• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bahagian pengurusan perkhidmatan dan sumber manusia
 

Bahagian pengurusan perkhidmatan dan sumber manusia

on

  • 1,977 views

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia

Statistics

Views

Total Views
1,977
Views on SlideShare
1,977
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
16
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bahagian pengurusan perkhidmatan dan sumber manusia Bahagian pengurusan perkhidmatan dan sumber manusia Document Transcript

    • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber ManusiaVisiMenjadikan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia adalah nadi danpenggerak utama pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang menyediakan pengurusancemerlang yang boleh dicontohi oleh semua agensi.Misi Memberi perkhidmatan dalam pengurusan pejabat, Aset dan ICT, keurusetiaan majlis- majlis rasmi, penyelenggaraan kompleks, pengangkutan, perpustakaan, kebajikan dan sukan. Mengawal, meyelaras dan memantau peruntukan/ perbelanjaan mengurus, urusan pembayaran, pinjaman dan pendahuluan diri/pelbagai. Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek- projek pembangunan. Mengkaji, merancang, mengurus dan membangunkan keperluan sumber manusia, struktur organisasi dan hal ehwal perkhidmatan. Merancang, melaksana dan menyelaras program-program perhubungan awam dan kerja- kerja dokumentasi dalam memperkukuhkan identiti dan imej jabatan. Merancang, melaksana, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan serta memberi khidmat nasihat bagi menjamin keselamatan unit/bahagian/jabatan. Memberikan perkhidmatan keurusetiaan yang cekap dan berkesan kepada MAKSAK dan PUSPANITA Kebangsaan.Objektif Menentukan pengurusan perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cemerlang dan berterusan mengikut peraturan dan arahan yang berkuatkuasaPiagam pelanggan Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan serta layanan pelanggan yang adil dan saksama. Memberi perkhidmatan sokongan yang cepat, cekap dan tepat mengikut peraturan dan prosedur serta mewujudkan suasana bekerja yang selesa bagi membolehkan objektif Jabatan tercapai Menguruskan pengurusan sumber manusia yang tepat, cepat dan cekap mengikut peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
    • Menguruskan pengurusan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan. Memberi khidmat pengurusan keselamatan bagi menjamin tahapnya sentiasa di peringkat yang tinggi Memberi khidmat keurusetiaan yang cekap dan berkesan bagi program MAKSAK dan PUSPANITA kebangsaan mencapai matlamat.Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Am Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan Unit Kewangan Unit Keselamatan Unit Pembangunan Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi PUSPANITA Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan Bertanggungjawab untuk menjaga dan memantau kerja-kerja kebersihan pejabat di dalam Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Menyelenggara semua kemudahan pejabat, peralatan, perabot, mesin kenderaan, tempat letak kenderaan dan bilik mesyuarat. Menyediakan kemudahan kenderaan, pemandu dan mengendalikan urusan yang berkaitan dengannya. Menjadi urusetia kepada majlis-majlis rasmi Jabatan/Jawatankuasa 4P Hari Kebangsaan. Menjadi urusetia kepada lawatan pelawat-pelawat luar negara yang bertaraf Menteri yang menjadi tetamu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bertanggungjawab sebagai Jawatankuasa Hadiah bagi Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan Menghafaz Al-Quran. Mengendalikan urusan surat menyurat dan sistem pengurusan fail. Mengendalikan urusan pakaian seragam bagi Pemandu, Pembantu Am Rendah, Pekerja Rendah Awam dan Pengawal Keselamatan. Mengendalikan dan menyelenggarakan urusan pemasangan telefon/fax. Memproses permohonan keluar negeri secara persendirian. Mengedar pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kepada Unit/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mengawal perjalanan semua peringkat fail {Rahsia, Sulit, Terbuka} untuk tindakan pegawai/kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Memproses borang-borang pencalonan bintang dan pingat persekutuan bagi pegawai dan kakitangan daripada Unit/ Jabatan/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri. Membangun, menyelenggara dan melaksanakan sistem ICT Menyediakan perkhidmatan perpustakaan. Mengelolakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial Jabatan Perdana Menteri.
    • Unit Kewangan Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Mengurus (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa. Mengemukakan dokumen pembayaran gaji bulanan pegawai dan kakitangan tepat pada tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara. Memproses semua tuntutan bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa, permohonan pinjaman kenderaan, pembiayaan komputer dan kelab rekreasi & sukan, pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan elaun pakaian panas. Mengeluarkan waran peruntukan, pesanan tempatan dan waran perjalanan serta menguruskan pindah peruntukan. Mengawal Akaun Amanah/Deposit dan Hasil bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mengurus segala teguran audit. Menyelaras kehadiran Pegawai Jabatan Perdana Menteri semasa perbahasan Belanjawan di Parlimen Semakan belanjawan majlis rasmi dan lawatan negaraUnit Pembangunan Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Pembangunan (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan. Menyelaras dan mengendalikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (National Infrastructure for Land Information System - NaLIS). Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pemantauan Projek (PMS). Mengurus dan menyelaras segala teguran audit.Unit Keselamatan Memberi khidmat nasihat mengenai kawalan Keselamatan Perlindungan kepada Jabatan- Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Membuat naziran bagi menentukan bahawa kelemahan-kelemahan keselamatan serta syor-syor keselamatan dilaksanakan. Membuat pemeriksaan mengejut di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya bagi menjamin keselamatan perlindungan diamalkan. Menyelaras dan menguruskan pengeluaran kad/pas keselamatan. Menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang ditetapkan oleh jawatankuasa keselamatan perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.
    • Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi Memberi taklimat berkaitan peranan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawahnya kepada pelawat dan orang ramai. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam Jabatan dalam memberi jawapan balas kepada aduan-aduan awam yang diterima. Mengadakan hubungan mesra dengan pihak media massa dan pegawai-pegawai perhubungan awam dari agensi-agensi lain serta orang ramai. Mengeluarkan bahan-bahan maklumat berbentuk buletin, makalah dan brosur untuk maklumat kakitangan dan orang ramai. Merekacipta konsep grafik dan menyediakan bahan-bahan grafik dan visual untuk keperluan pameran dan publisiti. Mengendalikan kerja-kerja berkaitan percetakan, fotostat, setting dan lain-lain tugas am percetakan.Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Memberi khidmat penyelarasan dan keurusetiaan yang berkesan kepada MAKSAK Gabungan di seluruh negara. Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan MAKSAK. Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta MAKSAK. Mengurus Laporan dan Dokumentasi.PUSPANITA Kebangsaan Memberi khidmat penyelarasan keurusetiaan yang berkesan kepada PUSPANITA Malaysia. Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan PUSPANITA Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta PUSPANITA. Mengurus Laporan & DokumentasiUnit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Unit Pengurusan Sumber Manusia (Operasi) Unit Pembangunan Sumber Manusia Unit Penyelidikan Sumber ManusiaUnit Pengurusan Sumber Manusia Menguruskan pengambilan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri. Menguruskan proses pemilihan dan perlantikan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai mengikut kesesuaian jawatan, kerja dan masa. Mengurusan hal-hal perkhidmatan. Menguruskan sistem disiplin dan pengendalian tatatertib.
    • Menguruskan pengendalian LNPT Menguruskan pengendalian PPG Menguruskan permohonan rasmi keluar negeri.Unit Pembangunan Sumber Manusia Menguruskan program latihan sumber manusia. Menguruskan peperiksaan perkhidmatan. Pencalonan menghadiri kursus luar negeri. Menyediakan khidmat kaunseling dan membantu proses penyelesaian masalah sumber manusia. Menguruskan kenaikan pangkat/pemangkuan. Memantau dan membangunkan prestasi pegawai. Menjadi urusetia kepada Majlis Penyampaian Khidmat Cemerlang. Mengurus pengendalian MBJ di peringkat Jabatan Perdana Menteri. Memantau/Memproses permohonan aktiviti luar Jabatan.Unit Penyelidikan Sumber Manusia Menguruskan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SISPEN) yang berkesan. Perancangan sumber manusia dari segi keperluan kepakaran, kuantiti dan kualiti. Mengkaji, memeriksa dan memberi ulasan ke atas cadangan penyusunan semula struktur organisasi agensi-agensi- di bawah Jabatan Perdana Menteri. Menguruskan pengendalian JKP di peringkat Jabatan Perdana Menteri. Penyelidikan, kajian dasar dan strategi baru program pengurusan dan pembangunan sumber manusia.Lihat juga Jabatan dan Agensi kerajaan MalaysiaLaman rasmi http://www.bpk.jpm.my/index.htm