Your SlideShare is downloading. ×
0
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
KSSR MATH TAHUN 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

KSSR MATH TAHUN 1

12,603

Published on

Published in: Education
2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
12,603
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
39
Actions
Shares
0
Downloads
140
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MATEMATIK TAHUN SATU 2010
  • 2. Cetakan Pertama 2010© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakamanatau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.
  • 3. KANDUNGANKANDUNGAN iii NOMBOR DAN OPERASIRUKUN NEGARA iv Nombor Bulat Hingga 100 1FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi Tambah dan Tolak 4KATA PENGANTAR vii Pecahan 6PENDAHULUAN ix Wang Hingga RM10 7RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH ixMATLAMAT ix SUKATAN DAN GEOMETRIFOKUS x Masa dan Waktu 8KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN x Panjang 9STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH xi Timbangan 10OBJEKTIF xi Isipadu Cecair 11KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK xi Ruang 12STANDARD KANDUNGAN DAN xiiiSTANDARD PEMBELAJARANSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN xixKREATIVITI DAN INOVASI xxPENILAIAN xx iii
  • 4. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 5. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  • 6. PENDAHULUAN RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHVisi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “Sekolah Unggul Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkanPenjana Generasi Terbilang”. Pendidikan di Malaysia bertujuan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik,membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Muridcara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikirwarganegara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasikurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah matematik.melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilaiuntuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan danMatematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalamansupaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerakmasalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkatmenggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pengajian yang lebih tinggi.pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yangterpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskankepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikankurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MATLAMATbagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula.Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaranberterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentangselaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami ideakemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikanbelakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dankemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi sertamenangani perubahan dan cabaran masa depan. ix
  • 7. FOKUSProses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagimembolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembanganpemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkanprinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalammatematik. KomunikasiKERANGKA KURIKULUM Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukanKEBANGSAAN lisan semasa berinteraksi Sains & Teknologi .Standard Kurikulum dibina berasaskan kepada Penguasaan pengetahuan sains,enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, kemahiran dan sikap saintifik. Kerohanian, Sikap &Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Penguasaan pengetahuan dan Nilai kemahiran matematik Penghayatan amalan agama,Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Penguasaan pengetahuan dan kepercayaan, sikap dan nilaiSains, Matematik dan Teknologi. Enam . kemahiran berasaskan teknologitunjang tersebut merupakan domain utama Insanyang menyokong antara satu sama lain dan Seimbang Kemanusiaandisepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif Perkembangan Penguasaan ilmu dan amalandan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk Fizikal & Estetika tentang kemasyarakatan danmembangunkan modal insan yang seimbang, Perkembangan jasmani dan alam sekitar setempat, negaraberpengetahuan dan berketerampilan kesihatan untuk kesejahteraan dan globalsebagaimana rajah di sebelah. diri Penghayatan semangat Pemupukan daya imaginasi, patriotisme dan perpaduan . kreativiti, bakat dan apresiasi Ketrampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum x
  • 8. STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH • Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam ideaRENDAH matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.Setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya • Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelasenam tahun pendidikan asas di sekolah. Ini merangkumi tiga tahun serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.pendidikan di tahap I dan tiga tahun pendidikan di tahap II. Setelah • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untukitu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yang diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategilebih tinggi. bagi menyelesaikan masalah. • Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik TAHAP TUJUAN dalam kehidupan harian. • Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea I Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap I matematik dan perkaitannya. bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik • Menghargai dan menghayati keindahan matematik. dan aplikasi asas. • Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan II Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II mengaplikasi ilmu matematik. bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan. KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yangOBJEKTIF berfikrah matematik.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaranMatematik membolehkan murid: FIKRAH MATEMATIK• Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa• Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem xi
  • 9. pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik BIDANG PEMBELAJARANini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik danmemahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara Kandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidangbertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pembelajaran iaitu:kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik. • Nombor dan Operasi • Sukatan dan Geometri • Perkaitan dan AlgebraREKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIK • Statistik dan Kebarangkalian • Nombor dan Operasi Kandungan bagi KSSR Matematik adalah sebagaimana berikut: BIDANG • Sukatan dan Geometri PEMBELAJARAN • Perkaitan dan Algebra NOMBOR DAN OPERASI SUKATAN DAN GEOMETRI • Statistik dan • Nombor Bulat • Masa dan Waktu Kebarangkalian • Penambahan • Ukuran Panjang • Penolakan • Timbangan • Pendaraban • Isipadu Cecair FIKRAH • Pembahagian • Bentuk Tiga Dimensi PROSES MATEMATIK SIKAP DAN NILAI • Operasi Bergabung • Bentuk Dua Dimensi • Tanggapan, minat, • Pecahan• Berkomunikasi • Perpuluhan penghargaan, yakin• Menaakul • Wang tabah dan berdaya• Membuat tahan perkaitan • Peribadi, interaksi,• Menyelesaikan PERKAITAN DAN STATISTIK DAN prosedur, intrinsik. Masalah KEMAHIRAN ALGEBRA KEBARANGKALIAN• Membuat Bagi peringkat KSSR • Perwakilan Data Perwakilan • Kemahiran matematik Matematik, tiada kandungan • Purata • Kemahiran menganalisis secara tajuk yang • Peratus • Kemahiran menyelesaikan masalah disenaraikan, ianya lebih • Kemahiran membuat penyelidikan berupa unsur secara tidak langsung. • Kemahiran berkomunikasi • Kemahiran menggunakan teknologi xii
  • 10. Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secara Kemahiran Matematikmendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yangpelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalam Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:kalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, dan • Menggunakan laras bahasa matematik yang betul danmatematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisan mengaplikasikan penaakulan mantik.pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman • Menyatakan idea matematik secara jitu.sedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebih • Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan murid • Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik.untuk mengaplikasikan matematik. • Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.Peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai yang disediakanseharusnya melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran Kemahiran Menganalisismatematik, membantu murid membentuk kefahaman mendalamtentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebih Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan sepertibermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskan berikut:kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya • Berfikir secara jelas.membuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, • Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk meneroka dan • Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,mengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar, • Memahami penaakulan yang kompleks,peralatan teknologi dan pelaksanaan tugasan/amali/kerja projek • Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.seharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yangdisediakan untuk murid. • Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah. Kemahiran Menyelesaikan MasalahKEMAHIRAN Kemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaanKemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan seperti berikut:dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan • Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isumembina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik, utama permasalahan.manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat • Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas danmatematik dan TMK. mengeksplisitkan andaian yang dibuat. xiii
  • 11. • Menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa Kemahiran Menggunakan Teknologi masalah yang lebih kecil dan khusus. Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan• Bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus, untuk menyelesaikan masalah yang sama. kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internet• Menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian dan pakej pembelajaran untuk: tidak ketara. • Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih• Meminta bantuan sekiranya memerlukan. mendalam.Kemahiran Membuat Penyelidikan • Membuat, menguji dan membuktikan konjektur. • Meneroka idea matematik.Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaan • Menyelesaikan masalah.seperti berikut:• Merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain.• Mengakses buku di perpustakaan. PROSES• Menggunakan pengkalan data. Berkomunikasi• Mendapatkan maklumat dari pelbagai individu.• Berfikir. Komunikasi tentang idea matematik dapat membantu murid menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik.Kemahiran Berkomunikasi Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapatKemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantauberikut: perkembangan kemahiran matematik mereka.• Mendengar secara berkesan.• Menulis idea matematik secara tepat dan jelas. Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea• Menulis esei dan pelaporan. matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik.• Membuat pembentangan. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif. xiv
  • 12. Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematikbapa, orang dewasa dan guru dapat membantu murid melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran.menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea dan Murid yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap,pemahaman matematik mereka. Bagi memastikan berlakunya membaca, menulis dan mendengar semasa pengajaran danproses penjanaan, perkongsian dan peningkatan pemahaman, pembelajaran matematik, akan dapat berkomunikasi untukmurid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea matematik mempelajari matematik dan belajar untuk berkomunikasi secaramereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan matematik.pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu muridmeningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik. MenaakulAspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematikadalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif, Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematikdan memahami dan mengaplikasi notasi matematik dengan betul. dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentangMurid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol matematik matematik lebih bermakna. Perkembangan penaakulan matematikdengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasitimelibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritismanipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secaradapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagi mendalam dan bermakna. Bagi mencapai objektif ini, murid harusmenjelaskan idea matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktikanmatematik. konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semuaKomunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa peka aktiviti matematik. Selain itu, guru perlu menyediakan ruang danterhadap keperluan murid untuk berasa selesa semasa bercakap, peluang untuk perbincangan matematik yang bukan sahajabertanya soalan, menjawab soalan dan menghuraikan pernyataan engaging tetapi membolehkan setiap murid terlibat dengan baik.kepada rakan sekelas dan juga guru. Murid perlu diberi peluanguntuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana, Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviticontohnya berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara matematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuatberpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepada kesimpulan berdasarkan pola tersebut.seluruh kelas. Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaranPenilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara mengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai hanyamatematik dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi xv
  • 13. mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematik Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalamanyang sebenarnya. Penaakulan bukan saja mengubah paradigma seharian di dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedarimurid dari sekadar belajar kepada berfikir, malah memberi kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik. Selainpengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan dilatih untuk itu murid berpeluang menggunakan matematik secara kontekstualmembuat konjektur, membuktikan konjektur, memberikan dalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharianpenerangan logikal, menganalisa, menilai dan memberi justifikasi mereka. Model matematik digunakan untuk menerangkan situasiterhadap semua aktiviti matematik. Latihan sedemikian membentuk kehidupan sebenar secara matematik. Murid akan mendapatimurid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan kaedah ini boleh digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatuhasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan masalah atau untuk meramal kemungkinan sesuatu situasitinggi. berdasarkan model matematik tersebut.Membuat Kaitan Menyelesaikan MasalahDalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaranmembuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan dan pembelajaran matematik. Justeru, pengajaran danpengetahuan konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalahtopik-topik dalam matematik khususnya dan matematik dengan secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman murid Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberidalam matematik dan menjadikan matematik lebih jelas, bermakna penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikandan menarik bagi mereka. pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut:Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang • Memahami dan mentafsirkan masalah.diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan • Merancang strategi penyelesaian.penyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan antara bidang- • Melaksanakan strategi.bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyakkonsep dan kemahiran secara berasingan. Sebaliknya, dengan • Menyemak semula penyelesaian.mengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yangberbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik akan Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaiandilihat dan dipelajari sebagai satu disiplin ilmu yang menyeluruh masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harusserta lebih mudah difahami. diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan xvi
  • 14. aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkanmatematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat perkaitan antara dunia sebenar dan dunia matematik. Formula,memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi jadual, graf, persamaan dan sebagainya, semua merupakan objekharian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian matematik yang digunakan untuk mewakili pelbagai gagasan danmasalah yang boleh dipertimbangkan: hubungan dunia sebenar.1. Mencuba kes lebih mudah Perwakilan boleh didefinisikan sebagai ‘Sebarang tatarajah huruf,2. Cuba jaya imej atau objek konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkan3. Melukis gambar rajah sesuatu yang lain’. Sistem perwakilan secara semula jadi terbahagi4. Mengenal pasti pola kepada dalaman dan luaran. Sistem perwakilan dalaman adalah5. Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem yang wujud di dalam fikiran seseorang individu manakala sistem6. Membuat simulasi perwakilan luaran adalah yang mudah dikongsi dengan dan dilihat7. Mengguna analogi oleh orang lain. Perwakilan dalaman terdiri daripada gagasan yang8. Bekerja ke belakang membantu dalam menggambarkan proses manusia mempelajari9. Menaakul secara mantik dan menyelesaikan masalah dalam matematik, dan perwakilan10. Mengguna algebra luaran terdiri daripada perkara seperti rajah, bahasa rasmi, dan notasi lambang. Guna pelbagai perwakilan untuk menunjukkan satu konsep yang sama membantu bukan sahaja mengembangkanMembuat Perwakilan pemahaman konsep yang lebih baik tetapi juga mengukuhkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah.Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di mana kitahidup. Oleh yang sedemikian, mesti wujud keserupaan antara Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubunganaspek-aspek dunia yang diwakili dan aspek-aspek dunia yang matematik murid. Perwakilan membenarkan muridmewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia ini boleh mengkomunikasikan pendekatan, perdebatan dan pemahamandigambarkan seperti berikut: matematik kepada diri mereka sendiri dan kepada orang lain. Perwakilan membenarkan murid untuk mengenal hubungan antara Model-model konsep yang berkaitan dan mengaplikasikan matematik kepada Memudahkan konkrit Melambangkan masalah yang realistik. Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalam Dunia Dunia perkembangan pemahaman secara matematik dan pemikiran Sebenar Matematik kuantitatif. Tanpa perwakilan, matematik secara keseluruhannya adalah abstrak, sebahagian besarnya adalah falsafah, dan Menyemak Mengira Ramalan xvii
  • 15. barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripada Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait denganpopulasi. Dengan perwakilan, gagasan matematik boleh dibentuk pembentukan sahsiah dan keperibadian individu seperti jujur,model, hubungan penting boleh dihuraikan, dan pemahaman sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti,dirangsang melalui satu pembinaan dan urutan teliti bagi pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap,pengalaman dan pemerhatian yang sesuai. bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi. Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baikSIKAP DAN NILAI dalam konteks bilik darjah. Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik sepertiPenyerapan nilai dan sikap dalam kurikulum Matematik bertujuan penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincanganmelahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka, dan hormatmulia. Selain itu, penghayatan sikap dan nilai dapat membentuk menghormati.generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Pemahaman dan kesedaran tentang sikap dan nilai dalam Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalam matematikmasyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak seperti menaakul, membuat perwakilan, menyelesai masalah,secara langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. berkomunikasi, membuat kaitan, dan mengguna teknologi.Nilai dan sikap terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yang Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan kandungan matematikdisediakan oleh guru. Pembentukan ini seharusnya melibatkan dan disiplinnya seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan danunsur kepercayaan, minat, penghargaan, keyakinan, kecekapan nilai sejarah.dan ketabahan. Pembentukan nilai dan sikap juga meliputi aspekperibadi, interaksi, prosedural dan intrinsik. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARDDalam matematik, sikap dan nilai perlu diterapkan melalui konteks PEMBELAJARANyang sesuai. Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektifdalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain: Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan• Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard matematik. Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.• Minat dan keseronokan mempelajari matematik. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang• Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik. dibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bidang pembelajaran.• Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik.• Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik. xiii
  • 16. Standard Kandungan belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuiri penemuan berpusatkan murid dengan berbantukan teknologi yangKenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untukefektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan,sesuatu subtopik. bermakna, berguna dan mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendahStandard Pembelajaran menggalakkan penggunaan mempelbagaikan kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran danKenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesananlakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknikkeupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapatmenunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dankemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabilapembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikan merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran.kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan kontekspersekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk isi pelajaran dan terancang.konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalammatematik. Unsur sejarah, patriotism, alam sekitar dan sains diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan murid menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat murid terhadapSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN sesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentangPembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan sesuatu konsep atau simbol.pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajarandilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif,pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlumengikut kadar sendiri. diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaianStrategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid dengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untukbagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran berkomunikasi dan berani membuat keputusan. xix
  • 17. KREATIVITI DAN INOVASI Proses membina kemahiran secara kreatif dan inovatif boleh bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan danTerdapat banyak definisi kreativiti, menurut Kamus Dewan, 1997 tindakan dalam persediaan perancangan pengajaran dankreativiti bermaksud kemampuan atau kebolehan mencipta. pembelajaran di bilik darjah. Melalui proses ini, pengajaran danManakala menurut PPK, 1999 kreativiti merupakan kebolehan pembelajaran yang berfokuskan murid terbentuk bagimencerna dan menghasilkan idea baru dan asli. Idea tersebut menggerakkan kemahiran kreatif di kalangan murid.dihasilkan melalui ilham atau gabungan idea yang ada.Kreativiti hendaklah diterapkan dengan berkesan dalam Pengajarandan Pembelajaran di mana guru perlu kreatif dan inovatif dalam PENILAIANmemainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkanmurid yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dansikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan daya pembelajaran. Ia perlu dirancang dengan baik dan dijalankankreativiti dan inovasi murid. berterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah. Dengan berfokuskan kepada aktiviti Matematik yang pelbagai, kekuatan danIni penting kerana kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dalam kelemahan murid boleh dinilai. Kaedah penilaian yang berbezakalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Ini bertujuan boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai teknik penilaianuntuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri termasuk kerja lisan dan bertulis dan juga tunjuk cara. Ia bolehserta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. dijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatian dan kajian. Berdasarkan kepada keputusan, guru dapatPengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif boleh memperbetulkan salah tanggapan dan kelemahan murid dan dalamditerapkan melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik, masa yang sama memperbaiki kemahiran mengajar mereka. Gurukomunikasi, membuat perkaitan dan penggunaan teknologi, di boleh mengambil langkah yang berkesan dalam menjalankanmana murid: aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaan• Membina model matematik melalui corak dan hubungan. murid.• Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran, pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian.• Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik, dengan disiplin ilmu yang lain.• Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin.• Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat). xx
  • 18. NOMBOR DAN OPERASI1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …1.1 Menyatakan kuantiti secara (i) Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama intuitif. banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara: (a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek. (b) Membandingkan dua kumpulan secara padanan. (c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.1.2 Menama dan menentukan nilai. (i) Menamakan nombor hingga 100: (a) Membilang objek dalam kumpulan. (b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. (c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan. (d) Menamakan angka. (ii) Menentukan nilai nombor hingga 100: (a) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang disebut dengan menggunakan objek sebenar, gambar, garis nombor dan abakus 4:1. (b) Memadankan kumpulan objek dengan nombor. (c) Membandingkan nilai dua nombor dan menyatakan hubungannya “lebih daripada” dan “kurang daripada”. (d) Menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka mengikut tertib menaik dan tertib menurun. (e) Membandingkan dua nombor dan menyebut sebarang nombor yang terletak di antaranya. 1
  • 19. NOMBOR DAN OPERASI1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …1.3 Menulis nombor. (i) Menulis nombor hingga 100 dalam: (a) Angka (b) Perkataan1.4 Melengkapkan sebarang (i) Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara: rangkaian nombor. (a) Satu-satu (b) Dua-dua (c) Lima-lima (d) Sepuluh-sepuluh tertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek dan garis nombor. (ii) Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara: (a) Satu-satu (b) Dua-dua (c) Lima-lima (d) Sepuluh-sepuluh tertib menaik dan menurun.1.5 Menentukan nilai tempat bagi (i) Menyatakan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100. nombor. (ii) Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 100. (iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan menggunakan abakus 4:1. 2
  • 20. NOMBOR DAN OPERASI1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …1.6 Menganggar. (i) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan (a) Menyatakan kuantitinya. (b) Menggunakan perkataan “lebih daripada” dan “kurang daripada”.1.7 Membundarkan nombor bulat. (i) Membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat dengan menggunakan garis nombor.1.8 Melengkapkan pola nombor. (i) Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi. (ii) Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah. 3
  • 21. NOMBOR DAN OPERASI2. TAMBAH DAN TOLAK Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …2.1 Mengenal pasti pasangan (i) Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah nombor yang diberi. nombor untuk membentuk satu (ii) Menyebut jumlah dua nombor. nombor yang berkaitan. (iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi.2.2 Mengenal simbol. (i) Menggguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak. (ii) Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan. (iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. (i) Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas:2.3 Tambah dan tolak dalam (a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah. lingkungan 100. (b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. (c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah. (d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah dan tolak. (e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak. (ii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100: (a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak. (b) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak. (c) Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi penambahan dan penolakan. 4
  • 22. NOMBOR DAN OPERASI2. TAMBAH DAN TOLAK Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …2.4 Membina dan menyelesaikan (i) Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100. masalah yang melibatkan (ii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model situasi cerita bagi operasi situasi. tambah dan tolak. (iii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian. 5
  • 23. NOMBOR DAN OPERASI3. PECAHAN Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …3.1 Mengenal pasti konsep satu (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perdua dan satu perempat. perkataan ”setengah”, ”separuh” dan ”suku” dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas. 6
  • 24. NOMBOR DAN OPERASI4. WANG HINGGA RM10 Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen. (i) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. (ii) Mewakilkan nilai wang: (a) Sen hingga RM1. (b) Ringgit hingga RM10. (iii) Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1. (iv) Menukar wang: (a) Syiling hingga 1 ringgit. (b) Ringgit hingga RM10. 4.2 Tambah dan tolak melibatkan (i) Tambah dan tolak: wang. (a) Sen hingga RM1. (b) Ringgit hingga RM10. (ii) Tambah dan tolak melibatkan wang dengan menggunakan abakus 4:1. 7
  • 25. SUKATAN DAN GEOMETRI5. MASA DAN WAKTU Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 5.1 Menamakan hari dan bulan (i) Menyatakan waktu dalam sehari. dan menerangkan aktiviti (ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari (pada hari persekolahan sejajar dengan hari sahaja). persekolahan. (iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. (iv) Menamakan bulan dalam setahun. 5.2 Menyebut dan menulis waktu. (i) Mengenal pasti dan menyatakan “setengah” dan ”satu perempat” berdasarkan muka jam. (ii) Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam sahaja dengan menggunakan jam analog. 8
  • 26. SUKATAN DAN GEOMETRI6. PANJANG Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 6.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai. mengukur panjang. (ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan piawai. (iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam konteks. 9
  • 27. SUKATAN DAN GEOMETRI7. TIMBANGAN Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 7.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan unit bukan timbangan. piawai. (ii) Membanding dua atau lebih timbangan objek menggunakan unit bukan piawai. (iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata timbangan dalam konteks. 10
  • 28. SUKATAN DAN GEOMETRI8. ISIPADU CECAIR Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 8.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan isipadu cecair menggunakan isipadu cecair. unit bukan piawai. (ii) Membandingkan dua atau lebih bekas cecair menggunakan unit bukan piawai. (iii) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks. 11
  • 29. SUKATAN DAN GEOMETRI9. RUANG Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk … 9.1 Mengenal pasti bentuk (i) Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, tiga dimensi (3D). silinder dan sfera. (ii) Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk 3D. (iii) Menyusun objek mengikut pola. (iv) Membina model 3D dan menerangkannya. 9.2 Mengenal pasti bentuk (i) Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan dua dimensi (2D). bulatan. (ii) Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk 2D. (iii) Menyusun bentuk 2D mengikut pola. (iv) Menghasilkan corak berasaskan bentuk 2D. 12

×