Your SlideShare is downloading. ×
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Cth  asgment tamadun
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Cth asgment tamadun

3,511

Published on

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • kalau sal keselamatan & kesihatan pekerjaan menurut perspektif islam,mcm ne
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
3,511
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
100
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. CTH ASGMENT TAMADUNSoalan:2.Tamadun Islam ialah tamadun kerohanian dan kebendaan yang berdasarkan ajaran Islam danberkonsepkan Tauhid, serta sifatnya yang menyeluruh. Ramai orang yang tidak mengetahuai hal ini.Kebanyakan orang mengatakan dunia yang bertamadun ini adalah hasil dari tamadun barat.Bincangkan…1.0 PendahuluanTamadun bermaksud peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan,pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadunditerjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization.Daalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan,almadanoah dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Melayu yang biasa dipakai ialahkebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.Dalam Islam, kemajuan dan pembangunan tidak terhad kepada kebendaan dan fizikal sahaja, malahia merangkumi kerohanian, akhlak dan akal. Justeru, masyarakat atau negara maju atau bertamadunbukan sahaja mempunyai kemajuan dalam bidang kebendaan, bangunan, sains dan teknologi, malahterangkum di dalamnya masyarakat yang berperibadi mulia, pergaulan yang baik dan berkerjasama,harmoni antara pelbagai kaum, agama dan bangsa, dan tidak ada kezaliman.Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai “pembangunan, kebudayaan, peradaban,pendidikan dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang berpaksikan tauhid, iaitukepercayaan kepada tuhan yang satu”( OUM LANH1203, 2005, m/s 4)Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan, kebudayaan,pendidikan keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan, kerohanian dan sebagainya. Iamembentuk manusia menjadi baik, dan manusia yang baik ini pula akan membentuk tamadun baruyang baik dan bersifat Rabbani(ketuhanan).Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai “Khalifah Allah” untukmemakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia dan segala apa yang ada di atasmuka bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Firman Allahdalam surah al-Baqarah:Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi. Surah al-Baqarah29.Dengan demikian, manusia menggunakan semua kemudahan yang ada di alam ini, khasnya di atasmuka bumi dan di dalam perut bumi. Walaupun manusia dapat mengolah isi bumi dengan akalanugerah Allah tetapi manusia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat mengadu dan memohonsebarang hajat. Dalam Islam, Tuhan itu ialah Allah iaitu Tuhan yang wujud dan Hidup selama-
  • 2. lamanya. Dia tidak mati dan tidak rosak dan Dia kekal selama-lamanya.2.0 Sifat-sifat Tamadun IslamTamadun Islam adalah berbeza jika dibandingkan dengan tamadun lain. Tamadun Islam berpaksikanTauhid dan berfungsi untuk membangunkan manusia, antara sifat-sifatnya:2.1 SejagatTamadun Islam bukan terhad kepada mana-mana bangsa tertentu dan untuk tempat-tempattertentu sahaja. Tamadun Islam tidak berdasarkan kepada adat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi iaberlandaskan ajaran Islam. Justeru, ia bukan milik sesuatu suku kaum dan bangsa, sebaliknya ia milikseluruh manusia yang berpegang kepada agama Islam dan yang bukan Islam.2.2 TerbukaTamadun Islam tidak terbatas kepada had-had tertentu, sama ada masa atau tempat. Ia terbukakepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Tamadun selainIslam boleh diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan dasar shariah.2.3 Sepanjang zamanTamadun Islam ialah tamdun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari tarikh turunnyawahyu hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus berkembang dan tidak ada had waktu dan masa.Tidak ada siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh lagi berfungsi keranadunia sudah maju, sebab Islam itu maju bersama-sama dengan kemajuan dunia.Selagi orang Islam terus mengamalkan ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terusmenghidupkan tamadun Isalam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islamdalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti perbandaran,perumahan, pendidikan, teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya.Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi, politik, teknologi, pendidikan,pembangunan dan sebgainya, tetapi ia tidak menjga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu,menzalimi dan sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam, walaupun iaseorang Islam.2.4 ToleransiTamadun Islam bukanlah satu yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima tamadun lain. Iabersifat toleransi terhadap agama dan budaya lain mengikut had-had yang ditentukan. Misalnya,mengunjungi rumah orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran atau tahun baru, tidak dilarangselagi tidak ada niat hendak membesarkan agamanya, sebaliknya hanya meraikan kawan sahaja.Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkanagama dan budaya mereka, malah menganjurkan dan terus mengekalkan hubungan baik denganpenganut-penganut agama lain.
  • 3. 2.5 Berpaksikan TauhidTamadun Islam, sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, ciptaan dan penemuan barudalam teknologi, social, politik, ekonomi dan pendidikan, semuanya merujuk kepada kebenaranTuhan Pencipta seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata.Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolongmastarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi ataumonopoli kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah.Demikianlah dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kitamembangun tamadun yang berpaksikan Tauhid.3.0 Sejarah Perkembangan dan Keagungan Tamadun IslamSebagaimana yang kita ketahui tamadun Islam berkembang serentak dengan perkembangan agamaIslam, iaitu dengan perutusan Muhammad sebagai rasul pada tahun 610M.. Apabila turunnya wahyupertama melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan tahun 610M yang membacakan lima ayatdaripada surah al-Alaq di Gua Hira’.Selepas beberapa hari turun pula ayat daripada surah al-Muddathir ayat 1-7, yang manamemerintah Baginda s.a.w menyeru orang lain supaya tinggalkan berhala. Firman Allah yangbermaksud:Wahai orang yang berselimut. Berilah peringatan dan amaran(kepada umat manusia). DanTuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan.Dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu(dengantujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmuhendaklah engkau bersabar(terhadap tentangan musuh). Surah al-Muddathir 1-7.Dengan turunnya ayat ini, Baginda mula menyeru orang lain supaya meninggalkan sembah berhaladan perkara-perkara lain yang dianggap buruk. Di sini bermulalah budaya hidup baru, iaitu tidakmenyembah berhala dan tidak melakukan perkara yang merosakkan dan menjatuhkan martabatmanusia. Inilah tamadun baru, iaitu Tamadun Islam.Lebih kurang 13 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w menyeru umat Arab di Makkah supayaberiman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan berhala serta perangai buruk yang lain sepertimembunuh anak perempuan, berperang sesama sendiri, berzina dan sebagainya.Pada tahun 622M Baginda mendapat perintah supaya berhijrah ke Yathrib, yang kemudiannyadikenali sebagai Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi ketua bagi semuamasyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Di sinilah tertubuhnya sebuahkerajaan baru, iaitu negara kecil Islam Madinah. Pemerintahan dan pentadbiran negara iniberdasarkan ajaran Islam sepenuhnya.Ajaran Islam yang membentuk keperibadian dan perwatakan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalammencorakkan tamadun awal Islam menunjukkan bahawa Islam mendorong umatnya mencapaikemajuan menurut acuan yang ditentukan oleh al-Qur’an serta al-Sunnah. Maka dengan itu lahirlah
  • 4. Madinah al-Munawwarah, sebuah negara yang sentiasa menjadi model sehingga hari ini.Kecemerlangan Madinah sebagai pusat kerajaan Islam menarik perhatian bangsa lain di dunia ketikaitu kerana kehebatan personaliti Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpinnya dan juga warga Madinahyang majmuk sifatnya tetapi berupaya membentuk suasana kehidupan yang aman harmoni.Kestabilan politik Madinah dan keharmonian kehidupan penduduknya sebenarnya berasaskansebuah piagam yang tertua di dunia dan yang terawal ditulis, iaitu Piagam Madinah yangmengandungi 47 fasal atau perkara. Dalam piagam ini dinyatakan tentang kepemimpinan negara(Perkara 1 & 23), perpaduan (Perkara 2), pengiktirafan kaum (Perkara 3 hingga 11), keselamatan(Perkara 3 hingga 10, 13 & 24), jaminan social (Perkara 2, 10, 11 hingga 16) dan kebebasanmengamalkan ajaran agama (Perkara 25).Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dalam segenapaspek; sosial, politik, ekonomi, pertahanan serta ketenteraan dan sebagainya. Namun, ada kalanyapula Baginda diuji dengan pelbagai cabaran seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa sepertiPerang Uhud yang mencatat kekalahan bagi tentera Islam. Pada awalnya, tentera Islam berjayamembuatkan tentera musuh berundur, namun disebabkan cuai dan leka, mereka akhirnyaterkepung lalu ditewaskan dan banyak pejuang agung Islam, antaranya Hamzah ibn `Abdil Muttalibterkorban syahid. Kekalahan ini seterusnya dijadikan sumber kekuatan untuk bangkit mencipta lebihbanyak kemenangan. Rahsia kejayaan umat Islam pada zaman keagungan Islam ini berdasarkankeimanan mereka yang amat tinggi terhadap Allah s.w.t., ketaatan mereka terhadap perintah sertalarangan-Nya di samping keperibadian serta akhlak mereka yang sungguh luhur. Mereka telahdididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan sifat serta amalan hidup yang suci murni. Misalnya kita dapatmelihat bagaimana mereka amat bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam segenap keadaan dan dalamsemua perkara, mengamalkan nilai-nilai mulia seperti ithar (mengutamakan orang lain berbandingdengan kepentingan diri), berkasih sayang, sentiasa berkorban apa sahaja demi agama Allah dansebagainya. Sifat-sifat mulia ini dijelaskan dalam ayat al-Qur’an (Surah al-Fath (48), ayat 29 danSurah al-Hasyr (59), ayat 8-10).Kehidupan bermasyarakat mereka begitu harmoni dan stabil disebabkan sifat-sifat mulia ini,terutamanya sifat berkasih sayang sesama mereka kerana Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, sudahtentulah galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi asas bagi “hubungan hati” sesamamereka yang begitu intim lagi tulus sifatnya. Misalnya ialah sebuah Hadith daripada Mu`az ibn Jabalr.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah berfirman, `Kasih sayang-Ku wajib bagimereka yang berkasih sayang pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang duduk bersama-sama pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang ziarah-menziarahi pada (jalan)-Ku dan bagi mereka yang saling beri-memberipada (jalan)-Ku.” (Al-Tabarani)Zaman Rasulullah s.a.w. merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, politik dan ekonomi. UmatIslam pada ketika itu telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) yang bersatu padu dibawah pemerintahan kerajaan Islam yang kukuh. Walaupun kemajuan sains dan teknologi padawaktu itu tidaklah secanggih zaman moden tetapi asas tamadun telah dibina dengan kukuhnya. Asasyang kukuh inilah yang kemudiannya menjadi inspirasi yang begitu kuat mendorong generasisesudah sahabat mencapai kegemilangan dalam hampir semua bidang.
  • 5. Tamadun Islam terus berkembang ke zaman sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Iabermula pada tahun 632M. Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah:(i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. – (632M)(ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. – (634M)(iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. – (644M)(iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. – (655M)Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,dan dikuti oleh pengganti mereka.Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain didunia.Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikanpanduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadungemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah(Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan BaniAbbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidakterbanding.Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyikberkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agamaseperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalahKufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjayamembina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. BangsaEropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukansaja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmupengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid danputeranya, al-Mamun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa inimendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisanbuku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di
  • 6. Eropah, India dan China secara meluas.Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidangilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah.Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.Para pemikir besar Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, ImamShafie, Ibnu Hazm, dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun duniapada masa itu. “Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau “keagunganIlmu”(1993). “Renaissance” yang muncul di Eropah yang pada masa itu masih dalam zamankegelapan mereka sebenarnya adalah hasil daripada pengambilan dan cedukan idea-idea parapemikir Islam dan pengaruh besar ilmu pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman2000. m/s 299 )4.0 Kemerosotan Tamadun IslamBerbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnyaMadinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utamatamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerapmenjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apayang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinanumat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha kerasgenerasi sebelumnya.Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahanal-Mu’tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000tentera kejam Mongol menyerang Baghdad.Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalamSungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangantamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnyakhazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yangpekat.Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujanggamahupun orang biasa.Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yangdisimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilangkecantikan yang menghiasi dirinya. Demikianlah keagongan Tamadun Islam mula lenyap dan
  • 7. Tamadun Barat mula mengambil alih tempatnya.5.0 PenutupKita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam,khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupayamembina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletakpada kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaanyang sama mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang samaharuslah dijadikan pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individuperlu menjadi agenda utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah padaanak-anak kecil dan yang muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golonganmuda remaja khususnya perlulah ditanamkan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapaikejayaan serta kegemilangan demi agama, bangsa dan negara.Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kitaberkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan tetapi benar-benarsuatu kenyataan.Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengantuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ketanah semula.Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagimemastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.“Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang denganmatmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masahadapan diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan.Dengan kata-kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini sepertikrisis keruntuhan akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perludiberikan pendidikan Islam secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabangilmu, tubuh mereka dilatih dengan segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatanibadah khusus serta umum dan akhlak mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia.”(Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi, 1996, Wajah Baru Belia, Siri Sarjana Celdes).Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membinaperadaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadicontoh sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman.RUJUKAN
  • 8. MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam EraGlobalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books CentreWan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIMYusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.

×