Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Cerpen  kasih salina
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Cerpen kasih salina

  • 114 views
Published

Manusia sentiasa tidak inginkan perubahan sekeliling mereka. Sentiasa takut..

Manusia sentiasa tidak inginkan perubahan sekeliling mereka. Sentiasa takut..

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
114
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
5
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1“ SETULUS KASIH, SALINA”Pagi yang dingin dan ditemani kicauan burung-burung mengindahkan lagi suasana pagi itu.Sejukhingga meresap ke tulang sumsumku.Dengan gerak yang perlahan aku mengagahkan diri untukbingkas bangkit dari tidur lena ku.Hari ini bermulanya hidup aku sebagai seorang pensyarahmuda di sebuah unversiti terkemuka di Malaysia.Rumah yang aku huni bersama adik kesayanganaku Diana yang kini sedang menuntut di sekolah menengah.Umurnya baru sahaja mencecah 15tahun.Mukanya persis seperti ibu tiriku.„Ibu tiri….Menyebut dan teringat peristiwa lalu membuat aku semakin meluat.Perasaan benciku semakinmenjadi-jadi.Tapi, aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu untuk menghukum apatah lagimenyalahkan pesalah seperti seorang hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah.…..Kedengaran seperti sesuatu jatuh ke lantai.Berdesing telingaku.Aku segera turun ke bawahwalaupun kepalaku masih bertudungkan selimut.„Dania, kenapa ni? Apa yang bunyi bising tu?‟Aku segera merapati adikku yang kelihatannya kaku di hadapan.Langkah kaki kuperlahankan.Dania hanya terdiam seribu bahasa.Perasaan marahku muncul serta-merta.„Dania buat apa ni? Kenapa gambar ni boleh jatuh? Kenapa Dania?‟ Soalanku bertubi-tubimenikam adikku.Aku terduduk di lantai lantas memegang kepingan gambar di samping serpihankaca yang menyaluti.Airmataku gugur.Ku usap-usap gambar seorang insan yang paling istimewadalam hidupku.„ Akak, Dania minta maaf. Dania tak sengaja .Dania nak cepat-cepat tadi. Tapi tak sangka pulatersiku gambar ni‟ Dania tersedu-sedu ketakutan.Aku menarik tangan Dania supaya dudukbersamaku.„Dania, akak bukan marahkan Dania dan tak marahkan sesiapa pun tapi akak salahkan masayang lalu. Perit Dania. Sangat perit.‟Aku memandang sayu wajah adikku.
  • 2. 2Pagi itu, cuaca sungguh cerah, aku memandang ke arah jam loceng , hadiah pemberian kakSalina sempena keputusan cemerlangku dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dua minggu yanglepas. Penatku masih berbekas lagi, maklumlah aku baharu sahaja memulakan kehidupan sebagaiseorang pekerja di sebuah pasaraya di pecan hujung kampungku.Walupun kak Salina melarangkeras tetapi aku tetap dengan pendirianku.Bagi diriku, sampai bila hidupku ditanggung oleh kakSalina.Aku juga perlu berdikari sendiri.„ Diana!!!, bangun cepat. Kau ni nak jadi anak dara apa? Rumah tak dikemas lagi!‟Awal pagi lagi , ibu tiriku sudah memekak. Terkadang, aku ingin lari daripada berhadapandengan wajah bengi ibu tiriku itu. Tapi kemana harus kakiku melangkah..Selimut ku kemasdengan rapi, ku susun di atas bantal yang ku jahit sendiri.„Hidup ini kena berdikari. Payah kalau sentiasa bergantung ke atas orang lain. Hidup tak maju,diri sendiri pun tak ke mana-mana‟Aku teringat dengan kata-kata ayah . Ayah sering memberiku kata-kata semangat jikadibandingkan dengan ibu tiriku . Ku pulas perlahan tombol pintu bilikku. Mataku bertemu matadengan wajah bengis ibu tiriku.„ Berapa kali aku nak panggil kau? Kau ni dah pekak ke apa? “ Ngauman ibu tiriku baru sahajabermula.Aku tidak menjawab sepatah pun kata-kata yang dilontarkan oleh lidah berbisa ibu tiriku itu.Akudah lali dengan sikapnya.Api yang marak tak patut disimbah dengan minyak tanah. Kalau tidak ,hanguslah jadinya. Aku teru bergerak le dapur.„ Diana! Kau ni memang anak kurang ajar, aku bercakap kau boleh pergi macam tu je,kau niememang nak kena ya..‟Aku segera menoleh.„ Ibu, saya penat‟ Itu sahaja jawapan yang mampu aku berikan lantas meneruskan langkahkakiku.„Diana!!‟Kedengaran lagi ibu tiriku memanggil nama ku .Semakin lantang suaranya.
  • 3. 3“ Ibu!!!!Aku tahu itu pasti suara kak Salina yang baru sahaja balik dari menghantar hasil tempahan bajukurung ke rumah pelanggan di kampung sebelah.„ Kau ni dah kenapa Salina, menjerit tak tentu pasal?Kau ingat aku ni pekak ?‟Ibu mencekak pinggang di hadapan pintu dengan wajahnya yang bengis..„Ibu, mana Diana?‟Mata kak Salina meliar-liar mencari aku.Kak Salina pergi ke setiap bilik mencari kelibatku.„ Kau ni dh kenapa mencari budak tak guna tu? Apa faedahnya? Dapat menantu kaya ke aku ni?„ Ibu tahu tak, Diana dapat masuk dapat tawaran masuk ke universiti!‟Dengan wajah yang ceria dan penuh kegembiraan Kak Salina memberitahu ibu tiriku. Bebolamatanya mengharapkan agar ibu turut merasai apa yang kak Salina rasai.„ Masuk universiti? Apa faedahnya? Buang masa dan duit sahaja?Apa kau ingat gaji menjahitpakaian kau tu mampu menampung pelajaran budak tu! Kita yang kat rumah ni makan ibaratkais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi kau masih nak tampung pelajarandia?Masuk U tapi nanti keluar menganggur. Belajar tinggi-tinggi pun takde guna tetap juga kedapur juga nanti‟Riak wajah Kak Salina berubah serta-merta.Aku yang berada di kamar mandi turut memasangtelinga.Kegembiraan aku diragut oleh kata-kata yang dilemparkan ibu ibarat bumi dihempapangkasa lepas.Berderai airmata gugur jatuh ke bumi .Laju bak hujan yang membasahibumi.Retak dek sembilu yang menghiris hati.Sabun buku yang ku pegang hampir terlepas daripegangan.„ Inilah masalah masyarakat kita . Sentiasa berfikiran negatif.Masih berada di takuk yanglama.Tak inginkan perubahan.Kalau semua orang berfikiran macam ibu, alamatnya tak kemana-mana lah bangsa kita ibu. Mundur! Macam ibu jugak!‟
  • 4. 4Pang! Satu tamparan melekat di pipi kanan Kak Salina.Aku terkejut dan dengan pantasnya akumenyaluti badanku dengan tuala lantas menuju ke ruang tamu.„ Ibu, Kak Salina apa ni?‟Aku menjerit ketakutan.Pandangan mereka saling bertemu.Seolah pemangsa bertemu denganpemangsa.„ Kau jangan nak mengajar aku Salina. Aku hidup lebih lama daripada kau.Apa yang kau tahu?Kalau kau setakat tamat tingkatan lima tapi dah pandai-pandai nak mengajar orang macam akuni, kau patut cermin muka kau dan ukur langit tu tinggi ke rendah! Kalau kau rasa dah hebatsangat kau keluar dari rumah ni sekarang! Aku nak tengok sejauh mana kau mampu berdikarisendiri dengan bijaknya berkata-kata‟„ Ini rumah ayah kami tapi ibu yang jual kepada orang lain dan Mak Timah yang menebusnya,kenapa Salina perlu keluar dari rumah ni?Ibu tiriku segera bergegas berlalu tanpa berkata apa-apa meniti anak-anak tangga rumah.Seperti biasa ibu tiriku akan pulang lewat malam. Kadang- kadang tidak pulang ke rumah.Entahke mana.Adik bongsu ku pula walaupun masih sekolah rendah tetapi sudah dihantar ke sekolahberasrama penuh.Aku termati kutu melihat pandangan tajam mata ibu sebelum kelibatnya hilangdari pandangan.Kak Salina terjelepok.„Kak!‟Aku panik dengan serta- merta.„Kak, kenapa ni?‟Aku memeluk bahu Kak Salina.Matanya jelas tergambar seribu satu kekesalan disaluti kesedihanyang terpancar pada anak matanya.„ Adik, pergilah sambung belajar. Jangan dengar cakap ibu tu. Akak akan tolong adik‟„Tapi kak..Kata-kataku belum sempat ditamatkan ibarat mendayung tanpa tujuan.
  • 5. 5„ Assalamualaikum..Assalamualaikum..‟Aku dan Kak Salina segera bangun dan mencari dari mana datang arah suara itu.Hurmmm..orang tua ni tak habis-habis lagi ke?Bisik hatiku apabila melihat sepasang tubuh yangmemang aku kenal dengan sifat Mak Joyah atau Mak Timah yang merupakan kakak kepada ibutiriku.„Waalaikumsalam. Mak Timah..ada apa?„ Adik aku ada kat rumah tak? Ibu koranglah‟Mak Timah tanpa segan –silu meniti tangga rumah dengan muka yang penuh sinis.„ Takde Mak Timah . Dia dah keluar tadi.‟„ Ni, Mak Timah datang nak tanya bila nak bayar hutang „Matanya meliar memandang ke seluruh pelosok rumah.„ Hutang?Hutang ape Mak Timah?Bukan ke Salina dah bagi kat Ibu supaya bagi sendiri kat MakTimah.Muka Kak Salina penuh kehairanan.Pelbagai persoalan yang timbul di benaknya.„Kalau dah bayar hutang, taklah aku datang kemari nak tagih hutang! Korang ingat aku teringinsangat ke nak datang ke rumah yang hampir roboh ni. Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku jualrumah ni tapi mengenangkan ibu korang tu adik aku , aku redha je lah . Nasib berkahwin denganlelaki duda beranak dua yang papa kedana.‟Darahku kian membuak.Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menerkam dan menarik rambutMak Timah itu.„ Mak Timah, apa salahnya kita berbicara mengenai perkara yang baik sahaja mengenai arwah?‟Kak Salina cuba menenteramkan diri daripada terusan bertikam lidah yang tiada penghujung.Aku memandang tajam wajah Mak Timah.Mak! Oh Mak!
  • 6. 6„Siapa lagi pulak yang datang ni? Tak habis-habis ke bala yang menimpa hari ini? Tak cukuplagi ke?Hatiku kian membara lagi.Rupanya Annisa anak Mak Timah yang datang.„ Ada apa kau datang sini, tempat ni kotor nak, cepat balik!‟Annisa tersenyum tersipu-sipu.„Gediknya perempuan ni” bisik hatiku lagi.„ Annisa dapat tawaran masuk universiti. Annisa dapat tawaran dari Universiti Lim Kok Wing‟Aku mendengus.Sabar je lah wahai hati.„ Betulke apa yang mak dengar ni ? Jom kita balik kita bagitahu seluruh kampung yang anak akumemang pandai. Macam mak dia. Tak lah macam sesetengah orang tu. Hanya mampumenamatkan Tingkatan Enam je..Kerja kat Pasaraya je lah.‟Mak Timah memandang sinis ke arahku dan dengan cepatnya turun dari anak tangga dan berlalupergi.Kak Salina memandang wajahku.„ Adik, dengarlah cakap akak . Pergilah sambung belajar.Adik tak nak berjaya macam orang lainke? Adik tak nak senang dan berjaya mengubah hidup kita?‟„ Akak, adik bukan tak nak tapi banyak benda perlu dipertimbangkan.Betul cakap mak tu,walaupun setinggi mana kita belajar , kita tetap ke dapur juga . Macam mana kalau habis belajarnanti, adik menganggur?‟„ Adik, kenapa kita suka memikirkan perkara yang berlaku pada masa setahun dua ini? Kenapatak difikirkan 10 tahun akan datang? Kenapa fikiran adik cetek?.Orang yang tak pernah putus asaialah orang yang takkan gagal.‟Lembut tapi penuh dengan ketegasan.Aku hanya terdiam mendengar kata-kata Kak Salina.Malam seperti sebelumya aku akan solat bersama-sama Kak Salina tapi tidak kali ini. Aku masihtermangu di atas sejadah . Aku berdoa:
  • 7. 7Ya Allah , kau berikanlah petunjuk kepada hambamu ini agar jalan yang ku temui itu adasinarnya. Kau kuatkanlah hati hambamu ini dengan kuasamu dalam menjalani kehidupan yangbakal mendatang.Kau bukakanlah pintu hati ibuku agar berubah dan kembali ke jalan yangbenar.Ya Allah, semua ini aku mohon atas namamu Ya Allah.„Tok! Tok! Tok!Kedengaran bunyi pintu rumah diketuk. Aku segera keluar dari kamar dan melihat ibu tirikudengan sepucuk surat ada ditangannya. Kak Salina yang ketika itu tengah menjahit kaintempahan pelanggan bingkas bangun dan berdiri di tepinya.„Ya Allah, apa lagi ni‟„Diana! Kau pandang sini elok-elok! Buka mata dengan luas-luas! Impian dan cita-cita kauberada di tangan aku sekarang! Ini surat tawaran universiti!‟Kak Salina cuba merampas surat tersebut dari genggaman ibu tetapi ditolaknya badan Kak Salinadengan kasarnya hingga jatuh ke lantai. Mataku tergamam.„Ibu buat apa ni?‟„Aku kata jangan lawan aku, jangan lawan aku! Aku cakap tak payah pergi sambung belajar kantetapi kenapa degil sangat! Kau nak jadi anak derhaka?„Jangan ibu, jangan bu..Aku merayu sepenuh hati. Kaki ibu ku peluk seeratnya .Airmata ku tidakdapat diungkapkan dan diibaratkan dengan perumpaan.Dengan kasar, ibu menyepak muka ku.„Darah!Aku takut pada darah tapi dalam situasi seperti ini, aku perlu kuat.Tidak boleh mengalah.„ Kau nampak ni?‟Surat tawaran itu dikoyak secebis demi secebis. Tiada lagi helaian yang tinggal..Melayangnyasetiap cebisan kertas itu, acapkali itulah raungan ku semakin menjadi.Kak Salina hanya mampumengucap tanpa henti-henti.Malam itu telah menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.Bagaimanaseorang ibu sanggup memusnahkan impian anaknya sendiri. Betapa teganya ..Perasaan hormatku
  • 8. 8kepada ibu kian pudar.Sokongan seorang ibu yang kudambakan tapi cacian dan hinaan yangbertapak di hatiku.Dan malam itu juga , aku berjanji kepada diri sendiri untuk meneruskan pengajian selama tigatahun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di situlah segalanya akan terukir.„Kakak….Dania tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia terus memeluk badanku.„Kenapa akak tak pernah ceritakan kat adik?Kenapa sekarang baru adik tahu segala perit yangakak perlu lalui? Sedangkan adik …„ Adik, masa lalu itu terlalu pahit untuk diceritakan. Ceritanya memang takkan pernah habis.Seperti kita belajar sejarah, sejarah akan sentiasa berlaku melainkan dunia ini akan tamat. Ceritaakan takkan pernah habis adik‟Dania memelukku dengan eratnya.„Kak, Kak Salina di mana sekarang?Ibu?‟Persoalan yang sememangnya sudah ku duga . Yang pasti aku akan jawab dengan jawapan yangtelah ku aturkan.Kepulangan aku dari unversiti dengan membawa segulung ijazah sangat menggembirakan hatiKak Salina.Dia membuat segala persiapan untuk menyambut kepulanganku.Tapi, Allah lebihmenyayanginya. Kak Salina terlibat dalam kemalangan semasa hendak menjemputku diLapangan Terbang Antarabangsa ,Kuching. Teramat pilu hati aku ketika itu, melihat wajahtenang Kak Salina ketika dikafankan.„Ya , Kak Salina. Impian akak dah tertunai.Adik dah bawakan segulung ijazah untuk akak.Adiksayangkan akak.‟“Ibu???‟Ibu terus menghilangkan diri sejak dari hari itu. Dia tidak pernah muncul lagi.Kehilangannyamemberi seribu tanda tanya.
  • 9. 9Sejak dari hari itu, hidupku bertemankan kenangan bersama Kak Salina.Kekuatan hatinya,keazaman dan kekentalan hatinya terlalu bererti bagi diriku. Aku masih ingat lagi kata-kata KakSalina pada hari dia menghantarku ke lapangan terbang:“Kita tak mahu sedar dengan segala perubahan sekeliling. Itu yang sering membuat kita lupa,kehendak orang tak sama dengan kehendak kita, hati orang tak sama dengan hati kita,fikiran orang tak sama dengan fikiran kita. Dan itu, selalu buat kita terluka kerana harapankita supaya orang mengerti apa yang kita rasa, seringkali tersasar.Dan ingatlah bahawaorang yang kuat hatinya datang dari imannya yang kukuh”
  • 10. 10
  • 11. 11