• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bengkel Bahan Sokongan MEKAR
 

Bengkel Bahan Sokongan MEKAR

on

  • 4,807 views

Bengkel Bahan Sokongan MEKAR

Bengkel Bahan Sokongan MEKAR

Statistics

Views

Total Views
4,807
Views on SlideShare
4,703
Embed Views
104

Actions

Likes
2
Downloads
69
Comments
0

6 Embeds 104

http://subjects.edumall.sg 55
http://subjects.opal.moe.edu.sg 23
http://www.slideshare.net 15
http://subjects.strix.url3.net 5
http://subjects.opalstage.url3.net 5
http://www.edumall.sg 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment
  • Assalamualaikum dan Selamat +++++, kepada semua cikgu yang hadir di Bengkel Penggunaan Bahan Sokongan MEKAR bagi Darjah 1 dan Darjah 2 Bengkel ini mempunyai acara yang padat dan saya meminta kerjasama Cikgu untuk menggunakan masa yang terhad sebaik yang mungkin kerana kita terpaksa menyelesaikan bengkel ini paling lewat pada jam 11.45 pagi memandangkan Cikgu perlu pulang ke sekolah selepas bengkel ini untuk mengajar. Bengkel hari ini akan dikendalikan oleh: Cikgu Fadilah Isnin. Beliau akan dibantu oleh Cikgu Mohamed Saddiq Mohd Salleh Cikgu Siti Aisha Said
  • Atur cara Bengkel adalah seperti yang berikut: 8.30 pagi Pengenalan 8.45 Kad Imbasan dan Kad Bergambar 9.50 Rehat 10.10 Buku Besar dan Buku Kecil 11.10 Rumusan dan Maklum Balas
  • Atur cara Bengkel adalah seperti yang berikut: 2.30 ptg Pengenalan 2.45 Kad Imbasan dan Kad Bergambar 3.50 Rehat 4.10 Buku Besar dan Buku Kecil 5.10 Rumusan dan Maklum Balas
  • Objektif Bengkel ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dengan Cikgu bagi menjelaskan 1. Bagaimana bahan pelengkap dan bahan sokongan menyangga (menyokong) pembelajaran bahasa yang terdapat dalam setiap Unit dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti pake j MEKAR; 2. Cara dan kaedah bahan pelengkap dan bahan sokongan digabungjalin dengan bahan utama MEKAR secara berkesan; dan 3. Kami juga ingin supaya Cikgu dapar berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagaimana bahan-bahan tersebut boleh digunakan dengan efektif. Cikgu, ada berapa jenis bahan pelengkap dalam pakej MEKAR? Ada berapa jenis bahan sokongan dalam pakej MEKAR? Bahan Pelengkap = Buku Besar dan Buku Kecil Bahan yang telah diperuntukkan waktu atau period bagi penggunaanya Buku Besar: 4-6 waktu Buku Kecil: 2-3 waktu Bahan telah disediakan oleh MOE dan mesti digunakan Pada masa lalu, Buku Besar dan Buku Kecil tidak diharuskan penggunaannya tetapi kini kita mengambil pendekatan yang berlainan. Bahan Sokongan = Kad Imbasan, Kad Bergambar dan Bahan MEKAR dalam Talian Digunakan untuk menyokong setiap unit pembelajaran Menyokong pembelajaran secara memerancah (scaffold) pemahaman murid daripada: Visual: tulisan  sebutan (suku kata) dan ejaan  bertutur  pemahaman makna Visual: gambar  sebutan (suku kata) dan ejaan  bertutur  pemahaman makna
  • Cikgu Semua bahan yang terdapat dalam pakej MEKAR bertalian antara satu sama lain dari segi kandungan unit dan perkataan-perkataan yang digunakan Kesemua bahan-bahan itu perlu digunakan secara gabungjalin Kesemua bahan-bahan itu perlu digunakan secara pemerancahan (scaffolding). Dari aspek bahasa/kemahiran yang kecil kepada yang besar Kesemua bahan-bahan itu perlu digunakan secara sokong-menyokong bagi membina kemahiran berbahasa murid dengan berkesan
  • Pakej MEKAR bukan hanya untuk mengajar murid tahu dan faham tentang unit-unit tertentu, tetapi MEKAR mempunyai matlamat untuk membina LITERASI (celik huruf dalam konteks yang besar) secara sistematis iaitu merangsang: kemahiran mendengar kemahiran bertutur kemahiran membaca kemahiran menulis kemahiran literasi visual (mengenal, memahami, mengintepretasi, berinteraksi dengan bahan visual) kemahiran berfikir (secara reflektif, analisis, kritikal dan kreatif ) Lantas, pakej MEKAR mahu membina literasi awal murid dengan cara yang tersusun dan berkesan yang melibatkan kemahiran-kemahiran yang berikut: kenal hubungan antara fonologi dengan fonemik (memahami bahawa ujaran dihasilkan daripada bunyi atau sebutan) kenal akan hubungan fonik dengan huruf/perkataan (memahami hubungan antara abjad dan bunyinya) dapat berkomunikasi dengan baik (mendengar dan bertutur) Nota : Fonetik = mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan dengan membuat deskripsi, penggolongan dan transkripsinya . Ia meneliti setiap unit bunyi misalnya bunyi vokal, konsonan dan cara penghasilannya. Fonologi = mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem = unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi . Fonik = pendekatan pengajaran untuk membantu murid belajar membaca. Kaedah itu mengaitkan bunyi dengan abjad atau sekumpulan abjad. Misalnya dalam bahasa Inggeris bunyi /k/ boleh dikaitkan dengan abjad c , k , atau ck .
  • Membina literasi awal murid supaya dapat: 4. membaca lantang 5. membaca bersama 6. membaca berpandu (guided reading) 7. membaca kendiri (independent reading) 8. memahami apa yang dibaca (termasuk berinteraksi dengan teks)
  • Natijahnya, melalui MEKAR, kita mahu membina LITERASI awal yang melibatkan hal-hal berikut: Kesedaran Fonemik – kebolehan mendengar dan mengenal bunyi perkataan dalam pertuturan Fonik – hubungan antara abjad dengan bunyi bahasa yang dituturkan Kelancaran/Kefasihan – keupayaan untuk membaca teks dengan tepat dan lancar Pemahaman – kebolehan untuk memahami dan mengetahui makna daripada apa yang dibaca Kosa kata – perkataan-perkataan yang murid mesti ketahui untuk berkomunikasi secara berkesan
  • Lantas, kita mahu murid-murid kita mencapai PEMAHAMAN dalam berbahasa dengan: Mengecam dan mengenal kosa kata Mempunyai kesedaran fonemik – setiap bunyi dalam bahasa Melayu mempunyai satu nilai Mempunyai kesedaran fonik – setiap huruf atau abjad mempunyai satu bunyi. Tetapi ada juga satu bunyi yang dihasilkan dengan dua huruf, misalnya /kh/, /gh/, /ng/, /ny/ dan /sy/ Fasih bertutur Lancar dan mahir membaca Mahir menulis
  • Kad Imbasan dan Kad Bergambar
  • Kad Imbasan dan Kad Bergambar m erupakan bahan asas untuk menyokong strategi prabacaan dan bacaan bagi membina literasi awal. Kad Imbasan menyokong Buku Teks dengan memberikan peluang kepada murid membina keupayaan prabacaan ada asasnya melalui kaedah suku kata .
  • Jumlah Kad Imbasan dan Kad Bergambar yang dihasilkan oleh MOE adalah seperti yang berikut: Kad Imbasan - P1 Pakej A dan B - 400 Kad Imbasan - P2 Pakej A dan B - 400 Kad Bergambar - P1 Pakej A dan B - 40 Kad Bergambar - P2 Pakej A dan B – 40 Adakah sekolah Cikgu telah membelinya? Kad Bergambar juga menyediakan kosa kata dan soalan perbincangan untuk membina kemahiran prabacaan dan bacaan melalui literasi visual. Murid perlu digalakkan untuk lebih banyak bertutur dengan menggunakan Kad Bergambar .
  • Apakah strategi yang digunakan semasa menggunakan Kad Imbasa dan Kad Bergambar: Seperti yang dinyatakan tadi, Kad Imbasan dan Kad Bergambar dibina dan dikembangkan untuk menyokong pembelajaran setiap unit Buku Teks (Rujuk nombor tertera di kad) 2. Kad imbasan dibina untuk menyokong pembinaan kosa kata murid yang berkaitan dengan topik bagi setiap unit. Contoh: Bagi Unit Bacaan Asas – sebanyak 75 Kad Imbasan telah dibina untuk menyokong murid mengecam, mengeja dan membaca perkataan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti Unit 1 – 25 perkataan Unit 2 – 20 perkataan Unit 3 – 28 perkataan Unit 4 – 29 perkataan Unit 5 – 14 perkataan Unit 6 – 09 perkataan (Bagi Unit 5 dan Unit 6, terdapat perkataan yang juga telah digunakan dalam kad imbasan bagi unit-unit yang awal) 3. Kad bergambar dibina untuk menyokong kemahiran bertutur dan berfikir yang berkaitan dengan topik bagi setiap unit. Tujuannya ialah untuk membina dan meluaskan kemahiran mendengar dan bertutur serta pengalaman murid melalui proses bercerita, berbual dan berbincang dengan rakan sebaya mereka.
  • Pada asasnya, kita mahu membantu murid mencapai literasi prabacaan melalui proses berikut: Visual – melihat artifek/abjad/perkataan/gambar  menyebut perkataan secara fonemik  mengeja perkataan , menggunakan kaedah suku kata  memahami makna  menggunakan perkataan mengikut konteks . Kita tidak perlu untuk menyuruh murid menulis ayat, jika Hasil Pembelajaran dan Objektifnya bukan kemahiran menulis. ATAU guru boleh menerangkan daripada Visual  menjelaskan makna  menyebut dan mengeja  menggunakan perkataan mengikut konteks Kaedah pengajaran yang digunakan perlu disesuaikan dengan kebolehan dan kesediaan murid.
  • Oleh itu, dalam membina kemahiran membaca kita perlu membina keupayaan murid mengenal abjad dan bunyinya  cara mengeja  membina kelancaran dan seterusnya  pemahaman
  • Ini adalah penerangan dan contoh kesedaran fonemik dan fonik. Setiap bunyi dalam Bahasa Melayu mempunyai satu nilai. Hal ini agak berbeza dengan bahasa Inggeris: Contoh: Inggeris: burger (fonem /r/ tidak dibunyikan  bēgē Melayu: burger  semua fonem dibunyikan Inggeris: dinasour  dinēsor Melayu: dinosaur  semua fonem dibunyikan
  • Cikgu, ini adalah contoh tautan antara Kad Imbasan dan Buku Teks. Mari kita teliti.
  • Cikgu, ini adalah contoh tautan antara Kad Imbasan dan Buku Teks. Mari kita teliti.
  • Cikgu, ini pula adalah contoh kaitan antara Kad Bergambar dengan Buku Teks. Mari kita teliti.
  • Cikgu, ini pula adalah contoh kaitan antara Kad Bergambar dengan Buku Teks. Mari kita teliti.
  • Mari kita tonton video yang berikut: Apabila Cikgu menonton video ini, cuba teliti: Adakah kegiatan yang dijalankan dapat membantu pencapaian objektif pengajaran? Adakah gabungjalin bahan dilakukan? Adakah gabungjalin kemahiran bahasa dilakukan? Adakah Tahap dan Pengajaran Pembezaan dilaksanakan? Ingat, tujuan kita bukan untuk meneliti kekurangan pengajaran. Kita hanya perlu menyarankan apakah cara alternatif yang boleh dilakukan?
  • Kini, kita akan melakukan Aktiviti Perbincangan Kumpulan: Sarankan strategi dan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat dijalankan di bilik darjah bagi meningkatkan literasi awal murid dengan menggunakan Kad Imbasan dan Kad Bergambar.
  • Kini tiba waktu Rehat. Kita akan berehat selama 20 minit. Silakan ke bilik sebelah untuk jamuan ringan. Saya harap Cikgu semua akan kembali ke bilik ini dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekarang, kita akan meneliti hal-hal yang berkaitan dengan Buku Besar dan Buku Kecil.
  • Buku Besar & Buku Kecil m erupakan bahan pelengkap bagi Buku Teks dan mesti digunakan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan Guru. Seperti yang telah dijelaskan tadi, beberapa waktu telah diperuntukkan bagi penggunaan kedua-dua bahan ini.
  • Selain daripada menjana kemahiran visual, kemahiran bertutur, kemahiran berfikir dan membina pengetahuan murid tentang bahasa, pada dasarnya, penggunaan Buku Besar dan Buku Kecil mempunyai matlamat untuk membantu murid: dapat membaca lantang dapat membaca bersama dapat membaca secara berpandu (guided reading) dapat membaca kendiri (independent reading) dapat memahami apa yang dibaca (termasuk berinteraksi dengan teks)
  • Berikut adalah jumlah yang dihasilkan bagi Buku Besar dan Buku Kecil: Buku Besar - P1 Siri A – 4 tajuk Buku Besar - P1 Siri B – 4 tajuk Buku Besar – P2 Siri A – 4 tajuk Buku Besar – P2 Siri B – 4 tajuk Adakah sekolah Cikgu telah membelinyanya? Adakah murid Cikgu telah membeli Buku Kecil?
  • Masa untuk menggunakan Buku Besar dan Buku Kecil perlu ditetapkan oleh guru 5 waktu bagi P1 dan 4 waktu bagi P2 telah diperuntukkan bagi guru mengajar menggunakan Buku Besar atau Buku Kecil Oleh itu, guru perlu melakukan perancangan yang sebaiknya untuk menggabungjalin penggunaan tersebut dengan Buku Teks
  • Sebahagian daripada Cikgu telah menghadiri sesi perkongsian dan bengkel SEED-ML atau Strategi Pembangunan dan Penglibatan Murid Secara Efektif yang fokusnya lebih tertumpu kepada Pendekatan Membaca Bersama (Shared Book Approach) dengan menggunakan Buku Besar. Terdapat 5 tahap kegiatan yang disarankan dalam Pendekatan Membaca Bersama: Induksi Mengenalkan Buku Besar yang akan dibaca Membaca cerita (termasuk membuat ramalan) Membaca semula cerita Fokus pada aspek bahasa seperti kosa kata, tanda baca dll – guru harus bersifat selektif Penggunaan Buku Besar bagi pakej MEKAR mestilah mengikut pendekatan yang sama.
  • Cuba lihat kaitan antara Buku Besar dan Buku Teks sebagai contoh.
  • Cuba lihat kaitan antara Buku Besar dan Buku Teks sebagai contoh.
  • Penggunaan buku kecil mempunyai kebaikan yang berikut: Sesuai untuk membina literasi murid – kemahiran bekomunikasi, membaca dan menulis Cerita dan ilustrasi membina daya fikir, imaginasi dan kreativiti murid Membantu meningkatkan motivasi murid Ilustrasi menjana kosa kata murid Ilustrasi menjana literasi visual murid dengan menggalakkan mereka mendapatkan informasi daripada gambar dan media lain Memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan cerita dengan pengalaman peribadi (pengetahuan latar), anggota keluarga atau rakan
  • Cikgu, bagi Buku Kecil, pendekatan yang berbeza juga telah diambil berbanding dengan masa lalu. Buku Kecil bukan hanya digunakan untuk aktiviti bacaan luas, tetapi yang lebih ditegaskan ialah membaca secara berikut: Kaedah membaca lantang Kaedah membaca bersama Kaedah membaca secara berpandu (guided reading – rujuk nota lampiran) Kaedah membaca kendiri (independent reading)
  • Kaitan antara Buku Kecil dan Buku Teks adalah seperti yang berikut:
  • Kaitan antara Buku Kecil dan Buku Teks adalah seperti yang berikut:
  • Mari kita tonton pula video tentang pengajaran menggunakan Buku Kecil. Apabila Cikgu menonton video ini, cuba teliti: Adakah guru dapat mencapai objektif pengajaran? Adakah gabungjalin bahan dilakukan? Adakah gabungjalin kemahiran bahasa dilakukan? Adakah Tahap dan Pengajaran Pembezaan dilaksanakan? Ingat, tujuan kita bukan untuk meneliti kekurangan pengajaran. Kita hanya perlu menyarankan apakah cara alternatif yang boleh dilakukan?
  • Bagi A ktiviti Perbincangan Kumpulan 2 ini, bolehkah Cikgu: Sarankan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat dijalankan di bilik darjah bagi meningkatkan kebolehan membaca dan pemahaman murid melalui pembacaan Buku Kecil. (Aktiviti boleh melibatkan tahap Pramembaca, semasa membaca dan selepas membaca)
  • Rumusan dan maklum balas
  • Cikgu, sepanjang pagi ini, kita telah membincangkan hal-hal yang berikut: Meneliti jenis Bahan Pelengkap dan Bahan Sokongan yang dihasilkan oleh MOE. Meneliti kaitan Bahan Pelengkap dan Bahan Sokongan dengan Bahan Utama pakej MEKAR. Meneliti matlamat dan kaedah penggunaan Bahan Pelengkap dan Bahan Sokongan. Kini, saya minta Cikgu membuat rumusan dengan memberikan ciri-ciri pembaca yang berkesan dengan mengunakan kertas Post-it
  • Kemudian, Cikgu membuat rumusan dengan memberikan kaedah yang baik dalam mengajar kemahiran prabacaan dan bacaan dalam membina literasi murid.
  • Terima kasih. Sila baca juga Bahan Lampiran yang diberikan. Jika ada sebarang pertanyaan atau lapor balik sila e-mel kepada: Mohamed Noh Daipi, ADLL3 Cg Haslindah Mispan, Hd1/ML Cg Fadilah Isnin, Ketua Jabatan Bahasa Asia, MOELC Cg Mohd saddiq Mohd Salleh Cg Siti Aisha Said

Bengkel Bahan Sokongan MEKAR Bengkel Bahan Sokongan MEKAR Presentation Transcript

  • BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN SOKONGAN MEKAR BAGI P1 DAN P2 13 & 14 Ogos 2009 ● Teacher’s Network
  • ATUR CARA BENGKEL
    • 8.30 pg Pengenalan
    • 8.40 Kad Imbasan dan Kad Bergambar
    • 9.40 Rehat
    • 10.00 Buku Besar dan Buku Kecil
    • 11.00 Rumusan dan Maklum Balas
    • 2.30 ptg Pengenalan
    • 2.40 Kad Imbasan dan Kad Bergambar
    • 3.40 Rehat
    • 4.00 Buku Besar dan Buku Kecil
    • 5.00 Rumusan dan Maklum Balas
    ATUR CARA BENGKEL
  • OBJEKTIF BENGKEL
    • Menggunakan bahan pelengkap dan bahan sokongan yang digabung jalin dengan bahan utama MEKAR secara berkesan
  • PERHUBUNGAN BAHAN DALAM PAKEJ MEKAR BUKU TEKS BUKU AKTIVITI MEKAR DALAM TALIAN KAD IMBASAN BUKU BESAR BUKU KECIL KAD BERGAMBAR
  • MATLAMAT
    • Membina literasi murid supaya mereka dapat:
    • kenal hubungan fonologi dengan fonemik
    • kenal hubungan fonik dengan huruf/kata
    • dapat berkomunikasi dengan baik
  • MATLAMAT
    • Membina literasi murid supaya mereka dapat:
    • membaca dengan lantang
    • membaca bersama-sama rakan
    • membaca secara berpandu
    • membaca secara kendiri
    • memahami teks yang dibaca
  • FOKUS
    • membina literasi murid yang menegaskan:
    • kesedaran fonemik
    • fonik
    • kelancaran/kefasihan
    • pemahaman
    • kosa kata
  • MEMBINA LITERASI MENGGUNAKAN PAKEJ MEKAR PEMAHAMAN MEMBACA DAN MENULIS KESEDARAN FONEMIK KOSA KATA KEMAHIRAN BERTUTUR KEFASIHAN DAN KELANCARAN KESEDARAN FONIK
  • KAD IMBASAN & KAD BERGAMBAR BANTUAN VISUAL
  • KEGUNAAN UTAMA
    • bahan asas untuk menyokong strategi prabacaan dan bacaan bagi membina literasi awal
    • menyokong pembelajaran setiap unit dalam Buku Teks
  • KAD BERGAMBAR
    • menyediakan kosa kata dan soalan perbincangan untuk membina kemahiran prabacaan dan bacaan melalui literasi visual
    • membantu perkembangan kemahiran bertutur dan berfikir
  • JUMLAH 40 P2 Pakej A dan B Kad Bergambar 40 P1 Pakej A dan B Kad Bergambar 400 P2 Pakej A dan B Kad Imbasan 400 P1 Pakej A dan B Kad Imbasan
  • KAD IMBASAN
    • Kad imbasan dibina untuk menyokong pembinaan kosa kata murid yang berkaitan dengan topik bagi setiap unit
  • SEGI TIGA BACAAN Makna Bunyi/ Sebutan Visual Contoh : Bunyi vokal dan konsonan (Fonem) Contoh : Artifek, abjad vokal dan konsonan, gambar dll Contoh proses : Kaedah suku kata Kaedah rumpun perkataan Tunjuk dan terangkan dll Contoh proses : Menggunakan gambar, kad imbasan, kad bergambar atau bahan penerbitan yang lain (bercetak atau elektronik)
  • KOMPONEN KRITIKAL KEMAHIRAN MEMBACA
    • Abjad/Huruf
    • Kesedaran Fonologi
    • - Perkataan
    • - Suku kata
    • - Rima
    • - Kesedaran Fonemik
    • • Fonik
    • - Hubungan abjad dengan bunyi
    • Kelancaran
    • Kecepatan
    • Ketepatan
    • Ekspresi
    • Pemahaman
    • Kosa kata
    • Strategi bacaan
    • Pemahaman teks
  • KAD IMBASAN HUBUNGAN ANTARA KESEDARAN FONEMIK DENGAN FONIK Kesedaran Fonemik - Bunyi Fonik - Abjad Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”, murid boleh memberitahu bahawa bunyi awal perkataan itu ialah /b/ (b ē) . (tersendiri - isolation) Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”, murid boleh memberitahu bahawa abjad awal perkataan itu ialah /b/ dan ikuti oleh /u/, /k/ dan /u/.
  • KAD IMBASAN KAEDAH PENGAJARAN FONIK
    • Kaedah fonik ialah kaedah pengajaran membaca yang membimbing murid tentang perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa pertuturan .
  • KAD IMBASAN KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 1
    • Buku Teks Unit 1 Pelajaran 2
    • Panduan Guru Unit 1 Pelajaran 2
    • Kad Imbasan No 1-7
    • skirt, blaus, kemeja, stoking, kasut, saku, lencana
  • KAD IMBASAN KAITAN DENGAN BUKU TEKS Darjah 2 Buku Teks Unit 2 Pelajaran 1 Panduan Guru Unit 2 Pelajaran 1 Kad Imbasan No 6-15 tali skip, tingting, taman, sepatu roda, badminton, buaian, palang besi, jongkang-jongket, laluan basikal, padang
  • KAD BERGAMBAR KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 1
    • Buku Teks Unit 1 Pelajaran 2
    • Panduan Guru Unit 1 pelajaran 2
    • Kad Bergambar - Pakaian Seragam
  • KAD BERGAMBAR KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 2
    • Buku Teks Unit 2 Pelajaran 1
    • Panduan Guru Unit 2 pelajaran 1
    • Kad Bergambar - Taman Permainan
  • KAD IMBASAN DAN KAD BERGAMBAR KAITAN DENGAN BUKU TEKS CONTOH VIDEO PENGAJARAN GURU
  • AKTIVITI PERBINCANGAN KUMPULAN
    • Sarankan strategi dan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Kad Imbasan dan Kad Bergambar untuk meningkatkan literasi awal murid.
  • Rehat SELAMA 20 MINIT
  • BUKU BESAR & BUKU KECIL KEGUNAAN DAN PERHUBUNGAN
  • BUKU BESAR & BUKU KECIL
    • Merupakan bahan pelengkap bagi Buku Teks dan mesti digunakan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan Guru
  • MATLAMAT
    • Membina literasi murid supaya murid dapat:
    • membaca lantang
    • membaca bersama
    • membaca berpandu
    • membaca kendiri
    • memahami apa yang dibaca
  • BUKU BESAR & BUKU KECIL 4 tajuk P2 Siri B Buku Besar/Kecil 4 tajuk P2 Siri A Buku Besar/Kecil 4 tajuk P1 Siri B Buku Besar/Kecil 4 tajuk P1 Siri A Buku Besar/Kecil
    • Masa untuk menggunakan Buku Besar dan Buku Kecil perlu ditetapkan oleh guru
    • 5 waktu bagi P1 dan 4 waktu bagi P2 telah diperuntukkan bagi guru mengajar menggunakan Buku Besar atau Buku Kecil
    BUKU BESAR & BUKU KECIL
  • BUKU BESAR PROSEDUR
    • Mengikut 5 langkah yang disarankan:
    • Induksi
    • Mengenalkan Buku Besar yang akan dibaca
    • Membaca cerita (termasuk membuat ramalan)
    • Membaca semula cerita
    • Fokus pada aspek bahasa seperti kosa kata, tanda baca dll – guru harus bersifat selektif
  • BUKU BESAR KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 1
    • Buku Teks Unit 1 (Pel 1)
    • Buku Besar 1 - Di Manakah Cikgu?
    • Panduan Guru - Di Manakah Cikgu? (Unit 1)
  • BUKU BESAR KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 2
    • Buku Teks Unit 1 (Pel 1 & 3)
    • Buku Besar 1 – Eh, Apakah Itu?
    • Panduan Guru - Eh, Apakah Itu? (Unit 1)
  • BUKU KECIL KEPENTINGANNYA
    • Sesuai untuk membina literasi murid dari segi kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis
    • Cerita dan ilustrasi membina daya fikir, imaginasi dan kreativiti murid
    • Membantu meningkatkan motivasi murid
  • BUKU KECIL KEPENTINGANNYA
    • Ilustrasi menjana kosa kata murid
    • Ilustrasi menjana literasi visual murid dengan menggalakkan mereka mendapatkan informasi daripada gambar dan media lain
    • Memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan cerita dengan pengalaman peribadi (pengetahuan latar), anggota keluarga atau rakan
  • BUKU KECIL CARA MENGGUNAKAN
    • Kaedah membaca lantang
    • Kaedah membaca bersama
    • Kaedah membaca secara berpandu
    • Kaedah membaca kendiri
  • BUKU KECIL KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 1
    • Buku Teks Unit 2 (Pel 3 & 4)
    • Buku Kecil 1 – Segar dan Wangi
    • Panduan Guru - Segar dan Wangi (Unit 2)
  • BUKU KECIL KAITAN DENGAN BUKU TEKS
    • Darjah 2
    • Buku Teks Unit 2 (Pel 5)
    • Buku Kecil 1 – Ingin kenal Saya?
    • Panduan Guru - Ingin kenal Saya? (Unit 2)
  • BUKU BESAR DAN BUKU KECIL KAITAN DENGAN BUKU TEKS CONTOH VIDEO PENGAJARAN GURU
  • BUKU KECIL AKTIVITI PERBINCANGAN KUMPULAN 2
    • Sarankan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat dijalankan di bilik darjah bagi meningkatkan kebolehan membaca dan pemahaman murid melalui pembacaan Buku Kecil.
  • SARANAN DAN CADANGAN RUMUSAN & MAKLUM BALAS
  • RUMUSAN CIRI-CIRI PEMBACA YANG BERKESAN Pembaca yg Berkesan Aktif Membaca Lancar Membaca Tahu Memilih Bahan Bacaan Faham Apa yang Dibaca Dapat Berinteraksi dgn Teks Bermatlamat & Rasa Puas Membaca
  • RUMUSAN Kaedah yang Baik Kaitan Membaca & Menulis Kesedaran Fonemik Kosa Kata Kelancaran Pemahaman Kesedaran Fonik
  • TERIMA KASIH SEMOGA BERTEMU LAGI
  • BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN SOKONGAN MEKAR BAGI P1 DAN P2 NOTA LAMPIRAN
  •  
  • STRATEGI PENGAJARAN KOSA KATA
    • Strategi Kurang Berkesan
    • menyalin makna
    • menulis ayat
    • menghafal makna yang terdapat dalam lembaran kosa kata
  • STRATEGI PENGAJARAN KOSA KATA
    • Strategi Kurang Berkesan
    • meminta murid menggunakan perkataan dalam konteks sedangkan mereka tidak terdedah kepada perkataan atau konteks yang dimaksudkan
  • STRATEGI PENGAJARAN KOSA KATA
    • Strategi Paling Berkesan
    • menggunakan pemetaan konsep
    • mengajar penanda konteks yang spesifik
    • memilih kosa kata yang sesuai mengikut tahap
  • STRATEGI PENGAJARAN KOSA KATA
    • Strategi Paling Berkesan
    • meningkatkan pembacaan kendiri
    • menggunakan strategi mengajar perkataan secara langsung
    • mengaitkan konsep/makna baharu kepada pengetahuan sedia ada murid
  • KAEDAH M EMBACA SECARA BERPANDU
    • “ Merupakan strategi pengajaran yang membantu murid belajar strategi yang mereka perlukan untuk menjadi pembaca kendiri .”
    • - Carol Bennett, WRESA
  • KAEDAH M EMBACA SECARA BERPANDU
    • “ Bukanlah tentang usaha untuk belajar membaca sesebuah buku yang spesifik tetapi belajar tentang kemahiran membaca. ”
    • - Gail Sergeant & Gwen Bartnik
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Untuk membimbing murid membaca buku cerita dengan sokongan yang minimum, dan menggalakkan mereka supaya terus membaca buku-buku tersebut secara berdikari dan lancar.
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Guru boleh:
    • bertemu dengan murid dalam kumpulan yang kecil dan membimbing mereka sesuai dengan tahap kebolehan murid
    • menilai dan mendokumentasikan perkembangan pencapaian murid
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Secara umum, guru boleh:
    • menerangkan mengapa kumpulan ditubuhkan
    • memperkenalkan teks atau buku cerita
    • menunjuk cara strategi bacaan
    • memberikan peluang kepada murid untuk membaca senyap (pembaca awal boleh membaca dengan suara yang perlahan)
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Secara khusus, guru boleh:
    • membimbing kumpulan yang punya kebolehan membaca yang sama
    • memperkenalkan teks atau buku cerita
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Secara khusus, guru boleh:
    • membimbing murid secara individu dengan ringkas semasa mereka membaca teks
    • menjelaskan satu atau dua perkara penting yang dipantau semasa murid membaca
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Antara strategi yang boleh digunakan termasuklah:
    • membimbing murid membaca dengan strategi yang sesuai – sebutan, jeda, intonasi dll
    • mencungkil perkara yang boleh dibincangkan
    • memantau dan memberikan bimbingan, jika perlu
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Antara strategi yang boleh gunakan termasuklah:
    • menggalakkan murid membaca senyap (melainkan membaca dengan guru)
    • memantau dan memberikan bimbingan, jika perlu
    • menggalakkan penggunaan konteks semasa membimbing murid memahami makna perkataan
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Perkara-perkata yang perlu diberikan keprihatinan:
    • terdapat perbezaan pengalaman, pengetahuan dan keupayaan dalam kalangan murid
    • setiap murid berbeza daripada rakannya yang terdapat dalam kumpulan
    • pencapaian murid akan berkembang pada tahap yang berbeza-beza
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Kaedah penilaian memantau pembacaan murid:
    • melalui pemerhatian
    • mengenal huruf
    • menguji perkataan
    • menulis kosa kata
    • mendengar sebutan perkataan
  • M EMBACA SECARA BERPANDU
    • Kaedah penilaian memantau pembacaan murid:
    • menceritakan semula cerita
    • menjawab soalan kefahaman
    • membuat atau menulis respons
    • membentuk rubrik kelancaran/kefasihan
  • M EMBACA SECARA KENDIRI
    • membaca dengan kawan (buddy)
    • memberikan respons terhadap cerita dengan melukis latar cerita, gambar watak, peta, kulit buku yang baharu dan lain-lain lagi
    • berlakon dengan kawan sebagai salah seorang watak dalam cerita
  • KETEPATAN DAN KELANCARAN M EMBACA
    • Tutor
    • menunjukkan kad imbasan
    • membacakan perkataan
    • Tutee
    • melihat kad imbasan
    • mengulang bacaan
    Strategi Membaca Bersama Rakan Sebaya Nota: Ulangi prosedur bagi empat perkataan yang lain. Tutor menggunakan Jadual ketepatan dan kelancaran membaca untuk menguji sama ada tutee telah dapat mengenal dan membaca perkataan yang dipelajarinya.
  • KETEPATAN DAN KELANCARAN M EMBACA
    • Tutor
    • bertanyakan jumlah suku kata
    • Tutee
    • menyatakan jumlah suku kata
    Strategi Membaca Bersama Rakan Sebaya Nota: Jika tutee tidak memahami, tutor harus beritahu.
  • KETEPATAN DAN KELANCARAN M EMBACA
    • Tutor
    • mencontohkan bacaan mengikut suku kata
    • Tutee
    • mengulang bacaan tutor mengikut suku kata
    Strategi Membaca Bersama Rakan Sebaya Nota: Jika tutee masih belum boleh membaca, tutor akan mengajar tutee mengeja perkataan mengikut suku kata serta membunyikannya.
  • KETEPATAN DAN KELANCARAN M EMBACA Jadual Ketepatan dan Kelancaran Membaca Tutor menggunakan teks /buku cerita yang berkaitan dengan topik untuk mengukuhkan keupayaan membaca tutee nya. mata pipi dahi jari kuku kuku mata pipi dahi jari jari kuku mata pipi dahi dahi jari kuku mata pipi pipi dahi jari kuku mata
  • DAPATAN KAJIAN CIRI-CIRI PEMBACA BERKESAN
    • Aktif Membaca
    • membaca dengan lancar
    • menilai jenis bahan yang dibaca
    • menilai kandungan bahan bacaan
    • semak bahan yang dibaca
    • fikirkan secara kritis bahan bacaan
  • DAPATAN KAJIAN CIRI-CIRI PEMBACA BERKESAN
    • Menilai kandungan bahan bacaan:
    • memantau pemahaman teks
    • membezakan antara maklumat penting dengan maklumat sampingan
  • DAPATAN KAJIAN CIRI-CIRI PEMBACA BERKESAN
    • Menilai kandungan bahan bacaan:
    • menentukan maklumat yang perlu dibaca dengan:
      • membaca dengan teliti
      • membaca dengan cepat
      • membaca beberapa kali
      • meninggalkan yang tidak perlu dibaca
  • DAPATAN KAJIAN CIRI-CIRI PEMBACA BERKESAN
    • Berinteraksi dengan Teks:
    • membaca dengan pelbagai cara untuk pelbagai jenis teks
    • mengaitkan makna kepada teks untuk mendapatkan makna daripada teks
    • membina, menyemak dan menyoal makna sambil membaca
  • DAPATAN KAJIAN CIRI-CIRI PEMBACA BERKESAN
    • Pembaca yang berkesan:
    • mendapati bahawa aktiviti membaca produktif dan memuaskan
    • penanda pencapaian yang terbaik ialah masa yang diambil oleh seorang murid membaca kendiri
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Kesedaran Fonemik
    • pengajaran yang eksplisit dan sistematik
    • kumpulan kecil
    • memberi fokus kepada satu atau dua fonem dalam satu masa selama 10 hingga 15 minit setiap hari
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Kesedaran Fonemik
    • kesedaran fonemik dan pengetahuan tentang huruf
    • komponen program pembacaan yang seimbang dan bersepadu
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Kelancaran
    • menghubungkaitkan fonik dengan makna
    • pembacan berpandu, secara korus, teater pembaca, secara lantang, secara berpasangan
    • membaca secara senyap, luas dan kendiri sebagai latihan dan sokongan pada pelbagai jenis arahan
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Kosa Kata
    • pengembangan kosa kata
    • kosa kata eksplisit memainkan peranan yang penting dalam kefahaman
    • mempelajari perkataan yang kritikal sebelum membaca teks
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Kosa Kata
    • mengajar secara lansung dan tak langsung
    • pendedahan yang berulangan dan pelbagai
    • penggunaan pelbagai cara pengajaran
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Pemahaman
    • faktor yang terpenting dalam pencapaian tertinggi
    • pengajaran kefahaman eksplisit secara keseluruhan
    • kemahiran dan proses berfikir dicontohi daripada guru untuk menggalakkan berfikir secara sedar
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Pemahaman
    • strategi yang paling berfaedah: pemantauan kefahaman, pembelajaran koperatif, penggunaan penyusun grafik dan semantik, bersoal jawab dengan maklum balas secara langsung, menjana soalan, struktur cerita, membuat rumusan, dll
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Menghubungkan Membaca dgn Menulis
    • bekerjasama dan berbincang tentang teks bersama rakan
    • perhubungan pengalaman membaca dan menulis setiap hari
    • diperkenalkan sewaktu peringkat rendah (tadika)
    • menghubungkan aktiviti membaca dan menulis secara eksplisit
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Menghubungkan Membaca dgn Menulis
    • menekankan proses dan produk membaca dan menulis
    • menggunakan pengalaman literasi yang autentik
    • menekankan fungsi dan penggunaan dalam membaca dan menulis
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Fonik
    • program pengajaran yang sistematik dan eksplisit
    • 27 daripada 90 minit diperuntukkan untuk pengajaran membaca/literasi
    • komponen yang lengkap seimbang, bersepadu, pelbagai peringkat dan sudut bagi program membaca
  • DAPATAN KAJIAN KAEDAH BERKESAN
    • Fonik
    • mengaplikasikan kemahiran secara tepat dan lancar dalam aktiviti membaca/menulis seharian
    • sebagai satu cara untuk menamat dan bukan sebagai penamat
    • Metakognitif
    • Tidak mendatar
    • Proses yang melibatkan pelbagai strategi
    Kefahaman
    • Pembaca yang khusus
    • Teks yang khusus
    • Aktiviti yang khusus
    • Konteks yang khusus
    Berinteraksi secara aktif dengan teks Sebagai cara untuk mendapatkan pengetahuan, meningkatkan pemahaman dan membina makna
  • TAMAT SEMOGA BERTEMU LAGI