Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

7,356 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,356
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
465
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif

  1. 1. KERTAS CADANGAN KUALITATIF PENGGUNAAN PETA MINDA MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA DALAM PENULISAN KARANGAN BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara,mata pelajaran bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.Pada peringkat sekolah rendah,bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan dan pada peringkat sekolah menengah,bahasa melayubahasa pengantar di semua sekolah.Oleh itu,bahasa Melayu perlu dikuasai dari peringkat sekolah rendah lagi untuk memudahkan murid mengikuti semua bidang pelajaran. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa,iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca,dan kemahiran menulis.Hasil pembelajaran juga mengabungkan peraturan dalam sisitem bahasa dan di sokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.
  2. 2. 1.2 Latar Belakang Kajian. Kemahiran penulisan ialah kemahiran pratulisan,tulisan mekanis,dan penulisan karangan.Dalam kemahiran penulisan murid harus dapat mengeluarkan idea melalui penilsan dengan menggunakan ayat,tanda baca,ejaan,tatanahasa yang betul,serta tulisan yang jelas. Penulisan adalah merupakan salah satu matapelajaran wajib diduduki oleh pelajar Tahun 6 dalam peperiksaan UPSR.Kemahiran penulisan ini harus diarahkan sejak pelajar dalam tahap satu,pelajar telah dibimbing untuk membina ayat mudah. Dalam Tahun 4 pelajar mula untuk menguasai fakta bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.Setelah membuat tinjauan terperinci saya telah bertekad untuk mengkaji salah satu masalah utama di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu untuk menguasai fakta dalam penulisan,dan kaedah yang ingin diperkenalkan ialah kaedah Peta Minda. Penyelidik telah bertekad untuk menkaji bagaimana penggunaan kemahiran peta minda akan mampu secara berkesan utuk menguasai fakta dalam penulisan karangan.
  3. 3. 1.3 Pernyataan Masalah. Masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan tajuk yang diberikan.Mereka seringkali mengulang semula isi yang telah mereka kemukakan.Mereka hanya menukar memutar balikkan isi perengan yang terdahulu.Jalan cerita dalam penulisan juga agak mengelirukan dan bercelaru kerana sudah ketandusan idea. Untuk menentukan fokus kajian ini,kaedah soal selidik,kaedah temu bual,ujian kes,dan analisis dokumen digunakan.Bermula dengan dua soal selidik iaitu kajian emosi pelajar dan kajian impak matapelajaran.Soal selidik ini akan mengungkap masalah yang dihadapi oleh pelajar pelajar sekolah rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.Seterusnya saya akan gunakan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dan saya akan dapat melihat perubahan pada hasil penulisan pelajar. 1.4 Kerangka konsep. Kerangka konsep ialah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel tak bersandar(independent) dan variabel bersandar (dependent)yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. 1.Pengajaran dan pembelajaran 2.Kaedah & strategi guru Menguasai fakta 3.Pembacaan murid penulisan karangan
  4. 4. 1.5 Objektif Kajian. Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian penulisan karangan di kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut. 1. Meningkatkan kemahiran pelajar membuat peta minda yang sistematik,lengkap dan cepat. 2. Menyakinkan pelajar tentang keberkesanan peta minda sebagai alat untuk menguasai fakta dalam penulisan karangan. 3. Meningkatkan prestasi pelajar menguasai fakta dalam penulisan karangan. 4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam penulisan karangan. 1.6 Persoalan Kajian. Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Bagaimanakah penggunaan Peta Minda dapat membantu pelajar-pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan karangan. 2. Bagaimanakah penggunaa Peta Minda dapat membantu para guru dalam pengajaran-dan pembelajaran penulisan karangan. 3. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta minda mempertingkatkan kebolehan dan keupayaan membina peta minda secara cepat dan spontan.
  5. 5. 1.7 Kepentingan Kajian. Saya amat optimis bahawa kajian ini akan dapat meningkatkan tahap kecekapan penulisan pelajar dengan menggunakan peta minda dan diaplikasikan oleh muridmurid.Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guru lain. Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya. 1.8 Batasan Kajian. Dalam kajian ini terdapat batasan seperti berikut. 1. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah di Bahagian Bintulu. Oleh itu dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan peresekitaran dan keperluan guru dan para pelajar di sekolah rendah sahaja.Walau bagaimana pun hasil kajian ini boleh diperluaskan sebagai rujukan kepada kajian yang sama pada sekolah-sekolah lain di Malaysia. 2. Kajian ini hanya berdasarkan dapatan peningkatan pencapaian penulisan karangan dengan menggunakan peta minda . 3. Sampel yang dipilih ialah 15 orang pelajar. 4. Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak sekali dalam seminhhu dalam tempoh satu setengah jam.
  6. 6. 1.9 Takrifan Kajian. Dalam membuat kajian ini nanti,beberapa takrifan terhadap istilah-istilah yang digunakan adalah seperti berikut:1.9.1 Pelaksanaan “Pelaksaan”menurut Kamus Dewan (2005,edisi keempat),mendefinisikan perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan(menjalankan,mengusahakan)rancangan iaitu tugas dan sebagainya. 1.9.2 Pendekatan “Pendekatan” pula adalah merujuk kepada kaedah atau teknik pelaksanaan seperti cara,langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas dalam mengatasi masalh yang timbul. 1.9.3 Peta Minda ‘Peta minda’ adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan kedalam peta minda.Peta minda direka dengan pelbagai corak. 1.9.4 Pengajaran ‘Pengajaran’ bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah laku berlaku.
  7. 7. 1.9.5 Pembelajaran ‘Pembelajaran’adalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru (Kamus Dewan 1970),sama ada melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal seterusnya berlaku perubahan tingkah laku,seseoran kanak-kanak akan mengaplikasi dan menajamkan lima deria iaitu penglihatan,pendengaran,rasa,hidu dan sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru.Mereka dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti. Rumusan. Berdasarkan maklumat penerangan diatas jelas menunjukkan para pelajar perlu menggunakan peta minda sebagai satu teknik untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconseius mind.Tumpuan yang diberikan adalah pelajar sekolah rendah dalam penulisan karangan.Semoga kajian ini dapat membantu para guru dan pelajar dalam menguasai fakta dalam penulisan karangan.
  8. 8. BAB2 Tinjauan Literatur 2.1 Pengenalan Bab ini akan mengenengahkan kajian yang terdahulu berkaitan proses penggunaan peta minda dalam penulisan.Penulisan sesebuah karya adalah bergantung kepada kemahiran pelajar dalam mengembangkan idea untuk menjadi sebuah karya yang bermutu,menarik dan bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Banyak kajian yang menggunakan peta minda untuk meringkaskan ingatan minda seseorang dalam mengingati fakta.Dalam kajian yang lepas memang banyak keberkesanan peta minda membantu pelajar mengingat dan menghubung kait konsep,fakta dan istilah yang begitu banyak mengelirukan. Kajian lepas mengenai peta minda dalam menguasai fakta dalam penulisan agak terlalu kurang dilihat.Namun saya amat optimis untuk mengenengahkan penggunaan peta minda untuk menguasai fakt dalam penulisan karangan sekolah rendah memandangkan pelajar sekolah rendah membina karangan hanya berdasarkan yang terlintas difikiran tanpa menggunakan sesuatu yang lebih sistematik dan menarik. 2.2 Kajian Berkaitan
  9. 9. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Melayu, hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana,mencatat dan menyusun maklumat,menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. 8.6- menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan. 9.0- mencatat dan menyusunkan maklumat. 10.0- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. 11.0 membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton atau dibaca. Berdasarkan kemahiran diatas ramai pelajar rendah mengalami masalah untuk menguasai fakta dalam menghasilkan sebuah karya penulisan yang menarik dan gramatis.Jadi penggunaan peta minda dalam menghasilkan karya penulisan mereka telah banyak membantu mereka untuk mengembangkan idea secara teratur dan kemas. Mengikut seorang penulis DILIP MUKERJEN(1996) dalam bukunya bertajuk ‘SUPERBRAIN’ melalui pemetaan minda seseorang itu dapat......... ‘learn more,remember more,use LESS paper,invest Less effort” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota,mengembang idea. Menurut Subaidah(2002),kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Menurut Brinkman 2003, kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti dan ingatan manusia.
  10. 10. Mohammad Nor Sanusi,Sepang,selangor ‘Seminar Kecermelangan UPSR (2009)Panduan menulis karangan ,langkah-langkah yang dicadangkan ialah :i. Baca soalan dengan teliti dan faham kehendak soalan . ii. Mencatat isi-isi penting dengan menggunakan peta minda. iii. Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda. iv. Semak semula karangan yang telah siap.Jika ada kesalahan ejaan atau struktur ,buat pembetulan. Menurut Kajian Tindakan,Kemahiran membuat Peta Minda,Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah(1998) yang diterajui oleh dua orang fasilitator Kajian Tindakan Negeri Kedah,iaitu En Lee Soon Guan dan Pn Chee Kamaliah Yahya,bahawa kajian mereka telah terbukti keberkesanan peta minda sebagai alat untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar.hali ini telah dapat dibuktikan daripada Ujian Akhir Tahun pelajar telah mendadak meningkat setelah hasil menggunakan peta minda. Menurut mereka lagi peta minda adalah juga satu kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan guru sekolah menengah untuk mengingat dan mencatatkan nota yang berkesan kepada pelajar.Dalam kaedah peta minda hanya faktor –faktor penting sahaja yang dimasukkan kedalam peta minda. Petua membuat peta minda. 1. Dibahagian tengah,lukis tajuk dengan huruf besar. 2. Bahagian kepada cabang-cabang merupakan fakta utama(maksimum tujuh cabang) 3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil untuk fakta terperinci. 4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh kaedah,jenis. 5. Semua fakta didalam huruf besar. 6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang dan fakta. Oleh itu penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak.
  11. 11. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentukdan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.Pembelajaran hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat,tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritsi dan kreatif malah iannya tidak sesuai dizaman serba maju ini. Sebagai seorang insan,Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi.Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apaapa rangsangan yang berkaitan dengannya. Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan.Sebagai contoh,mata yang berfungsi untuk penglihatan akan meransangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.Mesej yang dihasilkan dalam penulisan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsang pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.Beberapa elemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman . Melakar simbol-idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan.Dari sinilah idea ini akan berkembang.Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik beserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagau satu teknik memetakan minda kita kearah memudahkan pemahaman. Pencetusan idea-lakaran yang dibuat yang merangkumi teks,grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi krativiti individu kearah pencetusan idea.
  12. 12. Rumusan. Dari kajian-kajian diatas memang para pengkaji sebelum ini telah sepakat bahawa penggunaan peta minda memang suatu cara yang efektif untuk mengingatkan fakta secara lebih bersistematik.Oleh kerana itu saya ingin mengaplikasikan kajian peta minda ini kepada penulisan karangan.Saya sangat optimis jika peta minda mampu membantu pelajar sekolah rendah menguasai fakta dalam penulisan. BAB 3 Metodologi 4.1 Pendahuluan Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian yang terkandung seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kualitatif.Di sini juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan dilaksanakan.Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-instrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data. 4.2 Reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.Ia juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip.Penyelidik memilih reka bentuk kajian kualitatif dalam bentuk eksperimen jenis tak berkumpulan kawalan.Reka bentuk ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa. Reka bentuk kajian saya adalah berdasarkan pendekatan model Kajian Tindakan yang pernah saya hadiri semasa kursus.Kajian Tindakan ini merangkumi lima kompenan asas penting yang dicadangkan seperti berikut:-
  13. 13. Merancang Bertindak Mengenal pasti fokus Refleksi 3.2.1 Menilai Mengenal pasti focus. Fokus utama saya ialah penggunaan peta minda membantu murid menguasai fakta dalam penulisan karangan. Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan saya membuat perancangan.Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan pernyataan masalah yang sebenar.hasil penganalisaan itu suatu teori dapat dikemukakan dengan sokongan bukti-bukti yang diperolehi daripada proses tinjauan.Bermula dari ini satu fokus kajian dapat dikemukakan.Penentuan fokus kajian ini perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut. • Isu itu perlu tindakan segera • Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pengkaji. • Sejauh mana mustahaknya isu itu kepada pelajar. • Penumpuan kepada satu bahagian yang penting. • Tugas ini boleh diurus dengan baik. • Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut. 3.2.2 Langkah Merancang Tindakan
  14. 14. Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan kajian.Lazimnya,rancanagan tindakan dapat dibahagikan kepada dua jenis. • (a) Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan. • (b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara lain. Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa bahagian perlukan diperbaiki.Rancangan (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu.Oleh itu rancangan in perlu ditukar kerancangan lain. Cadangan perkara yang perlu diambil berat atau pertimbangkan semasa merancang tindakan. • Matlamat cadangan tindakan • Sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil. • Senarai tentang tindakan-tindakan yang dicadangkan seperti. i. Tugas dan tanggungjawab baru ii. Aktiviti – aktiviti baru. iii. Bahan-bahan baru. iv. Struktur organisasi baru,dan v. Falsafah dan konsep baru bagi perubahan itu. • Pernyataan cara-cara pemantauan perubahan yang ada. • Pernyataan penilaian formatif dan sumatif. Pernilaian formatif dijalan semasa pelaksanaan ujian.Ini amat berguna untuk mendapatkan makluman.Penilaian sumatif pula dijalankan di akhir pelaksanaan kajian untuk gambaran keseluruhan projek kajian.Oleh itu pengkaji dapat membuat keputusan apa yang telah berlaku dan apa yang patut dibuat seterusnya. • Pernyataan keperluan yang lain,misalnya
  15. 15. i. Sumber-sumber seperti bahan rujukan,kewangan,tenaga dan sebagainya, ii. Kelengkapan,dan iii. Masa. • Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar. 3.2.3 Cadangan Pelaksanaan Langkah-langkah Tindakan. Perancangan tindakan lazimnya boleh melibatkan beberapa alternatif.Daripada perbincangan dengan rakan-rakan,pengkaji mungkin menghadapi kesukaran untuk melaksanakan langkah-langkah tindakan itu.Ini kerana banyak halangan yang dinyatakan dan akhirnya pengkaji tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu menerima risiko.Kita perlu memahami bahawa setiap perubahan memang mempunyai risikonya.Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko.Pengkaji perlu meneliti dan menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan terdapat orang yang bersedia membantu.Semasa langkah-langkah tindakan dijalankan,pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkritik supaya pengkaji dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat.Kritikan ini mestilah diberikan secara jujur. Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain.Sememangnya tidak harus berlaku kegagalan.walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan itu bagi membina panduan seterusnya. 3.2.4 Pemantauan Dan Penilaian. Setelah tindakan dirancang dan dilaksanakan.pemantauan serta penilaian mesti dijalankan.Pemantauan boleh dijalankan oleh beberapa pihak,misalnya pengkaji sendiri boleh membuat pemantauan kendiri ataupun rakan pengkaji boleh memantau bersama kajian. Aktiviti-aktiviti Pemantauan. i. Pemantauan kendiri
  16. 16. Pemantauan kendiri ini dibuat pada akhir setiap peringkat kajian.Segala idea yang berkaitan dengan apa yang telah dilakukan,halangan serta masalah yang timbul dicatatkan dalam diari.Pandangan orang lain juga dicatatkan.dari semasa ke semasa,pengkaji perlu melihat isu asal supaya tidak menyimpang.Penting dipastikan adakah fokus kajian perlu diubah? ii. Pemantauan dengan Rakan/kumpulan Sejawat Pemantauan oleh rakan atau kumpulan rakan sejawat boleh dijalankan.Rakan/kumpulan sejawat yang memahami apa yang dilakukan oleh guru pengkaji boleh memberikan pandangan dan kritikan yang membina.Perjumpaan menerusi mesyuarat hendaklah diatur dan dijalankan supaya maklum balas yang berterusan diperolehi. iii. Pemantauan dengan Pelajar-Pelajar Pelajar mempunyai pandangan dan tindakan yang berbeza dari pengkaji.Maklum balas daripada pelajar dapat mencerminkan bukan sahaja perasaan mereka tetapi juga bagaimana mereka berfikir tentang apa yang pengkaji sedang lakukan.Pelajar mungkin memberikan kritikan dan ini dapat membantu pengkaji dalam kajiannya. iv. Pemantauan Bersama Adalah dicadangkan kaedah”triangulation”digunakan.Hal ini melibatkan 3 pihak atau lebih iaitu guru,rakan sejawat dan pelajar/pemerhati.Mengadakan mesyuarat/perjumpaan membolehkan perbincangan diadakan.Perjumpaan ini lebih dinamik dengan menggunakan audio visual dan dinilaikan oleh kumpulan yang dinilai. Aktiviti-aktiviti Penilaian Dalam proses menilai kajian tindakan,pengkaji perlu menerangkan perkara-perkara mengenai jenis-jenis penilaian yang boleh dilakukan. Jenis-jenis penilaian Terdapat dua jenis penilaian yang penting.
  17. 17. • Penilaian Formatif, • Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif. Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang dijalankan proses kajian dilaksanakan. Penilaian Sumatif. Penilaian jenis ini diadakan hanya pada akhir setiap tahun atau gelungan kajian. Siapa Yang Menjalankan Penilaian Penilaian boleh dijalankan pengkaji,rakan sejawat,pelajar,kumpulan guru pengkaji,pihak pentadbir sekolah,fasilitator dari luar sekolah dan ahli-ahli pengkaji lain yang dipersetujui oleh jawatankuasa kajian. 3.3 Populasi dan Sampel Apakah definisi populasi? Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji,iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan generalisasikan”.Jadi populasi saya ialah sebuah sekolah rendah di Bintulu. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.Sampel kajian saya nanti ialah 15 orang. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sample yang akan dipilih serta perbelanjaan kajian.Sebagai contoh ,kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkat pencapaian akademik mereka di sekolah luar Bandar tentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar Bandar di Malysia.Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza,saiz sample akan berbeza begitu juga reka bentuk kajian yang akan digunakan juga berbeza.
  18. 18. Pengkaji menggunakan Persampelan Rawak Mudah(PRM) .Persampelan jenis ini adalah satu proses pemilihan sample di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sample.Persampelan rawak-mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan sample yang mewakili populasi.Dari segi tekniknya,ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu,seperti berikut: i. Kenal pasti populasi dan berikan definisinya.(misalnya murid-murid Tahun 1) ii. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka(misalnya 250 orang) iii. Berikan nombor(secara berturutan)kepada ahli populasi(misalnya 000 hingga249) iv. Tentukan saiz sample(misalnya,50 orang,iaitu 20% daripada populasi). v. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak(JNR)dan pilih ahli populasin yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sample kajian,dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sample. Persampelan Rawak Mudah lebih diutamakan berbanding teknik-teknik yang lain sebab persampelan ini dapat menghasilkan sample yang lebih tepat untuk mewakili populasi. 3.4 Alat Kajian Pengutipan data kualitatif ini memerlukan alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian.Data kualitatif boleh dikutip melalui temubual,pemerhatian,soalselidik,penelitian dokumen dan sebagainya. i. Pembinaan alat kajian Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu,sebelum kajian sebenar dijalankan.Sekiranya kajian menggunakan ujian,ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran
  19. 19. variable dengan tepat/sah.Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir oleh pengkaji.justeru,ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu(a) menentukan objektif alat kajian,dan(b) menentukan kandungan alat kajian. Bagi kajian kualitatif ini,pengkaji akan perlu membina alat-alat kajian menurut definisi operasional perkara-perkara yang kita ingin kaji.Kaedah membina alat-alat kajian mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikutnya. (a) Penilaian Dokumen- merujuk suatu rekod tentang pemekiran,perasaan,pendapat atau tindakan seseorang. (b) Alat pemerhatian-pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai cirriciri berikut: • Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. • Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. • Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. • Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian. • Menyediakan sesuatu yang patut dibuat. (c) Alat Menemuduga Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.Ia disifatkan sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik tidak dapat dilihat secara langsung.Secara spesifik,tujuan temuduga adalah untuk mengutip maklumat.Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melaluisoalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal.temuduga boleh bersifat kasual atau mendalam.
  20. 20. Pengkaji akan menggunakan jenis temuduga berstruktur atau piawai.Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.Contoh; “Kamu minat penulisankah?” 3.5 Analisis Data a. Proses Menganalisis Data. Analisis melibatkan proses menyusun data.Pengkaji perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk,kategori dan unit deskriptif asas.Tanpa mengambil kira kaedah yang digunakan untuk mengutip data,lima(5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data: (i) Tahap pra analisis (ii) Tahap kemasan data (iii) Tahap pamiran data (iv) Tahap verifikasi data (v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). (b) Interprestasi Data Interprestasi melibatkan memberi makna dan kesignifikan kepada analisis,ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan sesama bentuk.Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interprestasi dan disiminasi.Di bawah diberikan rujukan untuk interprestasi data. • Interprestasi • Interprsetasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda • Interprestasi berdasar teori • Interprestasi berdasarkan maklumat
  21. 21. • 3.6 Interprestasi tertakhluk kepada prinsip etika yang ketat. Rumusan Perbincangan dalam bahagian metodologi ini telah menerangkan beberapa aspek yang penting dari segi perdekatan dan pengkaedahan dalam kajian seterusnya.Adalah penting setiap pengkaji memahami pengkonsepan metadologi serta teknik-teknik melaksanakan langkah-langkah kajian seterusnya.Panduan yang dinyatakan dalam bahagian metodologi ini adalah sebagai garis panduan untuk membantu pengkaji mula melaksanakan kajian seterusnya.Untuk memperluaskan lagi pengetahuan pengkaji mengenai pengdekatan dan pengkaedahan kajian adalah penting pengkaji mendalami lagi pengetahuan secara praktik dan teori dengan bergiat dalam aktiviti kajian.Dengan adanya lebih banyak pengalaman mengkaji dan menyelidik,pengkaji boleh menguasai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan kajian penyelidikan danam pendidikan.

×