• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi
 

Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi

on

  • 6,667 views

Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Asmah Haji Omar di Edutorium Kementerian Pendidikan, Singapura

Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Asmah Haji Omar di Edutorium Kementerian Pendidikan, Singapura

Statistics

Views

Total Views
6,667
Views on SlideShare
6,655
Embed Views
12

Actions

Likes
2
Downloads
221
Comments
0

2 Embeds 12

http://www.slideshare.net 10
http://geraksenandungselayu.blogspot.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi Presentation Transcript

    • Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar 1 Ogos 2009 Kementerian Pendidikan Singapura
    • 2. Maksud Perkembangan Bahasa
      • Perubahan yang mempertingkatkan keefisienan bahasa
      • Perubahan berlaku pada sistem & struktur
      • Sistem - unit-unit yang mendirikan paradigma
      • bentuk & konsep dalam bahasa
      • Struktur – susunan unit-unit dalam untaian, menghasilkan kata, frasa, klausa, ayat
    • 3. Sistem
      • Sistem dibahagikan berdasarkan fungsinya dalam nahu dan juga sebagai pendukung makna
      • Sistem dalam nahu - misalnya, sistem nama (noun/nominal system), sistem kerja (verbal system), sistem adverba, sistem kala dsb.
      • Sistem pendukung makna – sistem leksikal, sistem semantik, misalnya sistem bilangan, sistem gender dsb.
    • 4. Sistem Leksiko-Semantik
      • Sesuatu unit pendukung makna = unit leksikal
      • Unit ini terdiri daripada kata atau frasa
      • Sesuatu unit leksikal dapat diberi definisi, seperti yang terdapat dalam kamus
      • Sebagai contoh kata “rumah” boleh diberi definisi secara tersendiri. Demikian juga frasa “rumah teres”
      • Oleh sebab itu, kajian makna berdasarkan kata atau frasa dimasukkan dalam kajian leksiko-semantik
    • 5. Leksikon
      • Perbendaharaan leksis/kata, yang di dalamnya termasuk semua kata dan frasa, dari semua jenis, termasuk idiom, metafora dsb.
      • Perbicaraan tentang leksikon sesuatu bahasa meliputi kaedah pembentukan unit leksikalnya, bentuk dan kelasnya, fungsinya dalam ayat, asal usul (etimologi) sesuatu unit leksikal, dan perubahan-perubahan yang berlaku
    • 6. Saiz Leksikon
      • Saiz leksikon sesuatu bahasa selari dengan perkembangan sosio-budaya bahasa berkenaan
      • Demikian juga jenis unit-unit leksikal yang ada dalam bahasa
      • Makin berkembangnya komuniti penutur bahasa dari segi sosio-budaya makin besarlah leksikonnya, dan makin tinggilah kadar kepelbagaian leksisnya, yakni dari segi membawa konsep dlm memenuhi keperluan intelektual penutur
    • 7. Penggambaran Tamadun
      • Leksikon sesuatu bahasa menggambarkan tamadun komuniti empunya bahasa berkenaan
      • Untuk mengenal pasti ciri-ciri asli sesuatu tamadun, bahasa boleh menjadi petunjuk yang baik.
      • Sebagai contoh kata durian, rambutan, langsat, duku, melambangkan tumbuh-tumbuhan asli alam Melayu. Bandingkan dengan papaya dan (a)nanas. Dilihat dari segi sistem & struktur
      • Contoh lain: pantun: syair: gurindam: seloka
    • 8. Contoh Lain
      • Nama tempat – merupakan bukti sejarah penempatan bangsa atau suku kaum
      • Nama tempat di Semenanjung – memberi gambaran sejarah migrasi suku kaum – misalnya: Sungai Pelek, Gunung Benom
      • Pulau Adang, Pulau Lipe’, Saton di Thailand
    • 9. Leksikon Asal BM
      • Terdiri daripada unsur-unsur asli Melayu – dari rumpun Austronesia
      • Banyak perkataan yang kita kongsi bersama dengan bahasa-bahasa sekeluarga - hingga ke kawasan Pasifik
      • Bukti bentuk BM dalam bentuk bertulis yang paling awal ialah batu-batu bersurat di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka - abad ke-7 Masihi
    • 10. Bhs Batu Bersurat Abad ke-7
      • Mempunyai bentuk yang cukup lengkap dari sistem bunyi, pembentukan kata (morfologi), dan susunan ayat (sintaksis)
      • Perbendaharaan kata Melayu asli menggambarkan kehidupan rakyat – struktur asas
      • Banyak terdapat kata dan ungkapan Sanskrit – gambaran superstruktur dengan kepercayaan Buddha serta sistem pemerintahan yang dipengaruhi oleh budaya luar
    • 11. Bentuk BM Pra-Abad Ke-7
      • Tidak ada bukti bertulis
      • Bentuk dapat ditabirkan dgn kaedah linguistik historis-komparatif - membawa kepada rekonstruksi
      • Tidak ada komuniti manusia yang tidak mempunyai sistem & struktur lengkap untuk kepentingan komunitinya
      • Jika BM abad k-7 sudah lengkap, maka pasti bahasa berkenaan sudah diturunkan dalam bentuk yang seperti itu ratusan tahun sebelum itu
    • 12. Rekonstruksi
      • Rekonstruksi – boleh dilakukan untuk semua sistem & struktur
      • Rekonstruksi kata – dilakukan dengan membandingkan kata-kata yang ada untuk memperoleh bentuk proto
      • Dalam rekonstruksi kata, yang direkonstruksi ialah bentuknya (dari segi fonem, kaedah pembentukan kata), dan juga makna
    • 13. Etimologi
      • = sejarah kata: dari segi bentuk & makna
      • Penggambaran tamadun dari kajian etimologi: paradigma yang teratur dalam pemikiran manusia
      • Lihat nama tumbuh-tumbuhan & haiwan dalam BM yang disusun dalam paradigma yang teratur dari segi morfologi
    • 14. Klasifikasi tumbuh-tumbuhan
      • mertajam senduduk bebaru
      • merlilin sembawang bentangur
      • merjagung sengkuang beluntas
      • mersawa semantan bendalu
      • merbau semangkuk belolok
      • meranti sekunyit belangkan
    • 15. Klasifikasi Haiwan
      • belalang senggiling/tenggiling
      • belangkas senggulung
      • bengkatuk selangur
      • bengkatak sendarat (ikan)
      • bengkarung sembilang
      • biawak senangin
      • buaya sempada (sejenis ketam)
    • 16. Etimologi nama flora & fauna
      • Dari segi bentuk, ada unsur awalan yang sudah beku: mer-, me- (men-, meng); se- (se-, sem-, sen-, seng-); be- (be-, ben-, beng-); bi- (bi-, b-)
      • Memberi gambaran bagaimana orang Melayu membentuk kata dan memberi makna
      • (Untuk perbincangan terperinci, lihat Asmah Haji Omar, Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk, DBP, KL, 1995)
    • 17. Klasifikasi Alam
      • Kata “pulau”
      • Kata-kata topografi
      • Kata-kata warna
      • Kata-kata yang membahagikan masa dalam satu hari satu malam
      • Kata-kata yang menunjukkan fiil, seperti jenis-jenis konflik dsb
    • 18. Klasifikasi Alam (Samb.)
      • Berdasarkan penjodoh bilangan: saiz, bentuk, tekstur, benda tunggal lawan benda jamak – ini merupakan klasifikasi leksiko-nahu (lexico-grammar)
      • Klasifikasi gender – dalam BM hanya dari segi leksiko-semantik, bukan leksiko-nahu
    • 18. Pengaruh Luar Selepas Sanskrit
      • Dari bahasa Arab, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris
      • Pengaruh dari bahasa-bahasa ini dapat dikaitkan dengan jenis budaya yang dibawa - semuanya memperlihatkan budaya tinggi
      • Pengaruh bahasa Arab - kata-kata lebih banyak menggambarkan alam kerohanian dan falsafah dibandingkan dengan alam kebendaan
    • 20. Pengaruh Luar (samb)
      • Parsi = alam kebendaan budaya tinggi – sakhlat, marmar, mahligai
      • Portugis & Belanda – tidak banyak – mata benda
      • Inggeris – kebendaan & keilmuan
      • Pengambilan unsur luar ada tujuan – memberi bentuk bahasa kepada konsep baru
      • Pengambilan tidak berlaku secara rambang – ada ciri pilihan
    • 21. Pengaruh dari bahasa asing yang sudah bermastautin
      • Bahasa Cina, Tamil, Siam
      • Tidak banyak, hanya dari segi nama benda-benda
      • Juga bukti bahawa peminjaman berlaku jika ada keperluan, dan berlaku secara teratur
      • Gejala ini timbul dari kebijaksanaan penutur dan penerimaan secara “convention” komuniti
    • 22. Perlakuan terhadap unsur asing
      • Utk menjadi bahagian leksikon Melayu, unsur asing perlu diserap
      • Penyerapan bentuk fonologi sahaja tanpa perubahan makna
      • Penyerapan fonologi dengan perubahan makna
      • Contoh: kursi/kerusi; syurga, rumah banglo
    • 23. Perubahan Dalaman
      • Perubahan yg mengambil manfaat dari unsur-unsur yang sedia ada dalam bahasa, dengan cara
      • Memberi makna & fungsi baru kepada unsur-unsur yang sedia ada – menimbulkan kata-kata baru dalam paradigma tertentu
      • Memanfaatkan unsur dari dialek atau bahasa sekeluarga
      • Mewujudkan semula unsur beku
    • 24. Memberi makna & fungsi baru
      • Pendapat – pendapatan
      • Penghutang – piutang
      • Pelajar – pembelajaran – belajar
      • Perbicaraan – pembicaraan
      • Pustaka – perpustakaan - kepustakaan
    • 25. Mewujudkan Semula Unsur Beku
      • Contoh yang baik ialah pewujudan semula sisipan dan penggandaan suku kata pertama
      • Tenusu, gerincingan
      • Nama bintang – lelompat, leloncat, rerangkak. rerayap
    • 26. Sumber Dialek
      • Diketepikan untuk beberapa ketika dlm pembinaan BM secara terancang di DBP
      • Banyak kata-kata dari dialek yang dapat memperbesarkan leksikon BM standard
      • Kata-kata yang menggambarkan aktiviti & cara hidup komuniti-komuniti dialek, misalnya pertanian di Kedah, perikanan di Kelantan & Terengganu, tenunan di Kelantan & Terengganu, anyaman di Melaka dsb.
    • 27. Contoh sumber dialek
      • Nama peringkat pertumbuhan padi
      • Nama jenis-jenis padi
      • Nama alat-alat: lesung tumbuk, lesung hindik, pengisar, nyiru, badang, kepoi, cupak,gantang
      • Nama aktiviti yg bersangkutan: menyemai, menanam, mengetam, mengerat, memukul,
      • mengurui, menampi, menumbuk, mengisar
      • (Asmah Haji Omar, Bahasa & Alam Pemikiran Melayu, DBP, Edisi Ke-2, 1993, Bab 5 & 6)
    • 28. Contoh sumber dialek (samb.)
      • Untuk konsep “to cut” (sekurang-kurangnya ada 14 kata): tebang, tebas, cantas, cencang, hiris, rincik dsb.
      • Untuk konsep “to beat”, “to hit” (sekurang-kurangnya 14): pukul, tabuh, bantai, tibai, balun, tumbuk, dsb
      • (Lihat Amah Haji Omar, “Perception and Reality as Reflected in the Kedah Dialect, dlm Asmah Haji Omar (ed.), Darulaman: Essays on Linguistic, Cultural and Socio-Economic Aspects of the Malaysian State of Kedah , Penerbit Universiti Malaya 1979, h. 15 – 33.
    • 29. Sumber bahasa sekeluarga
      • Masuknya bergantung pada lamanya pergaulan antara komuniti sekeluarga dgn komuniti Melayu
      • Secara perbandingan paling banyak unsur dari bahasa Jawa: sejarah politik, hubungan kekeluargaan, pembinaan bahasa Indonesia yg banyak mengambil unsur J
    • 30. Unsur bahasa bumiputera di Sabah & Sarawak
      • Belum begitu banyak
      • Sebelum Malaysia, BM di Sabah & Sarawak tidak begitu berkembang
      • Sebelum Malaysia, hubungan kekeluargaan tidak sebegitu banyak seperta hubungan dengan orang-orang Jawa & Sumatera
      • Pembinaan kamus & pengajaran bahasa bumiputera di sekolah boleh membawa perubahan
    • 31. Pembesaran Leksikon secara terancang
      • Apa yang berlaku di DBP dalam kerangka kerjasama MBIM/MABBIM
      • Penentuan berdasarkan keperluan
      • Keperluan dimasukkan dalam konteks bidang & subbidang ilmu
      • Pengambilan unsur leksikal, morfologi & fonologi
      • Mewujudkan perubahan yang sangat pesat
    • Penutup
      • Pembinaan leksikon dari luar dan dalam
      • Pembinaan secara konvensyen masyarakat pengguna bahasa & secara terancang
      • Dalam pembinaan terdapat langkah menyaring & memilih terutama sekali apabila menghadapi unsur-unsur luar
      • Perkembang unsur leksikal bermakna perkembangan etimologi unsur berkenaan
    • TERIMA KASIH Semoga bertemu lagi