengan tujuan meningkat mutu pendidikan khususnya di sekolah-sekolah luar bandar. PSPN melaksanakan program sumber pendidikan untuk menyokong program dan aktiviti akademik bagi memenuhi tiga matlamat utama iaitu pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan degan menyediakan latihan dalam perkhidmatan, peralatan, bahan dan perkhidmatan sumber pendidikan kepada guru. Kedudukannya yang hampir dengan penggunaannya iaitu guru dan murid dapat membantu BTP, KPM di peringkat pusat mengatasi masalah P&P. Mulai 2006, PSPN telah ditukarkan namanya sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). 8.1 Konsep Konsep teras BTPN adalah sebagai pusat aktiviti guru dan pusat sumber untuk guru bagi peringkat negeri. BTPN berperanan sebagai satu pusat yang menyediakan latihan dalam perkhidmatan bagi guru yang sedang berkhidmat tentang kaedah baru dalam proses P&P, di samping menjadi pusat yang membekal maklumat, bahan rujukan,dan sumber P&P yang dapat meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam guru proses P&P. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 11
  • 12. 8.2 Matlamat • Meningkatkan mutu pendidikan khususnya di kawasan luar bandar menggunakan teknologi instruksional dalam instruksi, pengajaran dan pembelajaran • Memastikan guru dan pentadbir pendidikan menjadi pengguna idea dan maklumat yang berkesan 8.3 Objektif Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dengan cara: • Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional • Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran • Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru • Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran • Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden • Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan 8.3 Fungsi • Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah • Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media • Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan • Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah • Mengurus pelaksanaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri • Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 12
  • 13. • Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar • Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah 9. Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Di peringkat daerah pula telah dimulakan rancangan untuk membina Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Pusat ini telah dibekalkan dengan alat dan bahan teknologi pendidikan di bawah peruntukan Bank Dunia ke-8 dan ke-10. PSPD ini mula ditubuhkan pada akhir 1986 di seluruh Malaysia. Pada 14 Ogos 1990, nama PSPD telah ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru. Nama baru ini dapat memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Di samping itu, PKG dapat menampung kemudahan P&P bagi daerah yang luas, yang tidak mungkin dapat ditangani oleh PSPN. Sejumlah 350 PKG telah didirikan dalam Rancangan Malaysia Keenam. Kini bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah. 9.1 Konsep PKG merupakan sebahagian rangkaian sokongan untuk guru yang sedang berkhidmat dalam aspek berikut: • Semua aktivitinya bersifat setempat dan memungkinkan proses desentralisasi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan • Sebagai wadah dalam pemusatan khidmat-khidmat setempat untuk guru • Tumpuan utamanya adalah terhadap memperbaiki amalan dalam bilik darjah • Menyediakan kemudahan dan suasana yang selesa bagi guru untuk bekerja secara individu atau dalam kumpulan • Membantu membina martabat profesionalisme melalui penglibatan peribadi Aspek-aspek di atas terangkum dalam empat (4) konsep PKG yang jelas iaitu: • Konsep Institusi Pendidikan • Konsep Budaya Perkongsian • Konsep Pembudayaan Pendidikan • Konsep Rangkaian Dalam pusat Sumber Pendidikan Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 13
  • 14. 9.2 Matlamat Meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf prefesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 9.3 Objektif • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat 9.4 Fungsi • Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan • Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media • Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah • Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 14
  • 15. 10. Penubuhan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Untuk merealisasikan rangkaian sumber pendidikan, setiap sekolah digalakkan menubuhkan PSS masing-masing. Sebagai usaha untuk menyelaras penggunaan istilah 'Pusat Sumber Sekolah', Kementerian Pendidikan melalui Surat Pekeliling KP(BS)8752-C(8) bertarikh 1 Mac 1983 telah mencadangkan supaya 'Pusat Sumber Sekolah digunakan secara rasmi untuk menggantikan istilah-istilah lain seperti perpustakaan sumber sekolah, pusat media sekolah, pusat resos sekolah, pusat alat pandang dengar sekolah dan sebagainya'. Penyelarasan istilah juga merupakan tindakan positif Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan perpustakaan ke dalam organisasi PSS. 10.1 Konsep Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 10.2 Falsafah Program Sumber Sekolah Program sumber pendidikan bertujuan melahirkan murid yang celik maklumat, pengguna idea dan maklumat yang efektif serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah bertindak sebagai rakan kongsi yang aktif dengan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, murid, ahli masyarakat dan komuniti setempat untuk sama-sama memperkembangkan potensi murid. Untuk merealisasikan tujuan ini, GPM menyediakan program P&P yang berfokuskan murid. Tujuan atau matlamat program sumber pendidikan adalah seperti berikut: • Membekalkan sumber dan menyediakan pengalaman pembelajaran untuk menjadikan murid pengguna dan pembina maklumat yang mahir, cekap dan berkesan • Menggalakkan perancangan dan pengajaran kolaboratif antara GPM dengan guru • Menyokong proses P&P dengan menyediakan satu program instruksi yang komprehensif dengan bantuan sumber maklumat dan teknologi • Menyediakan akitiviti pembelajaran berasaskan kepada piawaian media dan literasi maklumat Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 15
  • 16. • Menyediakan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat mengikut gaya pembelajaran dan keperluan murid 10.3 Dasar Dasar Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. 10.4 Strategi Pelaksanaan Dasar • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa • Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran 10.5 Visi Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 10.6 Misi Menyediakan maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 16
  • 17. 10.7 Objektif • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat 10.8 Fungsi • Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan • Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat • Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi • Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan 10.9 Hala Tuju Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21. Bagi menerajui usaha ini, KPM perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan bagi menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dilaksanakan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan murid. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 17
  • 18. Pengurusan Pusat Sumber Bersepadu (http://bibliografi.moe.edu.my/) menggabung-jalin system pengurusan Pusat Sumber Pendidikan (BTP-BTPN-PKG-Sekolah) berasaskan web secara komprehensif yang bertujuan membina, mengurus, dan mengakses koleksi ribuan atau jutaan dokumen dalam bentuk digital dan bukan digital termasuk bahan teks, imej, audio dan video. Semua maklumat bibliografi dan koleksi digital boleh dikongsi dan diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Sistem ini dihasilkan berdasarkan platform open source yang diketahui umum sebagai murah dari segi kos pembangunan dan penghasilan sistemnya. Operasi Pengurusan Pusat Sumber Bersepadu yang sehingga kini melibatkan hampir 10,000 sekolah serta 2.5 juta murid dan guru. Pengurusan Pusat Sumber perlu dilihat melalui perspektif baru berfokuskan ICT sebagai alat pengupaya supaya konsep ubiquitous library (Pusat Sumber merentas sempadan dan masa),ubiquitous learning (pembelajaran merentas sempadan dan masa) dan ubiquitous information management (pengurusan maklumat merentas sempadan dan masa) dapat diwujud dan diaplikasikan sesuai dengan peredaran teknologi semasa. Sekiranya ini ketiga-tiga konsep ini berjaya disepadukan, Pusat Sumber akan menjadi pusat perkhidmatan yang memacu maklumat/sumber pendidikan dalam pelbagai bentuk dan dapat diakses dan dikongsi dari segenap ceruk dan rantau, di dalam atau di luar premis sekolah, pada waktu siang atau malam. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 18
  • 19. RUJUKAN International Federation of Library Associations. (1999). IFLA/UNESCO school library manifesto: The school library in teaching and learning for all. Diambil daripada http://archive.ifla.org/VII/s11/pubs/manifest.htm International Federation of Library Associations. (2002). Garis panduan perpustakan sekolah IFLA/UNESO. (Zohra Ibrahim & Saidatul Akmar Ismail, Penterjemah). Diambil daripada http://archive.ifla.org/VII/s11/pubs/sguide02- my.pdf Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan. Retrieved from http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/home Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan. Retrieved from http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/home Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Portal Pengurusan Sumber Pendidikan. Retrieved from http://bibliografi.moe.edu.my/ Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan. (1992). Pusat Kegiatan Guru: Konsep dan pengoperasian. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan. (2001).Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN): Masa lalu, masa kini dan masa depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Yusup Hashim & Razmah Man. (2005). Teknologi instruksional: teori dan aplikasi (ed. 2). Tanjong Malim: Syarikat Perintis. Terma Rujukan (TOR) Pusat Sumber 19

×