Ungku Aziz
Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 -
) me...
[sunting] Perkhidmatan
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai
Pensyarah Ekonomi di Uni...
bidang pendidikan dan seorang
ahli ekonomi yang banyak
menyumbang idea kepada agama,
bangsa dan negara.
Beliau dilahirkan ...
Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh
Ekonomi Melayu oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tokoh Terkenal-Ungku Aziz

850

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
850
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tokoh Terkenal-Ungku Aziz

  1. 1. Ungku Aziz Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. [sunting] Keluarga Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang. [sunting] Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo, Jepun.
  2. 2. [sunting] Perkhidmatan Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun. [sunting] Anugerah Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi Cosmopoint. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. [sunting] Sumbangan Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:- • Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II. • Pencetus idea penubuhan o Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH) o Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) o Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) o Universiti Malaya  Akademi Islam  Pusat Asasi Sains  Pekanbuku.
  3. 3. bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan Diraja Johor. Beliau berkahwin dengan Pn. Azah Aziz dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi (Kepujian Kelas Pertama) di Universiti Malaya Singapura pada 1951. Kemudian mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi di Waseda University, Tokyo 1964. Perkhidmatan Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1949-1960). Pada tahun 1960-1965, beliau dilantik sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (1965-1968), seterusnya dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Malaya dari tahun 1969-1988. Anugerah Y.M Ungku Aziz telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978. Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka. Pada 1997 beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara. Beliau telah menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005 oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
  4. 4. Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Anugerah terbaru yang diterima oleh YM Profesor Diraja Ungku A. Aziz ialah Anugerah Akademik Negara 2006 sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Aktiviti Semasa Antara penglibatan beliau dalam Institusi Kebangsaan a) Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-) b) Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-) c) Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005- 30.9.2008) d) Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009) Antara penglibatan beliau dalam Syarikat Korporat a) Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988-) b) Pengerusi, Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995-) c) Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002-)

×