• Save
Bm mei 2012
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bm mei 2012

on

  • 5,471 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,471
Views on SlideShare
5,469
Embed Views
2

Actions

Likes
7
Downloads
0
Comments
4

1 Embed 2

http://ppgbainunbm1.blogspot.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bm mei 2012 Bm mei 2012 Document Transcript

  • MEI 2012 HBML 1203PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAME : BELINDA BT PANJANGNO. MATRIK : 750702105724001NO.KAD PENGENALAN : 750702105724 NO. TELEFON : 0194346177E-MAIL :LEARNING CENTRE : Perak Learning Center 71, Jln. Lim Bo Seng, 30300 Ipoh
  • 1.0 PENGENALAN Tugasan pada kali ini, akan membincangkan bagaimana bunyi-bunyi konsonan dan vokal dihasilkan. Selain daripada mengkaji bunyi-bunyi konsonan dan vokal dihasilkan tugasan ini juga akan menyentuh perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu dan yang terakhir tugasan ini juga akan menjelaskan ciri-ciri suprasegmental bahasa Melayu serta kepentingannya dalam pengajaran lisan. Kajian tentang bunyi-bunyi bahasa ini sebenarnya ialah kajian tentang fonetik. Fonetik mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau dengan lebih tepat lagi melihat bagaimana alat artikulasi bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi atau melihat dari segi fizikal bagaimana bunyi dihasilkan ketika seseorang itu sedang bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya yang berjudul Bahasa Melayu 1, menjelaskan bahawa ahli-ahli bahasa telah memecahkan fonetik kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi yang mengakaji tentang bagaimana bunyi-bunyi dihasilkan, fonetik akustik yang mengkaji tentang gelombang bunyi dan cara ia sampai kepada pendengaran manusia, dan yang ketiga ialah fonetik auditori yang mengakaji cara otak memproses bunyi yang diterima. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, guru tersebut harus mendalami ilmu bagaimana bunyi dihasilkan dan alat artikulasi yang terlibat. Alat artikulasi ialah organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi yang terlibat dengan pengeluaran bunyi bahasa ialah bibir, gigi, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut, anak tekak, lidah, dan pita suara. Alat artikulasi ini akan berfungsi atau berada pada kedudukan yang sepatutnya apabila sesuatu bunyi bahasa dihasilkan. Hal ini akan diperjelaskan lagi dalam penerangan yang berikutnya tentang bagaimana bunyi konsonan dan vokal dihasilkan. Sekiranya salah satu dari alat artikulasi rosak atau tidak berfungsi dengan baik maka bunyi yang terhasil adalah tidak begitu tepat dengan apa yang dikehendaki.
  • 2.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASAMELAYU2.1 VOKAL Bunyi-bunyi vokal terhasil apabila sesetengah artikulasi menyempit atau terus menutupmanakala alat artikulasi yang lain akan membebaskan arus udara yang mengalir melalui ronggamulut dengan bebas. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara dimana semasa mengahsilkannya, udaradari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarangsekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyaiciri kelantangan dan kepanjangan dimana bunyi dapat didengar dengan jelas dan lebih panjangdaripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi vokal juga tidak mengalami sebarang gangguan pada arusudara. Alat yang paling penting dalam penghasilan bunyi vokal ialah pita suara. Selain daripadapita suara alat artikulasi lain yang terlibat dalam penghasilan bunyi vokal ialah lidah, bibir, danlelangit lembut. Lidah ialah alat artikulasi yang menentukan kualiti sesuatu vokal. Kedudukanlidah pula adalah dalam dua ukuran iaitu tinggi rendah dan depan belakang dimana lidah bolehditurunkan serendah yang mungkin dan boleh dinaikkan sehingga mendekati lelangit kerasketika menghasilkan bunyi. Oleh yang demikian vokal yang terhasil boleh tinggi atau rendah.Contohnya, vokal [a] dalam perkataan [saya] ialah vokal rendah manakala vokal [i] dan vocal [u]dalam perkataan [sini] dan [kuku] ialah vokal tinggi. Selain daripada lidah, bibir jugamemainkan peranannya sendiri iaitu boleh dihamparkan atau dibundarkan. Apabila bibirdihamparkan bunyi vokal depan akan terhasil manakala apabila bibir dibundarkan bunyi vokalbelakang pula yang terhasil. Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu secara amnya, namun hanya enambunyi vokal yang biasa digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu. Terdapat beberapa ciri yangmenentukan bunyi vocal dan antaranya ialah bahagian lidah yang terlibat iaitu bahagian depanatau belakang lidah. Ciri yang kedua ialah ketinggian lidah dinaikkan ketika bunyi dihasilkan.Seterusnya ialah ciri yang ketiga iaitu keadaan bibir sama ada hampar atau bundar. Ciri yangkeempat pula ialah keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluarmelalui rongga mulut sahaja atau dinaikkan tetapi tidak rapatsehingga udara dari paru-parukeluar melalui rongga mulut dan hidung dimana ia menghasilkan bunyi yang sengau. Ciri yang
  • terakhir pula ialah keadaan glotis dimana ia dirapatkan ketika udara keluar dari paru-paru danpita suara bergetar. Perbezaan bunyi antara satu vocal dengan vocal yang lain ditentukan olehkeadaan lidah iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Dalam carta vokal bahasaMelayu yang diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi keratan rentas lidah manusia dimanabahagian kiri rajah merujuk kepada bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merujuk kepadabahagian belakang lidah manakala di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah. (lihatcarta vocal bahasa Melayu di bawah)Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, vokal bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaituvokal hadapan yang terdiri daripada [i] iaitu vokal depan sempit, [e] iaitu vokal depan separuhsempit, [ɛ] iaitu vocal depan separuh luas atau lapang dan [a] iaitu vokal depan luas atau lapang,jenis vokal yang kedua ialah vokal belakang yang terdiri daripada [u] iaitu vokal belakangsempit, [o] iaitu vokal belakang separuh sempit dan [ɔ] iaitu vokal belakang separuh luas ataulapang dan jenis vokal yang ketiga ialah vokal tengah iaitu [ə] vokal tengah pendek.
  • Bentuk- bentuk bibir ketika membunyikan vokal dapat pada rajah di bawah.Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokaladalah seperti berikut:
  • 2.1.1 CARA MEMBUNYIKAN SETIAP VOKAL2.1.1.1 Vokal depan sempit [i]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapansempit atau tinggi [ i ]. Cara membunyikan vocal ini dimana bibir dihamparkan dan hadapan lidah dinaikkansetinggi mungkin kearah lelangit keras tetapi tidak menyentuh lelangit lelangit keras. Anak tekakdan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluarmelalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar ke rongga mulut dan pita suaradigetarkan. Contoh perkataan bagi bunyi vocal diatas adalah seperti perkataan berikut:- Awal Tengah Akhir ikan [ikan] sila [sila] gali [gali] itu [itu] hiba [hiba] kali [kali]
  • 2.1.1.2 vokal depan separuh sempit [e]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapanseparuh sempit atau separuh tinggi [ e ].Cara membunyikan vokal ini ialah keadaan bibir hampar dan depan lidah dinaikkan separuhtinggi ke arah gigi gusi. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup ronggahidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar kerongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bagi vocal ini adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir epal [epal] geleng [geleƞ] tauge [tauge] elak [elaʔ] serong [seroƞ] tempe [tempe]
  • 2.1.1.3 vokal depan separuh luas/lapang [ɛ]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah[ ε ].Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah dinaikkan separuhrendah kea rah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidungsupaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulutdan pita suara digetarkan. contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir esa [ɛsa] belek [bɛɛʔ] tauge [taugɛ] enak [ɛnaʔ] seluk [seluʔ] tempe [tempɛ]
  • 2.1.1.4 vokal depan luas/lapang [a]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ].Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah diturunkan serendahmungkin. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udaratidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suaradigetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir ayam [ayam] dadar [dadar] tiada [tiada] anak [anaʔ] teras [təras] sama [sama]
  • 2.1.1.5 vokal belakang sempit [u]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ].Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan setinggimungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak danlelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui ronggahidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contohperkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir ular [ular] bulat [bulat] satu [satu] upah [upah] budu [budu] kelu [kelu]
  • 2.1.1.6 vokal belakang separuh sempit [o]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o].Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuhtinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak danlelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui ronggahidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contohperkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir obor [obor] sotong [sotoƞ] pidato [pidato] otak [otaʔ] golong [goloƞ] teko [teko]
  • 2.1.1.7 vokal belakang separuh luas [ɔ]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah[‫.]כ‬Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuhrendah. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udaratidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suaradigetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir orang [ɔraƞ] sorong [sɔrɔƞ] soto [sɔtɔ] olah [ɔlah] kolot [kɔlɔt] teko [tekɔ]
  • 2.1.1.8 vokal tengah [ə]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan keadaan bibir antara hampar dengan bundar. Tengahlidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Anak tekakdan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melaluirongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contohperkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir emas [əmas] tenat [tənat] sosialisme [sosialismə] enam [ənam] kerat [kərat] behaviurisme [behaviurismə]2.1.1.9 vokal sengauCara bunyi vokal sengau dihasilkan adalah dimana rongga hidung turut terlibat manakala lelangitlembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabilarongga hidung tidak tertutup rapat, udara akan keluar dari kedua-dua rongga iaitu rongga hidungdan rongga mulut. Bunyi vokal sengau ini dipengaruhi oleh bunyi konsonan sama ada di hadapanatau di belakang vokal. Bunyi sengauan ditandai dengan tanda [~] di atas vokal tersebut seperticontoh dibawah ini:- [rãkan] [nãnã] [mãndi]
  • 2.2 KONSONAN Konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan,, dan geseransama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan pula ada yangbersuara dan ada yang tidak bersuara. Di bawah ini adalah bagaimana bunyi-bunyi konsonandihasilkan.Konsonan AsliCara sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut GlotisLetupan tak p, b t, d k, g k [ʔ]bersuaraLetusan bersuara c [č], j [ĵ]Geseran tak f, s ʃ hbersuaraGeseran bersuara zSengauan m n ɲ ɳSisian lGetaran rSeparuh vokal w y
  • Konsonan letupan Konsonan letupan berlaku apabila udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan[p] ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara dimana apabila lelangit lembut dinaikkan danbibir dirapatkan dan udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar dan mulut dibukadengan cepat maka keluarlah bunyi [p] dimana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula ialahkonsonan letupan dua bibir bersuara berlaku apabila pita suara bergetar.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].Contoh perkataan adalah seperti di bawah ini. Awal Tengah Akhir pilu [pilu] tepuk [təpuʔ] tatap [tatap] bulan [bulan] reban [rəban] adab [adab]
  • Konsonan [t] dan [d] pula terhasil apabila udara tersekat pada hujung lidah yangmengenai gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Apabila proses sekatan inidilepaskan maka terhasillah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara dan jika pita suara digetarkanmaka terhasillah bunyi letupan gusi bersuara [d].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t].Contoh perkataan adalh seperti di bawah. Awal Tengah Akhir tuduh [tuduh] kertas [kertas] sukat [sukat] diam [diam] tidur [tidur] tekad [tekad]
  • Konsonan [k] ialah bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara dan konsonan [g] ialahletupan lelangit lembut bersuara. Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangitlembut untuk menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula dirapatkan ke ronggatekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bunyi [g] juga terhasil dengan cara yang samadengan konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar melalui ronggamulut menggetarkan pita suara.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara[k].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir kemas [kəmas] lekas [ləkas] dekat [dekat] garu [garu] lagu [lagu] terung [təruɳ]
  • Bunyi [j] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuatsekatan pada arus udara Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dindingrongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung. Pita suara akandirenggangkan dan arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapiudara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras akan dilepaskan perlahan-lahan. Prosesyang sama juga berlaku untuk menghasilkan bunyi [dZ] tetapi pita suara bergetar.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. Awal Tengah Akhir jala [jala] laju [laju] kolaj [kolaj] jambu [jambu] baju [baju] mesej [mesej] Hentian [ʔ] terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding ronggatekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yangkeluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidakbergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir anak [ʔanaʔ] rakyat [raʔyat] semak [səmaʔ]
  • Konsonan geseran Konsonan geseran [s] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuatsempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekakuntuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara pula direnggangkan dan arus udaramelalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi [s] iaitu bunyigeseran gusi tak bersuara.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Konsonan geseran [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang danrongga mulut seperti ketika mengeluarkan bunyi vokal. Bunyi [h] ialah bunyi geseran glotis takbersuara.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir samar [samar] kasar [kasar] pulas [pulas] harum [harum] tahan [tahan] tadah [tadah]
  • Konsonan getaran Bunyi [r] terhasil apabila hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga udaramelalui lidah dan gusi, lidah bergetar manakala lelangit lembut pula dinaikkan. Bunyi [r] ialahbunyi getaran gusi bersuara.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir rumah [rumah] tarah [tarah] ketar [ketar]Konsonan sisian Bunyi [l] ialah bunyi sisian gusi bersuara yang terhasil apabila hujung lidah dinaikkan kegusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan udarakeluar dari bahagian tepi lidah.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].
  • Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir lawan [lawan] jalan [jalan] katil [katil]Konsonan sengauan (nasal) Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Perbezaan bunyi-bunyi nasal inidibezakan pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut dimana pita suaradigetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Bunyi [m] ialah sengauan dua bibir bersuara yang terjadi apabila dua bibir dirapatkan.Bunyi [n] pula ialah sengauan gusi bersuara yang terjadi apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi.Bunyi [ɲ] dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara terjadi apabila tengah lidahdinaikkan ke lelangit keras dan bunyi nasal yang terakhir ialah bunyi [ɳ] yang dinamakan bunyisengauan lelangit lembut bersuara terhasil apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].
  • Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara[ŋ].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir malam [malam] kamar [kamar] diam [diam] nangka [naɳka] senam [senam] pekan [pekan]
  • nasi [nasi] senam [senam] nganga [ɳaɳa] bangkang [baɳkaɳ] tenang [tenaɳ]Separuh vokal Bunyi separuh vokal terhasil apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak danmembuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu [w] dan [j]. Bagi bunyikonsonan [w] dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara terhasil apabila pada peringkat awallidah seperti membunyikan [u] tetapi kemudiannya bergerak pada vokal yang lain. Bunyi [j]pula dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara yang terhasil apabila pada peringkat awallidah seperti membunyikan [i] tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir malam [malam] kamar [kamar] diam [diam]
  • Konsonan pinjaman Terdapat juga konsonan yang berasal dari perkataan asing yang dipinjam dan dimasukkanke dalam bahasa Melayu. Konsonan dalam kata pinjaman tersebut digantikan dengan bahasaMelayu seperti bunyi-bunyi dalam bahasa Arab dimana [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh]menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Ada juga bunyi asal yang dipakai terus dalam banyak kata danbunyi-bunyi tersebut adalah bunyi geseran seperti [f] dan [v] yang terhasil apabila bibir atas danbawah dirapatkan dan apabila ada udara melaluinya berlakunya geseran. Fonem [z] dihasilkan sama seperti menghasilkan bunyi [s] namun proses membunyikan[z] berbeza apabila pita suara bergetar. Konsonan yang terhasil dinamakan geseran gusibersuara. Bunyi [s] terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan kelelangit keras.geseran yang terhasil dinamakan geseran gusi lelangit keras.Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara[f].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir filem [filem] kafir [kafir] alaf [alaf]
  • Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara[v].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir van [van] larva [larva]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara[z].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir zaman [zaman] azimat [azimat] lafaz [lafaz]
  • Konsonan pinjaman selain di atas ialah konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapatke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkanmelalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pitasuara.Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir selasa [θelasa] isnin [iθnin] waris [wariθ]
  • Konsonan pinjaman geseran lelangit keras tak bersuara [š].Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi takbersuara [š].Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuatsempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udarayang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluardi daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara.Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir syirik [širik] asyik [ašik] skuasy [skuaš]
  • Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut takbersuara [x].Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir khamis [xamis] akhbar [axbar] tarikh [tarix]Konsonan pinjaman lelangit lembut bersuara [ɤ]Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir ghaib [ɤaib] maghrib [maɤrib] baligh [baliɤ]
  • 3.0 FONEM dan ALOFON DALAM BAHASA MELAYU Fonem ialah merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan.Contohya perkataan padam yang boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebihkecil iaitu /p/, /a/, /d/, /a/, /m/. Unit-unit kecil ini tidak mempunyai sebarang makna sekiranyadiletakkan secara berasingan sebaliknya unit tersebut boleh digantikan dengan fonem yang laindan makna perkataan akan berubah. Contohnya perkataan padam tadi yang digantikan denganfonem yang lain akan menghasilkan perkataan seperti /padan/, /padah/ dan lain-lain perkataanlagi. Fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan. Fonem terdiridaripada fonem vokal dan fonem konsonan. Fonem vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada /a/, /e/, /e/, /i/, /o/, dan /u/. Huruf Fonem Contoh perkataan a /a/ /asaʔ/ e /e/ /esoʔ/ e /ə/ /əmaʔ/ i /i/ /iman/ o /o/ /oraƞ/ u /u/ /ubat/ Fonem konsonan pula terdiri daripada 25 konsonan dalam bahasa Melayu. Huruf Fonem Contoh perkataan b /b/ /batal/ c /c/ /cawan/ d /d/ /dalam/ g /g/ /galah/ h /h/ /harum/
  • j /j/ /jalan/ k /k/ /katil/ l /l/ /lewat/ m /m/ /masam/ n /n/ /nanti/ ng /ɳ/ /ɳaɳa/ ny /ɲ/ /ɲaɲi/ p /p/ /papan/ q /q/ /quran/ r /r/ /runtuh/ s /s/ /sarat/ t /t/ /tahun/ v /v/ /van/ w /w/ /warna/ y /y/ /yuran/ Alofon pula ialah perkataan yang membawa makna yang sama tetapi berlainan fonem.Hal ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Contohnya perkataan /faham/ dan/paham/ yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan fonem.
  • 4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU dan KEPENTINGANNYA DALAM KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU. Terdapat empat unsur yang terkandung dalam suprasegmental bahasa Melayu. Unsurtersebut ialah tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Tekanan ialah kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan sama ada keras ataulembutnya penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunapakai bagi tekanan ialah /’/ yangdiletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan misalnya /tidak/ dan tekanan sebenarnyatidak makna. Nada ialah kadar meninggi atau menurun sesuatu perkataan itu diucapkan. Nada ditandaidengan nombor-nombor iaitu 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(tinggi sekali). Contohnya, 2kami hendak 3 pulang. Jeda disebut sebagai persendian yang memisahkan unsur-unsur linguistik, sama adaperkataan, ayat dan rangkai kata. Lambang bagi jeda ialah #. Unsur ini membezakan makna.Contohnya [#saja minum susu lembu #] dan [#saja minum susu#lembu#]. Panjang-pendek ialah kadar panjang-pendek sesuatu bunyi diucapkan. Lambang bagiunsur ini ialah [:] yang juga dikenali sebagai mora. Lambang [:] panjang sebutan bunyi adalahsatu mora, lambang [::] panjang sebutan adalah dua mora dan lambang [.] panjang sebutan bunyiadalah setengah mora. Kepentingan unsur suprasegmental dalam kemahiran lisan bahasa Melayu ialah dari sinijelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai seni yang tinggi, penuh dengan adabapabila bertutur dengan orang lain. Tekanan suara yang sesuai ketika bertutur melambangkankeperibadian seseorang itu. Selain itu, nada yang digunakan oleh penutur juga perlu sesuaidengan keadaan. Nada ini amat penting sekiranya seseorang itu sedang mengendalikan ceramahdan bagaimana dia mahu menarik perhatian orang ramai adalah dengan nada yang pelbagai. Jedajuga amat penting dalam kemahiran lisan kerana ianya akan memberi gambaran maksud yangsalah kepada orang lain apabila jeda yang digunakan adalah tidak tepat. Kemahiran lisan jugamenitikberatkan panjang-pendek sesuatu bunyi bahasa itu walaupun ia tidak membezakanmakna.
  • 5.0 KESIMPULAN Seorang guru bahasa Melayu, guru terlebih dahulu perlu memahami dengan apa yangdimaksukkan fonetik dan fonologi. Pemahaman secara mendalam dalam bidang tersebutmemudahkan guru untuk mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik. Dalam bidang fonetik danfonologi bahasa Melayu kita akan mengenali terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan alatartikulasi serta mengenali alat-alat artikulasi yang terlibat semasa sesuatu bunyi dihasilkan.Kemudian, kita akan mengetahui jenis-jenis vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu sertabagaimana bunyi vokal tersebut dihasilkan. Setelah itu, kita akan mempelajari pula jenis-jeniskonsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu, dan konsonan yang dipinjam dari bahasa lain.Kemudian, kita juga akan mempelajari bagaimana bunyi-bunyi konsonan itu dihasilkan. Setelahitu, didedahkan pula dengan fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam fonem bahasaMelayu terdapat fonem vokal dan fonem konsonan. Guru juga akan mengetahui dengan apa yangdimaksudkan dengan alofon yang sedikit berbeza daripada fonem. Terakhir, guru akanmempelajari apakah yang dimaksudkan dengan suprasegmental dalam bahasa Melayu. Menjadissesuatu yang penting untuk setiap guru yang mengajar bahasa Melayu mendalami danmempunyai kemahiran dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu yang merupakan asaskepada bagaimana bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu itu terhasil. Selain itu, guru dapatmembantu anak muridnya yang mempunyai masalah dalam sebutan kerana guru mempunyaiilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut iaitu bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yangbetul. Oleh yang demikian penguasaan guru dalam ilmu fonetik dan fonologi adalah pentingkerana dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 3, 970 patah perkataan.
  • BIBLIOGRAFIDr. Ali Mahmood & All,(2007) Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan:Open Universiti Malaysia.Siti Hajar Abdul Aziz,(2011)Bahasa Melayu 1.Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn.Bhd.Norhashimah Jalaludin,(2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.