Your SlideShare is downloading. ×
matematik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

matematik

7,236
views

Published on

tugasan 2-JABATAN MATEMATIK …

tugasan 2-JABATAN MATEMATIK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
2. BAGAIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN MATEMATIK DARI LUAR TELAH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA SACARA POSITIF.

Published in: Education

0 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
7,236
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
20
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. JABATAN MATEMATIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2. BAGAIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN MATEMATIK DARI LUAR TELAH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA SACARA POSITIF. NAMA ANGKA GILIRANNO. KAD PENGENALAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK (MTE 3102) TARIKH SERAHAN 28 APRIL 2012 PENGHARGAAN 1
  • 2. Bismillahi al-Rahman al-Rahim Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak bolehdipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagitamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidakmengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Assalamualaikum dan salam hormat. Dengan kata-kata itu maka lahirlah sebuah usahasama yang sayalakukan. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan danribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak menyumbang ilmu danmelahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, juga mengajarsaya dalam subjek MTE 3102. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkankedua-dua tugasan ini (MTE 3102) yang bertajuk “Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhiperkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif?.”Tambahanpula, dapat saya siapkan tugasan ini pada masa dan waktu yang ditetapkan.Disamping itu, semangat, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan adalahlahirnya dari perjuangan saya sendiri. Harapan saya ialah berharap agar tugasan ini dapat membantu dalampeperiksaan akhir dan memberi markah yang lebih baik. Akan saya katakansesuatu kejayaan adalah bermula daripada kegagalan, malah peluang akanmencurah selagi manusia akan mencari. Dengan kata-kata itu saya akhiridengan ucapan ribuan terima kasih, wassalam. 2
  • 3. TUGASAN 2Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dariNegara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysiasecara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti,bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positifke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalamperancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyaipelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan 3
  • 4. sektor pendidikan matematik ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan danperlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkanindividu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu,berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan, imaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta danmenghasilkan sesuatu rekaan baru. Perkembangan yang berlaku kepadamasyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang manaturut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar.Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikannegara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras denganitu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak danmenggerakkan kegiatan manusia. Di Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnyapendidikan matematik pada zaman maklumat ini seharusnya dilaksanakan dalamrangka usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk memenuhi hasratini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasidan berpandangan jauh (Nik Azis, 1996). Oleh sebab itu bagi melaksanakanproses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggisemasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnyaMatematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehanmenggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsidalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988). Perbezaan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekananterhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. Tiga komponenpenting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaankonsep dan penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996). Dengan adanya ketiga-tigaelemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah,berkesan dan pencapaian pelajar juga lebih baik. Persoalannya,bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar 4
  • 5. telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysiasecara positif? Pertama program-pramgram yang telah dipengaruhi oleh negara luar ialahPembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik’Dunia Matematik’. ’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yangdilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projekini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibusmatapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yangdinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian keranaperisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilihsebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah webyang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk ’DuniaMatematik’ menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankanpengetahuan terbina semasa aktiviti social seperti perbincangan dan pertukaranpendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini,sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia Matematik’dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikanpendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, IsuSemasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Andamanakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik,Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Matematikmasih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakanpelajar. Terdapat pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan dalam sistempendidikan matematik negara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalampendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajarsering mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan keranaanggapan mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada pengiraan,penggunaan rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesanpositif, Kesedaran bahawa bidang matematik hanya melibatkan pengiraansahaja perlu diperbetul agar matematik tidak dilihat dari pandangan yang sempit.Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut mencakupi keindahan sejarah 5
  • 6. dalam matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplinyang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan perkembangan teknologi yangmengikuti arus permodenan, pembelajaran berlandaskan teknologi maklumatdan komunikasi digunakan untuk menangani masalah tersebut. Pelaksanaandalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan digunakan dalam memperbaikikecacatan dalam sistem pendidikan matematik negara. Oleh itu, “DuniaMatematik’ merupakan projek majalah web matematik yang dilaksanakan supayadapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkanpembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kedua, Perbandingan pengajaran berasaskan Multimedia danTradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik dikalangan pelajar berisiko. Mengikut sumber dan literatur berkaitan,pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsangpembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun,bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya dikalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkajiperbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional keatas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan parapelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimenkuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar.Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagaiinstrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan danANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatanpencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematikberasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajarberisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secarasignifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatpeningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematikpelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau 6
  • 7. bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelasMatematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengansikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskantradisional. Kesan positif, Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentangapa yang diketahuinya setelah mengikuti sesuatu kursus ataupun latihan(Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistempiawaian gred (ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaankhusus. Dalam kajian ini, pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialahpencapaian Matematik pelajar yang diperoleh daripada skor dan gred mengikutsistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan status atau takrifyang ditetapkan oleh LPM. Akhir sekali, tahap perlaksanaan amalan pengajaran Matematik dalambahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeristelah dilaksanakan sejak tahun 2003 secara peringkat demi peringkat.Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponenorganisasi pengajaran dalam kurikulum Matematik. Perubahan itu adalahpertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris danpenggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantumengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponen organisasipengajaran matematik menuntut perubahan besar dan serta-merta daripadaguru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum sekolah. Guru-guru perluberubah daripada segi tingkah laku , kebiasaan, dan amalan pengajaran dalammelaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein & Hunkins 1998). Peranan gurusebagai agen pelaksana dasar kerajaan yang menjadikan Bahasa Inggerissebagai pengantar subjek Matematik amat penting demi menjamin pencapaianakademik yang tinggi. Objektif-objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian iniadalah seperti mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalambahasa Inggeris oleh guru-guru sekolah rendah, mengkaji perbezaan tahapamalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar 7
  • 8. dan luar Bandar, mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematikdalam bahasa Inggeris terhadap sikap pelajar dalam mata pelajaran matematik,mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasaInggeris terhadap persepsi pelajar kepada guru matematik dan mengkaji kesanamalan perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaianpelajar dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah. Berdasarkan analisiskajian ini , secara keseluruhannya tahap amalan pengajaran matematik dalambahasa Inggeris di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis data yangtelah dibuat adalah berasaskan kepada lima persoalan kajian yang telahdiutarakan di peringkat awal kajian ini. Antara perkara utama yang telah dicapaimelalui analisis ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap tahapperlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolahbandar dan luar bandar, wujudnya hubungan yang signifikan antaraperlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadapguru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, dan tidak terdapathubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam bahasaInggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Secara kesimpulannya, pada masa kini penggunaan Matematik telahbertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulumasyarakat hanya berpendapat bahawa Matematik adalah untuk pengiraansahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputipelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusandan komunikasi. Walaupun demikian jika dilihat situasi terkini kita akanmendapati banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan Matematik.Salah satu isu yang hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotanpencapaian keputusan Matematik. Soalnya, dimanakah punca sebenarnyakeadaan ini? Banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaianpelajar dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor tersebut mungkinberpunca dari pelajar itu sendiri, kurikulum yang digunakan, budaya persekitarandan juga guru yang mengajar. Para pelajar menganggap matematik suatu matapelajaran yang sukar dan menjemukan. Ini secara tidak langsung akan 8
  • 9. mengurangkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Selain itukemerosotan pencapaian ini juga banyak berpunca dari sikap pelajar itu sendiriterhadap mata pelajaran matematik serta wujudnya kekurangan dalampengetahuan, kemahiran dan kefahaman matematik sejak dari peringkat rendahlagi.Rujukan: 9
  • 10. 1. Tan Lay Hong and Peggy Leong 2003. Professional Development of ITE Teachers Through Learning Circles. Paper presented at Teachers Education Institute 2003 Conference, Arizona. Feb. 2003.2. Zaidatol Akmaliah 2005. Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo Say Fooi. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4). Serdang: UPM.3. Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.4. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) Profesional Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Abu Hassan Kassim (1998) Pengajaran dan Pembelajaran KBSM Universiti Teknologi Malaysia Skudai.6. Abu Zahari (1967) dalam Shamsuddin Idris (1999) Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains di Sekolah Menengah Rendah Arab Bandar Pontian Johor. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.7. Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran , Kuala Lumpur , Fajar Bakti Sdn.Bhd.8. Adnan @ Nan Bin Kamis (1994). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Tertentu Dan Pencapaian Dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Tesis Universiti Malaya Kuala Lumpur.9. Allport, I,R (1967) Attitudes and Other Affective Variables in Learning Mathematics, Review of Educational Research Volume 6 (293-311). Anderson, J. R (1990) Cognitive Psychology and its Implications (3rd ed). NY:W. H. Freeman.10. Atan Long (1981) Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka.11. Ausubel, D.P. (1968). Educational psychology: a cognitive view (2d ed). New York: Holt, Rinehart and Winston.12. Aziz Nordin (1991) Ke Arah Pembentukan Pusat Perawatan Pembelajaran ,Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor .13. Brinton, D. M., Snow, M.A., Wesche , M. B. (1989). Content Based second Language Instruction. 10
  • 11. 14. Rowley. MA: Newbury House. Cassel , J. & Johnstone , A. (1983). “Meaning of words and theTteaching of Chemistry.” Education on Chemistry. 20(1):10-11. 15. Champange, A., Gunstone, R.F. & Klopfer, L. E (1985). “Instructional consequence of students’ knowledge about physical phenomena.” In L. West & a. Pines Eds). Cognitive structure and conceptual change. 61-90. Orlando, Fl: Academic Press. 16. Crow dan Crow (1980) Psikologi Pendidikan Edisi Pertama Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 281. 17. Alexander von Berg & Helmut Pralle (1999). A concept for an Electronics Magazine. TERENA_NORDUnet Networking Conference (TNNC) 18. Boukottaya A. Et. All (2003), “A Layered Approach To Make Interoperable Web Based Learning Environments”. ICOOL 2003: International Conference on Open and Online Learning. 19. Dabbagh, N. & Brenda B.R, (2005). “Constructivist Based Pedagogical Models” in Online Learning, Pearson Prentice Hall, US. 20. Faisal Mohamad, Zuraidah Abdul Rahman dan Zarina Samsudin (2002), “E-pembelajaran: Satu Pendekatan Inovatif dalam Instruksi”. Prosiding Seminar: Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Darul Aman 2002. 21. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia dalam Pendidikan”. PTS Publications & Distribution Sdn Bhd. 22. Mohini Mohamed (1995), “Penggunaan Sejarah Matematik Bagi Pengajaran Matematik KBSM di Malaysia”. Skudai: Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Pendidikan. PenutupMatematik menjadi salah satu unsur utama dalam agenda pembangunan negaramenuju tahun 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan 11
  • 12. progresif. Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak bolehdipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagitamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidakmengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Dalam perkembangan Sains danTeknologi, penguasaan bidang Matematik merupakan teras yang perlu dikuasaioleh para pelajar terutamanya pelajar dalam bidang kejuruteraan. SistemPendidikan Negara yang menitikberatkan bidang Sains dan Teknologisememangnya mengharapkan golongan pelajar yang mampu menguasai bidangmatematik. Guru-guru dalam sektor pendidikan khususnya mata pelajaranmatematik juga harus sedar akan tanggungjawab dan peranan yang dipikuldalam mendidik anak bangsa dalam mencapai matlamat negara. Golonganpendidik ini perlu memiliki kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat mewujudkansuasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan.Persoalan tugasan 1. Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti, bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. 12

×