• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Lengkap
 

Lengkap

on

  • 2,331 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,331
Views on SlideShare
2,331
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
94
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Lengkap Lengkap Document Transcript

    • MATA PELAJARAN YANG HENDAK DIAJAR Mata pelajaran yang di pilih adalah Bahasa Melayu kerana BahasaMelayu merupakan mata pelajaran minor dalam Program Sarjana MudaKeguruan yang diikuti kerana besar kemungkinan akan menjadi guru bagi matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tema bagi pengajaran yang di pilih adalah Sudah Kuketahui dan tajukyang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna yang dipetik daripada Buku TeksBahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil). Menurut Mashudi bin Bahari dan Nurfarah Lo binti Abdullah (2003),terdapat 12 tema yang perlu diajar kepada pelajar Tahun 2 dan salah satunyaadalah Sudah Kuketahui. Menurutnya, dalam tema tersebut terdapat beberapatajuk dan tajuk yang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna. Menurut Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian sukatan pelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna ini terdapat beberapa aspek penekanan yang perlu ditekankan dalam sesi pengajaran. Oleh itu saya akan menekankan kepada dua fokus iaitu :Fokus Utama5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding dan konsonan bergabung dengan betul.Fokus Sampingan1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 ii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Merujuk kepada kedua-dua fokus ini saya telah membentuk isi pelajaran iaitu:1. Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul. 1
    • 2. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.3 Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Melalui isi pengajaran yang dibentuk saya telah membuat objektifpengajaran dimana pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar. 2
    • REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE DIYAKINI PALING SESUAI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. RamlahHamzah, Dr. Rosini Abu (2005) reka bentuk pengajaran adalah merangkumiseluruh proses pengajaran. Ianya perlu mengandungi enam perkara iaitu: 1. menentukan keperluan pelajar 2. menentukan matlamat dan objektif 3. membina prosedur penilaian 4. mereka bentuk dan membina strategi penyampaian 5. mencuba system pengajaran 6. menilai keseluruhan sistemMaka reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang telah bermula darimenentukan keperluan pelajar sehingga menilai keseluruhan sistem dimana gurubukan hanya merancang pengajaran tetapi turut membuat penilaian ke atasnya.Oleh itu dapat di simpulkan bahawa reka bentuk pengajaran adalah bertujuanuntuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Menurut Prof. Madya Dr. WanAbdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), rekabentuk pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. model yang berorientasikan bilik darjah 2. model berorientasikan produk 3. model berorientasikan sistemMaka model yang di pilih adalah model berorientasikan bilik darjah iaitu ModelASSURE yang bertumpu kepada satu masa pengajaran. Reka bentukpengajaran ASSURE dipilih kerana model ini adalah untuk menyediakanpanduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan mediapengajaran yang khusus untuk pengajaran berskala kecil seperti bilik darjah.Maka Model ASSURE ini diyakini dapat mencapai objektif pengajaran saya.Menurut model ASSURE ini, terdapat enam langkah yang perlu di buat iaitu: 3
    • 1. A – analisis pelajar 2. S – nyatakan objektif 3. S – pilih kaedah , media dan bahan 4. U – gunakan media dan bahan 5. R – dorong penglibatan pelajar 6. E – nilai dan semakSetiap langkah perlu diikuti untuk memastikan proses pengajaran berlakudengan lacar dan mencapai objektif pengajaran. Pada langkah pertama iaitu analisis pelajar, terdapat tiga perkara yangakan dianalisis iaitu : 1. ciri-ciri umum – dimana guru akan menganalisi asas pelajar seperti umur , tahap, dan latar belakang pelajar supaya guru dapat menjadikannya sebagai asas panduan untuk pemilihan media dan bahan. Di sini guru telah mengenal pasti umur pelajarnya adalah 8 tahun , pelajar Tahun 2 dan kebanyakan pelajar adalah pelajar kampung di mana mereka telah dibesarkan di kawasan kampung maka mereka lebih sesuai untuk di beri contoh yang berkaitan dengan benda-benda dalam kampung yang pernah dilihat seperti pokok buluh. 2. kompentasi peringkat masuk – di mana guru akan menilai pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar akan tajuk dan kandungan pengajaran. Di sini guru akan membuat penilaian dengan kemahiran sedia ada pelajar iaitu sejauh manakah pengetahuan mereka mengenai tajuk untuk memulakan pengajaran dari sana maka semasa set induksi pelajar didedahkan kepada apa itu buluh dan bertanya apa yang mereka tahu akan buluh. Guru tahu yang pelajar telah mengenali buluh semenjak kecil lagi dan pernah menggunakan alatan yang dibuat daripada buluh seperti perabot. 3. stail pembelajaran – disini guru akan menganalisis pelajar dari segi cara mereka belajar sama ada mereka mudah belajar secara mendengar (auditori), melihat (visual) atau yang lain. Melalui ini guru dapat memilih media dan stail pengajaran yang paling sesuai. Dalam kes ini dimana terdapat pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan di mana cara belajar 4
    • adalah berlainan maka media pengajaran yang dipilih perlu merangkumi kesemua aspek iaitu visual, auditori , ulangan , berkumpulan dan latihan dalam langkah-langkah pengajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) guru perlu mengetahui stail pengajaran pelajar supaya aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh murid. Pada langkah kedua adalah nyatakan objektif, di mana guru akanmerancang tahap minimum yang harus di capai oleh pelajar selepas sesipengajaran dari segi pengetahuan , kemahiran , dan sikap baru. Menurut Ee AhMeng (1997) dalam menyatakan objektif terdapat banyak aspek yang perlu diberipenekanan dan objektif tersebut mestilah mengikut garis panduan yang telahdisediakan dalam sukatan pengajaran oleh Kementerian Pendidikan. Dalammerancang objektif pengajaran, saya telah mengikut perkara yang dicadangkanoleh Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian sukatanpelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna dengan menekankan kepada dua fokusiaitu :Fokus Utama5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ii. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding dan konsonan bergabung dengan betul.Fokus Sampingan1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 iii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. RamlahHamzah, Dr. Rosini Abu (2005), terdapat tiga elemen yang perlu ada dalamsebuah objektif pengajaran yang lengkap iaitu:1. Tingkah laku atau kebolehan pelajar pada akhir pengajaran 5
    • 2. Situasi dimana sesuatu tingkah laku akan dijalankan3. Kriteria atau piawaian yang menerangkan paras pencapaian pelajar dalam mencapai objektifMaka pada objektif akhir pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah,murid-murid dapat : 4. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 6. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.Selain itu pelajar juga mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai murni sepertimenghargai dalam menghargai kegunaan buluh yang pelbagai guna danbekerjasama dalam bekerjasama dalam kumpulan semasa menjawab soalansemasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat diamalkan selalu. Kesemua ini telah menunjukkan objektif pengajaran yang di rancang dalamrancangan pengajaran saya mengandungi ke semua elemen yang perlu adadalam objektif pengajaran yang berkesan. Pada langkah ketiga adalah pilih kaedah, media dan bahan, terdapat tigaaspek yang perlu ditekankan iaitu : 1. memilih kaedah – saya telah memilih beberapa kaedah yang akan digunakan dalam proses pengajaran iaitu dalam set induksi menggunakan kaedah stimulasi untuk menarik minat pelajar dengan teka-teki buluh, diikuti dengan kaedah demostrasi membaca kosa kata dengan intonansi yang betul, latihan dan latih tubi untuk pelajar seperti dalam rancangan pengajaran. 2. memilih media – saya telah memilih media tayang kaku iaitu LCD gambar- gambar Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang dibuat daripada buluh dan ejaan suku katanya, media audio iaitu wisel untuk mengawal pelajar, dan media cetak iaitu lembaran kerja latihan sebagai penilaian dan pengukuhan. 6
    • 3. mereka bentuk media – oleh kerana saya memilih media tayang kaku dimana saya tidak dapat mencari gambar-gambar yang diperlukan untuk dipamerkan maka saya menyediakannya sendiri dengan membuat gambar dan perkataan dalam Power Point dengan mengambil kira objektif, pelajar, kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti, dan masa.Menurut Morry van Ments (1994), memilih kaedah stimulasi bermain seperti teka-teki dapat merangsangkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Pada langkah keempat adalah gunakan media dan bahan, dimanapenggunaan media terbahagi kepada lima langkah yang penting bagipenggunaan media yang berkesan iaitu: 1. pribu bahan 2. sediakan bahan 3. sediakan persekitaran 4. sediakan pelajar 5. sediakan pengalaman pembelajaranMenurut Paul R.Burden (2000), penggunaan media secara berkesan dapatmengatasi masalah dalam proses pengajaran kerana pelajar lebih mudahmemahami apa yang diajar jika media pengajaran yang digunakan adalahsesuai.Guru akan menyediakan kesemua bahan yang diperlukan untuk pengajaranseperti memastikan media tayangan kaku berfungsi, memastikan pelajar beradadalam keadaan bersedia semasa sesi pengajaran, dan banyak lagi. Pada langkah kelima adalah libatkan pelajar, dimana guru perlumemastikan pelajar turut terlibat dalam aktiviti pengajarannya iaitu perbincangandan membuat latihan. Menurut Paul R.Burden (2000), proses pengajaran perlumelibatkan pelajar kerana pelajar sukar belajar secara dengan hanya memerhatitetapi mereka lebih mudah belajar jika turut serta dalam aktiviti. Oleh itu, pelajarperlu diberi latihan untuk memudahkan mereka mempelajarinya.Guru akan menyuruh pelajar menjawab soalan tayangan gambar kaku secaraberkumpulan dan membuat latihan yang diedarkan. 7
    • Pada langkah keenam iaitu nilai dan semak, proses ini merupakan langkahreakhir dalam model ASSURE dimana penilaian dibuat sepanjang prosespengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian dibuatmerujuk kepada pencapaian pelajar, pembelajaran yang dihasilkan, media dankaedah, kualiti media, penggunaan guru, dan penggunaan murid. MenurutSharifah Alwiah Alsagoff (1984) penilaian adalah penting untuk memberitahuguru akan keberkesanan rancangan pengajarannya keatas pelajar. Keadaan inipenting supaya guru tersebut dapat memperbaiki kesilapan dan membuatperubahan terhadap rancangan pengajarannya pada masa depan untukmengajar dengan lebih baik. Guru akan menilai sama ada pelajar dapatmengikuti pengajaran dengan menggunakan media tayangan kaku yangdisediakan atau tidak. Guru akan menilai sama ada pelajar dapat menyebut sukukata dengan intonansi yang betul sebelum, semasa dan selepas pengajarannyadengan meminta mereka menyebutnya. Guru akan menilai pembelajaran yangdihasilkan adalah berkesan atau tidak dengan merujuk kepada pencapaianpelajar berpandukan objektif yang telah dirancang. 8
    • PENDEKATAN PENGAJARAN YANG TERBAIK UNTUK MENGAJAR MURID-MURID YANG BERBEZA KEBOLEHAN Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), pendekatan pengajaran yangberkesan akan membawa pelajar-pelajar terlibat secara aktif dan terkawal dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan in berlaku kerana pendekatanpengajaran yang berkesan akan mendorong pembelajaran, memberi minat dansikap pelajar lalu mengurangkan banyak masalah yang tidak dikehendaki dalamsesi pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berkesan juga akan memberimotivasi secara langsung kepada pelajar untuk belajar dengan lebihbersungguh-sungguh serta memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Guru akan mengajar daripada memberi contoh yang mudah dan diikutidengan yang susah atau konkrit kepada abstrak iaitu pada mulanya mewarnakanimbuhan perkataan dengan warna yang berbeza supaya pelajar dapat menyebutdengan senang pada mulanya dan diikuti dengan tidak membezakan warnaimbuhan perkataan yang akan disebut diikuti dengan tidak diberi perkataan tetapigambar sahaja dan pelajar perlu menyebut berdasarkan ingatan mereka (mediatayangan kaku Power Point). Ini adalah cara pelajar dapat melihat perkataandengan perbezaan imbuhan terlebih dahulu diikuti dengan perkataan sahajatanpa membezakan imbuhan dan akhir sekali gambar sahaja dimana pelajarperlu mengingat kembali suku kata perkataan. Dari segi soalan yang diberikanjuga dari senang kepada susah iaitu dengan membaca sahaja suku kata denganmelihat perkataan yang di tayangkan diikuti dengan memadankan gambardengan namanya. Ini akan memberi pelajar masa yang cukup untuk menguasaipengajaran yang diberikan. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali danPuan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran koperatif adalah 9
    • penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pembelajaran supaya pelajarbekerjasama untuk memaksimumkan pembelajaran sendiri dan rakan-rakan lain.Pelajar diberi dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberikan danmembantu rakan mempelajari bahan tersebut. Pelajar akan membantu satusama lain dalam kumpulannya. Guru akan membahagikan pelajar kedalam 3kumpulan yang mempunyai pelajar yang berbeza kebolehan dimana pelajaryang cekap dapat menolong pelajar yang kurang cekap. Pelajar akan belajardalam bentuk kumpulan dengan menyebut, mengeja dan menjawab soalandalam kumpulan. Aktiviti kumpulan ini dapat membantu pelajar yang kurangcekap dengan mendapat bimbingan daripada pelajar yang cekap. Pada masayang sama guru memberi motivasi dan peneguhan positif kepada pelajar denganmemuji dan memberi ganjaran kepada kumpulan pelajar yang berjaya. MenurutMok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), guru perlu membahagikan pelajarmengikut aras kebolehan masing-masing untuk menjawab latihan yang diberikandimana guru perlu menyediakan latihan berdasarkan aras kebolehan pelajar.Akhir sekali guru akan membentuk kumpulan pelajar mengikut aras kebolehanpelajar untuk membuat latihan peneguhan. Di sini pelajar akan dimasukkankedalam kumpulan berdasarkan tahap kebolehan mereka dan menyelesaikansoalan yang sesuai dengan mereka. Kumpulan pelajar yang cekap akanmendapat soalan yang mencabar iaitu menulis perkataan , kumpulan sederhanaakan memadankan gambar dan kosa kata manakala kumpulan kurang cekapakan melengkapkan perkataan dengan mengisi huruf yang hilang. Keadaan inidapat memastikan pelajar yang berbeza kebolehan dapat mencapai objektifpengajaran bersama. Guru pada masa yang sama akan membimbing pelajar. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali danPuan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran langsung sesuai sekiranyasetiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Pada mulanyaguru akan meminta pelajar untuk meneka teka-teki buluh untuk menarik pelajardan secara tidak langsung mengaitkannya dengan pengajaran. Guru akanmendemotrasi dan meminta pelajar mengikutnya iaitu guru menyebut suku katadengan intonansi yang betul dan pelajar akan mengikutnya. Ini akan 10
    • memudahkan pelajar belajar membaca dengan intonansi kosa kata yang betul.Guru juga akan menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas daripada pelajardengan meminta mereka membaca perkataan yang dipaparkan dan terusmembetulkan kesilapan. Guru akan meminta mereka mengulangi cara menyebutuntuk memastikan mereka dapat menyebut dengan betul dan pada masa yangsama dapat mengeja dan tahu akan apa yang mereka pelajari. Guru akanmembantu pelajar yang lemah dengan membimbing mereka untuk menyebut ,mengeja dan menjelaskan benda tersebut. Akhir sekali guru akan memberilatihan untuk melakukan pengukuhan. Guru akan mendemonstrasikan cara membaca dengan intonansi yangbetul supaya pelajar dapat meniru atau membaca dengan cara yang betuldengan merujuk kepada cara guru membaca dengan betul melalui mendengar.Maka pelajar dapat tahu intonansi yang betul dan dapat mengaplikasikannyadalam membaca dengan betul iaitu dari mudah kepada yang susah iaitumengulang apa yang disebut oleh guru dan menghafalnya lalu tahu caramembaca dengan intonansi yang betul. Kemudian guru akan memberi pelajarpeluang untuk membaca dalam kumpulan iaitu yang susah iaitu guru tidakmembimbing mereka membaca tetapi mereka perlu membaca sendiri dalamkumpulan dengan intonansi yang betul. 11
    • MEDIA PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005) media pengajaran adalah segala sesuatu yang digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsangkan fikiran, perasaan, minat, serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran yang digunakan adalah media tayang kaku (visual) iaitu LCD gambar-gambar Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang dibuat daripada buluh dan ejaan suku katanya, media cetak iaitu lembaran kerja latihan sebagai penilaian dan pengukuhan, dan media audio iaitu wisel untuk mengawal pelajar. Media tayangan kaku iaitu LCD gambar-gambar Power Point dipilihkerana dapat menunjukkan gambar barang yang dibuat daripada buluh denganjelas kepada pelajar supaya mereka dapat melihatnya. Selain itu, perkataanejaan suku kata buluh juga dapat ditunjukkan dengan jelas dengan warnanyayang membezakan imbuhan untuk menyenangkan pelajar mempelajari sebutankosa kata dengan intonansi yang betul. Guru pada masa yang sama akanmendemostrasikan cara sebutan suku kata dengan intonansi yang betulberpandukan perkataan yang ditunjukkan dalam LCD dan pelajar akanmengikutnya. Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr.Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), gambar pegunyang ditunjukkan dalamLCD dapat membantu pelajar mengenal pasti visual dengan mencapai objektifpengajaran pada tahap yang tinggi berbanding dengan media lain. Pelajar dapatmelihat apa benda yang diperbuat daripada buluh dan nama benda tersebutdengan suku kata yang betul. Ini secara langsung akan memudahkan pelajarmengenali benda dengan melihat kepada gambar dan mempelajari nama bendatersebut dengan melihat terus kepada perkataan yang tertera di bawahnya. 12
    • Mereka juga mudah mengeja dan mengingati kosa kata kerana perkataantersebut dipaparkan dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan untukmemudahkan pelajar menyebut dan mengeja. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1984) penggunaan media tayang kaku LCD gambar-gambar Power Point dapatmeningkatkan pemahaman pelajar keatas daya ingatan objek yang dipamerkan.Ini secara langgsung akan memudahkan pelajar mengenali benda yangdiperbuat daripada buluh dan cara menyebutnya kerana telah ditunjukkan ejaankosa kata buluh dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan. Ini akanmemudahkan pelajar menyebut kosa kata dengan intonansi yang betulberpandukan demostrasi guru dalam membaca dan melihat warna imbuhandengan menyebut berpandukan warna imbuhan. Penggunaan LCD ini bolehmengawal kelajuan gambar yang dipaparkan dan mengulang dengan senangberdasarkan kepada kelajuan pelajar mempelajarinya. Media cetak iaitu lembaran kerja latihan kepada pelajar dimana pelajarperlu membuat latihan pengukuhan secara individu untuk mengukuhkanpengetahuan mereka mengenai apa yang diajar dengan menulis semula namabenda yang di buat daripada buluh, memadankan gambar dengan nama sertamengisi huruf perkataan yang telah hilang. Kesemua ini akan menigkatkan dayaingatan pelajar. Media audio yang digunakan adalah wisel dimana digunakan untukmengawal perlakuan pelajar dalam kelas. Wisel akan dibunyikan apabila pelajarmembuat bising untuk mensenyapkan pelajar, masa untuk aktiviti seterusnya,dan menukar kumpulan. Ini akan memudahkan proses pengajaran danpembelajaran. 13
    • CARA-CARA MENGURUSKAN PERLAKUAN PELAJAR YANG MENIMBULKAN MASALAH Cara menguruskan perlakuan perlakuan pelajar yang menimbulkanmasalah adalah dengan mempraktikkan unsur-unsur motifikasi behaviourismedalam sesi pengajaran. Menurut Edwards, C. H. (2000) motifikasi behaviourismedalam kelas boleh dijalankan secara positif ataupun negatif. Cara positif sepertimemberi galakan akan membina sistem peneguhan kepada pelajar untukmengulangi perbuatan mereka manakala cara negatif seperti merotan akanmenyebabkan pelajar mengelak dari mengulangi perbuatan mereka. Di sini guru menggunakan cara motifikasi behaviourisme positif iaitumemberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang baik dan menjawab denganbetul. Keadaan ini akan membina peneguhan positif ke atas pelajar untuk belajardengan bersungguh-sungguh dan tidak menimbulkan masalah untukmembolehkan mereka mendapat pujian dan ganjaran daripada guru. Dalamproses pengajaran guru akan memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yangdapat menjawab dengan betul dan pelajar yang menimbulkan masalah tidakakan mendapatnya. Ini akan menimbulkan rasa ingin mendapatkan ganjaran dikalangan mereka maka mereka akan hentikan perlakuan mereka yangbermasalah untuk mendapatkan ganjaran dan pujian daripada guru. Guru akan menasihati pelajar yang menimbulkan masalah dengan carapositif iaitu mengatakan jika mereka tidak mengulangi perbuatan negatif tersebutmereka akan diberi ganjaran. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berhentidaripada mengulangi masalah mereka kerana mereka ingin mendapat ganjarandaripada guru. Selain itu, guru juga akan menggunakan wisel untuk mengawal keadaankelas seperti bising. Semasa bising, guru akan membunyikan wisel untuk 14
    • menarik perhatian pelajar kembali kerana bunyi wisel yang nyaring akan menarikperhatian seluruh kelas. Cara ini akan menyebabkan kelas menjadi senyap danpelajar yang menimbulkan masalah bising akan berhenti dan merasa malu lalutidak akan mengulangi perlakuan bermasalah mereka lagi. Guru akan menggunakan media pengajaran yang menarik iaitu tayangangambar kaku yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajarannya.Pelajar yang menimbulkan masalah akan cenderung untuk menghentikantingkah laku negatif mereka kerana mereka tertarik dengan media pengajaranyang digunakan. Guru akan mengajar menggunakan prinsip pengajaran dan pembelajaranGagne dengan memulakan pengajaran dari yang mudah kepada yang susah(Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan RamlahJantan (2006) ). Guru akan mewarnakan kosa kata yang disebutkan denganwarna yang berbeza mengikut imbuhan pada awalnya supaya pelajar dapatmembaca dengan senang dan kemudian kepada satu warna sahaja untukpelajar membaca perkataan itu tanpa membezakan warna imbuhan yang akandisebut. Ini akan menyenangkan pelajar belajar dan dapat mengelakkan pelajarmelakukan tindakkan yang tidak diingini kerana mereka dapat mengikutipengajaran yang disampaikan. Guru memberi perhatian dan bimbingan kepada semua pelajar dalamkelas tanpa mengabaikan pelajar yang lemah ataupun yang cerdik supayapelajar dapat mendapat apa yang diajar supaya pelajar tidak berasa bosan atauketinggalan dalam pengajaran maka tidak timbul pelajar yang mendatangkanmasalah kerana mereka dapat mengikut pengajaran yang diberikan. Menurut EeAh Meng (1997) dengan memberi perhatian kepada semua pelajar, pelajar akandapat mengikuti pelajaran yang dijalankan dan tidak akan tertinggal danmenimbulkan masalah dalam kelas. 15
    • JENIS-JENIS SOALAN BERASASKAN DOMAIN KOGNITIF BLOOM Menurut Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999)menyatakan bahawa terdapat enam peringkat pembelajaran kognitif iaitu: 1. pengetahuan 2. kefahaman 3. aplikasi 4. analisis 5. sintesis 6. penilaianSetiap peringkat ini akan menunjukkan perbezaan tahap kesukaran soalan yangperlu dijawab oleh seseorang pelajar. Soalan yang berasaskan kepada peringkatpengetahuan adalah soalan yang memerlukan pelajar mengingat kembali faktadefinisi atau perkara yang telah di pelajari. Pada mulanya, guru memberi pelajar-pelajar soalan untuk dijawab dalamkumpulan dimana pelajar perlu bersama-sama menjawab soalan yang diberikankepada kumpulan mereka. Soalan yang diberikan adalah mengeja dan menyebutsuku kata perkataan benda yang dibuat daripada buluh dengan intonansi yangbetul. Ini adalah soalan tahap pengetahuan dalam taksonomi bloom dimanapelajar akan mengingat kembali cara mengeja dan sebutan dengan intonansiyang betul. Kemudian guru memasukkan pelajar ke dalam kumpulan untuk menjawabsoalan dengan memadankan gambar dengan nama bahan yang diperbuatdaripada buluh dengan sebutan kosa kata dengan intonansi yang betul. Di sinipelajar dalam kumpulan akan bersama-sama mengingat kembali nama gambaralat yang di perbuat daripada buluh. Ini adalah soalan tahap pengetahuan bagi 16
    • domain kognitif bloom yang hanya memerlukan pelajar mengingat kembali apayang telah dipelajari tetapi lebih mencabar berbanding dengan yang pertamakerana pelajar perlu mengecam bahan dan namanya. Seterusnya pelajar akan diberi soalan berdasarkan aras pencapaianpelajar tersebut dalam pembelajaran. Pelajar cekap perlu menulis semulaperkataan dengan hanya melihat gambar sahaja. Pelajar sederhana pula akanmemadankan gambar dengan nama benda tersebut melalui gariskannya. Pelajarkurang cekap pula perlu mengisi huruf yang tertinggal dalam perkataan denganmerujuk kepada gambar. Pelajar dibekalkan dengan latihan yang berlainan tahapkesukaran supaya pelajar cekap tidak berasa bosan dan pelajar kurang cekapboleh menjawab. Tetapi ketiga-tiga latihan ini adalah menjurus kepada objektifyang sama. Ketiga-tiga soalan ini adalah soalan tahap pengetahuan dalamtaksonomi bloom tetapi dalam aras kesukaran yang berbeza untuk mengingatsemula ejaan benda yang dibuat daripada buluh. 17
    • Rancangan PengajaranTarikh : 07 Julai 2006 ( Jumaat )Masa : 0730-0830 ( 60 minit )Tahun : 2 PutihBilangan Pelajar : 45 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTajuk Pengajaran : Buluh Pelbagai GunaPengetahuan Sedia Ada : 1. Murid-murid pernah melihat dan tahu serba sedikit mengenai buluh. 2. Murid-murid pernah menggunakan alat yang dibuat oleh buluh.Objektif PengajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.Isi Pelajaran1. Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul.2. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.3 Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.Nilai-nilai murni: 1. menghargai 18
    • 2. kerjasamaAlat Bantu Belajar : 1. -wisel 2. LCD Gambar-gambar (lampiran I) 3. Petikan isi tempat kosong (Power Point) 4. kosa kata (Power Point) 5. lembaran kerjaBahan Rujukan 1. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Langkah Keselamatan 1. Menggunakan wisel untuk mengawal keadaan murid dalam kelas seperti membunyikan visel sebagai tanda masa sudah sampai maka murid perlu diam dan beri perhatian. Mengelak murid membuat bising dan mengikut arahan. 2. Murid-murid dikehendaki menjalankan aktiviti secara teratur. Elakan daripada berebut-rebut supaya aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.Induksi SetPengenalan Tajuk : Buluh Pelbagai GunaMasa : 4 minit (0730-0734)Strategi : 19
    • 1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid membaca teka-teki (buluh) dalam paparan secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menarik. 2. Murid-murid di minta untuk meneka jawapan teka-teki. 3. Kemudian guru akan memaparkan jawapan teka-teki yang tepat dengan slaid gambar dan mengaitkannya dengan isi pelajaran.Kaedah: membaca intensif , dan mendengar dengan berkesanAktiviti : Menjawab teka-tekiPenggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )Langkah penyampaian Langkah Isi Pelajaran Kaedah PenyampaianLangkah 1 Mengeja dan Strategi :(12 Minit) menyebut perkataan 1. Guru meminta murid-murid menyebut0734-0746 dengan intonasi yang perkataan dengan berpandukan betul : gambar dalam paparan LCD.  Kosa Kata 2. Guru menyebut dan mengeja 1. bakul perkataan dengan intonansi yang betul 2. rakit (pembetulan dan mendemostrasikan). 3. bubu 3. Murid-murid akan mengeja dan 4. lemang mengulang sebutan perkataan dengan 5. seruling intonasi yang betul beramai-ramai. 6. perabot 4. Guru memberikan makna perkataan sambil membina ayat pendek sebagai contoh. 5. Guru memberi bimbingan. Kaedah: membaca intensif , mendengar dengan 20
    • berkesan Aktiviti : menyebut , mengeja dan membaca. Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )Langkah 2 Mengeja dan Strategi :(12 Minit) menyebut perkataan 1. Guru membahagikan murid-murid ke0746-0758 dengan intonasi yang dalam 3 kumpulan iaitu 15 orang dalam betul : satu kumpulan.  Kosa Kata 2. Guru memaparkan gambar satu 1. bakul persatu dan meminta murid-murid 2. rakit menjawab mengikut kumpulan. 3. bubu 3. Guru meminta murid-murid tersebut 4. lemang menyebut , mengeja dan membaca 5. seruling perkataan yang dipaparkan secara 6. perabot beramai-ramai mengikut kumpulan. 4. Kumpulan yang mengeja perkataan dengan betul akan diberikan pujian dan ganjaran. 5. Guru memberi bimbingan. Kaedah: membaca intensif , menjana idea dan menghubungkait Aktiviti : menyebut , mengeja dan membaca. 21
    • Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )Langkah 3 Mengisi tempat Strategi :(10 Minit) kosong berpandukan 1. Guru meminta murid-murid mengikut0758-0808 gambar : kumpulan memerhatikan setiap gambar  Kosa Kata yang dipaparkan. 1. bakul 2. Guru mengulaskan tentang kosa kata 2. rakit secara ringkas. 3. bubu 3. Guru meminta murid-murid memberi 4. lemang jawapan yang betul berpandukan 5. seruling gambar mengikut kumpulan. 6. perabot 4. Guru mengulaskan jawapan murid- murid. 5. Kumpulan yang menjawab perkataan dengan betul akan diberikan pujian dan ganjaran. 6. Guru memberi bimbingan. Kaedah: menjawab berpandukan gambar Aktiviti : menjawab berpandukan gambar Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )Langkah 4 Membuat latihan Strategi :(14 Minit) mengikut aras0808-0822 kebolehan murid. 1. Guru mengulaskan isi pelajaran hari ini.  Aras kumpulan: 2. Guru membahagikan setiap murid 22
    • 1. singa (murid mengikut aras kebolehan masing- cekap) masing dalam kumpulan.2. harimau ( murid  Aras kumpulan: sederhana) • singa ( murid cekap)3. gajah (murid • harimau (murid sederhana) kurang cekap) • gajah (murid kurang cekap) 3. Guru memberi latihan yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan aras masing-masing. • Murid-murid dalam kumpulan singa (murid cekap) perlu menulis jawapan gambar itu sendiri kerana hanya di bekalkan gambar sahaja. • Murid-murid dalam kumpulan harimau (murid sederhana) akan mengisi jawapan berdasarkan pilihan jawapan yang di bekalkan bersama dengan gambar. • Murid-murid dalam kumpulan gajah (murid kurang cekap) akan melengkapkan huruf-huruf perkataan yang hilang berdasarkan gambar. 4. Murid menyiapkan latihan dalam lembaran kerja. Kaedah: menyiapkan latihan dalam lembaran kerja. 23
    • Aktiviti : membuat latihan Penggunaan Media : latihan lembaran kerjaKesimpulanGuru mengulas perkara yang penting.Masa : 8 minit (0822-0830)Strategi : 1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid mengeja dan membaca paparan slaid gambar secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Guru menggunakan Power Point dengan memaparkan gambar dan meminta murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6 barang yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari.Kaedah: membaca paparan slaid Power Point dan menyatakan tanpa melihat Perkataan dengan mengingat kembali.Aktiviti : mengingat kembali.Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )PenilaianGuru melakukan penilaian formatif.Strategi : 1. Langkah 1, guru meminta murid-murid menyebut perkataan dengan berpandukan gambar dalam paparan LCD tanpa mendemotrasi terlebih dahulu, guru mendapati kebanyakan murid tidak menyebut dengan kosa kata yang betul dari segi intonasinya. 2. Langkah 2, guru meminta murid-murid tersebut menyebut , mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan secara beramai-ramai mengikut 24
    • kumpulan, guru mendapati jumlah murid yang dapat menyebut dengan intonansi yang betul telah bertambah. 3. Langkah 3, guru meminta murid-murid memberi jawapan yang betul berpandukan gambar mengikut kumpulan, guru mendapati murid-murid menolong satu sama lain dan menjawab dengan betul. 4. Langkah 4, guru memberi latihan yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan aras masing-masing, guru mendapati kesemua latihan yang di berikan bersesuaian kerana murid dapat menjawab tanpa di bimbing. 5. Akhir sekali sebagai penutup guru memasang Power Point dan meminta murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6 barang yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari dan mendapati murid- murid dapat : a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul. c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul. c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.Tugasan 1. Murid secara berkumpulan dalam menjawab jawapan untuk gambar- gambar yang di paparkan pada LCD. 2. Murid membuat latihan lembaran kerja mengikut aras kebolehan mereka. 25
    • Ulasan diri 1. Induksi set sangat berkesan kerana murid-murid memberi pelbagai jawapan dan memberi mereka minat untuk meneruskan pembelajaran. 2. Aktiviti berkumpulan menampakkan murid menjadi bising maka saya mengawal mereka dengan membunyikan wisel untuk menandakan isyarat diam dan di buktikan ini dapat mengawal murid daripada membuat bising. 3. Memberi pujian dan ganjaran jelas dapat menarik minat murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menjawab.Ulasan Penyelia BENTUK SLAID “POWER POINT” 26
    •  Bila kecil kepala tajam, tajam,  Bila besar rambut mengembang; mengembang;  Sewaktu kecil boleh di makan, makan, Seruling Seruling  Sewaktu dewasa banyak gunanya. gunanya.  Tahukah adik apa bendanya itu? itu? Buluh Perabot Perabot Lemang Bakul Bakul Lemang BAKUL PERABOT SERULING LEMANG Bubu Bubu Rakit Rakit RAKIT BUBU Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai PERABOT BUBU BAKUL PERABOT LEMANG RAKIT SERULING LEMANG SERULING BAKUL BUBU RAKITLembaran kerja : 27
    • 1. Kumpulan singaMenulis benda yang dibuat daripada buluh berpandukan gambar1.2.3.4.5. 28
    • 6. 2. Kumpulan harimauPadankan gambar benda yang dibuat daripada buluh dengan namanya. 1. Seruling 2. Lemang 3. Bakul 4. Bubu 29
    • 5. Perabot 6. Rakit 3. Kumpulan gajahLengkapkan huruf-huruf perkataan yang hilang berpandukan gambar 1. P_r_bu_ 2. B__u_ 3. S_r_l__g 30
    • 4. L__an_5. B__u6. R_k__ RUJUKAN1. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). PROFESIONALISME MOTIVASI PENGURUSAN BILIK DARJAH. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.2. Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005). HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SJKTAHUN 2 BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Kendidikan Malaysia.3. Edwards, C. H. (2000). Classroom disipline and management (3rd ed). New York: John Wiley & Sons.4. Ee Ah Meng (1997). PEDAGOGO I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 31
    • 5. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.7. Menurut Paul R.Burden (2000). POWERFUL CLASSROOM MANAGEMENT STRATEGIES. United Kingdom: Corwin Press Inc.8. Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986). KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH TAHAP 1. Selangor: Heinemann Educational Books Ltd.9. Morry van Ments (1994). THE EFFERCTIVE USE OF ROLE PLAY. London: Kogan Page Limited.10. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.11. Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.12. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.13. Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999). Didapati pada 28 Februari2006 daripada http://www.teachersrock.net/Taks_k_r.htm 32