• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah
 

Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

on

  • 3,975 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,975
Views on SlideShare
2,794
Embed Views
1,181

Actions

Likes
0
Downloads
120
Comments
0

14 Embeds 1,181

http://keningau-bestari.blogspot.com 801
http://bestarismkbkk.wordpress.com 337
http://bibliografi.moe.edu.my 15
http://www.blogger.com 12
http://www.google.com 5
http://pusatsumberskseberangjerteh.blogspot.com 2
https://www.google.com.my 2
http://psssmkpulauserai.blogspot.com 1
http://psssmkputradarau.blogspot.com 1
http://pkgbanggol.blogspot.com 1
http://upspbtpnt.blogspot.com 1
http://www.keningau-bestari.blogspot.com 1
https://www.google.com 1
http://pssskkualaabang.blogspot.com 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah Document Transcript

    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHEDISI PERTAMA: DISEMBER 2010Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian PelajaranMalaysiaHak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak adakepentingan komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkansemula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentukatau dengan apa-apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik,gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripadaKetua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingantertakluk kepada pengiraan royalti dan honorarium.ISBN: 978-983-3244-88-1Penerbit:Sektor Pembestarian SekolahBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran MalaysiaPesiaran Bukit Kiara50604 Kuala LumpurMalaysiaTel: +603-20987788/7870Faks: +60320923763 +60320987981 Kementerian Pelajaran Malaysia |2
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH ISI KANDUNGANPrakata ivKata Alu-Aluan: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia vi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia vii Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan viiiJiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah“Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari, Sekolah Bestari” 1Bab 1: Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah 2 Konsep Sekolah Bestari Komponen Sekolah Bestari Ciri- Ciri Sekolah Bestari Pembestarian Sekolah Tahap Bestari SekolahBab 2: Sokongan Pedagogi dan Teknologi 10 Infrastruktur ICT Sokongan TeknikalBab 3: Dasar Pelaksanaan Pembestarian 16 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar ICT dalam Pendidikan Pelaksana Dasar: Sekolah dan KPMBab 4: Pengajaran dan Pembelajaran 21 Bahan Sumber Pendidikan Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad Ke-21 Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di Republik Korea Amalan Terbaik: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Amalan Terbaik: Penggunaan Portal PendidikanBab 5: Keberhasilan Pembestarian Sekolah 36Bab 6: Pembestarian Sekolah: Pacu Ke Hadapan 43Lampiran: Logo Sekolah Bestari ix Lagu Sekolah Bestari: “Mendidik Jiwa dan Minda” & “Educating Hearts and Mind” xRujukan xiPasukan Petugas Penerbitan“Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah PembestarianSekolah” xiii Kementerian Pelajaran Malaysia | iii
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PRAKATAMalaysia, seperti negara yang lain turut mengalami globalisasi hasil daripadaperkembangan pesat teknologi sedunia menyedari keperluan transformasi sistempendidikan bagi menjamin kualiti serta keberhasilan modal insan yangberpengetahuan dan berdaya saing agar setanding pada peringkat global.Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagimerealisasi transformasi ini adalah melalui: Pembelajaran sepanjang hayat Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kualiti pengurusan, penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta mengayakan hasil pembelajaran murid Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan inovatif Pembentukan jati diri insan abad ke-21Penerbitan “Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah” ialah satulangkah pragmatik Kementerian Pelajaran Malaysia membantu sekolahmemantapkan proses pembestarian di sekolah. Dengan itu, buku ini mengupastajuk-tajuk berikut:1. Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah memperincikan pengertian konsep, ciri, fasa pelaksanaan dan tahap bestari sekolah.2. Sokongan Pedagogi dan Teknologi menghuraikan infrastruktur ICT dan perkhidmatan sokongan ICT dalam pengurusan dan P&P.3. Dasar Pelaksanaan Pembestarian menyatakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan serta peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia.4. Pengajaran dan Pembelajaran menghuraikan contoh amalan P&P terbaik secara reflektif, holistik, kreatif dan inovatif.5. Keberhasilan Pembestarian Sekolah menyatakan kualiti yang perlu oleh pentadbir, guru, staf sokongan, ibu bapa dan komuniti. Kementerian Pelajaran Malaysia | iv
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH6. Pembestarian Sekolah: Pacu ke Hadapan menggambarkan hala tuju ke arah konsolidasi dan kelestarian pembestarian.Buku Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah diharap dapatmerangsang dan meningkat keupayaan sekolah untuk melonjak kecemerlangansekolah ke persada pendidikan bertaraf dunia melalui proses pembestarian, danseterusnya menggandakan pencapaian aspirasi pembangunan modal insan.Bahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia |v
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH KATA ALU-ALUAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah dapat dihasilkan sebagai panduan bagi menjayakan pelaksanaan pembestarian sekolah. Ini adalah selaras dengan hala tuju negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial melalui pendidikan khususnya pengembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang tahun 2020.Pembestarian sekolah memerlukan perancangan strategik bersepadu yangmengambil kira keperluan infrastruktur ICT, pembangunan sumber manusia dankelestarian demi pembangunan tenaga kerja berteraskan pengetahuan (k-economy). Ini selaras dengan keperluan Pelan Transformasi Kerajaan terutamanyaModel Baru Ekonomi yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara sebagai negaramaju menjelang tahun 2020.KPM telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur ICT dan rangkaian disekolah untuk menjayakan program pembestarian sekolah. Penglibatan dankerjasama kelompok pakar melalui perkongsian pintar dengan sektor awam jugamerupakan satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pihak sekolah supayateknologi semasa dapat dimanfaatkan dalam pembestarian sekolah. Harapansaya, penggunaan optimum ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sertapengurusan oleh pelbagai pihak dapat merealisasikan hasrat negara untukmenghasilkan individu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, danberkemampuan sebagai global player yang berteraskan sains dan teknologikhususnya dalam bidang ICT.Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan jiwa dan mindabersatu ke arah pembestarian sekolah, harus diberi penghargaan. Saya berharapbuku ini dapat dijadikan rujukan pembestarian sekolah oleh semua pihak dalamusaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkinkepada kehidupan yang lestari. Kementerian Pelajaran Malaysia | vi
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana berjaya menerbitkan Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah merupakan strategi bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka- semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran- pembelajaran dan pengurusan sekolah demi membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta mampu mendepani cabaran kepesatan kemajuan ICT. Ini selaras dengan tuntutan bidangkeberhasilan utama negara (NKRA) yang menekankan kepentingan pendidikanuntuk keberhasilan murid yang berkualiti dan akses pendidikan kepada semualapisan masyarakat.Usaha berterusan ke arah pembestarian sekolah amat memerlukan penglibatansemua pihak baik warga pendidik, ibu bapa dan komuniti pada amnya. Sekolahsebagai penggerak pembestarian perlu seiringan mengorak langkah tangkas agaranjakan paradigma dan penghayatan pembestarian sekolah di pelbagai peringkatdirealisasikan. Murid-murid era digital pula perlu dilengkapi dengan KemahiranAbad Ke-21 yang menuntut penguasaan kemahiran maklumat, kreatif dan inovatifserta komunikasi berkesan untuk menangani kehidupan abad ke-21. Minda muridperlu terus dicorak selaras dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkankeamanan, perpaduan dan kecemerlangan sejagat. Justeru, sinergi antarapentadbir, guru dan murid serta sokongan ibu bapa serta komuniti berpotensimemacu pencapaian pembestarian sekolah, sesuai dengan hasrat Jiwa dan MindaBersatu ke Arah Pembestarian Sekolah.Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini, danmengharapkan semua agensi pelaksana dan pihak yang terlibat mendapatmanfaat agar pembestarian sekolah menjadi satu lagi tonggak kegemilangandalam sistem pendidikan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia | vii
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah dapat diterbitkan. Penerbitan ini merupakan satu langkah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk membantu semua sekolah di Malaysia membestarikan sekolah masing-masing melalui pembestarian sekolah, di mana penekanan diberi kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi sebagai pengupaya. Penerbitan ini diharap dapat membantu sekolah melengkapkan lagi amalan pengintegrasianteknologi dalam P&P dan pengurusan demi menjana budaya penggunaanteknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran sepanjang hayat.Saya yakin, trend pembelajaran abad ke-21 yang diterjemahkan dalam pelbagaistrategi yang realistik dan futuristik dapat membantu pentadbir sekolahmeningkatkan keupayaan dan kemahiran untuk memacu sekolah ke arahpencapaian optimum tahap bestari.Pelbagai kaedah pengintegrasian ICT dalam P&P yang telah disarankan olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan program perkongsian pintar denganagensi swasta perlu dipertimbang, disepadu, dan digunakan secara optimum olehpihak sekolah. Bersama gandingan pembangunan dan penggunaan bahansumber pendidikan yang bersesuaian, usaha pembestarian sekolah berdaya majuakan menjadi satu kepastian.Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas atas usaha gigihdan komitmen pasukan petugas penerbitan dan juga kepada pelbagai pihak yangterlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan ini. Harapan saya,agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik danjuga masyarakat umum amnya, sesuai dengan ungkapan, SEKOLAH BESTARIMALAYSIA: “MENDIDIK JIWA DAN MINDA”. Kementerian Pelajaran Malaysia | viii
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH:“PENTADBIR BESTARI, GURU BESTARI, MURID BESTARI, SEKOLAH BESTARI”S ekolah Bestari merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengupaya sekolah dalam pengurusan pentadbiran (PP) serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui danpenggunaan teknologi bagi merealisasi perkembangan murid yang holistik,yakni kreatif, inovatif, berkebolehan berfikir secara kritis dan menyelesaikanmasalah, kompeten serta cekal menghadapi cabaran alam persekolahandan kehidupan abad ke-21. “Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari,Sekolah Bestari” akan menjadi realiti apabila warga pendidik, murid, ibubapa dan komuniti bersatu jiwa dan minda ke arah pembestarian sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia |1
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 1: SEKOLAH BESTARI DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH Sekolah Bestari merupakan salah satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor Malaysia (MSC Malaysia) untuk mengupaya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. MSC Malaysia Smart School Flagship Application yang dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada Julai 1997 merangkumi dua (2) fasa pelaksanaan: fasa projek rintis dan fasa peluasan. Dengan itu, Projek Rintis Sekolah Bestari telah dilaksanakan dari 1999 sehingga Disember 2002. Berdasarkan kejayaan projek ini, KPM telah mengusahakan pemantapan infrastruktur dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk peluasan sekolah bestari, dan seterusnya pembestarian sekolah. Empat (4) fasa pelaksanaan Sekolah Bestari adalah seperti tertera. Fasa 1 Projek Rintis Sekolah Bestari (88 (1999- 2002) Sekolah Bestari) Fasa 2 Pemantapan 88 Sekolah Bestari (2003 - 2005) sebagai Penanda Aras Fasa 3 Pembestarian Sekolah (2006 -2010) Fasa 4 Konsolidasi dan Kelestarian (2011- 2020) Rajah 1.1: Fasa Pelaksanaan Sekolah Bestari Kementerian Pelajaran Malaysia |2
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Konsep Sekolah Bestari Berlandaskan konsep kreativiti dan pemikiran kritikal dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Objektif Sekolah Bestari berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk: Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan Membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu Perubahan sistemik sekolah ke arah pembestarian sekolah ini selain menumpu kepada penambahbaikan berterusan pelaksanaan dasar, pengurusan dan pentadbiran, serta P&P yang berpaksikan pembelajaran inkuiri dan kolaboratif, penilaian autentik berpusat murid juga tidak kurang pentingnya. Kementerian Pelajaran Malaysia |3
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Komponen Sekolah Bestari Pengajaran dan Pembelajaran P&P Sekolah Bestari, “jantung” atau “nadi” sekolah adalah berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, bahan P&P dan pentaksiran untuk membantu murid belajar dengan cekap dan berkesan. Pengurusan dan Pentadbiran Pengurusan dan pentadbiranRajah 1.2: Komponen Sekolah Bestari sekolah berbantukan teknologi sebagai “pemandu” atau “pemacu pengoperasian” Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan di sekolah. Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu bapa, komuniti serta agensi swasta memainkan peranan secara aktif untuk membangun profesionalisme dan pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi sekolah. Proses Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber (input) untuk menjana keberhasilan (outcomes) yang dikehendaki. Kementerian Pelajaran Malaysia |4
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Teknologi Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P, pengurusan dan pentadbiran serta komunikasi dengan pihak luar. Dasar Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah. Ciri-ciri Sekolah Bestari Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran sepanjang hayat P&P menarik, berkesan dan berpusatkan murid Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan dan P&P Sekolah mewujudkan rangkaian atau perkongsian pintar dengan pelbagai pihak Kementerian Pelajaran Malaysia |5
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Pembestarian Sekolah Pembestarian Sekolah ialah proses mempeluaskan konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan Inisiatif ICT KPM pengurusan sekolah serta P&PRajah1.3: Manfaat Inisiatif ICT dalam secara interaktif berasaskan Pembestarian Sekolah ICT. Matlamat Pembestarian Sekolah adalah untuk: Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk keperluan masa hadapan Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Untuk mencapai matlamat Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik Pembestarian 2011- 2015 disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM selaku peneraju teknologi pendidikan untuk pendidikan bestari. Lima (5) bidang utama yang menjadi tumpuan pelan ini seperti Rajah 1.4. Kementerian Pelajaran Malaysia |6
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Rajah 1.4: Bidang Utama Pelan Strategik Pembestarian 2011- 2015 Tahap Bestari Sekolah Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan indikator KPM untuk mengukur tahap bestari sekolah. Setiap sekolah bertanggungjawab menilai secara kendiri tahap bestari sekolah masing-masing mengikut jadual ketetapan KPM. SSQS secara dalam talian boleh dicapai melalui http://ssqs.moe.edu.my.Rajah 1.5: LamanWeb Smart SchoolQualificationStandards (SSQS) Kementerian Pelajaran Malaysia |7
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta P&P), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah) dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah). Jadual 1.1: Contoh Indikator Smart School Qualification Standard (SSQS) Bidang Pemberat Keterangan Contoh IndikatorPenggunaan 40% Tahap sekolah Jumlah waktu pengintegrasian mengintegrasikan ICT oleh: ICT dalam (i) Pentadbir dalam pengurusan dan pengurusan pentadbiran serta (ii) Guru dan murid dalam P&P P&PModal Insan 40% Tahap kompetensi Kekerapan penyebaran ICT pentadbir, guru maklumat ICT oleh pentadbir dan murid dan guru penyelaras ICT Bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan di sekolah Bilangan program inovasi yang dilaksanakan di sekolahAplikasi 10% Bilangan aplikasi Bilangan sistem: yang digunakan di (i) Pengurusan sekolah sekolah. (ii) Pengurusan pembelajaranInfrastruktur 10% Infrastruktur ICT di Nisbah komputer dengan murid sekolah Nisbah komputer dengan guru Rangkaian LAN dan WAN di sekolah Bilangan lokasi capaian internet Peralatan ICT yang berfungsi Kementerian Pelajaran Malaysia |8
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) Pencapaian Tahap Bestari Tahap bestari SSQS dikategorikan dalam lingkungan satu (1) hingga lima (5) bintang. Sekolah yang mencapai satu (1) dan dua (2) bintang ternyata belum mencapai tahap bestari yang diunjurkan. Sekolah yang mencapai tahap 3 bintang ke atas dikategorikan sebagai sekolah yang mencapai tahap bestari. Rajah 1.6: Tahap Bestari Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia |9
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 2: SOKONGAN PEDAGOGI & TEKNOLOGI Persekitaran Sekolah Bestari yang tersedia dari segi infrastruktur ICT dengan sokongan pedagogi dan teknologi berupaya meningkatkan keberkesanan P&P dan produktiviti pengurusan sekolah. KPM peka dengan keperluan ini, justeru telah memastikan kemudahan dan perkhidmatan sokongan pedagogi dan teknologi yang merangkumi infrastruktur ICT dan sokongan teknikal disalurkan ke sekolah dengan efisien dan efektif. Komponen sokongan teknikal dan infrastruktur ICT adalah seperti rajah 2.1. Rajah 2.1: Komponen Sokongan Pedagogi dan Teknologi Kementerian Pelajaran Malaysia | 10
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Infrastruktur ICT Rangkaian Komputer Rangkaian Internet Satu sistem rangkaian luas (Wide Area Network) telah disediakan oleh KPM untuk memudahkan capaian internet di sekolah dan institusi pendidikan. Rangkaian internet ini membolehkan suasana pembelajaran interaktif dan pengurusan secara dalam talian merentas sempadan dan masa. Contohnya, kemudahan berkomunikasi melalui social network seperti emel, blog, Twitter dan Facebook serta perkongsian maklumat pembelajaran dengan rakan dari dalam dan luar negara. Jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar juga dapat dirapatkan dengan adanya kemudahan ini. Rangkaian Dalaman Setempat Sekolah KPM juga menyediakan rangkaian dalaman setempat (Local Area Network) bagi memudahkan pengurusan, perkongsian dan keselamatan data di sekolah. Satu contoh ialah perkongsian bahan sumber P&P oleh guru dan hasil pembelajaran murid. Peralatan ICT Makmal Komputer Makmal komputer Projek Makmal Pengkomputeran dibina berdasarkan pendekatan tiga model makmal untuk menggalak guna ICT dalam P&P. Kementerian Pelajaran Malaysia | 11
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHJadual 2.1: Model Bilangan Murid Bilangan PC BilanganPendekatan Berdaftar dibekalkan MakmalModel Makmal 1 Kurang daripada 10 PC untuk murid 1Pengkomputeran 400 1 PC untuk guru 2 400 – 799 20 PC untuk murid 1 1 PC untuk guru 3 800 dan ke atas 40 PC untuk murid 2 1 PC untuk guru Pusat Akses Sekolah Pusat Akses Sekolah merupakan ruang pembelajaran berkonsep ala cyber-café bagi pembelajaran berlaku pada bila-bila masa. Pembekalan peralatan ICT oleh KPM membolehkan: i. pembelajaran dibuat semasa dan di luar waktu persekolahan ii. pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri iii. peningkatan masa penggunaan komputer oleh murid Peralatan seperti pelayan (server), komputer, komputer riba, projektor LCD, pencetak, pengimbas, kamera digital, interactive whiteboard, TV, TV LCD dan DVD player juga dibekalkan oleh KPM untuk projek ICT lain. Perisian dan Aplikasi Sistem Pendidikan KPM telah membangunkan beberapa aplikasi pendidikan P&P dan pengurusan atas talian yang boleh dicapai melalui rangkaian internet untuk menyokong penggunaan ICT dalam P&P serta pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia | 12
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHJadual 2.2: Perisian dan Aplikasi P&P APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM CAPAIAN 1. EduwebTV Aplikasi P&P dengan kaedah „video Guru dan Rangkaian streaming‟ melalui internet murid Internet 2. LMS Aplikasi Pengurusan Pembelajaran Guru Rangkaian dengan kerjasama MAMPU Internet 3. MyGfL Aplikasi pengurusan pembelajaran Guru dan Rangkaian dalam talian murid InternetJadual 2.3: Perisian dan Aplikasi Pengurusan dan Pentadbiran APLIKASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM CAPAIAN 1. E-GTUKAR Pengurusan permohonan Guru Rangkaian pertukaran guru antara Internet bahagian/Negeri, antara daerah dan dalam daerah 2. E-DISIPLIN Sistem kawalan disiplin murid JPN, PPD dan Rangkaian Guru Internet 3. ADU DISIPLIN Pengurusan aduan disiplin Guru Rangkaian Internet 4. E-PERLU Pengurusan pengumpulan data Guru Rangkaian operasi keperluan sekolah Internet 5. Sistem Pendaftaran calon SPM dan Guru Rangkaian Pengurusan kemasukan markah berasaskan (Setiausaha Internet Peperiksaan sekolah (kerja kursus, lisan dan peperiksaan) Atas Talian markah percubaan) 6. SSQS Penarafan sekolah mengikut Guru Rangkaian tahap pembestarian. Internet 7. SPS Pengurusan maklumat guru, Guru Rangkaian murid dan sekolah. Internet 8. STS Pengurusan masalah ICT di Guru Rangkaian sekolah Internet 9. SPPICTS Pengurusan penggunaan ICT di Guru Rangkaian sekolah Internet 10. IQ-PSS Penarafan pusat sumber Guru Rangkaian sekolah Internet Kementerian Pelajaran Malaysia | 13
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Sokongan Teknikal Perkhidmatan sokongan teknikal disediakan untuk membantu sekolah menangani permasalahan dan isu penggunaan ICT secara terus, dalam talian atau melalui pusat panggilan. Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT digunakan oleh KPM untuk mengumpul dan merekod isu dan masalah ICT di sekolah. Maklumat terkumpul dijadikan asas kepada keperluan penyenggaraan ICT sekolah. Perkhidmatan sokongan teknikal dibahagikan kepada tiga (3) aras dan dilaksanakan agensi yang bertanggungjawab. Jadual 2.4: Aras Perkhidmatan Sokongan ICT Aras Perkhidmatan Skop Perkhidmatan AgensiPERKHIDMATAN ARAS 1 Kenal pasti punca masalah PKG Troubleshooting Asas (on-line) Troubleshooting on-sitePERKHIDMATAN ARAS 2 Penyenggaraan/penggantian BTPN peralatan Troubleshooting on-site Troubleshooting server Penyelesaian masalah yang tidak dapat diselesaikan Aras 1PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan BTP peralatan/perisian dari KPM Penyelesaian masalah yang tidak dapat diselesaikan Aras 1 dan 2 Pemantauan pencapaian prestasi perkhidmatan setiap aras dan vendor Kementerian Pelajaran Malaysia | 14
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Aras Perkhidmatan Skop Perkhidmatan AgensiPERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan Vendor peralatan/perisian untuk KPM Perkhidmatan sokongan teknikal peralatan dalam waranti Pemantauan pencapaian perkhidmatan setiap aras dan vendor Tiga (3) kategori permasalahan ICT yang dikenal pasti di sekolah adalah berkaitan dengan peralatan, perisian dan rangkaian. Perincian seperti berikut: Peralatan: Komputer riba, komputer peribadi, Central Processing Unit (CPU), Random Access Memory (RAM), tetikus, papan kekunci dan sebagainya Perisian: Perisian aplikasi , perisian Operating System (OS), perisian antivirus dan cara penggunaan serta lain-lain yang berkaitan Rangkaian: Talian internet, peralatan rangkaian seperti hub, switch, modem dan lain-lain Untuk tujuan penyelesaian, pihak sekolah boleh melapor permasalahan melalui talian telefon, 1800 884774 atau melayari laman web, sts@moe.edu.my Kementerian Pelajaran Malaysia | 15
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 3: DASAR PELAKSANAAN PEMBESTARIAN Pembestarian Sekolah, satu strategi KPM untuk merealisasikan visi sekolah sebagai tempat menjana generasi terbilang, dilaksanakan berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara. Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut: ICT untuk semua murid ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia | 16
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010 menyarankan kerangka untuk menyusun transformasi sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor awam dan swasta serta penglibatan komuniti. Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan negara. Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan perkara berikut: Pembangunan modal insan secara berterusan selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21, Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, dan Transformasi proses P&P dan pengurusan pendidikan di sekolah melalui penggunaan teknologi sebagai pengupaya. Kementerian Pelajaran Malaysia | 17
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Pelaksana Dasar: Sekolah dan KPMKata SingkatanBahagian KPM Pelaksana dasar KPM di semuaBPG - Bahagian peringkat bahagian, negeri,Pendidikan Guru daerah dan sekolahIAB- Insititut bertanggungjawab memastikan pegawai,Aminddin Baki pentadbir dan guru berpengetahuan danBTP - BahagianTeknologi kompeten dalam menjayakan inisiatifPendidikan pembestarian sekolah. Program kesedaranBPTV - Bahagian untuk golongan ibu bapa dan komuniti jugaPendidikan Teknikal perlu diadakan supaya mereka turutdan Vokasional menyumbang ke arah ini. Tiga (3) bidangBPKhas - BahagianPendidikan Khas tanggungjawab KPM merangkumi:BPSPSK - BahagianPengurusan Sekolah Pembangunan Modal InsanBerasrama Penuhdan Sekolah Warga pendidik dan murid perluKecemerlangan diberi pengetahuan danBPSH - Bahagian kemahiran yang selaras denganPengurusan SekolahHarian keperluan sekolah abad ke-21BPM - Bahagian bagi menyokong program pembestarianPengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi secaraMaklumat kreatif dan inovatif.JNJK - Jemaah Nazirdan Jaminan Kualiti Pembangunan Infrastruktur ICTLPM - Lembaga dan AplikasiPeperiksaan MalayiaBPPDP - Bahagian Infrastruktur ICT dan aplikasiPerancangan danPenyelidikan Dasar yang mantap di sekolahPendidikan berupaya mewujudkan sistem pengurusan berkesan dalam kalangan Kementerian Pelajaran Malaysia | 18
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH pentadbir, serta meningkatkan kemahiran guru menyampaikan ilmu dan murid meneroka maklumat. Sokongan Pedagogi dan Teknikal Sokongan pedagogi dan teknikal dengan tersedianya jaringan komunikasi yang mantap dapat membantu pengurusan pentadbir, P&P guru dan pembelajaran murid secara berkesan.Rajah 3.1: Bidang Tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia | 19
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Seperti Rajah 3.1, semua Bahagian KPM terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam Pembestarian Sekolah berdasarkan struktur Jawatankuasa Pembestarian KPM dalam Rajah 3.2 di bawah. Kerjasama daripada semua bahagian KPM dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing melalui pengurusan yang cekap mampu menjadikan pembestarian sekolah satu realiti.Kata Singkatan:FCC- FlagshipCoordinationCommitteeKSN- KetuaSetiausaha NegaraKSU- KetuaSetiausahaJPN-JabatanPelajaran NegeriPPD- PejabatPelajaran DaerahRajah 3.2:HierarkiPelaporanJawatankuasaPembestarian:PeringkatSekolah,Daerah, JabatanPelajaranNegeri, KPM danAplikasi Perdana Kementerian Pelajaran Malaysia | 20
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 4: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P berkesan. Penggunaan teknologi secara teratur dan sistematik dalam kalangan guru, digabungkan dengan kepelbagaian strategi pengajaran dapat meningkatkan potensi pembelajaran murid. Untuk melahirkan insan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru juga perlu mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran murid yang visual, auditori atau kinestetik serta kepelbagaian tahapRajah 4.1: Teori PelbagaiKecerdasan Howard Gardner kecerdasan murid seperti terkandung dalam Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard Gardner - logik, linguistik, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, ruang, dan naturalistik. Cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid abad ke-21 ialah pemerolehan dan aplikasi pengetahuan secara kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian dan persekitaran teknologi. Justeru, topik teknologi pendidikan dan aplikasinya dalam bentuk amalan terbaik P&P dihuraikan dalam bab ini. Kementerian Pelajaran Malaysia | 21
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Bahan Sumber Pendidikan Bahan sumber pendidikan perlu diurus dengan baik, efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid. Pemilihan dan penggunaan bahan sumber pendidikan yang People trained in bersesuaian akan menghasilkan suasana P&P yangthe application of information menarik dan justeru mempertingkatkan hasil resources to their pembelajaran murid. Bahan sumber pendidikanwork… They have learned dikategorikan dalam bentuk media bercetak, techniques and eletronik dan media sosial kini mudah diperoleh di skills for utilizingthe wide range of semua sekolah. information toolsas well as primary sources in molding information – solutions to their problems” - Paul Zurkowski National Commission of Libraries and Information Sciences 1974  Rajah 4.2: Bahan Sumber Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia | 22
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Guru boleh memudah cara aktiviti P&P dengan mengguna pelbagai bahan sumber secara terancang dan teratur. Tiga (3) peringkat perancangan penggunaan bahan sumber pendidikan seperti dalam Rajah 4.3. Rajah 4.3: Peringkat Perancangan Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Kepentingan penggunaan bahan sumber pendidikan secara berkesan Memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P Penjimatan kos dan masa dengan penggunaan teknologi yang sesuai Bersesuaian dari segi topik dan objektif P&P, latarbelakang dan strategi pembelajaran murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah Menarik minat serta mengayakan pengetahuan dan pengalaman murid Kementerian Pelajaran Malaysia | 23
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad ke-21 Pembelajaran abad ke-21 memberi peluang pembelajaran yang lebih meluas di mana murid bukan sekadar belajar tentang isi kandungan dalam bilik darjah tetapi berfokus kepada penjanaan ilmu pengetahuan dan cara penyelesaian masalah secara inkuiri dalam konteks pembelajaran semasa dalam keadaan dunia sebenar. Kemahiran spesifik perlu dikuasai melalui P&P berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Bidang pembelajaran abad ke-21 melibatkan: 1. Tema abad ke-21 2. Kemahiran Belajar dan Inovasi 3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi 4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya 1. Tema Abad ke-21 Tema abad ke-21 yang digabungjalin dalam kandungan mata pelajaran yang perlu dikuasai murid adalah seperti berikut: a. Kesedaran Global Murid abad ke-21 mempunyai sikap hormat menghormati dan kefahaman antara budaya. Kesedaran global ini membantu murid menangani isu-isu global dengan lebihRajah 4.4: Tema Abad ke- 21 berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia | 24
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH b. Literasi Keusahawanan Murid abad ke-21 mengetahui bagaimana membuat pilihan ekonomik bersesuaian untuk peningkatan produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya murid. c. Literasi Sivik Murid abad ke-21 menyedari hak dan kewajipan sebagai warganegara dan memahami implikasi keputusan pada peringkat setempat, negara dan global. d. Literasi Kesihatan Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan untuk mengamal gaya hidup sihat dan selamat. e. Literasi Persekitaran Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana cara penyelesaian. 2. Kemahiran Belajar dan Inovasi Kemahiran belajar dan inovasi bagi menjamin kesejahteraan hidup dan penentuan kerjaya muridRajah 4.5:Kemahiran dalam era maklumat ialah:Belajar danInovasi Kementerian Pelajaran Malaysia | 25
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH a. Kreatif dan Inovatif Murid berupaya menggunakan pelbagai teknik menjana idea serta menilai dan menambah baik idea secara kreatif dan inovatif. b. Berfikir secara kreatif dan penyelesaian masalah Murid berupaya menggunakan kaedah penaakulan bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan untuk menyelesai masalah. c. Komunikasi dan kolaborasi sesuai untuk pelbagai persekitaran Murid berupaya berkomunikasi dengan efektif, secara lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks. Kolaborasi dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai matlamat bersama. 3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi Pelbagai kemahiran literasi diperlukan warga dunia/global citizens abad ke-21 dalam era ledakan teknologi dan media. a. Literasi Maklumat Murid mempunyai kebolehan untuk mengakses, menilai, mengguna, dan mengurusRajah 4.6:Kemahiran maklumat.Maklumat,Media danTeknologi Kementerian Pelajaran Malaysia | 26
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH b. Literasi Media Murid berkebolehan menganalisis tujuan dan kesesuaian media serta isu-isu yang berkaitan dengan mengakses, mengguna dan membangunkan bahan media. c. Literasi ICT Murid berkebolehan mengaplikasi teknologi dengan berkesan dalam pembelajaran dan urusan kehidupan seharian. 4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya Individu dalam menempuh kehidupan abad ke-21 perlu berkebolehan berdaya saing dalam hidup dan kerjaya. a. Kelenturan dan Kebolehsuaian Murid fleksibel dan berupaya mengadaptasi diri kepada perubahan persekitaran dan urusan kehidupan seharian. b. Berinisiatif dan Terarah Kendiri Murid mempunyai jati diri dan mampu mengurus masa, dan membuat perancangan mengikut keperluan kendiri dan juga organisasi. c. Kemahiran Sosial dan Antara Budaya Murid peka dan prihatin tentang budaya yang berbeza serta hormat dan bersikap toleransi dalam perhubungan sosial antara budaya. Kementerian Pelajaran Malaysia | 27
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH d. Produktiviti dan Akauntabiliti Murid mempunyai kadar produktiviti yang tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan. e. Kepimpinan dan Tanggungjawab Murid mempamerkan ciri seorang pemimpin yang mampu berfungsi sebagai seorang ahli pasukan yang berwibawa dan mampu menyumbang kepada kebaikan kendiri dan pasukan.“Imagination is more important than knowledge. While knowledge defines all we currently know and understand. Imagination points to allwe might yetdiscover and create” - Albert Einstein Rajah 4.7: Bidang Pembelajaran Kemahiran Abad ke -21 Kementerian Pelajaran Malaysia | 28
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di Republik Korea Amalan terbaik ICT in Education Program di Korea ialah pembelajaran ubiquitous (u) berpaksikan kemahiran abad ke-21. Pendekatan pembelajaran ubiquitous membolehkan murid belajar pada bila- bila masa, dan dari pelbagai lokasi, baik di rumah, sekolah atau di mana murid berada. Infrastruktur ICT yang mantap di negara ini telah mengupayakan pendidikan ICT berganjak dari pendidikan berbantukan komputer ke pembelajaran jarak jauh secara dalam talian, dan kini, pendidikan berasaskan internet. Pendidikan ICT di Korea juga menekankan pembangunan kandungan pembelajaran oleh guru dan pembelajaran berpusatkan murid. Penilaian rakan sebaya sesama guru dan murid di samping penggunaan alat penilaian alternatif diperhatikan.Jadual 4.1: Amalan Terbaik Pendidikan ICT di Republik Korea Pendekatan Pembelajaran Murid Pendekatan Pengajaran Guru U-Discussion Pemilihan Topik U-Tutorial Definisi Permasalah/Isu U-Problem Solving Perancangan Aktiviti P&P U-Study Guide Perancangan Sokongan Pembelajaran Simulasi Murid Main Peranan (Role Play) Penilaian Pendekatan Penilaian Murid Pendekatan Penilaian Pengajaran Guru Penilaian kendiri dan rakan sebaya Penilaian kendiri dan rakan sekerja dalam Contoh alat penilaian alternatif: Pelan P&P Persembahan, portfolio, temuduga, Penilaian aktivti P&P jurnal (log pembelajaran) dan lain-lain Etika penggunaan maklumat (information ethics) Kementerian Pelajaran Malaysia | 29
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Amalan Terbaik: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Pembelajaran berasaskan projek atau Project Based Learning (PBL) ialah satu model pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid merentas kurikulum. Penggunaan pendekatan PBL sejajar dengan kurikulum kebangsaan iaitu pembelajaran pelbagai budaya, reflektif, holistik, global dan berbantu teknologi. Penguasaan kemahiran abad ke-21 melalui penerokaan topik pembelajaran dalam situasi kehidupan sebenar menjadi fokus. Bidang kemahiran pendekatan PBL seperti berikut: Perancangan Kreatif dan inovatif Berfikiran Kritis Membuat keputusan Mempertimbangkan Penaakulan kesesuaian sesuatu teknologi Mengenal pasti teknologi Komunikasi yang sesuai untuk tugasan Kelebihan pendekatan PBL ialah berikut: Wujud komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid Menarik minat murid yang kurang penumpuan dalam proses P&P Murid mudah memahami topik dan mengaplikasi pengetahuan Murid berupaya menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan pengurusan kendiri Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia | 30
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Memenuhi keperluan murid yang berbeza tahap dan gaya pembelajaran Enam (6) langkah pendekatan PBL untuk amalan adalah seperti berikut: Rajah 4.8: Aliran Pendekatan PBL Kementerian Pelajaran Malaysia | 31
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan Penggunaan portal pendidikan berupaya memupuk kreativiti dan kemahiran berfikir serta membudayakan penggunaan ICT dalam P&P. Perkongsian sumber pendidikan secara online yang disarankan mampu mempertingkatkan kualiti pembelajaran. 1. http://www.mygfl.gov.my Portal Malaysian Grid For Learning (MyGfL), KPM merupakan platform untuk muat naik dan askes bahan sumber P&P. 2. http://www.eduwebtv.com EduwebTV menyediakan lapan (8) saluran maklumat pendidikan untuk P&P. Sehingga November 2010, 3696 video boleh dimuat turun dari saluran berita akademik, panduan, rencana, wawancara, kurikulum, interaktif dan siaran langsung. 3. http://www.spp.moe.edu.my Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang berasaskan kurikulum ini menggalakkan pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Kementerian Pelajaran Malaysia | 32
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 4. http://www.thinkquest.org Portal rakan kongsi KPM memberi peluang murid berkolaborasi dengan komuniti global dalam suasana yang selamat dan terkawal. 5. http://www.intel.com/education/eleme nts/ Portal rakan kongsi KPM ini menawarkan kursus Intel Teach Elements untuk pembangunan profesional guru dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. 6. http://www.petrosainslearning.com Portal ini menggalakkan pembelajaran kolaboratif melalui perkongsian hasil kajian saintifik murid dengan komuniti global. 7. http://myideas.my Portal MyIdeas, usaha sama KPM bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan satu platform untuk berbagai lapisan masyarakat berkongsi idea. Hasil idea yang bernas kemudian diterjemahkan kepada amalan terbaik untuk menambah baik secara keseluruhan hidup masyarakat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia | 33
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 8. http://www.cybersafe.my CyberSAFE iaitu Cyber Security Awareness for Everyone, merupakan inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang isu teknologi dan sosial agar golongan pengguna internet berupaya membuat pilihan bijak dalam mengurus isu yang timbul semasa penggunaan. 9. http://bibliografi.moe.edu.my Portal Pengurusan Sumber Pendidikan merupakan katalog sumber pendidikan berbentuk digital yang dapat memudahkan murid dan guru mengenal pasti, mencari dan mengguna maklumat secara efisien dan berkesan. 10. http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/ Portal ini mempunyai koleksi aktiviti pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran. Aktiviti P&P yang berciri interaktif menggalak pembelajaran kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri dalam kalangan murid. Guru juga boleh muat naik bahan P&P untuk perkongsian secara atas talian. Kementerian Pelajaran Malaysia | 34
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Secara keseluruhan untuk menyokong P&P berkesan, KPM turut menyediakan kemudahan bagi menempatkan pelbagai format bahan sumber pendidikan. Antaranya: Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar) Pusat Akses Sekolah Makmal Komputer Sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik/Ruang Akses Kendiri, Laluan Ilmu dan Taman Ilmu akan menghasilkan suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan bermakna kepada murid. Ruang Pembelajaran Ubiquitous BIlik Media Makmal Komputer Pusat Sumber Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia | 35
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 5: KEBERHASILAN PEMBESTARIAN SEKOLAH Sekolah, empunya dan penggerak Pembestarian Sekolah memerlukan pentadbir, guru dan murid serta pihak berkepentingan iaitu ibu bapa, komuniti dan agensi luar untuk menyumbang kepakaran secara kreatif dan inovatif dalam perancangan program baru dan pemantapan program sedia. Keberhasilan (outcomes) Pembestarian Sekolah dalam kalangan Pentadbir, Guru, Guru Penyelaras Bestari (GPB), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta staf sokongan telah digariskan oleh KPM dalam Standard Guru Malaysia, Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Smart School Qualification Standards (SSQS). Keberhasilan modal insan sekolah bestari berpaksikan kemahiran abad ke-21 mensasarkan kemahiran belajar sepanjang hayat dalam persekitaran P&P berasaskan ICT. Murid seharusnya kreatif dan inovatif, berfikir secara kritis dan kritikal untuk menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara berkesan, dan berfungsi dalam kumpulan. Penglibatan komuniti pula diterjemahkan dalam bentuk sokongan ibu bapa, komuniti setempat dan agensi luar dalam aktiviti sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia | 36
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Kualiti keberhasilan modal insan berlandaskanDibaca dan standard-standard KPM merangkumi tiga (3) aspekdirujuk utama iaitu amalan nilai, pengetahuan danbersamastandard kemahiran, serta kemahiran profesional. CadanganKPM: kualiti ini diperjelaskan dalam Rajah 5.1 dan JadualStandard 5.1 hingga 5.5.KualitiPendidikanMalaysia BIDANG KEBERHASILAN PIHAK BERKEPENTINGAN(SKPM) PEMBESTARIAN SEKOLAHStandardGuruMalaysiaSmart SchoolQualificationStandards(SSQS)The SmartSchoolConceptualBlueprintSuratPekelilingIkhtisas Bil.3/2005-Penyelarasan WaktuMengajarbagi GuruPenyelarasBestari SertaGuruPerpustakaan dan MediaSekolah Rajah 5.1: Cadangan Kualiti Keberhasilan Pembestarian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia | 37
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHJadual 5.1: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Profesion)AMALAN NILAI (PROFESION) Bil Perincian P G GPB SS K & (PIBG) GPM 1. Berpegang teguh dan mengamalkan prinsip √ √ √ √ etika kerja perkhidmatan awam. 2. Komited terhadap tugas dan tanggungjawab. √ √ √ √ √ 3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan √ √ √ √ infrastruktur, aplikasi dan data berkaitan ICT. 4. Berkomunikasi secara beretika menggunakan √ √ √ √ √ pelbagai mod dan media dalam penyebaran maklumat. 5. Berupaya berkongsi pengalaman penggunaan √ √ √ √ √ ICT dalam pengurusan dan P&P. 6. Menyokong program perkongsian pintar dengan √ √ √ √ √ pelbagai pihak dalam dan luar negara. 7. Memupuk dan mengamalkan semangat kerja √ √ √ √ √ berpasukan. 8. Berwibawa sebagai agen perubahan bagi √ √ √ √ √ membudayakan integrasi ICT dalam pengurusan, P&P dan komunikasi.[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]Jadual 5.2: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sahsiah)AMALAN NILAI (SAHSIAH) Bil Perincian P G, GPM S M K & GPB1. Bersopan dan berakhlak mulia dalam setiap √ √ √ √ √ urusan harian.2. Beretika dan mematuhi peraturan sejagat √ √ √ √ √ penggunaan ICT.3. Berfikiran terbuka dan rasional terhadap √ √ √ √ √ pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia | 38
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH AMALAN NILAI (SAHSIAH) Bil Perincian P G, GPM S M K & GPB 4. Berfikiran kreatif dan kritis bagi menghasilkan √ √ √ √ √ pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam pendidikan. 5. Proaktif, sukarela dan berinovatif. √ √ √ √ √ 6. Bermotivasi tinggi dalam usaha mencapai √ √ √ √ √ kecemerlangan diri dan organisas.i 7. Menambah ilmu dan meningkatkan kompetensi √ √ √ √ √ diri secara berterusan mengikut perkembangan ICT terkini. 8. Berupaya menilai dan membuat refleksi kendiri. √ √ √ √ √ 9. Bertanggungjawab terhadap pengajaran dan √ √ √ pembelajaran.[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]Jadual 5.3: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sosial)AMALAN NILAI (SOSIAL) Bil. Perincian P G,GPM SS M K & GPB 1. Mesra, mudah didekati dan dibawa √ √ √ √ √ berbincang. 2. Mengamalkan komunikasi interpersonal dan √ √ √ √ √ intrapersonal yang berkesan. 3. Melibatkan diri secara aktif dalam program √ √ √ √ √ sekolah. 4. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh √ √ √ √ √ dalam kalangan staf. 5. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh √ √ √ √ √ dengan komuniti. 6. Bersedia untuk bekerja secara kolaboratif. √ √ √ √ √[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)] Kementerian Pelajaran Malaysia | 39
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHJadual 5.4: Cadangan Perincian Pengetahuan dan KemahiranPENGETAHUAN DAN KEMAHIRANBil. Perincian P G, GPM SS M K &GPB (PIBG)1. Berupaya menterjemah dan melaksanakan √ √ √ √ dasar KPM.2. Mempunyai kompetensi ICT untuk pelaksanaan √ √ √ √ √ tugasan .3. Mahir mencari dan memproses maklumat yang √ √ √ √ √ relevan dari pelbagai sumber .4. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21 √ √ √ √ √ dalam pengajaran dan pembelajaran.5. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21 √ √ √ dalam pengurusan.6. Berupaya membangun bahan multimedia. √ √ √ √ √7. Mahir menyebar maklumat melalui internet. √ √ √ √ √8. Mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan mengikut √ √ √ √ √ kesesuaian tahap, peringkat dan situasi.9. Mengamal prosedur pengurusan sumber mengikut Arahan Perbendaharaan/surat pekeliling/peraturan/prosedur: Sumber kewangan √ √ √ Sumber P&P √ √ √ Sumber manusia/murid √ √ √ √[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]Jadual 5.5: Cadangan Perincian Kemahiran ProfesionalKEMAHIRAN PROFESIONAL Bil Perincian P G GPM/ SS K GPB1. Memahami, menghayati dan melaksanakan √ √ √ √ dasar pendidikan di peringkat sekolah.2. Menggerakkan warga sekolah ke arah √ √ √ √ √ mencapai visi dan misi pembestarian.3. Berupaya membuat perancangan strategik, √ √ √ √ taktikal dan operasi bagi program sekolah.4. Memantau dan menilai pelaksanaan program √ √ √ sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia | 40
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHKEMAHIRAN PROFESIONAL Bil Perincian P G GPM/ SS K GPB 5. Membentuk budaya ilmu dan berfikir dalam √ √ √ kalangan warga sekolah. 6. Membudayakan penggunaan ICT dalam √ √ √ √ √ pendidikan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti. 7. Berupaya merangsang daya intelektual staf √ √ √ dan murid. 8. Mewujudkan sistem dokumentasi yang √ √ √ √ sistematik untuk memudahkan capaian maklumat. 9. Menggerakkan sekolah ke arah pembentukan √ √ √ √ √ “Learning Organization”.10. Cekap membentuk pasukan. √ √ √ √ √11. Membuat keputusan secara rasional dan √ √ √ √ √ bermusyawarah.12. Bertindak sebagai penggerak utama program √ √ √ sekolah.13. Memimpin sekolah ke arah penambahbaikan √ √ √ berterusan.14. Menyedia iklim sekolah yang kondusif bagi √ √ √ √ pengajaran dan pembelajaran.15. Menjamin keselamatan staf dan murid di √ √ √ √ sekolah.16. Menjamin keselamatan peralatan dan √ √ √ √ infrastruktur ICT di sekolah.17. Menjalankan latihan bagi staf mengikut √ √ √ √ keperluan individu dan organisasi.[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]Laman web yang wajar dirujuk bersama bidang keberhasilan modal insanpembestarian sekolah adalah seperti berikut: ISTE National Educational Technology Standards (NETS): www.iste.org; http://cnets.iste.org Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualit, KPM: www.jnjk.gov.my Kementerian Pelajaran Malaysia | 41
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHStandard Guru Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, KPM:www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.htmlStandard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, InstitutAminuddin Baki, KPM: www.iab.edu.mySurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 - Penyelarasan Waktu Mengajarbagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan MediaSekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah: www.moe.edu.mySmart School Qualification Standards: www.moe.edu.myThe Smart School Conceptual Blueprint: www.moe.edu.my Kementerian Pelajaran Malaysia | 42
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH BAB 6: PEMBESTARIAN SEKOLAH: PACU KE HADAPAN Mulai tahun 2011, Sekolah Bestari berganjak ke fasa implementasi Gelombang ke-4 Pembestarian Sekolah iaitu consolidate and stabilise (konsolidasi dan kelestarian). Unsur-unsur Sekolah Bestari telah tersedia di sekolah semasa Gelombang ke-3, iaitu Pembestarian Semua Sekolah yang memanfaatkan inisiatif ICT KPM. Semua sekolah juga telah ditarafkan untuk penentuan tahap bestari pada tahun 2010 seperti Rajah 6.1. Pelbagai strategi yang telah dilaksanakan ini menjurus kepada pencapaian matlamat Sekolah Bestari demi Wawasan 2020. Tahap Bestari Sekolah Bil Sekolah Peratus (%) 5 Bintang 271 3.0 4 Bintang 3440 38.4 3 Bintang 4436 49.5 Jumlah 8147 91.0Rajah 6.1: Sekolah Yang Mencapai Tahap Bestari Tahun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia | 43
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Konsolidasi Dan Kelestarian Sekolah Bestari Mengikut Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dalam pelancaran Dasar Pendidikan ICT, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) bagi pendidikan menekankan keberhasilan murid yang berkualiti dan keperluan akses pendidikan yang berkualiti kepada semua. Faktor kejayaan kritikal Pembestarian Sekolah selaras dengan beberapa program KPM sedia ada- Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin Bin yang menyumbang kepada pencapaian agenda Haji Mohd Yassin. ini seperti di Jadual 6.1. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Pembestarian Sekolah dan Pendidikan Sebagai Faktor Kejayaan Kritikal Jadual 6.1: Faktor Kejayaan Kritikal Pembestarian Sekolah Perkara Matlamat Faktor Kejayaan Kritikal NKRA Sekolah Pembestarian menyumbang kepada Berprestasi pemantapan dan pencapaian 100 Tinggi (SBT) SBT yang disasarkan. 15 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT adalah Sekolah Bestari yang mencapai 5 Bintang. Menjelang tahun 2015 100 SBT mencapai 5 Bintang Jurang Merapatkan Kesemua 10,000 buah sekolah Digital Jurang Digital mencapai tahap sekolah bestari Wawasan Meningkatkan Melahirkan modal Insan yang 2020 penyampaian berpengetahuan untuk memacu sistem transformasi negara ke arah pendidikan pembangunan k-ekonomi negara (knowledge-economy) melalui e-Gov Kementerian Pelajaran Malaysia | 44
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Strategi Pelaksanaan Untuk memacu pembestarian sekolah supaya berdaya maju, KPM memberi tumpuan kepada aspek berikut: Peningkatan infrastruktur ICT yang sesuai untuk kegunaan semua sekolah, Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan murid belajar diPerkongsian pengalaman danamalan terbaik oleh Pengetua mana-mana dan pada bila-bila masadan Guru Besar dengan sekolahkelompok: Zon Sarawak melalui penggunaan media komunikasi yang berbagai, Menggalakkan sekolah mengintegrasi teknologi dalam pendidikan melalui program perkongsian pintar bersama industri, akademia, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, Memastikan teknologi dan pedagogi yang terkini disampaikan kepada pengguna, dan Menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan kemahiran kepada warga pendidikan setempat melalui Pusat Bimbingan Profesional Teknologi Pendidikan Program Pemantapan Pemangkin Dalam Kelompok- Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) Kementerian Pelajaran Malaysia | 45
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Strategi Pelaksanaan: Sekolah Pemangkin dalam Kelompok Satu strategi KPM untuk membantu sekolah mencapai sasaran Pembestarian Sekolah ialah program “Sekolah Pemangkin dalam Kelompok”. Strategi ini dijangka menjana „Kesan Berganda‟ atau “Multiplier Effect” dan mempercepatkan proses pencapaian tahap 5 bintang sekolah melalui bimbingan dan sesi hands-holding oleh sekolah pemangkin dengan sekolah dalam kelompok. Rajah 6.2: Contoh Strategi Pemangkin dalam Kelompok Kementerian Pelajaran Malaysia | 46
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Cadangan mekanisme pelaksanaan melibatkan sekolah lima (5) bintang sebagai pemangkin untuk membimbing 500 sekolah dalam kelompok masing-masing untuk mencapai tahap bestari iaitu tiga (3) bintang ke atas. Sekolah yang telah dibimbing yakni sekolah kelompok akan menjadi rujukan kepada sekolah yang berhampiran. Contoh strategi ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2.Rajah 6.3: Contoh Mekanisme Sekolah Pemangkin dalam Kelompok, DaerahKota Tinggi, Johor Pengisian Program “Sekolah Pemangkin dalam Kelompok” Pengisian program sekolah pemangkin dalam kelompok memberi tumpuan kepada keberhasilan murid dan guru yang menyeluruh. Aspek dan huraian setiap item seperti ditunjuk dalam rajah di bawah. Kementerian Pelajaran Malaysia | 47
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH British Council Connecting Classroom Mindset & Culture Change Perkongsian Pemantauan Amalan On-Site Terbaik Sekolah 5-Bintang Kelab Program Bestari Bersama (Briged Komuniti/ Bestari) Perkongsian Pintar ICT Buddy SupportAktiviti Kelab Bestari… Rajah 6.4: Pengisian Program Sekolah Pemangkin Dalam Kelompok Mindset & Culture Change Semua pihak berkepentingan melalui proses anjakan paradigma dan minda untuk mewujudkan budaya pengurusan serta P&P yang menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Kementerian Pelajaran Malaysia | 48
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHPelancaran MyIdeas Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan dan perkongsian amalan- amalan terbaik pengintegrasian ICT dalam pengurusan dan P&P. Program Bersama Komuniti/Perkongsian Pintar Sekolah melaksanakan program dengan pelbagai agensi untuk memanfaatkan teknologi dan kepakaran ICT daripada industri dalam usaha membudayakan penggunaan teknologi semasa. ICT Buddy Support Program ini merupakan program pembimbing rakan sebaya oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Perpustakaan dan Media Digital Story Telling (GPM) untuk guru bagi menyokong penggunaan ICT dalam pengurusan dan P&P. Kelab Bestari (Briged Bestari) Kelab Bestari membantu sekolah meningkatkan kelancaran pelaksanaan pelbagai program ICT KPM dengan melibatkan murid yang berkemahiran dan berpengetahuan ICT dalam urusan ICT sekolah. Antara aktiviti Kelab Bestari yang dikendalikan ialah latihan dan bimbingan ICT kepada rakan sebaya, menyenggara kemudahan ICT sekolah, mendokumentasi aktiviti multimedia sekolah, membangunkan laman web sekolah serta menyebarkan Kementerian Pelajaran Malaysia | 49
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH maklumat berkaitan Pembestarian Sekolah dan ICT kepada warga sekolah dan komuniti melalui pameran, minggu ICT, kem ICT atau buletin. Pemantauan On-Site Pemantauan On-Site oleh pelbagai agensi kerajaan bertujuan untuk memastikan segala program Pembestarian Sekolah yang“The Government willcontinue to work hard dirancang oleh sekolah dijalankan mengikut to transform the Malaysia economy ketetapan dan mencapai matlamat yang into an innovation- dihasratkan. based knowledge- economy with highervalue add and having Penutup knowledge, technology and innovation as a key Pembestarian Sekolah ialah satu usaha drivers of growth.” berterusan KPM untuk menyediakan generasi - His Excellency, muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya Dato’ Sri Najib Tun Razak, Prime Minister mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa of Malaysia sempadan dan seterusnya menyediakan k- workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Kelestarian (sustainability) Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada sokongan, sumbangan serta komitmen semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia | 50
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Lampiran 1 THE MALAYSIAN SMART SCHOOL LOGO Kementerian Pelajaran Malaysia | ix
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Lampiran 2LAGU SEKOLAH BESTARI: VERSI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS Kementerian Pelajaran Malaysia |x
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHRUJUKAN 1. Cyber Security. Cybersafe: Cyber Security Awareness for Everyone. Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://www.cybersafe.my. 2. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Pelan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. 3. Bahagian Teknologi Pendidikan. KPM. Portal EduwebTV. Diperoleh September 23, 2010 daripada http://www.eduwebtv.com. 4. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Diperoleh September 23, 2010 daripada http://www.spp.moe.edu.my. 5. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Portal Pengurusan Sumber Pendidikan. Diperoleh September 24, 2010 daripada http://bibliografi.moe.edu.my. 6. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Support Ticketing System. Diperoleh September 24, 2010 daripada sts@moe.edu.my. 7. Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Portal Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Oktober 14, 2010 daripada http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/. 8. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan. (2010). Majlis Pelancaran Dasar Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oktober 12, 2010. 9. Intel Electronics Sdn Bhd. (M). Intel Teach Elements. Diperoleh Oktober 4, 2010 daripada http://www.intel.com/education/elements/. 10. International Society for Technology in Education (ISTE) National Educational Technology Standards (NETS). Diperoleh September 13, 2010 daripada www.iste.org; http://cnets.iste.org. 11. Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea. (2010). 2010 Global Partnership of ICT in Education Project, Educational ICT Training. Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea. 12. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia- Sekolah. Pernyataan Standard. SKPM 1 Edisi Disember. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia | xi
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH13. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia- Sekolah. Instrumen Pemastian Standard. SKPM 2 Edisi Disember. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.14. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). The Malaysia Smart School: A Conceptual Bluerprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.15. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Project Based Learning Handbook “Educating the Millennial Learner”. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.16. Kementerian Pelajajaran Malaysia. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, KPM.17. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Smart School Qualification Standards (SSQS). Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.18. Kementerian Pelajaran Malaysia. Portal Malaysian Grid for Learning. Diperoleh September 23, 2010 daripada http://www.mygfl.gov.my.19. Marcinek, A. (2010). Embracing a Flat Classroom. Diperoleh Oktober 15, 2010 daripada http://www.edutopia.org/blog/web-20-21st-century-skills- collaboration-digital-citizenship.20. Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). Portal MyIdeas. Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://myideas.my.21. Mutlimedia Development Corporation, (2005). Malaysian Smart School Roadmap 2005-2010: An Educational Odyssey (A Consultative Paper on the Expansion of the Smart School Initiative to all schools in Malaysia. Kuala Lumpur: Multimedia Development Corporation.22. Oracle Education Foundation. Portal Think Quest. Diperoleh September 24, 2010 daripada http://www.thinkquest.org.23. Petrosains. Petrosains Learning. Diperoleh Oktober 4, 2010 daripada http://www.petrosainslearning.com.24. Pumandevi, S. (2009). Modul Kemahiran Abad ke-21. Negeri Sembilan: Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia | xii
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PASUKAN PETUGAS PENERBITAN “JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH”Duduk Dari Kiri: Dr. Dorothy DeWitt, Encik Wong Kim Khat, Haji Shamsuddin bin Hassan, Y. Bhg. Datin Dr. Fowzia binti Osman, Pn. Hawa binti Haji Said, Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani (Pengarah BTP), Puan Rosnani binti Mohamed Ali, Haji Mohd Haliza bin Adnan, Puan Yap Ley Har, Puan Maimunah binti Haji Mohd Tahir, Puan Nur Ain Wong binti Abdullah.Berdiri Dari Kiri: Hajah Zarina binti Paijo, Puan Hafidzah binti Omar, Puan Daruni binti Abdul Rahman, Cik Ruzana binti Tukimin, Encik Saedan bin Abd Karim, Encik Mohd Azmi bin Zakaria, Encik Mohd Yassim bin Ngah, Encik Ibrahim bin Ismail, Encik Bahrin bin Mohd Kassim, Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff, Puan Fadzliaton binti Zainudin, Puan Mary Anne Joseph, Cik Aminoor binti Jaya Waras, Cik Rohana binti Abd Rahman. Penaung : Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Penasihat : Puan Hawa binti Haji Said Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan Puan Rosnani binti Mohamed Ali Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Kementerian Pelajaran Malaysia | xiii
    • JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAHPengerusi : Y. Bhg. Datin Dr. Fowzia binti Osman Ketua Sektor Sektor Pembestarian SekolahSetiausaha : Puan Nur Ain Wong binti Abdullah Sektor Pembestarian SekolahAhli : Haji Mohd Haliza bin Adnan Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan Haji Shamsuddin bin Hassan Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan Encik Bahrin bin Mohd Kassim Sektor Dasar Puan Vanida binti Krishna Sektor Dasar Hajah Zarina binti Paijo Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Puan Yap Ley Har Sektor Repositori dan Rangkaian Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul Sektor Repositori dan Rangkaian Kadir Cik Ruzana binti Tukimin Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme Puan Fadzliaton binti Zainudin Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Encik Wong Kim Khat Sektor Pembestarian Sekolah Dr. Dorothy DeWitt Sektor Pembestarian Sekolah Puan Maimunah binti Haji Mohd Sektor Pembestarian Sekolah Tahir Cik Rohana binti Abd Rahman Sektor Pembestarian Sekolah Encik Saedan bin Abd Karim Sektor Pembestarian Sekolah Puan Daruni binti Abdul Rahman Sektor Pembestarian Sekolah Encik Mohd Azmi bin Zakaria Sektor Pembestarian Sekolah Puan Hafidzah binti Omar Sektor Pembestarian Sekolah Cik Aminoor binti Jaya Waras Sektor Pembestarian Sekolah Encik Ibrahim bin Ismail Sektor Pembestarian SekolahRekabentuk : Encik Mohd Yassim bin Ngah Sektor Penyiaran PendidikanGrafik & Encik Abdul Halim bin Sikit Sektor Penyiaran PendidikanSusun Atur Puan Mary Anne Joseph Sektor Penyiaran PendidikanPembaca : Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff Sektor Pembestarian SekolahPruf Kementerian Pelajaran Malaysia | xiv