BAHASA MELAYU DARJAH DUA TAJUK TAMU (FAHAMAN) Tarikh : 9 Julai 2007 Jam : 10.00 – 11.00 pagi ( 1 jam ) Pelajaran : Minggu 30
TAMU
Di Bandar Seri Begawan ada sebuah kawasan tamu. Tamu ini letaknya di tepi Sungai Kianggeh.
Di tamu ini ramai orang menjual buah – buahan, sayur – sayuran, pokok – pokok bunga, kuih – muih, ikan kering, ayam, itik dan lain – lain lagi.
Ramai orang membeli sayur – sayuran, buah – buahan, kuih – muih dan lain – lain lagi di tamu itu. Tamu itu sentiasa sibuk terutama pada waktu pagi hari Jumaat dan Ahad.
Kawasan tamu ini sentiasa dijaga dan dibersihkan oleh Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan. Penjual dan orang ramai juga turut menjaga kebersihan tamu ini.
1 comments
Comments 1 - 1 of 1 previous next Post a comment