Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

3,364
-1

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,364
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
93
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

  1. 1. LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2009 1. TUJUAN Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009. 2. PENGENALAN 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang. 2.2 Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All juga telah menggariskan perkara berikut: • PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan • PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat 2.3 Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut: • Perancangan kualiti • Kawalan kualiti • Penambahbaikan kualiti 2.4 Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan 1
  2. 2. analisis data yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu PSS. 2.5 Instrumen Penilaian PSS telah dibina, diselaraskan dan diguna pakai di seluruh negara bagi mengukur petunjuk prestasi (performance indicator). 2.6 Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pengukuran petunjuk prestasi PSS, Program Penarafan PSS mula diperkenalkan pada tahun 2009. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Cadangan pelaksanaan Program Penarafan PSS telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/2008 bertarikh 30 Julai 2008. 3.2 Program ini diselaraskan di seluruh negara berdasarkan pertimbangan berikut: • Satu mekanisme yang sistematik, berkesan dan cepat perlu diwujudkan bagi tujuan mengenal pasti status kecemerlangan PSS • Sebagai pemangkin kepada PSS yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan • Sebagai salah satu bentuk pengiktirafan • Sebagai salah satu bentuk tapisan (filter) bagi mengenal pasti bentuk khidmat bantu / sokongan yang perlu diberikan kepada sesuatu PSS 4. STRATEGI PELAKSANAAN 4.1 Program Penarafan PSS dilaksanakan mulai Julai 2009 melalui penggunaan sistem iQ-PSS. iQ-PSS ialah singkatan bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur prestasi Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia. 2
  3. 3. 4.2 iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada indeks kuantitatif kualiti, agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur secara seragam dan dianalisis bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PSS dalam merancang tindakan pembetulan dan penambahbaikan dari segi pengurusan, peruntukan kewangan, pembekalan bahan (koleksi) PSS, kemudahan fizikal dan peralatan, program latihan, program galakan membaca (NILAM), dan Literasi Maklumat agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 4.3 Pelaksanaan iQ-PSS adalah berdasarkan Instrumen Penilaian PSS yang meliputi perkara berikut seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Kriteria dalam Instrumen Penilaian PSS Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (15%) A1. Lokasi PSS Induk, Bilik Media & BBM A2. Susun Atur Bilik / Ruang A3. Perabot dan Kelengkapan A4. Ruang / Kemudahan Tambahan A5. Bahan Cetak A6. Bahan Bukan Cetak A7. Peralatan Elektronik A8. Ciri-ciri Keselamatan Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%) B1. Struktur Organisasi B2. Rancangan Tahunan B3. Pengurusan Kewangan PSS B4. Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS B5. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Koleksi B6. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Peralatan B7. Keceriaan B8. Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti / NGO Bahagian C – Penggunaan PSS (40%) C1. Waktu Operasi PSS C2. Jadual Waktu C3. Pinjaman (Sirkulasi) C4. Penggunaan Rancangan Eduweb TV C5. Aktiviti Pameran C6. Aktiviti Galakan C7. Pembelajaran Kendiri (SALC/PPAK) 3
  4. 4. C8. Promosi / Publisiti C9. Literasi Maklumat C10. Penghasilan Bahan dan Perisian Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM) (20%) D1. Program NILAM D2. Penglibatan D3. Dokumen dan Rekod D4. Pencapaian D5. Pengiktirafan Bahagian E – Program Peningkatan PSS (10%) E1. Rancangan Pembangunan Jangka Panjang E2. Sumber Kewangan Lain E3. Pembangunan Staf E4. Penilaian Bahagian F – Kriteria Khusus (5 markah bonus) F1. Ciri Keistimewaan 4.4 Skop iQ-PSS melibatkan entiti berikut: • 9,844 sekolah seluruh Malaysia (termasuk SK, SMK, SABK, SJK(C), SJK(T) ) • 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) • 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri • Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP 4.5 Proses Proses kerja penarafan PSS seluruh Malaysia melibatkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Sektor PSP, BTP seperti berikut seperti dalam Rajah 1: 4
  5. 5. Rajah 1: Proses Kerja Penarafan PSS 4.6 Kaedah Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti iQ-PSS adalah seperti berikut: • Penetapan standard (piawai) Indeks Kualiti PSS (iQ-PSS). • Kaji selidik melalui penarafan kendiri. • Dibuat secara tahunan berdasarkan maklumat tahun semasa dan tahun sebelum. • Pemberian bintang (1-star, 2-star, 3-star, 4-star, 5-star) kepada PSS. 4.7 Input Input yang diperlukan adalah seperti berikut: • Maklumat asas Sekolah dan PSS • Maklumat Asas PKG • Maklumat Asas BTPN • Tahap pencapaian semua PSS 5
  6. 6. 4.8 Output Output daripada program iQ-PSS ini adalah seperti berikut: • Tahap iQ bagi semua PSS (KPI) • Analisis statistik iQ-PSS berdasarkan sekolah, PKG, BTPN dan BTP. Analisis statistik iQ-PSS ini boleh digunakan bagi tujuan: i). Pemilihan PSS terbaik untuk Program Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC). ii). Menentu jumlah agihan geran per kapita PSS (PCG). iii). Menentukan jumlah dan jenis koleksi agihan perolehan bahan PSS kepada setiap sekolah. iv). Menentukan keperluan kemudahan fizikal / peralatan bagi PSS. v). Merangka keperluan latihan. vi). Merangka aktiviti bagi Program Literasi Maklumat. vii). Penarafan berdasarkan bintang (star-ranking) digunakan bagi mengenal pasti kecemerlangan PSS. 5. DAPATAN 5.1 Status Keseluruhan Penarafan PSS Sehingga akhir Disember 2009, 6,258 sekolah atau 63.6% daripada 9,843 sekolah telah berjaya ditarafkan. Status terperinci bagi 36.4% sekolah yang belum selesai ditarafkan adalah seperti dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah. Jadual 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS 6
  7. 7. Rajah 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS Dalam Peratus Status Penarafan PSS mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 4. Penarafan PSS di empat buah negeri telah dilaksanakan sepenuhnya iaitu Kedah (700), Melaka (304), Pulau Pinang (392) dan WP Labuan (26). Walau bagaimanapun, penarafan PSS di empat negeri masih pada tahap rendah. Sehingga akhir Disember 2009, Negeri Sembilan hanya mencatatkan 229 (50%) daripada 458 PSS, Perak 528 (48.8%) daripada 1,083 PSS, Sabah 240 (18.9%) daripada 1,271 PSS dan Sarawak 637 (44.2%) daripada 1,440 PSS. 7
  8. 8. Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri 5.2 Lokasi PSS Setiap sekolah di Malaysia mempunyai PSS. Daripada sejumlah 9,843 sekolah di seluruh negara, 7,652 (77.7%) ialah sekolah rendah dan 2191 (22.3%) merupakan sekolah menengah. Secara keseluruhannya, 2,034 sekolah atau 20.7% (1,295 sekolah rendah, 739 sekolah menengah) terletak di kawasan bandar manakala 7,809 sekolah atau 79.3% (6,357 sekolah rendah, 1,452 sekolah menengah) terletak di kawasan luar bandar. Perincian lokasi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar, sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar adalah seperti dalam Rajah 3 dan 4 Jadual 4. 8
  9. 9. Rajah 3: Sekolah Mengikut Lokasi Rajah 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Lokasi Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jadual 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Negeri 9
  10. 10. 5.3 Infrastruktur PSS Analisis infrastruktur PSS adalah berdasarkan laporan 8,079 responden dalam maklumat asas PSS seperti dalam Rajah 5. 626 (8%) PSS mempunyai bangunan sendiri manakala 647 (8%) PSS mempunyai bangunan ubahsuai iaitu bangunan lain seperti makmal atau bangunan lain yang telah diubahsuai dan ditukar kegunaannya menjadi PSS. Selain itu, 3,393 (42%) PSS terletak di bilik khas yang telah ditetapkan dalam pembangunan sesuatu sekolah, manakala 3,215 (40%) PSS berada di bilik yang telah diubahsuai berdasarkan keperluan semasa sekolah. Walau bagaimanapun, 198 (2%) resopnden tidak menyatakan infrastruktur PSS mereka. Rajah 5: Infrastruktur PSS 5.4 Tahap iQ-PSS Keseluruhan Sehingga akhir Disember 2009, sebanyak 6,258 PSS (responden) telah berjaya ditarafkan. Daripada jumlah ini, 214 PSS (3.4%) mencapai tahap 5-bintang atau 85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F. 799 PSS (12.8%) mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan dan 10
  11. 11. 1135 PSS (18.1%) mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah keseluruhan. Walau bagaimanapun, 2,015 PSS (32.2%) masih berada di tahap kurang memuaskan iaitu 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan dan 2,095 PSS (33.5%) berada di tahap tidak memuaskan iaitu 1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan. Perincian tahap iQ-PSS secara keseluruhan adalah seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Tahap iQ-PSS Keseluruhan iQ-PSS 2009 214 3.4% 799 12.8% 34.3% 1135 18.1% 2015 32.2% 65.7% 2095 33.5% Kesimpulannya, 65.7% PSS masih berada di bawah tahap 3-bintang atau 60% markah keseluruhannya. Khidmat Bantu PSS perlu diteruskan dan digiatkan bagi meningkatkan standard PSS melalui Indeks Kualiti PSS. 5.4.1 Pencapaian Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal, peralatan dan bahan adalah seperti dalam Jadual 6. 11
  12. 12. Jadual 6: Pencapaian Bahagian A Pencapaian Bahagian A 971 15.5% 1653 26.4% 58.9% 1062 17% 1370 21.9% 41.1% 1202 19.2% Kesimpulannya, 3,686 (58.9%) PSS mempunyai kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang bertaraf 3-bintang ke atas manakala 2,572 (40%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan perlu dipertingkatkan. 5.4.2 Pencapaian Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS Bahagian B memperincikan pengurusan dan pengelolaan PSS yang meliputi struktur organisasi, perancangan tahunan, pengurusan kewangan, pengurusan dokumen dan rekod PSS, koleksi dan peralatan, keceriaan dan juga penglibatan warga sekolah dan agensi luar. Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian B adalah seperti dalam Jadual 7. Jadual 7: Pencapaian Bahagian B Pencapaian Bahagian B 887 14.2% 1486 24.7% 55.9% 1065 17% 1294 20.7% 45.1% 1526 24.4% 12
  13. 13. Kesimpulannya, 3,438 (55.9%) PSS mempunyai pengurusan dan pengelolaan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas manakala 2,820 (45.1%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan memerlukan bimbingan dalam menguruskan PSS. 5.4.3 Pencapaian Bahagian C – Penggunaan PSS Bahagian C yang merangkumi sebahagian besar pemarkahan dalam Instrumen Penilaian PSS (40% daripada jumlah keseluruhan) memperincikan waktu operasi, jadual waktu bertugas, pinjaman, penggunaan, aktiviti pameran, aktiviti galakan, pembelajaran kendiri, aktiviti promosi, program literasi maklumat dan penghasilan bahan dan perisian. Bahagian dilihat penting untuk memastikan keberkesanan sesebuah PSS. Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian C adalah seperti dalam Jadual 8. Jadual 8: Pencapaian Bahagian C Pencapaian Bahagian C 151 2.4% 599 9.6% 26.3% 896 14.3% 1887 30.2% 73.7% 2725 43.5% Kesimpulannya, iQ-PSS menunjukkan bahawa hanya 1,646 (26.3%) mencapai tahap penggunaan 3-bintang ke atas manakala 4,612 (73.7%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah. Berdasarkan kajian ini, hanya ¼ daripada PSS seluruh negara memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada murid serta aktif memberikan perkhidmatan, aktiviti kesedaran dan galakan serta penghasilan bahan sumber pendidikan. 13
  14. 14. 5.4.4 Pencapaian Bahagian D – Program Galakan Membaca Bahagian D menilai keberkesanan pelaksanaan program galakan membaca khususnya Program NILAM iaitu program bacaan terancang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Antara item utama yang terdapat dalam bahagian ini ialah pengurusan Program NILAM, penglibatan murid, pengurusan dokuken dan rekod bacaan murid, pencapaian murid dalam program NILAM dan bentuk pengurusan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan komitmen dalam program ini. Laporan daripada 6,258 responden mendapati 2097 (33.5%) mencapai tahap pengurusan program galakan membaca bertaraf 3-bintang ke atas manakala 4,161 (66.5%) PSS mempunyai pengurusan program galakan membaca bertaraf 2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 9. Jadual 9: Pencapaian Bahagian D Pencapaian Bahagian D 328 5.2% 716 11.5% 33.5% 1053 16.8% 1955 31.2% 66.5% 2206 35.3% 5.4.5 Pencapaian Bahagian E – Program Peningkatan PSS Bahagian E pula menilai keberkesanan pelaksanaan program peningkatan PSS yang meliputi rancangan pembangunan jangka panjang, sumber kewangan, pembangunan staf dalam perkara yang berkaitan pengurusan PSS dan penilaian yang dilaksanakan bagi menambahbaik PSS. 14
  15. 15. Laporan daripada 6,258 responden mendapati hanya 1,042 (16.7%) mempunyai perancangan dalam perancangan jangka panjang PSS bertaraf 3-bintang ke atas manakala 5,216 (83.3%) PSS kurang memberi perhatian terhadap peningkatan jangka panjang PSS dan mempunyai pengurusan bertaraf 2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 10. Jadual 10: Pencapaian Bahagian E Pencapaian Bahagian E 242 3.9% 383 6.1% 16.7% 417 6.7% 931 14.8% 83.3% 4,285 68.5% 5.5 Pengutomasian Pengurusan PSS Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi. Daripada 8,079 responden, 7,959 (99%) PSS menggunakan sistem automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 120 (1%) PSS tidak mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Rajah 6: Status Sistem Automasi PSS 15
  16. 16. 5.6 Koleksi Bahan Bacaan PSS Koleksi bahan bacaan merupakan antara perkara yang dititik beratkan dalam sesebuah PSS. Dalam Resolusi … pada tahun 1999, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa setiap PSS perlu mempunyai koleksi yang mencukupi bagi setiap murid. Nisbah murid dengan koleksi bacaan yang ditetapkan bagi sekolah rendah ialah 1:15 manakala koleksi bacaan sekolah menengah ditetapkan pada nisbah 1:20. Laporan daripada 6,017 responden mendapati 2,904 (64%) sekolah rendah telah mencapai piawaian koleksi bacaan yang ditetapkan iaitu 1:15 manakala 1,617 (36%) menyatakan bahawa koleksi mereka masih belum mencapai sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7. Rajah 7: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah da Menengah Perincian koleksi bahan mengikut lokasi pula adalah seperti dalam Jadual 16 dan 17. 489 (51%) sekolah rendah bandar mempunyai koleksi bacaan dengan nisbah 1:15 manakala 476 (49%) PSS belum mencapai piawaian koleksi bacaan. Kajian sekolah rendah luar bandar pula menunjukkan 2,415 (68%) PSS telah mencapai sasaran manakala 1,141 (32%) PSS belum mencapai piawaian yang ditetapkan. 16
  17. 17. Bagi kategori sekolah menengah pula yang perlu mempunyai koleksi bacaan 1:20, hanya 106 (19%) PSS sahaja yang telah mencapai piawaian manakala 454 (81%) masih belum mencapai sasaran. Sekolah menengah luar bandar mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah mencapai piawaian manakala 769 (82%) PSS belum mencapai piawaian. Perincian mengikut lokasi pula menunjukkan 489 (51%) sekolah rendah bandar telah mencapai piawaian koleksi bacaan manakala 2,415 (68%) telah mencapai sasaran tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8. Rajah 8: Laporan kajian sekolah menengah bandar pula menunjukkan hanya 106 (19%) PSS telah mencapai piawaian 1:20 manakala sekolah menengah luar bandar pula mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah mencapai piawaian koleksi bacaan tersebut seperti dalam Rajah 9. Rajah 9: 17
  18. 18. Kesimpulannya, tumpuan bagi program peningkatan koleksi bacaan PSS perlu diberikan kepada sekolah rendah bandar dan sekolah menengah sama ada bandar atau luar bandar. Ini adalah kerana faktor enrolmen murid yang tinggi di sekolah-sekolah tersebut. 5.7 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan agen utama dan juga penggerak sesebuah PSS. Peranan mereka amat penting dalam kemajuan dan kecemerlangan sesuatu PSS. 5.7.1 Kompetensi GPM GPM yang kompeten dan memahami serta menghayati konsep dan falsafah kewujudan PSS dapat menjadikan sesebuah PSS sebagai nadi ilmu. Kajian iQ-PSS yang dilaporkan oleh 8,079 responden mendapati bahawa 5,917 (73.2%) telah menjalani Latihan Asas Pengurusan PSS yang meliputi pengenalan kepada teknologi pendidikan, pengenalan kepada PSS, kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan PSS serta program galakan membaca dan literasi maklumat. Latihan ini dapat membantu GPM melaksanakan tugas harian di PSS. Perincian kompetensi GPM adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 11. Jadual 11: Kompetensi GPM 18
  19. 19. Walau bagaimanapun, 2,026 (25%) GPM belum menghadiri apa-apa latihan berkaitan pengurusan PSS. GPM ini perlu dikenal pasti bagi memastikan mereka mendapat pendedahan berkaitan bidang pengurusan PSS secukupnya. 5.7.2 Pengalaman Mengajar GPM Laporan iQ-PSS turut mendapati 3,584 (44.4%) GPM mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan telah mengajar lebih daripada 10 tahun. Walau bagaimanapun, daripada 8,079 responden, 2,893 (35.8%) merupakan guru baru yang mengajar antara 0 – 5 tahun. Perincian pengalaman mengajar GPM adalah seperti dalam Jadual 12. Jadual 12: Pengalaman Mengajar GPM 5.7.3 Gred Perjawatan GPM Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan bahawa jawatan GPM disandang oleh guru DGA 29 di sekolah rendah dan DG 41 di sekolah menengah, kajian mendapati terdapat guru daripada gred jawatan DGA 32, DGA 34, DG44 dan DG 48 menyandang jawatan GPM. Perincian gred perjawatan GPM adalah seperti dalam Jadual 13. 19
  20. 20. Jadual 13: Gred Perjawatan GPM Walau bagaimanapun, 385 (4.8%) GPM tidak menyatakan gred sebenar jawatan mereka. 5.7.4 Bilangan Waktu Mengajar GPM Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan GPM yang dilantik secara ”over and above” perlu mengajar antara 6 – 8 waktu seminggu supaya tumpuan dan usaha dapat diberikan sepenuhnya kepada kemajuan PSS, kajian mendapati bahawa 7,442 (85.5%) GPM mengajar lebih daripada waktu yang ditetapkan. 3,284 (40.6%) GPM menyatakan mereka mengajar lebih daripada 20 waktu seminggu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 14. Jadual 14: Bilangan Waktu Mengajar GPM Seminggu Kesimpulannya, majoriti GPM tidak dapat memberikan tumpuan kepada pengurusan PSS kerana keperluan sekolah, kepakaran mereka diperlukan dalam subjek yang diajar serta kurangnya kepekaan Guru Besar dan Pengetua terhadap kepentingan PSS kepada murid. 20
  21. 21. 5.7.5 Lantikan GPM Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pertukaran GPM di sekolah dan seterusnya mengganggu pengurusan PSS di sekolah, Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil. 2/2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, telah membuat keputusan agar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri melantik GPM. iQ-PSS mendapati 3,401 (42.1%) daripada 8,079 responden telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 15. Jadual 15: Lantikan GPM 6.0 PENUTUP Sistem iQ-PSS yang mula diperkenalkan pada Julai 2009 merupakan salah satu kaedah untuk memantau dan menyelaras pembangunan Pusat Sumber Sekolah. Laporan daripada Indeks Kualiti PSS dapat digunakan untuk menentukan hala tuju dan merancang pembangunan PSS di samping menilai keberkesanan pengurusan PSS sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan negara. Dengan adanya pemantauan yang bersistematik ini, adalah diharapkan sebarang keputusan berkaitan pembangunan PSS dapat dibuat dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan pengguna. Disediakan oleh: Fadzliaton Zainudin Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan 21

×