Your SlideShare is downloading. ×

Jana wang dengan ebook

554

Published on

Ketahui bagaimana untuk menjana wang dengan e-book.

Ketahui bagaimana untuk menjana wang dengan e-book.

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
554
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
30
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Isi kandunganPrakataBab 1: Apa Itu Ebook?Bab 2: Potensi Menjana Pendapatan Dengan EbookBab 3: 5 Langkah Asas Bisnes EbookBAB 4: 3 Strategi Berkesan Mencari Idea Menulis EbookBAB 5: Teknik Menulis Cara MudahBAB 6: Menyediakan Laman Web Jualan EbookBAB 7: PemasaranBab 8: Mencari rakan Joint Venture (JV)BAB 9 – Jadi Autoriti Niche Dengan EbookBiodata Penulis
  • 2. Prakata Puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Pemurah. ALLAH SWT yangmemberikan ilham, memberikan semangat dalam setiap patah perkataan,sehinggalah terhasilnya ebook ini. Terima kasih juga kepada pihak Educattic Mind(EM), tanpanya , ebook ini tidak akan sampai ke tangan para pembaca yangbudiman. Buat Tuan Jamaluddin Bahari, terima kasih yang tidak terhingga keranamemberi peluang untuk bekerjasama, bagi mendidik masyarakat mengenai bisnesebook. Ramai antara kita yang mempunyai impian untuk mencapai matlamatkebebasan kewangan, malah ada juga yang telah menghabiskan wang sehinggapuluhan ribu ringgit, akibat terpedaya dengan skim-skim yang menjanjikan kekayaansekelip mata. Tidak kurang juga perniagaan internet, statistik menunjukkan hampir 70%pengguna internet telah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mahumengaut keuntungan semata-mata, tanpa menghiraukan nasib orang lain. Ebook ini wajar dijadikan bahan rujukan, bagi menjalankan perniagaaninternet berasaskan ebook. Gabungan daripada kajian, dan pengalaman dalamebook ini akan membawa kita ke jalan yang betul, bagi membina bisnes informasi. Semoga ebook ini membantu pembaca dalam usaha mencapai matlamatkebebasan kewangan menerusi bisnes yang sah dan halal di sisi undang-undangdan agama. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para pembaca,yang sanggup melaburkan wang, bagi mendapatkan ilmu yang terkandung dalamebook ini. Akhir sekali, untuk ayah dan ibu tercinta, Tuan Azizan bin Zakaria dan PuanRosilawati binti Darus, mereka sentiasa menyokong dalam usaha penulis untukmenjadi individu yang lebih baik. Aqif Azizan | www.majalahniaga.com Jamaluddin Bahari (Penulis bersama) | www.blogjamal.com
  • 3. Bab 1 Apa Itu Ebook? Gambar rajah 1.1: Snapshot pengertian ebook, diambil dari Wikipedia.com Menurut laman web Wikipedia, ebook adalah nama singkatan untuk electronicbook atau buku elektronik. Ia merupakan gabungan teks dan imej yang dihasilkansecara digital, seterusnya memudahkan para pembaca untuk membacanya menerusimedium tertentu, contohnya komputer. Di Malaysia, ebook seringkali dikaitkan dengan fail berformat .PDF. Format inidihasilkan oleh Acrobat Reader (Kini dimiliki oleh Adobe). Ia boleh dimuat turunsecara percuma menerusi laman web Adobe Reader. Pembaca boleh memuat turun perisian menerusi pautan ini :http://get.adobe.com/reader/
  • 4. Di pasaran antarabangsa, ebook sudah menjadi bahan utama untukmengedarkan pelbagai jenis informasi seperti pembelajaran kolej, maklumatkesihatan dan banyak lagi. Fenomena penggunaan ebook sebagai medium pendidikan di Malaysia masihlagi berada di peringkat permulaan. Ia mendapat sambutan yang baik daripada pihakkerajaan. Antara perkembangan yang boleh dilihat mengenai ebook di Malaysia ialah,segelintir sekolah rendah dan menengah sudah mula menjadikan ebook sebagaibuku teks. Sumber ini diperoleh daripada akhbar Kosmo, tahun 2010.Ebook Sebagai Medium Pendidikan Virtual Gambar rajah 2.2: Ebook kini digunakan oleh sesiapa sahaja, terutamanya golongan muda Jika sebelum ini kita belajar belajar sesuatu menerusi buku, maka prosesnyasama seperti ebook. Apa yang membezakan antara kedua jenis medium ini adalahpemprosesan teks dan imej.
  • 5. Dengan ebook, semuanya dipaparkan secara virtual. Sebagai contoh, kitaboleh membaca ebook menerusi komputer, iPhone, iPod, dan juga mana-mana gajetyang menyediakan aplikasi membaca ebook. Ebook juga dianggap sebagai medium pendidikan virtual yang efektif. Ini keranaproses membaca ebook hanya meliputi 2 langkah sahaja iaitu: 1. Muat turun ebook (Bentuk .pdf, .exe dan sebagainya) 2. Baca ebookEbook Memudahkan Pembacaan Dimana-mana Apa yang menariknya, kita tidak perlu membawa ebook yang banyak untukmembaca di tempat lain. Dengan hanya menyimpan ebook ke dalam hardiskkomputer, kita hanya perlu membawa komputer riba ke mana sahaja yang kita mahu. Kewujudan gajet seperti iPhone, iPad, dan Kindle juga memudahkan kitauntuk membaca ebook dimana jua, tidak seperti buku fizikal. Ringkasan Bab: • Ebook adalah nama singkatan untuk electronic book atau buku elektronik. • Di Malaysia, ebook seringkali dikaitkan dengan fail format .PDF. • Di pasaran antarabangsa, ebook sudah menjadi bahan utama bagi mengedarkan pelbagai jenis informasi.
  • 6. Bab 2 Potensi Menjana Pendapatan Dengan EbookPelancaran Google Ebookstore Gambar rajah 2.1: Snapshot laman web Google Ebookstore Pada tahun 2010, laman enjin carian terbesar di dunia iaitu Google,mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan laman web ‘marketplace’ yangdiberi nama Google Ebookstore Google Ebookstore ini akan menjual pelbagai kategori ebook untuk dibeli olehpara pembaca yang meminati pembacaan digital seperti iPod, Webreader, Kindle,Android dan banyak lagi. Ebook kategori fiksyen juga mendapat sambutan yang baik di negara luar.Buku Frankenstein, or, The Modern Prometheus dan penulisnya, Mary WollstonecraftShelly telah ditukarkan kepada format digital pada 25 November 2008.
  • 7. Amazon Kindle Telah Dimiliki Oleh Jutaan Pembaca Buku Jeff Bezos, pemilik syarikat Amazon.com mengeluarkan statistik secara rawakmengenai Amazon Kindle, gajet yang digunakan untuk membaca ebook: “Lebihdaripada satu juta orang telah memiliki Kindle. Apabila kami menyediakan versiebook, Amazon berjaya menjual 6 ebook bagi setiap 10 buku fizikal” Walaupun statistik penjualan gajet ini masih belum diumumkan, namun iajelas menunjukkan penjualan ebook kini mendapat sambutan yang menggalakkan. Dapatkan Versi Penuh di www.EducatticMind.com/ebook-wang

×