Kaedah mengajar bahasa arab 1

1,763 views
1,583 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,763
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kaedah mengajar bahasa arab 1

  1. 1. KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARABQAMARUDINTHEGREAT telah menulis/mengirim "KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARABOLEH:KAMARUDIN BIN JAFFARKANDUNGANPengenalanDi dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran danpembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khususbanyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan prosespelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik,strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat pentingbagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yangdilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran danseterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang.Konsep Pendekatan.Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam kontekspengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjangsesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkandiguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadiseseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secaraberterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran danpembelajaran.Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi danpendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi.Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan ModelPemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba.Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasidata serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalahbersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentuinilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang digunapakai, teknik dan aktiviti yang dirancang.Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumuskepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran danpembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggapbenar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskanpendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu.Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teoripembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu matapelajaran berdasarkan objektifnya.Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu
  2. 2. pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yangberasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifatsesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasiterhadap falsafah pendidikan Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yangmutlak.Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentanghakikat satu matlamat pelajaran.Konsep StrategiStrategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatanserta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajarandan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.Konsep KaedahKaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem,tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapatbanyak kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajarankhususnyauntuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedahprojek.Konsep TeknikTeknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkahlaku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlakuguru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yangada padanya.Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakanteknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaranatau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman.Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untukpengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara ,syarahan, soal jawab dan bercerita.Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiranobjektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatukemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.Aras kemahiran Teknik mengajarPengetahuan Latih tubi dan hafazanKefahaman SyarahanAplikasi Tunjuk cara atau demonstrasiAnalisis PenyoalanSintesis PerbincanganPenilaian SumbangsaranKonsep AktivitiAktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalampengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah dan aktiviti
  3. 3. dapat dilihat berdasarkan rajah berikut :Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yangboleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran danpembelajaran.Walaubagaimanapun , beberapa aspek penting perlu diambil kiradalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam danbahasa arab.Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapanaspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang muriditu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isipelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknyapembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaranmengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaianseseorang pelajar.Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikanbahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam.Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perludiambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidakrelevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur.Begitu jugadengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajardalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun diperingkat tinggi.Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal sesebuahkelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas.Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya denganmempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatubahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran danpembelajaran bahasa Arab ialah :1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu ideabesar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya,dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitankeluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggotakeluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satutajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab bolehdipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) ataumuthola’ah.Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualandalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)Kaedah ejaan atau imla’i ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaranilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Iamerupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam
  4. 4. perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akanmenulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulamameyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing.Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakanijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaandan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahamandan pandangan mazhab mereka.Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah inidengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis danseterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy3. Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa.Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihakmemainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teksperbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama ataubertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untukdipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagimenyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasakerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari,disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal dimana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad denganmengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapatmenyebutnya.Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latihtubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dankemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnyamenggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangkamasa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontekbahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikuttahap pembelajaran.5. Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum dihuaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalahkaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden.Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa.Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir.Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimanamengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contohtambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.6. Kaedah InduktifKaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para
  5. 5. pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelumpergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusansendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru.Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, danberlatih membina kesimpulan dan prinsipContohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuaidipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contohyang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difahamberdasarkan contoh.RumusanKesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihankaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukansejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajarbahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajarterutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atauinteraksi dalam bahasa tersebut.BIBLIOGRAFIAhmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, FajarBakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,1997 .Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar,Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.,Kuala Lumpur 1996._________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit BahasaArabBahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam DanMoral, Kem. Pendidikan Malaysia.lampiran 1:1..
  6. 6. 2..:1.2..3..4. .5..6..7.8..:1..2..3..4..5..:1..2. ...3. ..
  7. 7. 4..5."Kiriman pada Friday, August 12 @ 01:29:48 MYT oleh QAMARUDINTHEGREAT

×