Your SlideShare is downloading. ×
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bola tampar (2) (Form 3 PJ Folio)

6,172

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,172
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
254
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BOLATAMPAR
  • 2. Pengenalan Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatanyang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapidipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir samadengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahundahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara. Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang dikarang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakanbahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripadapermainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jermanpada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telahmemperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke AmerikaKedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yanghampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun,Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telahmencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes,Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagaiseorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untukmencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yangenggan bermain bola keranjang. Pada peringkatmula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola inidi pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara sepertimenimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengahdan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepadatujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telahmenyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahanberatnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongansyarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan
  • 3. dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan initerus diminati dan diterima oleh masyarakat. Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampardikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyballoleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bolatampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadiNegara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkanke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terusberkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China(1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910)sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikatmemperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia(1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922).Secara beransur-ansur permainan bola tampar telahberkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasikepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usahapertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khastelah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan OlimpikBerlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuanbola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan padatahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia,Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masingtelah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball(FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkandengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah PaulLibaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.
  • 4. Peraturan1.Kawasan Permainan Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.2.Dimenesi Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dandengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnyahendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.3.Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetiksahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan olehFIVB. Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang bolehmenyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain diatas permukaan yang kasar atau licin.
  • 5. Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yangberlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan . Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untukpengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidakdibenarkan.4.Peralatan Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuksatu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasutmestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpatumit. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan danbelakang. Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi danmempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.
  • 6. 5.Bola Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yangmudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm6.Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersiyang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya . Digelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadualpertandingan mesti menukar jersinya. Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain: Bermain tanpa kasut Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantianpemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor yang sama. Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermaindengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai
  • 7. warna dan corak yang samabagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.7.Objek dan Pakaian yang Dilarang Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaanatau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri. Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyainombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain.8.Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola Pukulan Empat Kali : Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyakempat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannyasemula ke pihak lawan. Bola Dipegang : Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas atau memegang dan melambung bola. Sentuhan Dua Kali Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kaliberturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut . Menyeberangi Jaring
  • 8.  Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawantanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawanmembuat pukulan serang. Kemahiran Asas1.Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagianbelakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan danservis atas kepala. Cervis Atas Kepala Kawasan kontak bola dalam servis bawah tangan adalah pada bahagian lengan.
  • 9. Kaki dominan di belakang . Fleksi kedua-dua belah lutut. Pegang bola pada aras atas pinggang. Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang. Pukul pada bahagian bawah bola. Tangan memukul ke arah sasaran.
  • 10. 2.Kemah iran men yangg a Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara . Fleksi kedua-dua belah lutut. Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. Kontak bola pada lengan tangan. Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.
  • 11. 3.Kemahiran men g umpan Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Fleksi kedua-dua belah lutut. Kedua-dua belah tangan di atas kepala. Kontak bola di hadapan dahi. Luruskan siku dan lutut serentak.
  • 12. Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran4.Kemahiran merejam Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawanbagi mendapatkan mata . Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan .  Bergerak ke arah bola. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. Kontak bola dengan tangan lurus.
  • 13. Pukul pada bahagian atas bola. Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat.5.Kemahiran men ghadang Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihaklawan . Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan .
  • 14. Badan dan tapak tangan menghadap jaring.Lompat dengan kedua-dua belah kaki.Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.Jarakkan jari-jari tangan.Mata pandang arah pergerakan bola.Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.
  • 15. Latihan Ansur MajuLatihan Membuat ServisLatihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhirsesi latihan untukmenyesuaikan diri pemain dengan suasana permainansebenar.1.Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan
  • 16. 7m.Latihan dimulakan pada jarak 3m,6m dan seterusnya 9m.Latihandiadakan secara berseorangan (Rajah5.2)2.Servis dilakukan secaraberpasangan daripada garisan tepi gelanggang.Pemainmelakukanservis secara bergilir-gilir. (Rajah 5.3 )3. Dalam latihan ini ,servis dilakukan secara berpasangan dan boladipukul melepasi jaring.Servisbermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah5.4 )4.Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servisdilakukan secaraberpasangan dan bola mesti melepasi ruang antaraparas atas jaring dan tali 1meter tersebut (Rajah 5.5 )5.Pemainmelakukan servis dan menghantar bola ke gelangganglawan yang telahdipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemainmelakukan servis sercaraberseorangan mengikut giliran dan
  • 17. menghantar bola ke petak-petak tersebutmengikut turutannombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 )6.Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yangditetapkan ,iaitu ditempat rakannya berdiri.Rakan pasanganditugaskan mengutip bola dan bertukar peranan setiap limaservis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis(Rajah5.7)7.Latihanservis inidilakukanmengikut kumpulan dengan bilanganpemain antara empat atau enamorang.Pemain melakukan servissecara serentak tetapi mengikut gilirandaripada seorang keseorang pemain.Bola yang masuk ke gelanggang pihaklawantermasuk bola yang menyentuh jaring adalah dikira.Masa tigaminit diberidan bilangan servis yang berjaya dikira.Ulang latihansebanyak dua kali.8.Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemainmelakukan servis sebanyak mungkindalam tempoh tiga minit.Duaorang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan bolayangberjaya dihantar ke gelanggang pihak lawan.Manakala duaorangpemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.Latihan Membuat Mengumpan
  • 18. 1. Perseorangan . Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang sebanyak10 kali (Rajah 5.8)2.Perseorangan .Pemain melambung bolake atas dengan postur hantaran atas danmenyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangisebanyak 10kali (Rajah 5.9 ).3.Berpasangan.Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemainB.Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap olehpemainA.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara
  • 19. berglir-gilir dengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah5.10).4.Berpasangan . Perlakuan yang sama seperti latihan3 tetapibola dilambung dan ditangkap oleh pemain B hanya selepasbolamelantun daripadalantai.Lakukan latihantersebut secarabergilir-gilir sebanyak 10 kali(Rajah 5.11 ).5.Berpasangan.Pemain A melambung bola kepada pemainB.Pemain Bmembuat hantaran atas tanpa menangkapnya.Cubaperhatikan bahawa bolatidak terjatuh.Perlakuan ini diulangsebanyak 10 kali sebelum kedua-duapemain bertukar peranan(Rajah 5.12 ).
  • 20. 6.Berpasangan.Latihan dimulakan denganpemain A melambungbola.Pemain B membuathantaran terus kepada A dan hantarandibuat berulang-ulang dengan hantarandipastikantinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih(Rajah5.13 ).7.Berpasangan.Pemain Amelambung bola kehadapan pemainB .Pemain bergerak pantas ke bawah bolauntukmenerimanya,tangkap dan tolak bola kepada pemainA.Ulang sebanyak 10 kalidan tukar peranan antara kedua-duapemain.
  • 21. 8.Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiridan ke kananantara kedua-dua pemain (Rajah 5.14 ).9.Berpasangan.Ulang latihan 7 dan 8.Dalam latihan ini,penerimaterusmenghantarkan bolatanpa menangkapkan terlebih dahulu. Latihan Membuat Menyanga 1. Perseorangan.Dalam kedudukan berdiri,pemain melambungkan bola,kemudian membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia melantundari lantai
  • 22. gelanggang .Pemain menggunakan kedua-dua belah tanganuntukmenerima bola dengan postur hantaran bawah yangbetul (Rajah 5.15 )2.Berpasangan.Pemain A bersedia dalamkedudukanmelutut dan kedua-dua tangan dalam kedudukan menerimabola,terletak di antara dua kaki.Pemain A mengayunkantangan ke atas untukmemukul bola yang dilepaskan olehpemain B dari paras tertinggi.Titiksentuhan bola ialahsebelum tangan selari dengan lantai (Rajah 5.16 ).3.Berpasangan.Pemain Amelambungbola tinggi supaya iamelantun kira-kira satu meter di hadapan pemainB.PemainB merendahkan badandalam postur hantaran bawahdanmemukul bola kepadaA.Ini diulang sebanyak 10kali dankemudian bertukar peranan antara kedua-duapemain(Rajah 5.17).4.Berpasangan.Pemain A memulakan latihan denganmelambung bola kepadapemain B .Pemain B membuathantaran bawah selepas bola melantun darilantai.Pemain Ajuga berbuat demikian.Latihan ini boleh diteruskansehinggadiberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.18).
  • 23. 5.Berpasangan.Pemain A melambung bola kepada pemainB .Pemain Bbergerak untuk menyambut bola denganmembuat hantaran bawah semasabola masih diudara.Tukar peranan selepas 10 hantaran (Rajah 5.19).6.Berpasangan.Pemain Adan B membuat hantaran bawahbertubi-tubi supaya bola tidak terjatuh.Bilangan hantaranyangdapat dilakukan dikira sebelum bola terjatuh (Rajah5.20 )
  • 24. 7.Berpasangan.Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bolatampar atau bola jaringatau bola keranjang.Pemain akanmenerima bola dengan kedua-duatangan,menghantarnyadengan hantaran bawah dan terus merendahkanbadanuntuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehinggaisyaratdiberikan oleh jurulatih (Rajah 5.21).8.Berpasangan.Pemainmenerimabola dengan kedua-duatangan ,diikuti dengan tangan kanan,tangan kiridankemudian dengan dua belah tangan sekali lagi.Ini
  • 25. diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untukberhenti oleh jurulatih.9.Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnyake atas dihadapan diri sendiri,diikuti dengan pukulan kearah rakan latihan,iaitu pemainA.Ini diulang secarabergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti olehjurulatih.10.Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasabergerak kehadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambungbola secara bergilir-gilir.
  • 26. Merejam Bola 1.Latihan penujuan secara perseorangan: a.Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabilaisyarat diberikan oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapandilakukan oleh semua pemain. b.Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri padagarisan serang dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi,pemain di hadapan akan membuat penujuan tiga langkah dan selepas itubergerak untuk berbaris di belakang (lihat Rajah 5.27(a)). c.Latihan yang sama seperti (2) diulangi dengan pemain berada dalam duabarisan. Pemain membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan diluar gelanggang. Lihat Rajah 5.27(b).2. Latihan memukul bola berpasangan. Pemain B memegang bola denganmenghulurkan tangan ke atas. Pemain A memukul bola dengan gaya merejam.Perlakuan memukul diulang sebanyak 10 kali dan selepas itu kedua-dua pemainbertukar peranan (lihat Rajah 5.28).
  • 27. 3. Merejam bola yang dipegang secara berpasangan. Pemain A meletakkan bola disatu tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk pemain B membuatrejaman. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan (lihat Rajah 5.29).
  • 28. 4. Melambung dan menangkap bola secara berpasangan. Pemain A melambungbola untuk pemain B. Pemain B melompat dan menangkap bola dengan gayarejaman dari luar gelanggang seperti latihan (4). (lihat rajah 5.30)5. Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring. Jurulatih melambungbola selari dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari menuju jaring,melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman.7.Merejam bola yang dilambung. Perlakuan adalah sama seperti latihan (6), tetapipemain memukul bola perlahan. Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter dari aras atas jaring.(lihat rajah 5.31)6. Merejam kuatbola yangdilambung. Ulang latihan (7). Tetapi dalamlatihan ini bola dipukul dengan lebih kuat lagi.
  • 29. Latihan Mengadang Bola1. Bola yang dipegang. Pemain A memegang bola dengan kedua-dua tangansambil menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang bola dengandua tangan. Ulang perlakuan ini 10 kali dan tukar peranan selepas itu (lihatRajah 5.32).2. Bola yang digerakkan. Ulang Latihan 1. Pemain A menggerakkan bola kekanan dan ke kiri. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belahtangan. Ulang 10 kali dan tukar peranan selepas itu.3. Mengadang tanpa bola. Pemain berdiri di depan jaring dan cuba melompatsetinggi yang boleh untuk melakukan adangan dengan kedua-dua belahtangan tanpa bola. Kemudian, pemain bergerak ke kanan dan ke kiri sambilmelakukan perlakuan yang sama (lihat Rajah 5.33).4. Menyentuh bola di atas jaring. Ulang latihan 3. Kali ini pemain melompat danmenyentuh bola yang dipegang oleh rakan di sebelah jaring seakan-akanmelakukan adangan.
  • 30. Ulang sebanyak tiga kali dan bertukar peranan denganrakan.5. Mengadang bola yang dihantar dari sebelah jaring. Pemain A berdiri di hadapan jaring dengan postur mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaringuntuk ditangkap oleh pemain A. Pemain A menangkap bola danmenghantarnya kepada pemain B sebelum menjejak kaki di gelanggang.Ulang tiga kali dan tukar peranan dengan rakan.6. Mengadang bola secara berpasangan. Tiga pemain berdiri di atas kerusisambil memegang bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Duapemain melompat serentak untuk menyentuh bola tanpa menyentuh jaring.Kedua-dua pemain membuat tiga lompatan dan selepas itu bertukar perananselepas tiga lompatan.(lihat rajah 5.34)7. Mengadang dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau duapasangan berhadapan dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semuapemain bergerak ke jaring dan membuat lompatan melompat sambilmenyentuh rakan atau
  • 31. pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambilbergerak ke sisi.8. Mengadang seorang-berdua-bertigaa) Ketiga-tiga pemain X1,X2 dan X3 melompat setempat dan serentakuntuk mengadang.b) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Ketiga-tiga pemain melompatserentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X1.c) Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemainmelompat serentak.d) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X3 dan ketiga-tiga pemainmelompat serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X3.e) Pemain-pemain X1, X2 dan X3 bergerak ke tengah dan melompatserentak.f) Pemain X1 dan X3 bergerak ke tempat asal dan melompat serentakbersama pemain X2.9.Ulang latihan 8 dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemainberdiri di atas bangku sambil memegang bola.
  • 32. 9. Jurulatih melambung bola kea rah perejam untuk membuat rejaman darisebelah gelanggang. Dua orang pemain cuba mengadang bola dari sebelahgelanggang lain.

×