Nota bab 2

714 views

Published on

Published in: Sports, Business
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
714
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nota bab 2

  1. 1. NOTA RINGKASSASTERA HIKAYATHANG TUAH BAB 2 1 LAMPIRAN 2. BAB 2 : HANG TUAH MENJADI HAMBA RAJA  SINOPSIS Kisah bermula perpindahan keluarga Hang Tuah ke Bentan lantaran Hang Mahmud mendapat mimpi bulan turun dari langit di atas kepala Hang Tuah. Mereka sekeluarga menetap di perkampungan Bendahara Paduka Raja. Semasa kecil Hang Tuah belajar pelbagai ilmu: mengaji al-quran, ilmu mempertahankan diri, ilmu belajar berbahasa. Kisah seterusnya, ketika berusia 10 tahun Hang Tuah bersahabat akhrab dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu Dan Hang Lekir. Kehebatan mereka terserlah buat pertama kali mengalahkan lanun-lanun samasa mereka dalam pelayaran menuju ke Pulau Tinggi dan Singapura. Penghulu Singapura yang menjadi saksi kehebatan mereka sehingga dia menceritakan perihal kehebatan 5 bersaudara itu kepada Bendahara Paduka Raja. Diceritakan juga Hang Tuah bersama rakannya berguru dengan Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa. Sang Aria Putera meramalkan Hang Tuah akan menjadi orang besar di Bentan kelak. Sang Aria Putera mengarahkan Hang Tuah dan rakannya berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura kerana ilmunya begitu banyak. Sekembalinya Hang Tuah dan rakannya dari Bukit Pancalusa, berlaku huru- hara di pasar kerana ada orang mengamuk. Hang Tuah dan rakannya yang lain berjaya mengalahkan pengamuk itu dan kejayaan meraka itu, telah menjadikan mereka dilantik menjadi biduanda Raja.  WATAK DAN PERWATAKAN.  Hang Tuah.  Anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu.  Tinggal di kampong Bendahara Paduka Raja –Bentan.  Bersahabat baik dengan Hang Jebat , Hang Kasturi , Hang Lekiu dan Hang Lekir.
  2. 2. NOTA RINGKASSASTERA HIKAYATHANG TUAH BAB 2 2  Hang Jebat.  Anak kepada Dollah dan Dang Bawa.  Bersahabat dengan Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir.  Tubuh badannya putih kuning, berambut ikal dan seorang yang tegas.  Hang Kasturi.  Anak kepada Mesamut dan Dang Sekanda.  Bersahabat dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir.  Hang Lekui  Anak kepada Hang Mansor dan Dang Hebah  Hang Lekir  Anak kepada Hang Shamsu dan Dang Seri.  Hang Mahmud  Ayah Hang Tuah dan suami kepada Dang Merdu.  Berasal daripada kampong Duyong.  Sang Aria Putera.  Seorang mahaguru yang terkenal di Bukit Pancalusa.  Mempunyai 2 orang adik : Raden Aria Sina, Sang Persata Nala.  Kasih kepada Hang Tuah.  Bendahara Paduka Raja.  Seorang penasihat Raja Melaka.  Mengambil anak angkat,iaitu Hang Tuah dan sahabat yang lain.  Bertanggung jawab membawa Hang Tuah dan sahabatnya ke istana.  Lanun.  Menyerang Hang Tuah dan sahabatnya ketika berada di Pulau Tinggi.
  3. 3. NOTA RINGKASSASTERA HIKAYATHANG TUAH BAB 2 3  Penghulu Batin Singapura.  Membantu Hang Tuah dan sahabatnya ketika diserang lagi oleh lanun-lanun.  Seorang bertanggungjawab dalam melakasanakan tugas.  Orang mengamuk  Ingin membunuh Bendahara Paduka Raja dan pengiring-pengiringnya.  Berjaya dibunuh oleh Hang Tuah.  Tun Mat.  Anak kepada Bendahara Paduka Raja .  Bersahabat baik dengan Hang Tuah dan rakan yang lain.  Bersikap baik dan bertimbang rasa.  Pegawai-Pegawai pengiring Bendahara Paduka Raja.  Bersikap pengecut kerana lari dari mempertahankan Bendahara Paduka Raja tekala diserang oleh pengamuk-pengamuk.  Raja Melaka.  Melantik Hang Tuah dan rakan yang lain menjadi biduanda istana.  UNSUR PENGAJARAN. 1- Tolong menolong antara sesama insan. 2- Mengeratkan talisilaturrahim merupakan tuntutan agama Islam. 3- Rajin berusaha dalam mendapatkan ilmu berguna mendatangkan manafaat pada diri sendiri. RUJUKAN. Rozaiman Makmun,2008. Buku 1 Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah. Tungku Link: Universiti Brunei Darussalam. http://perzim.gov.my/makam-hangtuah.htm http://melakainupicture.blogspot.com/2009/04/makam.hang-tauah-dan-legnda- hang-tuah.html. http://sejarahhangtuah.wordpress.com/2010/hang-tuah-keturunan-china/ http://freewords.com/suaraanum/0305b02.html
  4. 4. NOTA RINGKASSASTERA HIKAYATHANG TUAH BAB 2 4

×